Ekonomi - kemiskinan di bandar

7
KEMISKINAN DI BANDAR Kawasan-kawasan di bandar ditakrifkan sebagai satu kawasan yang mempunyai populasi penduduk melebihi 10 000 orang dan menjadi pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah. Dari segi taburan ikut kaum, kaum Cina berada pada kadar 57.9% tinggal di bandar berbanding dengan kaum bumiputera 25.9%. Tetapi lebih 22.9% masyarakat bumiputera yang tinggal di bandar adalah miskin berbanding dengan masyarakat Cina cuma 11.5%. Faktor-faktor yang Menyebabkan Kemiskinan di Bandar Kekurangan Kemudahan Asas Kawasan tertentu di bandar seperti di kawasan setinggan kurang kemudahan prasarana seperti air, elektrik, pusat kesihatan dan hak milik yang terjamin. Dengan keadaan ini kualiti hidup adalah rendah dan menyukarkan kehidupan penduduk tersebut. Penghijrahan Penduduk Desa ke Bandar Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat adalah akibat daripada penghijrahan buruh dari desa ke bandar. Keadaan ini sesuai dengan dasar kerajaan menggalakkan penghijrahan penduduk desa yang bekerja sendiri ke pusat-pusat pertubuhhan baru. Tujuannya adalah untuk menggalakkan mereka terrlibat dalam sektor ekonomi peringkat ke-2 dan ke-3. Keadaan seperti ini telah menyebabkan penduduk bandar bertambah pada kadar 41.3% pada tahun 1985 berbanding 37.4%, pada tahun 1980. Pengangguran Pada masa kini penawaran bumh adalah melebihi permintaan buruh kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi dan perkembangan penduduk dalam umur bekerja yang agak besar. Kekurangan Harta Kekurangan harta yang produktif dan kemudahan seperti moodal, peralatan, peluang niaga dan sebagainya telah menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat pendapatan mereka rendah.

description

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Transcript of Ekonomi - kemiskinan di bandar

Page 1: Ekonomi - kemiskinan di bandar

KEMISKINAN DI BANDAR

Kawasan-kawasan di bandar ditakrifkan sebagai satu kawasan yang mempunyai populasi penduduk melebihi 10 000 orang dan menjadi pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah.

Dari segi taburan ikut kaum, kaum Cina berada pada kadar 57.9% tinggal di bandar berbanding dengan kaum bumiputera 25.9%. Tetapi lebih 22.9% masyarakat bumiputera yang tinggal di bandar adalah miskin berbanding dengan masyarakat Cina cuma 11.5%.

Faktor-faktor yang Menyebabkan Kemiskinan di Bandar

Kekurangan Kemudahan Asas

Kawasan tertentu di bandar seperti di kawasan setinggan kurang kemudahan prasarana seperti air, elektrik, pusat kesihatan dan hak milik yang terjamin. Dengan keadaan ini kualiti hidup adalah rendah dan menyukarkan kehidupan penduduk tersebut.

Penghijrahan Penduduk Desa ke Bandar

Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat adalah akibat daripada penghijrahan buruh dari desa ke bandar. Keadaan ini sesuai dengan dasar kerajaan menggalakkan penghijrahan penduduk desa yang bekerja sendiri ke pusat-pusat pertubuhhan baru. Tujuannya adalah untuk menggalakkan mereka terrlibat dalam sektor ekonomi peringkat ke-2 dan ke-3. Keadaan seperti ini telah menyebabkan penduduk bandar bertambah pada kadar 41.3% pada tahun 1985 berbanding 37.4%, pada tahun 1980.

Pengangguran

Pada masa kini penawaran bumh adalah melebihi permintaan buruh kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi dan perkembangan penduduk dalam umur bekerja yang agak besar.

Kekurangan Harta

Kekurangan harta yang produktif dan kemudahan seperti moodal, peralatan, peluang niaga dan sebagainya telah menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat pendapatan mereka rendah.

Pendapatan Rendah

Perbelanjaan penduduk di bandar melebihi perbelanjaan penduduk di luar bandar. Oleh itu, pendapatan penduduk bandar mesti tinggi supaya pendapatan besar mereka setanding dengan pendapatan di luar bandar. Jika pendapatannya rendah maka mereka terpaksa berhutang dan menanggung bebanan bunga yang tinggi.

Kurang Kemahiran daJam Bidang Perindustrian dan Perdagangan

Lebih ramai pekerja bumiputera di bandar tiada kemahiran dan pendidikan yang cukup berbanding dengan masyarakat Cina. Kurang kemahiran dan pendidikan bererti tingkat gaji lebih rendah.

