EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni...

24
EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN NURAMIRAH BT ABDURAHIM Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) 2017

Transcript of EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni...

Page 1: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA

DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN

NURAMIRAH BT ABDURAHIM

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka)

2017

Page 2: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA

DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN

NURAMIRAH BT ABDURAHIM

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

Page 3: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

i

JUDUL: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN

SESI PENGAJIAN : 2016/ 2017

Saya NURAMIRAH BINTI ABDURAHIM mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. **Sila tandakan . (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI SULIT 1972). TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Batu 3, Kg Kampai 71600 Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan. Tarikh : ___________________ Tarikh : ___________________

Page 4: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

PENGESAHAN

Projek bertajuk Eksplorasi Hiasan Manuskrip Sebagai Cetakan Tekstil Tiga Dimensi Pada

Rekaan Hiasan Dalaman telah disediakan oleh Nuramirah Bt Abdurahim dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).

Diterima untuk diperiksa :

…………………………..

(En Asrul Asshadi Bin Mohamad Morni)

Tarikh: .................................

ii

Page 5: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah digunakan

sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau

institusi pengajian tinggi lain.

……………….…………. (Nuramirah Bt Abdurahim) No. Matrik: 43361

iii

Page 6: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke

hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga dapat saya menyempurnakan projek

tahun akhir ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ilmiah

ini iaitu En. Asrul Asshadi B. Mohamad Morni selaku penyelia di atas segala bimbingan, teguran

dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Tidak dilupakan

kepada Cik Norhayati Binti Suleiman dan En. Asrul Asshadi B. Mohamad Morni yang turut

memberikan idea-idea bernas bagi memantapkan prestasi projek ini. Selain itu, Encik Azman Bin

Mustapha selaku juruteknik yang banyak membantu saya dalam bentuk teknikal.

Ribuan terima kasih juga kepada ibu saya Siti Haminah Bt Kadir dan ayah saya Abdurahim Bin

Wahab serta keluarga yang banyak membantu dari segi kewangan serta memberi sokongan dan

dorongan dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga buat orang tersayang Mohd

Khushairi Bin Abdul Kadir yang banyak memberi dorongan dari segi kewangan dan sokongan, serta

rakan seperjuangan saya yang sentiasa di sisi, yang turut membantu saya. Ribuan terima kasih saya

ucapkan kepada semua yang terlibat, kerana mereka semua saya dapat menyiapkan penyelidikan ini

dengan jayanya.

Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang

disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

iv

Page 7: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Borang Pengesahan Status Tesis i

Pengesahan ii

Pengakuan iii

Penghargaan iv

Abstrak

Abstract

Bab 1: Pengenalan/Latar Belakang Kajian

1.0 Pengenalan

1.1 Penyataan Masalah

1.2 Objektif Kajian

1.3 Skop Kajian

1.4 Kepentingan Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Limitasi Kajian

Page 8: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

Bab 2: Kajian Lepas/Kupasan Literatur

2.1 Pengenalan

2.1.1 Definisi Cetakan Tekstil

2.2 Kajian Lepas

2.2.1 Seni Reka Tekstil

2.2.2 Cetakan Tekstil

2.2.3 Motif Hiasan Manuskrip Taj Al-Salatin Sebagai Inspirasi

2.3 Kerangka Konsep

2.4 Kesimpulan

Bab 3: Metodologi Penyelidikan

3.1 Pengenalan

3.2 Kerangka Kajian

3.3 Kaedah Kajian Primer

3.4 Kaedah Kajian Sekunder

3.5 Kesimpulan

Page 9: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

Bab 4: Hasil Dapatan Kajian

4.1 Pengenalan

4.2 Pemerhatian

4.3 Soalan Kaji Selidik

4.3.1 Bahagian A Demografi

4.3.2 Bahagian B Umum

4.3.3 Bahagian C Elemen Reka Bentuk Hiasan Dalaman

4.4 Eksperimentasi

4.5 Rujukan Berjilid

4.6 Laman Sesawang

4.7 Kesimpulan

Bab 5: Produk Akhir

5.1 Pengenalan

5.2 Proses Rekaan

5.3 Perkembangan Idea

5.3.1 Inspirasi

Page 10: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

5.3.2 Croquis

5.4 Produk Akhir

5.4.1 Rekaan Produk Akhir

5.5 Kesimpulan

BAB 6: VALIDASI PRODUK

6.1 Pengenalan

6.2 Proses Validasi

6.2.1 Bahagian A Demografi

6.2.2 Bahagian B Reka Bentuk Hiasan Dalaman

6.3 Kekuatan Produk

6.4 Kelemahan Produk

6.5 Kesimpulan

BAB 7 : KESIMPULAN

7.0 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 11: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

