Ekonomi Bandar Rendah Karbon

4
Ekonomi Bandar Rendah Karbon Johor Bahru dan Pasir Gudang, Malaysia Ringkasan Eksekutif Centre for Climate Change Economics and Policy Andy Gouldson, Sarah Colenbrander, Effie Papargyropoulou and Andrew Sudmant.

Transcript of Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Page 1: Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Ekonomi Bandar Rendah Karbon Johor Bahru dan Pasir Gudang, Malaysia

Ringkasan Eksekutif

Centre for Climate Change Economics and Policy

Andy Gouldson, Sarah Colenbrander, Effie Papargyropoulou and Andrew Sudmant.

Page 2: Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Pengenalan

Apakah cara yang terbaik untuk menuju ke arah bandar yang mempunyai kecekapan tenaga dan pembangunan yang rendah karbon ? Walaupun ada yang mempunyai minat mendalam terhadap perubahan seperti ini, namun terdapat pelbagai rintangan yang sering menghalang bandar-bandar untuk melaksanakan agenda ini. Ketiadaan maklumat asas yang kukuh serta bukti setempat yang sesuai juga menyukarkan pembuat keputusan untuk bertindak.

Kajian ini bertujuan untuk memberikan bukti asas bagi Johor Bahru dan Pasir Gudang dan digunakan untuk mengenalpasti sekiranya terdapat kes ekonomi yang boleh menarik pelaburan berskala besar dalam sektor kecekapan tenaga dan pembangunan rendah karbon di bandar-bandar tersebut. Tujuan yang lebih khusus adalah untuk menyediakan senarai langkah-langkah yang mengikut keutamaan dari segi kos dan pengurangan karbon yang berkesan serta realistik yang boleh dipromosikan di seluruh sektor tenaga, perumahan, bangunan komersial, pengangkutan, industri dan sektor bahan buangan.

Pendekatan kami

Kami memulakan analisis dengan mengumpul data mengenai tahap dan komposisi penggunaan tenaga di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kami melakukan analisis ini untuk pelbagai sektor yang berlainan termasuk sektor elektrik daripada segi penawaran, sektor perumahan, komersil, pengangkutan dan sektor industri daripada segi permintaan. Kami juga melakukan penilaian terhadap sektor sisa kerana ia menjana pelepasan gas rumah hijau dan pada masa yang sama ia juga berpotensi untuk menjana tenaga.

Kajian ini dilakukan secara menyeluruh bagi setiap sektor dan bandar berdasarkan trend terkini, sebagai contoh pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan penduduk, tingkah laku pengguna dan kecekapan tenaga. Melalui kajian ini kami telah menetapkan garis dasar ‘perniagaan seperti biasa’ sebagai trend asas sehingga tahun 2025. Garis dasar ini membolehkan kami untuk meramal tahap dan bentuk bekalan, permintaan tenaga, bil-bil tenaga serta pelepasan karbon masa depan.

Berdasarkan ulasan kajian yang meluas dan perundingan dengan pihak yang berkepentingan, kami mengumpul senarai langkah-langkah rendah karbon yang berpotensi untuk digunakan dalam setiap sektor yang berbeza di bandar. Kami menilai prestasi setiap langkah dengan menjalankan penilaian realistik terhadap kos dan kemungkinan penjimatan berdasarkan tempoh penggunaan dan mengambil kira skop bagi menggerakkan projek ini di Johor Bahru dan Pasir Gudang dalam tempoh masa sehingga tahun 2025. Penilaian ini tertakluk kepada semakan pakar untuk memastikan bahawa ia serealistik yang mungkin dan dengan mempertimbang faktor-faktor utama yang membentuk potensi penggunaannya.

Seterusnya hasil penilaian dibincangkan dan diulas oleh pakar bagi menentukan kesan-kesan yang berpotensi daripada gabungan langkah-langkah penilaian menerusi sektor-sektor yang berlainan di bandar itu secara keseluruhan. Ini membolehkan kami memahami skala peluang pembangunan, keperluan dan bayaran balik pelaburan yang berkaitan, bekalan dan permintaan tenaga, bil-bil tenaga dan pelepasan karbon dalam pelbagai sektor. Pengagregatan ini membolehkan kami menjana jadual liga bagi langkah-langkah paling berkesan untuk mengurangkan kos dan karbon yang boleh diguna pakai di dalam setiap sektor dan seluruh Bandar.

