ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

46
PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL ELM3103 OLEH MBB & MNM

Transcript of ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Page 1: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

ELM3103

OLEH MBB & MNM

Page 2: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

9.1 KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK MORAL

9.2 PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

9.3 MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

9.4 PANITIA MATA PELAJARAN MORAL

Page 3: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.1 KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK MORAL

• Projek moral sekolah amat penting dan mempunyai falsafah dan orientasinya sendiri

• Guru perlu mulakan dengan memberikan definisi matlamat dan objektif, serta membuat pelan satu rancangan tindakan yang berkaitan bagi semua aktiviti pendidikan yang dijalankan oleh pihak sekolah

• Projek moral adalah dinamik , perlu dikemaskini secara berkala dan selalu dinilai.

Page 4: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.1.1 Merancang Projek Moral

Perlu :-

1. Menentukan apa yang telah diketahui tentang topik projek.

2. Nyatakan permasalahannya yang perlu diselesaikan.

3. Nyatakan hipotesisnya

4. Bina satu eksperimen

5. Tentukan kumpulan kawalan dan eksperimental

6. Elakkan pembolehubah-pembolehubah

7. Lakukan eksperiman itu

8. Kumpulkan keputusan yang didapati

9. Kaji keputusan yang didapati

10.Buat laporan tentang keputusan yang didapati

Page 5: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Untuk melakukan demonstrasi, perlulah :-

1. Tentukan apa yang telah diketahui tentang topik yang hendak dikaji

2. Bina satu demonstrasi atau model

3. Laporkan proses yang digunakan untuk membina model atau demonstrasi tersebut

4. Laporkan kesimpulan-kesimpulan.

Page 6: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.1.2 Melaksanakan Projek Moral

Langkah-langkah :-

1. Pilih satu topik

2. Nyatakan masalah yang perlu diselesaikan

3. Tuliskan ‘literature Review) atau rujukan terdahulu tentang masalah yang hendak dikaji

4. Sediakan satu bentuk ekperimental

5. Tuliskan hipotesis

6. Sedikan tempat untuk merekodkan data dan membuat carta-carta

Page 7: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

7. Lakukan eksperimen

8. Masukkan keputusan-keputusan yang didapati ke dalam tempat yang telah disediakan

9. Tuliskan kesimpulan tentang keputusan yang diperolehi.

10.Siapkan bibliografi

11.Simpan laporan yang telah disiapkan dalam fail (samada dalam bentuk bertulis atau dalam disket)

Page 8: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Menilai projek dan Laporan Projek

• Untuk mengukur pembelajaran pelajar, pelbagai cara boleh digunakan.

• ia bergantung kepada tahap-tahap murid sama ada peringkat rendah atau peringkat menengah.

• Cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah menyediakan borang markat tentang apa yang hendak diperhatikan sama ada berbentuk perlakuan, pengetahuan, kerjasama dan sebagainya.

• pelaporan projek boleh dibuat dalam bentuk memberi gred atau menilai perlakuan atau kedianya sekali.

• ia juga bergantung kepada tujuan atau objektif sesuatu projek.

Page 9: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.2 Pelaksanaan Pendidikan Moral di Sekolah

Dahulu nilai murni seperti patriotisme, kenegaraan dan unsur sayangkan masyarakat dan negara diterapkan ke dalam mata pelajaran Sivik yang mana tidak begitu dititikberatkan.

Mata pelajaran Pendidikan Moral diberi penekanan dalam KBSR hasil cadangan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 2979 (Perakuan 36)

Implikasi utama mengenai Pendidikan Moral :-

1. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar bukan Islam

2. Pendidikan Moral diajar secara berasingan

3. Peperiksaan dan penilaian diadakan untuk Pendidikan Moral.

Page 10: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

KBSR menekankan tiga kemahiran asas :-

1. Membaca 2. Menulis 3. Mengira

Selain itu, pendidikan di peringkat rendah juga bertujuan untuk mencapai matlamat perkembangan indiividu yang menyeluruh.

