Ejen Online PTPTN

12
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate Bersama Tarikh kemaskini: 22 April 2016

Transcript of Ejen Online PTPTN

Page 1: Ejen Online PTPTN

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate

Bersama

Tarikh kemaskini: 22 April 2016

Page 2: Ejen Online PTPTN

1

Apakah itu ‘Jom Gegar Siber Bersama PTPTN’?

‘Jom Gegar Siber Bersama PTPTN’ adalah satu program yang dianjurkan oleh PTPTN

bagi menggalakkan penyertaan warganegara Malaysia dalam menjana pendapatan

lumayan tanpa memerlukan modal.

Melalui program ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai Ejen Online PTPTN dan

memasarkan link kami secara online. Anda akan mendapat komisen bagi setiap akaun

SSPN-i Plus yang dibuka melalui link anda.

Penyertaan PERCUMA.

Siapakah *Ejen Online PTPTN?

Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus

secara online dan layak diberi komisen pada kadar yang ditetapkan bagi setiap transaksi

pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO

sahaja).

*Ejen Online PTPTN mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN

Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i

Plus secara online sahaja.

Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri

kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara

online dan bersemuka.

Page 3: Ejen Online PTPTN

2

Apa Yang Perlu Saya Pasarkan?

1. Anda hanya perlu memasarkan produk SSPN-i Plus dengan hanya mempromosikan link

affiliate anda sahaja.

2. Anda juga berpeluang memasarkan produk SSPN-i Plus secara bersemuka (EPO sahaja).

Apakah itu SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus adalah produk simpanan yang menggabungkan keistimewaan SSPN-i

dengan kelebihan perlindungan takaful yang komprehensif.

Terdapat enam (6) pakej yang ditawarkan dengan amaun komitmen serendah RM30

sehingga RM500 sebulan dengan manfaat perlindungan sehingga RM1 juta.

Page 4: Ejen Online PTPTN

3

PELAN SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN PAKEJ SSPN-i Plus

Apakah Kelebihan Ejen Online PTPTN?

BAYARAN BULANAN

INTAN DELIMA TOPAS ZAMRUD NILAM BERLIAN

RM RM RM RM RM RM

Simpanan SSPN i 20 40 90 180 270 200

Takaful 10 10 10 20 30 300

Jumlah Bayaran Bulanan

30 50 100 200 300 500

PERLINDUNGAN TAKAFUL

Kematian/Ilat Kekal (kemalangan)

40,000 40,000 40,000 80,000 120,000 1,000,000

Kematian/Ilat Kekal (Biasa)

20,000 20,000 20,000 40,000 60,000 500,000

36 penyakit kritikal 10,000 10,000 10,000 20,000 30,000 100,000

Elaun Kemasukan Hospital

20 20 20 40 60 200

Khairat Kematian (a) 2,500 (pendeposit dan pasangan) (b) 1,000 anak - maksimum 3 orang)

(a) 18,000 (pendeposit) (b) 9,000 (pasangan) (c) 2,000 (anak - maksimum 3 orang)

Komisen Lumayan

Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan

Tanpa Modal Perniagaan

Waktu Kerja Fleksibel

Mudah

Latihan/Bimbingan Diberikan

Sokongan Pemasaran Berterusan

Pasaran Luas Tanpa Sempadan

Tidak Melibatkan Transaksi Tunai

Menggalakkan Masyarakat Menabung

Produk Patuh Syariah

Page 5: Ejen Online PTPTN

4

Berapakah Komisen Saya Akan Dapat?

Simulasi Komisen

PAKEJ AMAUN PAKEJ (RM)

JUMLAH PEMBUKAAN

AKAUN

KOMISEN (RM)

RNA EPO

One-Off (15%)

One-Off (25%)

*Bulanan (0.25%)

JUMLAH

Intan 30 40 180 300 48 348

Delima 50 30 225 375 72 447

Topas 100 20 300 500 108 608

Zamrud 200 15 450 750 162 912

Nilam 300 10 450 750 162 912

Berlian 500 5 375 625 60 685

JUMLAH 120 1,980 3,300 612 3,912

*Bayaran komisen bulanan selama 24 bulan selagi pendeposit mencarum.