Ringkasan Eksekutif

Kes ekonomi untuk pelaburan rendah karbon

Kami menganggarkan bahawa KDNK Johor Bahru dan Pasir Gudang ialah RM 89.0 bilion (AS$26.9 bilion) pada tahun 2014, dan jika trend terbaru ini berterusan kami meramalkan KDNK akan meningkat kepada RM 248.0 bilion (AS$75.0 bilion) pada tahun 2025. Kami juga mendapati bahawa jumlah bil tenaga untuk Johor Bahru dan Pasir Gudang pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 13.54 bilion (AS$4.10 bilion). Ini bermakna 15.2% daripada semua pendapatan yang diperoleh di Johor Bahru dan Pasir Gudang kini dibelanjakan untuk tenaga (tidak termasuk perbelanjaan kerajaan untuk subsidi bahan api).

Kami meramalkan bahawa trend ‘perniagaan seperti biasa’ dalam tempoh sehingga 2025 yang akan meningkatkan jumlah penggunaan tenaga di Johor Bahru dan Pasir Gudang sebanyak 79.4% dari tahun 2014 hingga tahun 2025. Kami meramalkan jumlah bil tenaga untuk bandar-bandar akan meningkat sebanyak 139.9 % dari tahun 2014 kepada RM 13.54 bilion (AS$4.10 bilion) pada 2025. Kami juga meramalkan bahawa jumlah pelepasan karbon di Johor Bahru dan Pasir Gudang akan meningkat sebanyak 83.8% dari tahun 2014 hingga ke tahun 2025 berdasarkan senario ‘perniagaan seperti biasa’.

Selepas meneliti potensi kos dan faedah pelbagai kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan langkah-langkah rendah karbon lain yang boleh digunakan di semua sektor yang berbeza di bandar, kami mendapati bahawa – berbanding dengan trend ‘perniagaan seperti biasa’ - Johor Bahru dan Pasir Gudang boleh mengurangkan pelepasan karbon pada tahun 2025 sebanyak:

— 24.2% melalui pelaburan kos berkesan di bandar yang berkeupayaan membiayai operasinya sendiri secara komersil sepanjang hayat penggunaannya. Ini memerlukan pelaburan sebanyak RM 3.33 bilion (AS$ 1.01 bilion) yang menjana penjimatan tahunan sebanyak RM 2.56 bilion (AS$ 0.77 bilion), membayar kembali pelaburan dalam 1.3 tahun dan menjana penjimatan tahunan.

— 25.1% berdasarkan pelaburan di atas, iaitu melakukan pelaburan kos efektif dalam sektor elektrik akan membolehkannya membiayai operasi sendiri secara komersil sepanjang hayat penggunaannya. Ini memerlukan pelaburan sebanyak RM 22.87 bilion (AS$ 6.92 bilion), yang menjana penjimatan tahunan sebanyak RM 1.90 bilion (AS$ 0.58 bilion) dan membayar kembali pelaburan dalam jangka masa 12.0 tahun serta menjana penjimatan tahunan di seluruh Semenanjung Malaysia.

— 45.4% dengan langkah-langkah kos neutral yang boleh dibayar dengan melaburkan semula pendapatan yang dijana daripada langkah-langkah kos berkesan. Ini memerlukan pelaburan sebanyak RM 18.49 bilion (AS$ 5.59 bilion), yang menjana penjimatan kos tahunan sebanyak RM 2.74 bilion (AS$ 0.83 bilion), membayar kembali pelaburan dalam jangka masa 6.75 tahun dan menjana penjimatan tahunan.

— 46.6% dengan langkah-langkah kos neutral dalam sektor elektrik yang boleh dibayar dengan melaburkan semula pendapatan yang dijana daripada langkah-langkah kos berkesan. Ini memerlukan pelaburan sebanyak RM 41.24 bilion (AS$ 12.48 bilion), yang menjana penjimatan kos tahunan sebanyak RM 2.85 bilion (AS$ 0.86 bilion), membayar kembali pelaburan dalam jangka masa 14.5 tahun dan menjana penjimatan tahunan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kami mendapati sektor pengangkutan mengandungi 52.2% daripada jumlah potensi untuk pelaburan kos berkesan rendah karbon, dengan potensi selebihnya diagihkan dikalangan sektor domestik (19.6%), sektor industri (18.3%), sektor komersial (1.2%), sektor pembuangan (8.7%) dan sektor bekalan elektrik (3.5%).

Walaupun impak perubahan kos berkesan akan mengurangkan pelepasan keseluruhan berbanding dengan trend ‘perniagaan seperti biasa’, ia tidak akan menghentikan peningkatan pelepasan keseluruhan secara mutlak. Dengan eksploitasi semua pilihan kos berkesan, menjelang tahun 2025 pelepasan dijangka meningkat 37.7% berbanding tahun 2014. Dengan eksploitasi semua langkah kos neutral, bandar-bandar boleh mengurangkan pelepasan dengan hanya 0.8% di bawah tahap 2014. Pelaburan dalam semua langkah kos berkesan akan menjimatkan RM 9.49 bilion (AS$2.87 bilion) dalam kos tenaga setiap tahun, dan seterusnya mengurangkan bil tenaga pada tahun 2025 daripada 13.1% kepada 9.3% KDNK.

