Ekonomi Selangor Done

download Ekonomi Selangor Done

of 30

Transcript of Ekonomi Selangor Done

SEED1013(GROUP D) Pendahuluan

Ekonomi Selangor

Pertama, kami memberi ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Hadijah Bte Che Mat. sebagai perunding kumpulan kami untuk menjayakan projek tersebut. Kami berasa berbangga mangambil peluang ini untuk manjalankan suatu projek sebagai sebahagian kursus dalam Ekonomi Malaysia. Kami mempercayai projek tersebut dapat membantu kami menambah pengetahuan tentang ekonomi Malaysia. Melalui kursus tersebut, kami dapat mengkaji secara analitikal struktur dan masalah ekonomi Malaysia serta dasar-dasar yang berkaitan. Seterusnya, kamia dapat membincangkan perubahan sector-sektor ekonomi Malaysia dengan lebih terperinci. Tujuan projek tersebut ialah member gambaran kepada orang ramai tentang sejarah dan latar belakang Selangor, Kependudukan, Gunatenaga, Pengangguran, Perindustrian Perkhidmatan, Pertanian, Perlancongan, dan sebagainya.

1

SEED1013(GROUP D) Sejarah Negeri Selangor

Ekonomi Selangor

Asal nama Negeri Selangor tidak dapat ditentukan. Namun, beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan "selangau" iaitu sejenis lalat besar disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat", iaitu dalam bahasa tamil "ur" membawa maksud "tanah". Pada abad ke-15, Negeri Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ia menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah. Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang asing seperti pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur. Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Negeri Selangor dengan Negeri Sembilan, Pahang dan Perak untuk membentuk Negerinegeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor dan Kuala Lumpur sebagai pusatnya. Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995. Pada masa kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

2

SEED1013(GROUP D) Latar belakang Negeri Selangor

Ekonomi Selangor

Negeri Selangor merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Negeri Selangor terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ibu Negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Selain itu, bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Negeri Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain negeri Sarawak. Negeri Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang. Selain daripada itu, Negeri Selangor mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional. Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Pada 27 Ogos 2005, Negeri Selangor diisytiharkan sebagai negeri maju. Selain itu, ia merupakan negeri termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam, contohnya KTM, LRT dan Monorail. Perkembangan Negeri Selangor perlu mengikut contoh negeri-negeri yang maju di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat. Seterusnya, Negeri Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia. Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitarUSD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspekaspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

3

SEED1013(GROUP D) Bendera Negeri Selangor

Ekonomi Selangor

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang ialah sebagai lambang agama Islam dan ia adalah agama rasmi di Negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

Jata Negeri Selangor

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam ia agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

4

SEED1013(GROUP D) Lagu Negeri Selangor Duli Yang Maha Mulia Selamat di atas takhta Allah lanjutkan usia Tuanku Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku Bahagia selama-lamanya Aman dan sentosa Duli Yang Maha Mulia

Ekonomi Selangor

Duli Yang Maha Mulia merupakan lirik lagu negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui, namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri.

Peta Negeri Selangor

Negeri Selangor ialah salah satu negeri yang terletak di Semenanjung Malaysia. Selangor bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Negeri Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

5

SEED1013(GROUP D) Geografi

Ekonomi Selangor

Secara umumnya, Selangor merupakan kawasan yang landai dan ia terletak di antara banjaran dan Selat Melaka. Negeri Selangor dibahagi kepada 9 daerah iaitu: Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang Hulu Langat terbahagi kepada dua: Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Hulu Klang Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor Klang ditabir oleh Majlis Perbandaran Klang Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat

6

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor Petaling terbahagi kepada tiga: Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Serdang, Seri Kembangan Subang Jaya, USJ dan Puchong, Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Semenyih, Banting, Rawang, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong.

7

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Kependudukan, Gunatenaga, Tenaga Buruh dan Pengangguran di Selangor Menurut Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi Banci Penduduk dan Perumahan 2010, Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan bagi tempoh 2000-2010 ialah 2.7%, iaitu kedua tertinggi berbanding dengan negeri lain. Manakala negeri yang tertinggi merupakan Wilayah Persekutuan Putrajaya, iaitu 17.8%. Seterusnya, Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu seramai 5,411,324 orang; 19.63 peratus daripada jumlah penduduk negara. Sumbangan negeri tersebut kepada jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus. Kepadatan penduduk Selangor mempunyai 674 orang setiap kilometer persegi. Sementara itu, nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya

menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Negeri Selangor pula mencatatkan nisbah jantina sebanyak 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Purata saiz isi rumah pada Banci 2010 menunjukkan trend yang semakin mengecil; dengan bilangan purata sebanyak 4.31 berbanding dengan 4.62 pada Banci 2000. Selangor merekodkan saiz isi rumah iaitu purata 3.93 peratus. Pada tahun 2010, Kadar penyertaan guna tenaga bagi negeri Selangor

mencatatkan 63.6 peratus. Seterusnya, Kadar penyertaan tenaga buruh bagi negeri Selangor mengikut jantina mencatatkan lelaki mempunyai 77.2% dan permpuan mempunyai 49.5%. Di Selangor, kadar penyertaan tanaga buruh di bandar adalah 64.0 peratus manakala kadar penyertaan tenaga buruh di luar bandar 59.4 peratus. Selain itu, Kadar penganggur di Selangor adalah 3.0% atau sebanyak 65300 penganggur.

8

SEED1013(GROUP D) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Mengikut Negeri 2010

Ekonomi Selangor

Persekitaran ekonomi global kembali teguh pada tahun 2010 setelah mengalami krisis kewangan dan kejatuhan ekonomi pada tahun 2009. Pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan telah dicatat di kebanyakan negara termasuk di rantau Asia. Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan peningkatan sebanyak 7.2% (2009: -1.6%). Pertumbuhan ini dipacu oleh sektor Perkhidmatan (6.8%) dan Pembuatan (11.4%). Aliran pertumbuhan menaik turut dilihat dalam prestasi ekonomi di peringkat negeri terutamanya bagi negeri-negeri yang bergantung kepada sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Carta 1: Pertumbuhan KDNK (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010

Carta 1 menunjukkan Selangor telah merekodkan pertumbuhan tertinggi 10.8% (2009: -1.0%) disokong terutamanya oleh sektor Pembuatan yang meningkat teguh kepada 19.5% berbanding -7.6% pada tahun sebelumnya. Aktiviti yang mendorong kepada prestasi yang kukuh ini adalah dari subsektor Pembuatan Kenderaan Bermotor & Kelengkapan Pengangkutan dan industri keluaran Elektrik & Elektronik. Begitu juga bagi pertumbuhan KDNK Pulau Pinang dan Johor yang masing-masing mengukuh kepada 10.0% (2009: -10.8%) dan 9.3% (2009: -4.0%) dirangsang oleh peningkatan yang lebih baik dalam sektor Pembuatan.

9

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Selain itu, negeri-negeri lain yang bergantung kepada sektor Pembuatan dan Perkhidmatan turut mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan. Momentum pertumbuhan dapat dilihat bagi negeri Perak (5.7%), Melaka (5.6%), Negeri Sembilan (5.3%), Pahang (4.5%), Sarawak (4.5%), Kedah (4.4%) dan Terengganu (4.3%). Bagi negeri Sabah, peningkatan sederhana dicatatkan dengan pertumbuhan 2.4% berbanding 3.8% pada tahun sebelumnya didorong oleh momentum pertumbuhan yang lebih perlahan bagi sektor Perlombongan dan Kuari. Sementara itu, pertumbuhan yang lebih tinggi bagi WP Kuala Lumpur (9.2%) dan WP Labuan (6.0%) disumbangkan oleh prestasi kukuh sektor Perkhidmatan terutamanya dari subsektor Kewangan & Insurans dan Perdagangan Borong & Runcit.

Jadual 1: Peratusan Sumbangan Aktiviti Ekonomi Mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010

Kebergantungan kepada aktiviti ekonomi tertentu mewujudkan struktur ekonomi yang unik dan tumpuan bidang yang berbeza. Senario ini dapat dilihat10

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

melalui perbezaan ciri dan struktur ekonomi yang seterusnya akan memberi kesan terhadap prestasi setiap negeri. Sektor Perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi bagi WP Kuala Lumpur (89.3%), WP Labuan (75.5%), Kelantan (73.8%), Perak (65.9%), Perlis (58.3%), Terengganu (58.3%), Selangor (56.5%) dan Kedah (55.7%). Pulau Pinang dan Negeri Sembilan didominasi oleh sektor Pembuatan dengan mencatatkan sumbangan 49.3% dan 48.6% kepada KDNK masing-masing (Jadual 1). Negeri Melaka sebaliknya mempunyai struktur ekonomi yang hampir seimbang bagi sektor Perkhidmatan dan Pembuatan. Selain itu, sektor Perlombongan dan Pertanian merupakan antara pemacu pertumbuhan ekonomi yang penting bagi negeri Sabah dan Sarawak. Sementara itu, sektor Pertanian turut menjadi salah satu penyumbang utama kepada negeri Pahang dan Perlis.

Jadual 2: Pembahagian Peratusan (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010

11

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Bagi sektor Perkhidmatan WP Kuala Lumpur dan Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan jumlah sumbangan sebanyak 47.9% di peringkat nasional (Jadual 2). Sementara itu, negeri Johor dan Pulau Pinang masing-masing menyumbang sebanyak 8.6% dan 6.9% kepada sektor ini. Pertumbuhan sektor Perkhidmatan secara keseluruhannya dirangsang oleh subsektor Perdagangan Borong & Runcit dan Kewangan & Insurans. Bagi sektor Pembuatan, Selangor terus mendominasi sektor ini dengan sumbangan sebanyak 30.0% diikuti oleh Pulau Pinang (15.6%), Johor (12.3%) dan Sarawak (9.2%). Jumlah sumbangan bagi empat negeri utama ini adalah sebanyak 67.1% (2009: 64.8%). Pemangkin utama sektor ini adalah dari subsektor Elektrik & Elektronik dan Kenderaan Bermotor & Kelengkapan Pengangkutan. Selain itu, pertumbuhan dua digit bagi subsektor Bahan Kimia dan Produk Kimia, Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Getah turut merangsang kepada pertumbuhan yang lebih baik dalam sektor Pembuatan. Sabah dan Sarawak kekal menerajui sektor Pertanian dengan sumbangan 37.5% pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, sumbangan ini sedikit menurun berbanding 38.3% yang direkodkan pada tahun 2009. Aktiviti Pertanian yang utama bagi keduadua negeri ini adalah Kelapa Sawit dan Perhutanan & Pembalakan. Sementara itu, Johor, Pahang dan Perak turut menyumbang secara signifikan kepada sektor ini terutamanya dari aktiviti Kelapa Sawit. Bagi sektor Pembinaan, Selangor merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 36.8%. Walau bagaimanapun, negeri ini menunjukkan pertumbuhan perlahan 2.3% berbanding 4.6% pada tahun sebelumnya. Selain itu, WP Kuala Lumpur dan Johor masing-masing menyumbang 16.6% dan 10.8% kepada sektor Pembinaan.

12

SEED1013(GROUP D) Perindustrian

Ekonomi Selangor

Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan sektor perindustrian dan ia merupakan nadi ekonomi Negara. Data dari sumber MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) menunjukkan bahawa Negeri Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM 29.3 billion bagi tempoh 2008 hingga 2010. Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain, diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM 27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion. Selain itu, Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi (166 projek) pada tahun 2008 hingga 2010. Daripada 166 projek perindustrian yang diluluskan di Negeri Selangor, 99 merupakan projek baru manakala baki 67 merupakan projek yang diperkembangkan. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti bahan kimia, elektronik dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia seperti kereta Proton dan Perodua. Selain itu, banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di Selangor antaranya Procter & Gamble dan Motorola dari Amerika Syarikat, Panasonic dari Jepun, Nokia dari Sweden, Unilever dari Belanda dan lain-lain. Antara kawasan perindustrian yang terkenal di Selangor ialah Klang, Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Rawang, Ambang Jaya, Kajang, dan Selayang. Pelabuhan Klang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Negeri Selangor. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Menurutnya, pada masa ini sektor perindustrian merupakan penyumbang utama perolehan Selangor. Menurut kepada Mohamad Khir, penyediaan kemudahan internet yang menyeluruh itu mampu menarik lebih banyak pelaburan asing ke Selangor, sekali gus menggalakkan lebih banyak urusniaga eksport. Beliau yakin, tumpuan kepada sektor baru itu mampu menjana hasil bagi Selangor, seperti usaha Kerajaan Negeri sebelum ini mengubah sektor pertanian kepada perindustrian. Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga sedang dalam proses membangunkan kawasan perindustrian baru untuk merancakkan lagi sektor perkilangan di Selangor.13

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat mendorong kerajaan meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya seluas 120 hektar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan. Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Western Digital, Matsushita, Omron dan Motorola. Kesimpulannya, sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008. Ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.

