Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

47
Entiti Perniagaan di Malaysia Zuhairah Ariff Abd Ghadas SME Workshop- IIUM/SME Corp 1 July 2012

description

 

Transcript of Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Page 1: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Entiti Perniagaan di Malaysia

Zuhairah Ariff Abd GhadasSME Workshop- IIUM/SME Corp

1 July 2012

Page 2: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Pengenalan

• Di Malaysia, ada empat jenis entiti perniagaan yang boleh di tubuhkan:i. Pemilikan Tunggal (sole proprietorship)ii. Perkongsian(Partnership)iii. Syarikat(Company)iv. Koperasi (Cooperative)Terbaru- Perkongsian Liabiliti Terhad (Limited

Liability Partnerships)

Page 3: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Perniagaan Perseorangan/Pemilik Tunggal

• Bilangan Ahli: 1 orang • Undang-undang: Akta Pendaftaran Perniagaan

1956 • Pengurusan: Pengurus (Pemilik/Tuanpunya)

serta pekerja-pekerjanya • Tanggungan: Tidak terhad • Pembahagian Keuntungan: Untuk seorang

sahaja

Page 4: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Peniagaan/Pemilikan Tunggal• Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 :

“perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja”.

• Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya.

Page 5: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal.

• Entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

Page 6: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

KEBAIKAN P.TUNGGAL• Mudah untuk diurus dan dibubarkan;• Kebebasan pemilik bertindak dan mengawal;• Keuntungan yang diperolehi adalah hak pemilik

seorang;• Maklumat kewangan tidak terdedah kepada

semakan awam;• Dari sudut percukaian, kerugian perniagaan

boleh ditolak dengan pendapatan persendirian lain seperti penggajian, dividen, sewa dan lain-lain.

• Tidak banyak birokrasi, peraturan dan perundangan.

Page 7: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

KEBURUKAN P.TUNGGAL

• Rumit mendapat pembiayaan;• Tanggungan perniagaan yang tidak terhad;• Jangka hayat perniagaan bergantung kepada

jangka hayat pemilik (perniagaan ditutup/tamat sekiranya pemilik meninggal dunia);

Page 8: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Perkongsian

• Bilangan Ahli: 2 orang hingga 20 orang • Undang-undang: Akta Pendaftaran Perniagaan

1956 dan Akta Perkongsian 1961 • Pengurusan: Pengurus dan Rakan Kongsi • Tanggungan: Tidak terhad. Pihak pemiutang

boleh menuntut kerugian daripada mana-mana ahli kongsi tersebut sehingga boleh melibatkan harta-harta persendirian.

• Pembahagian keuntungan bergantung kepada peratus pegangan saham atau perjanjiaan antara ahli-ahli kongsi.

Page 9: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Perkongsian (Partnership)

• Perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

• Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961:“ Relation which subsist between persons carrying on business in common with a view of profit “

Page 10: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Seksyen 47(2) Akta Perkongsian dan Seksyen 14(3)(b) Akta Syarikat: Bilangan pekongsi adalah diantara 2-20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, tidak ada had keahliaan maksima.

Page 11: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi- Seksyen 6 Akta Perkongsiaan 1961.

• Liabiliti perkongsi tidak terhad. Pemiutang perkongsiaan berhak menuntut wang dari setiap perkongsi untuk melunaskan hutang perniagaan. Jika pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya.- Seksyen 7 & 11 Akta Perkongsiaan 1961.

Page 12: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi.

• Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa, tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain.

• Keuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut perjanjian.

Page 13: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Kebaikan Perkongsian• Kemudahan mendapat kredit dan sumber modal

lebih besar berbanding pemikilan tunngal;• Tanggungjawab diagihkan;• Maklumat kewangan tidak terdedah kepada

semakan awam;• Dari sudut percukaian, kerugian perniagaan

boleh ditolak• dengan pendapatan persendirian lain seperti

penggajian, dividen, sewa dan lain-lain;• Kepelbagaian idea, kebolehan dan kemahiran.

