Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

12
HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN (Bahagian 4.6) Pinjaman merupakan satu sumber yang penting bagi membiayai perbelanjaan kerajaan khasnya perbelanjaan pembangunan. Peminjaman diperlukan apabila hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan. 1

description

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Transcript of Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Page 1: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN (Bahagian 4.6)

Pinjaman merupakan satu sumber yang penting bagi membiayai perbelanjaan kerajaan khasnya perbelanjaan pembangunan.

Peminjaman diperlukan apabila hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan.

1

Page 2: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Dalam keadaan ini kerajaan perlu membuat pinjaman daripada individu atau institusi kewangan baik didalam negeri mahupun luar negeri.

2

Page 3: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Masalah beban hutang kerajaan persekutuan berlaku akibat defisit yang besar dialami pada awal tahun 1980-an.

Secara amnya hutang kerajaan Persekutuan terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu (a) Hutang dalam negeri dan (b) Hutang luar negeri.

3

Page 4: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Hutang dalam negeri

• Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan sederhana yang tempoh pembayaran baliknya singkat. Ia diperoleh daripada orang ramai dan institusi kewangan dalam negeri.

4

Page 5: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Komponen-komponen hutang jangka pendek ini ialah bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan, sijil-sijil pelaburan dan lain-lain bentuk pinjaman dalam negeri.

5

Page 6: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

• Pemegang-pemegang bil perbendaharaan terdiri daripada Bank Perdagangan, Bank Negara, syarikat diskaun dan lain-lain institusi dalam negeri.

• Surat jaminan kerajaan diperoleh daripada kerajaan Persekutuan, badan-badan awam, KWSP, BSN, Bank Perdagangan dan syarikat insurans.

6

Page 7: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Hutang luar negeri• Hutang luar negeri merupakan pinjaman

jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan daripada institusi kewangan luar negeri.

Komponen-komponen hutang luar negeri terdiri daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek, kredit pembekalan dan pembiayaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

7

Page 8: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Pinjaman pasaran mengandungi tiga jenis alat pinjaman iaitu nota kadar terapung, pinjaman sindiket dan penerbitan bon didagangkan di pasaran kewangan antarabangsa.

8

Page 9: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

• Sumber utama pinjaman luar negeri adalah dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman Barat, Bank Dunia, Bank Perdagangan Asia dan Asia Barat.

Hutang jangka panjang ini mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.

9

Page 10: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Arah aliran hutang kerajaan Persekutuan

  Pada akhir 1960-an dan pertengahan

1970-an keadaan ekonomi yang menggalakkan telah menyebabkan kedudukan imbangan pembayaran adalah sederhana dan seterusnya kedudukan hutang kerajaan Persekutuan di tahap yang terkawal.

 10

Page 11: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Namun begitu kemelesetan ekonomi yang bermula pada tahun 1970-an yang menggugat pendapatan eksport negara serta faktor-faktor lain telah menyebabkan hutang kerajaan Persekutuan meningkat dengan pesatnya.

11

Page 12: Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan

Pada 1997 hutang kerajaan Persekutuan menurun 2.1% kepada RM8 8juta (33.5% daripada KNK) dalam tahun 1997.

Ia menurun daripada RM89 681 juta (37% daripada KNK) dalam tahun 1996.

Ini adalah disebabkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan yang kukuh telah membolehkan kerajaan Persekutuan membiayai operasi sepenuhnya dan pada masa yang sama membolehkannya melunaskan beberapa pinjaman yang mahal.

12