Perkembangan ini adalah dirancang melalui tiga aspek iaitu

1. Bidang komunikasi

2. Bidang manusia dan alam sekitar, dan

3. Bidang perkembangan individu

Bidang manusia dan alam sekitar mempunyai dua komponen :-

1. Komponen Kerohanian dan sikap yang mengandungi dua matapelajaran, iaitu Pendidikan Moral dan Agama Islam,

2. Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran terdiri daripada mata pelajaran Kajian Tempatan dan Sains, Kajian Tempatan mencakupi unsur-unsur sejarah, kesihatan, geografi, akhlak, sivik dan pengetahuan lain mengenai manusia dan alam sekitar.

Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa terdapat 16 nilai murni yang harus dikuasai oleh para pelajar. 16 nilai murni beserta sub nilainya yang terkandung dalam sukatan pelajaran .

Page 11: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Lihat Jadual 9.1

KBSR menekankan perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu dari segi jasmani,mental emosi dan rohani.

Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam diperkenalkan untukmemperkembangkan aspek rohani kanak-kanak.

Dalam konteks Malaysia, Pddk. Moral adalah untuk pelajar-pelajar bukan Islam manakala Pddk. Islam adalah untuk pelajar Islam.

Nama mata pelajaran tersebut berlainan tetapi pengisiannya adalah sama dari segi jumlah nilai yang perlu dikuasai, dihayati dan diamalkan.

Page 12: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.2.1 Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan Moral

• Awal tahun 1974, idea untuk memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, eksplisit dan formal dalam kurikulum sekolah telah pertama kali dipertimbangkan.

• Satu jawatankuasa dibentuk tetapi dikatakan bahawa konsep-konsep moral telah dikenalpasti dimasukkan dalam pelajaran Sivik yang wujud sebelum itu. Idea ini dibubarkan pada 1975.

• 1977, satu jawatankuasa telah dibentuk bawah naungan PPK (Pusat Perkembangan Kurikulum) bagi mengwujudkan Pendidikan Moral.

•18 April 1978, Jawatankuasa Kecil Teknikal kepada Jawatankuasa Pendidikan Moral induk telah menghasilkan Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral.

• Matapelajaran ini diwujudkan sebagai satu matapelajarana formal di sekolah-sekolah di Malaysia adalah kerana kemerosotan nilai moral seluruh dunia.

Page 13: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Rasional memperkenalkan Pendidikan Moral pada tahun 1978 adalah cuba memberi definisi serta menyatakan objektif-objektif am matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia.

• Draf 1978 mengenalpasti 16 nilai teras yang merupakan kendungan utama bagi sukatan mata pelajaran Pendidikan Moral.

• Sepuluh daripada teras diajar pada peringkat tahap pertama sekolah rendah.

1. Sikap Kebersihan

2. Sikap belas kasihan

3. Sikap sederhana

4. Sikap rajin

5. Sikap berterima kasih

6. Sikap jujur

7. Sikap adil

8. Sikap kasih sayang

9. Sikap hormat menghormati

10.Sikap semangat kemasyarakatan

Page 14: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Tiga lagi nilai teras diperkenal pada tahap kedua sekolah:-

1. Kebebasan

2. Berhemah tinggi

3. Bekerjasama

Peringkat sekolah menengah pula akan memasukkan kesemua nilai termasuk nilai-nilai

1. Keberanian

2. Rasional

3. Berdikari

1978 , PPK telah membuat sedikit perubahan terhadap draf tersebut iaitu tidak memasukkan nilai kerjasama untuk sekolah rendah Darjah 1 hingga 6.

Page 15: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Kurikulum Baru Sekolah Rendah digubal semula menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ia lebih selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pendidikan Moral adalah hanya untuk pelajar-pelajar bukan Islam sahaja di mana ia merupakan matapelajaran wajib serta bertaraf peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai 1993.

Mulai 2003, tujuan program Pendidikan Moral di sekolah diubah kepada satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

Pendidikan di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.

Melaluinya , murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral bagi menjadikan mereka individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Page 16: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Beberapa prinsip utama telah dikenalpasti untuk dijadikan panduan bagi guru- guru sekolah rendah dan menengah untuk melahirkan insan yang menyeluruh dari aspek j.e.r.i,s.

Prinsip-prinsip itu adalah :

• bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain

• Berpegang teguh kepada ajaran agama

• prihatin kepada alam sekitar

• mengekalkan keamanan

• bersemangat patriotik

•Mengjormati hak asasi manusia; dan

• mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan

(sumber : Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2003)

Page 17: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Jadual 9.2

Jadual 9.3

Page 18: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.2.2 Peranan Guru Pendidikan Moral sebagai Penyampai Ilmu Pendidikan Moral

Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia

“Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.”

(Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2003)

Jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah merealisasikan matlamat seperti di atas. Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi 3 dimensi moral iaitu perwatakan positif yang saling kaitan sehingga membolehkan murid-murid mencapai tahap kematangan.

Dimensi tersebut adalah pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya.

Page 19: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Murid juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang disarankan dalam kehidupan seharian mereka. Ia dapat dilaksana berpandukan objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah seperti berikut yang mana membolehkan murid :-

Jadual 9.4

Page 20: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Guru merupakan penghubung penting antara sekolah dan rumah.

Peranan utama guru-guru dalam memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu rumah dan juga sekolah.

Tanggungjawab guru adalah besar kerana pelajar-pelajar mengharapkan mereka sebagai teladan yang konsisten dalam peredaran masa dan ini merupakan satu tugas yang rumit.

Bertindak adil dan munasabah serta melayani semua orang dengan cara yang sama pada setiap masa bukanlah satu perkara yang dapat dikendalikan dengan mudah.

Sebagai manusia, kita perlu mengakui bahawa kita akan berusaha untuk mencapai matlamat ini tetapi bukan kita semestinya dapat memperolehinya setiap masa.

Page 21: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Guru yang berada di dalam kelas sering menjadi pendorong bagi setiap aktiviti, seperti mewujudkan situasi simulasi dan memulakan permainan bahasa.

Guru juga menjadi fasilitator yang membantu pelajar-pelajar memulakan akktiviti seperti menggalakkan mereka menceritakan tentang pengalaman mereka dan menganjurkan satu projek gotong royong.

Seorang guru juga harus memahami peranannya dan memberi sokongan bagi aktiiviti yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar dan guru juga diharapkan dapat melapangkan masa untuk melihat dan mendengar lakonan yang disediakan oleh pelajar.

Guru juga sering diharapkan untuk memberi berbagai sumbangan dalam bentuk sumber seperti pegawai sumber yang membeolehkan beliau memberi maklumat yang tepat atau membantu pelajar-peljar mencari maklumat bagi setiap dilema seperti dalam mata pelajaran Sejarah atau Sains.

Guru harus menjadi peransang dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui masalah dan tindakan moral serta tindakbalas bagi tindakan tersebut.

Guru menjadi penyimpan rahsia seseorang, mendengar setiap masalah pelajar .

Page 22: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.2.3 Ciri-ciri Peribadi Guru Pendidikan Moral

Harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

1. Kemahiran Belajar

a. Melatih pelajar cara belajar yang lebih berkesan

b. Membantu guru dan pelajar meningkatkan prestasi akademik

c. Menyediakan latihan bagi guru dan pelajar menghadapi cabaran pembelajaran sepanjang hayat

d. Membantu guru dan pelajar menguruskan masa depan dengan baik

e. Membantu disiplin kendiri gur dan pelajar

f. Memperkembangkan potensi seseorang guru dan pelajar.

g. Meningkatkan daya ingatan

h. Memupuk sikap ingin membaca dan belajar

i. Memperlengkapkan pelajar dengan kemahiran membuat rujukan

j. Melatih pelajar dan guru membaca dengan cepat dan jitu

k. Melatih guru dan pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan akan datang

Page 23: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

2. Kemahiran-Kemahiran Kecil

a. Mengesam balik maklumat

b. Meninterpretasi bahan

c. Membuat nota

d. Membuat rujukan

3. Kemahiran Berfikir

Ia membantu guru dan pelajar :-

a. Memahami konsep-konsepi. menjalankan analisis, sintesis dan

b. Menghuraikan sesuatu idea penilaian

c. Membuat laporan j. menangani pelbagai masalah akademik

d. Menginterpretasi graf, lakonan dan puisi dan seharian.

e. Menghasilkan sesuatu karya yang bermutu

f. Menggunakan pendekatan inkuiri dalam kajian

g. Menggunakan pelbagai sumber rujukan

h. Menjalankan satu-satu kajian

Page 24: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Seorang guru yang cekap, dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dengan :

Merancang pelbagai aktiviti berfkir secara langsung

a. Membantu pelajar membuat analisi, sintesis dan penilaian

b. Merancang situasi yang menggalakkan pelajar berfikir

c. Membuat persediaan tersusun agar memudahkan pemikiran pelajar-pelajar

d. Menyerapkan kemahiran berfikir dalam objektif pelajaran dengan cara-cara berikut :

i. Menulis huraian terperinci tentang objek yang dilihat

ii. Mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara dua objek

iii. Mencatatkan isi-isi penting dalam satu-satu teks.

iv. Meramal satu-satu peristiwa berlandaskan kepingan gambar

v. Membuat satu-satu keputusan serta memberikan justifikasi.

vi. Mengemukakan soalan-soalan yang memerlukan pemikiran divergen iaitu di mana beberapa jawapan boleh diterima.

f. Mengendalikan projek-projek yang menggalakkan pemikiran kreatif, membina dan kritis.

Page 25: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

4. Perkembangan Personaliti Guru

Ciri-ciri personaliti guru yang seimbang:-

a) Ramah

b) Adil

c) Fleksibel

d) Tegas

e) Gemar berjenaka

f) Utuh

g) Berdedikasi

h) Peka

i) Inovatif

j) Berwibawa

k) Bermoral

l) Toleran

Page 26: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.3 MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Masalah utama dalam melaksana pengajaran Pendidikan Moral di sekolah

9.3.1 Kekurangan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran – buku teks, buku rujukan, bahan-bahan (gambar) dan buku cerita.

9.3.2 Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang Pengajaran Pendidikan Moral – Berlaku keciciran dalam penyampaian ilmu dari Kakitangan sumber mata pelajaran Pendidikan Moral kepada guru-guru yang terpilih, tiada IPT yang menawarkan bidang Pendidikan Moral sebagai pengkhususan utama, dan kebanyakan guru terlatih tidak mempunyai pengetahuan dalam p&p Pendidikan Moral.

9.3.3 Cabaran terhadap Pengajaran Pendidikan Moral seperti isu-isu Moral Semasa dalam Masyarakat/ Komuniti dan isu-isu Moral di Sekolah. – nilai-nilai murini masyarakat Malaysia berbeza dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain, guru-guru tidak menguasai pendekatan, strategi, pengajaran kemahiran berfikir yang sesuai dan teknik yang sesuai, isu-isu semasa dalam masyarakat sentiasa berubah serta tidak sesuai untuk dibincangkan.

Page 27: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.3.4 Masalah Pelaksanaan Pendidikan Moral seperti Faktor Murid, Guru, Sekolah dan Masyarakat.

1. Faktor Murid – amalan nilai yang dipercayai setiap murid tidak sama.Pencapaian yang baik dalam Pendidikan Moral tidak menjamin kemasukan ke IPTA atau sesuatu jawatan.

2. Faktor Guru dan Sekolah – a) Kurang minat – guru tidak berminat

- b) Kepakaran guru – tidak mempunyai

pengetahuan namun mata pelajaran ini dianggap mudah diajar.

- c) Kesedaran guru – tidak menyedari bahawa p&p yang disampaikan terlalu minimum berkaitan dengan Pendidikan Moral

- d) Penglibatan pentadbir dalam perniagaan – pihak pentadbir yang diberi kelas Pendidikan Moral dan persepsi sekolah yang beranggapan mata pelajaran

- e) Sikap pentadbiran Pendidikan Moral – mementingkan peratus kelulusan sekolah dalam peperiksaan bagi mata pelajaran utama

Page 28: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

3. Faktor Masyarakat

- Bergantung kepada kesediaan masyarakat untuk menerima kurikulum. Pendidikan Moral kurang mendapat perhatian atau sambutan yang mana mereka lebih mengutamakan subjek-subjek yang mempunyai nilai pasaran pekerjaan.

Page 29: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.4 PANITIA MATA PELAJARAN MORAL

- Panitia Pendidikan Moral sekolah menengah di bawah kawalan Ketua Bidang Kemanusiaan

- Sekolah Rendah diletakkan di bawah kawalan Penolong Kanak Kurikulum

9.4.1 Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan Moral

1. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran.

2. Pemimpin dan pengurus kurikulum

3. Memastikan kemajuan staf

4. Menyediakan bahan

9.4.2 Nilai Merentasi Kurikulum

- Wan Mohd Zahid (1993) – nilai-nilai disisipkan melalui semua mata pelajaran.

