ehsan is important

12
KERJA KURSUS AKHLAK ISLAM IHSAN KUMPULAN B NO MATRIK: D20142069293

description

describe about ehsan

Transcript of ehsan is important

KERJA KURSUS AKHLAK ISLAMIHSANKUMPULAN BNO MATRIK: D20142069293

PENSYARAH: DR. ABDUL MUNIR BIN ISMAILIHSANPENGERTIAN IHSAN Ihsan membawa maksud berbuat baik, membaikkan dimana berbuat sebaik-baiknya membawa makna membuat sesuatu dengan sempurna. Dengan kata lain Ihsan itu juga membawa pengertian berbuat sempurna atau menyempurnakan sepertimana ihsan dalam solat yang membawa maksud melakukan solat dengan sempurna dengan membulatkan budi dan hati, sehingga fikiran, penghayatan dan anggota jasmani menjadi satu dan hanya tertuju kepada Allah sahajaIhsan ialah memperhamba diri kepada Allah (tabudallah) dengan sepenuh hati, seolah- olah kamu melihat Allah, kerana walaupun kamu tidak melihat Allah, Allah melihat kamu (H.R. Muslim) Secara umumnya tabudallah itu membawa makna menyembah Allah dan menyembah Allah itu telah disamakan dengan ibadah solat atau sembahyang (sembah-yang).Solat yang ihsan akan melahirkan sifat khusyuk ketika solat. Khusyuk dalam solat didefinisikan sebagai melaksanakan solat dengan sepenuh hati seolah-olah kita melihat Allah walaupun kita tidak nampak Allah.Selain daripada ihsan dalam solat, sifat ihsan ini juga boleh diadakan ketika melakukan ibadat-ibadat lain seperti zakat, puasa, haji, dan zikir.Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan melakukanya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ihsan dalam ibadat adalah antara martabat yang paling tinggi dan mulia. Oleh itu ibadat yang hendak dilaksanakan perlulah dibina berdasarkan dua perkara yang penting iaitu merasa tawaduk dan tunduk kepada Allah dan merasa takwa, takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang Allah S.W.T.

Landasan SyarI IhsanMelalui Al- QuranDi dalam Al-Quran terdapat sebanyak seratus enam puluh enam ayat yang membicarakan tentang ihsan dan kesanya. Berikut adalah berberapa makna daripada potongan ayat Al- Quran yang menunjukkan betapa mulianya sifat ihsan.Dan berbuat baiklah kalian karena sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah:195)

Sesungguhnya Allah memerintahkanmu untuk berbuat adil dan kebaikan. (an-Nahl: 90)serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia. (al-Baqarah: 83)Dan berbuat baiklah terhadap dua orang ibu bapak, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat maupun yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan para hamba sahayamu. (an-Nisaa`: 36).Melalui As-SunnahRasulullah S.A.W juga turut memberikan perhatian terhadap ihsan ini kerana ia merupakan puncak harapan dan perjuangan seorang hamba. Malah dalam hadis-hadis yang membicarakan tentang ihsan, terdapat berberapa hadis yang dijadikan sebagai landasan utama dalam memahami agama Islam. Rasulullah S.A.W telah menerangkan mengenai ihsan dimana ketika Baginda menjawab pertanyaan Malaikat Jibril mengenai ihsan dan jawapan tersebut dibenarkan oleh Jibril dengan mengatakan : . Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, dan apabila engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. (HR. Muslim)

Malah Rasulullah S.A.W turut bersabda: , Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kebaikan pada segala sesuatu, maka jika kamu membunuh, bunuhlah dengan baik, dan jika kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik (HR. Muslim)

