Eko Sistem

6
PENGENALAN Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengankanak- kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro.Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yangterangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri denganselengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Tugas guru bukan sahaja mengajar semata- mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama gurusemasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid.Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid

description

:)

Transcript of Eko Sistem

Page 1: Eko Sistem

PENGENALAN

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan

ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan

individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan

kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengankanak-kanak

tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu

dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak

yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro.Dalam teori ini menyatakan

bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yangterangkum dalam sistem persekitaran itu

mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem,

makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi

kepada guru dalam menyediakan diri denganselengkapnya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun

berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak

menghabiskan masa bersama gurusemasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing

dan penasihat kepada murid-murid.Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap

perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai

dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid

dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah

pekaterhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan

pengajaran.

Page 2: Eko Sistem

TEORI PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

a) Mikrosistem

mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-kanak

mempunyaiinteraksi berlaku dalam persekitaran yang kecil. Contoh interaksi kanak-kanak

dalam keluargaseperti interaksi antara ibu dan anak. Interaksi antara rakan sebaya, jiran

tetangga. Dalamkeluarga, ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan

kanak-kanak. Faktor persekiran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar

mempengaruhi perkembangankanak-kanak.

Individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di sekeliling kanak-kanak

sangat penting dalam perkembangan minda, fizikal dan emosi. Disini , kanak-kanak

mulameletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ahli di sekkeliling mereka

Page 3: Eko Sistem

IMPLIKASI DARIPADA TEORI PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN EKOLOGI

Melaui teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner , banyak manfaat

yangdiperoleh dalam memperbaiki cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh tenaga

pengajar. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga implikasi yang terkandung

berdasarkan pemahaman individu yang menilainya. Pelbagai implikasi ini terjadi

berlainanmengikut pandangan individu dan masyarakat mengikut perubahan zaman dan

persekitaran.Antara implikasi yang mungkin berlaku adalah penolakan khidmat guru di masa

hadapan.Menurut Bronfenbrenner, masyarakat adalah tempat yang paling sesuai untuk

seseorang individumenimba ilmu. Di dalam masyarakat terdapat pelbagai individu yang

mempunyai pelbagaikepakaran dan kebolehan. Hal ini membuktikan bahawa memperoleh

pendidikan dalammasyarakat lebih berkesan berbanding dengan pendidikan di sekolah.

Sebagai contoh seorangkanak-kanak yang ingin mempelajari matematik tidak seharusnya

mengikuti pembelajaran bersama guru. Mempelajari ilmu matematik daripada pakar matematik

di taman perumahannyaadalah lebih baik dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Adakah ini

relevan?Sudah menjadi perdebatan buat kesekian lamanya mengenai fungsi guru yang tidak

professional. Ramai yang berpendapat bahawa semua orang boleh menjadi pendidik.

Benarlah,tetapi bukan semua orang boleh menjadi guru. Semua guru adalah pendidik, tetapi

bukan semua pendidik boleh menjadi guru. Profesion guru adalah suatu pekerjaan yang

memerlukan latihanyang khusus sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Menolak fungsi guru dalam membentuk masyarakat adalah perkara yang tidak sepatutnya

berlaku. Melalui pendidikan di sekolah, pelajar dapat mempelajari kaedah pelajaran yang teratur

mengikut ketetapan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.Pembelajaran akan bermula daripada subjek yang mudah kepada yang sudah, serta

perkara yangabstrak kepada perkara yang lebih konkrit . Teknik ini memerlukan kepakaran

daripada pihak guru. Mempelajarinya daripada masyarakat yang tidak mempunyai kepakaran

pedagogi adalahmenyalahi etika pembelajaran yang teratur. Pembelajaran bersama pakar

dalam masyarakat juga berkemungkinan besar tidak dapat diberika komitmen kerana proses

pengajaran tidak dijadikansuatu profesion oleh individu yang mengajar.Melalui kurikulum

sekolah pula, kebolehan pelajar dapat dikenalpasti di peringkat awal persekolahan. Tidak

semua pelajar mempunyai kebolehan dalam memahami semua subjek.Dengan sukatan

pelajaran dan peperiksaan berkala dapat menguji kebolehan pelajar secaraindividu. Melalui

Page 4: Eko Sistem

pembelajaran di dalam masyarakat pula, individu yang mengajar gagalmenetapkan struktur

soalan yang sesuai untuk menguji tahap kebolehan muridnya.Hal ini kerana penentuan struktur

soalan memerlukan persetujuan pakar yang ramai dalam suatu subjek. Dan ia perlu menerima

kelulusan daripada pihak jabatan berwajib terlebih dahulu.Prinsip Standard Guru Malaysia

menetapkan bahawa profesion guru menggariskan

‘kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh

agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang

ditetapkan’. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kep

ada guru, pendidik guru,agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan

dan melestarikan guru

berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan

berterusan. Standard ini dijadikan garis panduan etika guru mengenai perkara yang

sepatutnyadan tidak sepatutnya dilakukan. Masyarakat amnya tidak mempunyai standard dan

piawaianyang khusus dalam mengatur proses pengajaran yang bakal diberikan. Bukan hanya

sudut pengetahuan yang luas, sahsiah diri guru itu sendiri juga boleh menjadi sumber kepada

pelajar.

Dewasa ini, pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaranyang

mapan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi harapan dan matlamat Negara.

Bagimencapai kecemerlangan , peranan yang dimainkan oleh guru guru sangat penting

dalammenjalankanpembelajaran yang berkesan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna supaya

gurudapat mencungkil setiap potensi yang ada pada setiap orang pelajar.Setiap pelajar

mempunyai potensi yang berbeza. Disamping itu, mereka mempunyai latar belakang dan

kehendak sosial yang berbeza. Tindak tanduk pelajar di sekolah merupakan proses

penyesuaian dirinya dengan sahabat yang berasal dari latar belakang yang juga berbeza sama

adadari segi sosioekonomi, budaya dan juga taraf hidup. Setiap pelajar yang hadir ke

sekolahmembawa identiti mereka sendiri. Dengan peristiwa lalu, minat dan kebolehan

tersendiri. Justerumelalui identiti inilah mereka dapat mengaplikasikan pembelajaran yang

diperoleh di sekolah.Ada yang lebih gemar bersosial bersama guru, manakala ada yang hanya

Page 5: Eko Sistem

selesa dengan temansekelas sahaja. Ia bergantung kepada kelainan mereka sendiri.

Kekurangan pelajar bukanlahuntuk diungkitkan, malah ia merupakan suatu keistimewaan yang

menggambarkan siapakan dirimereka dan kehendak masyarakat di sekeliling amnya.