ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

88
ELM 3102 1 UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Sinopsis Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk pertama menjelaskan tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia. Di samping itu unit ini turut membincangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam memenuhi cita-cita Negara dan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian ini juga turut menghuraikan struktur kandungan organisasi Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Tajuk kedua membincangkan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bertujuan memberi kemahiran dalam memilih berbagai-bagai pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Pelajar harus mahir untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan. Tajuk ketiga membincangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Kandungannya meliputi teknik-teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Moral iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, perbincangan, projek, lawatan, perbahasan dan tunjuk cara. Tajuk keempat membincangkan pendekatan dan kaedah projek yang dapat meningkatkan kefahaman nilai moral melalui pengalaman sebenar. Kaedah projek bertujuan menimbulkan perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif untuk menjalankan kerja- kerja amal melalui projek khidmat bakti.

description

moral

Transcript of ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

Page 1: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

1

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis

Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk pertama menjelaskan tentang sejarah

perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia. Di samping itu unit ini turut

membincangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam memenuhi cita-cita Negara dan

hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian ini juga turut

menghuraikan struktur kandungan organisasi Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral.

Tajuk kedua membincangkan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bertujuan memberi kemahiran dalam

memilih berbagai-bagai pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya

tersendiri. Pelajar harus mahir untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang

sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan.

Tajuk ketiga membincangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan

Moral. Kandungannya meliputi teknik-teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Moral

iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah,

perbincangan, projek, lawatan, perbahasan dan tunjuk cara. Tajuk keempat

membincangkan pendekatan dan kaedah projek yang dapat meningkatkan kefahaman

nilai moral melalui pengalaman sebenar. Kaedah projek bertujuan menimbulkan

perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif untuk menjalankan kerja-

kerja amal melalui projek khidmat bakti.

Page 2: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

2

Objektif

Pada akhir unit ini pelajar dapat :

1. menghuraikan sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia dan

menjelaskan kepentingan Pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat negara.

2. menghuraikan matlamat dan objektif Pendidikan Moral KBSR dan memperincikan

sturktur organisasi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR.

3. Mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir dan Kajian Masa Depan yang sesuai

bagi setiap cadangan isu dan situasi di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral

4. menghuraikan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk mengajar di samping

mengaitkan isu-isu dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaraan .

5. memahami teknik-teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral;

6. mengetahui cara-cara menggunakan teknik-teknik pengajaran pembelajaran

Pendidikan Moral yang telah dipelajari;

7. mengetahui kebaikan, kelemahan dan kesesuaian teknik dengan tajuk-tajuk yang

diajar dan kemampuan pelajar;

8. menguasai kemahiran menguruskan projek secara proses dan

mengaplikasikannya dalam pembelajaran yang sebenar sesuai dengan kandungan

sukatan Pendidikan Moral.

Page 3: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

3

TAJUK 1 SEJARAH DAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan

Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak

langsung, di mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama

dan etika. Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah sekompleks

sekarang kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi

pembentukan nilai serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihak

sekolah. Dalam konteks masyarakat yang sedang berubah Pendidikan Moral dilihat

sebagai satu program formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai

kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh

menyumbang sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat dan negara.

1.1 Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia

• Pendidikan Moral tidak ditonjolkan sangat sebelum 1982.

• Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran kesihatan,

manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

• Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata pelajaran sivik

dan tata rakyat.

• 1983 – Berasaskan KBSR mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan

dengan 12 nilai utama. Antara tahun 1983 dan 1984 Pendidikan Moral diajar

dalam darjah 1 dan 2. Antara tahun 1986 dan 1988 di keseluruhan Tahap

Dua.

• 1989 - 16 nilai mula diajar dengan pecahan-pecahan nilai yang berkaitan

iaitu: baik hati, berhemah tinggi, kasih sayang, kebebasan, kebersihan fizikal

dan mental, kerajinan, kesederhanaan, rasional, berdikari, hormat

menghormati, keadilan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran dan

semangat bermasyarakat

• 1993 – Pendidikan Moral menjadi mata pelajaran peperiksaan pada peringkat

SPM.

Page 4: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

4

• 1999 – Penyemakan semula kurikulum

• 2001 – Penyediaan buku teks tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4

• 2002 – Kursus orientasi kurikulum baru edisi penyemakan 2000 untuk guru-

guru.

• 2003 – Pelaksanaan kurikulum baru di peringkat sekolah menengah

(tingkatan 1 dan 4) dan peringkat sekolah rendah (tahun 1 dan 4).

• Sebelum itu mata pelajaran Pendidikan Moral boleh dikatakan diajar secara

sambil lewa sahaja. Pendidikan Moral hanya diajar kepada pelajar-pelajar

bukan muslim yang masa pengajaran sama dengan pengajaran mata

pelajaran pendidikan Islam.

• Guru yang mengajar juga bukan dari opsyen moral dan mereka bukan sahaja

tidak tahu mengajar Pendidikan Moral mereka juga bersikap sambil lewa

sahaja kerana menganggap mata pelajaran ini tidak penting kerana bukan

mata pelajaran peperiksaan. Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung

mengajar mata pelajaran peperiksaan yang dianggap lebih penting.

• Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah

menggubal sukatan dengan struktur baru yang telah dikeluarkan pada tahun

2003.

1.2 Kepentingan Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat

pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Antara kepentingan

Pendidikan Moral adalah:

• Untuk mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang

dan berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan

mereka seharian ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin

dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, ciri - ciri utama yang

perlu dilihat adalah;

a) mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama

dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan

nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia

Page 5: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

5

b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan

berkerja atau membuat sesuatu hingga sempurna

c) Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan

tidak menjejaskan kepentingan orang lain

d) Menghormati dan mempunyai semangat membaiki keadaan secara membina

dan bersedia berkhidmat untuk negara

e) Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai kegiatan

pembangunan negara secara berkesan.

• Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup

yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu

masyarakat yang adil dan harmoni dan masyarakat yang progresif dan maju.

• Matlamat Wawasan 2020 memerlukan generasi yang terdidik dengan sifat-sifat

kemoralan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dari segi ekonomi,

sosial, perpaduan dan taraf hidup rakyat yang lebih sempurna. Nilai-nilai moral

yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai melalui

Pendidikan Moral.

• Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan

warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Wargenagara yang bermoral harus

mempunyai ciri-ciri:

- percaya dan patuh kepada Tuhan

- berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional

- berakhlak mulia

- berketrampilan

- berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran

negara

- setia kepada raja dan negara serta sedia bertanggungjawab untuk

menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk

perpaduan masyarakat Malaysia.

Page 6: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

6

• Persoalan moral yang berlaku akibat pengaruh pemodenan yang tidak mampu

dikawal memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat pada generasi

muda.

• Pelajar terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian

dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa

tetapi juga pihak di sekolah. Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu

pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan

lebih rasional dan berkesan.

• Perubahan dalam masyarakat hasil daripada pembandaran dan globalisasi

memberikan kesan negatif terhadap sistem nilai masyarakat sehingga nilai-nilai

tradisi kian terhapus. Percanggahan nilai-nilai ini boleh mengelirukan kanak-

kanak serta remaja tentang persoalan serta isu-isu yang melibatkan nilai-nilai

moral tradisi. Di sini Pendidikan Moral dilihat sebagai satu benteng terhadap

kesan-kesan pembandaran dan globalisasi. Oleh itu, Pendidikan Moral dapat

memainkan peranan mengimbangi nilai-nilai tradisi masyarakat Malaysia

dengan nilai-nilai yang berkaitan pembandaran .

• Pendidikan Moral merupakan intipati dalam pendidika n yang sememangnya

tidak boleh diabaikan.

Renung sejenak: Adakah amalan masyarakat Malaysia sekarang mencapai hasrat negara dan menepati kehendak Rukun Negara?.

Anda boleh juga mendapatkan maklumat lain di perpustakaan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

Latihan 1.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Page 7: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

7

Soalan 1

Jelaskan bagaimanakah Pendidikan Moral dilihat penting dalam memenuhi matlamat

Wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikankan nilai-

nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Soalan 2

Lakarkan dalam peta minda tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di

Malaysia, tuliskan tarikh-tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.

Rumusan

1. Sejak kemerdekaan sehingga tahun-tahun 1980-an Pendidikan Moral diabaikan

kerana dianggap tidak penting.

2. Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat

Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 mempunyai nilai-nilai yang

dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.

4. Sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil berat

tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan telah dijadikan sebagai mata pelajaran

teras dan mata pelajaran peperiksaan SPM.

1.3 Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral telah digubal untuk mendidik pelajar menjadi insan

bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan dimensi pemikiran moral, emosi

moral serta tingkah laku moral pelajar.

Pendidikan Moral memberikan tumpuan untuk memupuk kekuatan kerohanian dan

moral pelajar melalui penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia.

Page 8: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

8

Pemilihan prinsip-prinsip dalam Pendidikan Moral adalah selari dengan aspirasi

kerajaan, Prinsip-prinsip Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Prinsip-prinsip ini bertujuan melahirkan generasi muda yang seimbang

dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang baik.

Struktur 16 nilai utama dalam Sukatan Pelajaran telah diperbaharui kepada 5 bidang

pembelajaran untuk sekolah rendah dan tujuh bidang pembelajaran untuk sekolah

menengah

RANGKA KONSEPSI

INSAN BERAKHLAK

MULIA

TINGKAH LAKU MORAL

PERASAAN MORAL

PEMIKIRAN MORAL BP5 : NEGARA

BP4 : ALAM SEKITAR

BP3 : MASYARAKAT

BP2 : KEKELUARGAAN

BP1 : PERKEMBANGAN DIRI

KESEDARAN HATI NURANI (MORAL CONSCIENCE)

Page 9: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

9

1.4 Matlamat Pendidikan Moral

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara

serta masyarakat global.

1.5 Objektif Pendidikan Moral

1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi

mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,

masyarakat, negara serta alam sekitar.

4. Mengembangkan pemikiran moral, emosi moral dan amalan moral dalam membuat

sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni

masyarakat Malaysia.

1.6 Kandungan Sukatan Pelajaran

Untuk membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip

yang ditetapkan , sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai

moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian

dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan

dan kebudayaan.

1. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 Kepercayaan kepada 1.5 Hemah Tinggi

Tuhan 1.6 Kasih Sayang

1.2 Kebersihan Fizikal dan 1.7 Kesederhanaan

Mental 1.8 Kejujuran

1.3 Harga Diri 1.9 Baik Hati

1.4 Kerajinan 1.10 Berterima Kasih

Page 10: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

10

2. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

2.1 Kasih sayang terhadap Keluarga

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga

2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga

3. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat

3.2 Toleransi dalam Masyarakat

3.3 Semangat Bermasyarakat

3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial

4. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran

4.2 Menyayangi Alam Sekitar

4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar

5. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja Dan Negara

5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang

5.3 Cinta Akan Negara

5.4 Keamanan dan Keharmonian

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia)

Berhenti sejenak: Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral dan Huraian Sukatan Pendidikan Moral. Untuk lebih memahami struktur kandungan sukatan anda boleh berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut

Page 11: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

11

Latihan 1.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1

Berikan prinsip-prinsip Pendidikan Moral KBSR yang digariskan dalam Sukatan

Pendidikan Moral. Buatkan peta minda berhubung dengan struktur organisasi

Pendidikan Moral .

1.7 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR

Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru

merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru

melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan.

(i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai,

kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran.

Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop

akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan murid-

murid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam

mengikut tahap kematangan murid.

Terdapat empat lajur utama iaitu:

• Lajur Nilai

• Lajur Kandungan Akademik

• Lajur Hasil Pembelajaran

• Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Page 12: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

12

(Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Edisi Semakan 2002, Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(a) Lajur Nilai

Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang

pembelajaran. Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara

terperinci.

(b) Lajur Kandungan Akademik

Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan

kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri,

keluarga, masyarakat, alam sekitar, negara sehingga ke peringkat

antarabangsa.

Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula

dengan tema diikuti dengan tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran

yang disertakan dengan contoh yang berkaitan untuk memudahkan

pengajaran guru.

