Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

download Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

of 20

  • date post

    27-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    16
  • download

    3

Embed Size (px)

Transcript of Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

  • 1

    1. PENGENALAN

    Filem mengandungi dua fungsi yang saling melengkapi iaitu sebagai barang tontonan dan barang dagangan. Secara umum, kejayaan sesuatu filem ditentukan oleh penontonnya. Mengenal pasti cita rasa penonton sasaran adalah penting untuk tujuan tersebut. Kualiti filem dinilai oleh penonton boleh dibahagikan kepada dua iaitu kualiti dagangan dan kualiti kesenian. (Nyoman Lia Susanthi, 2011) Misalnya filem-filem arahan P.Ramlee boleh dikatakan mengandungi kedua-kedua kualiti tersebut sebaliknya filem-filem arahan David Teo pula cenderung mengetengahkan kualiti dagangan dan sangat kurang teliti dalam kualiti kesenian.

    Filem The Secret Life of Walter Mitty mengandungi kedua-dua kualiti tersebut. Mendapat rating 7.4/10 IMDb, memenangi enam anugerah perfileman di USA dan antarabangsa, filem adaptasi dari sebuah cerita pendek karya James Thurber yang terbit pada tahun 1939 dengan tajuk yang sama ini adalah arahan Ben Stiller dan dibintangi juga oleh beliau. Buku karya James Thurber tersebut secara umumnya dikatakan sebagai a tribute to the sometimes unsettling power of the human imagination. (LIFE, T.t.) Justeru, filem ini adalah suatu bentuk inspirasi buat masyarakat khususnya penonton untuk menjadi berani dan berkeyakinan dalam melakukan perubahan dalam hidup dalam usaha merealisasikan apa-apapun impian yang dicita-citakan; yang sesiapapun harapkan daripada penulis lakon layar yang sama bagi filem The Pursuit of Happiness dan The Weatherman.

    Sorotan filem The Secret Life of Walter Mitty ini adalah suatu pemerhatian dan analisa terhadap elemen periklanan yang terkandung dalamnya. Elemen periklanan yang dibincangkan adalah peletakan produk atau dalam bahasa Inggerisnya product placement. Peletakan produk adalah sisipan jenama atau produk yang dirancang dalam filem Ia boleh digunakan dengan alat-alat komunikasi yang lain (iaitu periklanan dan jualan promosi) untuk menyebarkan kesedaran tentang jenama dan mengetengahkan imej produk untuk pembangunan ekuiti jenama yang penting terutamanya dalam pasaran global. (Corniani, M., 2001)

    Terdapat banyak peletakan produk yang terpapar dalam filem ini tetapi produk yang jelas ingin diketengahkan dalam filem adalah majalah Time Inc.s LIFE. Filem ini secara umumnya sama matlamatnya seperti filem The Internship yang mengetengahkan imej Google dan filem Gravity yang mengetengahkan imej NASA. Perbincangan ini akan menerangkan tentang jenis peletakan produk yang terbabit. Lehu (2007) menyenaraikan empat jenis peletakan produk iaitu classic, institutional atau corporate, evocative dan stealth. Peletakan produk majalah Time Inc.s LIFE tersebut termasuk dalam jenis classic. Tindakan Time Inc.s LIFE mengetengahkan jenamanya dalam filem sebagai peletakan klasik ini adalah baik kerana peletakan produk lebih berkesan daripada satu slot iklan komersial. (Reijmersdal, E.A.V., 2011) Tambahan pula dalam pawagam, sikap defensif penonton terhadap peletakan produk adalah rendah yang memberi peluang kepada apa-apa jenama untuk berkomunikasi secara berkesan dengan penonton. (Lehu, J.M., 2007) Namun begitu, terdapat beberapa persoalan tentang keberkesanan peletakan produk dalam filem ini yang akan diterangkan dalam perbincangan. Ini disebabkan pengulangan dan adengan yang memberi negatif terhadap imej produk yang dipaparkan sehingga mendapat Award the Worst Product Placement dalam 2014 Brandcameo Product Placement Awards. (Brandchannel, 2014)

  • 2

    2. SINOPSIS

    Watak Walter, seperti yang terpapar dalam tajuk filem, dibintangi oleh Ben Stiller. Walter adalah pengurus bahagian Aset Negatif majalah LIFE. Walter bertugas menguruskan gambar-gambar yang diambil dan dikirim oleh petugas-petugas majalah tersebut. Walter menghadapi sejenis masalah fantasi yang disebut zoned out iaitu suatu masalah mental yang menyebabkan dia sering bermimpi di siang hari dengan khayalan yang melampau tentang kuasa dan pengembaraan.

    Suatu hari, sekeping negatif filem iaitu negative 25 yang dikirim oleh seorang petugas didapati tiada dalam simpanan. Negatif filem ini penting kerana gambar tersebut adalah muka hadapan bagi terbitan seterusnya iaitu terbitan terakhir dalam bentuk cetakan kerana LIFE ketika itu sedang mengalami peralihan kepada terbitan majalah atas talian. Kerana istimewanya gambar terakhir ini, petugas itu yang dibintangi oleh Sean Penn telah menghadiahkan sebuah dompet kepada Walter sebagai tanda penghargaan kerana menguruskan gambar-gambar yang dikirim. Ted Hendricks yang merupakan pengarah urusan peralihan itu memberi tekanan kepada Walter kerana sesi dengan media akan berlansung dua minggu lagi.

    Walter kemudian mencari petanda dalam gambar-gambar lain yang dikirim oleh Sean sehingga tiada lagi cara lain selepas seluruh stor aset yang diuruskannya itu diselongkar untuk menemukan negatif yang hilang itu, Walter terus menjejak petanda dengan bantuan Cheryl. Catatan Sean OConnell (Sean Penn) yang mengirim negatif gambar itu dan moto LIFE pada dompet yang dihadiahkan kepada Walter tersebut memberi keazaman kepada Walter untuk mencarinya kerana Sean telah mencatatkan bahawa kiriman negatif itu menurut anggapannya adalah The Absolute Quintessence of Life yang bermaksud yang terbaik antara yang terbaik dalam hidup.

    Watak Cheryl yang dibintangi oleh Kristen Wiig adalah rakan sepejabat Walter. Sebelum Walter mula bertegur sapa dengan Cheryl, terlebih dahulu dia telah cuba berkomunikasi dengan wanita ini menerusi laman eHarmony iaitu sebuah laman sosial atas talian khusus untuk carian pasangan atau kekasih. Cheryl dilihat sebagai antara pendorong yang memberi keazaman kepada Walter dan wanita ini sentiasa bersikap positif dalam berhadapan dengan masalah terutamanya dalam membantu Walter mencari negatif yang hilang itu.

    Dalam usaha mencari negatif filem tersebut Walter akhirnya benar-benar mengikuti suatu pengembaraan merentasi Greenland dan Iceland sehingga bertemu dengan Sean di sebuah wilayah terpencil Afghanistan dekat Gunung Noshaq di Barat Laut pergunungan Himalaya. Di sana Walter mendapati bahawa negative 25 itu sebenarnya berada dalam dompet yang dihadiahkan Sean. Namun, Walter telah membuangnya selepas diberhentikan kerja oleh Ted.

    Apabila pulang dari Afghanistan, Walter yang mulanya buntu, lega apabila dompetnya yang dibuang sebelum ini masih disimpan oleh emaknya, Edna. Walter terus ke pejabatnya untuk menyerahkan negatif tersebut kerana masih berbaki dua hari lagi sebelum penerbitan isu terakhir majalah LIFE bercetak. Walter hanya mengetahui gambar muka depan isu terakhir itu di sebuah gerai ketika sedang berjalan dengan Cheryl. Walter tidak menyangka bahawa muka depan isu terakhir itu adalah gambarnya dan catatan tentang peribadinya yang merupakan dedikasi khas oleh Sean.

  • 3

    3. ANALISIS ELEMEN PERIKLANAN

    Berikut adalah analisis peletakan produk yang dipaparkan dalam jadual masa dan babak kemunculannya dalam filem The Secret Life of Walter Mitty. Screenshot babak-babak bagi setiap produk atau jenama berikut boleh dirujuk dalam lampiran.

    I. Time Inc.s LIFE

    Minit Babak 06:07 Paparan bangunan TIME & LIFE BUILDING. 06:21, 07:07 Paparan petikan moto LIFE di dinding kompleks pejabat TIME &

    LIFE BUILDING. 07:54 Walter menyebut peranannya dalam majalah LIFE. 08:34 10:53 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE dan tanda niaga

    LIFE di ruang pejabat. 11:45 Paparan poster majalah LIFE di meja dalam pejabat Aset Negatif. 12:05 Paparan LIFE dalam nota daripada Sean OConnell dan suara latar

    membacanya. 12:58 Paparan moto LIFE pada dompet yang dihadiahkan kepada Walter. 14:26 Don Proctor memberi taklimat tentang peralihan majalah LIFE. 15:05 Ted menyebut majalah LIFE dalam taklimat peralihan. 16:32 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 18:43 Paparan LIFE di kepala surat. 24:06 Papan tanda LIFE di depan lif dalam bangunan TIME & LIFE

    BUILDING. 25:33 Surat-surat LIFE dalam longgokan sampah di atas lori. 26:11 Stretch Amstrong terhentak ke atas papan tanda TIME & LIFE. 26:31 27:30 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 35:00 35:28 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 36:38 36:50 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 01:09:08 Tanda LIFE pada fail di meja Cheryl. 01:10:04 Poster besar muka depan majalah LIFE dipindah keluar dari

    bangunan TIME & LIFE BUILDING. 01:14:17 Poster LIFE di dinding dalam rumah Walter. 01:16:21 Emak Walter menyebut LIFE dalam perbualan mereka di

    rumahnya. 01:35:44 Papan tanda LIFE ONLINE dibawa keluar dari lif. 01:36:11 Ted membentangkan muka depan baru untuk isu terakhir majalah

    LIFE. 01:39:55 Walter menunjukkan kad staff LIFE di kaunter payroll LIFE. 01:40:01 Papan tanda LIFE Payroll Service Window. 01:43:26 Walter dan Cheryl melihat muka depan isu terakhir majalah LIFE

    di sebuah gerai.

  • 4

    II. eHarmony

    Minit Babak 00:45, 1:03 Paparan eHarmony dalam penyata kad debit Walter. 01:15 02:45 Paparan Walter melayari laman sesawang eHarmony dan biodata

    Walter sebagai pengurus foto majalah LIFE. 03:30 05:44 Perbualan telefon antara Walter dan Todd Mahar dari eHarmony. 26:45 27:37 Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar

    eHarmony. 56:42 Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar

    eHarmony semasa dalam perjalanan berbasikal ke gunung berapi Eyjafallajokull dekat Iceland.

    01:05:28 Paparan eHarmony dalam penyata kad debit Walter. 01:21:45 01:22:50

    Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar eHarmony semasa di atas pergunungan Himalaya.

    01:37:42 Todd Mahar eHarmony datang menjamin Walter selepas 17 jam berada dalam tahanan TSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

    01:38:53 Paparan mesej daripada eHarmony dalam email Walter. III. Papa Johns

    Minit Babak 22:58 Walter menyebut Papa J