Ekonomi China 1911

download Ekonomi China 1911

of 19

Transcript of Ekonomi China 1911

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    1/19

    1. PENGENALAN

    Merujuk kepada kamus Dewan, ekonomi membawa maksud ilmu asas-asas

    pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan.

    Selain itu juga, ekonomi merupakan sistem atau cara pengeluaran kepada

    pembahagian dan penggunaan berkenaan dengan harta atau barang-barang

    serta perkhidmatan1.

    Disini kita akan dapat melihat ekonomi China sebelum Revolusi China

    pada tahun 1911 hingga zaman pemerintahan Parti Kominis China(PKC). PKC

    terletak dibawah pimpinan Mou Tze Tung. Mao Tze Tung mengamalkan

    fahaman Marxisma atau Kominisma. Dia hanya mengetahui berkenaan

    dengan Parti ini selepas membaca terjemahan dalam bahasa cina buku Marx

    dan Lenin berkenaan dengan Kominisma.

    Para revolusioner China yang pernah mendapat pendidikan di luar

    negara terutama Rusia dan Perancis telah menjadikan revolusi yang berlaku

    di sana sebagai panduan dalam mewujudkan revolusi yang seumpama itu

    untuk di diwujudkan di China. Namun, pendekatan mereka adalah berbeza.

    Parti Komunis China lebih bersifat kebangsaan, kurang mendapat pengaruh

    asing secara langsung, kurang berteori dan lebih diilhamkan berdasarkan

    cita-cita orang China2.

    Pada asalnya, Parti Kominis hanya tertumpu di bandar besar dan

    dikalangan penuntut sahaja. Namun, selepas berada ditahap

    kegemilangannya. Parti ini telah dilihat sebagai satu parti yang setaraf

    dengan Parti Kuomintang dan telah menjadi persaing yang paling sengit.

    Hasil daripada perjanjian antara Dr Sun Yat sen dengan Joffe. Parti

    Kuomintang dan Parti Komunis telah bersatu padu dan bekerjasama dalam

    mengerakkan revolusi untuk menyingkirkan sebarang penentangan,

    samaada dari luar mahupun dari dalam China itu sendiri. Ini adalah untuk

    1Kamus Dewan Edisi Baru, 1992, Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, Hlm.304.2 C.P.Fitzgerald, 1973, Intisari Sejarah Asia Timor,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa DanPustaka,Hlm. 149.

    1

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    2/19

    menyatukan semula China dibawah pimpinan Sayap Kiri3. Namun,

    disebabkan perbezaan ideologi dan matlamat. Maka, peperangan saudara di

    China sering berlaku sehinggalah membawa kepada kejatuhan Parti

    Kuomintang dan membawa kepda zaman keagungan PKC.

    Manakala zaman Revolusi China 1911 pula merujuk kepada perubahan

    pemerintahan atau sosial yang dilakukan dengan kekerasaan melalui

    pemberontakan senjata. Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911

    hingga 1949 adalah berbeza dengan revolusi yang berlaku pada tahun 1760

    hingga 1850 di Eropah. Revolusi yang berlaku di Eropah adalah Revolusi

    Perindustrian iaitu proses menukar cara pengeluaran daripada menggunakan

    tangan kepada menggunakan jentera. Dalam pengertian yang lebih luas.

    Revolusi Industri ialah revolusi yang telah membawa kesan kepada

    Pemikiran dan peraturan politik, sosioekonomi dan sistem nilai di Eropah4.

    Manakala revolusi yang berlaku di China pula adalah revolusi sosial

    iaitu revolusi yang berkaitan dengan perihal masyarakat yang menjurus

    kearah meningkatkan ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara. Revolusi

    ini disokong oleh demokrasi yang bertujuan untuk membangunkan

    masyarakat5.

    Revolusi yang lahir di China bermula daripada semangat nasionalisme

    yang wujud dalam menentang imperialisme barat terhadap negara China.

    Semangat ini mula lahir dari peristiwa yang berlaku pada tahun 1839 hingga

    1842 iaitu peristiwa yang melibatkan penentangan rakyat china terhadap

    kuasa barat yang datang ke china bagi menguasai perdagangan di Canton.

    Maka, bertitik tolak dari peristiwa itulah rakyat telah mula bangkit dalam

    menentang sebarang bentuk pencerobohan dan penentangan disamping

    bangkit dalam memajukan politik, sosial dan ekonomi rakyat china.

    3 Ibid.4Qasim Ahmad, 1971, Eropah Moden, Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan:Edisi Kedua,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm. 281.5 Kamus Dewan, 1984, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm. 1127.