Dalam perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran,

nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan akademik.

Murid akan berfikir secara kritis serta bertindak lebih efektif jika mereka

dapat mengkaji konsep sesuatu isu, asal usulnya dan kesan-kesannya.

Dengan adanya kandungan akademik yang mantap murid dapat memahami

dan mengkaji bahan-bahan pelajaran secara lebih terperinci. Kandungan

akademik meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, alam sekitar

dan sebagainya. Kandungan itu perlu diajar bersama dengan nilai dan

kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.

(c) Lajur Hasil Pembelajaran

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti, contoh situasi dan juga isu yang

sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Lajur ini bukan sahaja

Page 13: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

13

berkaitan dengan pengalaman murid tetapi juga ada hubungannya dengan

keluarga, komuniti, negara dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau

situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat

dalam Huraian Sukatan Pelajaran tetapi juga boleh diambil contoh-contoh

lain daripada pelbagai sumber yang boleh mengukuhkan nilai-nilai yang

diajar.

Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai,

nilai-nilai lain yang sesuai perlu digabungjalinkan supaya pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Unsur-

unsur ilmu yang ada dalam mata pelajaran lain juga harus disepadukan

dalam merancang aktiviti Pendidikan Moral.

Sila buat rujukan tentang contoh-contoh isi kandungan lajur-lajur yang

dibincangkan di atas. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi

Semakan 2002)

(ii) Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Selain pengajaran nilai melalui kandungan akademik, kemahiran-kemahiran dalam

bidang lain juga perlu disertakan menerusi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

a. Kemahiran utama – memberikan peluang kepada pelajar-pelajar

menguasai kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan

masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran

hidup di alaf ini.

b. Kemahiran menyelesaikan konflik – Guru membantu murid dalam

kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri

dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan

pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih

berkesan.

Page 14: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

14

c. Kemahiran pemikiraan kritis – Guru mengajar murid berfikir secara

kritikal dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan

membantunya dalam membuat keputusan yang tepat.

d. Kemahiran pemikiran kreatif – Kemahiran berfikir secara kreatif akan

membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam

menyelesaikan masalah.

e. Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya – Kemahiran menentang

tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai

dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral.

f. Kemahiran mengkaji masa depan – Memupuk kemahiran mengkaji

masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan

murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa

depan. Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat

serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin

berlaku.

g. Kemahiran teknologi maklumat – Sesuai dengan masa, Pendidikan

Moral juga memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan

teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batas-

batas moral.

h. Kemahiran sosial – Pendidikan moral memberikan penekanan kepada

kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Latihan 1.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1

Dengan menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, cuba lengkapkan

grafik berikut dengan memilih Bidang Pembelajaran 3 bagi masa satu minggu.

Page 15: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

15

Nilai Kandungan Akademik Hasil

pembelajaran

Cadangan aktiviti

pembelajaran

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas!

Rumusan

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral amat penting dan perlu difahami oleh

setiap guru Pendidikan Moral kerana huraian membantu guru dalam menyediakan

perancangan dan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Moral di sekolah.

Page 16: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

16

TAJUK 2

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan

Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu.

Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar

berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada

satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran

sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan

model, prinsip atau teori pembelajaran.

Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral

ialah seperti berikut:

• Perkembangan moral kognitif

• Pemupukan nilai

• Penjelasan nilai

• Analisis nilai

• Bertimbang rasa

• Pembinaan rasional

• Tindakan sosial

Ciri-ciri yang perlu ada dalam pendekatan Pendidikan Moral

• Memberikan ilmu – kognitif

• Membina kemahiran dan amalan – psikomotor

• Memupuk dan menanam penghayatan – afektif

• Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif

• Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar

• Menyatu padukan faktor dan nilai

• Merentasi kurikulum

Page 17: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

17

• Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai

• Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran

Renungkan Sejenak!!!!

Sebelum meneruskan lagi bacaan andai, bayangkan dahulu ciri-ciri pendekatan pengajaran dan pembelajaran di atas. Bayangkan keseronokan murid dan keceriaan mereka mempelajari Pendidikan Moral jika guru kreatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas tidak akan menjadi gersang dan membosankan jika guru menggunakan pelbagai pendekatan dan BBM yang sesuai dengan pelajaran pada hari itu. Unsur kecindan guru sudah tentu dapat menceriakan keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Perkembangan Moral kognitif

Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan

moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral

pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat

yang lebih tinggi.

Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam

bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar,

mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini

berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina.

Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.

Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk

menentukan apakah yang baik atau jahat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (ínstrument-relativist).

Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi

pembalasan.

Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).

Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.

Page 18: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

18

Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.

Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab sosial

seperti yang ditentukan oleh sesuatu institusi.

Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).

Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang

dipersetujui masyarakat.

Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.

Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip

etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan

berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat

kemuliaan manusia sebagai individu.

Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika

usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa

cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral

bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat

seseorang yang berumur 18 tahun.

Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan

dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Persembahan dan pemahaman dilema moral

2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya

3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan

4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab-

sebab lain jika ada.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

Page 19: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

19

Latihan 2.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1

Situasi

Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup

semua tingkap kelasnya. Semasa sedang menutup tingkap, dengan secara tidak

sengaja Leena telah memecahkan salah satu keping daripada cermin tingkap itu. Ketua

tingkatan melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas.

Jika anda menjadi guru tersebut apakah tindakan yang anda lakukan?

Soalan 2

Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menjayakan pendekatan perkembangan moral

kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral anda?

Rumusan

Pendekatan perkembangan kognitif relevan digunakan kerana salah satu daripada

matlamat Pendidikan Moral di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar membuat

keputusan yang berautonomi ke atas isu moral berlandaskan kepada prinsip moral.

Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta

orang lain: menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebab-sebab;

menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan mengaitkan

penaakulan, emosi serta tingkah laku.

2.2 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang

baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan

tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam

Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat

sekolah menengah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai

tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar.

Page 20: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

20

Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang

tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan

nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat

masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.

Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.

2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.

3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.

4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:

a) meningkatkan tingkah laku yang bermoral

b) mengajar tingkah laku moral yang baru

c) mengukuhkan tingkah laku yang bermoral

d) mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral

5. Melaksanakan pengajaran – pembelajaran dalam kelas

6. Menilai pengajaran - pembelajaran

Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk

nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang

ditetapkan oleh masyarakat.

Latihan 2.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut:

Soalan 1

Apakah tanggapan anda terhadap peraturan yang terdapat di sekolah dalam

pembentukan tingkah laku murid-murid?.

Pandangan saya tentang peraturan-peraturan sekolah:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Page 21: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

21

Soalan 2

Sebagai guru Pendidikan Moral anda yakin bahawa tingkah laku pelajar boleh dibentuk.

Cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid supaya

menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Tiga aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid menjaga kebersihan

persekitaran sekolah:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas! Halangan boleh diatasi jika anda berfikiran positif

Rumusan

Melalui pendekatan pemupukan nilai, pelajar-pelajar perlu memahami, menganalisis dan

menerima konsep-konsep asas yang ditegaskan dalam setiap nilai moral sebelum

menghayatinya dan mengambil keputusan yang berautonomi ke atas isu-isu moral

berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral yang sarwajagat. Pendekatan ini adalah

relevan untuk sekolah-sekolah kerana pembentukan tabiat moral yang baik adalah satu

daripada matlamat program Pendidikan Moral.

2.3 Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan

ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam

pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan

ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau

memberikan nilai kepada sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu

tidak boleh dipaksa menerima satu-satu nilai.

Page 22: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

22

Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah

pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai

yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka

anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh

digunakan sebagai panduan hidup.

Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:

.

1 Memilih

a. secara bebas

b. daripada beberapa alternatif

c. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif

2. Menghargai

a. berasa gembira dengan pilihan

b. secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu

kepada orang lain

3. Mengambil tindakan

a. melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih

b. berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

Latihan 2.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda mendapat

peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang paling anda minati. Anda perlu

membuat satu keputusan yang muktamad dalam pemilihan tersebut.

Page 23: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

23

1. Memilih

a. Tempat untuk melanjutkan pelajaran 1. IPT di bandar tempat

tinggal

2. IPT dalam negara

3. IPT luar negara

b. Menilai setiap alternatif

Alternatif Kesan

1___________________________ 1________________________

2___________________________ 2________________________

3___________________________ 3________________________

2. Menghargai

Alternatif Kesan Rumusan

Contoh:

a. IPT di bandar tempat

tinggal

1. Tinggal di rumah

(selesa)

2. Kos tidak tinggi

3. Dapat bantu keluarga

4.Tidak rindu terhadap

keluarga

Gembira dengan

keputusan.

Hargai pilihan itu kepada

orang lain.

Hubungan kekeluargaan

lebih erat

b. IPT dalam negara 1.

2.

3.

c. IPT luar negara 1.

2.

3.

3. Mengambil tindakan

• Melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih

• Berulang-ulang dalam pola kehidupan

Page 24: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

24

Rumusan

Seseorang individu itu membentuk sesuatu nilai dengan memilih secara bebas, tanpa

dipaksa, daripada beberapa alternatif, selepas pertimbangan teliti kesan-kesan setiap

alternatif. Pilihan itu merupakan satu nilai sekiranya individu tersebut berpuas hati dan

gembira dengan pilihan tersebut serta bertindak terhadapnya. Ini membayangkan suatu

kombinasi domain kognitif dan afektif.

2.4 Analisis Nilai

Setelah memahami penjelasan nilai, sekarang marilah kita melihat pula apa yang

dimaksudkan dengan pendekatan analisis nilai.

Pendekatan analisis nilai disebut juga ”pendekatan Coombs”. Pendekatan ini

menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan

menghubungkaitkan nilai-nilai dalam menghadapi isu moral yang kontroversial.

Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat

keputusan. Khususnya, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan

menimbangkan fakta yang terlibat dalam pertimbangan moral melalui enam prosedur

penting dalam analisis nilai. Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan

2. Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta

3. Mengukur kebenaran tentang fakta itu

4. Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak

5. Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan

6. Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat

Disebabkan isu nilai atau moral adalah kontroversi, pertelingkahan berhubung

keputusan yang dibuat boleh berlaku. Namun demikian, jika prosedur di atas diikuti

dengan rapi, perbezaan dalam keputusan atau pertimbangan ini boleh dikurangkan.

Untuk mengurangkan perbezaan ini, pelopor pendekatan analisis nilai memperkenalkan

pula “tugas resolusi konflik”. Asasnya, konflik hendaklah diselesaikan dengan

mengurangkan perbezaan semasa pelajar menggunakan teknik analisis nilai. Tugas

resolusi konflik adalah seperti berikut:

Page 25: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

25

1. Mengurangkan perbezaan dalam pentafsiran tentang nilai yang dipersoalkan

2. Mengurangkan perbezaan tentang apa yang didakwa sebagai fakta yang

dikumpulkan

3. Mengurangkan perbezaan tentang ukuran kebenaran fakta yang telah terkumpul

4. Mengurangkan perbezaan tentang kerelevanan fakta berkenaan

5. Mengurangkan perbezaan tentang keputusan nilai yang tidak muktamad

6. Mengurangkan perbezaan dalam menguji kesanggupan menerima prinsip moral

Latihan 2.4 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Baca petikan dibawah ini kemudian jawab soalan berikutnya :

Bapa tidak boleh lupa detik cemas anak dikelar meng erang kesakitan

KUALA LUMPUR 6 September – Pengusaha kantin, Tan Boon Yow, 38, tidak boleh melupakan

detik cemas melihat anaknya mengerang kesakitan setelah dikelar pada leher dan ditikam di

dada sebelum meninggal dunia di depan matanya di Pangsapuri Sri Bayu, Taman Kema Cahaya,

Cheras dekat sini hari ini.

Boon Yow ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata, dia bertambah terkejut kerana tidak

menyangka pembunuh anak kesayangannya itu ialah lelaki yanag sudah dikenali keluarganya

sejak awal tahun ini.

