EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling...

5
KERJASAMA BIL. 8 12 FEBRUARI 2014 EMAS PERTAMA lawan pedang milik Laura Simon UiTM mengaum! EMAS PERTAMA menembak FAEEZ’S will achieved UNIVERSITI MALAYA swooping ticket to final

Transcript of EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling...

Page 1: EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT ... persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pan tai pula selepas

KERJASAMA

BIL. 8 12 FEBRUARI 2014

EMAS PERTAMA lawan pedang milik Laura Simon

UiTM mengaum!

EMAS PERTAMA menembak

FAEEZ’S will achieved

UNIVERSITI MALAYAswooping ticket to final

Page 2: EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT ... persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pan tai pula selepas

Dengan berbekalkan pengalaman dan kesungguhan

dalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT

2014 bagi kategori lelaki berkumpulan dan all events,

pasukan UiTM sekali lagi memastikan kejayaan milik mereka

dalam genggaman. Dengan jatuhan pin sebanyak 5408,

UiTM telah mengalahkan Politeknik Selangor dengan

perbezaan mata 187 sekaligus memenangi pingat emas.

Walaupun salah seorang pemain UiTM, Yusuf Abdul Raof

mengalami demam, beliau tetap meneruskan cabaran

bagi kategori lelaki berpasukan.

Manakala, Jonanathan Ding Sagan dari UiTM juga telah

dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kategori all

event.

”Walaupun prestasi saya kurang memuaskan berbanding

sebelum ini, rakan sepasukan banyak memberi sokongan,”

menurut Jonathan yang akan beraksi pada Sukan Asia

akan datang.

“Kami bukan sahaja membuat latihan boling malah

diselitkan juga latihan renang untuk kekuatan stamina,“

kata jurulatih UiTM, Encik Onn Abdul Majid yang mengakui

persaingan mereka agak sengit dengan Politeknik

Selangor. Politeknik Melaka pula hanya sekadar berpuas

hati di tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 4929.

BILA UiTM MENGAUM!Wartawan : Sam Syadeed Samat, Nur Shaiqah Mohd Shamsul & Fatin Ainur Ramlee

Foto : Haiz, Hakiemienaam, Suzairi Haizi & Zulikhry

UKM TUNJUK TARING DI SAAT AKHIRWartawan : Nurul Husna Abdul Rahim

Foto : Khairulnizam bin Md Hairuddin

Acara bola tampar Temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi

(SUKIPT) 2014 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan

Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menguasai penuh

gelanggang A bola tampar Dewan MBSA, Shah Alam

sekaligus tampil sebagai juara bagi kategori lelaki.

Kehebatan UKM terserlah pada set masa kedua apabila

mempamerkan aksi garang mengasak lawan dari Universiti

Putra Malaysia(UPM) dan akhirnya mengutip mata

3-0 di mana sebelum ini UKM telah menumpaskan INTI

International University(INTIIU) pada separuh akhir kedua

dengan mata 2-0.

“Kami telah membuat persediaan untuk menghadapi

pihak lawan yang lebih bertenaga, namun persembahan

mereka tidak seperti yang kami jangkakan. Walau

bagaimanapun, kami telah melakukan yang terbaik dan

berpuas hati dengan permainan tadi dan perlu membuat

persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pantai

pula selepas ini,” kata kapten pasukan, Mohd Fitri Salim.

“Saya amat berpuas hati dengan aksi yang ditonjolkan

oleh pemain-pemain dan mereka meletakkan usaha yang

maksimum menentang UPM yang menjadikan pemain

kebangsaan sebagai tulang belakang dan penguat

pasukan mereka. Ini merupakan hasil kerjasama mereka

sebagai satu pasukan,” kata Mohd Jasmy Abdul Rahman,

pengurus pasukan UKM.

Menurut Mohd Fitri lagi, mereka mula melakukan latihan

sejak bulan Disember yang lalu di samping menyertai

kejohanan-kejohanan lain sebelum beraksi untuk SUKIPT.

Selain itu, beliau berharap agar promosi temasya SUKIPT

diperluaskan lagi untuk edisi yang seterusnya kerana ini

merupakan platform yang terbesar bagi pelajar untuk

menyerlahkan lagi bakat mereka.

EMAS PERTAMA MENEMBAKWartawan : Aainaa Nazirah Anuar & Amira SikunFoto : Awangku Hisyam

Universiti Malaya(UM) menambah bilangan pingat emas

pada fasa kedua kejohanan Sukan Institusi Pengajian

Tinggi(SUKIPT) selepas Muhamad Muhly berjaya

mengumpul mata tertinggi dalam acara menembak bagi

kategori 10 m Air Rile individu lelaki.

Muhamad Muhly yang memungut mata sebanyak 195.4

berdepan dengan saingan sengit dari atlet Universiti

Putra Malaysia(UPM), Muhamad Shahril Sahak dengan

perbezaan dua mata, 193.8. Pemenang pingat gangsa

pula, dimenangi oleh Muhamad Zubair Mohammad dari

Universiti Kuala Lumpur(UniKL) dengan pungutan mata

173.5.

“Saya tidak menyangka mampu meraih pingat emas,

kerana terdapat beberapa masalah yang dihadapi

sebelum pertandingan,” kata Muhamad Muhly yang

ditemui selepas tamat pertandingan.

Manakala, UPM mengungguli acara menembak kategori

10 m Air Rile berpasukan lelaki dengan pungutan mata

1676 jauh meninggalkan Universiti Teknologi MARA(UiTM)

dengan pungutan mata 1648 manakala Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) telah memungut

mata sebanyak 1498.

EMAS PERTAMA LAWAN PEDANG MILIK LAURA SIMONWartawan : Ahmad Muzakkir Mohd ZukiFoto : Meor Sharifuddin bin Meor Shukri

Akhirnya UKM

dinobatkan

juara bola

tampar bagi

kategori lelaki

Atlet dari Universiti Malaysia Sabah(UMS), Laura Simon

berjaya merangkul pingat emas setelah mengalahkan

atlet dari Universiti Teknologi MARA(UiTM), Anis Syaqireen

dalam acara epee individu bagi kategori wanita dengan

keputusan 15-10 di Arena Lawan Pedang, Politeknik Shah

Alam.

“Untuk menghadapi SUKIPT kali ini saya telah melakukan

persiapan yang rapi seawal dua bulan yang lepas.

Walaupun saya sibuk dengan kelas, saya tetap menjalani

latihan seperti biasa,” ujar Laura.

Lawan pedang merupakan acara kali pertama

dipertandingkan di SUKIPT edisi kali ini yang menyaksikan

pingat gangsa dikongsi oleh dua atlet iaitu Nadzirah Mohd

Adzeman dan Yaminah Mohamed Yasin, masing-masing

dari Universiti Putra Malaysia(UPM).

Selain itu, acara foil individu bagi kategori lelaki

dimenangi oleh Muhamad Aqil Anuar dari Universiti Putra

Malaysia(UPM) dan pingat perak dimenangi oleh atlet Nilai

University(NILAI U) manakala pingat gangsa dikongsi oleh

dua atlet dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM) iaitu Mohd

Najib Othman dan Mustafa Kamal Saedon.

JURUFOTO

Meor Sharifuddin bin Meor Shukri

Khairulnizam bin Md Hairuddin

Enamul Shah bin Abdul Halim

Mohd. Fauzan bin Md. Sardi

Noor Kasmara bin Mohd Sokarnor

Mohamad Amirul bin Mohd Adnan(UiTM)

Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar

Pelajar Kolej Komuniti Jasin

PENYELARAS

Zaidi bin Shariff

EDITOR

Nor Azlina binti Mohd Zubaidi

Suraya binti Ismail@Shaari

GRAFIK

Faizal bin Ayob

Shahirah Haifah binti SangajiLily Haryanti binti Az Muzni

Muhamad Muhly melakukan aksi menembak bagi

kategori 10 m Air Rile individu lelaki

Penyampaian pingat

disampaikan oleh

Datuk Haji Omar Abd.

Rahman

Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh

Universiti Teknologi MARA(UiTM)

Pemenang tenpin

boling bagi kategori

lelaki berpasukan

dan all events,

Universiti Teknologi

MARA(UiTM)

Antara aksi sengit perlawanan bola tampar

di antara UKM dan UPM

Page 3: EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT ... persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pan tai pula selepas

4 5

Page 4: EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT ... persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pan tai pula selepas

6 7

FAEEZ’S WILL ACHIEVEDBy: Ainie Hananie Tauik & Nurfaizah Abdul RahmanPhoto: Syazwan Azli

The UniMAP tennis

player‘s will come true,

after winning over

Iskandar Aiq from Universiti Malaya(UM)

in inal set with 76(6),26,76(4).

“I feel contented from

the irst day of the game as I am able to compete

with good players and

win this category,” said

Mohd Faeez Said.

UM SWOOPING TICKETS TO BADMINTON’S FINALSBy: Farishah Hanem, Noor Aida & Nasra Naturhana Ahmad SuhaimiPhoto: Hakiemienaam

Multipurpose Hall, International Islamic University

Malaysia(IIUM) bears witness after Universiti Malaya(UM)

dominates all the inal rounds in all categories.

Muhammad Syawal Ismail rules the men’s single with

21-12, 7-21, 21-10 winning over Loo Yik Xiang from Universiti

Putra Malaysia(UPM) while Nurshahida Baharum leads the

women’s single after defeating Kolej Universiti Tunku Abdul

Rahman (KTAR) with a straight set 21-9, 21-15.

For men’s double, UM will ight against Kolej Komuniti Terengganu/Kelantan(KKTK) while in women’s double, UM

will face City University College Science and Technology

(CUST).

This 20 years old athlete who won gold for men’s double

with his brother, Mohd Fazree in SUKIPT 2012 aims to win

over both categories this year.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MITI),

YB Dato’ Ir. Haji Hamim Samuri melawat ke Sekretariat Sukan Institusi

Pengajian Tinggi(SUKIPT) di Kolej Mawar semalam.

Kesudian beliau hadir ke Sekretariat Induk disambut mesra oleh Encik

Hazally Jali, Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi dan

juga para pegawai serta sukarelawan yang bertugas.

Dalam sesi lawatan tersebut, beliau diberi penerangan ringkas mengenai

fungsi sekretariat bagi kelancaran SUKIPT edisi kali ini.

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA KE SEKRETARIAT SUKIPTWartawan : Nor ‘Adilah Abd RahimFoto : Adam Ghazali & Suzairi Haizi

YB Dato’ Ir. Haji Hamim Samuri

juga sempat beramah mesra

dengan semua warga

sekretariat sebelum berangkat

ke lokasi bagi acara tenpin

boling di Mega Lane, Sunway

Pyramid di mana beliau akan

menyempurnakan acara

penyampaian pingat kepada

atlet di sana.

Pendidikan Malaysia dan

.

Page 5: EMAS PERTAMA - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT ... persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pan tai pula selepas

8

11UiTM 32 23 14

UTM 7 2 8

UM 12 3 5

UTAR 5 0 0

UMS 3 6 8

UPM 26 21 22

UniSZA 6 6 3

UniMAP 9 3 6

SUNWAY UNIVERSITY 4 3 2

USM 3 4 3

MASUK PERCUMA

Seramai 22 orang anggota RELA Klang terlibat dalam

temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) kali ini

dalam membantu meringankan beban Polis Bantuan dan

Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tugasan yang kami terima tidak ada sebarang halangan

daripada luar mahupun dalam” kata Encik Zainal Kamrin

bin Adam, Timbalan Penguasa Kanan RELA.

Menurut Zainal, dia berpuas hati dengan kelancaran

temasya SUKIPT kali ini dan berharap agar SUKIPT 2014 akan

berjalan dengan lebih lancar demi kebaikan semua pihak

yang terlibat.

Kumpulan sukarelawan diperkemas menjelang Fasa 2

kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014

yang bermula 11 hingga 16 Februari 2014.

Setiausaha Jawatankuasa Sukarelawan SUKIPT, Ku Hadzrill

Jeeffry bin Ku Hamzah (gambar) berkata para sukarelawan

lebih bersedia untuk menghadapi Fasa 2 ini. “Kita akan

meneruskan sistem yang kita guna semasa Fasa 1 tempoh

hari (1-10 Februari) dan memperkemaskan serba sedikit

agar SUKIPT berjalan lebih lancar,” ujar beliau lagi.

Beliau yang ditemui semasa Taklimat Sukarelawan Fasa

2 berharap 450 orang sukarelawan yang terlibat mampu

menjalankan tugas masing-masing dengan penuh etika

dan ikhlas serta mempunyai semangat sukan yang tinggi.

RELA-SUKIPT BERJALAN LANCARWartawan: Yasmin Fairoz

Foto: Megat Mohd Raiezi Megat Mohd Rodzi

SUKARELAWAN DIPERKEMAS!Wartawan: Megat Mohd Raiezi Megat Mohd RodziFoto: Megat Mohd Raiezi Megat Mohd Rodzi

& PEGAWAI SUKIPT 2014