Saya Amat Berminat Untuk Menjadi Ejen Online PTPTN. Apakah Syarat-Syarat

Untuk Saya Menyertainya?

Sekiranya anda warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas, anda telah layak untuk mendaftar sebagai Ejen Online PTPTN.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat terlebih dahulu semasa anda mendaftar.

Ejen Pemasaran Online (EPO) Rakan Niaga Affiliate (RNA)

a) 25% untuk pembukaan akaun baharu

SSPN-i Plus

(one-off)

b) 0.25% dari amaun simpanan bulanan

selama 24 bulan

15% untuk pembukaan akaun baharu

SSPN-i Plus

(one-off)

Page 6: Ejen Online PTPTN

5

Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar?

1. Layari URL https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/

2. Masukkan maklumat berikut:

Nombor Mykad

Status warganegara

Emel

Tarikh lahir

ID Pengguna

Kata laluan

3. Klik ‘Bersetuju Terma dan Syarat’ dan seterusnya klik ‘Daftar’.

4. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran RNA Berjaya’ di emel yang dinyatakan ketika

pendaftaran. Klik pautan untuk ‘Pengesahan Pendaftaran’.

Page 7: Ejen Online PTPTN

6

5. Klik di sini untuk mengaktifkan akaun Rakan Niaga Affiliate.

6. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan

Page 8: Ejen Online PTPTN

7

7. Kini anda telah berada di Home Page RNA.

Bagaimana Untuk Saya Mendapatkan Kod/URL Affiliate? Dapatkan pautan RNA seperti di bawah:

Page 9: Ejen Online PTPTN

8

Bagaimana Untuk Mempromosikan SSPN-i Plus melalui link affiliate?

Untuk memulakan promosi link affiliate, lihat pada ruangan Link Pemasaran di bahagian Menu.

Link diberikan dalam tiga (3) format iaitu Banner Link, Text Link dan Emel Link.

Buat pilihan dan copy & paste link tersebut ke tempat-tempat yang ingin anda promosikan.

Contohnya, seperti di blog, laman web, forum, Facebook dan sebagainya.

Untuk panduan, klik Manual Publish di Facebook.

Anda disarankan menguji terlebih dahulu link yang dipasarkan untuk memastikan ia menuju ke

laman web yang ingin dipromosikan.

Page 10: Ejen Online PTPTN

9

Soalan Lazim Mengenai Ejen Online PTPTN

S : Siapakah Ejen Online PTPTN?

J : Ejen Online PTPTN terdiri daripada Rakan Niaga Affliate (RNA) dan Ejen Pemasaran

Online (EPO) yang berdaftar dengan PTPTN untuk mempromosikan dan memasarkan

produk SSPN-i Plus.

Setiap pendaftaran baharu sebagai Ejen Online PTPTN akan dilantik menjadi RNA. RNA

boleh dinaik taraf kepada EPO sekiranya menghadiri kursus yang ditetapkan oleh PTPTN.

RNA yang telah memiliki kelulusan PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL (TBE) akan dilantik

secara terus menjadi EPO.

RNA yang telah dilantik menjadi EPO akan memperolehi pelbagai keistimewaan seperti

kadar komisen yang lebih tinggi dan komisen berterusan sehingga 24 bulan.

S : Apakah syarat asas untuk menjadi Ejen Online PTPTN?

J : Syarat asas untuk menjadi Ejen Online PTPTN adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur 18 tahun ke atas

c) Tidak berstatus muflis

S : Apakah kelebihan menjadi Ejen Online PTPTN?

J : Antara kelebihan menjadi Ejen Online PTPTN adalah seperti berikut:

a) Berpeluang menikmati komisen yang lumayan

b) Tiada modal diperlukan

c) Waktu bekerja yang fleksibel

d) Pendaftaran PERCUMA

S : Bagaimanakah kaedah pemasaran bagi EPO dan RNA?

J : Kaedah pemasaran EPO adalah melalui:

a) Online dan, b) Bersemuka dengan pelanggan.

