Elemen asas senireka fesyen

22
SENI REKA FESYEN VED3043 ELEMEN SENI REKA

Transcript of Elemen asas senireka fesyen

Page 1: Elemen asas senireka fesyen

SENI REKA FESYENVED3043

ELEMEN SENI REKA

Page 2: Elemen asas senireka fesyen

GARISAN/LINE

Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Page 3: Elemen asas senireka fesyen
Page 4: Elemen asas senireka fesyen

RUPA

Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar. Rupa pula terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan

rupa organik. • Rupa geometri merupakan rupa yang bersudut seperti segi

tiga, segi empat, pyramid, bulat dll.• Rupa organik merupakan rupa bebas yang tidak bersudut

seperti rupa daun, buah, batu dll. Rupa boleh diolah kepada dua bentuk iaitu rupa positif dan

rupa negatif.• Rupa positif  merupakan rupa objek yang terletak di sesuatu

kawasan.• Rupa negatif merujuk kepada ruang di sekeliling rupa

sesuatu objek.

Page 5: Elemen asas senireka fesyen

RUPA ORGANIK

Page 6: Elemen asas senireka fesyen

RUPA GEOMETRIK

Page 7: Elemen asas senireka fesyen

RUPA POSITIF

Page 8: Elemen asas senireka fesyen

RUPA NEGATIF

Page 9: Elemen asas senireka fesyen

BENTUK/SHAPE

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.

Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.

• Bentuk konkrit merupakan bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar).

• Bentuk ilusi ialah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catatan.

Page 10: Elemen asas senireka fesyen

BENTUK KONKRIT (3D)

Page 11: Elemen asas senireka fesyen

BENTUK ILUSI (2D)

Page 12: Elemen asas senireka fesyen

JALINAN

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.

Terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

• Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dll.

• Jalinan tampak merujuk jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Page 13: Elemen asas senireka fesyen

JALINAN SENTUH

Page 14: Elemen asas senireka fesyen

JALINAN TAMPAK

Page 15: Elemen asas senireka fesyen

RUANG/ SPACE

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

Ruang juga dibahagikan kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang tampak.

• Ruang nyata ialah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit.

•  Ruang tampak ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catatan dan cetakan (bukan sebenar).

Page 16: Elemen asas senireka fesyen

RUANG NYATA

Page 17: Elemen asas senireka fesyen

RUANG TAMPAK

Page 18: Elemen asas senireka fesyen

WARNA/COLOR

Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni,warna penggenap dan warna sewarna.

• Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang).

• Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan. 

• Warna sewarna pula ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).

Mempunyai 2 suhu warna iaitu  warna panas dan warna sejuk.

• Warna panas ialah warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb).

• Warna sejuk ialah  warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang.

Page 19: Elemen asas senireka fesyen

WARNA HARMONI

Page 20: Elemen asas senireka fesyen

WARNA PENGGENAP

Page 21: Elemen asas senireka fesyen

WARNA SEWARNA

Page 22: Elemen asas senireka fesyen

WARNA PANAS & SEJUK