ELAUN-TANGGUNG-KERJA

download ELAUN-TANGGUNG-KERJA

of 9

description

ELAUN

Transcript of ELAUN-TANGGUNG-KERJA

  • 1

    BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA

  • 2

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    1. Elaun Tanggung Kerja Pastikan kenyataan tuntutan Bayaran Elaun Tanggung Kerja dan dokumen sokongan disertakan

    Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 1993 Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja Para 2.2 Rujuk Lampiran 1

    Arahan Perbendaharaan 58(a)

    1.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi syarat berikut :-

    a. Tuntutan hendaklah disempurnakan dalam tahun kewangan

    b. Baki peruntukan dalam tahun kewangan dan semasa adalah mencukupi

    2.0

    Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat kelulusan perbendaharaan disertakan.

    3.0 Pastikan butir-butir maklumat pegawai adalah lengkap berdasarkan Borang Permohonan Elaun Tanggung Kerja seperti berikut :-

    a. Nama, no. gaji dan no. kad pengenalan hendaklah dicatitkan.

    b. Gred / Kategori / Kumpulan & Jawatan Gred / Kategori / Kumpulan & Jawatan

    Takrif Gred : Gred Gaji dibawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil 4 Tahun 2002. Pegawai yang memilih tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran dibawah pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing dibawah Sistem Saraan Baru (SSB) / Kumpulan gaji masing-masing dibawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana berkenaan.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peratursn Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 1

  • 3

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 2/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    hubungan taraf tinggi rendah

    Bermaksud pertalian antara jawatan dalam satu susunan kuasa (span of control) yang berbeza taraf atau grednya, di mana jawatan yang lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia jawatan yang lebih rendah.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 4

    jawatan khas untuk penyandang (KUP) Bermaksud jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan penempatan seseorang pegawai di mana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred hakiki jawatan.

    kekosongan hakiki Bermaksud kekosongan jawatan yang wujud secara mutlak iaitu jawatan yang tidak mempunyai penyandang disebabkan oleh jawatan berkenaan baru diwujudkan sama ada melalui belanjawan tahunan atau waran perjawatan atau jawatan yang penyandangnya dinaikan pangkat, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim perkhidmatan lain atau bertukar.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 5

    kekosongan operasi Bermaksud kekosongan jawatan secara sementara kerana penyandangnya bercuti, menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, berkursus, dipinjamkan atau ditukar sementara, memangku, ditahan/digantung kerja atau tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan.

  • 4

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    4.0 Ketua Jabatan

    i. Ketua Setiausaha kepada Kementerian

    ii. Ketua Pengarah

    iii. Ketua sesuatu perkhidmatan atau jawatan yang setaraf; atau

    iv. Mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengetuai di peringkat jabatan, institusi, agensi atau bahagian.

    pegawai Bermaksud semua kategori pegawai yang sedang

    berkhidmat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak.

    penanggungan kerja Bermaksud pelaksanaan tugas atau jawatan lain

    oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

    5.0 Kenyataan tuntutan Tujuan Permohonan hendaklah dinyatakan dengan jelasTuntutan Bayaran Elaun Tanggung Kerja.

    5.1 Penanggungan Kerja boleh dilaksanakan jika;

    a. terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi; dan

    b. tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas

    5.2 Syarat- syarat penangungan kerja:

    a. Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan;

  • 5

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 4/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    b. Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus;

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 5

    c. Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja hendaklah dari tarikh pegawai melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja dan bermula daripada hari bekerja. Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk pembayaran Elaun Penanggungan Kerja;

    d. Seseorang pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja satu jawatan dan kemudiannya diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya dia telah menggenapkan tempoh selama tidak kurang daripada 14 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan am kerana menjalankan tugas jawatan tersebut.

    e. Bagi Penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah daripada taraf jawatan yang disandang oleh pegawai, Elaun Penanggungan Kerja hanya layak dibayar sekiranya kedua-dua jawatan terlibat tidak mempunyai hubungan taraf tinggi rendah. Bagi maksud peraturan ini hubungan taraf tinggi rendah ialah apabila didapati dua jawatan dalam satu susunan kuasa yang berbeza tarafnya dan jawatan yang lebih rendah tarafnya itu bertanggungjawab kepada jawatan yang lebih tinggi. Oleh itu pegawai di taraf yang lebih tinggi tidak boleh menanggung kerja jawatan di bawah kawalannya.

