Ekonomi Token HASSAN
-
Upload
nabil-fikri -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
Transcript of Ekonomi Token HASSAN
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
1/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
Ekonomi Token Dalam Pengurusan Tingkah Laku
Pengenalan
Seorang guru atau pasangan suami isteri, seringkali merasa kebingungan bagaimana harus
mengawal tingkahlaku anak. Kadang kala guru dan ibu bapa merasa kecewa dengan tingkah laku
anak. Mereka agak kebingungan bagaimana cara menghentikan perilaku negatif anak.
Reaksi guru atau ibu bapa yang sering kita jumpa adalah membentak, meninggikan tekanan
suara, berteriak, bahkan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak seperti mencubit,
menampar, menarik rambut, memukul atau menekan bahagian tubuh anak. Tindakan kekerasan
ini baik dari segi fizikal atau mental kini dikenali sebagai buli(bullying).
Anak kecil masih belajar yang mana perkara yang baik dan yang mana perkara yang buruk.
Apabila kita hanya memberikan reaksi negatif saja pada anak, maka banyak risiko dan kesan
yang buruk akan muncul. Konsep kendiri, keyakinan diri, self-efficacy anak akan menjadi lemah,
anak menjadi agresif, berperilaku kasar, mengalami gangguan dalam perkembangan, dan
mungkin anak-anak akan mengalami gangguan jiwa apabila terus-menerus menerima kekerasan
mental atau pun fizikal.
Anak juga perlu dihargai, seperti kita merasa perlu dihargai atas pekerjaan atau perilaku baik
yang kita lakukan (golden rules), kita sering berpikir kita ingin diperlakukan orang seperti kita
memperlakukan orang dengan baik, begitu pula anak-anak juga ingin dihargai dengan diberikan
penghargaan. Ekonomi Token adalah satu teknik yang amat baik dalam mendidik anak-anak
berkelakuan yang sewajarnya.
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
2/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
Apakah Ekonomi Token?
Ekonomi Token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan
tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui
penggunaan Token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan
tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan
tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh
(back up reinforcer)seperti hadiah atau penghargaan.
Apakah Tujuan Token Ekonomi?
Tujuan utama Ekonomi Token adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan dan
mengurangkan tingkahlaku yang tidak diinginkan. Ekonomi Token sering digunakan di rumah
sakit jiwa atau pusat pemulihan akhlak untuk mengawal tingkahlaku individu yang tidak dapat
diramalkan atau agresif. Bagaimanapun, tujuan yang lebih utama adalahuntuk mengajar
tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-ketrampilan sosial yang positif dan wajar.
http://4.bp.blogspot.com/--sKXSHxzEA8/Ty48HvoQkbI/AAAAAAAAAOw/QnYwwYLy0gI/s1600/5407656_f520.jpg -
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
3/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
Bagaimana ingin memulakan Token Ekonomi?
Fasa 1Data Dasar
Rekodkan Pemerhatian Tingkah Laku
Sebelum menjalankan intervensi, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku responden terlebih dahulu. Pemerhatian dilakukan semasa responden mengikuti
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, pengkaji juga memerhatikan
gerak geri responden ketika mereka makan di kantin dan ketika responden bergaul
dengan rakan-rakan sebayanya. Pemerhatian ini bertujuan untuk melihat perwatakan
responden, serta masalah tingkah laku responden secara rawak.
Kenalpasti Tingkah Laku Sasaran
Walaupun pemerhatian ke atas responden telah dijalankan, tingkah laku negatif yangingin diperhatikan adalah masih belum jelas. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah
temubual dan senarai semak untuk mengenalpasti tingkah laku negatif responden.
Apabila maklumat berkenaan tingkah laku negatif responden telah siap dikumpulkan,
pengkaji meneliti dan mengenalpasti tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh
responden dan menyenaraikan tingkah laku tersebut. Tingkah laku yang paling kerap dan
sering mengganggu kelancaran proses pembelajaran akan dianggap tingkah laku sasaran.
Berikut adalah hasil dapatan daripada senarai semak yang telah diagihkan kepada guru-
guru yang mengajar responden. Melalu dapatan ini, pengkaji telah memilih dua jenis
tingkah laku negatif yang paling kerap ditunjukkan oleh responden iaitu tingkah laku
mendiamkan diri ketika disoal dan mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran.