    2

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    3/19

    2. EKONOMI SEBELUM REVOLUSI(1911)

    Ekonomi China pada zaman ini berpusat semata-mata kepada kepentingan

    diri sendiri sehinggala akhir abad ke Sembilan belas iaitu semasa

    kedatangan kuasa barat. Semasa zaman Pemerintahan Manchu (tahun 1644

    hingga 1911) penduduk china menjadikan pertanian sebagai dasar ekonomi

    utama mereka dan teras ekonomi China tradisional. Secara tidak langsung,

    sektor pertanian telah mencapai kemajuan yang pesat. Masyarakat cina

    telah menggunakan kaedah penanaman secara batas-batas sejak abad ke-

    enam sebelum masihi. Kaedah penanaman secara batas ini membawa

    kepada perkembangan teknik penanaman menggunakan alat semaian serta

    cangkul. Cara menyemai benih menggunakan banyak lubang dan cara ini

    membolehkan proses penyemaian lebih cekap dan cepat terutama di

    kawasan yang lebih luas.

    Pada sekitar abad keenam atau kelima sebelum masihi, petani telah

    menggunakan kayu dan besi untuk membuat alat bajak seperti cangkul besi

    dalam pertanian6. Pada masa yang sama juga, alat membajak dicipta dengan

    menggunakan tenaga kerbau. Alat bajak yang diperbuat daripada besi

    banyak digunakan oleh golongan kaya sahaja. Selain itu juga, orang cina

    telah mencipta alat menampi bijirin dengan melambung ke udara secara

    perlahan-lahan bagi mengasingkan benda asing dengan bijirin. Namun,

    masyarakat cina telah mengorak langkah untuk mencipta alat yang lebih

    canggih. Maka, pada sekitar abad kedua sebelum masihi dicipta kipas

    penampi berputar. Mesin ini membolehkan pengasingan habuk daripada

    6 Suffian Mansor, 2003, TamadunChina, Selangor:Dawama Sdn.Bhd, hlm.169

    3

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    4/19

    bijirin dengan lebih cepat7. Antara tanaman utama mereka adalah seperti

    keledek, ubi kentang, kapas, jagung, gandum dan padi8.

    Selepas abad kelapan belas hingga kesembilan belas iaitu semasa

    kedatangan kuasa barat. Baharulah orang cina mula berani menjalankan

    perdagangan dengan negara luar. Namun kuantitinya adalah kecil. Hal ini

    adalah kerana semasa zaman pemerintahan monarki pernah mengamalkan

    dasar tutup pintu dan melarang perdagangan dijalankan secara bebas dan

    aktif9. Mereka hanya membuka sedikit ruang untuk perdagangan. Terdapat

    beberapa faktor yang menyebabkan china mengamalkan dasar ini.

    Antaranya ialah pandangan negatif masyarakat cina terhadap

    perdagangan. Orang cina melihat perdagangan sebagai pekerjaan paling

    bawah. Malah fahaman Conficius juga pernah menekankan bahawa

    pedagang sebagai golongan yang tidak menghasilkan barangan tetapi lebih

    kepada memeras golongan lain terutamanya petani. Selain itu, semasa

    zaman Dinasti Ching bimbang akan ancaman golongan penentang daripada

    penyokong Ming. Mereka bimbang apabila pelabuhan diibuka akan memberi

    peluang kepada penyokong Ming mendapatkan bantuan dan sokongan

    daripada kuasa asing. Oleh sebab itu, beberapa buah pelabuhan di kawasan

    utara telah ditutup bagi mengelakkan golongan ini mengganggu dan

    mencoroboh istana Ching di Peking. Berikutan itu, mereka hanya

    membenarkan pelabuhan Canton dibuka kepada pedagang asing10.

    Walaupun begitu, Pelabuhan Canton menjalankan banyak peraturan

    dan ini menjadi penghalang kepada pedagang kecil untuk memasarkan

    barangan dagangan mereka keluar. Perdagangan ini melibatkan aktiviti

    eksport barangan china seperti teh china, sutera dan barang-barang lain

    seperti tembikar. Manakala, barang import pula adalah seperti kapas barat,

    kain-kain bulu dan candu11.

    7 Ibid, TamadunChina, Selangor:Dawama Sdn.Bhd, hlm.108-109.8 C.P.Fitzgerald, 1973, Op.cit.., hlm.117.9 Ibid, TamadunChina, Selangor:Dawama Sdn.Bhd, hlm.108-109.hlm.16910 Ibid, 170.11 C.P.Fitzgerald, Op.cit.., hlm. 117.

    4

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    5/19

    Bukti wujudnya hubungan perdagangan di china adalah dengan

    melalui laluan perdagangan mereka iaitu Laluan Sutera12 manakala dari

    barat dihubungkan melalui Terusan Suiz. Pada masa ini, kuasa barat telah

    moden dari segi peralatan perdagangan iaitu mereka telah mempunyai kapal

    wap bagi menjimatkan masa perjalanan mereka dalam menjalankan dasar

    Imperialisme dan perdagangan. Tujuan mereka adalah untuk menakluki

    negara yang dianggap memberi keuntungan kepada mereka disamping ingin

    menguasai kuasa perdagangan secara keseluruhannya.