Beliau berkata mereka sekeluarga memang rapat dengan lelaki itu kerana dia sudah beberapa

bulan berkawan dengan anak sulungnya, Tan Hui Choo.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, Hui Choo, 16, mati selepas dikelar pada leher dan ditikam di

dada oleh teman lelakinya yang dipercayai cemburu dan enggan membenarkannya meneruskan

persekolahannya.

(Utusan Malaysia, 7 September 2004)

Page 26: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

26

Soalan 1

Berikan satu contoh situasi salah laku yang dianalisiskan secara logik melalui

pendekatan analisis nilai. Gunakan borang grafik kesan dan akibat dalam

menyelesaikan situasi tersebut.

Rumusan

Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang

melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral

dan sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan

ini walaupun bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai)

amat perlu bagi pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai.

2.5 Bertimbang rasa

Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah anda

berkata demikian? “Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan

ini ialah “berat mata memandang berat lagi bahu memikul”.

Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan pendekatan bertimbang rasa.

Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang perasaan atau emosi.

Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaaan

moral (sentuhan hati nurani - emosi moral). Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan,

Pendidikan Moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain

seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini

adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang yang bertindak

sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang

rasa. Apabila menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar

untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain seperti

berikut :

Page 27: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

27

HASIL

Soalan 1

Latihan 2.5 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Beri lima contoh perlakuan bertimbang rasa dan lima contoh perlakuan yang tidak

bertimbangrasa yang anda dapat lihat dalam kehidupan seharian

Tingkah laku bertimbang rasa

Tingkah laku tidak bertimbang rasa

1.

2.

3.

4.

5.

1.

2.

3.

4.

5.

Soalan 2

Ani dan Alia adalah rakan sejawatan. Mereka telah diberikan tanggungjawab oleh

Pengetua untuk membuat kertas kerja lawatan sambil belajar para pelajar.

Mereka berdua bersetuju menjalankan tugas tersebut. Walau bagaimanapun Alia

meminta Ani melaksanakan tugas tersebut kerana terpaksa mengadakan kelas

SITUASI MORAL - perhubungan peribadi - kepentingan kumpulan - autoriti - sedunia

MEMBERIKAN

PERTIMBANGAN KEPADA ORANG LAIN

MENGGUNAKAN

PENGETAHUAN DAN PENAAKULAN

MENTAFSIRKAN KESAN-KESAN KE ATAS

- diri - orang lain

Page 28: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

28

tambahan bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Apakah keputusan dan

tindakan Ani dilihat dari sudut pendekatan bertimbang rasa?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Rumusan

Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada

Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada

pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka

kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain.

2.6 Pembinaan Rasional

Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai,

pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis.

Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis

sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu nilai

dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan

tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai yang lain.

Menurut James Shaver dan William Strong, “nilai” berbeza daripada “sikap”.

Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional

Page 29: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

29

dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka

kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral,

yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap

sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan

bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu

diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat.

Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh

digunakan.

1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu

dengan lain

2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat

3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik

4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai

5. Memupuk penglibatan diri secara emosi

Rehat sebentar, mungkin anda perlu membuat refleks i diri! Pernahkah anda melakukan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah reaksi pelajar anda ketika itu?

Latihan 2.6 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1

Situasi

Anda seorang guru wanita yang baru bertugas di sebuah sekolah luar bandar.

Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya semasa anda dalam perjalanan ke tempat

kerja. Anda berasa risau dan bimbang akan lambat sampai ke sekolah. Seorang

perempuan tua mencadangkan anda menumpang kereta salah seorang pemuda yang

berada di tempat itu. Anda berada dalam dilema, bimbang akan disalahtafsirkan oleh

masyarakat dan tanggapan buruk pihak sekolah disebabkan kelewatan anda. Apakah

tindakan yang patut anda lakukan?

Page 30: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

30

Rumusan

Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah

menengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah rendah.

Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan kebolehan pelajar menganalisis dan

menyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak.

2.7 Tindakan Sosial

Pelajar sekalian, kini anda akan mempelajari tajuk ke -7 dalam pendekatan pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diharap anda bersedia untuk mempelajarinya.

Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu

pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas

nilai-nilai kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu

mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan

konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain,

atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan

keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif

menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini

melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan

lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu,

tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.

1. menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti

2. memahami isu

3. memutuskan tindakan yang akan diambil

4. merancang dan menggubal matlamat dan strategi

5. melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan

6. merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan

selanjutnya.

Page 31: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

31

Latihan 2.7 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1.

Sebagai guru Pendidikan Moral anda telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan

khidmat Bakti Murni ke rumah orang-orang tua. Projek tersebut akan dikendalikan oleh

pelajar kelas Pendidikan Moral. Rangkakan objektif lawatan dan aktiviti-aktiviti yang

akan dijalankan semasa lawatan tersebut.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Rumusan

Dalam pendekatan tindakan sosial guru berperanan sebagai pakar sumber, kaunselor

dan penggerak; bekerjasama dengan ibu bapa, pemimpin tempatan, agensi-agensi

kerajaan atau badan sukarela dalam merancang dan melaksanakan apa sahaja projek

tindakan sosial. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif

dalam sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

Latihan umum untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

1. Anda baru sahaja selesai membaca dan memahami kandungan tajuk pendekatan-

pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Berdasarkan

kefahaman anda jelaskan maksud ‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran’.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Page 32: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

32

2. Senaraikan strategi pengajaran yang bersesuaian bagi setiap pendekatan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sediakan satu rancangan

mengajar harian yang lengkap dengan mengambil kira pendekatan yang

bersesuaian dengan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Rumusan

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai guru Pendidikan Moral yang inovatif dan

kreatif, kebolehan anda menguasai dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan tersebut

akan menjadikan anda seorang pendidik yang hebat dan berkesan

Rujukan

Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral . Petaling Jaya: Fajar Bakti

________________ (2002). Modul Pendidikan Moral EDU 2003 . Serdang: Percetakan

Universiti Putra Malaysia.

________________ (1999). Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral .

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ee, A.H. (1988). Pendidikan Moral . Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri pendidikan tinggi . Petaling Jaya: Pearson

Education Malaysia.

Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mukherjee, H. (1980), Moral Educatioan and the teacher training programme.

Pendidikan dan Pendidik . Jld. 2 Bil. 1

Page 33: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

33

TAJUK 3 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MORAL

3.0 Pengenalan

Adakah anda tahu bahawa teknik pengajaran pembelajaran adalah penting dalam

menyampaikan isi kandungan? Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan

pengajaran pembelajaran. Guru Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru

yang bijak memilih teknik pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan

melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat.

Pendekatan `chalk and talk‘ sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun

tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai

kaedah yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pengajaran, namun

kecekapan memilih teknik yang sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan

merangsangkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

3.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Sebelum kita meneliti beberapa teknik yang dicadangkan dalam pengajaran

pembelajaran Pendidikan Moral, baiklah kita mengetahui terlebih dahulu tentang

pendekatan pengajaran. Pendekatan merujuk kepada bagaimana proses pengajar an

dilakukan. Ini termasuklah pengolahan isi, penglibatan pelajar, strategi, kaed ah dan

teknik yang digunakan. Untuk lebih jelas perhatikan rajah berikut yang menunjukkan

perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik.

Sumber : Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1996), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd. hlm. 228

Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

Page 34: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

34

Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan

sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif

yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil

untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set

induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar. Kaedah ialah cara yang

digunakan untuk menyampaikan pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain.

Teknik pula ialah cara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah,

strategi dan pendekatan. Jadi apabila kita membicarakan teknik bererti kita juga

membicarakan kaedah, strategi dan pendekatan. Berikut adalah beberapa teknik yang

boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

3.1.1 Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari

oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat

menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam

berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi , sebagai isi

pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutu p. Dalam Pembelajaran

Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama

dalam aktiviti ‘Brain Breaks’. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan dapat

mengurangkan rasa bosan di kalangan murid sekolah rendah dan menjadi tarikan

kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran 60 minit, aktiviti ‘Brain Breaks’ boleh

diselitkan antara langkah 2 dengan langkah 3. Masanya ialah 5 minit sahaja. Aktiviti ini

perlu diselitkan bersama-sama dengan pergerakan psikomotor yang sederhana ketika

murid-murid berdiri di tempat masing-masing.

Page 35: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

35

Antara contoh lagu yang sesuai untuk aktiviti ‘Brain Breaks’ ialah:

Jingli Nona, Jingli Nona, cantik sekali (2x)

Orang yang memandang, cukup senang hati

(Ulang keseluruhan lirik sekali lagi)

Adakah anda tahu bahawa banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran

Pendidikan Moral. Antaranya ialah lagu-lagu patriotik . Lagu-lagu patriotik amat sesuai

dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk menyemaikan semangat patriotik

dan cinta akan negara.

Berikut ialah senarai lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru.

• Sejahtera Malaysia • Malaysia Boleh

• Keranamu Malaysia • Inilah Barisan Kita

• Jalur Gemilang • Putera Puteri

• Dirgahayu Tuanku • Kampungku

• Tanggal 31 • Malaysia O Tanahairku

* Anda boleh membeli kaset lagu-lagu patriotik yang berada di pasaran atau melayari

internet untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut.

Sila cari lirik lagu-lagu di atas dan hayati pengajarannya. Tentu anda mendapat banyak

nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut.

Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi

pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Lagu-lagu juga boleh diubah seni katanya sesuai dengan

tajuk yang hendak diajar. Contohnya lagu Trek... Tek...Tek

Page 36: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

36

Lagu Trek... Tek...Tek...

(Lirik asal)

Kalau roboh Kota Melaka, trek... tek...tek...

Papan di Jawa saya dirikan, trek... tek...tek....

Kalau sungguh, bagai dikata.....

Badan dan nyawa saya serahkan, trek... tek...tek... .

Lirik lagu ini boleh diubahsuaikan mengikut tema / nilai yang dirancang oleh guru.

Contoh: jika guru mengajarkan nilai 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan.

Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik yang diubah)

Buah pinang buah pelaga, trek... tek....tek.....

Bawa ke pekan denganlah rakit, trek....tek....tek.. ..

Cintai kebersihan, amalan mulia,

Dapat hindarkan segala penyakit, trek....tek...tek

Lagu 1 2 3 4

Satu kasih nan abadi

Tiada tandingi Dia yang satu

Dua kasih berpanjangan

Membawa ke syurga

Kasihnya ibu.

Tiga lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah

Empat mudah kau ketemu

Page 37: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

37

Berhati selalu beza antara

Kasih dan kekasih

Ibu ku ingat selalu

Menyisir rambutku

Kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengarlah lagu ini

Untuk kau sandarkan lagu ini

Buat pedoman

Jangan manis terus ditelan

Pahit terus dibuang

Itu bidalan

Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia

Ingat itu bukan

Untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara

Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara

Lagu ini amat sesuai jika guru mengajar tentang nilai berkaitan dengan diri dan keluarga

yang subnilainya berkisar tentang tanggungjawab terhadap keluarga. Cara pengelolaan

aktiviti boleh dibuat dengan meminta murid pejamkan mata semasa guru putarkan lagu.

Murid diminta menghayati seni kata lagu ini dan membuat refleksi tentang budi ibu bapa

yang telah anda terima selama ini. Apakah pula tanggunjawab anda terhadap mereka?

Latihan berikutnya ialah penulisan refleksi berhubung dengan budi baik ayah dan ibu

atau membuat kad ucapan hari jadi ibu atau bapa atau sempena dengan Hari Ibu atau

Hari Bapa, tulislah sebuah sajak untuk mereka.

Page 38: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

38

Garis Panduan Teknik Nyanyian :-

1) Tampal senikata lagu di papan hitam atau edarkan lirik lagu.

2) Guru memainkan lagu yang telah dirakam atau nyanyikan lagu itu sendiri. (Guru

perlu ada pelan B iaitu guru menyanyikan lagu jika pita rakaman rosak atau

gangguan elektrik, perlu sediakan bateri sebagai alternatif)

3) Guru mengajar murid menyanyi lagu mengikut rakaman. ( Guru boleh mengadakan

pertandingan antara kumpulan mengubahsuai lirik lagu seperti dalam contoh lirik

trek...tek...tek... Pastikan senikata lagu itu mengandungi pengajaran nilai moral ).