14

SEED1013(GROUP D) Perkhidmatan

Ekonomi Selangor

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%. Negeri Selangor akan menggunakan dana RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat untuk memajukan sektor perkhidmatan dan perniagaan. Menurut kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, langkah itu bagi menjadikan sektor berkenaan, sektor yang terpenting di negeri Selangor selepas perindustrian. Katanya, dana daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi bertujuan membolehkan Selangor meningkatkan keupayaan internet dan jalur lebar di negeri Selangor. Beliau berkata, melalui langkah itu, sektor berkenaan dijangka akan turut menjana perolehan kepada Selangor. Selain itu, negeri Selangor meliputi kemudahan awam yang sedia ada seperti bas, komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), monorel, dan teksi. Sistem LRT sedia ada di Lembah Klang dipanjangkan sejauh 30 kilometer (km), iaitu masing-masing sepanjang 15 km bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang. Ia disiapkan pada 2011, seramai 2.6 juta penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong akan menikmatinya berbanding 1.9 juta orang pada tahun 2008. Pembelian 35 set tren aliran Kelana Jaya baru yang beroperasi sepenuhnya pada awal 2010 juga meningkatkan kapasiti penumpang lebih dua kali ganda. Daripada 160,000 penumpang sehari pada masa ini meningkat kepada 350,000 penumpang sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai kapasiti 280,000 penumpang sehari berbanding 150,000 penumpang pada tahun 2008. Laluan baru dari Kota Damansara ke Cheras iaitu meliputi laluan sepanjang 42km akan turut ditambah. Laluan yang dijangka siap pada 2014, dengan kapasiti melebihi 300,000 penumpang sehari, akan memberi perkhidmatan rel bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang. Pengambilalihan aset dan operasi KL Monorail daripada operator swasta pada akhir tahun 2007 turut meningkatkan jumlah penumpang lebih 10 peratus. Langkah ini akan menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang lebih berintegrasi.15

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad turut dipertingkatkan. Langkah itu termasuk membaik pulih 20 set Electric Multiple Unit (EMU) sedia ada dan disiapkan pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru ditambahkan dan dapat menjelang 2011. Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 km dibinakan dan sudah disiapkan. Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan KTM, iaitu projek landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada 2013. Terminal pengangkutan bersepadu bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar sudah dibina di Bandar Tasik Selatan. Terminal moden lima tingkat ini mempunyai kapasiti menampung lebih 130 teksi dan 100 bas, kemudahan letak kereta dan ruang komersial, selain berhubung dengan rel aliran Ampang, ERL dan KTM Komuter serta teksi dan bas bandar di Lembah Klang. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) telah menyaksikan kejayaan dengan pertambahan dalam purata jumlah penumpang bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) sejak pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan. Bagi operasi bas, purata jumlah penumpangnya meningkat sebanyak 7.5 peratus daripada 365,111 kepada 392,654 penumpang sehari manakala bagi LRT, puratanya meningkat sebanyak 3.9 peratus daripada 313,753 kepada 326,095 sehari. Selain itu, sebagai langkah membantu mengurangkan kos operasi operator pengangkutan awam, kerajaan telah meningkatkan kuota subsidi diesel selain kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam. Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel. Kesimpulannya, pengalaman penyelidikan oleh penyelidik dari negara-negara maju telah membuktikan bahawa pengangkutan boleh bertindak sebagai pra-syarat yang penting dalam membangunkan negara. Model yang terbina daripada penyelidikan menunjukkan pengaruh yang positif dan signifikan infrastruktur pengangkutan terhadap pembangunan sosioekonomi sesuatu kawasan, wilayah atau negara. Di samping itu, sistem pengangkutan yang baik dan komprehensif bertindak

16

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

sebagai penjana bagi menarik pelabur asing serta pelancong. Kecekapan dan keberkesanannya, penentu pembangunan suatu bangsa dan negara.

17

SEED1013(GROUP D) Pertanian

Ekonomi Selangor

Pertanian semakin berkembang maju dan menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri ini. Selangor merupakan sebuah negeri yang penting yang terlibat dalam penanaman dan pertumbuhan buah-buahan. Walaupun Selangor bukan pengeluar utamn beras, tetapi sawah padi di Kuala Selangor menyumbang kepada pembangunan daerah. Sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden. Lain-lain aktiviti pertanian yang dijalankan di Selangor termasuk minyak sawit dan tapak ladang getah. Beberapa objektif telah ditambahkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) untuk menambah kebaikan RMK-8. Objektif tersebut adalah untuk meneruskan program yang terkandungan di dalam RMK-8. Ini termasuklah: a) Pembagunan Industri Padi Di bawah program sedia ada, beberapa program seperti meratakan sawah, kawalan perosak, rumpai dan padi angin, promosi teknologi padi, meningkatkan perkhidmatan pengembangan diteruskan teknologi perladangan. b) Peningkatan Infrastrustur Di dalam RMK-9, kerja-kerja peningkatan infrastrutur akan menunpukan kepada manaikkana taraf, menambah, dan menyediakan kemudahan infrastruktur meliputi jambatan, jalan lading, pembentungan, pintu kawalan air, dan projek kolam taking. Selain itu, terdapat 8 jelapang padi di Malaysia, IADP Barat Laut Selangor merupakan salah satu jelapang padi. Jelapang padi ialah suatu projek Skim Pengairan yang besar dan diiktirafkan oleh kerajaan seperti dalam Dasar Pertanian Negara sebagai kawasan utama tumpuan pengeluaran padi negara.Sungai Burong dan Sawah Sempadan merupakan kawasan pengairan yang digunakan untuk menjalani Skim Pengairan tersebut, ia masing-masing mencatatkan keluasannya terdapat 3,240 dan 2,310 hektar menjadi kawasan jelapang padi. Skim Pengairan ialah projek yang diistiharkan oleh pihak berkuasa, telah siap dan beroperasi sebagai kawasan pengairan.18

dan meningkatkan

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Selain itu, negeri Selangor melakukan projek untuk berkembang maju sektor pertanian serta dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor (IADP BLS) di lancarkan pada 6 Jun, 1987 denmgan menggunakan pendekatan in- situ dam ianya merupakan Projek Pembangunan yang keenam dibawah Kementerian Pertanian. Kawasan projek merangkumi keseluruhan Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, dengan keluasan kira-kira 80,500 hektar bagi bagi kawasan tanaman kekal dan 19,700 hektar bagi kawasan pengairan (sawah). Pada Februari 2007, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) telah diubah namanya kepada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor. Skop asal projek melibatkan pembangunan keseluruhan kawasan pertanian di dua daerah tersebut. Perlaksanaan projek terdiri daripada dua komponen utama: i) Membina dan meningkatkan kemudahan infrastustur system pengairan dan saliran, jalan-jalan lading di kawasan tanaman padi dan luar kawasan tanaman padi, pembinaan pejabat-pejabat Pusat Kemajuan Peladang serta rumah-rumah pegawai dan kemudahan berkaitan. ii) Perkhidmatan Pertanian Bersepadu dari pelbagai jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian yang merangkumi pengembangan, penyelidikan, kredik, pemasaran dan pembangunan institusi peladang. Perancangan dan Strategi bagai Kawasan Penbangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor adalah fokus kepada projek yang memberikan impak kepada petani dan industri pengeluaran padi dan beras, iaitu seperti berikut: i) Penyumbang kepada SSL(self-sefficiency level). Peningkatan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi serta beras negara bagi meningkatkan SSL dari 70% ke 86% menjelang 2010 dengan mensasarkan pengeluaran padi pada 17,258 metrik tan semusim atau 274,515 metrik tan setahun. ii) Memupuk Sikap Petani. Pembentukan masyarakat pesawah terutama sekali dari golongan muda yang progresif, berdikari, dan

berorientasikan komersial untuk menggalakkan peningkatan hasil dan penggunaan tenologi. Selain itu, penglibatan usahawan petani moden

19

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

ditingkatkan bagi menjayakan program peningkatan hasil padi serta memberikan nilai tambah kepada bidang ini. iii) Peneraju Teknologi dan Penggunaan Jentera Baru dalam Pengurusan Tanaman Padi melalui pemindahan teknologi Rice Check, amalan penanaman padi IADP Barat Laut Selangor telah menjadi peneraju teknologi bagi negara. Selain itu, Pertanian Barat Laut Selangor juga mencatatkan kadar penggunaan jentera tertinggi sekali bermula dari kerja-kerja penyediaan tanah penanaman padi sangat meluas di kawasan sawah. iv) Mewujudkan Pengurusan Berpusat di Blok Pengairan Badan Pengurusan Berpusat yang diwujudkan di kalangan pesawah dan dianggotai oleh pesawah sendiri dimana semua aktiviti dapat diselesaiakn dnegan baik. Pengurusan ini bertindak seumpama pengurusan sebuah estat dimana aktiviti-aktiviti penyediaan tanah, meracun, mananam, membaja dan menuai dilakukan secara serentak. Ini bermakna jadual kerja yang talah ditetapkan diikuti oleh pesawah dan membentuk satu piawaian menanam.