Fasa 2Intervensi
Pemilihan Token
Pengkaji telah memilih token bintang yang dirasakan bersesuaian bagi kajian ini. Penkajimendapati bahawa token bintang adalah sistematik dan sesuai digunakan kerana ianya
cepat dan mudah diberikan kepada responden. Token diberikan kepada responden dengan
cara melukis simbol bintang ke atas jadual token ekonomi. Jika sebarang tingkah laku
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
4/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
negatif wujud, token bintang yang dilukis dengan pen marker akan dipadam oleh
pengkaji.
Peraturan Kelas
Pengkaji telah menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan peraturan ini haruslahdipatuhi oleh responden. Jika responden melanggar peraturan yang diberi, token bintang
akan dipadam dari jadual token ekonomi. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pengkaji
diterangkan terlebih dahulu kepada responden demi mengelakkan kekeliruan. Pengkaji
memastikan agar semua responden faham tentang isi peraturan dan membuat demonstrasi
bagaimana responden boleh mendapatkan token bintang.
Perolehan Token
Token diberikan setiap kali responden melakukan tingkah laku positif yang disasarkanoleh pengkaji. Pengkaji memberitahu kepada responden bahawa setiap tingkah laku
positif yang mereka tunjukan mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai tingkah laku ini
ditetapkan sendiri oleh pengkaji dan dipamerkan di dalam bilik darjah sebagai bahan
rujukan ketika pemberian token dibuat. Dengan wujudnya nilai bagi setiap tingkah laku
ini, responden akan berusaha mengumpul token disamping melakukan sesuatu tingkah
laku yang lebih baik dari semasa ke semasa. Jadual 3 menunjukkan nilai token bagi setiap
tingkah laku positif.
Menu Ganjaran
Pemilihan menu ganjaran adalah berdasarkan minat responden. Responden diingatkansupaya berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan dengan mengumpul token
bintang sebanyak yang mungkin. Jika responden berjaya mengumpul token seperti jadual
dibawah, responden akan mendapat ganjaran yang mereka inginkan. Jika responden tidak
berjaya mencapai sasaran tersebut, responden hanya akan mendapat ganjaran yang kecil
sahaja.
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
5/12
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
6/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
PENERANGAN PROSES PERLAKSANAAN SISTEM TOKEN EKONOMI
1. Mengenali dengan jelas tingkahlaku yang ingin diubah. Definisikan perilaku tersebutsecara spesifik, dapat diamati (observable) dan dapat diukur supaya implementasinya
berterusan.
2. Pilih jenis token yang akan digunakan. Token adalah satu keadaan atau benda yangmempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan
kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Banyak benda yang dapat di pakai sebagai token.
Anda dapat menggunakan wang mainan, kelereng, kacang, kancing, sticker. Pilih token
yang mudah untuk dihitung, dapat dilihat, disukai, sukar untuk dipalsukan dan selamat
digunakan.
3. Pilih peneguh (back-up rein forcer) atau hadiah yang boleh ditukar dengantoken . Pilih hadiah yang dapat ditukar dengan token yang telah dkumpulkan. Hadiah ini
tidak perlu mahal, contohnya seperti wang saku tambahan atau waktu santai atau
istimewa (privilage), memberikan makanan kesukaan atau boleh menonton rancangan
TV kesukaan. Kejayaan strategi Ekonomi Token bergantung kepada tawaran yang
menarik atau kenikmatan daripada mendapat motif peneguhan.
4. Hitung berapa nilai token untuk suatu perilaku. Anda perlu tetapkan berapa nilaitoken untuk suatu tingkahlaku yang diinginkan. Contohnya datang awal ke kelas bernilai
1 token, mengangkat tangan sebelum bertanya bernilai 1 token, menyelesaikan semua
soalan dengan betul 5 token.
5. Berapa harga untuk hadiah yang akan ditukar dengan token. Anda juga perlumengatur berapa harga hadiah yang dapat ditukar dengan jumlah token. Misalnya 100
token dapat ditukar dengan wang saku tambahan sejumlah RM 2, menonton TV kesukaan
bernilai 10 token, maingame di komputer 10 token. Anda perlu mengatur dan menjagaketetapannya.
6. Buatlah Bank Token. Anda perlu mengorganisasikan token untuk anak murid atau anak-anak anda. Anda perlu mencatat atau mengorganisasikannya secara teratur, oleh itu anda
memerlukan Bank Token. Bank Token boleh berbentukToples untuk token yang berupa
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
7/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
kancing, kelereng, atau benda lain yang tidak dapat ditempal. Ia juga boleh berupa papan
atau kertas yang dapat ditempal atau ditulis. Token perlu ditempatkan di tempat yang
dapat dilihat oleh semua supaya penyelewengan dapat dielakkan.
7. Tentukan bila waktu penukaran token. Menentukan waktu untuk menukar token yangsudah dikumpulkan anak-anak. Anda perlu membuat kesepakatan dengan anak-anak
bilakah mereka dapat menukarkan token secara berkala.
8. Implementasikan Program ini.Jelaskan program Ini. Anda harus menjelaskan bagaimanprogram ini akan dilaksanakan.
Berikan Token beserta pujian. Ketika mengimplementasikan Ekonomi Token, pujian harus
selalu diberikan untuk perilaku positif yang diinginkan. Pada masa anak menunjukkan perilaku
yang diinginkan, token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda.
Kurangi token dan kekalkan pujian. Untuk perilaku baru yang positif token hendaklah
diberikan. Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh anak, namun
pujian tetap diberikan sebagai peneguhan apabila anak menunjukkan perilaku yang benar. Token
tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh anak. Hal ini dilakukan
supaya anak tidak bergantung pada token sehingga anak dapat belajar pada kehidupan sosial
sebenar.
Buat penyesuaian yang diperlukan. Untuk menjaga motivasi dan minat anak, sesuaikan harga
untuk hadiah yang akan ditukar dengan token dan sesuaikan sasaran aras kesukaran tingkahlaku.
Hal ini perlu dilakukan supaya anak terus terlibat dalam Ekonomi Token. Apabila perilaku
terlalu mudah atau terlalu sulit maka anak akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif dalam
program ekonomi token. Anda harus membuat keseimbangan di dalam program token supaya
sesuai dengan kemampuan, minat dan motivasi anak-anak.
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
8/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
Langkah-Langkah Pelaksanaan Token Ekonomi (tambahan).
1. Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah.2. Lakukan satu 'baseline' untuk mengetahui apakah yang diperlukan untuk mengubah
tingkahlaku tersebut dengan berkesan.
3. Kenalpasti peneguhan yang sesuai berdasarkan dapatan daripada 'baseline'. Peneguhanyang sesuai biasanya bersifat 'extrinsic' seperti ganjaran wang ringgit, markah tambahan
atau hadiah. Yang penting peneguhan itu mestilah dapat menggalakkan kepada
perubahan tingkahlaku.
4. Pilih token yang mahu digunakan. Token biasanya adalah dalam bentuk benda yangboleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin
ataupun kad.
5. Kenalpasti bantuan sedia ada. Ini bergantung pada situasi. Kalau ada, ada... Kalau tiadapun tak pe.. Tapi bantuan sedia ada biasanya adalah orang yang boleh membantu dalam
proses perubahan tingkahlaku itu misalnya seperti sukarelawan, guru, ataupun saya.
6. Pilih satu tempat atau lokasi yang sesuai. Biasanya ini bergantung kepada apakah dansiapakah sasaran kita yang mahu diubah tingkahlakunya. Jika pelajar sekolah tempatnya
di bilik darjah atau sebaliknya. Biasanya dalam mengunakan kaedah token ekonomi
modifier tidak memiliki banyak pilihan.
7. Dalam hal ini adalah penting untuk pastikan peneguhan yang dijanjikan memang benar-benar wujud. Selain itu, modifier perlu menjelaskan prosuder penukaran dan kegunaan
token dengan jelas dan yang penting mesti ada rekod atau catitan yang menandakan
jumlah token yang diberi.
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
9/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
Contoh token-token yang digunakan dalam token ekonomi:
Poker chips Smiley Syiling Replika wang kertas Setem Stiker Bintang Tanda pada kad indeks Tanda pada papan tulis Marbles Plastik yang digunting membentuk lingkaran atau persegi Kupon Lubang pada kad Cop pada kad Potongan puzzle yang dapat digabungkan menjadi sebuah puzzle bergambar
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
10/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
CONTOH-CONTOH BAHAN EKONOMI TOKEN
http://4.bp.blogspot.com/--kM34wrVvS4/Ty49rXr1Z9I/AAAAAAAAAPQ/6bHUVuGRrIs/s1600/Ganjaran+Token+Ekonomi.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-gp81osKsSK4/Ty49oKAZllI/AAAAAAAAAPI/4X7wo29-Qdo/s1600/Menu+Ganjaran.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-3VbpK8exBDM/Ty48P8oSayI/AAAAAAAAAPA/rv3xzhisAe8/s1600/Token+Ekonomi.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-NHOGE9BsWaY/Ty48K4BoRiI/AAAAAAAAAO4/YvSHpfpr30o/s1600/DSC0088.jpghttp://4.bp.blogspot.com/--kM34wrVvS4/Ty49rXr1Z9I/AAAAAAAAAPQ/6bHUVuGRrIs/s1600/Ganjaran+Token+Ekonomi.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-gp81osKsSK4/Ty49oKAZllI/AAAAAAAAAPI/4X7wo29-Qdo/s1600/Menu+Ganjaran.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-3VbpK8exBDM/Ty48P8oSayI/AAAAAAAAAPA/rv3xzhisAe8/s1600/Token+Ekonomi.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-NHOGE9BsWaY/Ty48K4BoRiI/AAAAAAAAAO4/YvSHpfpr30o/s1600/DSC0088.jpghttp://4.bp.blogspot.com/--kM34wrVvS4/Ty49rXr1Z9I/AAAAAAAAAPQ/6bHUVuGRrIs/s1600/Ganjaran+Token+Ekonomi.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-gp81osKsSK4/Ty49oKAZllI/AAAAAAAAAPI/4X7wo29-Qdo/s1600/Menu+Ganjaran.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-3VbpK8exBDM/Ty48P8oSayI/AAAAAAAAAPA/rv3xzhisAe8/s1600/Token+Ekonomi.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-NHOGE9BsWaY/Ty48K4BoRiI/AAAAAAAAAO4/YvSHpfpr30o/s1600/DSC0088.jpghttp://4.bp.blogspot.com/--kM34wrVvS4/Ty49rXr1Z9I/AAAAAAAAAPQ/6bHUVuGRrIs/s1600/Ganjaran+Token+Ekonomi.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-gp81osKsSK4/Ty49oKAZllI/AAAAAAAAAPI/4X7wo29-Qdo/s1600/Menu+Ganjaran.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-3VbpK8exBDM/Ty48P8oSayI/AAAAAAAAAPA/rv3xzhisAe8/s1600/Token+Ekonomi.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-NHOGE9BsWaY/Ty48K4BoRiI/AAAAAAAAAO4/YvSHpfpr30o/s1600/DSC0088.jpg -
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
11/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043
KEKUATAN DAN KELEMAHAN TOKEN EkONOMI
KEKUATAN
Token dapat digunakan untuk meneguhkan tingkah laku sasaran dengan segera setelahtingkah laku tersebut ditunjukkan.
Token ekonomi sangat berstruktur, oleh itu, sasaran tingkah laku yang ingin diteguhkanlebih konsisten.
Token digeneralisasikan sebagai peneguh terlazim kerana ianya dipasangkan denganpelbagai peneguh yang lain. Implikasinya, token berfungsi sebagai peneguh meskipun
terdapat operasi spesifik tertentu yang mungkin ada untuk individu pada setiap masa.
Token dapat dikuantifikasi dengan mudah sehingga tingkah laku yang berbeza dapatditerima.
Tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan individu dapat diberi penghargaan dengansegera.
Hadiah adalah sama nilainya untuk semua individu dalam suatu kelompok.
Penggunaan response costlebih sedikit risiko berbanding dengan bentuk-bentukhukuman yang lain.
Individu dapat mempelajari kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam perancangan masadepan dengan menyimpan token untuk pembelian yang lebih besar.
KELEMAHAN
Penggunaan token ekonomi melibatkan usaha dan masa yang banyak semasamengendalikan intervensi.
Memerlukan kos yang banyak untuk penyediaan peneguh simpanan.
-
7/29/2019 Ekonomi Token HASSAN
12/12
[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043