Emosi Asas Manusia

3
Emosi Asas Manusia Apakah emosi asas manusia (primary emotion) manusia? Bagi setiap emosi asas, senaraikan ahli emosi yang berkaitan. Perkataan ‘emosi’ mempunyai definisi yang amat luas dan kompleks. Emosi mempunyai maksud yang lebih luas daripada perasaan. Oleh itu, pelbagai teori telah dikeluarkan untuk menerangkan maksud emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif di mana sistem neural dan hormonal menjadi pengantarnya. Subjektif selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu. Setiap individu mempunyai emosi sendiri. Terdapat banyak jenis emosi asas manusia yang kerap dirasai oleh kita. Contoh emosi asas manusia ialah perasaan gembira, simpati, malu, sedih, marah dan takut. Berikut ialah huraian dan contoh situasi emosi asas manusia. Contoh emosi asas manusia yang pertama ialah perasaan gembira. Apabila seseorang berasa gembira, mereka akan melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka berkongsi perkara yang gembira itu dengan orang lain. Perasaan gembira membuatkan seseorang berasa bersemangat dan melupakan masalah yang dihadapi seketika. Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu. Kadang kala, perasaan gembira itu terlampau dan akan menyebabkan seseorang itu menangis. Contohnya, apabila seseorang peserta nyanyian berjaya memenangi sesuatu pertandingan, individu tersebut akan berasa gembira dan akan memberitahu berita itu kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga dan sebagainya. Contoh emosi asas manusia yang kedua ialah perasaan marah. Marah ialah emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai dan bimbang. Kemarahan itu kadangkala sukar untuk dikawal sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang manusia sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Apabila kita marah

description

Emosi Asas Manusia

Transcript of Emosi Asas Manusia

Page 1: Emosi Asas Manusia

Emosi Asas Manusia

Apakah emosi asas manusia (primary emotion) manusia? Bagi setiap emosi asas,

senaraikan ahli emosi yang berkaitan.

Perkataan ‘emosi’ mempunyai definisi yang amat luas dan kompleks. Emosi

mempunyai maksud yang lebih luas daripada perasaan. Oleh itu, pelbagai teori telah

dikeluarkan untuk menerangkan maksud emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna

(1981), emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara

subjektif dan objektif di mana sistem neural dan hormonal menjadi pengantarnya.

Subjektif selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta

sebenar manakala  objektif ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan

sesuatu.

Setiap individu mempunyai emosi sendiri. Terdapat banyak jenis emosi asas

manusia yang kerap dirasai oleh kita. Contoh emosi asas manusia ialah perasaan

gembira, simpati, malu, sedih, marah dan takut. Berikut ialah huraian dan contoh situasi

emosi asas manusia.

Contoh emosi asas manusia yang pertama ialah perasaan gembira. Apabila

seseorang berasa gembira, mereka akan melahirkan rasa seronok dan menggalakkan

mereka berkongsi perkara yang gembira itu dengan orang lain. Perasaan gembira

membuatkan seseorang berasa bersemangat dan melupakan masalah yang dihadapi

seketika. Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit

serta bibir berbentuk perahu. Kadang kala, perasaan gembira itu terlampau dan akan

menyebabkan seseorang itu menangis. Contohnya, apabila seseorang peserta

nyanyian berjaya memenangi sesuatu pertandingan, individu tersebut akan berasa

gembira dan akan memberitahu berita itu kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga

dan sebagainya.

Contoh emosi asas manusia yang kedua ialah perasaan marah. Marah ialah

emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan,

takut, rasa tidak dihargai dan bimbang. Kemarahan itu kadangkala sukar untuk dikawal

sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang manusia sendiri tidak bermaksud

untuk melakukannya. Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindak balas terhadap

rangsangan emosi tersebut. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung

berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu

bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk. Contohnya,

apabila seorang anak bersikap nakal, ibu akan berasa marah. Sesetangah ibu akan

memarahi anaknya, sesetangah ibu pula akan cuba berbincang dengan anaknya

dengan tenang.

Page 2: Emosi Asas Manusia

Contoh emosi asas manusia yang ketiga ialah perasaan bangga. Perasaan ini

tercetus apabila seseorang berasa dirinya dihormati dan dihargai oleh orang lain atau

apabila ia mencapai apa yang diharapkan. Perasaan bangga juga boleh tercetus

apabila seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri. Selain itu,

rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang

dimilikinya oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang pelakon akan berasa bangga

apabila diri mereka dipuji kerana mempunyai bakat dalam lakonan. Perasaan bangga

juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu

terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin

mulai menjadi sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak

mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.

Contoh emosi asas yang seterusnya ialah perasaan sedih. Emosi sedih akan

timbul apabila seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan,

menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi

sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila

seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya.

Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar telah gagal dalam peperiksaan, dia akan

berasa sedih. Pada masa itu, pelajar tersebut perlulah berjumpa dengan rakan-rakan

atau ahli keluarganya untuk meluahkan perasaan sedihnya supaya tidak menimbulkan

fikiran yang negatif.

Setiap hari, kita akan berhadapan dengan banyak perkara dan akan mengalami

banyak emosi. Kita perlulah bijak mengendalikan emosi kita dan meluahkan emosi kita

melalui saluran yang betul. Penguasaan emosi yang efektif dapat menjamin

kesejahteraan dan keharmonian masyarakat kita