ELM3043E Ulasan

download ELM3043E Ulasan

of 8

description

ok

Transcript of ELM3043E Ulasan

ULASAN ARTIKEL

Tajuk : Tingkah Laku Devian Di Kalangan Pelajar Sekolah : Tinjauan Literatur Ringkas

Definisi Tingkah Laku Devian

Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi Hj Yahaya (2005) ,menyatakan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996). Azizi Hj Yahaya (2005) mentakrifkan tingkah laku devian sebagai kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu system sosial.Jenis Jenis Tingkah Laku Devian

Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

Faktor faktor Penyebab Tingkah Laku Devian

a. Konsep kendiri yang rendah di mana remaja ini melihat diri mereka dari perspektif yang negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai matlamat tertentu dalam kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka kepada masyarakat (Byrne, 1981).

b.Faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah laku delinkuen ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibubapa.

c.Konflik dalam keluarga juga boleh menjadi faktor penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada tingkah laku devian.

d.Kajian oleh Loeber (1986) dan Rowe (1992) mendapati bahawa kebanyakan remaja yang terlibat dalam tingkah laku devian sejak usia kanak-kanak mempunyai ahli keluarga atau ibu bapa yang juga pernah bertingkah laku sedemikian.

Kaitan Artikel

Kes seorang pelajar perempuan menendang dan memukul guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis adalah contoh terbaik tingkah laku devian akibat wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibubapa. Tekanan yang dihadapi oleh pelajar tersebut bermula di rumah lagi. Pelajar tersebut datang ke sekolah dengan emosi yang tertekan . Guru di sekolah menambah tekanan yang telah sedia ada di dalam diri pelajar tersebut. Tekanan tersebut menyebabkan pelajar tersebut hilang pertimbangan seterusnya mewujudkan tingkah laku devian.

Kebenaran lapan pelajar islam untuk mengambil bahagian dalam perarakan Tokong Sayur bukanlah salah satu tingkah laku devian , sebaliknya adalah pengaruh saranan Satu Malaysia iaitu semua kaum digalakkan bercampur gaul untuk mengukuhkan perpaduan berbilang kaum di negara ini.Pelajar tersebut menyertai perarakan bukan di atas tiket keagamaan sebaliknya adalah sebagai ahli pancaragam yang telah disewa oleh Persatuan Tokong Sayur.Hasil dari sewaan tersebut dapat meningkatkan tabungan pancaragam sekolah. Peristiwa ini tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap nilai keagamaan kelapan-lapan orang murid yang beragama islam. Peristiwa ini telah dipoitikkan demi untuk mencari penyokong dan pengaruh dalam politik semasa.Jadi, pihak Jabatan Pendidikan dan Mufti Perlis perlu mempertimbangkan pengaruh politik yang sentiasa mencari keuntungan umpama menangguk di air yang keruh.Mereka perlu rasional sebelum membuat keputusan.

Delikuensi juvana yang sering menimbulkan konflik di antara orang dewasa dan remaja seperti merokok di bawah umur, minum arak serta memandu tanpa lesen menjadi simbol kepada remaja mempamerkan kedewasaan. Tingkah laku ini adalah hasil dari teladan orang dewasa. Para remaja tidak perlu diajar atau diberi latihan tetapi dengan mengikuti setiap langkah negatif dari orang dewasa sudah cukup untuk mendidik mereka ke arah sikap negatif seperti di atas. Peranan orang dewasa terutama kedua-dua ibubapa untuk

memberi penerangan tentang baik dan buruk serta kesan kepada diri, keluarga dan masyarakat adalah amat penting.Para ibubapa perlu menerangkan kesan yang berkaitan dengan keluaga dan diri remaja sendiri supaya timbul ketakutan untuk membuat perkara negatif tersebut. Remaja tidak perlu mempamerkan kedewasaan kerana bersikap remaja yang positif adalah lebih baik berbanding mencontohi sikap negatif orang dewasa.

Salah satu motif penyimpangan tingkah laku ialah merasai ketidakadilan. Secara tidak langsung para remaja akan mencari rakan atau pengaruh yang dapat menerima tingkahlaku terutama sikap negatif.Jika ada pertubuhan atau individu yang menyokong tingkahlaku walaupun negatif , para remaja ini merasakan tindakan yang dilakukan ada kebenarannya. Mereka telah dilayan secara adil oleh individu atau pertubuhan tersebut.Sokongan yang diberikan terutama dari aktivis politik selalunya berunsurkan keuntungan politik. Aktivis ini membelakangkan norma kehidupan bermoral demi keuntungan politik. Maka , para remaja menjadi mangsa kepentingan peribadi dan politik. Tindakan negatif yang disokong akan membawa kepada tingkah laku devian dan seterusnya menetaskan kejadian jenayah.

Menurut Felson (1996) menyatakan bahawa , kanak-kanak meniru aksi ganas yang mereka lihat di telivisyen.Didikan yang pincang oleh ibubapa adalah pengaruh utama dalam pembentukan tingkah laku.Terutama pada zaman sekarang di mana maklumat hanya dihujung jari. Saya yakin, para ibubapa tidak mampu menyekat setiap anak untuk meneroka maklumat melalui internet atau telivisyen. Apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa ialah bersama-sama menerokai internet dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka terhadap setiap isu yang berlaku sama ada baik atau buruk. Pemahaman yang betul terhadap setiap isu / peristiwa yang berlaku terutama yang negatif, dapat membendung para remaja daripada terlibat dengan tingkah laku devian.Tekanan kerja kepada para guru juga adalah penyumbang tingkah laku devian di kalangan pelajar / remaja.Guru amat tertekan dengan arahan dari pihak atasan yang kadang kala tidak munasabah telah mengubah emosi guru dari tenang kepada tidak tenteram.Keadaan ini menyebabkan guru cepat naik marah dan tidak dapat mengawal emosi.Seterusnya menyebabkan guru tidak bertolak ansur dalam memberi arahan atau hukuman telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar.Pelajar yang tidak puas hati akan membuat provokasi yang menyebabkan guru naik marah.Kesimpulannya, tingkah laku devian berpunca dari pihak atasan yang memulakan tekanan secara berperingkat dan akhirnya sampai kepada pelajar. Jadi, pelajar yang menunjukkan tingkah laku devian adalah mangsa ketidakbijaksanaan orang atasan.

ULASAN ARTIKEL

LAMPIRAN