Kami meramalkan bahawa trend ‘perniagaan seperti

biasa’ dalam tempoh sehingga 2025 yang akan meningkatkan

jumlah penggunaan tenaga di Johor Bahru dan Pasir Gudang sebanyak 79.4% ,

jumlah bil tenaga meningkat sebanyak 139.9 % dan jumlah

pelepasan karbon akan meningkat sebanyak 83.8%.

Johor Bahru dan Pasir Gudang boleh mengurangkan pelepasan karbon pada tahun 2025 sebanyak 24.2% melalui pelaburan sebanyak RM 2.56 bilion (AS$ 0.77 bilion), yang

menjana penjimatan tahunan sebanyak RM 2.56 bilion

(AS$ 0.77 bilion) dan kembali pelaburan dalam 1.3 tahun.

Ekonomi Bandar Rendah Karbon2 3Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Page 3: Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Rajah 2. Pelepasan dari Johor Bahru dan Pasir Gudang di bawah enam senario pelaburan yang berbeza, 2014 sebagai fungsi pelepasan, antara tahun 2000 dan 2025.

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

2020

2021

2022

2023

2024

2025

Pelepasan bagi setiap tenaga

Jumlah pelepasan

Pelepasan bagi setiap unit KDNK

Pelepasan per kapita

50%

100%

150%

200%

250%

300%

183.8%

120.1%102.4%

65.9%

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

2020

2021

2022

2023

2024

2025

Kos efektif

Perniagaan seperti biasa

Kos efektif (elektrik)

Kos-neutral

Kos-neutral (elektrik)

0%

120%

100%

80%

60%

40%

20%

140%

160%

180%

200%

181.7%

137.7%

99.2%97.0%

Rajah 1. Indeks jumlah pelepasan bagi unit tenaga, unit KDNK dan per kapita.

Kesimpulan dan Cadangan

Kajian ini mendedahkan bahawa terdapat banyak peluang ekonomi yang menarik bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan merangsang pelaburan tenaga boleh diperbaharui, seterusnya akan meningkatkan daya saing ekonomi, jaminan tenaga dan intensiti karbon di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Skala peluang menunjukkan bahawa perakaunan untuk perubahan iklim dalam perancangan bandar boleh menjadi menarik daripada segi komersil, manfaat yang paling penting adalah mengurangkan impak perubahan iklim pada masa hadapan.

Kehadiran peluang itu tidak bermakna ia akan dieksploitasi. Dengan menyediakan bukti mengenai skala dan komposisi peluang-peluang ini, kami berharap laporan ini akan membantu membina komitmen politik dan kapasiti institusi untuk melakukan perubahan. Kami juga berharap laporan ini dapat membantu Johor Bahru dan Pasir Gudang menjamin pelaburan dan membangunkan model-model yang diperlukan untuk tindakan iklim secara proaktif. Sebahagian daripada kecekapan tenaga dan peluang rendah karbon menarik secara komersial manakala yang lain hanya boleh menjadi berdaya maju dengan pelaburan awam dan kewangan iklim. Banyak manfaat yang didapati daripada peluang-peluang tersebut melalui sokongan daripada dasar-dasar kerajaan.

Kami juga menekankan bahawa ekonomi bukanlah satu-satunya disiplin berkepentingan yang mempunyai impak terhadap model pembangunan rendah karbon di kawasan bandar Malaysia. Satu analisis yang lebih luas juga perlu mengambil kira keinginan sosial bagi pilihan yang berbeza, dan juga isu-isu berkaitan dengan ekuiti, keterangkuman dan kemampanan lebih luas dalam laluan pembangunan berbeza yang boleh dilaksanakan di Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Ekonomi Bandar Rendah Karbon4 5Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Page 4: Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Climate Smart Citieswww.climatesmartcities.org

Johor Bahru, MalaysiaLima-Callao, Peru Palembang, Indonesia

The Economics of Low Carbon, Climate Resilient CitiesLima-Callao, Peru

Kolkata, India

The Economics of Low Carbon CitiesKolkata, India

The Economics of Low Carbon CitiesPalembang, Indonesia

The Economics of Low Carbon CitiesJohor Bahru, Malaysia

Leeds City Region Birmingham and the Wider Urban Area

The Humber Sheffield City Region

Project Director: Prof Andy Gouldson [email protected]

Project Manager:

Sarah Colenbrander [email protected]

In-country lead:

Boyd Dionysius Joeman [email protected]