EPE 211

download EPE 211

of 2

Transcript of EPE 211

  • 7/28/2019 EPE 211

    1/2

    EPE 211

    Soalan 1: TIGA faedah mempelajari falsafah ;

    Kemahiran Penyelesaian Masalah:Falsafah ialah tentang bertanya soalan-soalan yang sukar dijawab dan memerlukan jawapan yang bolehdipertahankan melalui proses penyoalan yang rapi dan teliti. Anda dikehendaki belajar bagaimana menganalisis

    konsep, definisi dan hujah-hujah ke arah menyelesaikan masalah tertentu. Anda akan lebih yakin dengan

    penyelesaian yang diutarakan sekiranya anda telah membuatnya secara sistematik dan teliti.

    Kemahirakn Komunikasi:Seorang yang berjaya berkomunikasi dalam bidang falsafah juga akan berjaya berkomunikasi dalam bidang-

    bidang lain. Ketika membahas sesuatu isu, anda perlu menyatakan idea anda dengan jelas dan tepat semasa

    mengucap atau menulis. Terlalu banyak masalah perbahasan boleh dikaitkan dengan istilah yang kurang tepat

    dan konsep yang kurang jelas. Isu-isu seperti ini boleh diatasi jika orang boleh berkomunikasi tentang apa yang

    difikirkan.

    Pengetahuan-Kendiri:Mempelajari falsafah tidak setakat kemahiran berkomunikasi, tetapi ia membawa kepada pemahaman lebih

    mendalam tentang diri-sendiri. Memang menjadi matlamat falsafah untuk memberi gambaran yang lebih jelas

    tentang kepercayaan seseorang yang dikaji dengan cara sistematik dan teliti.

    Soalan 2 : Perbezaan di antara kurikulum sebagai kandungan, produk dan proses.

    Kurikulum Sebagai Kandungan

    Ramai orang mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajaran yang merupakan dokumen yang menyenaraiakantopik-topik yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran. Huraian sukatan pelajaran memperincikan topik-

    topik sesuatu mata pelajaran yang patut diajar. Contohnya, mata pelajaran seperti matematik mungkin terdiri

    daripada topik-topik seperti nombor, tambahan, tolak, darab, pecahan dan sebagainya. Termasuk dalam topik-

    topik ini ialah konsep, prinsip dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar

    Kurikulum Sebagai Produk

    Kurikulum juga boleh dilihat sebagai produk atau hasil. Iaitu, kebolehan, tingkah laku, sikap, kemahiran

    dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar (Bobbitt, 1918). Dengan perkataan lain, kurikulum sebagai produk

    merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan dalam

    masyarakat

    Kurikulum sebagai proses ialah interaksi yang berlaku di antara guru, pelajar dan kandungan sesuatu mata

    pelajaran. Ia adalah tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah seperti soalan-soalan yang dikemukakan oleh

    guru kepada pelajar, aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar dan sebagainya.

  • 7/28/2019 EPE 211

    2/2

    Soalan 3 : Perbezaa di antara kurikulum esensialisme dan kurikulum progresivisme.

    Esensialisme berasal daripada perkataan essentialism yang bermaksud asas, penting atau perkara utama.

    Perspektif ini menekankan pentingnya pelajar menumpukan kepada pengajian pengetahuan dan kemahiran

    asas

    Memandangkan esensialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu sertamendidik individu yang berketerampilan, tumpuan diberi kepada mata pelajaran tradisional yang asas

    seperti membaca, menulis dan mengira (3M) di samping mata pelajaran kesusasteraan, bahasa asing,

    sejarah, sains, seni dan muzik.

    Perspektif esensialisme mementingkan sains dan pelajar harus memahami dunia melalui ujiansaintifik. Untuk menyampaikan pengetahuan yang penting tentang dunia, pendidik harus menekankan

    pengajaran sains semulajadi.

    Pelopor esensialisme tidak setuju dengan pengajaran falsafah, perbandingan agama (comparativereligion) dan mata pelajaran vokasional.

    Guru dianggap sebagai berwibawa atau pakar dalam bidang matapelajaran dan pengajaran. Guru mesti mempunyai kuasa penuh mengawal bilik darjah dan membuat keputusan mengenai

    kurikulum tanpa mengambil kira sumbangan atau input daripada pelajar. Pendek kata, pengajaran

    adalah didaktik atau berpusatkan guru.

    Progresivisme ialah perspektif yang berpendapat bahawa pendidikan mesti berdasarkan keapadaprinsip bahawa manusia adalah makhluk sosial. Manusia belajar dengan lebih berkesan sekiranya

    aktiviti yang diakukan berkait rapat dengan kehidupan sebenar.

    i. Menurut Dewey, peranan pendidikan ialah menyampaikan identiti masyarakat kepada generasimuda dan menyediakan golongan muda untuk berfungsi sebagai dewasa yang berkesan serta

    memberi pelajar peluang untuk merealisasikan minat dan potensi mereka.

    ii. Dewey menyokong sepenenuhnya konsep demokrasi dan inginkan pelajar mempelajariberinteraksi dengan orang lain kerana pembelajaran yang dilakukan secara perseorangan akan

    memisahkan minda daripada tindakan.

    iii. Menurut beliau, kebolehan dan kemahiran tertentu hanya boleh dikuasai dalam kumpulan.Interaksi sosial dan intelektual mengurangkan perbezaan kaum dan kelas dengan mengglakkan

    komunikasi.

    iv. Beliau menyifatkan pendidikan sebagai proses pertumbuhan dan eksperimental dimana pemikirandan penakulan diaplikasi kepada penyelesaian masalah.

    v. Kanak-kanak perlu belajar seolah-olah mereka adalah saintis menggunakan kaedah saintifik yangdicadangkan oleh Dewey (1920) seperti berikut:

    Menyedari masalah yang dihadapi (contohnya, tumbuh-tumbuhan memerlukan cahayamatahari untuk bertumbuh)

    Mentakrif masalah (contohnya, bolehkah tumbuh-tumbuhan bertumbuh tanpa cahayamatahari)

    Mencadangkan hipotesis untuk menyelesaikan masalah

    Menguji hipotesis. Menilai penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi