ELAUN-GANGGUAN (1)

8
1 ELAUN GANGGUAN

description

elaun gangguan

Transcript of ELAUN-GANGGUAN (1)

Page 1: ELAUN-GANGGUAN (1)

1

ELAUN GANGGUAN

Page 2: ELAUN-GANGGUAN (1)

2

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/5 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai yang bertukar keluar Wilayah

Pastikan kenyataan tuntutan Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai yang bertukar Wilayah dan dokumen sokongan disertakan.

Arahan Perbendaharaan 58(a) Pekeliling Perkhidmatan Bil4 Tahun 1988 Bertarikh 01.01.1988 Istilah perkhidmatan Awam JPA www.jpa.gov.my

1.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun

semasa pastikan sijil AP58(a) disertakan dan memenuhi syarat berikut :-

a. Tuntutan hendaklah disempurnakan dalam tahun kewangan.

b. Baki peruntukan dalam tahun kewangan dan semasa adalah mencukupi.

2.0 Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat

kelulusan Perbendaharaan disertakan.

3.0 Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai-pegawai yang

bertukar Wilayah ialah elaun-elaun dan kemudahan yang diberikan kepada pegawai yang bertukar Wilayah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

3.1 Pastikan butir-butir maklumat pegawai di kew 8 adalah lengkap berikut :-

a. Nama, no. gaji dan no. kad pengenalan hendaklah dicatitkan.

b. Gred / Kategori / Kumpulan & Jawatan . Semak gred pegawai jawatan untuk memastikan kadar kelayakan pegawai.

Takrif “Gred” Gred Gaji dibawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil 4 Tahun 2002. Pegawai yang memilih tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran dibawah pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing dibawah Sistem Saraan Baru (SSB) / Kumpulan gaji masing-masing dibawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana berkenaan.

Page 3: ELAUN-GANGGUAN (1)

3

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN

RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 2/5

KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai yang bertukar keluar wilayah

“Pegawai”

Seorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut.

Istilah perkhidmatan Awam JPA www.jpa.gov.my

“Sementara”

Jawatan yang diwujudkan untuk menjalankan sesuatu fungsi bagi suatu tempoh tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah anggaran belanja mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan.

Istilah perkhidmatan Awam JPA www.jpa.gov.my

“Sangkut”

Seseorang yang diambil berkhidmat oleh Ketua Jabatan yang dibayar elaun bulanan berdasarkan gaji minimum kepada jawatan mereka disandarkan (sekiranya mempunyai kelayakan penuh) atau dikurang satu pergerakan gaji minimum (sekiranya tidak memiliki kelayakan penuh). Tempoh perkhidmatan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan jika pegawai dilantik tetap. Pengambilan dihadkan hanya bagi perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan.

Istilah perkhidmatan Awam JPA www.jpa.gov.my

Page 4: ELAUN-GANGGUAN (1)

4

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/5 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai yang bertukar keluar wilayah

“Wilayah”

Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Wilayah Asal”

Kuala Lumpur, Kuching atau Kota Kinabalu.

“Gaji Hakiki Pegawai”

Ia merupakan Gaji Pokok iaitu satu jumlah wang yang ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987

“Keluarga”

Taraf pegawai yang telah berkahwin.

“Ahli Keluarga”

Suami atau isteri dan anak-anak pegawai.

4.0 Kelayakan Bayaran Elaun Gangguan

Bayaran Elaun Gangguan dibayar kepada Pegawai yang bertukar Wilayah seperti:

a. Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak

yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung.

b. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang

dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

c. Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di

antara negeri-negeri itu.

Page 5: ELAUN-GANGGUAN (1)

5

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 4/5 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai yang bertukar keluar wilayah

5.0

Kadar Bayaran Elaun Gangguan

5.1 Elaun Gangguan adalah dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai.

5.2 Kadar yang layak akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya.

Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991

5.3 Pegawai boleh dibayar Elaun Gangguan secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gajinya apabila beliau dikehendaki bertukar wilayah.

5.4 Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu sebelum beliau bertukar semula ke wilayah asalnya.

5.5 Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke Wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak menunutut Elaun Gangguan, berasaskan kepada pegawai yang menerima gaji lebih tinggi.

Contoh 1:-

Perkiraan atas kadar sebulan gaji hakiki

Pegawai boleh tuntut sebelum/selepas bertukar ke Sabah/Sarawak /Labuan.

Contoh 2 :-

Perkiraan separuh sebelum/selepas bertukar ke Sabah/Sarawak/Labuan.

Pegawai W27 telah diarah bertukar ke Labuan dengan gaji hakiki RM2000. Beliau telah menuntut pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. 5 tahun kemudian, beliau berpindah balik ke wilayah asal dengan gaji hakiki RM4000. perkiraan Elaun Gangguan adalah seperti berikut:-

Pekeliling Perbendaharaan bil. 5 Tahun 2004. Rujuk lampiran 4

E.Hakiki E.Gangguan (1/2)

Bertukar ke Labuan RM2,000.00 RM1,000.00

Bertukar ke Perak RM4,000.00

Beza 4000 - 1000 = 3,000.00

Elaun Gangguan yang layak dituntut adalah sebanyak

RM3,000.00

Page 6: ELAUN-GANGGUAN (1)

6

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 5/5 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.05.2012

BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Bayaran Elaun Gangguan bagi pegawai yang bertukar keluar wilayah

6.0 Dokumen Sokongan yang diperlukan adalah:-

Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991

6.1 Penyata perubahan mengenai pendapatan

seseorang pegawai (Kew 8-Pin.10/96)

6.2 Surat pengesahan dari majikan suami/isteri tidak menuntut Elaun Gangguan. (Jika berkhidmat dengan kerajaan dan turut bertukar)

6.3 Surat pengesahan dari majikan lama bahawa

pegawai yang menuntut tidak pernah dibayar Elaun Gangguan

6.4 Mengisi Borang Perakuan seperti berikut:-

Pekeliling Perbendaharaan bil. 5 Tahun 2004 Rujuk lampiran 4

i Nama

ii Kad Pengenalan

iii Alamat bertugas sekarang

iv Nama Suami/isteri

v No kad pengenalan suami/isteri

vi Alamat lama

vii Alamat baru

viii No telefon

ix Tandatangan pegawai yang menuntut

x Pengesahan ketua jabatan

6.5 Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan di

dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan

7.0 Kod objek yang dipertanggungkan di atas baucar bayaran adalah menggunakan objek di bawah 15199.

Page 7: ELAUN-GANGGUAN (1)

7

BORANG PERAKUAN TUNTUTAN ELAUN GANGGUAN

Bahawa saya ......................................... No Kad Pengenalan ............................................Alamat (tempat bertugas sekarang)....................................................................................... Adalah saya dengan ini membuat pengesahan bahawa saya telah di

tukarkan dari .....................ke ................................... Dengan ini memperakui bahawa * saya telah dibayar/ tidak dibayar ½

daripada gaji hakiki saya sebagai pendahuluan / belum pernah dibayar Elaun Gangguan seperti yang tersebut di dalam pek.bil.4/1988 perenggan 4, semasa pertukaran saya dari wilayah*Semenanjung/Sabah / Sarawak /Labuan ke wilayah...................................

Bersama-sama ini dilampirkan dokumen sokongan berkenaan pertukaran saya

Nama * Isteri/Suami : ......................................................... No. Kad Pengenalan : ......................................................... Tempat Bertugas : ........................................................ Tempat Bertukar : ........................................................ Sekiranya didapati saya telah tersalah dibayar dua kali elaun gangguan disebabkan perakuan ini, maka saya bersetuju untuk membayar balik amaun kepada kerajaan dengan wang tunai sekali gus atau melalui potongan gaji saya. Berikut adalah dinyatakan butir-butir peribadi saya:

1. Wilayah Asal :......................................... 2. Lama Berkhidmat *di Sabah/Sarawak/S.M’sia :.......................................... 3. Alamat baru *di S.M’sia /Sabah/Sarawak :......................................... 4. No Telefon boleh dihubungi :.........................................

Semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar. Nama Pegawai : No. Kad Pengenalan : .............................. Tarikh : (tandatangan) Nama Ketua Jabatan : No Kad Pengenalan : ........................... Tarikh : (tandatangan)

Page 8: ELAUN-GANGGUAN (1)

8

Cap Jabatan * potong yang tidak berkenaan