20

SEED1013(GROUP D) Perlancongan

Ekonomi Selangor

Berbanding negeri lain, perkembangan pesat ekonomi Selangor telah mengubah bentuk pelancongan di negeri ini. Sektor pelancongan dapat mendatangkan keuntungan besar bagi Selangor. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacau pertumbuhan sektor-sektor yang berkaitan. Sektor pelancongan sebagai penjana ekonomi hanya dapat dicapai jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan sektor pelancongan diberi penekanan yang wajar. Jadi, sektor perlancongan tidak boleh diabaikan oleh kerajaan. Selain itu, isu-isu seperti alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan, keselamatan, sistem pengangkutan, kesemuanya dapat mempengaruhi baik atau buruk terhadap sektor pelancongan di Selangor. Pelancong dapat mencari tempat menarik dengan mudah di Selangor. Selangor menawarkan banyak faciliti dan pengangkutan awam. Pengangkutan awam membuat ia mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Gunung Titiwangsa yang terletak di Selangor dapat memberi peluang kepada pengunjung memanjat bukit dan gunung di sana, pengunjung akan mendapati bahawa gunung-gunung masing-masing mempunyai keunikan sendiri. Disebaliknya, sektor pelancongan di Selangor juga mengalami masalahmasalah yang dapat mempengaruhi negatif kepada ekonomi Selangaor. Masalahmasalah tersebut harus dibaiki dan dibetulkan, seperti pelancong ditipu oleh pamandu teksi, kekotoran pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, sistem pengangkutan yang tidak sempurna, harga yang tidak berpatutan dan sebagainya. Jadi, pelancong tidak dapat layanan yang baik serta menerima pengalaman yang buruk. Pelancong juga tidak dapat membuat aduan disebabkan tidak tahu cara membuat aduan kepada pihak yang berkenaan. Destinasi pelancongan dibahagikan kepada Taman Tema, Pantai & Pulau, Bukit & Gunung, Air terjun & Jeram, Pusat Membeli-bela, Pusat Latihan dan lainlain.Taman Tema bagi Selangor ialah Sunway Lagoon, The Mines Wonderlands dan Wet World Shah Alam. Pantai & Pulau bagi Selangor ialah Pulau Ketam dan Pantai Morib. Bukit & Gunung bagi Selangor ialah Bukit Melawati. Air Terjun & Jeram bagi

21

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Selangor ialah Jeram Sungai Coingkak, Air Terjun Sungai Gabai, dan Air Terjun Bukit Belacan. Kerajaan negeri Selangor telah melaburkan usaha dan masa untuk membangunan sektor pelancongan sambil menjadikan negeri ini termuka di serata dunia. Usaha-usaha yang dijalankan: 1) Promosi Kerajaan negeri Selangor menggunakan pelbagai saluran untuk

mempromosikan negeri Selangor sebagai tempat pelancongan kepada dunia. Tourism Selangor Sendirian Berhad (TSSB) adalah agensi yang diwujudkan untuk mempromosikan pelancongan di Selangor. TSSB dianugerahkan Anugerah Khas sebagai Agensi Promosi Pelancongan yang Terbaik pada tahun 2009. Kerajaan negeri Selangor juga mempromosikan Selangor dalam dan luar negari, seperti MATTA Fair yang dilancarkan di pelbagai negeri, World Travel Mart di London, Fascinating Malaysia di Singapore dan sebagainya. Seterusmya, terbitan oleh TSSB termasuk Majalah Selangor Expore 102e, Selangor Breakaway, Selangor tourism souvenirs, Selangor Discovery FAM Tour 2009. Majalah Selangor Explore 102e merupakan majalah pelancong yang memepromosikan aktiviti, produk pelancongan dan berita yang dianjurkan oleh Tourism Selangor serta agensi-agensi yang lain. Terbitan tersebut diedarkan ke badan-badan kerajaan dan swasta serta hotel dengan empat kali setahun. Manakala, Selangor Breakaway pula merupakan buku panduan yang dikeluarkan dalam bentuk buku atau CD dan mengandungi maklumat mengenai destinasi popular, pengangkutan awam, tempat penginapan, pusat membeli-belah, tempat makan, hotal, pusat kebudayaan, hospital, nomber telefon kecemasan, direktori kedutaan dan sebagainya. Selangor tourisam souvenirs pula mengeluarkan buku nota, key chain, bookmark, highlighter, klip, kipas tangan, magnet peti sejuk, beg membelibelah yang boleh digunakan semula, kayu pong pong, dan sebagainya.