4) Guru boleh meminta murid membuat ulasan tentang lagu atau berbincang mengenai

nilai yang murni yang terdapat dalam lagu.

5) Sebagai penutup, guru menerangkan nilai moral yang terkandung dalam lagu itu

dan meminta pelajar menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan

seharian.

Latihan 3.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Contoh 1: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek…tek…tek….

Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral)

Anak monyet membaling batu, trek... tek....tek.....

Terkena burung di atas dahan, trek....tek....tek... .

Hormatilah ayah dan juga ibu............

Semoga hidup diberkati Tuhan, trek....tek...tek

Page 39: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

39

Contoh 2: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek… tek… tek…

Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral)

Nona manis berbaju kasa, trek... tek....tek.....

Singgah sebentar di Kuala Sedeli, trek....tek....te k....

Ayah ibu banyak berjasa............

Takkan terbalas hingga ke mati, trek....tek...tek

Aktiviti 1

Lengkapkan senarai nilai murni berdasarkan lagu dalam contoh di atas

NILAI HURAIAN

Bertanggungjawab Menjadi tanggungjawab anak membalas jasa ibu dan bapa

Kasih sayang

Hormat

Balas Jasa

Page 40: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

40

Aktiviti 2

Huraikan SATU cara guru menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral

Bil Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan tekni k nyanyian

1

Contoh: Bidang Pembelajaran 1: Nilai berkaitan deng an perkembangan diri

(Tahun 5, Masa: 20 minit )

• Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 5 supaya memejamkan

mata semasa menghayati lagu yang diputarkan.

• Guru memutarkan lagu ’Ayah dan Ibu’ nyanyian Allahyarham Sudirman.

• Guru meminta pelajar mengimbas kembali jasa-jasa dan pengorbanan ibu

terhadap pelajar dari kecil hingga kini.

• Selepas mendengar lagu tersebut, guru meminta pelajar menulis refleksi

tentang pengorbanan ibu (Bidang Pelajaran: Nilai berkaitan Kekeluargaan.)

• Mencipta pantun/sajak untuk ibu yang tercinta.

Aktiviti 3

Sila baca lirik lagu 1 2 3 4 pada muka surat 35

Bil Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan tekni k nyanyian

1

Contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan lagu di ata s:

• Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 6 supaya dapat

melengkapkan borang roda masa depan berhubung dengan cara membalas

jasa ibu.

• Menulis ucapan Selamat Hari Ibu/Bapa di atas kad ucapan sempena

sambutan Hari Ibu/Hari Bapa.

Page 41: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

41

Aktiviti 4

1) Buat satu peta minda tentang kesan pencemaran yang berlaku pada bumi dan

cara mengatasinya.

2) Sketsa tentang ‘Hutan” iaitu jantung dunia.

3) Melengkapkan borang roda masa depan tentang cara-cara memulihara alam

sekitar.

4) Berikan tiga aktiviti tambahan yang boleh anda fikirkan.

3.1.2 Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya

murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap pencerita an guru.

Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan . Pelbagai

jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,

internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat

murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai

moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru

dalam persediaan teknik bercerita.

Garis Panduan Teknik Bercerita

1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan

isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan

pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut

2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang

bersesuaian dengan tema.

3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya

seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis ‘pupet’, gambar kartun dan alat-alat

bantu mengajar yang bersesuaian.

Page 42: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

42

4) Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut

mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita

5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi

guru dalam pemilihan cerita

6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi

kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll.

7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan

penyampaian cerita lebih berkesan.

8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.

9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid

dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta

dalam proses penceritaan tersebut.

11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau

kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan

kelas secara bergilir-gilir.

12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan kepada murid di

samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.

13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang

diberikan oleh guru.

14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti

tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa

bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa.

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid.

Page 43: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

43

16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan

sinopsis cerita yang diperolehi daripada cerita itu.

Berhenti sejenak dan fikirkan.

Murid dalam kelas yang anda mengajar nampaknya terlalu jemu dan ramai yang

kelihatan letih dan mengantuk. Fikirkan apakah teknik mengajar yang sesuai untuk

mereka.

Mengapa tidak masukkan aktiviti Brain Breaks untuk meleraikan kebonsanan?

Atau

Selitkan nyanyian ke dalam langkah pengajaran dan pembelajaran. Sesekali guru boleh

mencuba kelainan dengan menyelitkan lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran

iaitu dalam sesi set induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti

kita menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi sudah tentu

murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami pembelajaran sedemikian sekali lagi.

Sudah tentu kenangan-kenangan manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan

murid menggemari kelas Pendidikan Moral.

Latihan 3.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

a. Huraikan 5 faktor yang perlu diambil kira ketika menjalankan teknik bercerita.

Contoh: Umur murid – cerita harus bersesuaian dengan peringkat umur murid

yang menjadi sasaran.

b Huraikan 5 kebaikan teknik bercerita.

c. Senarai lima tajuk cerita binatang yang berkaitan dengan nilai-nilai murni/moral.

Contoh: anjing dengan bayang-bayang.

Page 44: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

44

Aktiviti 2

Tuliskan satu skrip lakonan ciptaan anda sendiri yang mengandungi unsur-unsur moral.

3.1.3 Lakonan

Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan.

Kebanyakan isi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau

dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonan.

Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan

peranan semasa melakonkan sesesuatu cerita atau per istiwa sama ada secara

spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan

pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu kuasa ‘ magic ’ untuk menarik

minat murid.

Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

• Lakonan spontan / lakonan tanpa skrip

• Lakonan berskrip / baca lakon

• Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara.

• Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Contoh 1: ( Lakonan Berskrip )

Guru memberikan skrip ‘Si Tanggang Derhaka’ kepada murid Tahun 2. Murid-murid

yang mengambil bahagian membaca skrip terlebih dahulu di rumah dan melakonkan di

hadapan kelas sama ada dengan menggunakan prop atau sebaliknya. Susunan kerusi

meja kelas hendaklah diatur mengikut teater/bentuk U untuk memudahkan pergerakan

pelakon dan penglihatan audien/murid.

Page 45: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

45

Contoh 2 : (Lakonan Spontan)

Murid-murid diminta berlakon secara spontan:

• Kumpulan pelajar Tahun 6 membuli rakan di luar kawasan sekolah

• Memarahi seorang peminta sedekah yang datang ke rumah anda.

• Merawat ibu sakit di rumah.

• Menjadi seorang penagih dadah yang sedang meracau di bawah pengaruh

dadah.

• Seorang pengawas yang berwibawa.

• Ponteng sekolah kerana berjudi

• Jurujual datang ke rumah mempromosi barang dengan cara memujuk.

Contoh 3 : (Lakonan Mimos)

• Menaiki sebuah bas yang sesak dan dipandu dengan begitu kasar.

• Seorang petani yang sedang menarik tali seekor kerbau yang memusnahkan

tanaman jirannya.

• Seorang anak derhaka yang sedang menghalau ibu tua yang malang dari

rumahnya.

• Penunggang motosikal haram yang sedang beraksi

• Seorang murid sekolah yang sedang curi-curi merokok di dalam tandas sekolah.

• Penyeluk saku yang sedang beraksi

• Guru disiplin sedang memarahi seorang pelajar yang sering ponteng sekolah.

Page 46: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

46

Contoh 4 : (Lakonan menggunakan pelbagai boneka)

• Boneka terbahagi kepada lima jenis iaitu: boneka tangan, boneka sarung,

boneka batang, boneka tali dan boneka bayang

• Pengendalian boneka boleh dibahagi kepada dua, iaitu: boneka dengan boneka

dan boneka dengan pelakon (guru dan murid)

• Contoh dialog antara boneka buaya dengan boneka kerbau dalam cerita “Tidak

Mengenang Budi”

• Dialog antara boneka gadis dengan boneka orang tua dalam cerita “Buat Baik

Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali”

Garis Panduan Teknik Lakonan Spontan

• Pilih kumpulan murid yang boleh berlakon dan mempunyai suara yang jelas/kuat

sebagai ‘benchmark’ kepada kumpulan yang akan berlakon seterusnya.

• Dialog pelakon adalah bebas tetapi berdasarkan jalan cerita yang disediakan.

• Aktiviti dijalankan dalam jangka masa yang pendek.

• Tidak memerlukan latihan.

• Lakonan secara spontan setelah diberikan arahan.

• Tidak perlukan prop atau peralatan fizikal.

• Boleh dilaksanakan di mana-mana.

Garis Panduan Teknik Lakonan Berskrip

• Ada persiapan awal seperti peralatan dan skrip.

• Pelakon diberikan skrip untuk bacaan dan hafalan.

• Jangka masa yang panjang diperlukan untuk penghayatan watak.

• Ada pengarah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Garis Panduan Teknik Lakonan Mimos

• Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi soalan situasi mimos.

• Lakonan ini amat menarik dan boleh dilakukan oleh kebanyakan murid

• Berikan gambaran situasi yang perlu murid lakonkan,

Page 47: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

47

Contoh:

� Seorang ibu tua bersedih kerana anaknya tidak pulang berhari raya

� Seorang pelajar nakal yang sedang dirotan oleh guru disiplin

� Seorang pelajar dengan penuh kesal menasihati raknnya supaya jangan

terlibat dengan dadah

� Seorang penagih dadah yang telah insaf dan sedang menasihati rakan

baiknya meninggalkan dunia dadah

� Seorang petani yang rajin sedang mengerjakan kebunnya dengan

pelbagai tanaman

• Mimos menekankan gerak geri dan mimik muka pelakon yang mengambil

bahagian.

• Guru boleh mendapatkan maklum balas murid dengan soalan-soalan yang

dikemukakan berkaitan tajuk yang diajar.

• Jika lakonan mimos dirakam kesannya akan cukup menarik perhatian murid

kerana mereka dapat melihat visual sendiri

Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka

• Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran

pembelajaran

• Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara

antara guru dan boneka

• Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan

semasa lakonan antara boneka dengan boneka

• Jika guru menggunakan ‘pupet’ wayang kulit, guru boleh menggunakan

‘overhead projector’ dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan

pupet wayang kulit di atas cermin ‘overhead’. Bayang ‘pupet’ wayang kulit yang

digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin.

• Kerusi meja di kelas boleh diatur dalam bentuk teater supaya ada kelainan,

manakala dari segi keluasan murid mudah bergerak dengan melaksanakan

sesuatu aksi

Page 48: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

48

Garis Panduan Teknik Baca Lakon

• Skrip cerita yang menarik disediakan oleh guru/murid

• Tetapkan pelakon

• Pelajar haruslah memahami isi cerita supaya dapat membaca skrip dengan nada

yang meyakinkan

• Pilih pelakon yang ada bakat lakonan untuk menjadikan persembahan cerita

menarik

• Pelajar membaca skrip dan melakonkan watak dengan intonasi yang sesuai

• Selepas membaca lakonan, perbincangan tentang cerita dan nilai moral

diadakan.

• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran

Latihan 3.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral secara berkesan. Walau bagaimanapun terdapat

kebaikan dan keburukan teknik ini. Huraikan kekuatan dan kelemahan teknik tersebut.

Kebaikan teknik lakonan Kelemahan teknik lakonan

i. _________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

ii________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

iii. _______________________________

________________________________

_______________________________

i. _________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

ii. _______________________________

________________________________

________________________________

________________________________

iii. _______________________________

________________________________

________________________________

Page 49: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

49

Aktiviti 2

Setiap guru harus mempunyai kemahiran bercerita untuk menghidupkan pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral. Senaraikan 5 kemahiran bercerita yang perlu ada pada

guru.

Contoh: Guru perlu mempunyai variasi suara supaya dapat membezakan watak-watak

yang dilakonkan, terutama apabila guru berlakon bersama pupet. Kebolehan

meniru bunyi binatang, unsur alam dan bunyi pelbagai latar belakang dengan

berkesan sudah tentu dapat menghidupkan suasana.

i. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3.1.4 Main Peranan

Mari kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan teknik Main Peranan. Main

Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan

tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru.

Page 50: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

50

Berikut ialah contoh-contoh Main Peranan:

1 Satu temu duga

Melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru

Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua

Pengawas sekolah rendah

2 Pegawai polis menyoal siasat

penjenayah

Melakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat

tertuduh yang disyaki merompak bank

3 Kaunselor menasihati pelajar

yang bermasalah

Melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri.

4 Seorang murid menasihati

rakannya yang ditangkap kerana

mencuri wang di dalam kelas

Melakonkan watak murid yang menasihati rakannya

yang ditangkap kerana mencuri.

5 Seorang doktor dengan pesakit Melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa

pesakit yang keracunan makanan

6 Gengsterisme di sekolah Seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut

murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan

sebanyak RM 2.00

3.1.5 Simulasi

Pernahkah anda mengikuti satu perbicaraan mahkamah, sama ada dalam filem atau

drama? Teknik ini merupakan satu contoh simulasi. Dapatkah anda kaitkan contoh ini

dengan maksud simulasi? Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan

menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesai kan satu masalah dalam

keadaan terkawal . Melalui teknik ini murid-murid melakukan sesuatu perkara secara

pura-pura dalam satu keadaan teratur. Guru harus bijak mewujudkan satu situasi

masalah moral yang sesuai dengan mana-mana lima Bidang Pembelajaran Moral yang

dipilih.

Contoh

Guru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid yang baru sahaja

ditangkap kerana melakukan vandalisme. Guru cuba menyoal sebab-sebab dia kerap

kali merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid diminta memainkan peranan

sebagai individu yang selalu merosakkan harta awam manakala murid yang sering

merosakkan harta sekolah berperanan sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan

akan sedar dan menilai kembali sikap negatifnya.

Page 51: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

51

• Sila rujuk buku-buku pedagogi pendidikan untuk mendapatkan pengetahuan

yang terperinci berhubung dengan teknik simulasi.

Latihan 3.5

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Huraikan garis panduan untuk menjalankan teknik simulasi dengan melengkapkan grafik

di bawah:

Sebelum

Simulasi

• Guru mewujudkan satu situasi bermasalah secara lisan / bertulis

Semasa

Simulasi

• Pelajar memainkan watak-watak

Selepas

Simulasi

• Pelajar digalakkan memberikan pendapat tentang cara-cara

penyelesaian masalah melalui aktiviti simulasi

Page 52: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

52

Aktiviti 2

Huraikan 4 situasi simulasi yang sesuai untuk dikendalikan dalam pengajaran

pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah.

TAHUN SITUASI CERITA

1 di dalam tandas sekolah

2 di dalam bas

3 di pejabat Guru Besar Seorang murid sedang meniru buku teks dalam

peperiksaan akhir tahun. Guru dapat

mengesannya. Murid dibawa berjumpa dengan

guru besar. Dialog yang sesuai

4 di pejabat pos

5 di kantin sekolah

6 di jalan raya

3.1.6 Penyelesaian Masalah

Mari pula kita melihat maksud teknik penyelesaian masalah. Teknik ini digunakan untuk

menyelesaikan pelbagai masalah harian. Kaedah penyelesaian masalah juga

merupakan satu cara pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang

saintifik.

Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan

kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai proses

pemikiran peringkat tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom iaitu aplikasi, analisis,

sintesis dan penilaian. Terdapat pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah yang boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah inkuiri penemuan,

sumbangsaran, simulasi dan kaedah penyelesaian masalah itu sendiri.

Tujuan utama menggunakan teknik penyelesaian masalah adalah untuk memberikan

peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang sudah dipelajari bagi

menyelesaikan masalah yang berkaitan. Secara tidak langsung guru turut melatih

mereka supaya berfikiran kritis dan kreatif. Latihan berfikir ini penting kerana proses

berfikir akan menjurus kepada aktiviti membuat keputusan.

Page 53: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

53

Garis Panduan Teknik Penyelesaian Masalah :-

Mengenal pasti masalah

Menilai dan membuat rumusan

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Page 54: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

54

Teliti rajah di bawah dan kenal pasti masalah-masalah lain.

Langkah-langkah Proses

Mengenal pasti masalah • mencari cara menangani masalah datang

lewat ke sekolah.

Mencari maklumat

• berbincang dengan guru.

• berbincang dengan murid yang selalu datang

lewat.

• berbincang dengan rakan baik pelajar yang

selalu datang lewat.

• Mendapatkan butiran peribadi keluarga yang

ada kaitan dengan masalah pelajar.

Membuat hipotesis • Mungkin boleh berbincang dari hati ke hati

dengan murid yang selalu datang lewat ke

sekolah berhubung dengan masalah yang

menyebabkan mereka lewat.

• Beri surat amaran i, ii, iii.

• Telefon ibu bapa / penjaga murid berhubung

dengan anak mereka.

• Hukuman denda yang setimpal oleh pihak

sekolah.

• Minta pelajar ‘berikrar’ di hadapan

perhimpunan supaya mereka tidak datang

lewat.

Menguji hipotesis • Mencuba rancangan-rancangan / langkah

yang tercatat di atas.

Menilai dan membuat

rumusan

• Menilai keberkesanan pelaksanaan cara-cara

mengatasi datang lewat ke sekolah. Jika

berjaya boleh dicuba kepada murid-murid lain.

Jika gagal, fikirkan cara-cara baru.

Page 55: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

55

Berhenti sejenak dan fikirkan

Fikirkanlah !!!

Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap masalah perlu ada

penyelesaian yang berkesan. Kes murid yang merokok di dalam tandas, kaki buli yang

memeras ugut murid perlukan pendekatan penyelesaian masalah yang berlainan. Guru

yang bijak akan menyelesaikan masalah umpama “menarik rambut dalam tepung,

rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah”

Antara prinsip menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah ialah:

Selepas mempelajari sesuatu topik tertentu murid diminta menyelesaikan sesuatu

masalah yang diberi oleh guru. Dengan cara ini murid dapat mengaplikasi kaedah yang

baru dipelajari dengan permasalahan sebenar. Melalui cara ini pemahaman pelajar

dapat diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.

Masalah yang diberi oleh guru perlu mengambil kira pengetahuan dan pengalaman

sedia ada pelajar. Tujuannya ialah membolehkan pelajar dari pelbagai aras

kecerdasan dapat menyelesaikan masalah yang diberikan. Sekiranya masalah yang

disediakan terlampau sukar pelajar hilang minat kerana gagal menyelesaikannya dan

begitulah sebaliknya. Guru seharusnya memberikan tunjuk ajar berhubung dengan

penyelsaian masalah kepada pelajar terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang

masalah untuk di selesaikan. Guru perlu menerangkan langkah-langkah penyelesaian

untuk panduan murid. Latihan menjadi lebih mudah jika guru berikan contoh masalah

dan lengkapkan dengan cara penyelesaian masalah kepada pelajar.

Guru perlu mengelak daripada memberikan jawapan kepada permasalahan yang

dikemukakan. Bimbinglah mereka mencari jalan dan alternatif untuk menyelesaikan

masalah tersebut kerana ‘lebih baik mengajarkan kemahiran memancing daripada

memberikan ikan untuk dimakan’ kerana kemahiran tersebut dapat digunakan oleh

mereka sepanjang hayat.

Page 56: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

56

Latihan 3.6

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Baca dan fahamkan permasalahan berikut kemudiaan selesaikan dengan menggunakan

teknik penyelesaian masalah.

Langkah Proses

Mengenal pasti

masalah

• Ayah berkahwin lagi tanpa restu keluarga

• Murid X ponteng sekolah

• Murid X menjadi agresif dan biadab

• Murid X merokok dan berkawan dengan rakan nakal

• Ibu tertekan dan lepaskan geram terhadap anak-anak

• Pelajaran murid X merosot

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Murid X sering ponteng sekolah walaupun peperiksaan UPSR akan menjelang

sebulan lagi. Murid X seorang yang pandai tetapi sejak awal Tahun 6 pencapaian

pelajarannya semakin merosot. Melalui maklumat daripada kawannya, ayah murid X

baru berkahwin lagi. Ibu murid X begitu tertekan dan sering memaki hamun dan

membelasah adik beradiknya untuk melepaskan geram. Murid X turut tertekan. Dia

sering ponteng sekolah kerana berkawan dengan rakan sebaya yang buruk

akhlaknya. Ayahnya langsung tidak mempedulikannya. Murid X sudah mula merokok

di luar kawasan sekolah. Sikapnya menjadi agresif. Dia bukan sahaja tidak

menghormati bapa malah ibunya dan guru di sekolah.

Page 57: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

57

Menilai & membuat

rumusan

3.1.7 Perbincangan

Pernahkah anda berbincang secara serius tentang satu tajuk pelajaran dengan rakan-rakan

anda? Perbincangan merupakan satu lagi teknik pengajaran dalam Pendidikan Moral.

Teknik ini merupakan satu bentuk diskusi antara ahli kumpulan sama ada k umpulan

kecil atau besar . Teknik perbincangan dapat menimbulkan minat pelajar dalam sesuatu

perkara yang menjadi isu dan membolehkan pelajar mengeluarkan pendapat masing-

masing.

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan pelajarnya di kelas

atau antara pelajar dengan pelajar dalam situasi di kelas. Tujuan utamanya adalah untuk

melatih pelajar memberikan pendapat berhubung dengan sesuatu topik yang ditetapkan.

Sebagai guru anda bolehlah merangsang teknik ini dengan aktiviti perbincangan secara

kelas, kumpulan kecil (buzz), perbahasan dan forum. Guru perlu mengawal kelas supaya

murid-murid dapat didisiplinkan dan dapat melatih pelajar mengeluarkan pendapat yang

bernas dalam bahasa yang teratur disamping menghormati pendapat pelajar lain. Setelah

selesai sesi perbincangan guru bolehlah membantu pelajar membuat kesimpulan berhubung

dengan tajuk yang dibincangkan

Banyak tajuk yang boleh dijalankan secara perbincangan di dalam kelas. Di bawah adalah

antara tajuk/isu Pendidikan Moral Sekolah Rendah yang boleh dijadikan perbincangan.

Contoh

Page 58: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

58

• Pengurusan masa yang baik asas kejayaan individu

• Menabung amalan mulia

• Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

• Ponteng sekolah menggelapkan masa depan murid

• Makan seimbang asas kesihatan diri

• Keselamatan diri murid adalah tanggungjawab murid sendiri

• Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang –

kaitkan dengan kejayaan murid cemerlang dalam sesuatu peperiksaan

• Kalau tidak dipecahkan ruyung manatah dapat sagunya

Perbincangan dapat dibahagikan kepada 2 jenis :

3.1.7.1 Sesi Buzz

Sesi Buzz ialah perbincangan dalam kumpulan kecil yang terdiri dari pada 4-6 orang.

Bagaimana anda boleh menjalankannya? Bagi melaksanakan sesi buzz teliti garis panduan

di bawah.

Garis Panduan Teknik Buzz :-

• Seorang ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya.

• Pelajar akan mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan berhubung dengan

perbincangan tersebut.

• Peringkat akhir, kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan am.

• Idea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada guru untuk penilaian.

3.1.7.2 Sumbang Saran ( Brainstorming )

Sumbang saran pula merupakan satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu

kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan berkelompok .

Setiap peserta digalakkan memberikan sebarang idea yang difikirkan relevan. Setiap idea

perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan

mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru.

Page 59: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

59

Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk

dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.

Contoh 1

Berhenti dan renung sejenak

Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka

mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi.

Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan

cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan

mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak

sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan?

Contoh terbaik ialah gejala melepak, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang

masa yang berharga, melawan ibu dan bapa baik secara terang-terangan atau sebaliknya.

Renungkanlah !!!

Latihan 3.1.7

Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

BP 5 : Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Negara

5.2 Patuh kepada peraturan dan undang-undang

Guru mewujudkan satu situasi berhubung dengan perbuatan vandalisme di

kalangan remaja yang boleh menjatuhkan imej negara. Perbincangan berfokus

kepada kejadian membakar sekolah sebagai balas dendam dan tidak berpuas

hati dengan pentadbir.

