Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan … Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan Kiri...

2
Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan Kiri Megat Farril, Mohd. Izmir Yamin, Muhamad Shahril, Syahrizal Salleh KUALA LUMPUR 11 Mei - Sebanyak empat daripada 13 pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) siri pertama anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berkongsi perancangan perniagaan masing-masing bagi menarik pendapatan lebih tinggi sepanjang tahun ini. Mereka ialah Pengasas SuperEnchipment Technology Solution Sdn. Bhd. (SuperEnchipment), Megat Farril Robert Rizal; Ketua Pegawai Eksekutif Independence- X Aerospace Sdn. Bhd. (Independence-X Aerospace), Mohd. Izmir Yamin; Pengasas Aiis Solutions Sdn. Bhd. (ASSB), Muhamad Shahril Shahbudin dan Pengarah Urusan Limesight Communications Sdn. Bhd. (LCSB), Syahrizal Salleh. Megat Farril dari SuperEnchipment berkata, beliau menyasarkan produknya iaitu perisian penyelesaian keselamatan, Encr8tor Xlayer untuk pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agensi-agensi kerajaan. Publication Utusan.com.my Section /Page No. Online Date Sun, 11 th May 2014 Lead Article Headline Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan

Transcript of Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan … Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan Kiri...

Page 1: Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan … Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan Kiri Megat Farril, Mohd. Izmir Yamin, Muhamad Shahril, Syahrizal Salleh KUALA LUMPUR 11 Mei

Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan

Kiri Megat Farril, Mohd. Izmir Yamin, Muhamad Shahril, Syahrizal Salleh

KUALA LUMPUR 11 Mei - Sebanyak empat daripada 13 pemenang Skim Usahawan

Permulaan Bumiputera (Superb) siri pertama anjuran Unit Peneraju Agenda

Bumiputera (Teraju) berkongsi perancangan perniagaan masing-masing bagi menarik

pendapatan lebih tinggi sepanjang tahun ini.

Mereka ialah Pengasas SuperEnchipment Technology Solution Sdn. Bhd.

(SuperEnchipment), Megat Farril Robert Rizal; Ketua Pegawai Eksekutif Independence-

X Aerospace Sdn. Bhd. (Independence-X Aerospace), Mohd. Izmir Yamin; Pengasas

Aiis Solutions Sdn. Bhd. (ASSB), Muhamad Shahril Shahbudin dan Pengarah Urusan

Limesight Communications Sdn. Bhd. (LCSB), Syahrizal Salleh.

Megat Farril dari SuperEnchipment berkata, beliau menyasarkan produknya iaitu

perisian penyelesaian keselamatan, Encr8tor Xlayer untuk pasaran perusahaan kecil

dan sederhana (PKS) dan agensi-agensi kerajaan.

Publication Utusan.com.my Section /Page

No. Online

Date Sun, 11th May 2014 Lead Article

Headline Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan

Page 2: Empat Pemenang Superb Kongsi Perancangan … Pemenang Superb Kongsi Perancangan Perniagaan Kiri Megat Farril, Mohd. Izmir Yamin, Muhamad Shahril, Syahrizal Salleh KUALA LUMPUR 11 Mei

Katanya, syarikatnya mampu menghasilkan sebanyak 10 lapisan perisian

keselamatan untuk PKS dan tiada had lapisan untuk agensi-agensi kerajaan

terutamanya dalam sektor pertahanan.

“Sekarang, kita berhadapan dengan perang siber yang memerlukan kawalan

keselamatan yang lebih kuat. Perisian yang dicipta oleh saya mengambil masa

selama tiga tahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan produk ini

antara yang terbaik di dunia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ibu

pejabat Teraju di sini baru-baru ini.

Sementara Mohd. Izmir dari Independence-X Aerospace pula berkata, produk

syarikatnya iaitu mengukur muatan angin dijangka menjadi trend di dunia tidak lama

lagi.

Setakat ini ujar beliau, pihaknya memberi tumpuan dalam pengukuran muatan angin

untuk sektor automotif kerana fakta terkini menunjukkan 300 reka bentuk kenderaan

baharu dihasilkan setiap tahun.

“Kami boleh mengukur muatan angin menerusi peralatan yang boleh diterjemahkan

di dalam paparan skrin tiga dimensi. Sasaran pasaran kami selepas ini dalam

perkhidmatan yang lebih meluas termasuk pengukuran angin di dalam industri

minyak wangi dan penyerapan asap untuk alam sekitar," ujarnya.

Muhamad Shahril dari ASSB pula memberitahu, produk syarikatnya iaitu teknologi ais

kering yang dibawa dari Jerman menyasarkan pasaran dalam kalangan pengendali

syarikat penerbangan seluruh dunia.

Katanya, produknya mampu membersihkan turbin angin pada pesawat yang

membolehkan penjimatan bahan api sebanyak satu peratus setahun.

“Kami telah mendapat kontrak pembersihan turbin pesawat daripada sebuah

syarikat penerbangan nasional," jelasnya.

Syahrizal dari LCSB pula memberitahu, produknya iaitu bank tenaga (power bank)

tanpa wayar bakal menjadi trend di Malaysia berikutan saiznya yang kompak dan

mudah dibawa ke mana-mana.