ASPEK UTAMA DALAM IHSANIBADAHSebagai hamba, kita wajib untuk ihsan ketika melakukan ibadah. Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini ihsan dalam ibadah adalah melakukanya dengan cara yang benar iaitu menyempurnakan segala syarat, rukun, sunnah, dan adab-adab dalam melaksanakanya. Hal ini tidak akan dapat dilaksanakan oleh seorang hamba melainkan ketika melakukan ibadah yang ingin dilaksanakan tersebut diri beliau mempunyai cita rasa yang sangat kuat (menikmati ibadah yang dilaksanakan), menyedari bahawa Allah senantiasa memerhatikan sehingga beliau benar-benar merasakan bahawa Allah sedang melihat beliau. Dengan menyedari bahawa Allah sentiasa memerhatikan hamba-Nya barulah kita sebagai hamba Allah akan dapat menunaikan ibadah-ibadah yang perlu dilaksanakan dengan sempurna sehingga memperoleh hasil yang diharapkan melalui ibadah tersebut sepertimana maksud dari perkataan Rasulullah S.A.W yang berbunyi, Hendaklah kamu menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, dan jika engkau tak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.Berdasarkan nash-nash Al Quran dan Sunnah, dapat disimpulkan bahawa ibadah mempunyai tiga tingkatan iaitu Tingkat at- Takwa, Tingkat al-Bir dan Tingkat al-Ihsan. Setiap tingkat dalam ibadah ini mempunyai kedudukanya yang tersendiri di dalam syurga kelak dan bagi mereka yang memperoleh tingkat tertinggi iaitu Al-Ihsan mereka akan mendapatkan di Jannatul Firdaus iaitu syurga tertinggi.Peringkat Takwa adalah peringkat dimana sifat takwa seorang hamba akan menjadi sempurna dengan melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ini bermakna sekiranya seorang hamba itu meninggalkan salah satu perintah Allah dan melakukan apa yang dilarang oleh-Nya, maka sifat takwa seseorang hamba tersebut masih belum sempurna, namun terdapat satu perkara yang perlu difahami dengan baik iaitu Allah adalah Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya yang mempunyai banyak kelemahan dan disebabkan oleh kelemahan itu seseorang hamba itu akan melakukan dosa. Kerana itu Allah telah mewujudkan satu cara untuk menghapuskan dosa iaitu melalui taubat dan pengampunan. Melalui hal tersebut, Allah S.W.T akan mengampuni hamba-Nya yang berdosa kerana kelalaian dari menunaikan hak-hak takwa. Sementara itu seorang hamba yang sedang naik dari peringkat takwa akan melangkah ke peringkat seterusnya yang dipanggil peringkat bir.Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat Al Bir kerana ia merupakan perluasan kepada sifat-sifat sunnah dimana sifatnya semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Amalan-amalan sunnah ini tidak diwajibkan Alllah kepada hamba-hamba-Nya akan tetapi jika ia dilaksanakan maka hamba berikut akan memperoleh pahala. Namun begitu mereka yang melakukan amalan-amalan sunnah ini tidak akan tergolong dalam golongan Al Bir melainkan beliau telah menunaikan peringkat pertama iaitu Al Takwa kerana melakukan perkara pertama merupakan syarat mutlak untuk naik ke peringkat seterusnya.Kesimpulanya bagi sesiapa yang mendakwa diri mereka telah melakukan kebaikkan sedangkan beliau tidak mengimani unsur-unsur qaidah iman dalam islam, serta tidak terhindar dari seksaan api neraka, maka beliau tidak dapat masuk kedalam peringkat Al Bir. Mengenai perkara ini Allah S.W.T berfirman dalam kitab-Nya :Bukanlah kebaikan dengan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebaikan itu adalah takwa, dan datangilah rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan bertakwalah kepada Allah agar kalian beruntung. (al-Baqarah: 189) Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan orang yang menyeru kepada iman, yaitu: Berimanlah kamu kepada Tuhanmu, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbuat baik. (Ali Imran: 193)Tingkat Al Ihsan ini hanya mampu dicapaii oleh mereka yang telah melalui peringkat takwa dan al-bir. Selain daripada itu, ihsan ini juga mempunyai dua sisi, sisi pertama dalam ihsan adalah kesempurnaan dalam beramal sambil menjaga keikhlasan dan jujur pada saat beramal. Ihsan ini dinamakan sebagai Ihsan dalam Tatacara. Sisi kedua ihsan adalah sentiasa memaksimumkan amalan-amalan sunnah yang mampu membantu untuk mendekatkan diri kepada Allah.MUAMALAHDalam aspek ini, ihsan telah dijelaskan Allah S.W.T dalam surah an Nisaa ayat 36, yang bermaksud : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat maupun yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu

Ihsan kepada kedua ibu bapaAllah S.W.T telah memjelaskan mengenai perihal ini dalam kitab-Nya.Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku diwaktu kecil. (al-Israa: 23-24)Berdasarkan ayat diatas, dapatlah disimpulkan bahawa berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa adalah merupakan satu ibadah.Selain itu dalam sebuah hadis riwayat Turmudzi, dari Ibnu Amru bin Ash, Rasulullah S.A.W bersabda : Keridhaan Allah berada pada keridhaan orang tua, dan kemurkaan Allah berada pada kemurkaan orang tua.Berdasarkan dalil diatas, jelaslah bahawa ibadah yang dilaksanakan tidak akan diterima oleh Allah sekiranya tidak pernah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika seorang hamba tidak memiliki kebaikan ini, maka akan hilanglah ketakwaan, keimanan dan keislaman dalam diri beliau. Amalan ihsan terhadap kedua iba bapa adalah yang paling utama diantara akhlak sesama manusia dan berlaku ihsan kepada mereka adalah berterusan tidak kira samada mereka masih hidup mahupun setelah meninggal dunia. Perkara ini telah dijelaskan didalam hadis Rasulullah S.A.W ( )Dari Abu Usaid Malik bin Rabiah As-Saidy berkata : Tatkala kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seseorang dari Bani Salamah seraya bertanya : Ya Rasulullah apakah masih ada kesempatan untuk saya berbakti kepada Ibu Bapa saya setelah keduanya wafat? Nabi menjawab : Ya, dengan mendoakan keduanya, memohon ampun untuknya, melaksanakan janjinya dan menyambung silaturrahmi dari sanak saudarnya serta memuliakan teman-temannya.