Berikan justifikasi anda terhadap perbuatan tersebut

Garis Panduan Menjalankan Teknik Perbincangan

Page 60: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

60

3.1.8 Projek

John Dewey ialah pelopor kepada teknik projek. Kaedah projek berlandaskan teori bahawa

pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat

sendiri. Teknik ini memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari s esuatu

perkara melalui penglibatan diri secara langsung sama ada dilaksanakan dalam

kumpulan atau individu. Projek merupakan suatu tindakan kemasyarakatan yang boleh

dilakukan untuk mengatasi masalah tertentu.

Setelah memilih isu yang memerlukan pelaksanaan sesuatu projek, maka bolehlah dibuat

kertas kerja untuk melaksanakannya mengikut prosedur tertentu. Biasanya pelajar akan

Sumbang saran (Brainstorming)

• Jumlah peserta ramai, semakin banyak idea dikemukakan semakin banyak masalah dapat diselesaikan

• ____________________________________________________________

• ____________________________________________________________

• ______________________________ ______________________________

Kebaikan • ______________________ • ______________________ • ______________________ • ______________________ _________________________

Kelemahan • _________________________ • _________________________ • _________________________ • _________________________

Sesi Buzz

• Guru membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil 4-6 orang

• ________________________________________________________

• ________________________________________________________

• ________________________________________________________

Mengenal pasti masalah

Page 61: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

61

menjalankan projek selepas selesai menguasai kemahiran tertentu. Suatu contoh kaedah

projek yang dijalankan secara meluas dalam sistem persekolahan Malaysia ialah melalui

mata pelajaran sejarah. Semua murid diberikan satu projek mengumpulkan maklumat

berhubung dengan tokoh-tokoh tempatan yang berjasa dalam bidang tertentu. Projek ini

diberikan markah dan dicatat sebagai sebahagian keputusan peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga.

Berikut ialah contoh-contoh teknik projek Pendidikan Moral. Mari kita ikuti bersama.

Contoh

Setelah perbincangan diadakan dalam kelas Tahun 4 Bumi, ketua kumpulan menulis

sepucuk surat kepada pengetua berhubung dengan kekotoran di kantin sekolah. Susulan

daripada aduan tersebut, murid-murid Tahun 4 Bumi akan menjalankan “Projek Khidmat

Menceriakan Kantin Sekolah”.

Satu jadual kerja turut dibincangkan untuk melancarkan projek tersebut manakala sebuah

laporan dihantar kepada pengetua melalui guru Pendidikan Moral tersebut.

Projek lain yang boleh dilaksanakan:

• Projek Mengumpulkan Sejuta Tanda Tangan Membantah Peperangan

• Projek Menyiapkan Buku Skrap Berkaitan Satu Isu Moral

• Projek Mencari Sarang Nyamuk Aedes

• Projek Membersihkan Masjid Dan Tanah Perkuburan

• Projek Lawatan Ke Rumah Orang Tua

Berhenti dan renung sejenak

Page 62: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

62

Bayangkan jika anda seorang anak yatim yang tinggal bersama anak-anak yatim lain di

sebuah rumah anak yatim. Masyarakat sekeliling semuanya kaya raya dan mewah belaka.

Walau bagaimanapun tidak ada sesiapa yang sudi menjengok anda dan rakan-rakan.

Apakah perasaan anda dan anak-anak yatim di situ?

Renungkanlah!!! Di manakah masyarakat penyayang negara ini? Tiadakah golongan yang

merasakan anak yatim adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang amat

memerlukan perhatian? Ruangkanlah sedikit masa emas anda untuk datang dan bermesra

dengan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibu bapa itu.

Latihan 3.1.8

Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

PROJEK

KELEMAHAN

KEBAIKAN

• Teknik ini meliputi 3 dimensi kognitif, afektif dan psikomotor

• _______________________________ _______________________________

• _______________________________ _______________________________

• _______________________________ _______________________________

• Masa yang lama diperlukan untuk menyiapkan projek

• _______________________________ _______________________________

• _______________________________ _______________________________

• _______________________________ _______________________________

Page 63: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

63

Aktiviti 2

Senaraikan nama projek yang boleh dijayakan oleh murid Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6

Sekolah X pada tahun 2004.

Projek Peringkat Kelas / Sekolah Projek Peringkat Daerah / Masyarakat

• Menghasilkan buku skrap berhubung

dengan konsep ‘Malaysia Boleh’ atau

‘Keranamu Malaysia’

• ______________________________

• ______________________________

• _______________________________

• Menguruskan kanak-kanak spastik

semasa sukaneka di sekolah mereka

• _______________________________

• _______________________________

• _______________________________

• _______________________________

3.1.9 Lawatan

Pernahkah anda membuat lawatan bersama rakan-rakan semasa bersekolah dahulu? Jika

anda tidak pernah, bayangkan suasana di sebuah rumah orang tua atau anak-anak yatim.

Biasanya pelajar berasa amat gembira jika guru membawa mereka pergi ke suatu tempat.

Dengan kata lain, lawatan ialah aktiviti kunjungan ke suatu tempat di luar bilik darjah

yang dikelolakan secara terancang untuk tujuan tert entu . Contohnya untuk

memperkukuh nilai berkaitan dengan perkembangan diri, guru akan membawa pelajar ke

Pusat Serenti. Pelajar akan sedar betapa sengsaranya kehidupan di Pusat Serenti

berbanding dengan hidup keluarga bahagia. Sesungguhnya aktiviti ini memberikan

peluang kepada murid untuk memerhati, membuat perti mbangan dan mengamalkan

nilai yang dipelajari.

Antara kebaikan teknik ini ialah pelajar-pelajar akan mendapatkan gambaran yang tepat

tentang sesuatu perkara. Contohnya, guru mengajar konsep kemiskinan. Dengan itu

pelajar akan dibawa ke kawasan penempatan setinggan untuk mendapatkan gambaran

sebenar dengan masalah tersebut. Selain itu daya ingatan murid lebih panjang jika mereka

melihat sendiri tempat atau perkara itu berbanding dengan penerangan guru- semata-mata.

Pelajar seronok kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan melalui lawatan

Page 64: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

64

yang dijalankan, sudah tentu dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan

masyarakat.

Tahukah anda apakah langkah-langkah untuk mengadakan lawatan? Ada beberapa langkah

yang perlu anda beri perhatian.

Garis Panduan Teknik Lawatan :-

1. Sebelum

• Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK,

taklimat lawatan.

• Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu

2. Semasa

• Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman.

3. Selepas

• Tindakan susulan

• Adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan ke pusat serenti.

• Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan

sekolah.

• Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan

dan lain-lain.

Latihan3.1.9

Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah.

Aktiviti 1

Garis Panduan Menjalankan Lawatan

Sebelum Lawatan

• ________________________________

• ________________________________

Semasa lawatan • __________________

__________________ • __________________

__________________

Selepas lawatan • __________________

__________________ • __________________

__________________

Page 65: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

65

Aktiviti 2

Senaraikan tempat lawatan yang relevan dengan Tajuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6

sekolah anda dan berikan sebab-sebab anda memilih tempat tersebut.

Nama tempat Alasan memilih Objektif lawatan

Kampus

universiiti

Murid dapat menimba

pengalaman sebenar sewaktu

berada di kampus

Murid dapat dimotivasi untuk

menjadi bakal siswazah

Menanamkan nilai ingin

memajukan diri sejak kecil lagi

Membuat pilihan cita-cita

Penjara

Rumah

kebajikan

spastik

Kilang kitar

semula bahan

buangan

Sekolah

wawasan

Rumah

kebajikan

orang tua

Galeri Tunku

Abdul Rahman

Page 66: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

66

3.1.10 Perbahasan

Perbahasan ialah aktiviti yang dijalankan secara formal dan tidak fo rmal antara

kumpulan pencadang dan pembangkang tentang sesuatu isu yang kontroversi bagi

meyakinkan penonton tentang sesuatu isu yang menarik perhatian ramai. Guru berperanan

memastikan supaya aktiviti perbahasan dijalankan secara terkawal dengan hujah yang

rasional daripada kedua-dua belah pihak. Peserta tidak boleh mengeluarkan sebarang isu

sensitif.

Teknik perbahasan ini amat sesuai untuk membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu

idea, isu atau perkara. Teknik ini dapat mengasah kemahiran berfikir dan berkomunikasi

di kalangan murid di samping membentuk keyakinan diri.

Latihan 3.1.10

Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

Bidang

Pembelajaran/

Tahun

Nilai Tajuk Perbahasan

1

Tahun 5

Nilai berkaitan dengan

perkembangan diri

Mata pelajaran Pendidikan Moral

kurang penting berbanding dengan

mata pelajaran lain

2

Tahun 5

Nilai berkaitan diri dan

keluarga

3

Tahun 6

Nilai berkaitan diri dan

masyarakat

4

Tahun 6

Nilai berkaitan diri dan alam

sekitar

5

Tahun 6

Nilai berkaitan diri dan

negara

Nota: Aktiviti perbahasan kurang sesuai diadakan untuk murid-murid Tahap I

Page 67: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

67

3.1.11 Tunjuk Cara

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu teknik pengajaran yang melibatkan seorang individu

yang berpengetahuan menunjukkan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan di

hadapan murid lain . Melaluinya idea, prinsip dan konsep dapat ditunjukkan dengan jelas.

Antara perkara yang boleh dijadikan contoh tunjuk cara ialah cara bertata tertib di meja

makan.

Selain itu, guru Pendidikan Moral boleh menjelaskan cara-cara menghormati orang lain

mengikut bangsa, keturunan dan adat.

Contoh 1

Kepelbagaian cara bersalam di kalangan orang Melayu.

• Bersalam antara dua orang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa

• Bersalam antara suami dan isteri pada pagi raya.

• Bersalam antara anak dengan ibu bapa.

• Bersalam antara cucu dengan nenek dan datuk.

• Bersalam antara anak kecil dengan orang yang lebih dewasa.

• Bersalam antara murid dan guru

• Bersalam untuk mengucapkan tahniah/takziah

• Bersalam untuk memohon maaf.

• Bersalam menerima ijazah daripada Canselor

• Bersalam antara pekerja dengan majikan

Garis Panduan Teknik Tunjuk cara :

1. Guru memberikan penerangan tujuan demonstrasi dan hasil yang diharapkan.

2. Sebelum demonstrasi sebenar bolehlah mencuba tunjuk cara itu terlebih dahulu

supaya demonstrasi tersebut berjalan lancar.

3. Guru perlu memberikan penerangan yang jelas berhubung dengan tunjuk cara yang

akan dilakukan. Dengan cara itu isi pelajaran atau nilai yang diharapkan dengan

mudah dapat disemai.

Page 68: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

68

Latihan 3.1.11

Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

Bil Bidang Pembelajaran/Nilai Contoh Tunjuk cara

BP 1 Nilai berkaitan dengan

perkembangan diri

BP 2 Nilai berkaitan diri dan keluarga

BP 3 Nilai berkaitan diri dan masyarakat

BP 4 Nilai berkaitan diri dan alam sekitar

Guru menunjukkan pelbagai cara

melupuskan sampah mengikut

piawaian kebersihan

BP 5 Nilai berkaitan diri dan negara

3.2 Alat-alat Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Mo ral.

Penyampaian guru-guru kreatif amat berbeza dengan penyampaian guru-guru yang kurang

atau tidak kreatif. Guru kreatif sering memikirkan sesuatu teknik yang baru dan berkesan

untuk diadun dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Banyak sungutan yang

biasa diluahkan oleh guru-guru yang kurang berpengalaman dalam mengajarkan Pendidikan

Moral sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Alat-alat berfikir merupakan satu komponen yang penting dalam pendekatan kemahiran

berfikir. Seseorang guru yang dapat menguasai penggunaan alat-alat berfikir akan dapat

membimbing murid dalam proses berfikir secara sistematik. Dengan itu murid dapat

menguasai cara berfikir ketika membuat keputusan dan dalam menyelesaikan masalah

harian.