Page 14: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Keburukan Perkongsiaan

• Tanggungjawab tidak terhad, walaupun terhadap rakan kongsi yang pasif;

• Keuntungan terpaksa dibahagi, bergantung kepada peratus pegangan saham keuntungan antara ahli-ahli;

• Jangka hayat perniagaan bergantung kepada jangka hayat rakan kongsi (perniagaan

• Boleh ditutup/tamat sekiranya mana-mana rakan kongsi meninggal dunia.

Page 15: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Syarikat (Sendirian, Sendirian Berhad Dan

Berhad)• Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965.• Entiti yang sah dan terpisah daripada pemilik• Terbahagi kepada 3 bentuk :

(i) Syarikat Berhad oleh Syer (ii) Syarikat Berhad oleh gerenti/jaminan (iii) Syarikat tak berhad dengan atau

tanpa modal syer.

Page 16: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Ciri- ciri Syarikat

• Seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965:Syarikat mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu mempunyai namanya sendiri, boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, mempunyai aset atas namanya sendiri, hayat yang bersepanjangan sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Page 17: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Syarikat Berhad oleh Syer

• Syarikat Berhad oleh syer terbahagi kepada dua jenis iaitu:

–Syarikat Sendirian Berhad –Syarikat Berhad

Page 18: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

• Bilangan Ahli :2 orang hingga 50 orang • Undang-undang: Akta Syarikat, 1965 • Pengurusan: Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa oleh

ahli-ahli syarikat/pemegang saham untuk melantik pasukan pengurus untuk mengurus operasi syarikat. Biasanya pasukan pengurus sesebuah syarikat terdiri dari:

Page 19: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Setiausaha Syarikat • Juruodit • Tanggungan:Terhad kepada saham yang dimiliki• Pembahagian Keuntungan: Melalui dividen

mengikut keuntungan syarikat seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat agong.

• Pindahmilik Saham: Dikuasai oleh Pengarah dan Mesyuarat Agong.

• Syarikat dilarang menjemput orangramai membeli saham & mendepositkan wang.

Page 20: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Syarikat Berhad dengan Gerenti/Jaminan

• Syarikat yang ditubuhkan tanpa modal untuk tujuan kebajikan, pelajaran, sukan, seni, sains, ugama dan lainlain.

• Sumber kewangan adalah melalui derma orang ramai atau sumbangan dari pihak kerajaan dan swasta. Keuntungan sekiranya ada, tidak boleh diarihkan kepada ahli sebaliknya dilaburkan semula ke dalam syarikat. Contoh: UIAM, Yayasan Pelajaran MARA, Yayasan Johor, Tabung Pelaburan Perwira, Yayasan Islam dan sebagainya.

Page 21: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Syarikat Awam Berhad (Bhd.)• Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

yang mempunyai modal saham yang boleh ditawarkan kepada orangramai.

• Mempunyai sifat-sifat yang sama dengan Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaan utama nya adalah dari segi pemilikan perniagaan.

• Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa.

• Bilangan Ahli tidak terhad-Sekurang-kurangnya 2 orang dan keahlian dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli.

Page 22: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Pindahmilik saham syarikat adalah bebas tanpa apa-apa syarat terutama syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham. Pindahmilik dibuat melalui broker saham tanpa membebankan ahli atau syarikat.

• Syarikat boleh menjemput orangramai membeli sahamnya dengan mengeluarkan prospektus yang dicetak dan diedarkan kepada orangramai melalui surat khabar, broker saham, rumah terbitan dan bank.

• Penjualan dibuat secara tunai.

Page 23: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.

• Dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad".

Page 24: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.

Page 25: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Kelebihan perniagaan perseorangan dan perkongsian. • Kelebihan menjalankan perniagaan jenis ini

ialah pemilik dan rakan kongsi perniagaan tidak perlu mendedahkan Penyata Kewangan kepada pihak awam.

• Di sudut percukaian, kerugian perniagaan boleh ditolak dengan pendapatan persendirian lain seperti penggajian, dividen, sewa dan lain-lain.

Page 26: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Kelebihan Syarikat• Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan

modal sahaja.• Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak

akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.

• Kemudahan untuk mendapat modal.• Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.• Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh

perundangan.• Potensi untuk perkembangan luas.• Pemilik saham tidak dibebankan dengan

tanggungjawab pengurusan.

Page 27: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Kekurangan

• Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.

• Maklumat terdedah kepada semakan awam;• Ahli hilang penguasaan jika tidak menjadi Ahli

Lembaga Pengarah;• Perlu membayar pelbagai jenis cukai iaitu :• Cukai kemajuan, Cukai pendapatan dan Cukai

keuntungan (26% daripada untung bersih).

Page 28: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

KOPERASI

• Perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya.

• Sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.

• Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :(i) Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi Guru.(ii) Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan

Page 29: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

Page 30: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

• Keuntungan di bahagi mengikut kadar caruman ahli.

Page 31: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Page 32: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

PERNIAGAAN PERSEORANGAN • Seseorang yang ingin mendaftarkan perniagaannya

boleh memilih samada ingin mendaftarkannya sendiri atau melalui pihak wakil pengurusan.

Langkah I :• Carian nama. Dapatkan borang carian nama dari

Pejabat Pendaftaran Perniagaan dan penuhkan. Majukan kepada pihak kaunter ROB untuk menentukan nama yang dipohon boleh digunakan. Pastikan nama perniagaan menggunakan 100% dalam Bahasa Malaysia atau 100% dalam bahasa Ingeris. Perkataan-perkataan tertentu adalah dilarang penggunannya seperti National, Royal dan lain-lain.

• Langkah II • Dapatkan Borang A daripada Pejabat Pendaftar dan

penuhkan.

Page 33: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Langkah III • Setelah dipenuhkan dan ditandatangani, pastikan

Borang tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dengan bayaran lebih kurang RM10.00.

• Langkah IV • Kemukakan Borang A tersebut bersama-sama

dengan salinan kad pengenalan pemilik dan surat kelulusan nama.

• Langkah V • Dapatkan Sijil Perakuan Pendaftaran dan biasanya

mengambil masa lebih kurang satu minggu.

Page 34: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Bayaran bagi pendaftaran perniagaan• RM50.00 Nama Perniagaan menggunakan nama

sendiri (seperti dalam Kad Pengenalan). Contohnya: Ali bin Ahmad.

• RM25.00 Nama Perniagaan menggunakan nama selain nama sendiri. Contohnya: Ali Ahmad Enterprise, Restoran Ali Ahmad dan lain-lain.

• Pendaftaran ini adalah sah selama satu tahun. Setiap pembaharuan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00. Kelewatan memperbaharui Pendaftaran Perniagaan akan dikenakan penalti dan jumlah penalti ditentukan berdasarkan tempoh luput itu.

Page 35: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Perubahan dan Penamatan• Sebarang perubahan kepada butir-butir perniagaan

seperti alamat perniagaan, bidang perniagaan, ahli kongsi dan sebagainya perlulah dibuat melalui BORANG "B". Borang yang telah diisi dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bolehlah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan pada perubahan pendaftaran ini.

• Penamatan perniagaan boleh dibuat di Pejabat Pendaftar Perniagaan dengan mengemukakan BORANG C. Borang ini mestilah dikemukakan dalam 2 salinan. Pastikan ianya disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan penamatan.

Page 36: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

PERKONGSIAN

• Proses dan prosedur pendaftaran perniagaan perkongsian pada asasnya adalah sama seperti pendaftaran perniagaan perseorangan iaitu dengan menggunakan BORANG A. Cuma setiap ahli kongsi mestilah mengisi borang yang berasingan, "Borang P.N.A.-1A".

Page 37: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

PENDAFTARAN SYARIKAT SDN. BHD.• Permohonan carian nama syarikat hendaklah

dikemukakan dengan menggunakan Borang 13A, dalam dua salinan. Bayaran sebanyak RM30.00 dikenakan bagi setiap satu nama. Kelulusan nama tersebut berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu:-

Nama yang dipohon tidak bersamaan atau menyerupai dengan nama syarikat lain yang telah didaftarkan.

Nama yang dipohon tidak termasuk di dalam nama yang tidak diingini.

Nama yang dipohon tidak bersangkutan dengan kerabat diraja seperti raja, putera, puteri, permaisuri dan lain-lain.

Page 38: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Nama yang dipohon tidak bersamaan dengan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan, Organisasi antarabangsa atau parti politik (Warta Kerajaan bertarikh 14 April 1966).

Nama yang dipohon tidak melebihi dari 50 huruf perkataan termasuk perkataan "Sendirian Berhad".

Kelulusan menggunakan nama syarikat yang dipohon akan diberikan sekiranya semua syarat di dipatuhi. Kebenaran menggunakan nama tersebut diberikan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan.

Page 39: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Dokumen Pendaftaran• Memorandum & Articles SyarikatA: MEMORANDUM OF ASSOCIATION• Nama Syarikat.• Objektif syarikat.• Kedudukan pejabat berdaftar.• Tanggungan ahli syarikat.• Modal syarikat. • Nama, alamat dan pekerjaan penaja

memorandum.

Page 40: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

ARTICLES OF ASSOCIATION• Definisi articles • Definisi Sdn. Bhd. • Modal syarikat dan saham • Mesyuarat Agong • Lembaga Pengarah • Setiausaha Syarikat • Cop mohor syarikat • Dividen dan simpanan • Akaun dan Odit

Page 41: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Memorandum dan Articles hendaklah ditandatangani oleh semua penaja dan saksi dan dimatikan setem dengan bayaran :

-Salinan asal: RM200.00-Salinan pendua: RM 20.00

Page 42: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Borang 6 - Statutory Declaration of Compliance (Lampiran)

• Borang ini ditandatangani oleh pengarah utama atau setiausaha syarikat yang menguruskan penubuhan syarikat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Page 43: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Borang 48A

• Statutory Declaration by a person Before appointment as director or promoter before incorporation of corporation

• Setiap pengarah hendaklah mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah sebelum perlantikan sebagai Pengarah syarikat.

Page 44: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Borang 9

• Perakuan Perbadanan Syarikat• Dikeluarkan kepada syarikat oleh Pejabat

Pendaftar Syarikat sekiranya dokumen yang dihantar memenuhi kehendak Akta Syarikat. Perakuan ini menyatakan tarikh penubuhan syarikat, nama dan nombor syarikat.

Page 45: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

• Selepas penubuhan, syarikat mestilah mengadakan mesyuarat pertama ahli Lembaga Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh penubuhannya. Ini bertujuan bagi meluluskan beberapa perkara berhubung dengan pendaftaran syarikat.

• Selepas mesyuarat ini, syarikat mestilah memfailkan borang-borang berikut tidak lewat dari satu bulan dari tarikh penubuhan syarikat.

Page 46: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Borang 24 - Return of Allotment of Share• Butir-butir pemegang saham, pembahagian

shaam dan cara bayaran samasa secara tunai atau sebaliknya.

Borang 44 - Notice of Situation of Rgistered Office and of Office Hours.

• Borang ini menyatakan kedudukan alamat berdaftar syarikat dan di mana semua buku berkanun syarikat disimpan. Biasanya di alamat Setiausaha Syarikat.

Page 47: Entiti perniagaan di malaysia sme corp training

Borang 49 - Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Change of Particulars.

• Borang ini memberikan butir-butir ahli Lembaga Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat. Sebarang perubahan yang berlaku mestilah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Syarikat.