Emas/Perak - Duit Sunnah

19
Emas/perak – Duit Sunnah Dalam Islam (al-Qur’an dan ahadith), emas/perak BUKAN PELABURAN atau simpanan atau bahan koleksi Allah membenarkan hanya perempuan memakai emas sebagai perhiasan ِ م يِ حَ ّ ر ل اِ نَ مْ حَ ّ ر ل اِ ّ اِ مْ سِ بGold and silver are money. Everything else is credit”— J.P. Morgan © 2012

description

Gold is Sunnah Money, Not an Investment

Transcript of Emas/Perak - Duit Sunnah

Page 1: Emas/Perak - Duit Sunnah

Emas/perak – Duit SunnahDalam Islam (al-Qur’an dan ahadith), emas/perak BUKAN PELABURAN atau

simpanan atau bahan koleksi

Allah membenarkan hanya perempuan memakai emas sebagai perhiasan

� ح�يم ح م�ن� الر� �ه� الر� � الل م �س ب

Gold and silver are money. Everything else is credit”— J.P. Morgan

© 2012

Page 2: Emas/Perak - Duit Sunnah

tapi…

… emas semenjak 11 tahun dulu asyik naik je harganya – bolehlah kita beli, dapat untung!20-30% setahun, purata! Beli saham atau rumah, pun tak dapat macam ni

© 2012

Page 3: Emas/Perak - Duit Sunnah

Betul ke emas naik harga… mungkin nilai duit kertas kita jatuh tak???

Carta diatas (2001 – 2011) menunjukkan perbandingan menarik hubungan emas dengan berbagai mata wang dunia. Dollar America dan Pound Sterling jatuh hampir 80% sementara Euro dan Yen menunjukkan kejatuhan 70%. Mata wang terbaik ialah Swiss Franc. Bagaimanapun ia masih jatuh nilainya berbanding dengan emas. Aliran kejatuhan Ringgit Malaysia mengikut aliran kejatuhan Dollar America.

© 2012

Page 4: Emas/Perak - Duit Sunnah

1 Dirham2.975 gram Perak tulen

RM14.003 gram Perak 999.0

Zaman Nabi Muhammad SAW

1 Dinar4.25 gram

Emas tulen

RM730.004.3 gram Emas 999.9

Harga Zaman kita

MasyaAllah! – seakan-akan Allah swt mengawal harga emas/perak

Kalaulah saya ada 1 dirham (bersamaan 2.975g perak) dan hidup di zaman Nabi Muhammad SAW, saya boleh membeli seekor ayam. Pastinya, jika saya ada 3g perak 999.0 (bersamaan RM13-15) saya akan memperolehi juga seekor ayam. Ini bermakna dengan mata wang perak nilainya tidak susut berzaman-zaman, SubhanAllah!

Apa kata kalau kita ada emas. Di zaman Nabi Muhammad SAW, saya boleh membeli seekor kambing dengan 4.25g (bersamaan 1 dinar). Di zaman ini, saya perlu 4.3g emas 999.9 (bersamaan RM650-800) untuk memperolehi seekor kambing. Ini bermakna dengan mata wang emas nilainya juga tidak akan susut berzaman-zaman, SubhanAllah!

© 2012

Page 5: Emas/Perak - Duit Sunnah

Kenapa harga emas akan sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang?• Inflasi – kelemahan dan krisis ekonomi dunia yang tiada kesudahannya• Mengambil/memberi Riba – berleluasa• Bekalan wang kertas meningkat – mencetak duit tanpa batasan!• Belanjawan negara dan rakyat yang sentiasa berhutung• Bank-bank pusat dunia akan sentiasa membeli emas (25% sejak 2008)• Bekalan emas (galian baru) berkurangan• Pengunaan duit elektronic yang meluas ((97% transaksi dunia)• Spekulasi dan manupulasi bukan pelaburan – berjudi dan penipuan!• Dan lain-lain sebab seperti perang, krisis politik dan jatuh kepercayaan keatas matawang dunia

Asasnya, sebab-sebab diatas amat negative (zalim serta mengundungi elemen-elemen penipuan dan tamak) dan menyebabkan ekonomi negara serta global tidak menentu. Dalam masa terdekat dan jangka panjang, harga emas akan tetap naik atau dipandang daripada sudut yang lebih tepat lagi, nilai sebenar duit kertas yang kita guna setiap hari, akan sentiasa menurun!

Berganda 5X sejak 10 tahundahulu

Harga Emas40 tahun

© 2012

Page 6: Emas/Perak - Duit Sunnah

SPEKULASI HARGA ITU HARAM

Terkini, spekulasi harga emasberleluasa

SPEKULASI = JUDI

BELILAH EMAS KERANA ALLAH

Tentu sekali bila emas tiada di tangan, NIAT pembelian bukan untuk menggunakannya sebagai DUIT SUNNAH –

terang-terang ianya sekadar SPEKULASI dan perjudian yang HARAM –menyimpan bertujuan meraih keuntungan bila harga emas naik

Ramai membeli emas melalui akaun emasApakah tujuan mereka berbuat begitu?

TERJEBAK

© 2012

Page 7: Emas/Perak - Duit Sunnah

KUASA BELI dan KEBERKATAN EMAS DINAR – petikan Hadith

Dilaporkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Perkataan ” Dinar” bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia “Denarius”

BERKATLAH SESEORANG ITU APABILA IA BERJUAL-BELI DAN BERAQAD (TRANSAKSI) DENGAN EMAS – Duit Sunnah!

© 2012

Page 8: Emas/Perak - Duit Sunnah

Berjihadlah! – gunalah emas/perak sebagai wang700 – 1924 Masihi: Sejak awalnya, umat Islam telah mengunakan emas syiling (Dinar) sebagai wang mereka. Emas Gold Dinar telah menjadi mata wang Islam yang rasmi hinggalah kejatuhan Kerajaan Ottoman pada 1924... Selama 88 tahun, Dinar (emas) dan dirham (perak) hilang kegunaan sebagai mata wang Islam!

Cara-cara emas boleh digunakan sebagai duit di masa kini –• Sandarkan gaji/pendapatan kepada emas untuk pembelanjaan harian• Beli kenderaan, rumah atau apa jua aset dengan emas• Tambah pemegangan emas/perak sebagai simpanan hari hujan• Bayar zakat dengan emas• Bagi pinjaman/sedekah dengan emas• Pergi Umrah/Haji dengan mengunakan emas• Biayai kos pendidikan anak-anak dengan emas• Emas untuk melabur dalam perniagaan yang tulen lagi halal• Menukarkan hasil tuai kepada emas dan perak• Wakaf/Wasi'at dengan emas

© 2012

Page 9: Emas/Perak - Duit Sunnah

Apa anda perlu tahu tentang emas

Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan para rasul Kami (Allah) dengan bukti-bukti yang nyata, dan Kami (Allah) turunkan bersama mereka kitab dan mizan (neraca) supaya berdirilah manusia dengan keadilan. Dan Kami (Allah) turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya dibuktikan Allah siapa yang menolong-Nya dan para rasul-Nya dengan ghaib. Sesungguhnya Allah adalah al-Qawiyy (Maha Kuat), lagi al-‘Aziz (Maha Perkasa) – Al-Hadid (57);25.

A. Di mana asalnya emas dan perak?Allah swt berfirman –

Jelas bahawa pada kurun ke-7, Allah telah memberitau kita besi (serta unsur-unsur berat seperti tembaga, aluminum, plumbub, zinc, platinum, rodium, uranium, emas, perak dan lain-lain) diturunkan dari langit (dari bintang-bintang gergasi yang jauh), sekali sahaja (anzalna), melalui meteor-meteor, seperti mana juga Hajar Al-Aswad diturunkan ke dunia. Maklumat ini baru difahami oleh para ilmuwan astronomi moden pada abad ke-20. MasyaAllah!

Emas/perak asalnya bukan dari bumi tetapi di langit!

Emas/perak amat terhad! – hanya sekali sahaja ia diturunkan ke bumi

Rahmat Allah! - Amat berkat jika memilikinya dan menggunkannya

�اب� �ت ك ال م�ع�ه%م% �ا ن ل �نز� و�أ �ات� /ن �ي ب �ال ب �ا �ن ل س% ر% �ا ن ل س� ر� أ �ق�د ل

و ق�س ط� �ال ب �اس% الن �ق%وم� �ي ل ان� م�يز� � ال�حد�يد نزل�ناأو�الم�ن �ه% الل �م� �ع ل �ي و�ل �اس� �لن ل �اف�ع% و�م�ن د�يد> ش� س>

�أ ب ف�يه�ع�ز�يز> Aو�ي�ق �ه� الل �ن� إ ب� غ�ي �ال ب �ه% ل س% و�ر% ه% �نص%ر% ي

© 2012

Page 10: Emas/Perak - Duit Sunnah

Apa anda perlu tahu tentang emas

B. Berat dan kualiti emas• Berat emas ditimbang mengunakan unit gram, kilogram atau ounce

• 1 ounce (oz.) bersamaan 31.105g• 1 dinar – 4.25g

• Gred-gred atau kehalusan atau ketulenan emas di ukur dengan ‘karat’nya –• 24K atau peratusan emas 99.99% atau 999.9 atau emas 10• 22.8K atau peratusan emas 95.0% atau 950 atau ‘emas kelantan’• 22K atau peratusan emas 91.6% atau 916• 20K atau peratusan emas 83.5% atau 835• 19K atau peratusan emas 80.0% atau 800 atau ‘emas paun’• 18K atau peratusan emas 75.0% atau 750• 14K atau peratusan emas 58.5% atau 585 atau emas campur• 9K atau peratusan emas 37.5% atau 375 atau suasa

India to pay for Iran's oil in goldJanuary 24, 2012 18:27 IST

Breaking News Mengatasi kezaliman dengan emas!

Emas putih juga emas, hanya ia dicampurkan dengan logam putih seperti platinum, rhodium, perak dan lain-lain

© 2012

Page 11: Emas/Perak - Duit Sunnah

Apa anda perlu tahu tentang emas

C. Harga emas• Harga spot emas

• Di Malaysia – RM/g, seperti terdapat di laman web: http://www.mks.ch/mobile/myr/• Di USA - US$/oz., seperti terdapat di laman web: http://www.kitco.com/kitco-gold-index.html

• Harga emas retail (Federation of Goldsmith and Jewelers Association of Malaysia)• Selalulunya, 20% daripada harga spot• Harga di kedai emas, sebelum upah, seperti terdapat di laman web: http://www.fgjam.org.my/

• Harga emas ar-rahnu• 12-17% daripada harga spot• Harga digunakan untuk menilai Marhun, seperti terdapat di laman web: http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/

© 2012

Page 12: Emas/Perak - Duit Sunnah

Apa anda perlu tahu tentang emasC. Pengiraan harga emas –

Berat emas (g) X harga spot (RM/g) X perpuluhan kandungan emas; dan ditambah premiumnya serta upah beliannya (jika pembelian melaluiwakil)Contoh:Australian Nugget 1 oz, 999.9 pada 24/1/12; harga spot RM167.12/g;1oz = 31.105g; Premium – 5%, Upah pembelian 2%

31.105 x 167.12 x .9999 = RM5,197.75Premium = 5,197.75 x 5% = RM259.89Upah pembelian = (5,197.75 + 259.89) x 2% = RM109.15Jadi, harga belian emas = RM5,197.75 + RM259.89 + RM109.15

= RM5,566.79

Premium Emas 999.9 (24k) Tarikh 14/1/21 Spot price , RM/g 165.66Nubex 4-14% rantai, dinar

OUB 5-9% coins Maybank 7-9% coins

Agent/Individual 10-20% bermacam Public Gold 10-24% bar Kedai emas 20% keatas bermacamcampur upah tukang

Khalidahessa 7-16% coins, dinar, rantai 2 % Upah pembelian

© 2012

Page 13: Emas/Perak - Duit Sunnah

Ar-RahnuPajak Gadai Islam yang berdasarkan Syariah – Al-Qard (pinjaman atas principal sahaja), Al-Wadi'ah (simpanan berjamin) serta Al-Ujrah (Upah simpanan al-Marhun) sebagai sumber pembiayaan serta-merta untuk menolong individu mengatasi keperluan aliran tunai, memberi peluang-peluang simpanan beruntung serta mengelak aktiviti-aktiviti pinjaman haram. Ar-Rahn, kontrak Syariah yang dikenali sebagai sunnah selepas Nabi Muhammad SAW wafat bila diketahui bahawa Rasullah telah meninggalkan perisai besinya sebagai cagaran kepada seorang Yahudi atas pinjaman beliau sebelum itu. Juga, Allah berfirman – fا �ب �ات ك �ج�د%وا ت �م و�ل jر�ف س� ع�ل�ى %م %نت ك �ن �م�ن� ر�ه�ان>ف�و�إ أ �ن ف�إ %وض�ة> م�ق ب

� و�ال �ه% ب ر� �ه� الل �ق� �ت ي و�ل �ه% �ت م�ان� أ %م�ن� اؤ ت �ذ�ي ال %ؤ�د/ ي ف�ل �ع ضfا ب %م �ع ض%ك ب

%ون� �ع م�ل ت �م�ا ب �ه% و�الل %ه% ب ق�ل �م> آث �ه% �ن ف�إ %م ه�ا ت �ك ي و�م�ن ه�اد�ة� الش� %م%وا ت �ك ت�يم Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati>ع�ل

jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

© 2012

Page 14: Emas/Perak - Duit Sunnah

Ar-Rahnu X’Change hanya menerima –• Syiling Canadian Maple Leaf• Syiling Australian Nugget • Syiling Kijang Mas Coins• Dinar Emas Kelantan• Emas 1Asia Gold• Barang kemas emas