Contoh: Murid Tahun 5 dibuli dan diugut oleh sekumpulan murid di sekolahnya. Dengan

menggunakan alat berfikir CoRT 1, murid-murid boleh menilai kesan tindakan yang paling

sesuai diambil untuk kebaikan diri.

Page 69: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

69

3.2.1 Pengenalan Konsep Am Kemahiran Berfikir

Berfikir merupakan operasi mental yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk

membentuk pola pemikiran, mencari sebab atau membuat keputusan.

Keperluan berfikir adalah jelas sebagaimana digambarkan dalam maksud sebuah hadis

Nabi “Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh

tahun”

• Konsep Kemahiran Berfikir secara kritis ialah:

Satu proses penggunaan minda yang berkesan untuk menilai kesahan atau kebaikan

satu-satu idea, buah fikiran, ‘worldview’ dan nilai untuk membolehkan seseorang

bertindak balas secara rasional terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti dan sebab

musabah.

• Konsep Kemahiran Berfikir secara kreatif ialah:

Kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan-

kemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan keaslian individu berkenaan. Dengan

kata lain ciptaan yang dihasilkan oleh individu tersebut berdasarkan ideanya sendiri

atau mengubah suai idea yang sedia ada dengan membuat penambahbaikan ataupun

melahirkan ciptaan baru berdasarkan idea pokok yang telah ada.

Selain itu proses berfikir juga merupakan tindak balas yang berlaku dalam mental

manusia yang melibatkan beberapa peringkat aktif seperti mengenal dan memahami

masalah mencari maklumat sebagai penyelesaian, membuat penolakan setelah

menimbangkan segala kemungkinan penyelesaian, menilai hipotesis yang sudah

dibuat dan akhirnya bergerak ke peringkat membuat keputusan. Seseorang yang

sedang berfikir sebenarnya sedang mengawal tingkah lakunya sendiri.

3.2.2 Alat-alat Berfikir

Alat-alat berfikir yang dapat digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral

ialah:

• Peta minda

• Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

• CoRT 1

• Pengurusan grafik

Page 70: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

70

3.2.2.1 Peta minda

Tony Buzan (1984) telah menghasilkan satu teknik untuk mencatat nota dengan berkesan

dan sistematik.

Ciri-ciri yang harus difikirkan dalam penyediaan peta minda:

• Menggunakan kata kunci

• Menggunakan imej

• Menggunakan warna dan lukisan tiga dimensi

• Menggunakan perkataan yang saiznya berbeza-beza

• Membezakan antara fakta utama dengan sub fakta

• Tulisan haruslah dalam huruf cerai jika tidak menggunakan komputer

3.2.2.2 Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah untuk

menggalakkan murid-murid berfikir atau sebagai penilaian spontan terhadap pemahaman

murid berhubung dengan topik yang diajar oleh guru.

Sekiranya guru dapat mengemukakan soalan pada aras yang tinggi, murid-murid sudah

tentu akan berfikir pada aras yang tinggi juga. Sekiranya jika guru melontarkan soalan

“adhoc” atau tidak dirancang, sudah tentu jawapan murid juga jadi kelam-kabut. Oleh itu

guru digalak menggunakan pokok soalan kritis dan kreatif untuk membantu mereka

mengorganisasi teknik penyoalan.

Jenis-jenis soalan:

Terdapat 5 jenis teknik soalan yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kefahaman

murid-murid

a) 5W 1H

b) Soalan bertumpu dan soalan bercapah

c) Soalan kritis dan kreatif

d) Lingkaran soalan

Page 71: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

71

a. 5W 1H

Soalan jenis 5W 1H bertujuan menguji kefahaman murid-murid berkaitan dengan satu

petikan/bahan rangsangan dalam satu bentuk teks/petikan. Soalan jenis ini haruslah

berdasarkan kepada frasa kata tanya berikut:

• Apa (What)?

• Siapa (Who)?

• Di mana (Where)?

• Bila (When)?

• Mengapa (Why)?

• Bagaimana (How)?

b. Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah

Soalan bertumpu

Soalan bertumpu menghendaki murid menjawab secara berfokus. Sekiranya jawapan yang

diberikan oleh murid-murid berbeza daripada jawapan yang dikehendaki, jawapan tersebut

dianggap salah.

Contoh soalan bertumpu:

i. Adakah anda bersarapan sebelum pergi ke sekolah pagi tadi?

ii. Adakah anda mencintai negara anda?

Soalan bercapah:

Jawapan untuk soalan bercapah adalah lebih luas dan biasanya jawapan tersebut tidak

boleh didapati secara langsung daripada bahan rujukan/teks. Jawapan kepada soalan

bercapah memerlukan seseorang menyatakan pandangan, perasaan dan penilaian am

terhadap sesuatu perkara. Soalan bercapah lebih bersifat subjektif. Oleh itu, ia memerlukan

pemikiran dan penaakulan yang lebih mendalam bersesuaian dengan aras tinggi penyoalan.

Contoh soalan bercapah:

i. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan niat seseorang

ii. Beri pandangan anda tentang pendapat yang menyimpulkan bahawa gejala lepak

ialah ibu kepada segala maksiat

iii. Guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya. Bincangkan.

Page 72: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

72

iv. Sejauhmana anda setuju bahawa pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi

perkembangan moral diri pelajar

v. Adakah anda mencintai negara anda?

c. Soalan Kreatif dan Kritis

Berikut ialah frasa atau kata kunci yang boleh digunakan dalam soalan kreatif dan kritis

SOALAN KREATIF SOALAN KRITIS

1. Sekiranya… 1. Apakah persamaan dan perbezaan…

2. Apakah ramalan… 2. Bagaimanakah anda mengkategorikan..

3. Apakah tindakan… 3. Apakah idea-idea utama...

4. Apakah perkaitan antara… 4. Bagaimanakah anda tahu…

5. Apakah pola… 5. Mengapakah anda memilih…

6. Apakah hipotesis… 6. Yang manakah…

7. Sila berikan dua contoh… 7. Apakah bukti untuk menyokong

kesimpulan yang telah anda buat…

8. Apakah yang boleh direka cipta… 8. Mengapakah…

9. Apakah pandangan anda… 9. Bagaimanakah alasan…

10. Bolehkan sumber data atau maklumat..

11. Apakah interpretasi yang boleh dibuat

tentang…

12. Bagaimanakah data/idea dan

sebagainya…

d. Lingkaran soalan

Lingkaran soalan merupakan satu bentuk yang memberikan tumpuan kepada skop-skop

tertentu.

Perkara (P)

Merujuk tema, tajuk, subjek, isu atau teks bacaan.

Individu (I)

Merujuk pembaca atau orang yang dihendaki memberikan respons berhubung perkara yang

sedang dibincangkan.

Page 73: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

73

Luar Individu (LI)

Merujuk skop di luar individu. Contoh: masyarakat (rakan, Negara, luar Negara), tempat

(Bandar, kampong), masa (sekarang, masa depan)

Gabungan antara ketiga-tiga aras di atas dapat menghasilkan 7 skop lingkaran:

1. Perkara (P)

2. Individu (I)

3. Luar Individu (LI)

4. Perkara (P) + Individu (I)

5. Individu (I) + Luar Individu (LI)

6. Perkara (P) + Luar Individu (LI)

7. Perkara (P) + Individu (I) + Luar Individu (LI)

Skop-skop dalam lingkaran soalan

3.2.2.3 Alat Berfikir CoRT 1

Edward de Bono telah mempelopor CoRT (Cognitive Research Trust) sebagai alat berfikir

atau instrument yang fungsinya boleh memperluaskan persepsi serta meningkatkan kualiti

pemikiran seseorang. Penggunaan alat-alat CoRT dapat meningkatkan kemahiran

seseorang dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih

baik. Terdapat 7 teknik asas dalam CoRT 1.

Huraian CoRT 1

1 2

3

4

5 6 7

Page 74: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

74

Teknik CoRT Langkah Pelaksanaan Contoh Tajuk

1. PMI (Plus, Minus,

Interesting)

Sebelum membuat sesuatu keputusan

perlu ada fikiran terbuka terhadap sesuatu

buah fikiran cadangan, idea dengan

langkah-langkah berikut:

• menyenaraikan semua yang baik

• menyenaraikan semua yang

buruk

• menyenaraikan semua yang

menarik

• Buat keputusan berdasarkan

penilaian di atas

Membatalkan majlis sambutan

Hari Guru pada 16 Mei

disebabkan guru besar baru

bersara, manakala Penolong

Kanan cuti sakit secara tiba-tiba

2. CAF (Consider All

Factors)

• Senaraikan semua faktor

• membuat pertimbangan setiap

factor

• menentukan keputusan

Lembaga Disiplin Sekolah sedang

bersidang untuk mengambil

tindakan disiplin terhadap murid X

3. C & S (Consequence

& Sequel)

• Meneliti kesan jangka panjang

dan jangka pendek sebelum

mengambil sesuatu tindakan

Seorang bapa sedang terfikir-fikir

untuk menghantar surat layang

kepada guru besar disebabkan

tidak puas hati terhadap guru

kelas anaknya yang malas dan

sibuk berniaga di sekolah

4. AGO (Aims, Goals,

Objectives)

• Dalam setiap tindakan yang

dibuat haruslah berfokus kepada

maklumat yang sebenar

• Oleh itu jangan lari daripada

AGO asal

Seorang murid yang akan

menghadapi peperiksaan UPSR

mempunyai sasaran untuk

mendapat 5A. Oleh itu semua

perlakuannya menjurus kepada

matlamat asal iaitu mendapat 5A

5. FIP (First Important

Priority)

• Mengenal pasti dan menentukan

keutamaan priority mengikut

susunan kepentingan

Murid cemerlang Tahun 6

terpaksa membuat pilihan sama

ada hendak mengikut ibu dan

bapa ke luar Negara buat kali

pertama untuk menghadiri majlis

Page 75: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

75

konvokesyen kakaknya atau

menduduki peperiksaan

percubaan UPSR di sekolahnya

6. APC (Alternatives,

Possibilities, Choices)

Menimbangkan semlua alternatif sebelum

memilih satu kemungkinan yang paling

baik

Anda ketinggalan bas sekolah.

Ibu dan ayah berada di luar

daerah kerana tugas rasmi. Ibu

tidak meninggalkan wang yang

cukup untuk menaiki teksi. Jarak

stesen bas jauh. Seharian hujan

turun dengan lebat. Di sekolah

ada peperiksaan akhir tahun.

7. OPV (Others

People’s View)

Mengambil kira semua pandangan di

kalangan mereka yang berkepentingan

dalam sesuatu perkara sebelum membuat

keputusan terakhir

Sekolah mewajibkan semua

murid memungut derma jogathon

tidak kurang daripada RM 100

untuk mengisi tabung sekolah

Page 76: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

76

Latihan 3.2.2.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

Aktiviti 1

Setelah membaca dan memahami huraian CoRT 1, sila lengkapkan grafik di bawah.

Teknik CoRT Contoh tajuk perbincangan

PMI (Plus, Minus,

Interesting)

CAF (Consider All

Factors)

C & S (Consequence &

Sequel)

AGO (Aims, Goals,

Objectives)

FIP (First Important

Priority)

APC (Alternatives,

Possibilities, Choices)

OPV (Others People’s

View)

3.2.2.4 Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik merupakan alat berfikir yang menggambarkan pemetaan atau pola

penyusunan idea yang boleh digunakan untuk menghubungkait maklumat dengan

sesuatu idea. Pengurusan grafik dapat membantu murid dalam menggambarkan isi

kandungan dengan jelas secara visual.

Bahagian-bahagian dalam pengurusan grafik boleh diubahsuai oleh guru supaya relevan

dengan tajuk/tema/perkara yang hendak disampaikan kepada murid. Murid pula dikehendaki

mengisi bahagian-bahagian dalam grafik seperti yang diarahkan oleh guru. Contoh, grafik

banding beza antara sifat murid cemerlang dengan murid malas.