    Bukti kedatangan mereka ke China adalah dengan kedatangan

    pedagang caravan dari Barat ke China. Pada tahun 166, dikatakan bahawa

    sekumpulan pedagang yang menjadi wakil Maharaja Ta Chin iaitu An-

    tun(Marcus Aurelius Antonius) telah sampai ke Selatan China melalui

    Pelabuhan Canton. Selain berdagang, kuasa asing juga menjalankan

    penyebaran agama mereka iaitu Kristian Katolik sehinggalah pada abad ke

    19. Mereka telah mula maju dari segi perdagangan dan mereka mahu

    pasaran lebih luas lagi.

    Maka, Pada tahun 1793 British telah menghantar Lord Macartney

    untuk berbincang dengan dengan Maharaja Chein-lung. Hal ini adalah kerana

    kuasa barat tidak berpuas hati dengan sekatan yang dijalankan oleh china

    terhadap perdagangan luar mereka. Iaitu berkenaan dengan sekatan di

    Pelabuhan Canton. Maka, rundingan ini dijalankan adalah untuk membuka

    china dari segi perdagangan, menghapuskan beberapa sekatan

    perdagangan dan keinginan pihak British untuk menubuhkan kedutaan

    mereka di china. Namun, hubungan ini telah ditolak kerana Maharaja china

    menanggap bahawa mereka mempunyai tamadun yang lebih tinggi dan

    telah sempurna sifatnya13.

    Masalah ini telah ditambah lagi dengan pembunuhan orang china oleh

    anak kapal Lady Hughes 14 iaitu dari barat, timbul pula dasar tidak puas hati

    dengan sistem perundangan china. Ini kerana barat mengamalkan hukuman

    12 Ibid.13 Suffian Mansor,Op.cit.., Hlm. 172.14 Ibid.

    5

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    6/19

    terhadap pesalah secara individu tetapi berlainan pula china yang

    menekankan undang-undang secara kolektif. Oleh sebab anak-anak kapal

    tersebut tidak mahu menyerah diri. Maka, kapal tersebut telah dikepung dan

    perdagangan telah dihentikan.

    Krisis hubungan antara China dengan barat menjadi bertambah serius

    apabila pihak British memperkenalkan candu sebagai bahan eksport ke

    china. Orang Amerika Syarikat pula mengeksport candu dari Turki ke China.

    Kebanyakan perdagangan candu diusahakan oleh perniagaan persendirian.

    Pergolakan bertambah lagi dengan dengan pelantikan Lin Tse-Hsu pada

    tahun 1837 sebagai Pesuruhjaya Anti Candu di Canton. Beliau telah

    merampas peti candu dari pihak barat dan membakarnya. Keadaan ini telah

    menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang barat15.

    Akibatnya, Pesuruhjaya perdagangan British Elliot telah mendesak

    Kerajaan British untuk mengistiharkan perang terhadap China. Usaha beliau

    mendapat reaksi yang positif dari pedagang dan Kerajaan British.

    Peperangan berlangsung pada tahun 1839 hingga 1842 dan perang ini

    dinamakan sebagai Perang Candu 1. Kekalahan di pihak China telah

    menyebabkan pencerobohan kuasa asing semakin berleluasa sehinggalah

    membawa kepada Perjanjian damai Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian

    ini telah memberi kemudahan kepada pihak asing. Antaranya ialah dengan

    menghapuskan sekatan di Pelabuhan Canton. Kekalahan China juga

    menyebabkan kuasa Barat yang lain meminta keistimewaan seperti mana

    yang diterima oleh British. Antara perjanjian yang diadakan ialah Perjanjian

    Wanghsia (3 Julai 1844) dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampao

    (24 Oktober 1844). Manakala perjanjian dengan Norway dan Sweden telah

    ditandatangi pada 20 Mac 184716.

    Keadaan ini berterusan sehinggalah tercetusnya Perang Candu II yang

    berlaku pada 1856 hingga 1860. Perang ini dinamakan sebagai Perang Kapal

    Lorcha Arrow bersemperna dengan nama kapal yang telah ditawan oleh

    15 Suffian Mansor,Op.cit.., Hlm. 17216 Ibid, 173.

    6

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    7/19

    China. Peperangan ini meletus kerana British cuba membuka pasaran

    mereka di China dengan lebih luas lagi. Dan, sekali lagi China mengalami

    kekalahan dan terpaksa akur dengan tuntutan Barat dalam Perjanjian

    Tientsin.

    Kesan daripada peristiwa yang telah berlaku, kuasa eropah telah

    menjadi mudah dalam meluaskan perdagangan mereka di China. Malah,

    dilihat semakin menguasai ekonomi China. Walaupun pada awalnya,

    ekonomi China dilihat semakin berkembang, ini dapat dibuktikan melalui

    pasaran import pada tahun 1867 hanyalah 69,329,741 tael menjadi

    447,100,791 tael pada tahun 1905. Manakala, pasaran ekport pula dari

    57,895,713 tael menjadi 227,888,197 tael. Namun, hasil perdagangan ini

    sebenarnya telah meninggalkan kesan buruk kepada rakyat China. Barangan

    import disini adalah merujuk perdagangan Candu. Barangan ini mencatatkan

    hampir 46% daripada barangan yang diimport. Tetapi jumlah ini

    berkurangan pada tahun 1905 kerana china telah mula mengeluarkannya

    sendiri17.

    Manakala, barangan lain juga turut mencatatkan peningkatan dari segi

    pasaran importnya seperti benang tenun yang meningkat dari 21 peratus

    menjadi 40 peratus, logam dari 2 peratus menjadi 10 peraatus dan barangan

    lain daripada 20 peratus kepada 40 peratus. Namun pada tahun 1905,

    berlaku penyusutan sedikit pada ekonomi China. Imbangan Perniagaan

    China kekurangan lebih sedikit daripada 219 ratus ribu tael. Ini disebabkan

    oleh penggunaan barang-barang dari Barat yang bertambah dengan

    banyaknya tetapi tidak seimbang dengan penjualan barang-barang dari

    China. ini menyebabkan pasaran antara barat dan China adalah tidak

    seimbang18.

    Antara punca lain yang membawa kepada kemorosotan ekonomi China

    adalah peristiwa Perang Sino-Jepun(tahun 1894 hingga 1895). China

    terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan negara luar bagi

    17 Harold M.Vinacke, 1967, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm. 255.18 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.256.

    7

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    8/19

    membayar Imbuhan sebanyak 230,000,000 tael. Maka, kuasa asing seperti

    Rusia, Perancis, Britain dan Jerman berlumba-lumba dalam memberikan

    pinjaman kepada China. Sebagai cagarannya ialah Sebagai cagarannya,

    barang-barang dari luar dijadikan sebagai cagaran dan beberapa wilayah

    sebagai jaminannya. Cukai laut dan Cukai garam atau cukai Kastam telah

    diletakkan di bawah pentadbiran negara asing19.

    Bolehlah disimpulkan bahawa sebelum tahun 1911, China terpaksa

    menanggung hutang yang banyak dalam membangunkan semula

    pentadbiran dan ekonominya. Disebabkan terpaksa menanggung hutang

    yang banyak. Maka, China terpaksa mencagarkan hasil pendapatan mereka

    iaitu Cukai Kastam Laut.

    3. EKONOMI CHINA SELEPAS REVOLUSI 1911

    Selepas berlakunya Revolusi iaitu peristiwa penggulingan kuasa

    Kerajaan Manchu. Maka bermula pentadbiran oleh golongan Revolusioner.

    China sekali lagi membuat pinjaman wang untuk memulihkan

    pentadbirannya dan menyusun semula pinjaman pada tahun 1913.

    Perjanjian pinjaman ini dicapai dengan menjadikan Salt Gebella bagai

    cagaran dan penyusunan semula pentdabiran dan diseliakan oleh kuasa

    asing. Pinjaman ini telah dilakukan oleh Pemimpin ketika itu iaitu Yuan Shih-

    Kai pada tahun 1912 kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan

    negara Barat20. Kesan Reolusi telah membawa kepada lebih banyak

    pinjaman dilakukan dari luar untuk perbelanjaan pentadbiran umum.

    19 Ibid, Hlm. 262.20 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.263

    8

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    9/19

    Pinjaman ini turut dikenakan syarat seperti mana yang berlaku pada

    perjanjian pertama. China dimestikan untuk membina jalan keretapi untuk

    kemudahan kuasa asing dan sekutunya(pemegang bond) untuk menjalankan

    aktiviti berdagangan mereka. Syarat lain adalah berkenaan dengan

    kepentingan lebih kepada kuasa asing dan cagarannya pula terdiri daripada

    jalan itu sendiri. Antara jalan yang diwujudkan dengan kuasa asing adalah

    jalan binaan Rusia dan Jepun di Manchuria, jalan Tsingtao-Tsi anfu binaan

    Jerman di wilayah Shantung dan Perancis di wilayah Yunan dan Kwangsi.

    Pinjaman ini bukanlah sebagai penanaman modal yang

    menguntungkan. Jalan ini dibina bukanlah untuk penjualan barangan China

    dan dilihat tidak memberi faedah kepada China dari segi jangka panjang

    mahupun pendek21.

    Antara perkembangan ekonomi yang wujud selepas Revolusi tahun 1911

    adalah seperti berikut:-

    3.1 Perdagangan dengan negara luar/Perdagangan Antarabangsa.

    Menjelang tahun 1931 iaitu semasa pentadbiran oleh Chiang Kai sik,

    pergelokan politik telah membawa kepada kecurian dan samun yang

    semakin berleluasa. Ditambah lagi dengan peperangan saudara turut

    menghalang kemajuan ekonomi China. Namun, pergolakan politik tidak

    menghalang dalam pergerakan ekonomi22.

    21 Ibid, Hlm.263.22 Afifah Abu Yazid, 2003, Pengajian Tamadun AsiaEdisi ke-2, Pahang : Pts Publications &Distributors Sdn Bhd, Hlm. 136.

    9

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    10/19

    Dalam pada masa yang sama juga, kesan daripada perjanjian yang

    telah dijalankan. Semakin banyak pelabuhan telah dibuka iaitu sebanyak

    enam puluh Sembilan buah dan terdapat sebelas tempat telah dibuka untuk

    perdagangan serta tempat tinggal warga asing.

    Hasil daripada pasaran China yang telah dibuka dengan lebih luas ini

    telah membawa sedikit kemajuan. Iaitu dari 211, 000,000 tael kepada

    463,000,000 tael Haikwan. Dalam masa yang sama juga, barang-barang

    ekport turut bertambah daripada 159 juta tael kepada 381 juta tael. Oleh hal

    yang demikian, dalam tempoh tiga puluh tahun nilai-nilai perdagangan luar

    telah bertambah sebanyak tiga ratus peratus23.

    Selain itu juga, ekonomi China telah berlaku perubahan yang cukup

    besar. Hal ini merujuk kepada barangan yang di import dan di eksport.

    Dahulu, China banyak mengimport barangan seperti Candu, Kapas dan

    beberapa barangan lain. Namun, semua ini telah lenyap kerana berlaku

    persaingan dengan perdagang asing yang lain. Manakala eksport pula,

    dahulu China antara pengeluar makanan kepada negara Barat. Namun, ia

    berlaku sebaliknya. China terpaksa mengimport dari luar kerana sumber

    makanan China tidak mampu menampung rakyatnya yang ramai.

    Disebabkan Candu telah membawa masalah pada ekonomi dan

    rakyatnya. Maka, pemerintah telah mengarahkan agar perdagangan ini

    dihentikan. Pada 8 Mei 1911, satu perjanjian telah di adakan bagi

    menghalang dan menghentikan penjualan candu. Namun, pada tahun 1915

    berlaku satu lagi masalah yang boleh menggugat ekonomi dan

    menambahkan masalah sosial rakyatnya. Iaitu penanama Pokok Popi, tetapi

    pada tahun 1924 hingga 1925 penanamannya telah berkurangan.

    Pada tahun 1924, China menjadi pengeluar utama bagi Candu. Mereka

    mengeluarkan lebih dua puluh lima juta paun. Ini bermakna tekanan

    terpaksa di kenakan ke atas China sendiri dan bukan dari negara England

    dalam mengurangkan penjualan candu di China24.

    23 Afifah Abu Yazid,Op.cit.., Hlm.138.24 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.257.

    10

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    11/19

    Walaupun begitu menjelang tahun 1930, pengimportan kapas telah

    bertambah daripada kurang satu peratus kepada sepuluh peratus. Iaitu dari

    4 juta tael kepada 132 juta tael. Punca kenaikan ini adalah disebabkan oleh

    kemasukan mesin-mesin yang membantu dalam pemprosesan. Dengan

    bantuan mesin ini, mereka dapat menghasilkan barangan yang dulu hasil

    secara tradisional telah dimodenkan dengan pembuatan mesin. Seperti hasil

    tenunan kapas25.

    Bolehlah dikatakan bahawa, selepas tahun 1930 China telah

    mengalami pembangunan yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya. Ini dapat

    dibuktikan melalui barangan eksport yang telah bertambah, iaitu sebanyak

    lima puluh lebih jenis barangan. Dan, setiap satunya adalah bernilai lebih

    dari satu juta tael.

    3.2 Pertanian

    Dari segi pertanian pula, hasil daripada pembinaan jalan telah

    membantu memajukan lagi perdagangan mereka. Antara tanaman petani

    adalah Kacang Soya di Manchuria dan kapas yang banyak di tanam di

    Kiangsu dan Shansi. Selain itu, tembakau juga merupakan hasil tanaman

    mereka.

    Untuk meningkatkan mutu tanaman mereka contoh seperti kapas.

    China telah menjalankan tanaman Kapas dari Amerika dan turut memanggil

    seorang pakar dari Amerika untuk bekerjasama dengan Universiti Nanking26.

    Bagi memperbaiki dan menambahkan lagi jumlah pengeluaran kapas China.

    Selain itu juga, China turut memberi tumpuan kepada tanaman lain seperti

    pengeluaran Ulat Kokun bagi menghasilkan Benang Sutera. Mereka telah

    menjalankan kajian bagi mengatasi dan mengurangkan penyakit Ulat Sutera

    25 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.264.26 Esa Khalid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Skudai:

    Universiti Teknologi Malaysia., Johor ,Hlm 163.

    11

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    12/19

    bagi menghasilkan Benang Sutera yang cantik dan bermutu tinggi. Tanaman

    Teh juga turut diberi perhatian dalam pengeluarannya.

    Dalam pada masa ini, China telah bersunggunh-sunggunh dalam

    memulihkan ekonominya. Antara langkah yang turut diambil oleh Jabatan

    Pertanian China adalah dengan mengarahkan semua sekolah dan maktab

    dalam mencari idea atau langkah yang berkesan bagi meningkatkan

    pengeluaran hasil pertanian. Hasil kajian mereka, petani telah mengunakan

    benih yang rosak dalam penanam mereka. Ini dilihat sebagai punca hasil

    pertanian tidak berkualiti dan kurang menghasilkan tanaman. Maka, para

    petani telah dinasihatkan agar menyimpan benih dari hasil tanaman yang

    lebih baik dan subur.

    Selepas keadaan ini diubah. Hasil pertanian telah meningkat dan

    menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti. Malah, tanaman juga sering

    berubah mengikut kesesuaian tanah dalam tempoh setahun. Penghasilan

    baja juga turut membantu dalam mengalakan pengeluaran hasil pertanian.

    Keadaan ini telah meningkatkan taraf hidup petani China.

    Namun, musibah telah menimpa China pada tahun 192127. China

    mengalami masalah kebuluran dan kemarau yang teruk sehingga

    menyebabkan kekurangan makanan. Namun, keadaan ini telah dipulihkan

    dan membangkitkan kembali ekonomi China.

    3.3 Perusahaan Kecil-kecilan

    Disamping perniagaan besar-besaran. Terdapat juga perusahaan kecil-

    kecilan dijalankan seperti memintal Benang. Perusahaan ini dijalankan di

    luar Bandar sahaja. Perusahaan ini dijalankan bagi menampung perbelanjaan

    isi rumah. Perusahaan ni dijalankan oleh individu itu sendiri dan tempahan

    oleh pemodal secara kecil-kecilan. Pemodal ini akan membekalkan kapas

    27 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.264.

    12

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    13/19

    dan alat tenunan kepada sesebuah keluarga dan memungutnya apabila

    telah siap. Dan nilai harganya juga adalah lebih tinggi sedikit berbanding

    mengusahakan dan memasarkan sendiri28.

    Perusahaan lain yang turut diusahakan adalah pembuatan kertas

    Chien-an. Kertas diperbuat daripada Pokok Malberi. Pemprosesan kertas

    telah lama diusahakan di China. Kilang yang mengusahakan pemprosesan

    kertas mempunyai tujuh orang pekerja. Lima daripadanya akan

    menyediakan bahan mentah dan mengeringkan kertas. Seorang akan

    membuat kertas dan ketuanya pula akan melicinkan tugas yang lain.

    Biasanya pengusaha kilang ini mempunyai lebih sebuah kilang dan mereka

    terlebih dahulu akan melihat sendiri cara pemprosesan kertas di Korea.

    Setelah mengetahui cara pemprosesan kertas. Dan mereka akan membawa

    ilmu tersebut untuk diusahakan di China.

    Secara puratanya, ekonomi China menjelang tahun 1931 masih

    mengamalkan cara lama iaitu kurang dalam penggunaan mesin. Pasarannya

    juga masih tertumpu di Pekan dan Bandar-bandar besar sekitar China. Hanya

    sedikit sahaja untuk pasaran tempatan. Alat pengeluaran mereka adalah

    yang mudah dan tidak merumitkan. Mesin ini adalah merujuk kepada mesin

    yang separa canggih dan tidak mahal seperti mana yang terdapat di negara

    barat. Contohnya seperti alat tenun yang masih digunakan sehingga tahun

    1930. Hal ini adalah kerana masih mujudnya golongan yang bencikan

    pembaharuan29.

    Manakala perusahaan yang dianggap moden dan Berjaya hanya terdiri

    daripada orang-perseorangan. Ini adalah kerana masih wujud lagi undang-

    undang dan belum lagi menetapkan kawalan yang secara berkesan.

    3.3 Wujud Sistem Perbankan

    28 Ibid.29 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.265.

    13

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    14/19

    Bukan itu sahaja, pada masa ini(1931) telah wujudnya Sistem Bank

    Moden. Banker Shansi masih legi membuat perniagaan yang berhad di China

    Tengah dan masih juga terdapat kedai yang menjalankan Sistem pertukaran

    barang. Selepas daripada itu, banyak bank asing telah didirikan. Bank ini

    diirikan bagi meluaskan perusahaan di China. Antara bank lain yang turut

    didirikan adalah Bank Perhubungan, Bank perusahaan Chekiang, Bank

    Perusahaan Garam, Bank Perniagaan Ningpo dan banyak lagi.

    Perusahaan China dilihat telah berkembang. Maka, Persatuan

    perniagaan dan Persatuan Sekerja telah ditubuhkan. Kesatuan Sekerja telah

    lama ditubuhkan dan terdapat di Shanghai, Canton dan Hong Kong.

    Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1919 dan dinamanakan sebagai

    Kesatuan Bagi Kebaikan Buruh China. Tujuan penubuhannya adalah untuk

    keuntungan, perlindungan dan memertahankan hak pekerja daripada

    Majikan. Kesatuan ini ditubuhkan berasaskan kenegaraan30.

    Pada tahun 1925, berlaku pemogokan di ketiga-tiga tempat tersebut

    bagi memprotes terhadap kegawatan dan kemorosotan ekonomi yang

    membawa kepada kekurangan gaji bagi membiayai keperluan keluarga. Hal

    ini telah membuktikan tentang kuasa dan kekuatan Kesatuan Sekerja dalam

    menyusun semula pentadbiran China. Hal ini dapat dibuktikan melalui

    pembentukan Dewan Perdagangan China. Selain itu juga, Undang-Undang

    Kesatuan Sekerja telah diluluskan dalam bulan Oktober 1929 bagi

    menetapkan hak pertubuhan kesatuan dan hak pekerja. Hasil daripada itu,

    taraf pendapatan bagi memenuhi keperluan pekerja sudah meningkat naik31.

    4. EKONOMI SEMASA PENTADBIRAN PARTI KOMUNIS

    Dasar ekonomi China tidak banyak berlaku perubahan sehinggalah

    pada tahun 1949. Iaitu semasa pentadbiran Parti Komunis China. Parti ini

    mula mentadbir China selepas mengalahkan musuh ketatnya iaitu Parti

    30 Ibid.31 Harold M.Vinacke, Op.cit.., Hlm.265.

    14

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    15/19

    Kuomintang. Parti Kuomintang dipimpin oleh Dr.Sun Yat Sin sehinggalah

    kematian beliau pada tahun 1926, lalu digantikan oleh Panglima Perang

    yang bernama Chiang Kai Shik. Sebelum Chiang Kai Shik mentadbir China,

    China pernah ditadbir oleh kuasa Hulubalang iaitu Kuasa dari golongan

    tentera China. Mereka ingin merampas dan mentadbir China dengan bentuk

    pentadbiran yang bersifat ketenteraan sehinggalah dijatuhkan oleh Parti

    Kominis selepas bersatu hati dengan Parti Kuomintang dalam menjatuhkan

    kuasa Hulubalang.

    Namun, kerjasama diantara mereka tidak kekal lama. Selepas

    pendudukan Jepun pada tahun 1937 iaitu semasa penawanan wilayah

    Naning sehinggalah kekalahannya. Sekali lagi pergolakan diantara mereka

    berlaku. Kali ini pula berpunca daripada perebutan wilayah yang telah

    ditinggalkan oleh Jepun. Pada tahun 1941, gabungan ini telah dibubarkan

    kerana kepentingan parti dan perbezaan ideologi32.

    Disebabkan kurangnya kepakaran dan sokongan rakyat China

    terhadap Parti Kuomintang dan strategi yang diatur tidak berjaya dalam

    menandingi kekuatan PKC. Maka, Parti Kuomintang telah berjaya dikalahkan

    oleh PKC dengan penawanan Bandar Tientsin dan Bandar Peiping. dan ini

    telah membawa kepada pentadbiran PKC di China bermula dari tahun 1949.

    PKC telah memasuki zaman selepas perang dengan rancangan untuk

    mengadakan pembinaan ekonomi China semula. Antara usaha pemulihan

    yang yang adakan keatas ekonomi China adalah:-

    4.1 Dasar Pertanian

    Rancangan bermula dengan meletakkan batu asas bagi menggalakkan

    perusahaan dengan membantu petani dan usaha-usaha pemulihan. Dalam

    32 Ibid.

    15

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    16/19

    pada masa yang sama, Satlin di Rusia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi

    Lima Tahunnya.

    Dasar yang diperkenalnya ini lebih bersifat memerah keringan pekerja

    dengan sekeras-kerasnya. Beliau telah memperkenalkan penggunaan mesin

    dalam perindusrian dan mengarahkan pekerja bekerja dengan begitu gigih.

    Namun, gaji yang dibayar tidak setimpal dengan tenaga yang diberikan33.

    Disebabkan Dasar yang diperkenal oleh Stalin lebih bersikap keras

    terhadap pekerja. Walaupun, ekonomi Rusia berada ditahap yang baik ketika

    itu. Mao Tzi Tung tidak mahu mengunakan dasar yang sama di China. Hal ini

    adalah kerana beliau tidak mahu memperlihatkan bayang-bayang Rusia di

    China atau lebih mudah lagi. Mao Tzi Tung tidak mahu bentuk pentadbiran

    yang diamalkan di China menyamai pentadbiran di Rusia.