Page 2: Ekonomi - kemiskinan di bandar

Setinggan

Peratusan masyarakat setinggan, laitu satu kawasan yang mempunyai populasi yang sesak mempunyai tingkat pendapattan yang rendah. Majoriti penduduk bumiputera mempunyai paras pendapatan yang rendah di bandar. Kawasan setinggan membentuk perkembangan kawasan bandar dan timbullah masalah kesihatan, penyakit mudah merebak dan akan memberikan gambaran buruk kepada pelancong yang melawat Malaysia.

Bebanan yang Ditanggung

Masyarakat bandar terpaksa bayar segala perkhidmatan yang digunakan di samping terpaksa menanggung beban cukai langsung dan tidak langsung, yang dalam hal ini cukai-cukai tersebut mungkin tidak digunakan untuk kepentingan mereka.

LANGKAH-IANGKAH UNTUK MENGATASI KEMISKINAN DI BANDAR

Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah kemiskinan tersebut termasuklah:

Penyediaan Rumah-rumah Kos Rendah

Kerajaan membina rumah-rumah kos rendah untuk memmbolehkan masyarakat bandar memiliki rumah sendiri dan mengurangkan bilangan kawasan setinggan. Bebanan pembayaran adalah minimum kerana biasanya bayaran bulanan tidak melebihi RM200 sebulan.

Membina Gerai

Gerai dibina untuk membantu mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan. Begitu juga kursus keusahawanan dijalankan oleh MARA dan bantuan untuk mendapatkan ruang niaga oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru yang pertama, iaitu membasmi kemisskinan, mengarahkan badan-badan seperti UDA, MARA clan Majlis Perbandaran memberikan bantuan yang diperlukan oleh penduduk bandar yang misk.in.

Taraf Perintis dan Galakan Pelaburan

Ia bertujuan untuk menarik para peIabur asing mendirikan kilang di Malaysia. Dalam hal ini akan wujud peluang pekerjaan bagi penduduk bandar di samping meninggikan taraf ekonomi Malaysia.

Page 3: Ekonomi - kemiskinan di bandar

Pelaksanaan Dasar

Dasar-dasar seperti merancang perkembangan guna tenaga di Malaysia oleh institusi seperti MAMPU membolehkan sektor swasta dan kerajaan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru bersesuaian dengan penawaran buruh dalam pasaran buruh seperti:

• Program pembangunan francais percetakan, makanan segera, pemprosesan filem, pengurusan model, benggkel, penyelenggaraan tugas.

• Konsep payung di bawah Guthrie Furniture clan Besta Distributors.

• Skim modal teroka Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PKNB). Seramai 280 usahawan bumiputera telah bergiat dalam perkhidmatan telekomunikasi komponen automotif dan plastik petrokimia.

Memperbaiki Taraf Perkhidmatan

Kenaikan gaji dan memperbaiki sistem perkhidmatan sarna ada dalam sekolah kerajaan atau sektor swasta.

Kawalan Kenaikan Harga

Mengamalkan kenaikan harga barangan dengan mengetatkan atau memperbaiki akta kawalan harga 1974 dan akta kawalan bekalan 1969.

Meningkatkan Perkhidmatan A wam

Memberikan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan dan pelajaran dan sebagainya, terutama di kawasan setinggan untuk membaiki kualiti hidup penduduk di kawasan tersebut.

Kawalan Kemasukan Buruh Asing

Sekat kemasukan buruh asing terutama di sektor pembinaan dan kaji populasi penduduk mengikut sesuatu kawasan pembangunan.

Wujudkan Bandar Baru

Bandar-bandar baru seperti Bangi, Selangor; Mergong, Kedah; Jengka, Pahang dan sebagainya dapat mengurangkan kesesakan di bandar-bandar utama yang sedia ada. Di samping itu, ia dapat memajukan kawasan-kawasan penempatan dan perrindustrian baru.

Page 4: Ekonomi - kemiskinan di bandar

Beri Kontrak Kerajaan kepada Usahawan Berkemampuan

Seperti penerbangan komersial, penyelenggaraan alat-alat komunikasi pengeluaran kenderaan bermotor dan pembinaan lebuh raya.