Manakala kaedah pemasaran RNA hanya melalui online sahaja.

Setiap pemasaran melalui online mesti menggunakan link yang telah disediakan pada

menu “LINK PEMASARAN” pada laman utama akaun EPO atau RNA.

Page 11: Ejen Online PTPTN

10

S : Adakah Ejen Online PTPTN dibenarkan menerima tunai daripada pelanggan?

J : Tidak, semua transaksi pembukaan akaun baharu dan penambahan akaun mestilah

dilakukan secara online.

S : Apakah perbezaan EPO dan RNA?

J : Berikut adalah perbezaan antara EPO dan RNA:-

Bil Perkara Ejen Pemasaran Online

(EPO) Rakan Niaga Affliate (RNA)

1. Pendaftaran Dinaiktaraf setelah menghadiri kursus.

Pendaftaran online melalui Sistem EPO

2. Lantikan Ejen

a) Lantikan daripada PTPTN melalui kursus yang disediakan.

b) Bagi ejen yang telah memiliki sijil/10essen Takaful tidak perlu menghadiri latihan dan akan dilantik secara terus sebagai EPO.

Hanya perlu mendaftar secara online sahaja.

3. Kaedah Pemasaran

Kaedah pemasaran melalui online dan secara terus dengan pelanggan.

Kaedah pemasaran melalui online sahaja.

4. Komisen

a) 25% untuk pembukaan akaun baru SSPN-i Plus

b) 0.25% dari amaun simpanan bulanan selama 24 bulan.

15% untuk pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus sahaja.

5. Khidmat Selepas Jualan

Memberi khidmat susulan kepada pelanggan untuk menguruskan penambahan deposit, pengeluaran dan tuntutan.

Tidak perlu.

Page 12: Ejen Online PTPTN

11

S : Bagaimana RNA ingin naiktaraf kepada EPO?

J : Setiap pendaftaran baharu Ejen Online PTPTN akan menjadi RNA. Setiap RNA boleh

menjadi EPO dengan syarat perlu menghadiri kursus yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Bagi RNA yang mempunyai kelulusan PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL (TBE) tidak

perlu menghadiri kursus, hanya perlu mengemukakan dokumen TBE kepada pihak

PTPTN melalui e-mel: [email protected] dan RNA akan dinaik taraf kepada EPO dalam

tempoh 24 jam.

S : Bagaimanakah caranya untuk menghadiri kursus lantikan EPO?

J : Sekiranya anda berminat untuk menaik taraf kepada EPO dan menikmati komisen yang

lebih lumayan sebanyak 25%, RNA perlu menghadiri kursus yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sila klik pada menu “JADUAL LATIHAN EPO” pada laman utama akaun RNA untuk

maklumat lanjut berkenaan kursus yang akan diadakan.

S : Berapakah kadar komisen EPO dan RNA?

J : Kadar komisen bagi EPO dan RNA adalah seperti berikut:

Ejen Pemasaran Online (EPO) Rakan Niaga Affliate (RNA)

a) 25% untuk pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus

b) 0.25% dari amaun simpanan bulanan selama 24 bulan.

15% untuk pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus.

Sila ke menu “NAIK TARAF EPO” pada laman utama untuk maklumat lanjut berkenaan

jumlah komisen bagi setiap harga pakej SSPN-i Plus.

S : Bilakah komisen akan dibayar dan bagaimanakah kaedah pembayaran dibuat?

J : Bagi setiap transaksi yang berjaya, Ejen Online PTPTN akan menerima bayaran komisen

pada setiap 15 haribulan bulan berikutnya dengan minimum sebanyak RM10.00.

Sekiranya jumlah keseluruhan komisen kurang daripada amaun tersebut, ianya akan

dibawa ke bulan berikutnya.

Amaun komisen akan dimasukkan terus ke akaun bank yang telah dinyatakan dalam

semasa permohonan EPO.

Amaun komisen yang dibayar adalah berdasarkan jumlah komisen yang diterima bermula

1hb sehingga hari terakhir pada bulan sebelumnya.