ABSTRAK

Penggunaan rekaan hiasan dalaman di Malaysia semakin mendapat tempat di hati pengguna. Walaubagaimanapun, hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada rekaan hiasan dalaman masih kurang digunakan. Projek ini menggunakan pelbagai jenis struktur dan ketebalan kain supaya mendapat teknik tiga dimensi dan menunjukkan kedalaman corak dan menyerlahkan lagi reka corak manuskrip tersebut.

Page 12: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

ABSTRACT

The use of interior design in Malaysia is gaining a place of consumers. However, the

ornamental manuscript as a three-dimensional textile prints design in the interior design still less

used. This project uses various types of fabrics and the thickness of the fabric so that it gets

three-dimensional mold technique and shows the depth of the manuscript pattern.

Page 13: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

1

BAB 1

LATAR BELAKANG

1.1 Pengenalan

Tiga dimensi merupakan geometri atau bentuk sesuatu lebar, panjang dan tinggi

diperlukan untuk kelihatan seperti cetakan sebenar. Laura Cristina Luzar (2010)

mengatakan cetakan tekstil merupakan cetakan yang menggunakan dasar layar saringan

(skrin) dengan serat tertentu. Skrin kemudian diberikan model cetakan yang menggunakan

rekaan negatif untuk melalui proses penyinaran. Melalui proses penyinaran akan terbentuk

bahagian-bahagian tertentu yang dapat ditembusi dan tidak ditembusi oleh dakwat pigmen

dan pewarna reaktif. Prosesnya ialah meletakkan pigmen pada skrin dan menggunakan

squeegee untuk meratakan pigmen pada kain1.

Manuskrip Taj Al-Salatin merupakan antara manuskrip melayu terbaik yang diketahui.

Manuskrip ini merupakan panduan etika bagi pemerintah Aceh di sumatera barat pada tahun

1603 oleh Bukhari Al-Johori dan kitab ini mengandungi nasihat mengenai tadbir urus yang

baik. Menurut British Library (2013), manuskrip Taj Al-Salatin mempunyai bingkai

pembukaan yang menakjubkan khas untuk manuskrip melayu, dengan ciri-ciri yang lebih

memfokuskan pada perbendaharaan kata seni Indo-Parsi dan seni manuskrip Ottoman2. Oleh

hal yang demikian, satu kajian dilakukan untuk menggunakan hiasan manuskrip taj al-salatin

sebagai cetakan tekstil yang menggunakan lapisan setiap corak manuskrip tersebut kepada

tiga dimensi.

1 Laura Christina Luzar (2010). Kreasi Cetak Sablon Mudah Dan Berkualitas Tinggi Pada Kaos. Bina Nusantara University, Jakarta barat (2010). 2 British Library (2013). The Crown Kings: a Deluxe Malay Manuscript from Penang, 2013.

Page 14: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

2

1.2 Pernyataan masalah

Pernyataan masalah yang didapati dalam kajian awal ini ialah :

i. Penghasilan cetakan tekstil tiga dimensi menggunakan corak manuskrip kurang

dieksplorasi di Malaysia.

ii. Kurang kajian dalam elemen tekstil menggunakan hiasan manuskrip.

1.3 Persoalan kajian

Antara langkah yang digunakan oleh penyelidik untuk menyelesaikan masalah yang perlu

ditangani ialah :

1. Adakah cetakan tekstil tiga ruang dimensi menggunakan corak manuskrip diterima pakai

dalam industri rekaan hiasan dalaman di Malaysia?

2. Bolehkah cetakan tekstil tiga ruang dimensi menggunakan corak manuskrip dikekalkan

dalam industri Malaysia?

1.4 Objektif kajian

1. Mengenal pasti fabrik yang sesuai digunakan untuk cetakan hiasan dalaman.

2. Mengkaji ketebalan kain yang digunakan untuk cetakan tekstil tiga ruang dimensi.

3. Menghasilkan corak manuskrip pada cetakan tekstil tiga ruang dimensi dalam hiasan

dalaman.

4. Membuat validasi terhadap hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada

rekaan hiasan dalaman yang telah dihasilkan.

Page 15: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

3

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting kerana dapat memperkenalkan hiasan manuskrip kepada cetakan

tekstil yang berbentuk tiga dimensi menggunakan pelbagai jenis kain dan teknik lapisan. Hal

ini demikian kerana, hiasan manuskrip mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan corak

hiasan yang menarik menampilkan budaya pada zaman tersebut. Justeru, penyelidikan ini

memerlukan spesifikasi dan dilakukan secara terperinci bagi mendapat nilai estetika tersebut

melalui cetakan tekstil tiga dimensi. Selain itu, kajian ini dapat memastikan cetakan tekstil di

kawasan penyelidik khususnya dapat diluaskan dengan menggunakan teknik yang berbeza.

Diharapkan dapatan kajian ini bersesuaian dengan kehendak kawasan penyelidik khususnya.

1.6. Skop kajian

Kajian ini tertumpu di kawasan sekitar Kota Samarahan, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Golongan pelajar, sektor awam dan sektor swasta merupakan sasaran dalam kajian ini iaitu

golongan berumur 18-40 tahun. Kajian memfokuskan pada hiasan manuskrip dan rekaan hiasan

dalaman yang bersesuaian.

1.7. Limitasi kajian

Limitasi kajian dalam penyelidikan ini memfokuskan tentang eksplorasi seni reka tekstil

menggunakan teknik cetakan tekstil dengan mengaplikasikan corak manuskrip pada

kepelbagaian material dan fabrik yang sesuai untuk cetakan tekstil tiga dimensi. Limitasi ini juga

meliputi penggunaan pelbagai jenis material dan ketebalan fabrik sebanyak 40 hingga 60 peratus

dalam penghasilan rekaan hiasan dalaman.

Page 16: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

4

1.8. Hipotesis

Melalui kajian eksplorasi hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada

rekaan hiasan dalaman ini diharap mendapat penerimaan dalam kalangan peminat rekaan hiasan

dalaman umumnya di Malaysia. Selain itu, corak manuskrip yang dieksplorasikan kepada

cetakan tekstil tiga dimensi berpotensi mendapat tempat di pasaran tempatan dan bersesuaian

dengan konsep klasik dan kontemporari.

1.8 Kesimpulan

Kesimpulannya, cetakan tekstil tiga dimensi menggunakan corak manuskrip Taj Al-

Salatin pada rekaan hiasan dalaman dapat menarik minat pengguna terutamanya bagi peminat

rekaan hiasan dalaman klasik dan kontemporari . Oleh hal yang demikian, kajian ini dapat

mengenalpasti corak hiasan manuskrip pada cetakan tekstil dalam rekaan hiasan dalaman

berkonsep klasik kontemporari yang menggunakan pelbagai jenis fabrik.

Page 17: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

5

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini iaitu

eksplorasi hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada rekaan hiasan dalaman.

Pelbagai isu yang akan diutarakan melalui kajian lepas yang berkaitan tentang persepsi dan

kesedaran serta peranan terhadap perkara yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Menurut

Maharam (2010) menyatakan bahawa kajian lepas atau literature review bukan suatu ringkasan

daripada kajian lain tetapi merupakan penulisan ilmiah terhadap permasalahan sesuatu kajian3.

Menurut Oxford English Dictionary(2nd Edition), mengatakan bahawa literature membawa

maksud buku, penulisan mengenai sesuatu perkara manakala review bermaksud suatu laporan

tentang sesuatu perkara yang telah dilakukan4.

3 Maharam (2010). Petua Menulis. Diambil daripada http://contohtugasan.blogspot.my/2010/10/menulis-kajian-lepas-literature-review.html

4 Oxford English Dictionary Second Edition. Muka surat 440 dan 645.

Page 18: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

6

2.1.1 Definisi cetakan tekstil

Menurut Apparel (2017), cetakan tekstil pada umumnya dikenali sebagai kain yang

ditenun dan merupakan suatu seni yang menghiasi kain dengan mencetak corak atau reka bentuk

purba, yang berkemungkinan berasal daripada timur. Cetakan ini dikatakan telah hilang di barat

kerana ianya tidak sesuai untuk digunakan dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun,

cetakan tersebut membuat kemunculan semula disebabkan oleh rekaan digital dan dicetak pada

kain mengikut kehendak pengguna5.

2.2 Kajian Lepas

Kajian lepas penting untuk mengetahui sumber rujukan yang telah digunakan penyelidik

berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji lepas melalui buku, jurnal dan artikel yang

pernah dihasilkan. Kajian lepas bertujuan untuk mencari bukti bagi kesahihan sesuatu kajian atau

sebagai bahan sokongan. Ia merupakan kajian yang perlu dilakukan penyelidik bagi membantu

dalam membuat perbandingan antara rekaan dahulu dan rekaan baru yang bakal dihasilkan.

Penyelidikan yang berkaitan hiasan manuskrip pada cetakan tekstil tiga ruang dimensi dalam

rekaan hiasan dalaman.

2.2.1 Seni reka tekstil

Menurut Stephanie Przybylek (2017), mengatakan bahawa seni reka tekstil adalah proses

merancang dan mewujudkan struktur tekstil dan rupa. Pereka tekstil menghasilkan rekaan yang

ditenun atau dikait ke dalam kain atau dicetak pada kain. Ianya menarik dan lebih rumit daripada

5 Apparel Search (2017). Textile Printing. Diambil daripada http://www.apparelsearch.com/definitions/miscellaneous/textile_printing.htm

Page 19: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

7

yang disangka. Hal ini kerana, pereka tekstil yang memulakan sesuatu rekaan tekstil dalam

mewujudkan tekstil baru. Seni reka tekstil turut menggunakan pelbagai jenis benang dan ditenun

supaya dapat melihat dan merasai sesuatu yang baru, atau mencipta corak yang menghiasi

permukaan kain, termasuk memilih kaedah pencelupan tertentu (menggunakan pewarna untuk

benang warna ditenun ke dalam fabrik atau percetakan pada permukaan kain) untuk mencapai

kesan yang dikehendaki.

Malahan, menurut Stephanie budaya di seluruh dunia mempunyai seni reka tekstil yang

berbeza seperti jenis-jenis fabrik yang digunakan, corak dan warna. Setiap tempoh sejarah dan

lokasi geografi mempunyai sejarah reka bentuk tekstil sendiri. Hal ini kerana, pada zaman

sejarah melalui fasa berbeza pemimpin yang membawa budaya sendiri. Namun begitu, warna

dan corak diubah seiring zaman berlalu, malahan trend seni reka tekstil jatuh dan bangun kerana

melalui peredaran masa6.

6 Stephanie Przybylek(2017). Study.com: Textile Design: Definition And History(Chapter 3). Diambil daripada: http://study.com/academy/lesson/textile-design-definition-history.html

Page 20: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

8

2.2.2 Cetakan Tekstil

Menurut kajian pengkaji tesis sebelum ini iaitu Laura Christina Luzar “Ciptaan Cetakan

Tekstil Mudah Dan T-Shirt Berkualiti Tinggi” mengatakan cetakan tekstil merupakan cetakan

yang menggunakan dasar layar saringan (skrin) dengan serat tertentu. Skrin kemudian diberikan

model cetakan yang menggunakan rekaan negatif untuk melalui proses penyinaran. Melalui

proses penyinaran akan terbentuk bahagian-bahagian tertentu yang dapat ditembusi dan tidak

ditembusi oleh dakwat pigmen dan pewarna reaktif. Prosesnya ialah meletakkan pigmen pada

skrin dan menggunakan squeegee untuk meratakan pigmen pada kain.

Menurut Laura Christina Luzar (2010), yang memberi tumpuan untuk cetakan tekstil

pada t-shirt menggunakan corak grafik dan teknik cetakan tekstil menggunakan dakwat pigmen

dan adanya rekaan tersebut dapat memudahkan cetakan t-shirt. Penyelidik tersebut turut

memfokuskan pada bahan-bahan yang digunakan untuk cetakan tekstil pada t-shirt. Pengkaji

turut memberi tumpuan terhadap teknik-teknik cetakan tekstil pada kain dengan menggunakan

pelbagai bahan cetakan dan pengubahsuaian teknik tersebut. Pengkaji berpendapat lagi, teknik

cetakan yang digunakan dapat dibuat pada pelbagai jenis material seperti kain, besi, kaca dan

kulit yang bukan tertumpu pada material kain sahaja. Malahan penyelidik tersebut berpendapat

bahawa ketebalan material atau fabrik turut dititikberatkan.

Page 21: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

9

2.2.3 Motif Hiasan Manuskrip Taj Al-Salatin sebagai Inspirasi

Menurut British Library(2013) mengatakan bahawa manuskrip Taj Al-Salatin merupakan

salah satu manuskrip melayu yang terbaik yang lebih dikenali sebagai ‘The Crown Of Kings’(Or.