22

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Selangor Discovery FAM Tour 2009 merupakan lawatan untuk memperkenalkan produk pelancongan Selangor kepada pihak media dan pehak media antarabangsa juga telah mengambil bahagian. Seterusnya, Kempen Selangor Shines dilancarkan pasa 21 Disember 2009 di Sepang Gold Coast. Temanya adalah Selangor has More. Seterusnya, MATTA International Fair Selangor Umrah dan Muslim Travel Destinatuion 2010 pula merupakan salah satu usaha Tourism Selangor yang telah mengambil bahagian dalam MASUM 2010. Tourism Selangor telah menyediakan tapak yang berciri-ciri rumah Malayu tradisi, iaitu Selangor Pavilion. Sampai sekarang, terdapat 12 pihak kini mempromosikan produk dan destinasi merekan di Selangor Pavilion. 2) Acara Kerajaan negeri Selangor juga telah mengusahakan acara untuk mempromosikan negeri Selangor sebagai tempat pelancongan kepada dunia. Acara-acara yang dijalankan terdiri daripada Selangor Musical Extravaganza, Tanggathon, Pesta 101 Jenis Satay, Pesta Seni dan Sastera Antarabangsa, Pesta Orang Asal Sedunia, Persaingan Jet Ski, Pesta Bendang, Pesta Auto Selangor. 3) Pakej pelancongan Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan pakej pelancongan untuk menarik pelancong. Sebagai contohnya, AirAsia, Malaysia Airlines, Fireflyz yang memperkenalkan pakej pelancongan apabila pelancong membeli tiket. Rancangan-rancangan yang akan datang 1) Aktiviti mempromisikan pelancongan Selangor yang akan dijalankan: Tourism Selangor akan terus mempromosikan Selangor kepada pelancongan antarabangsa. Destinasi-destinasi yang akan datang termasuk: Asean Tourism Forum, Brunai. Sales Mission South Asia, India. Asia Pacific Incentive and Meetings, Australia Thailand Discover World, Thailang Malaysia Travel Mart Tourism, Rusia Indonesia Travel and Holiday, Indonesia23

SEED1013(GROUP D) Arabian Travel Mart, United Arab Emirates Fascinating Malaysia, Singapura PATA, Macau International Travel Expo, Vietnam JATA, Jepun Boronata Malaysia, Filipina World Travel Mart, London, UK

Ekonomi Selangor

2) Terbitan. Dalam masa yang terdekat, risalah memperkenalkan pelbagai aspek Selangor akan disediakan untuk membantu pelancongan-pelancongan membuat rancangan mereka. Risalah pelancongan adalah seperti berikut: Homestay Selangor Golf Selangor Peta Klang Heritage Walk MICE Selangor Direktori tempat makan di Selangor Buku Cenderamanta Selangor Touriam (Selangor Coffee Table Book) Peta Selangor Tourism DVD mengandungi maklumat pelancongan.

Tempat menarik Selangor state library/ Perpustakaan Negeri Selangor

Perpustakaan Negeri Selangor yang terletak di seksyen 13, Shah Alam, yang berteknologi tinggi, baru dan dilengkapi dengan kemudahan moden. Perpustakaan24

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

berjumlah RM70mil mempunyai konsep perpustakaan dalam taman dan juga berhampiran Sultan Abdul Aziz Shah Golf Club. Perpustakaan tersebut juga mempunyai pelbagai bidang untuk memenuhi kumpulan umur yang berbeza, termasuk 3 Gimnasium. Kanak-kanak kecil boleh melawat Zon Kreatif di mana terdapat pokok bacaan, peringkat kecil dan bilik aktiviti. Sementara itu, peminat filem boleh pergi pengalaman 6D yang unik dan menonton filem 3D. Perpustakaan juga menawarkan WiFi percuma untuk pengunjung dan mereka boleh menggunakan manamana 100 komputer peribadi yang diletakkan di dalam premis itu. Hubungi: Tel: +603 5519 7667 / 7682 / 7679 / 7685 / 7691 Fax: +603 5510 4264 Email: [email protected] Address: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), D/A Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia Facebook: http://www.facebook.com/PPAS.My.Second.Home Website: http://www.ppas.gov.my

25

SEED1013(GROUP D) Pelaburan

Ekonomi Selangor

Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.

