EDU3101 falsafah

7
ISL EDU3101 (BILANGAN 2) Soalan 1 Pendapat-pendapat ahli falsafah mengenai apa ia falsafah. Socrates menyatakan falsafah ialah ilmu pengetahuan yang merangkumi kebenaran. Terkandung dalamnya seperti metafizik logik retorik etika ekonomi politik dan estetika sumber. Ahli falsafah Plato pula mendefinisikan falsafah sebagai ilmu pengetahuanlah yang membolehkan seseorang menuju kearah pencapaian kebenaran semula jadi. Al-Farabi mentakrifkan falsafah sebagai ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal). Descartes mendefinisikan falsafah sebagai segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan. Soalan 2 Apakah definisi ‘falsafah’? Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Pengertian falsafah dibahagikan kepada tiga, iaitu dari segi bahasa, istilah dan praktikal.

Transcript of EDU3101 falsafah

Page 1: EDU3101 falsafah

ISL EDU3101 (BILANGAN 2)

Soalan 1

Pendapat-pendapat ahli falsafah mengenai apa ia falsafah.

Socrates menyatakan falsafah ialah ilmu pengetahuan yang merangkumi

kebenaran. Terkandung dalamnya seperti metafizik logik retorik etika ekonomi

politik dan estetika sumber.

Ahli falsafah Plato pula mendefinisikan falsafah sebagai ilmu pengetahuanlah

yang membolehkan seseorang menuju kearah pencapaian kebenaran semula

jadi.

Al-Farabi mentakrifkan falsafah sebagai ilmu pengetahuan mengenai alam

maujud(fizikal).

Descartes mendefinisikan falsafah sebagai segala pengetahuan di mana Tuhan,

alam dan manusia menjadi fokus pendidikan.

Soalan 2

Apakah definisi ‘falsafah’?

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan

asas.

Pengertian falsafah dibahagikan kepada tiga, iaitu dari segi bahasa, istilah dan

praktikal.

Dari segi bahasa, perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada

bahasa Arab yang فلسفة juga berasal daripada perkataan, philosophia, iaitu

philos yang bermaksud mencintai dan sophia yang bermaksud kebijaksanaan

atau pengetahuan. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai “cinta kepada

kebijaksanaan atau pengetahuan”.

Dari segi istilah, pengertian falsafah yang dan dikemukakan oleh ahli falsafah

seperti Plato, Socrates, Al-Farabi, Descartes dan lain-lain adalah berbeza (rujuk

Page 2: EDU3101 falsafah

soalan 1). Tetapi, terdapat satu persamaan iaitu takrifan mereka mengenai

falsafah berkisar kepada elemen manusia, Tuhan dan alam.

Cari segi praktikal, falsafah membawa maksud “berfikir secara bersungguh-

sungguh, tidak terikat dengan tradisi dan mempunyai ciri-ciri sistematik, radikal

dan sejagat.”

Soalan 3

Maksud falsafah pendidikan.

Falsafah pendidikan berasal dari dua istilah asas iaitu dari perkataan falsafah dan

pendidikan. Pendidikan Bersal dari perkataan latin “educare” yang membawa maksud

“memelihara atau mengasuh”. Menurut Kemus Pendidikan (1979), “pendidikan adalah

suatu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangan kebolehan dan

tingkah laku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada

seseorang individu untuk memperoleh kemahiran asas sosial.

Secara umunya falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran anatikal yang

digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan.

Soalan 4

Apakah perkara-perkara yang dijadikan panduan dalam penggubalan falsafah pendidikan?

Dalam menggubal falsafah pendidikan, terdapat 6 faktor yang dijadikan panduan, iaitu

faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan sejagat.

1. Faktor agama

- Mengambil kira agama yang dianuti oleh rakyat negaranya.

2. Faktor sosial

- Meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya

Page 3: EDU3101 falsafah

- Malaysia telah menjadikan perpaduan telah menjadi satu matlamat

pendidikan kerana struktur masyarakatnya yang berbilang kaum.

3. Faktor politik

- Falsafah pendidikan digubal berdasarkan ideologi Negara

- Dalam usaha membentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan

peranan penting

4. Faktor ekonomi

- Mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan

dan kemajuan negara

5. Faktor individu

- Berkaitan dengan keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan

potensi diri dan penyempurnaan kendiri.

6. Faktor sejagat

- Berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan

antarabangsa dan keupayaan warganegara member sumbangan kea rah

yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Soalan 5

Sebagai seorang guru,bincangkan implikasi FPN ke atas anda.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan sejak dahulu lagi dilihat

mampu untuk membawa impak besar dalam bidang pendidikan. Falsafah itu dilihat

mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ianya membawa kebaikan kepada semua pihak

yakni kepada guru dan pelajar itu sendiri.

Sebagai seorang guru, penggubalan FPN itu sendiri ternyata membawa pelbagai

impak yang tersendiri. Untuk memastikan FPN mencapai matlamatnya guru itu sendiri

seharusnya melakukan peranan mereka yang sebenarnya. Guru juga seharusnya

menggunakan pelbagai pendekatan mereka yang tersendiri seperti pendekatan ta

berfokuskan pelajar, pembelajaran, pemikiran dan konsep. Guru juga seharusnya

berusaha ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu.

Page 4: EDU3101 falsafah

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, setiap manusia yang lahir itu dibekalkan

dengan bakat dan potensi mereka yang tersendiri. Kadangkala bakat serta potensi

mereka ini terserlah semulajadi namun ada juga dikalangan mereka yang bakat serta

potensi mereka perlu diterokai serta digilap. Oleh sebab itu, sudah menjadi peranan

guru untuk menerokai bakat-bakat pelajar mereka. Guru itu sendiri boleh melakukan

pelbagai cara untuk mencungkil potensi pelajar seperti pembelajaran terarah kendiri

(self-directed), bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced) dan juga pemerolehan

resos secara akses kendiri (self-accessed). Semua usaha di atas menekankan kepada

usaha pelajar itu sendiri dan juga cara bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu

masalah. Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan

memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja.

Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap

aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan

analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya,

mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan

minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati

hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan

pembelajaran.

Di samping itu, guru juga seharusnya memainkan peranan aktif dalam merealisasikan

FPN. Dalam hal ini, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat

dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan

Komunikasi. Sebagai persediaan guru juga seharusnya bersedia untuk menimba ilmu

dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan

juga sanggup untuk melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.

Selain itu, seorang guru juga seharusnya menyedari hakikat bahawa tugas dan

tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu

dan kemahiran sahaja. Pembentukan moral insan itu juga perlu diberi perhatian yang

serius. Ia sangat penting kerana diharapkan agar genrasi muda kelak menjadi individu

Page 5: EDU3101 falsafah

yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu,

kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara.

Soalan 6

Dalam pendapat anda, mengapakah negara kita memerlukan satu falsafah pendidikan?

Falsafah pendidikan negara telah diperkenalkan sejak dahulu lagi. Ianya

dianggap penting kerana membawa pelbagai kebaikan dari segala sudut iaitu dari sudut

pelajar dan guru itu sendiri. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum matlamat

utama pembentukan falsafah pendidikan itu sendiri ialah untuk mencungkil serta

memperkembangkan lagi bakat serta potensi yang terdapat dalam diri pelajar itu.

Dengan adanya falsafah pendidikan secara tidak langsung sudah menjadi

tanggungjawab para guru untuk mencungkil potensi yang ada di kalangan para pelajar.

Ianya merupakan satu kerugian andai bakat dan poensi yang ada dalam diri pelajar itu

dibiarkan begitu sahaja.

Di samping itu, dengan wujudnya satufalsafah pendidikan, ia akan menjadi satu

asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting

dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan

pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah.

Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan

kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa.Kadangkala perubahan

haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh

politik dan lain-lain. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia

mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang

hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop

yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.