Ihsan kepada kerabat karibIhsan kepada kerabat karib adalah melalui perjalinan hubungan yang baik dengan mereka. Malah Allah S.W.T telah menyamakan orang yang memutuskan hubungan silaturahim dengan orang lain sebagai perosak di muka bumi. Firman Allah :Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan.? (Muhammad: 22)Silaturahim merupakan kunci untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana sebab paling utama terputusnya hubungan seseorang hamba dengan Allah adalah kerana terputusnya hubungan silaturahim yang telah dijalinkan dahulu. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman : Aku adalah Allah, Aku adalah Rahman, dan Aku telah menciptakan rahim yang Kuberi nama bagian dari nama-Ku. Maka, barangsiapa yang menyambungnya, akan Ku sambungkan pula baginya dan barangsiapa yang memutuskannya, akan Ku putuskan hubunganku dengannya. (HR. Turmuzdi)Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda:Tidak akan masuk syurga, orang yang memutuskan tali silaturahim. (HR. Syaikahni dan Abu Dawud)Ihsan kepada anak yatim dan fakir miskinDiriwayatkan oleh Turmudzi, Rasulullah S.A.W Dari Ibnu Abbas bahwasanya Nabi SAW bersabda : Barangsiapadari Kaum Musliminyang memelihara anak yatim dengan memberi makan dan minumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga selamanya, selama ia tidak melakukan dosa yang tidak terampuni.Ihsan kepada tetangga dekat, tetangga jauh, dan teman sejawatIhsan kepada tetangga dekat membawa maksud berlaku ihsan kepada tetangga yang berada dekat dengan rumah ataupun tetangga yang dekat dari kerabat manakala tetangga jauh pula meliputi tetangga yang jauh dari rumah. Manakala yang dimaksudkan dengan teman sejawat pula adalah mereka yang berkumpul berhampiran atas dasar pekerjaan, teman sekolah atau kampus, perjalanan, mahad, dan atas sebab lain-lain. Seorang tetangga kafir hanya mempunyai hak sebagai tetangga sahaja, namun bagi tetangga muslim mereka mempunyai dua hak iaitu hak sebagai tetangga dan hak sebagai muslim. Selain itu jika tetangga itu merupakan tetangga kerabat maka beliau mempunyai tiga hak iaitu hak sebagai tetangga, hak sebagai muslim dan hak sebagai kerabat. Rasulullah S.A.W telah menjelaskan mengenai hal ini dalam sabdanya : Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW : Demi Yang jiwaku berada di tangan-NYA tidaklah selamat seorang hamba sampai hati dan lisannya selamat (tidak berbuat dosa) dan tidaklah beriman (sempurna keimanannya) seorang hamba sehingga tetangganya merasa aman dari gangguannya. (HR.Ahmad)Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak beriman kepadaku barangsiapa yang kenyang pada suatu malam, sedangkan tetangganya kelaparan, padahal ia megetahuinya.(HR. ath-Thabrani)Ihsan dengan perlakuan dan ucapan baik kepada manusia Rasulullah saw. bersabda, Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam. (HR. Bukhari dan Muslim)Diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda : Ucapan yang baik adalah sedekah.Secara umumnya setiap manusia perlu melembutkan ucapan, saling menghargai dalam pergaulan, menyuruh kepada kebaikan, mengakui hak-hak mereka serta tidak menggangu mereka dengan perkara-perkara yang mengusik atau melukai mereka.Ihsan dengan berlaku baik kepada binatangMaksud ihsan terhadap binatang adalah berbuat baik kepada binatang mengikut keperluan binatang tersebut seperti menyediakan tempat tinggal, menyediakan makan dan minum, tidak menyeksa dan menganiaya binatang, mengubati binatang apabila sakit dan menjaga binatang dari ancaman musuh. Rasulullah S.A.W telah menjelaskan tentang kewajibpan berlaku ihsan terhadap binatang berdasarkan hadis yang bermaksud : Daripada Aby Yala Syaddad bin Aus r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berkalu ihsanlah ketika membunuh, dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.Berdasarkan hadis diatas dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang hamba, manusia wajib berlaku ihsan terhadap binatang dalam semua perkara sekalipun mahupun membunuh atau menyembelih. Sebagai hamba Allah, manusia perlu berlaku ihsan terhadap binatang demi menjaga hubungan baik manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain serta menghormati mereka yang juga merupakan hamba Allah.AKHLAKIhsan dalam akhlak merupakan hasil dari ibadah dan muamalah dimana seseorang akan mencapai tingkat ihsan dalam ibadahnya apabila beliau telah melakukan ibadah sepertimana beliau sedang melihat Allah. Jika perkara ini telah dicapai oleh seorang hamba maka ia adalah merupakan puncak ihsan dalam ibadah. Pada akhirnya ia akan berbuah menjadi akhlak atau perilaku sehingga nilai ihsan tersebut akan terpapar dalam perilaku dan karakternya.