Statistik MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut. Jumlah pelaburan asing yang tertinggi Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta. Johor diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.26

SEED1013(GROUP D) Jumlah peluang pekerjaan yang kedua tertinggi

Ekonomi Selangor

Di samping itu, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan. Jumlah projek perindustrian yang tertinggi Selangor juga telah mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan. Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek. Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan yang popular Jumlah pelaburan asing dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan. Pelaburan asing dan tempatan yang seimbang RM 1.5 billion atau 60% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40% atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor. Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta.27

SEED1013(GROUP D) Belanjawan untuk negeri Selangor

Ekonomi Selangor

Ekonomi Selangor ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita di negara Hong Kong dan Eropah Barat. Bidang perindustrian, eksport, perkhidmatan dan pertanian merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor. Pembentangan Anggaran Belanjawan bagi tahun 2012, iaitu sebanyak RM1,600,000,000 yang merupakan : Hasil Cukai RM574,674,000.00 Hasil Bukan Cukai RM654,603,740.00 Terimaan Bukan Hasil RM370,722,260.00 Daripada jumlah RM1,600,000,000 diagihkan perbelanjaan kepada Peruntukan Pembangunan RM 600,000,000 Manakala Bekalan Dan Tanggungan berjumlah RM1,000,000,000 Butir-butir Pecahan Peruntukan Pembangunan adalah seperti berikut: MAKSUD TAJUK AMAUN (RM) P.01 P.04 P.05 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Perbendaharaan Negeri Perbendaharaan Komputer) P.08 P.10 P.12 P.13 P.14 P.16 P.17 Jabatan Pertanian Jabatan Perhutanan Jabatan Kerjaraya Jabatan Pengairan Dan Saliran Jabatan Agama Islam Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Jabatan Perkhidmatan Veteriner 15,000,000 5,500,000 153,100,000 65,000,000 106,000.000 2,500,000 6.553,00028

225,000,000 4,847,000

Negeri

(Pembangunan 4,000,000

SEED1013(GROUP D) P.27 JUMLAH Jabatan Kehakiman Syariah

Ekonomi Selangor 16,000,000 600,000,000

Peruntukan Perbelanjaan pada tahun 2012 adalah meningkat berbanding dengan tahun 2011 adalah sebanyak RM1,430,000,000. Simpanan tunai Selangor mencecah RM1,212 juta ringgit suatu jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Daripada jumlah ini RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair dan selebihnya dalam bentuk simpanan Amanah. Sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada berbagai jenis program yang dikategorikan dibawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menurut YAB Dato` Menteri Besar Audit Negara memuji perjalanan kewangan negeri Selangor, berbanding dengan kerajaan Persekutuan yang 30% adalah berlaku ketirisan. Kerajaan Persekutuan menggelabah dengan perjalanan kewangan dan lambat mnengemukan Audit selama 17 hari selepas Sidang Parlimen. Antaranya dikatakan kehilangan wang Luar Jangka sebanyak RM1.4 bilion yang tak dapat dikesan. Kes Feedlot Shahrizat yang 22 kali lebih tinggi dari kendalian Kementerian Pertanian. Kosnya RM250 juta ringgit dan gagal mengurus ladang memelihara 8,000 ternakan. Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 deficit untuk tahun ke-14. Hutang Negara semakin meningkat ke angka RM437 bilion, iaitu RM421 bilion hutang tempatan dan RM16 bilion hutang luar Negara. Menurutnya Kerajaan Persekutuan tidak langsung mengambil iktibar tentang teguran Audit tentang perjalanan kewangan 2009. Oleh sebab itu, masalah tidak licin dalam pengurusan kewangan berterusan hingga 2011. Bagi negeri Selangor menurut YAB Dato Menteri Besar, Belanjawan 2012 adalah berdasarkan 4 strategi utama: Meningkatkan kualiti asas kehidupan keluarga dan masyarakat Meningkatkan kecekapan pentadbiran Melestari pembangunan dan

29

SEED1013(GROUP D)

Ekonomi Selangor

Mendorong masyarakat berilmu, hudup sihat dan berakhlak mulia

Dengan prestasi ekonomi negeri Selangor semakin baik dan peruntukan semakin meningkat, Selangor muncul semakin selesa. Jika pilihanraya diadakan dalam masa terdekat, maka Selangor mampu menghadapinya dengan penuh keyakinan, sedangkan kerajaan Persekutuan akan masuk di dalam keadaan tempang. Kesimpulan Kesimpulannya, walaupun ekonomi negeri selangor amat pesat dan semakin mantap, tetapi belum capai maximum dan boleh berkembang lagi. Seterusnya, ekonomi Selangor yang pesat dapat memberi peluang pekerjaan kepada rayat serta meningkatkan kuasa beli rakyat. Pihak-pihak yang berkaitan haruslah bekerjasama untuk memperkembangkan ekonomi Selangor.

30