    Maka, Mou Zhi Tung menjalankan dasar yang lebih bersifat terbuka

    dengan membantu para petani agar petani mampu menghasilkan tanaman

    yang lebih baik bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka dan

    sekali gus boleh meningkatkan taraf ekonomi negara.

    4.2 Memperkenalkan Great Leap Forward(GLF)

    Maka, beliau telah memperkenalkan dasar ekonomi yang baru iaitu

    Great Leap Forward(GLF) . Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1957.

    Mao Tzi Tung telah memberikan tumpuan dalam penyusunan semula Bidang

    Pertanian dan pada masa yang sama juga beliau telah menyatakan

    penubuhan Republik China pada tahun 1949. Tujuan pembentukan GLF

    adalah untuk mengantikan sistem birorasi yang sedia ada. Ini juga dikatakan

    sebagai cuba lari dari Model Soviet Sosialisme dan cuba mengembangkan

    dasar ini dengan versi China. Selain itu juga, Mao Tzi Tung turut

    memperkenalkan Revoulusi Kebudayaan China34.

    33 David N.Abdulai, 2007,chinas New Great Leap Forward: An Emerging China and itsImpact on Asean, Kuala Lumpur: MPH Group Publishing Sdn Bhd, Hlm. 7.34 Ibid, Hlm.15.

    16

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    17/19

    Selain itu, GLF adalah satu kaedah untuk mengesan kadar

    pertumbuhan ekonomi China. Dasar ini lebih bersifat maju kehadapan.

    Dasar ini diperkenalkan adalah untuk bersaing dengan kuasa barat kerana

    China mahu lebih kehadapan berbanding dengan kuasa barat. Namun, dasar

    yang diperkenalkan ini gagal dalam memainkan peranannya. GLF dilihat

    gagal dalam memulihkan ekonomi China dan gagal dalam mengatasai

    masalah kebuluran yang dihadapi oleh China.

    4.3 Revolusi Kebudayaan

    Malah, Revolusi Kebudayaan yang diperkenalkan juga adalah

    merupakan satu lagi bencana yang menimpa China sehinggalah dasar ini

    diubah selepas kematian Mou Tzi Tung. Deng Xioping telah menjadi penganti

    Mou Tzi Tung. Beliau telah memutuskan untuk menukar program dan membukaekonomi China ke dunia luar.Dasarnya adalah membuka dasar ekonomi China danpemulihan hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara di dunia 35.

    5. KESIMPULAN

    35 David N.Abdulai, Op.cit.., Hlm. 15.

    17

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    18/19

    Secara kesimpulannya, ekonomi China telah banyak berlaku perubahan dan

    pemulihan. Bermulalah dari dasar Tutup Pintu sehinggalah membawa

    kepada dasar Buka Pintu. Dasar Buka Pintu yang berlaku adalah disebabkan

    oleh desakan oleh kuasa asing yang ingin menguasai sepenuhnya ekonomi

    China. Hal ini telah membawa kepada pembentukan perjanjian yang telah

    mengubah hampir keseluruhan ekonomi dan pentabiran China.

    Disebabkan hubungan ini, China banyak menghadapi masalah

    bermulalah dari masalah kewangan sehinggalah masalah pergolakan

    politiknya. Namun, China masih mampu dipulihkan dengan kebijaksanaan

    pemimpin dan rakyatnya dalam memulihkan kembali ekonomi China yang

    telah jatuh. Antara tokoh yang memainkan peranan dalam mengerakkan

    ekonomi China adalah seperti Mou Tzi Tung dan Deng Xioping. Dua tokoh ini

    telah memperkenalkan dasar ekonomi mereka bagi memulihkan kembali

    ekonomi China yang jatuh akibat daripada peperangan saudara dan

    penaklukan ekonomi oleh negara asing seperti Britain, England, banyak lagi

    kuasa asing lain.

    Maka, banyak usaha telah diambil bagi memulihkan kembali ekonomi

    China. Antaranya dengan pinjaman dana dari luar, pengenalan GLF,

    Pembentukan Revolusi Kebudayaan China dan banyak lagi.

    6. RUJUKAN

    18

  • 7/29/2019 Ekonomi China 1911

    19/19

    David N.Abdulai, 2007,chinas New Great Leap Forward: An Emerging China

    and its Impact on Asean, Kuala Lumpur: MPH Group Publishing Sdn Bhd

    Esa Khalid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan

    Jepun. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Johor

    Fitzgerald C.P. 1973. Intisari Sejarah Asia Timor. Kuala Lumpur:Dewan

    Bahasa Dan Pustaka.

    Kamus Dewan Edisi Baru. 1992. Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Qasim Ahmad. 1971. Eropah Moden, Arus Sosiopolitik Dan

    Pemerintahan:Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Suffian Mansor. 2003. TamadunChina. Selangor:Dawama Sdn.Bhd.

    Vinacke.Harold M. 1967. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    19