ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
-
Upload
faten-athirah -
Category
Documents
-
view
248 -
download
1
Transcript of ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
1/20
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
2/20
BangunanBersejarahAFamosa
1
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
3/20
Senarai
KandunganBil Perkara m/s
1 Tajuk Kajian 1
2 Senarai Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Objektif Kajian 4
5 Kaedah Kajian 5
6 Hasil kajian
6.1 Nama Bangunan 6
6.2 Latar Belakang Bangunan 7
6.3 Keistimewaan Bangunan 8
6.4 Lain-lain. 9-10
7 Rumusan 11
8 Lampiran 12- 14
9 Rujukan 15
2
2
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
4/20
Penghargaan Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihaksekolah khususnya Pengetua sekolah saya iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Hamzah B. Karimin
kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima
kasih kepada guru sejarah saya, Encik Rafi B. Kunjahamad atas tunjuk ajar dan bimbingan
beliau ketika menjalankan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat kedua-dua ibubapa saya yang banyak memberi
tunjuk ajar semasa kajian ini dijalankan. Tidak ketinggalan juga saya ingin merakamkan
penghargaan kepada rakan-rakan yang terlibat menjalankan kajian ini iaitu
Nurnabihahtulhanani bt Mohd Said dan Nur Aznizah Umi Kalsom bt Abas.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perpustakaan yang membenarkan
kami mencari sumber rujukan di sana. Pelbagai maklumat tentang AFamosa yang terdapat di
sana melalui buku-buku ilmiah dan ensiklopedia.
3
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
5/20
Objektif KajianAntara objektif kajian ini dijalankan ialah mencari dan mengumpul maklumat sejarah.Apabila kajian ini dijalankan,pelbagai maklumat bersejarah dapat dikumpul melalui pelbagaisumber. Di samping itu,sepanjang kajian ini dijalankan,saya dapat mengetahui tentang
bangunan AFamosa dari segi latar belakang, nama bangunan,kegunaan serta keistimewaan
bangunan ini.
Selain itu,kajian ini juga dijalankan supaya kita dapat menghargai warisan Negara di
samping melahirkan rasa cinta terhadap warisan nenek moyang kita. Objektif lain adalah
mendokumentasikan sejarah bangunan AFamosa. Diharap kajian ini menjadi rujukan untuk
generasi akan datang.
Akhir sekali kajian ini dapat melatih diri saya untuk membuat kajian seterusnya. Ia dapat
dijadikan panduan untuk membuat kajian lain. Saya juga dapat belajar cara untuk
menemuramah seseorang. Secara tidak langsung, sifatterpuji seperti sabar dapat dilahirkan
sepanjang kajian ini dijalankan.
4
4
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
6/20
Kaedah KajianAntara kaedah kajian yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan ialah kaedahtemubual. Temubual dijalankan antara saya,Andi Faten Athirah dan kakak saya iaitu,AndiNorazah. Temubual ini diadakan pada 18 Mei 2009. Pelbagai soalan yang diajukan berkaitan
dengan bangunan AFamosa diajukan oleh saya. Kerjasama yang diberikan oleh orang sumber
saya amat baik.
Selain itu,kaedah pemerhatian juga turut digunakan dalam kajian saya. Saya telahmenyelidiki buku ensiklopedia. Saya mencari maklumat tentang bangunan bersejarah yangsaya pilih pada waktu persekolahan di pusat sumber sekolah melalui buku ensiklopedia itu.
Saya juga telah menganalisis risalah yang mengandungi maklumat bangunan AFamosa. Sayamendapatkan risalah itu daripada seorang pemandu pelancong.
Kaedah lain yang digunakan oleh saya ialah melayari internet. Saya telah melayari
internet di rumah saya pada waktu petang. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam untuk
mencari maklumat berkenaan. Antara alamat yang dilayari oleh saya ialah
http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa.
5
5
http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
7/20
Hasil Kajiana) Nama BangunanNama bangunan yang dikaji oleh saya untuk kerja kursus sejarah ini ialah bangunan
AFamosa yang bermaksud Yang Termasyhur. Nama rasmi AFamosa ialah Kubu Melaka
(Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis)
telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa
terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St.
Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
6
6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
8/20
b) Latar Belakang Bangunan
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk
Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh
paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,
sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu
Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina.
Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika
membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan
bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi
lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis
membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengantembok setebal 2.4 meterhingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte
San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan
Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang
dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
7
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan
itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis
turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara,
hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belandapada kurun ke-17.
Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum
Belanda berjaya merampas Melaka.
7
http://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
9/20
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan
itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis
turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara,
hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belandapada kurun ke-17.Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum
Belanda berjaya merampas Melaka.
8
http://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
10/20
c) Keistimewaan Bangunan
Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan
peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu
daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan
senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir
Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670
yang mana ANNO 1670 boleh dilihat pada pintu gerbang itu.
Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda.Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai
pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya
apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan
pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.
9
8
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
11/20
d) Lain-lain
Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis
semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut
selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan
kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada
14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang
masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de
Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur
Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan
meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de
Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
10
http://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belanda -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
12/20
Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of
Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk
menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya,
pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai
penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu
dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu
tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh
pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan
Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan
Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan
Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat
cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.[1]
Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah
dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak
mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat
membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.
Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka
11
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/India -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
13/20
bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota
Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak
di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos
1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demibatu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya
mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi
memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di
sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah
berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua
tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles
seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William
Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat
kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahanKota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika
Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan
Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak
memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak
perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun
memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa
Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
12
http://ms.wikipedia.org/wiki/1807http://ms.wikipedia.org/wiki/1807http://ms.wikipedia.org/wiki/1807http://ms.wikipedia.org/wiki/1807 -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
14/20
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat
kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini
dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu
pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon,
Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan
Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka
menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.
13
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
15/20
RumusanSaya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan kerja kursus ini dalammasa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kajian ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilaitelah saya perolehi.Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah
ketika menjalankan Kerja Kursus Sejarah ini.Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang
sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini.
Oleh itu, kita mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala serta berusaha
mengekalkannya.Saya juga telah mengetahui tentang keunikan dan keistimewaan bangunan ini
yang dapat menarik minat pelancong asing ke sana.Saya juga dapat menghayati nilai-nilai
ketabahan,kesabaran dan kerjasama antara rakan semasa menjalankan kajian ini.Kerja kursus
ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan
dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.Selain itu, nilai
yang saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi serta memupuk sifat menghargai dan
menyayangi warisan khazanah negara.Kini, saya telah mengetahui erti tidak putus asa dalam
melaksanakan sesuatu tugasan.
14
11
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
16/20
Sebagai masyarakat yang tinggal di Malaysia , kita hendaklah berbangga kerana Negara
kita banyak bangunan yang bersejarah. Melalui bangunan-bangunan itu, kita dapat lihat
bahawa masyarakat zaman dahulu mempunyai warisan pertukangan dan ia dapat memberi
inspirasi serta idea kepada generasi sekarang tentang kesenian yang sangat bermutu. Kita jugadapat melihat bahawa masyarakat zaman dahulu bergotong-royong untuk menyiapkan sesuatu
dan kita sebagai generasi penyambung warisan seharusnya meneruskan amalan sebegitu.
Melalui bangunan bersejarah yang ditinggalkan oleh orang zaman dahulu dan penjajah,kita dapat jadikan ia sebagai tempat bersejarah. Dengan itu ia dapat dijadikan tempatpelancongan. Ia juga dapat menambahkan sumber ekonomi dan menaikkan nama Negara keperingkat antarabangsa.
15
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
17/20
RujukanBuku Suziyana Ismail,2006,Asal Usul Negeri-Negeri,Petaling Jaya,Fermina
Ahmad Fawzi,Mohd Foad,Azami,2002,Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks,Kuala
Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka
Orang Sumber
Andi Norazah binti Andi Yusoff,29 tahun,No 345,Jalan Jaafar,Taman Harta,
82200 Benut,Pontian,Johor Darul Takzim,Malaysia
Internet
AFamosa, http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
Ensiklopedia
Rusnah Syahila, 2007, Ensiklopedia Umum Untuk Pelajar, Kuala Lumpur, Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd,sumber ensiklopedia
16
http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa -
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
18/20
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
19/20
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah dapat Memupuk
Semangat Cinta akan Warisan Bangsa dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menghargai bangunan bersejarah di Negara
kita, lebih daripada menghargai bangunan bersejarah di negara orang lain. Pelbagai cara yang
boleh kita lakukan demi menjaga bangunan-bangunan bersejarah yang ada di Malaysia supaya
tidak dilupakan begitu sahaja. Kita wajib menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan
negara supaya rakyat Malaysia dapat menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan
sentiasa berbangga dengan sejarah Negara kita.
Memelihara bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta akan warisan negara.
Sifat semangat seperti berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
adalah penting. Dengan cara ini, negara lain tidak akan berani mengganggu negara dan bangsakita. Maka, wajarlah kita supaya sentiasa bersyukur sebagai warga negara Malaysia.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat
menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam
melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga
mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat
muhibah atau semangat bermasyarakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat
patriotik antara anggota masyarakat.
-
8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA
20/20
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,
masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti
seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi
peraturan dan undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Keadaan
ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang
tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap
rajin dan gigih. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan
dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.
Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu
menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin,
tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara berusaha dan produktif dalam menyemai
sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana
mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita
mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara
dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada
yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan
tanah air kita ini.