ELM 3043-Maklumat

7
4.0 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK Saban hari isu-isu keruntuhan akhlak terutamanya yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan. Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja ini, secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan, soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? 4.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan mereka, ianya secara tidak langsung akan membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tersebut. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru adalah baik untuk remaja, namun apa yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi, perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa yang ingin mereka lakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. 4.2 Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan menjadi orang yang paling rapat. Kawan yang baik boleh membimbing kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu, sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Pada usia yang masih mentah mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. 4.3 Pengaruh Media Massa Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini. Tidak semua yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang kurang baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara budaya Barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan yang boleh didapati dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain. Tambahan pula, di zaman dunia tanpa batasan ini segala informasi boleh didapati dengan mudah

Transcript of ELM 3043-Maklumat

Page 1: ELM 3043-Maklumat

4.0 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK

Saban hari isu-isu keruntuhan akhlak terutamanya yang membabitkan gadis remaja hangat

diperkatakan. Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin

agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat

secara langsung dengan isu-isu remaja ini, secara langsung dan tidak langsung seperti pihak

kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan

lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan

kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah,

pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan

remaja dibincangkan, soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa

perkara ini berlaku?

4.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai

perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di

sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan mereka, ianya secara tidak

langsung akan membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tersebut.

Perasaan ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru adalah baik untuk remaja, namun apa

yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya,

seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi, perasaan ingin tahu remaja akan

mendorong mereka melakukan apa yang ingin mereka lakukan tanpa memikirkan baik atau

buruknya perkara tersebut.

4.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang paling rapat. Kawan yang baik boleh membimbing kepada

kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi kepada perkara-perkara yang

buruk. Selain itu, sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini

terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka

lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh

rakan-rakan mereka. Pada usia yang masih mentah mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala

boleh makan kawan”.

4.3 Pengaruh Media Massa

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja

pada hari ini. Tidak semua yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.

Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di

kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat

hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang kurang baik. Umpamanya

corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan

gaya hidup yang mengikut cara budaya Barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan

yang boleh didapati dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.

Tambahan pula, di zaman dunia tanpa batasan ini segala informasi boleh didapati dengan mudah

Page 2: ELM 3043-Maklumat

hanya dengan melayari internet. Tidak dinafikan internet ini ada kebaikannya tetapi tidak kurang

juga banyak keburukannya. Aktiviti penggunaannya tanpa pemantauan boleh mengundang padah.

4.4 Sikap Keluarga

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya keruntuhan akhlak di

kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku kepada semua keluarga, tetapi keluarga yang

mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja

boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya

hidup tetapi tidak dipedulikan dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan

keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap

terlalu tertutup. Maksudnya, keluarga itu seolah-olah telah menetapkan satu undang-undang atau

peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh

menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika mempunyai peluang untuk keluar dari keadaan itu

mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka tanpa berfikir panjang.

Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula biasanya bersikap terbuka yang

keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada satu peraturan pun atau ketetapan khusus yang

diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan

panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui

kehidupan ini dengan sebaik mungkin seterusnya mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah

pelbagai keruntuhan akhlak.

4.5 Kurang Didikan Agama

Iman dan takwa yang jitu itu adalah pengikat yang berfungsi bagi menghalang seseorang daripada

melakukan tingkah laku yang berlaku di luar batasan syarak. Pendidikan agama mempunyai fungsi

yang sangat penting sebagai pelindung diri daripada terjerumus kepada pelbagai gejala keruntuhan

akhlak. Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sepenuhnya kepada anak-anak

mereka sejak mereka masih kecil. Ini bagi memberikan anak-anak mereka pengetahuan yang jelas

tentang hal-hal berkaitan agama, tentang halal dan haram. Bak kata pepatah melayu, “melentur

buluh biarlah dari rebungnya..”, maksudnya mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

4.6 Ekonomi

Ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak. Manusia

pada hari ini adalah manusia yang terlalu mengejar kebendaan di dalam arus kepesatan ekonomi

sehingga melupakan tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain. Tangungjawab yang dimaksudkan

adalah tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada alam

semesta dan tanggungjawab kepada diri sendiri. Disebabkan faktor inilah terjadinya masalah

pengabaian kasih saying kepada anak, kepada ibu bapa, dan kepada masyarakat. Anak yang terabai

akan lebih mudah terjebak kepada pelbagai masalah keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan

dadah, minum arak, zina, merompak, berjudi, lumba haram dan lain-lain lagi.

5.0 KESAN-KESAN KERUNTUHAN AKHLAK

Page 3: ELM 3043-Maklumat

Keruntuhan akhlak pada masa kini akan mendatangkan impak yang sangat besar kepada masyarakat.

Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya individu tersebut

mempunyai akhlak yang buruk, secara otomatik peribadi individu itu juga turut terjejas. Individu

yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat

dan negara.

5.1 Kesan Kepada Individu

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu, akhlak sangat penting dalam

kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang

mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan dipandang serong

dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan

ketakwaan kepada Allah. Namun begitu, kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja

muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian

seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya

dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakannya berpaksikan dan bertunjangkan

nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca

daripada kurangnya pegangan agama dalam diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa kesan

keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

5.2 Kesan Kepada Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan

keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan

menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik

dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah

kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa “rumah itu adalah akar segala-galanya…” Oleh sebab

itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian

dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Antara kesan yang akan berlaku terhadap institusi kekeluargaan ialah:

• Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga

yang harmoni dan bahagia.

• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam keluarga, mungkin akan mendorong kepada wujudnya

penceraian.

• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat

bergantung dan bermanja.

• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran,

perjudian, hubungan sesama jenis dan lain-lain lagi.

5.3 Kesan Kepada Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang amat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya

sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak

dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya

Page 4: ELM 3043-Maklumat

Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Seandainya masalah ini tidak

dibendung dengan segera oleh pihak–pihak tertentu terutamanya pihak kerajaan dan juga pihak–

pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan

akhlak remaja–remaja Islam terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh sebab itu, pihak–pihak atau

anasir luar akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan bangsa kita sendiri.

Namun begitu, kesan yang paling ketara yang dapat dilihat sekiranya akhlak remaja pada hari ini

tidak dikawal ialah:

• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai

akan bertakhta di hati masyarakat.

• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan

ini melibatkan antara dua kaum.

• Kadar jenayah di kalangan masyarakat juga akan turut meningkat di mana masalah ini akan

menyebabkan kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

• Keharmonian dalam masyarakat sukar untuk diwujudkan.

5.4 Kesan Kepada Negara

Tidak dapat dinafikan bahawa keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada

negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak

remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini

berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan-badan NGO,

dan juga masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak

dalam masyarakat.

Antara kesan yang akan berlaku ialah:

• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.

• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk

berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan

masyarakat.

• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan

keruntuhan akhlak.

• Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat berlakunya peningkatan kadar jenayah.

• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara seandainya generasi pada hari ini

tidak tahu menjaga akhlak mereka.

• Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka

bangsa lain akan memandang serong terhadap agama yang kita anuti.

Page 5: ELM 3043-Maklumat

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK MASA KINI

Gejala keruntuhan akhlak pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan. Masalah

ini jika tidak dibendung dengan segera akan mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga,

bangsa dan negara. Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya

diberi perhatian secara bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar masyarakat kita kembali

menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian mereka.

Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja

dalam menangani masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihak

bertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencari penyelesaiannya kerana setiap orang

akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang

telah dipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab terhadap sesiapa yang

berada di bawah pimpinan kamu.”

Tanggungjawab untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini adalah tanggungjawab semua

meliputi setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang mukallaf (akil baligh) mesti

berusaha untuk mewujudkan akhlak mulia dalam diri. Ini dapat dihasilkan sekiranya dia memahami

tuntutan berakhlak mulia dalam Islam.

6.1 Peranan Individu

Langkah yang paling penting dan paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui

perbanyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Dengan cara ini individu akan merasa rendah

diri dan menimbulkan keinsafan dalam diri individu tersebut. Apabila individu merasa lebih dekat

dengan Allah SWT, secara tidak langsung mereka akan sentiasa cuba untuk mengelakkan diri

daripada melakukan sebarang kemungkaran.

Individu disarankan supaya tidak segan silu untuk berkongsi masalah dengan keluarga, rakan-rakan

dan pihak kaunseling. Dengan cara ini mungkin dapat meringankan masalah atau beban yang

mereka alami. Individu juga boleh meminta dorongan daripada keluarga atau orang-orang yang

terdekat dengan mereka.

Pergaulan dengan masyarakat sekeliling boleh meningkatkan keyakinan diri individu di samping

merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Ia juga boleh menimbulkan rasa kasih sayang serta

saling memahami perasaan sesama mereka.

Individu perlu menetapkan target atau membina azam untuk mencapai kehidupan yang lebih

berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu untuk terus melakukan

perubahan ke arah yang lebih baik. Individu juga perlu sentiasa yakin bahawa azam yang dibina itu

akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.

Amalan cara hidup yang sihat juga dapat menghindari diri daripada terjebak kepada gejala

keruntuhan akhlak. Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lakukan senaman secara sistematik. Amalan pemakanan yang sihat boleh menjamin fizikal dan

mental yang berkualiti, seterusnya dapat menghindari diri daripada gejala negative seperti

penagihan dadah, minum arak, seks bebas dan sebagainya.

Page 6: ELM 3043-Maklumat

6.2 Peranan Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik akhlak anak-anak. Anak-anak perlu

dididik sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu, “melentur rebung biarlah daripada

rebungnya…”. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga

perlu memberikan anak-anak mereka didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan mereka

terjebak kepada gejala-gejala negatif seperti pengaruh black metal, punk, penyalahgunaan dadah,

pembuangan bayi dan lain-lain lagi.

Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang supaya mereka tidak terjebak

kepada gejala negatif yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan

institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai -nilai murni dan etika untuk

menguruskan masa dengan baik. Mereka harus memberikan perangsang dan galakan yang

berterusan kepada anak-anak untuk berjaya.

Ibu bapa yang prihatin akan menyekat kebebasan anak-anak mereka dalam pergaulan, dalam erti

kata lain menetapkan batas-batas pergaulan untuk anak-anak mereka. Namun demikian, perlu

diselitkan toleransi supaya anak-anak tidak merasa tertekan atau dikongkong. Ibu bapa perlu

meluangkan banyak masa untuk anak-anak supaya mereka rasa diambil berat dan disayangi di

samping dapat merasai indahnya nikmat berkeluarga. Ibu bapa harus sentiasa berada di sisi anak-

anak apabila mereka berada dalam kesusahan dan menjadi rakan pendengar yang setia dan sentiasa

bersedia untuk berkongsi masalah yang anak-anak hadapi.

6.3 Peranan Masyarakat

Masyarakat juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam membendung permasalahan akhlak

di sesebuah negara. Sewajarnya masyarakat tidak bersikap sambil lewa dan tidak ambil peduli

dengan membiarkan pihak yang terlibat terus terumbang-ambing sebaliknya berusaha untuk

menangani masalah ini. Bantuan yang perlu dihulurkan bukan setakat berbentuk material, tetapi

lebih kepada spiritual dengan memberi semangat dan tunjuk ajar yang terbaik bagi mereka yang

bermasalah.

6.4 Institusi Pendidikan

Sekolah juga memainkan peranan yang tersendiri dalam membendung masalah keruntuhan akhlak

ini bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan pengajian tinggi

sama ada awam ataupun swasta. Tanggungjawab seorang pendidik bukan sahaja sekadar

menyampaikan ilmu pelajaran tetapi lebih kepada menyemaikan nilai-nilai murni dan mendorong

penghayatan kepada semangat Islam dalam erti kata yang sebenar. Maka, sebagai langkah pertama,

wajar dimulakan dengan contoh dan teladan yang baik di kalangan para pemimpin masyarakat di

negara kita.

7.0 KESIMPULAN

Keruntuhan akhlak masa kini semakin membimbangkan, terutamanya apabila ianya banyak melanda

muda-mudi yang bakal menjadi pewaris dan harapan bangsa pada masa hadapan yang boleh

merencatkan kecemerlangan negara. Malahan, jika masalah ini tidak ditangani dengan segera dan

bijaksana beserta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana

Page 7: ELM 3043-Maklumat

elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah kehancuran.

Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna

sekiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan bangsa dan negara.

Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran pemimpin dan semua pihak yang terbesar dalam

menentukan negara dan rakyat benar-benar mencapai kecemerlangan.