- Semua mata pelajaran boleh dikaitkan dengan pemupukan nilai-nilai murni.

Page 30: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

9.4.3 Nilai Tersembunyi dalam Kurikulum

berkait rapat dengan iklim sekolah.

dimensi umumbyang mempengaruhi iklim adalah gaya kepimpinan, gaya pengajaran dan persekitaran , struktur dan fungsi kelompok tidak formal, dan ciri-ciri organisasi formal.

Dreeban menyatakan bahawa persekolahan merupakan jambatan di antara kehidupan keluarga atau rumah tangga murid dan kehidupan awam orang dewasa.

Norma-norma ini, sebagai hasil daripada proses persekolahan, dialirkan kepada pelajar seperti berikut:

1. Murid mempelajari soal berdikari

2. Aktiviti sukan, kerja-kerja bilik darjah dan tugas-tugas sekolah yang lain pula boleh membawa kepada pembelajaran tentang norma pembelajaran.

3. Universalisme dipelajari oleh pelajar dengan melakukan tugas-tugas sekolah yang mengenakan satu set tuntutan yang serupa terhadap semua pelajar dan melalui aspek-aspek kehidupan sekolah yang lain.

4. Bagi norma kekhususan, pelajar mempelajarinya di perigkat sekolah menengah dengan menghadapi situasi-situasi yang bersifat khusus atau ‘departmentalised’

Page 31: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Sugarman (1973) menyatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan moral murid melalui pendidikan moral secara tidak formal adalah :

1. Struktur formal pembelajaran akademik termasuklah pembahagian pelajar kepada kumpulan

2. Kestabilan ataupun sebaliknya kumpulan-kumpulan ini

3. Situasi pembelajaran di dalam bilik darjah

4. Pengajaran berpasukan

5. Sifat dan keadaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

6. Amalan yang melibatkan pelajar-pelajar tertentu dalam struktur autoriti rasmi sekolah.

7. Latar belakang atau persekitaran rumah tangga pelajar

8. Hubungan murid dengan rakan sebaya

9. Proses pembelajaran yang berlaku semasa pelajar itu membesar

10.Latar belakang guru dan sahsiah guru serta latihan yang diterimanya dan kesan kesemuanya ini terhadap sikap, kecenderungan dan tingkah laku guru di sekolah

11.Autoriti guru kepada pelajarnya.

Page 32: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Akhir sekali, sifat dan mutu perhubungan manusia di sekolah, seperti yang dicerminkan oleh strategi dan pendekatan di dalam bilik arjah; dan norma dalam hubungan guru dengan murid dan dalam hubungan murid dengan murid.

Bagi menentukan sama ada hubungan itu formal atau tidak formal, ia sebenarnya dipengaruhi oleh struktur formal sekolah. Struktur formal ini berkaitan dengan kerangka peraturan sekolah, sistem ganjarannya, struktur autoritinya dan batasan di antara sekolah dengan masyarakat di luar.

Satu lagi aspek yang boleh menyokong pendidikan moral di sekolah adalah sistem ganjaran. Sistem ganjaran yang pada asasnya lebih cenderung menjanakan perasaan berjaya dan selamat di kalangan lebih ramai pelajar, juga akan mengurangkan bilangan murid yang berasa terasing, yang tidak sukakan sekolah dan yang suka menghabiskan masa dan tenaga melakukan kegiatan yang bersifat ‘ delinquen’.

pastikan ganjaran yang diberi atas sebab yang betul dan munasabah serta tidak menggalakkan murid bersifat altruistik atas sebab mahukan ganjaran.

Page 33: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Struktur autoriti sekolah juga boleh mempengaruhi pendidikan moral pelajar.

Sugarman berpendapat bahawa kebolehan pelajar berfikir berlandaskan prinsip moral yang am atau universal bergantung kepada sama ada mereka diperkenalkan atau tidak kepada struktur autoriti yang rasional.

ia menjadi lebih berkesan sekiranya pihak sekolah mengamalkan sistem yang mengajak lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam struktur autoriti sekolah yang rasmi.

Page 34: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

TOPIK 10 : PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

10. 1 Penilaian Formal

10.1.1 Jenis-jenis Penilaian Formal

Pentaksiran Iltizam – mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut :

1. Tugasan Harian – Pelajazr dikehendaki membuat tugasan berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Semasa melakukan tugasan harian, beberapa aspek perlu diambil kira, seperti:

• Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan bila-bila masa.

• Tugas yang diberikan adalah sebagai bukti dan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.

• Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral

• Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran PM

• Minimum 8 hasil tugasan harian yang terbaik didokumentasikan

• Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan 250 patah perkataan

Page 35: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

2. Pelajar dikehendaki melibatkan diri di dalam 4 aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral, iaitu:

a. Perkembangan diri : 1 aktiviti

b. Kekeluargaan : 1 aktiviti

c. Alam Sekitar : 2 aktiviti

Pelajar perlu melampirkan bahan bukti seperti sijil penghargaan, surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti di dalam penglibatan kerja amal yang telah dilakukan.

Antara kerja amal tersebut ialah:

a. Gotong royong

b. Mengindah kawasan

c. Membimbing pelajar lain

d. Menyediakan kemudahan sekolah

e. Membaikpuluh perabot sekolah

f. Membersihkan taman rekreasi

Page 36: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

g. Mengumpul bahan-bahan bacaan

h. Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim

i. Lain-lain kerja amal yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

Dalam membuat kerja amal, beberapa aspek perlu di ambil kira, seperti:

• Jangka masa untuk sesuatu kerja amal

• Kerja amal yang akan dibuat seharusnya sesuai

• Pelajar digalakkan untuk menyertai kerja amal

• Penilaian kerja amal seharusnya tertumpu kepada aspek penghayatan dan amalan nilai murni

Page 37: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Folio

Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut :

a. Penulisan

b. Laporan aktiviti

c. Maklumat dan dokumen sebagai bukti

Sebagai cara untuk menyediakan pentaksiran folio:

• Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasian pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pelajar

• Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Harian dan Kerja Amal

• Folio ditaksir berdasarkan bukti dan laporan terbaik

• Hasil aktiviti pelajar harus mencapai cakupan kriteria dari setiap aspek (rujuk lampiran 1)

• Numerik 1,2,3 dan 4 dijadikan Gred(n) untuk setiap aspek yang direkodkan di dalam Borang Pencapaian Individu (rujuk lampiran 3)

Page 38: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

• Gred (n) x (w) bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada wajaran (w) untuk mendapatkan purata.

• Perolehan Purata dilaporkan sebagai Gred abjad berpandukan kepada jadual julat pemarkahan (rujuk Lampiran 2)

Page 39: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

10.1.2 Jadual Penentu Tugasan (JPT)

-Merupakan Penentu Tugasan (JPT) doleh disediakan seperti di lampiran berkelat berdasarkan kriteria :

- Kriteria Pentaksiran Folio

- 10.1.3 Jadual Penentu Ujian (JPU)

Digunakan semasa guru ingin membuat ujian sumatif iaitu ujian yang dijalankan pada setiap semester atau pertengahan tahun dan akhir tahun.

-Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengesan penguasaan pelajar dalam keseluruhan nilai-nilai murni yang diajarkan. Markah-markah ujian sumatif ini lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar, memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid

- Pada kebiasaannya JPU dibuat berdasarkan taksonomi Benjamin Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki bermula dengan pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

-Bagi matapelajaran Pendidikan Moral JPU dibuat berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pm iaitu pemupukan nilai, bertimbang rasa, rasional, tindakan sosial, perkembangan moral kognitif, penjelasan nilai dan analisis nilai.

Page 40: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Proses menghasilkan JPU PM

10.1 Contoh JPU Tahun 2

Proses menghasilkan JPU

Peringkat 1 : menentukan peringkat ujian yang hendak dijalankan

Peringkat 2 : Tentukan tahun atau tingkatan pelajar yang akan diuji

Peringkat 3 : Tentukan nilai yang akan dipilih

Peringkat 4 : Tentukan pendekatan yang akan dipilih dalam ujian tersebut.

Peringkat 5 : Pastikan bahawa pelajar pembahagian pendekatan yang dipilih tersebut membolehkan pelajar lulus meruuk kepada peratusannya.

Page 41: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

10.2 Penilaian Tidak Formal

10.2.1 Jenis-jenis Penilaian Tidak Formal

Laporan sahsiah – dijalankan secara tidak formal. Ianya seiring dengan hasrat Sukatan Pelajaran PM bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama .

1. Pentaksiran secara Pemerhatian

Satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan tingkah laku pelajar.

Pemerhatian sahsiah pelajar menumpukan kepada bidang:

• Perkembangan diri

• Demokrasi

• Keamanan dan keharmonian

Pertimbangan yang perlu diambil kira semasa pentaksiran secara pemerhatian:

• Pemerhatian dijalankan secara tidak formal

• Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk semua pelajar

• Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kali pemerhatian dilakukan.

• Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluan pelajar

Page 42: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

10.2.2 Pelaksanaan Penilaian Tidak formal.

Laporan sahsiah

a. Penilaian dilakukan oleh Guru PM

b. Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu, (sila rujuk Lampiran 3) yang menyatakan pencapaian pelajar sebagai pelaporan akhir.

c. Elemen sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan Sahsiah (rujuk Lampiran 4) adalah sebagai panduan untuk guru menjalankan pemerhatian.

d. Gred (n) bagi setiap aspek yang dinilai adalah berpandukan kepada Bilangan ‘Ya” bagi setiap kriteriadan hendaklah ditanda (/) ke dalam Borang Laporan Sahsiah.

e. Gred (n) adalah berpandukan kepada julat kriteria dalam Lampiran 5

f. Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar

g. Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secra berterusan

h. Laporan Sahsiah adalah sebagai bukti terhadap sahsiah tingkah laku pelajar bagi mencapai hasrat untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama

i. Pemerhatian dijalankan ke atas manifestasi perlakuan pelajar

j. Laporan akhir pada bulan 0gos akan dijadikan pelaporan bagi penskoran sahsiah.

Page 43: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

10.3 Isu-Isu Dalam Penilaian

10.3.1 Kelebihan Penilaian Formal dan Tidak Formal

-Merupakan tugasan harian, laporan kerja amal, menghasilkan folio dan ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan semester.

-Tujuan ujian untuk mendapat markat atau skor yang mana ia boleh dicatat dalam laporan kemajuan pelajar.

-10.3.2 Kelemahan Penilaian Formal dan Tidak Formal

- penilaian formal memberi markat dan gred kepada pelajar yang mana markat atau gred yang baik yang diperolehi oleh pelajar tidak semestinya mengamalkan tingkah laku yang bermoral.

- bagi ujian tidak formal, walaupun pelaporan sahsiah seseorang pelajar itu adalah baik tetapi tanpa markah atau gred ia tidak mempunyai sebarang nilai dari segi pencapaian. Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian selalunya dikaitkan dengan markat atau gred yang diperolehi.

Page 44: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

10.3.3 Masalah dalam Penilaian Formal dan Tidak Formal

Berikut adalah masalah-masalah dalam penilaian formal:

1. Bentuk bertulis – markat atau gred yang diperolehi adalah rendah tetapi dari segi kognitifnya masih baik . Ini berlaku kerana terdapat pelajar yang masih belum dapat membaca dan menulis dengan baik dan tidak menjawab soalan dengan baik. Namun begitu pelajar yang mendapat keputusan yang baik, tidak semestinya dirinya insan yang berakhlak mulia.

2. Menentukan amalan dan nilai murni- jawapan yang diterima adalah berlainan kerana pelajar mempunyai pemikiran dan cara penyelesaian masalah yang berlainan.

Page 45: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Masalah penilaian tidak formal

Penilaian tidak formal merupakan pelaporan sahsiah pelajar berdasarkan pemerhatian guru di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.

1. Keperluan kepada masa – dilakukan oleh guru darjah dan guru pendidikan Moral yang mana akhirnya guru darjah bertanggungjawab untuk menghasilkan laporan sahsiah.

2. Ketepatan pelaporan – kebanyakan pemerhatian dijalankan tidak dirancang khususnya di luar bd., laporan sahsiah ini juga ada kemungkinan berunsur bias dan tidak ada bukti yang relevan

* Laporan sahsiah secara perbandingan di antara pelajar boleh dipertikai, walaupun selalunya pemerhatian di dalam bilik darjah yang paling utama dijadikan pelaporan sahsiah.

Page 46: ELM3103 Pengurusan Subjek Pend Moral

Sekian, terima kasih