13295), yang baru sahaja didigitalkan sepenuhnya. Manuskrip ini menceritakan tentang panduan

dan etika bagi pemerintah-pemerintah yang memerintah di Aceh, Utara Sumatera pada tahun

1603 oleh Bukhari Al-Johori. Manuskrip ini diterbitkan dalam bentuk pengeluaran bibliografi

deluxe, dengan kulit manuskrip berwarna merah dan emas.

Terdapat dua bingkai yang sangat unik dan cantik pada awal dan akhir buku ini,

manakala semua halaman lain terletak di dalam bingkai pelbagai lapisan dakwat hitam, merah

dan emas. Malahan, teks yang ditulis menggunakan tulisan tangan yang sangat halus

penulisannya dengan menggunakan mata pen nipis dakwat hitam. Rubrication merupakan

tulisan yang menggunakan dakwat merah pada perkataan yang tertentu digunakan untuk pelbagai

tujuan seperti petikan al-Quran, perkataan atau frasa dalam bahasa Arab, dan untuk 'kata-kata

ayat' seperti Adapun atau Bermula, kedua-dua makna 'kemudian', menunjukkan seksyen baru

dalam teks7.

7 British Library, Asian and African Studies Blog (2013). Diambil daripada : http://blogs.bl.uk/asian-and-african/2013/09/the-crown-of-kings-a-deluxe-malay-manuscript-from-penang.html

Page 22: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

10

2.3 Kerangka Konsep

Rajah 2.1: Konsep Rangka Kerja

Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan hiasan manuskrip Taj Al-Salatin sebagai

cetakan tekstil tiga dimensi. Kajian terhadap pelbagai jenis lapisan kain dan ketebalan kain

dilakukan supaya penyelidik mendapatkan efek tiga dimensi. Kajian dilakukan berdasarkan

maklumat dan sumber-sumber rujukan yang berkaitan dan diaplikasikan menggunakan cetakan

tekstil. Penyelidik menampilkan inspirasi daripada motif hiasan manuskrip Taj Al-Salatin yang

klasik dan kontemporari pada rekaan hiasan dalaman terkini supaya peminat rekaan hiasan

dalaman dapat menghayati nilai estetika motif manuskrip tersebut.

EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN

TEKSTIL TIGA DIMENSI DALAM REKAAN HIASAN

DALAMAN

KAJIAN KETEBALAN FABRIK

Page 23: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

11

2.4 Kesimpulan

Kajian hiasan manuskrip pada cetakan tekstil tiga ruang dimensi memberi tumpuan pada

pengguna yang meminati rekaan hiasan dalaman yang berkonsepkan klasik dan kontemporari.

Dengan adanya rekaan ini, pengguna dapat memilih rekaan hiasan dalaman yang bermotifkan

corak manuskrip berdasarkan minat dan keselesaan material yang digunakan. Cadangan

rekabentuk, penghasilan eksperimentasi dan jenis material yang sesuai untuk rekaan ini supaya

dapat memenuhi objektif kajian yang telah dikemukakan.

Page 24: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN … hiasan manuskrip (24pgs).pdf · (Teknologi Seni Reka) ... kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI . ... organisasi

12

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan dan membincangkan mengenai metodologi dan kaedah-

kaedah yang digunakan dalam kajian. Metodologi kajian membuat eksplorasi hiasan manuskrip

pada cetakan tekstil tiga dimensi mengikut penghasilan rekaan hiasan dalaman terkini. Kaedah

ini terbahagi kepada dua, iaitu kaedah primer dan juga kaedah sekunder. Selain itu, kaedah

borang soal selidik juga dijalankan dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan

kajian penyelidikan, untuk memperolehi maklumat secara terperinci daripada responden.

Kaedah seterusnya adalah kaedah kedua atau sekunder yang diperolehi daripada media

massa iaitu dari segi pembacaan buku rujukan, tesis, jurnal dan juga artikel.

3.2 Kerangka kajian

Eksplorasi Hiasan Manuskrip Pada Cetakan Tekstil Tiga Dimensi

Kaedah metodologi yang digunakan dalan penyelidikan ini terdiri daripada dua bahagian

iaitu kaedah primer seperti pemerhatian dan eksperimentasi manakala kaedah sekunder seperti

rujukan bahan berjilid, laman sesawang dan sebagainya.

Carta metodologi kajian merupakan peringkat ynag perlu dihasilkan dalam penyelidikan

ini. (Rujuk rajah 3.1)