  • 6

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 5/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    f. Bagi penanggungan kerja jawatan yang diwujudkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP), pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah didasarkan sama ada pada gred hakiki jawatan KUP itu atau gred hakiki pegawai yang menyandang, mengikut mana yang lebih rendah.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 6

    6.0 Pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja ialah :

    a. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

    b. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan;

    c. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

    7.0 Jawatan yang tidak dibenarkan untuk penanggungan kerja ialah:

    i. Jawatan yang tiada senarai tugas secara khusus. Contohnya, jawatan kumpulan,

    ii. Jawatan yang pelaksanaan tugasnya mengikut giliran /syif. Contohnya, Jururawat dan Pengawal Keselamatan yang bertugas mengikut syif dan

  • 7

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 6/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    iii. Jawatan yang bentuk tugasnya tidak membenarkan atau tidak praktikal dilakukan secara penanggungan kerja. Contohnya,Pemandu Kenderaan dan Guru atau Pensyarah yang mengajar.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 9

    8.0 Kadar Bayaran Elaun Penanggungan Kerja

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja ialah 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja.

    Formula :

    Elaun Penanggungan Kerja (EPK)

    = Gaji Permulaan Jawatan Yang Ditanggung Kerja

    x 25 100

    9.0 Walau bagaimanapun, pengiraan elaun ini hendaklah dibuat berdasarkan kedudukan dan gred jawatan yang ditanggung kerja seperti berikut:

    a. Bagi jawatan yang menetapkan mata gaji permulaan pelbagai, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gaji permulaan terendah bagi jawatan skim perkhidmatan yang berkenaan; (Pengiraan adalah seperti contoh 3 di Lampiran B).

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 11 Rujuk Lampiran B

    b. Penanggungan kerja jawatan yang mempunyai gred fleksi, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gred gaji yang terendah. Gred Fleksi bermaksud jawatan yang mempunyai lebih dari satu gred; (Pengiraan adalah seperti contoh 4 di Lampiran B).

  • 8

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 7/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    c. Bagi pegawai yang menanggung kerja jawatan fleksi, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkankepada sk im perkhidmatan yang mempunyai mata gaji terendah. Jawatan Fleksi bermaksud keanjalan atau kelonggaran yang diberikan kepada satu-satu jawatan yang memungkinan jawatan itu disandang oleh pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan; (Pengiraan adalah seperti contoh 5 di Lampiran B)

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 12

    d. Jika jawatan yang ditanggung kerja itu adalah Jawatan Terbuka, Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka; dan (Pengiraan adalah seperti contoh 6 di Lampiran B)

    e. Jika jawatan yang ditanggung kerja itu diwujudkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP), Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gred hakiki jawatan. (Pengiraan adalah seperti contoh 7 di Lampiran B)

    f. Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat. (Pengiraan Bayaran Lebih Masa bagi pegawai yang menanggung kerja seperti di Lampiran C)

  • 9

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

    SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

    TAJUK : BAYARAN ELAUN TANGGUNG KERJA RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 8/8 KELUARAN : 1 PINDAAN : 0 TARIKH UBAHSUAI : 30.04.2012

    BIL. PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

    Elaun Tanggung Kerja

    10.0 Dokumen Sokongan

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 14

    10.1 Dokumen sokongan bagi memohon kelulusan untuk menanggung kerja.

    i. Menyedia dan mengemukakan dokumen berikut dalam perakuan untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Melulus mengikut Senarai Semak di Lampiran E:

    ii. Perakuan penanggungan kerja menggunakan borang seperti di Lampiran F dan G;

    iii. carta organisasi yang menunjukkan kedudukan pegawai yang diperakukan dan jawatan yang hendak ditanggung kerja;

    iv. senarai tugas pegawai yang diarah menanggung kerja;

    v. senarai tugas jawatan yang hendak ditanggung kerja; dan

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Para 15

    vi. salinan surat arahan penanggungan kerja.

    10.2 Dokumen sokongan bagi membuat pembayaran elaun penanggunga kerj

    i. Kew.8 yang telah diluluskan dan dinyatakan gaji pokok pegawai yang ditanggung kerja

    ii. Surat Kelulusan Bayaran Elaun Penanggungan Kerja

    iii. Jadual Pengiraan mengikut format yang telah ditetapkan

    11.0 Kod Objek yang dipertanggungjawabkan Sila pastikan bayaran dibuat menggunakan kod objek 11101 dan 11601 bagi tahun lalu.