Enomena Alam Seperti Mendung

1
Fenomena alam seperti mendung, ribut dan hujan telah menjadi sebahagian bahasa alam yang berperanan besar dalam komunikasi kehidupan orang Melayu. Sediakan payung sebelum hujan contohnya membawa makna sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Peribahasa ini sangat mudah difahami. Namun, kesannya sangat mendalam dan cukup luas. Tidak semestinya payung saja yang perlu disediakan sebelum hujan turun, tetapi dalam konteks yang lebih luas. 1. Diri manusia itu sendiri wajib dijaga, dipelihara dan disantuni kerana ia amanah. 2. Kesihatan diri juga wajib dipelihara kerana tanpanya, sebahagian kebahagian hidup akan hilang serinya. 3. Fikir secara bijaksana dan jauh kehadapan sebelum melakukan sesuatu juga teramat penting kerana implikasinya sampai ke Akhirat nanti. Dan banyaklah lagi. Ringkasnya, kita tak mahu basah kuyup akibat kealpaan dan kejahilan diri sendiri yang memandang remeh fungsi payung itu. Akibatnya, jadilah kita seperti yang seringkali disebut sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi . Apabila ia melibatkan penyesalan yang hakiki di Akhirat nanti, menangis air mata darah pun sudak tidak berguna lagi. JM : Peribahasa melayu sangat indah dan berbunga-bunga.

description

pelajaran

Transcript of Enomena Alam Seperti Mendung

Fenomena alam seperti mendung, ribut dan hujan telah menjadi sebahagian bahasa alam yang berperanan besar dalam komunikasi kehidupan orang Melayu.Sediakan payung sebelum hujan contohnya membawa makna sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Peribahasa ini sangat mudah difahami. Namun, kesannya sangat mendalam dan cukup luas. Tidak semestinya payung saja yang perlu disediakan sebelum hujan turun, tetapi dalam konteks yang lebih luas.1. Diri manusia itu sendiri wajib dijaga, dipelihara dan disantuni kerana ia amanah.2. Kesihatan diri juga wajib dipelihara kerana tanpanya, sebahagian kebahagian hidup akan hilang serinya.3. Fikir secara bijaksana dan jauh kehadapan sebelum melakukan sesuatu juga teramat penting kerana implikasinya sampai ke Akhirat nanti.Dan banyaklah lagi. Ringkasnya, kita tak mahu basah kuyup akibat kealpaan dan kejahilan diri sendiri yang memandang remeh fungsi payung itu.Akibatnya, jadilah kita seperti yang seringkali disebut sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. Apabila ia melibatkan penyesalan yang hakiki di Akhirat nanti, menangis air mata darah pun sudak tidak berguna lagi.JM : Peribahasa melayu sangat indah dan berbunga-bunga.