KEMISKINAN MENGIKUT SEKTOR

Terdapat hubungan yang positif an tara tahap industrialisasi dengan tingkat pendapatan dan seterusnya kadar kemiskinan. Didapati semakin tinggi tahap industrialisasi, maka semakin tinggilah pula tahap pendapatan. Maklumat dari Jadual 2.2 menunjukkan bahawa pada tahun 1970 kadar kemiskinan di sektor pertanian ialah 68.3% berbanding dengan sektor pembuatan 23.5%. Hasil daripada pelbagai program membantu petani seperti pemberian tanah oleh FELDA, penyelidikan pertanian oleh MARDI, bantuan pemasaran oleh FAMA, program pelbagaian mendatar (aktiviti mempelbagaikan keluaran di sektor pertanian contohnya, getah, kelapa sawit, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran) dan program pelbagaian menegak (aktiviti membuat atau memproses barang-barang pertanian seperti hasil kelapa sawit dijadikan minyak masak, vitamin, makanan binatang dan sebagainya), dan lain-lain lagi telah mengurangkan kadar kemiskinan di sektor pertanian. Hasilnya, kemiskinan di sektor pertanian merosot kepada 28.5% pad a tahun 1990. Walau bagaimanapun, kadar keemiskinan di sektor pembuatan juga telah berkurangan kepada 13.6% sahaja pada tahun 1990 (lihat Jadual 2.2).

GOLONGAN TERMISKIN

Rancangan Malaysia Ketujuh (RM ke-7) telah menitikberatkan beberapa program untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan golongan termiskin (golongan termiskin atau fakir telah dianggarkan berasaskan separuh pendapatan garis kemiskinan). Laporan RM ke-7 menunjukkan pada tahun 1995 terdapat 93 500 (2.2%) isi rumah termasuk dalam kategori golongan termiskin.

ANTARA LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DAN SEDANG DIBUAT UNTUK MENGATASI MASALAH GOLONGAN TERMISKIN TERMASUKLAH MENYEDIAKAN:

Program Pembangunan Rakyat Termiskin

Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperkenal pada tahun 1989 meliputi projek untuk meninggkatkan pendapatan dan menerap nilai-nilai positif seperti berdikari dan bekerja keras, di samping menyediakan bantuan kebajikan secara langsung.

Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)-PPRT

Skim ASB-PPRT membolehkan setiap isi rumah termiskin menyertai Skim ASB melalui penerimaan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5000 seorang. Sehingga akhir tahun 1995, sejumlah RM75.5 juta dalam bentuk dividen dan bonus telah dibayar kepada isi rumah tersebut.

Pelbagai Program Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) peringkat negeri dengan sokongan daripada

Page 5: Ekonomi - kemiskinan di bandar

syarikat swasta telah juga dibuat. AIM misalnya, telah mengeluarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM77.1 juta kepada kira-kira 36 200 isi rumah miskin dan termiskin bagi membolehkan mereka menceburi bidang ternakan ayam, itik, lembu dan kambing serta perniagaan secara kecil-kecilan. Lebih membanggakan apabila ia telah berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan kadar pembayaran balik pinjaman hampir 100%. Program-program YBK pula ialah seperti memberikan latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan, bantuan pendidikan dan perumahan yang lebih selesa.

Kemudahan Asas

Kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air yang selamat telah dirancang oleh kerajaan. Begitu juga golongan termiskin yang kebanyakannya berada di luar banclar diberi perkhidmatan pasukan pergigian dan perubatan bergerak, pasukan kesihatan kampung clan perkhidmatan doktor melalui udara ke kawasan pedalaman dan terpencil. Menurut RM ke-7 pada masa kini, 77 peratus golongan miskin di luar bandar berada dalam lingkungan sembilan kilometer dari kiinik kerajaan.

Kemudaban Pendidikan

Kerajaan berusaha memastikan sekolah didirikan dalam lingkungan kurang daripada 10 kilometer dari kawasan peenernpatan. Begitu juga kemudahan biasiswa, buku teks, makannan, temp at tinggal dan pakaian sekolah dibekalkan kepada pelajar miskin secara percuma.

Ringkasan

Kemiskinan merupakan satu masalah sejagat yang perlu dibendung. Pengagihan kekayaan yang tidak seimbang kerana rezeki yang diberi Allah S.W.t. tidak sarna terhaciap setiap makhluknya dan ini merupakan satu dugaan di dunia. Pemeerintah mestilah bertanggungjawab mentadbirkan sistem keewangan dengan sempurna bagi membolehkan bantuan diiberikan kepada golongan miskin tersebut. Sesungguhnya :segala masalah seperti kemiskinan yang wujud bukanlah disebabkan oleh kurangnya sumber tetapi disebabkan angkara manusia sendiri, seperti pembaziran penggunaan sumber. Menurut allQur'an yang bermaksud:

"Dan berilah jiran-jiran kamu haknya, dan orang miskin, dan orang berjuang di jalan Allah dan janganlah anda melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan, dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya."