Edu3106 Tutorial m12 Wly

3
TUTORIAL 12: Perbincangan tentang proses merancang dan menyediakan pelan tindakan yang mesra budaya. Fokus perbincangan ialah kumpulan sasaran, objektif, tempoh masa dan langkah-langkah tindakan. Kumpulan sasaran: Murid-murid yang terdiri daripada Orang Asli, Indigenous dan mereka yang tinggal di pedalaman Objektif: a) Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya b) Membolehkan murid-murid belajar dengan seronok dan selesa c) Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. d) Menetap dan mencapai objektif pengajaran mengikut kebolehan dan perbezaan murid Tempoh masa: 2 bulan Langkah-langkah tindakan: 1) Meja dan kerusi haruslah disediakan. Penyusunan meja dan kerusi juga perlu sistematik dan teratur bagi mengelakkan kesesakan dalam bilik darjah. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan cukup juga amat diperlukan. 2) Untuk memastikan murid-murid orang asli dan pedalaman belajar dalam keadaan yang selesa, guru boleh menghias dan menceriakan bilik darjah dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar yang menarik. 3) Bagi memudahkan pemahaman murid, guru boleh menggunakan gambar atau model untuk menunjukkan sesuatu yang tidak pernah

description

ppp

Transcript of Edu3106 Tutorial m12 Wly

Page 1: Edu3106 Tutorial m12 Wly

TUTORIAL 12:

Perbincangan tentang proses merancang dan menyediakan pelan tindakan yang mesra budaya. Fokus perbincangan ialah kumpulan sasaran, objektif, tempoh masa dan langkah-langkah tindakan.

Kumpulan sasaran: Murid-murid yang terdiri daripada Orang Asli, Indigenous dan

mereka yang tinggal di pedalaman

Objektif: a) Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

b) Membolehkan murid-murid belajar dengan seronok dan selesa

c) Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

d) Menetap dan mencapai objektif pengajaran mengikut kebolehan dan

perbezaan murid

Tempoh masa: 2 bulan

Langkah-langkah tindakan:

1) Meja dan kerusi haruslah disediakan. Penyusunan meja dan kerusi juga perlu sistematik dan teratur bagi mengelakkan kesesakan dalam bilik darjah. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan cukup juga amat diperlukan.

2) Untuk memastikan murid-murid orang asli dan pedalaman belajar dalam keadaan yang selesa, guru boleh menghias dan menceriakan bilik darjah dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar yang menarik.

3) Bagi memudahkan pemahaman murid, guru boleh menggunakan gambar atau model untuk menunjukkan sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh murid-murid Orang asli atau pedalaman. Alat Bantu Mengajar yang menggunakan bahan persekitaran seperti congkak dan batu seremban juga boleh digunakan.

4) Bahan pembelajaran yang menarik dan bercorak kebudayaan juga boleh dipamerkan pada dinding bilik darjah. Hasil kerja murid yang baik dalam bentuk lukisan, penulisan atau hasil kerja tangan juga ditampal pada papan pembelajaran sebagai contoh dan tanda penghargaan atau pengiktirafan.

5) Dari segi interaksi dengan murid-murid orang asli, guru perlulah memahami dan mendekati budaya dan cara hidup orang Asli dan pedalaman. Guru boleh bercampur gaul dan menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat melalui penglibatan diri dalam aktiviti rutin mereka seperti mengumpul hasil tanaman.

Page 2: Edu3106 Tutorial m12 Wly

6) Apabila mengajar di dalam kelas, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Isi yang disampaikan haruslah dari peringkat yang lebih mudah ke peringkat yang rumit. Dialek yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi penjelasan yang lebih sekiranya diperlukan.

7) Untuk mengelakkan kebosanan, guru boleh menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran seperti perbincangan, bercerita, lakonan, main peranan dan sebagainya.Guru harus mengadakan aktiviti yang lebih kepada hands-on dan minds-on. Aktiviti seperti melukis atau menyanyi sambil membuat aksi dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.

8) Selain itu, guru juga perlu menyayangi dan mengambil berat keperluan anak murid orang asli tanpa sikap berat sebelah. Pujian dan ganjaran diberi kepada murid-murid yang berkelakuan baik atau menunjukkan kemajuan. Motivasi dan galakan diberi kepada murid-murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

9) Guru juga perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pembelajaran murid-murid. Sekiranya perlu, guru perlu mengulang-ulang sesuatu konsep atau topik sehingga difahami oleh murid-muridnya sebelum beralih ke topik yang lain. Panduan dan bimbingan diberi kepada murid-murid yang lebih lemah.