65% Pinjaman keatas Marhunnya berdasarkan harga emas ar-Rahnu

0.75% sebulan – Upah simpanan

Ar-Rahnu© 2012

Page 15: Emas/Perak - Duit Sunnah

Plan Beli-1-dapat-5

MEMBENA KEKAYAAN

Beli 1 barangan emas, kemudian rihankannya untuk mendaptkan wang tunai. Top-up duit ar-Rahnu dengan wang sendiri dan pergi beli barangan emas yang serupa. Seterusnya, rihan barangan emas yang dibeli tadi. Kemudian top-up dengan duit sendiri dan beli satu lagi barangan emas yang serupa. Ulangi proses ini sebanyak 5 kali. Simpan barangan kemas yang ke-5 sebagai ‘Queen’. Tunggu hingga harga emas naik ketahap yang sesuai dan rihan ‘Queen’ tadi, dan tebus kelima-lima barangan emas anda daripada Ar-Rahnu, Insyallah.

Ar-Rahnu

Tambah pemegangan emas sebagai simpanan hari hujan

© 2012

Page 16: Emas/Perak - Duit Sunnah

Ar-RahnuKira-mengira Ar-Rahnu

Contoh:Australian Nugget 1 oz. (31.105g), 999.9 pada 25/1/12; harga ar-rahnu RM188.12/g (24K);

1. MarhunBerat emas (g) X harga ar-rahnu (RM/g) mengikut grednya

31.105 x 188.12 = RM5,851.472. Pinjaman

Marhun (RM) X 65% RM5,851.47 x 65% = RM3,803.46

Nota: Dengan pinjaman ini, % pegangan anda keatas barangan emas yang dirihankan hanya 35%

3. Upah Simpanan Marhun (RM) X 0.75% RM5,851.47 x 0.75% = RM43.89 sebulan atau RM43.89 x 6 = RM263.34 setiap 6 bulan

Disyorkan bahawa dalam masa barangan emas berada di Ar-Rahnu, pinjaman dibayar balik untuk meningkatkan % pegangan emas anda di Ar-Rahnu keatas setiap barangan yang dirihankan. Umpamanya, setelah selesai melaksanakan ‘Plan-1-dapat-5’, bolehlah pinjaman dibayar balik mengikut kemampuan. Walaubagaimanapun, upah wajib dibayar setelah matang (dalam masa 6 bulan) untuk mengelakkan barangan dilelong. Setelah upah dibayar, Ar-Rahnu barangan tersebut boleh disambung dan proses pengambungan dibuat dengan persetujuan pihak Ar-Rahnu. Di Ar-Rahnu X’Change tiada had masa untuk penyambungan, asalkan upah dibayar mengikut jadual.

© 2012

Page 17: Emas/Perak - Duit Sunnah

Re-Ar-Rahnu atau ‘Overlap’

Ar-Rahnu

Peringatan! Untuk barangan emas yang dirihankan sediakan ‘Queen’ untuk tujuan menebus – Jangan simpan duit untuk menebus emas

Jika anda tidak mempunyai wang membayar upah, mithalnya pada tarikh matang (6 bulan), anda boleh melakukan Re-Ar-Rahnu atau juga dipanggil ‘Overlap’. Re-Ar-Rahnu adalah tebusan dan merihankan semula secara kontra and serta-merta seperti contoh berikut –

Australian Nugget 1 oz. (31.105g), 999.9 pada 25/1/12; Harga ar-rahnu RM188.12/g; kemudian pada 24/7/12, Harga ar-rahnu RM207.03

Mula syiling dirihankan (25/1/12), pinjaman RM3,803.46, upahnya RM263.34 untuk 6 bulanSelepas 6 bulan –• Marhunnya – 31.105 x 207.12 = RM6,439.70. Jika dirihankan semula pinjaman barunya – RM6,439.70 x 65% = RM4,185.80 Dikontrakan dengan pinjaman lama, lebihannya – RM4,185.80 – RM3,803.46 = RM382.34• Upah – Ditolak upah lama, lebihan yang perolehi ialah RM382.34 – RM263.34 = RM119.00

Kemudian, anda akan meneterai penjanjian Ar-Rahnu yang baru dengan pinjaman RM4,185.80, Upah RM289.79 untuk 6 bulan dan anda akan menerima wang lebihan sejumlah RM119.00 daripada pihak Ar-Rahnu.

Proses ini boleh diulangi. Sebaiknya, bayarlah upah jika ada wang supaya nilai pegangan emas meningkat. Kemudian, bolehlah gunakan ‘Queen’ untuk menebus semula emas yang berada didalam Ar-Rahnu apabila harga emas naik ketahap yang sesuai.

© 2012

Page 18: Emas/Perak - Duit Sunnah

Mainlah Kutu dengan Emas© 2012

1 oz

1/2oz

1/4oz

1/10oz

1/20oz

RM5,632

RM2,892

RM1,550

RM645

RM403

Harga berubah setiap hari

Betul ke Main Kutu Ni Adil? Sebagai contoh, ada 20 orang yang menjadi peserta dan jumlah kutipan bulanan yang dipersetujui antara mereka adalah sebanyak RM100. Jadi, setiap seorang akan mengeluarkan RM100 setiap bulan selama 20 bulan. Peserta akan mengundi sesama mereka bagi mendapatkan nombor giliran. Jadi, setiap peserta akan mendapat sebanyak RM2,000 apabila sampai ke nombor giliran mereka. Secara matematiknya, adil bagi setiap orang peserta kerana mereka bayar RM100 setiap bulan selama 20 bulan dan masing-masing menerima RM2,000. Jika mereka bermula pada Januari 2010, maka giliran peserta terakhir adalah pada Ogos 2011. Jadi, apabila peserta yang memegang nombor giliran no.1 mendapat RM2,000 pada bulan Januari 2010, peserta ke-20 juga mendapat RM2,000 pada bulan Ogos 2011. Adakah ini adil?Sekali lagi, secara matematiknya, ianya dilihat adil. Tetapi secara ekonominya, jauh sekali untuk mengatakannya adil. Kenapa? Cuba kita bandingkan harga barang pada bulan Januari 2010 dengan Ogos 2011, adakah harga barang ketika itu sama? Adakah dengan nilai RM2,000 pada Ogos 2011 masih boleh membeli barang yang sama dengan nilai RM2,000 pada Januari 2010? Inflasi kenaikan harga barang di Malaysia adalah sekitar 4-6% setahun. Jadi, inflasi kenaikan harga barang dalam masa 20 bulan itu (1 tahun 8 bulan) menyamai inflasi sebanyak 8-10%.

Ini membuktikan sistem kutu menggunakan wang kertas

sama sekali tidak adil di kalangan setiap peserta lebih-lebih lagi antara pemegang giliran No.1 dengan No.20 kerana nilai RM2,000 itu semakin berkurang!

TAK ADIL! = PENERIMA TERAKHIR DAPAT DUIT YANG NILAINYA TELAH JATUH

Rantai Tangan Pasir, Emas 1010g – RM1,97320g – RM3,77150g – RM9,363Harga berubah setiap hari

Page 19: Emas/Perak - Duit Sunnah

Mainlah Kutu dengan Emas© 2012

1 oz

1/2oz

1/4oz

1/10oz

1/20oz

RM5,632

RM2,892

RM1,550

RM645

RM403

Harga berubah setiap hari

Keadah Main Kutu Emas

1. Dapatkan persetujuan menerima syiling emas atau barang kemas emas apabila sampai giliran

2. Setiap awal bulan Ketua memungut pembayaran mengikut kadar semasa pertukaran emas dengan duit ringgit – sila lihat contoh.

3. Setiap bulan Ketua akan membeli emas dari wakil-wakil atau agen-agen emas dengan aqad (ijab/kabul) pembelian emas mengikut hukum Syara’.

4. Ketua akan menyerahkan emas yang dibeli kepada peserta yang naik gilirannya

5. Proses ini diulangi hingga semua peserta menerima emasnya.Contoh pungutan kutu emas

20 orang peserta bersetuju untuk menerima syiling 1 oz Maple Leaf sebagai pembayaran giliran.Awal Bulan 1, 1 oz = RM5,700 Tiap-tiap peseta perlu bayar RM5,700/20 = RM285.00Awal Bulan 2, 1 oz = RM5,800 Tiap-tiap peserta perlu bayar RM5,700/20 = RM290.00Awal Bulan 2, 1 oz = RM5,900 Tiap-tiap peserta perlu bayar RM5,700/20 = RM295.00 Dan seterusnya …

KEADILAN + BARAKAH

Rantai Tangan Pasir, Emas 1010g – RM1,97320g – RM3,77150g – RM9,363

Peserta boleh jual emas untuk dapatkan duitatau lebih baik lagi,

Rihankan emas dan dapatkan duit(DUIT ADA, EMAS MASIH DIMILIKI)

Harga berubah setiap hari