ekonomi abbasiyah

download ekonomi abbasiyah

of 2

description

SEJARAH STPM P2

Transcript of ekonomi abbasiyah

Bincangkan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11 hingga ke-12.

A.PENDAHULUANKegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan perindustrian.Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang penyediaan sumber ekonomi. Contohnya, dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi yang tinggi.Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli serta buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai.B:Isi-isi penting Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah mengambil beberapa langkah.Antaranya adalah dengan melebarkan sungai dan terusan bagi mengairi kawasan pertanian,membina empangan dan menggalakkan penerokaan tanah-tanah baharu untuk aktiviti pertanian. Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.Ini mendorong kepada kemunculan ramai cendekiawan Islam yang telah berjaya mencetuskan idea-idea bagi memajukan aktiviti pertanian pada zaman itu. Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghiribi dan Khurasan.Ladang-ladang pertanian dan ternakan serta pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga telah diwujudkan.Selain pertanian,perdagangan juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah. Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan sektor perdagangan.Antaranya adalah dengan membina dan menyediakan kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan keselamatan untuk mengelak berlakunya aktiviti rompakan dan pelanunan. Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang pada zaman tersebut adalah seperti Baghdad, Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah. Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada zaman kekuasaan kerajaan Abbasiyah.Kilang-kilang di Baghdad,Syiraz dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan,hamparan dan permaidani. Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh Mesir,Andalus dan maghiribi, manakala oleh Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.C.PENUTUP Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi. Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan prasanara seperti tali air,masjid dan sekolah