Antara contoh pengurusan grafik adalah seperti berikut:

Page 77: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

77

1. Pengurusan grafik banding beza

2. Pengurusan grafik membuat kategori

3. Pengurusan grafik meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

4. Pengurusan grafik membuat ramalan

5. Pengurusan grafik menerangkan sebab

6. Pengurusan grafik carta aliran

7. Pengurusan grafik mengusul periksa andaian

Untuk mendapat penerangan lanjut tentang pengurusan grafik, sila rujuk dalam dua buah

buku berikut:

• Som Haji Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif dan Kritis (KBKK) , Kuala Lumpur, Longman (Bab 2)

• Poh See Hiang (1997), Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis , Kuala

Lumpur, Kumpulan Budiman (Bab 2)

Rumusan

1. Teknik pengajaran adalah penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran

menarik dan berkesan.

2. Kreativiti guru amat penting dalam menentukan teknik-teknik pengajaran.

3. Guru mestilah tahu menyesuaikan teknik dengan isi kandungan dan tahap umur murid.

4. Sebelum menjalankan satu-satu teknik, guru perlu faham terlebih dahulu cara-cara

melaksanakannya berpandukan garis panduan yang ditetapkan.

5. Banyak teknik yang boleh diguna pakai dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan

Moral.

Page 78: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

78

TAJUK 4 PENDEKATAN DAN KAEDAH PROJEK

4.1 Kaedah Projek

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral selalunya dilaksanakan secara formal atau

tidak formal sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Kefahaman nilai moral akan lebih

berkesan sekiranya pengajaran itu dilaksanakan melalui pengajaran yang menimbulkaan

perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif. Selaras dengan sukatan

pelajaran Pendidikan Moral kaedah projek ini memberikan kemahiran kepada pelajar

mengenal pasti isu-isu dan masalah moral semasa dan seterusnya mengambil bahagian

dalam membendung gejala tersebut. Berhadapan dengan situasi sebenar pelajar-pelajar

dapat kemahiran menangani masalah seterusnya bertanggung jawab sebagai ahli

masyarakat .

4.2 Tujuan Kaedah Projek

Kaedah Projek ialah satu kaedah yang memberikan peluang kepada murid-murid

mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti

pembelajaran. Tujuan kaedah projek ialah;

i. memperkukuh pembelajaran murid di dalam kelas

ii. membenarkan pembelajaran murid di dalam kelas

iii. memupuk nilai-nilai murni seperti tolong menolong, tolak ansur dan

sebagainya

iv. membenarkan murid bertukar pendapat dan pandangan

v. meningkatkan keyakinan murid selepas sesuatu projek selesai

vi. memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid

vii. menggalakkan perkembangan kiritis, analitis dan kreatif

viii. mendorong perasaan ingin tahu kesudahan projek

Page 79: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

79

4.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Projek

i. Pastikan bahan yang diperlukan mudah didapati

ii. Membantu murid memilih projek yang bermakna iaitu mencapai matlamat

pelajaran

iii. Setiap objektif hendaklah jelas

iv. Mengadakan penyeliaan oleh guru

v. Memberi peluang murid untuk menilai projek

vi. Memberi peluang menggunakan sumber yang terdapat dalam masyarakat

4.4 Kebaikan-kebaikan Kaedah Projek

i. Pendekatan projek meliputi kognitif, afektif dan psikomotor

ii. Menambah minat dan motivasi murid

iii. Mengembangkan sikap tanggungjawab dan inisiatif murid

iv. Memahami bagaimana hendak menjalan sesuatu projek dengan mendalam

4.5 Kelemahan-kelemahan Kaedah Projek

i. Mengambil masa yang panjang

ii. Pengetahuan murid terhad dan mungkin murid akan melakukan kesalahan

iii. Bahan dan sumber bagi sesuatu projek adalah terhad

iv. Murid biasanya akan terpesong daripada objektif yang ditetapkan

v. Masalah disiplin akan timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

4.6 Jenis-Jenis Projek

1. Kaji selidik

Merupakan satu strategi yang digunakan untuk membantu murid membuat kajian

tentang sesuatu perkara secara mendalam dan terperinci. Strategi ini membolehkan

murid memerhati, menganalisis, menilai dan membuat rumusan.

Contoh kaji selidik adalah;

• Satu rombongan murid-murid melawat Pusat Insaf Diri untuk membuat kaji selidik

tentang usahanya dalam rawatan dan pemulihan penagihan dadah.

Page 80: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

80

2. Hasil Tangan

Projek yang sesuai dijalankan di dalam kelas dan hasil tangan setiap murid adalah

berbeza seperti mengecap menggunakan ubi kentang, menganyam membuat topeng

dan sebagainya. Untuk mata pelajaran Pendidikan Moral antara contoh hasil tangan

ialah membuat kad hari lahir, Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya

3. Pengumpulan specimen

Projek ini mudah dijalankan. Murid-murid boleh diminta mengumpul pelbagai jenis

objek seperti cengkerang siput atau batu-batu karang. Dalam mata pelajaran

Pendidikan Moral mengumpul artifek atau gambar – gambar tokoh-tokoh tempatan

dan luar negara yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara.

4. Peta Timbul

Sesuai untuk mata pelajaran kajian tempatan atau Geografi. Peta timbul merupakan

satu model keadaan permukaan muka yang berdasarkan sesuatu tempat seperti

bukit bukau, tasik, paya dan laut. Dalam Pendidikan Moral guru bolehlah mengaitkan

peta timbul dengan penjagaan alam sekitar. Apa yang akan berlaku kepada bukit,

tasik dan paya jika kita merosakkan alam?

5. Akuarium

Amat berguna pada pelajaran Sains. Akuarium terdiri daripada satu bekas kaca atau

kolam berisi air dan mengandungi haiwan dan tumbuhan. Dalam Pendidikan Moral

isi akuarium boleh ditukarkan kepada model penempatan setinggan di tepi sungai

yang dikotori dengan sampah sarap. Melaluinya murid dapat kefahaman tentang

pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

6. Terrarium

Diperbuat daripada kotak kaca dan diisi dengan tumbuhan hidup serta lumut dan

paku pakis, haiwan kecil seperti katak dan labi-labi. Murid boleh mengkaji hubung

kait antara haiwan dan tumbuhan. Kaitan dengan Pendidikan Moral ialah

menyayangi alam sekitar dapat menyedari serta menghayati betapa pentingnya

sistem ekologi kepada kesejahteraan manusia.

7. Herbarium

Terdiri daripada pengumpulan bahagian-bahagian tumbuhan yang diawet atau

dikeringkan seperti biji, bunga atau daun. Pengumpulan ini boleh disimpan di dalam

sebuah kotak atau pada kadbod. Kaitan dalam Pendidikan Moral ialah nilai

Page 81: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

81

kebersihan fizikal dan mental. Pemikiran yang sihat terhadap benda memberi kesan

positif kepada perkembangan moral diri murid.

8. Projek Lawatan

• Satu cara P&P yang boleh memberikan kesempatan kepada murid mendapatkan

pengetahuan menerusi pengalaman sebenar.

• melalui projek ini murid dapat mengasah kemahiran mereka dengan memerhati,

menyelidiki, merekod dan membuat pertimbangan.

• Projek melibatkan tempat seperti kilang, perpustakaan dan muzium. Dalam

Pendidikan Moral, guru boleh membawa murid-murid ke rumah-rumah kebajikan,

pusat serenti, loji air, petempatan setinggan dan sebagainya.

9. Vivarium

Memelihara haiwan kecil untuk satu jangka pendek seperti belalang dan labah-labah.

Melalui projek ini murid dapat memerhatikan sifat, tabiat dan gerak geri haiwan.

Kaitan dengan Pendidikan Moral ialah membezakan kepentingan dan keberkesaan

habitat haiwan dengan manusia

10. Muzium mini

Mengumpul benda-benda yang mempunyai nilai sejarah atau pelik di bahagian

belakang bilik darjah. Gambar sekolah pada awal penubuhan, guru besar yang

terawal hingga terkini, ketua pengawas dari awal penubuhan sekolah hingga hari ini,

kejayaan sekolah dan tokoh-tokoh murid yang menjadi ’role model’

11. Buku skrap

Mengumpul segala maklumat sama ada dalam bentuk gambar atau penerangan dan

menampalnya dalam satu buku khas. Segala maklumat boleh diperolehi dari surat

khabar, majalah atau risalah. Pendidikan Moral boleh mengaitkan dengan tokoh-

tokoh tempatan, gambar-gambar kempen jalan raya, tempat-tempat yang menjadi

kebanggaan negara.

12. Diorama

Merupakan satu pemandangan berbentuk 3 dimensi. Diorama boleh

menggambarkan suasana di sebuah ladang, jalan raya dan sebagainya. Latar

belakang pula diwarnakan. Dalam Pendidikan Moral boleh dikaitkan dengan model

Rumah 3 Dimensi yang ideal untuk seisi keluarga

Page 82: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

82

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas!

Latihan 4

Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan di bawah.

Soalan

1. Rancangkan satu projek yang sesuai dengan sukatan Pendidikan Moral dan berikan

berikan satu contoh surat memohon kebenaran mengadakan projek tersebut.

2. Sediakan satu kertas kerja berhubung dengan projek lawatan yang dirancang

kepada pihak sekolah.

Rumusan

Kaedah projek merupakan suatu kaedah di mana murid menjalankan eksperimen atau

kegiatan di dalam situasi sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu. Pembelajaran

melalui pengalaman adalah lebih bermakna dan memberi kefahaman dan dapat

memperkembangkan autonomi moral dalam keadaan yang sebenar.

Page 83: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

83

SOALAN TUTORIAL

Pengenalan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

1. Anda telah pelajari sejarah perkembangan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia.

Pada pendapat anda, apakah sumbangan pengetahuan tersebut dalam menyediakan

diri anda sebagai seorang guru Pendidikan Moral. (1 jam)

Pendekatan dan Strategi pengajaran Pendidikan Moral

1. Rancang satu pengajaran Pendidikan Moral yang menggunakan pendekatan

perkembangan moral kognitif bagi tahap 2. (1 jam)

2. Pilih mana-mana 3 pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Moral dan huraikan

kelebihan dan kelemahan kaedah tersebut dalam pembentukan sahsiah murid-murid

dalam kelas anda. (1 jam)

Teknik-teknik pengajaran Pendidikan Moral

1. Banding bezakan antara teknik bercerita dengan ceramah dari segi kekuatan dan

kelemahannya dalam Pengajaran Pendidikan Moral. (1 jam)

Pendekatan dan Kaedah Projek

1. Sediakan satu kertas kerja bagi projek khidmat bakti di rumah orang tua. (1 Jam)

Page 84: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

84

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan

modul.

Bacaan Asas

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) Longman Kuala Lumpur.

Poh Swee Hiang (1997), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Penerbit

Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur

Rosini Abu et.al (2000) Kemahiran Berfikir EDU 3943 – Modul PJJ, Universiti Putra

Malaysia, Serdang

Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala

Lumpur.

______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ). Strategi

Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Page 85: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

85

Rujukan

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang

Berkesan , Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral .

Serdang: Penerbit UPM.

Abdul Rahman Md.Aroff & Chang, L. H. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya :

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral . Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.

Bhd.

PANEL PENULIS MODUL

Page 86: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

86

BIL NAMA KELAYAKAN

1

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

BA (Hons) Sejarah. UM M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun

2

Pengerusi Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor.

B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Diploma Pendidikan, USM M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun

3

Pn. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

BSc (Hons) Kimia, UM M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, Maktab Perguruan Raja Melewar, Beg Berkunci 43, 70990, Seremban, Negeri Sembilan, DK.

B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM SPI, Pendidikan Islam, UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun

5

Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak

B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

6

Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor

B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun

7

Pn. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

8

Pn. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak, 98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

Bil. Nama Kelayakan

Page 87: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

87

1.

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru

B.A. (Hons) Sejarah M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun

2. PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor

Sarjana Muda Saster (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

3. Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Psikologi. UKM M.Ed. (Bimbingan dan Kaunseling) UM Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan:Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

5. Pn. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Sc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

6. Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah 80530 Larkin Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim BA (Hons) Pengajian Islam

Page 88: ELM 3102 - Kaedah Pengajaran Pend Moral

ELM 3102

88

Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun