Epistemologi Sunni

57
Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun ______________________________________________________ 1 AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH WAL JAMAAH WAL JAMAAH WAL JAMAAH Epistemologi Sunni Epistemologi Sunni Epistemologi Sunni Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun Dan Pembinaan Tamadun Dan Pembinaan Tamadun Dan Pembinaan Tamadun

Transcript of Epistemologi Sunni

Page 1: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 1

AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH

WAL JAMAAHWAL JAMAAHWAL JAMAAHWAL JAMAAH

Epistemologi Sunni Epistemologi Sunni Epistemologi Sunni Epistemologi Sunni

Dan Pembinaan TamadunDan Pembinaan TamadunDan Pembinaan TamadunDan Pembinaan Tamadun

Page 2: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 2

Tajuk

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Cetakan Pertama: 2011M / 1432H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-967-0288-01-7

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara

sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak

penerbit iaitu Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:

Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor

Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar,

Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh: Master Gifts Sdn Bhd

019-7777662

Page 3: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 3

AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH AHLI SUNNAH

WAL JAMAAHWAL JAMAAHWAL JAMAAHWAL JAMAAH

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Page 4: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 4

KATA-KATA ALUAN S.S. MUFTI NEGERI JOHOR

.������� �� ����� ����� ������ ��� ����� ������ � � ���� ��� � !"�� �#$ % &�"'� ( ��� #)�*��� � +,�*�-� � . ����% �� '. / ����� #"���0�.

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam risalah Epistemologi Sunni dan Pembinaan Tamadun.

Risalah ini membincangkan tentang tamadun yang hendak diteruskan

pembinaannya di negara kita Malaysia berpandukan ajaran Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan umat di dunia Melayu.

Pembinaan ini berdasarkan faham ahli Sunnah dalam konteks

ketuhanan, alam dan manusianya. Dari segi epistemologinya pula dari segi takrif, punca, batasan, bidang, kaedah dan matlamatnya. Dari segi falsafah dan huraiannya tentang nilai-nilai unggul, cara-cara memupuk dan mengelakkan dari terhakis. Tanpa meminggirkan sistem ilmu tradisionalnya, termasuk yang ada di Dunia Melayu, perkembangan ilmu terkini dalam sains dan teknologi, termasuk ICT dan bioteknologinya.

Ia juga membincangkan persoalan ilmu yang timbul akibat

perkembangan terkini dalam teknologi dan sains, persoalan membina dan menguatkan budaya berfikir dan budaya ilmu tinggi yang tergabung dengan hidup moral dan rohani, memupuk kesedaran dan penerimaan terhadap gagasan perpaduan dan kerjasama bangsa Melayu dalam rangka membentuk kesepaduan sosial sebagai syarat dalam menjayakan budaya dan tamadun yang kuat dalam membentuk kehidupan bernegara dalam rantau dan negara yang mengandungi pelbagai kaum dan budaya dalam membina tamadun bersama.

Diharapkan risalah ini dapat membantu memahami bentuk tamadun dan peradaban yang sewajarnya kita bina berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekian (DATO’ HAJI M. TAHRIR BIN DATO’ HAJI SAMSUDIN)

Mufti Negeri Johor

Jabatan Mufti Johor 20 April 2011M / 16 Jamadil Awal 1432H.

Page 5: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 5

INTISARI KANDUNGAN

� Epistemologi Sunni dan pembinaan tamadun – Mukadimah ....... 7 � Kebaikan yang boleh didapati untuk pendidikan Islam dan dakwah ..... .................................................................................... 10 � Aspek negatif dari globalisasi dan yang bertalian dengannya ..... 15 � Aliran Wahhabi .......................................................................... 19 � Ahli Sunnah ................................................................................ 20 � Ahli Sunnah dan Muhammad bin Abd al-Wahhab .................... 21 � Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah: oleh Imam Muhammad Abu Zahrah ................................................................................ 22 � Muhammad bin Abd al-Wahhab ................................................ - � Dalam al-Suhub al-Wabilah ...................................................... - � Buku Abu Zahrah – Mulanya Wahhabiyah ................................ 23 � Dalam Tarikh Najdin – Muslimin jadi kufur musyrikin ................ 24 � Tarikh Najdin: Muslimin jadi penyembah berhala ...................... 25 � Penafsiran Muhammad bin Abd al-Wahhab Vs Sunnah ........... 26 � Wahhabiyah Vs Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah .......................... - � Wahhabiyah berperang Vs Muslimin V Bid’ah kononnya .......... 28 � Wahhabiyah Vs Bid’ah, tak menerima pandangan pihak lain ... - � Sikap Wahhabiyah tak menerima pandangan pihak lain - malapetaka .............................................................................. 29 � Wahhabiyah berkembang ke tempat lain - bencana ................. - � Teks-teks untuk memahaminya ................................................. 30 � Perkara pokok mengenai persoalan aliran Wahhabi ................. 31 � Huraian Syahadah yang menyalahi ijmak ................................. - � Adam syirik dalam ketaatan kata Wahhabi ................................ 33 � Al-Busiri dituduh syirik oleh Wahhabi ......................................... 35 � Mengikut imam mazhab kafir syirik ............................................ 36 � Mengikut imam mazhab menyembah imam mazhab dan seterusnya .................................................................................. 37 � Wajib mengikut imam mazhab bagi orang awam ...................... 39 � Mengikut mazhab 4 ................................................................... 40 � Pada Ahli Sunnah Tawassul harus bukan syirik ........................ 41 � Hadis tentang Tawassul ............................................................. 42 � Bertawassul dalam doa Nabi SAW ............................................ 43 � Bertawassul harus pada Ahli Sunnah ........................................ - � Hadis tentang Tawassul ............................................................ 44 � Bertawassul .............................................................................. - � Doa bertawassul diajar zaman sahabat .................................... 45 � Berdoa untuk syafaat bukan syirik dalam Ahli Sunnah .............. 47 Amalan yang hidup sampai kepada si mati dalam Ahli Sunnah - � Wahhabi menyatakan tauhid ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ... 48

Page 6: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 6

Pembahagian tauhid kepada 3 membawa kepada takfirkan muslimin .................................................................................... - � Penyembah berhala bukannya bertauhid, tapi kafir, bohong ................. .................................................................... 49 � Pembahagian tauhid kepada 3 tidak ada dalam Ahli Sunnah ..... - � Wahhabiyah menyatakan Abu Jahal bertauhid .......................... 52 � Abu Jahal bertauhid pada Wahhabiyah ..................................... 54 � Qadi qudhah harus pada Ahli Sunnah, syirik pada Wahhabiyah - � Pada Wahhabiyah Tuhan memegang langit dengan tangan ....... 55 � Qunut, zikir berjemaah, jamuan selepas kematian harus dalam Ahli Sunnah ................................................................................ - � Ahli Sunnah ada bid’ah yang baik dan ada yang tidak, Majlis Maulidur Rasul dalam Ahli Sunnah .................................. 56 � Bid’ah pada Wahhabiyah ........................................................... - � Surat Muhammad bin Abd al-Wahhab kononnya la .................... 57 � Bahaya Wahhabiyah bila keluar daripada tempat asalnya .......... 58 � Kesimpulan hal Wahhabiyah ..................................................... - � Wahhabiyah berbahaya ............................................................. 59

Page 7: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 7

C

EPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGI

1111

SUNNI SUNNI SUNNI SUNNI

DAN PEMBINAAN TAMADUNDAN PEMBINAAN TAMADUNDAN PEMBINAAN TAMADUNDAN PEMBINAAN TAMADUN

MukadimahMukadimahMukadimahMukadimah

Peradaban yang hendak diteruskan pembinaannya di rantau Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia ialah peradaban yang dipandukan oleh ajaran Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan manusia Dunia Melayu.

Ianya dengan mengambil kira faham alam Sunni - dengan huraian tentang Tuhannya, alamnya, manusianya, alam dengan isinya, termasuk alam sekitar dalam erti ekologi yang dibicarakan sekarang.

Dengan mengambil kira epistemologinya - dengan takrifnya, punca-puncanya, batasan-batasannya, bidang-bidangnya, kaedah-kaedahnya, matlamat-matlamatnya, sama ada matlamat terakhir atau matlamat terdekat.

1 Epistemologi ertinya teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan

kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat: 398).

Page 8: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 8

Mengambil kira aksiologi atau falsafah dan huraiannya tentang nilai-nilai unggul dan utamanya dan apa yang sebaliknya, serta cara-cara pemupukan yang utama dan pengikisan yang sebaliknya.

Mengambil kira sistem ilmu tradisionalnya, termasuk yang ada di Dunia Melayu dan perkembangan-perkembangan ilmu terkini dalam sains dan teknologi, termasuk ICTnya, bioteknologinya (setakat yang difikirkan perlu).

Mengambil perhatian terhadap persoalan-persoalan ilmu yang timbul akibat perkembangan-perkembangan terkini dalam teknologi dan sains antaranya seperti yang disebutkan oleh Naisbitt dalam bukunya High Tech High Touch. (John Naisbitt, ‘High Tech High Touch’, Random House, New York, 1999.).

Memberi perhatian kepada pendaulatan Bahasa Melayu di rantau ini sebagai bahasa perantaraan dan bahasa budaya tinggi dan bahasa peradaban, selain daripada mengakui penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang ilmu dan hubungan antarabangsa yang diperlukan.

Memberi perhatian seberatnya terhadap persoalan membina dan menguatkan budaya berfikir dan budaya ilmu tinggi yang tergabung dengan hidup moral dan rohani sewajarnya demi untuk pemerkasaan budaya dan tamadun.

Mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memupuk kesedaran dan penerimaan terhadap gagasan perpaduan dan kerjasama bangsa Melayu dalam rangka membentuk kesepaduan sosial (al-‘asabiyah dalam takrif Ibn Khaldun rh) sebagai syarat dalam menjayakan budaya dan tamadun yang kuat dalam membentuk kehidupan bernegara dalam rantau dan negara yang di dalamnya terdapat pelbagai kaum dan budaya dalam membina tamadun bersama.

Page 9: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 9

Dalam hubungan dengan kebaikan-kebaikan yang ada dalam zaman globalisasi dengan komunikasi canggih ini ada beberapa perkara yang boleh disebutkan. Antaranya seperti yang akan dihuraikan selepas ini.

Page 10: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 10

KEBAIKANKEBAIKANKEBAIKANKEBAIKAN----KEBAIKANKEBAIKANKEBAIKANKEBAIKAN

YANG BOLEH DIDAPATI UNTUK YANG BOLEH DIDAPATI UNTUK YANG BOLEH DIDAPATI UNTUK YANG BOLEH DIDAPATI UNTUK

PENDIDIKAN ISLAM DAN DAKWAHPENDIDIKAN ISLAM DAN DAKWAHPENDIDIKAN ISLAM DAN DAKWAHPENDIDIKAN ISLAM DAN DAKWAH

Tanpa keperluan memberi huraian tentang pendidikan Islam dan ciri-cirinya, kita boleh sebut kebaikan-kebaikan dalam sistem sekarang yang boleh dimanfaatkan untuk menjayakan Pendidikan Islam, antaranya:

1. Maklumat-maklumat tentang pendidikan Islam senang didapati dalam laman-laman web yang memaparkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Antaranya: i. ‘al-islam.com’ ii. ‘al-eman.com’ iii. ‘altafsir.com’ iv. ‘al-Muhaddith.com’; dan v. lain-lain yang memaparkan teks-teks klasik

untuk telaah on-line; ianya perlu di”download”

dahulu, lepas itu baharulah boleh dibaca dan bahkan dicetak.Antaranya teks-teks hadith, tafsir, terjemahan Qur,an, kamus Arab, fiqh dan seterusnya.Bahkan ada laman web yang

membolehkan kita mendengar bacaan Qur’an

Page 11: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 11

dan juga bacaan hadith Bukhari on-line.Selain dari itu ada laman web “al-islam.com” yang di dalamnya ada teks-teks klasik dalam tafsir dan hadith serta fiqh dan peristilahan yang boleh di”download”kan terus dan dicitak.Di sana misalnya ada seratus teks fiqh on-line.

2. Antaranya boleh didapati majalan-majalah Arab dan

akhbar-akhbarnya on-line. 3. Juga maklumat tentang pertubuhan-pertubuhan Islam

dan juga institusi-institusi pendidikan dan dakwahnya. 4. Ini adalah selain daripada senangnya murid bertanya

kepada guru-guru yang jauh dengan segera melalui e-mail dan video-conferencing bila ada peralatannya.

5. Adanya CD ROM-CD ROM dan juga DVD ROM-DVD

ROM yang mengandungi program-program pendidikan Islam yang membolehkan pencarian maklumat pendidikan berjalan dengan cara yang sedemikian cepat dan berkesan.Misalnya ada CD ROM mengandungi sembilan kumpulan hadith dari Bukhari sampai kepada Musnad Ahmad; adanya CD

ROM tafsir Qur’an yang mengandungi bacaannya

yang boleh didengar dan juga tafsir-tafsir Arabnya seperti tafsir al-Qurtubi, Jalalain dan Ibn Kathir.Katanya ada juga CD ROM mengandungi

fatwa-fatwa Ibn Taimiyah dari “Fatawal-

Kubra”nya.Wallahu a’lam.

6. Adanya web-web site seperti ’al-islam.com’, ’al-

eman.com’, ’al-tafsir.com’ dengen paparan tentang ilmu-ilmu Islam dan teks-teksnya, ’al-islam.on line’nya berkenaan dengan perkembangan-perkembangan baru, demikian seterusnya dengan laman web para

Page 12: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 12

ulama terkenal yang boleh dimanafaatkan seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, dan sebagainmya, juga seperti laman web ulama di Barat seperti Dr Ramadhan al-

Buti, Syaikh ‘Abdul-Hakim Murad dan Syaikh Nuh Ha

Mim Keller dan lainnya, yang sangat bermanfaat dihubungi kerana pendapat-pendapatnya yang bernas.

7. Dengan menggunakan enjin-enjin pencari seperti

”Google.com”, “Yahoo.com”, “excite.com”., ”Go.com”,

dan sebagainya maka seseorang yang hendak mendapatkan maklumat-maklumat tentang pendidikan dan dakwah Islamiah boleh mendapatkannya dengan segera kalau ia sabar mencarinya.Kalau ia mencari bahan dalam Bahasa Arab ia boleh menggunakan “Google.com” versi Arabnya, dan kemudian menulis dalam Bahasa Arab, bila program Arabic Word yang digunakannya boleh menyokong penulisan dalam Bahasa Arab.

8. Pencarian dengan menggunakan bahasa Arab juga

boleh dilakukan misalnya bila seseorang itu ada

“Arabic word”nya, dan ia misalnya menggunakan

enjin pencari “yahoo.com”.

Kejayaan ekonomi itu; termasuk ke dalamnya alam sekitar fizikal, alam sekitar sosial, maka alam korporat perlu berubah dan mengambil perhatian kepada perkara-perkara itu.

Tersebut dalam perbincangan itu kurangnya partisipasi dalam hidup kemasyarakatan.

Disebutkan “techo-ethos” iaitu semangat memuja

teknologi yang mendatangkan kesan membuang daripada hidup manusia apa-apa yang berupa tempat berpijak

mereka - “seems to remove from our lives are any kind of

Page 13: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 13

anchoring”- membuang daripada hidup mereka mana-mana

dokongan yang stabil dan asasi, yang memberikan kepada mereka matlamat hidup, memberi arah tuju, sesuatu yang tetap teguh, yang menjadikan mereka tetap pada sesuatu arah tertentu; bermula dengan terhakisnya mayarakat dan himpunan tradisional, termasuk keluarga; terdiri daripada individu-individu yang stabil dalam jangka waktu yang agak lama, yang membolehkan berlakunya perkembangan peribadi secara jelas, yang membawa kepada fahaman yang menasabah pada akal, memberi pengecaman tentang siapa mereka, dan apakah yang benar, dan apakah yang salah.

Disebutkan tentang hubungan manusia yang tidak berlaku secara langsung dengan bertemu muka- mereka berhubung melalui alat seperti telefon, mereka jarang bertemu, walaupun mereka yang berada dalam suatu keluarga;dengan itu terhakis hubungan yang rapat dan mesra serta tetap.

Akibatnya disebut dalam hidup timbul sikap kenisbian

dalam nilai-nilai -“relativism”- apakah cerita yang

sebenarnya? Siapa yang menulis ini? Setiap orang menjadi syak terhadap orang lain.

Dalam zaman globalisasi semua ini terancam: pandangan kita tentang adanya orang-orang yang tetap pendiriannya, yang mempunyai azam mengarahkan dirinya sendiri, yang ada matlamat hidup, yang mempunyai nilai akhlak, ada kesedaran tentang baik dan buruk, ada kesedaran tentang siapa diri mereka itu; ini masalah menentukan jatidiri seseorang itu.

Disebutkan pula tentang terhakisnya ciri mendalamnya sesuatu dalam hidup manusia.Mendalamnya sifat pada peribadi seseorang; mendalamnya keyakinannya; mendalamnya iltizamnya; hidup secara sibuk dengan pelbagai manusia dalam masa yang sebentar sahaja

Page 14: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 14

demikian seterusnya menghakiskan ciri mendalamnya sesuatu pada seseorang manusia.Ia menjadi cetek dan dangkal.

Ini diikuti dengan komen tentang hilangnya semua bentuk komitmen moral, dengan orang-orang mudanya terlibat dalam jenayah; disebutkan bagaimana

Page 15: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 15

ASPEKASPEKASPEKASPEK----ASPEK NEGATIF ASPEK NEGATIF ASPEK NEGATIF ASPEK NEGATIF

DARI GLOBALISASI DAN YANG DARI GLOBALISASI DAN YANG DARI GLOBALISASI DAN YANG DARI GLOBALISASI DAN YANG

BERTALIAN DENGANNYABERTALIAN DENGANNYABERTALIAN DENGANNYABERTALIAN DENGANNYA

Dunia hari ini sudah tidak mempunyai sepadan lagi, kerana hubungan antara sesama manusia sudah didekatkan melalui dunia siber. Berbagai ciptaan dan peralatan baru telah dicipta oleh manusia bagi memudahkan hubungan dua hala dan pelbagai hala dapat dilakukan dalam sekelip mata.

Biarpun begitu, dunia tanpa sempadan ini banyak didominasi dan diambil kesempatan oleh negara-negara maju yang mencipta sistem dan peralatan berkenaan. Dunia ketiga dan negara-negara yang kurang maju hanya menjadi pengguna buka pencipta, justeru ianya banyak dimanfaatkan oleh orang lain yang mempunyai kepakaran dan bijak mengambil kesempatan.

Aspek negati dari dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi dan perkara-perkara yang berkaitan denganya dapat dilihat antaranya boleh kita

camkan setengah daripadanya dalam “Global Trends 2005”

yang dibicarakan baharu-baharu ini; ini boleh didapati dalam

Page 16: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 16

laman web www.csis.org/gt2005/conf08t46.html. Antaranya disebutkan globalisasi dan cabaran psikologi manusia zaman kini.

Disebutkan bagaimana ada syarikat gergasi multinasional sebanyak 40,000 yang mempunyai syarikat-syarikat rakannya hampir-hampir satu suku milion, dengan nilai penjualannya lima kali ganda besarnya daripada paras perniagaan antara negara-negara di mana syarikat-syarikat gergasi itu menjalankan perniagaannya.

Disebutkan dari segi budaya bagaimana berlakunya pengembangan nilai-nilai antarabangsa, nilai-nilai global katanya, walhal nampaknya nilai-nilai Amerika, maka yang berlaku ialah pengembangan Amerikanisasi.

Disebutkan akhirnya Ujian Atas Psikologi Manusiawi-

“Test of Human Psychology”- iaitu bagaimana katanya

manusia yang diperkasakan, sebagai pelakon zaman ini, menghadapi cabaran-cabaran yang sedemikian besarnya, dengan tugas-tugasnya yang terlalu berat.

Disebutkan bagaimana beratnya bidang kewangan

(“finance”), pekerjaan dengan cabaran-cabarannya,

pendidikan yang menjadi pendidikan seumur hidup,

disebutkan alienasi - iaitu bagaimana “terasing”nya manusia

daripada hidup tabi’i yang naturalnya- terelaknya daripada

matlamat hidup sepatutnya; disebutkannya bagaimana

manusia merasa bimbang dan takut (‘anxiety’) dalam

menghadapi kehidupan;

Disebutkan bagaimana terlalu banyaknya maklumat

(“information overload”), juga terlalu cepatnya perubahan

dalam era internet, era virtual, sehingga semakin banyak kita berinteraksi dengan manusia yang berupa ide, atau perniagaan atau institusi, dengan berkurangnya kesedaran

Page 17: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 17

tentang tempat (“sense of place”), kerana manusia semakin

banyak mengembara, dan mereka berinteraksi dengan orang lain melalui media bukan secara langsung, dengan itu akar umbi seseorang pada seseuatu tempat dan masyarakat itu menjadi terhakis.

Maka ditanya dalam persidangan itu: Adakah psikologi manusiawi yang dimaksimakan untuk paras interaksi dengan dunia yang seratus kali kurang kompleksnya, kurang abstraknya, kurang pelbagainya benda-benda yang ditemui daripada yang kita hadapi, dan bolehkah kita berhadapan dengan hakikat demikian itu?

Maka berkaitan dengannya disebutkan “Sindrom

Pessimis”, (“Pessimism Syndrome”) kesan daripada media

memberi gambaran yang terlebih buruk tentang manusia - kerana sebab-sebabnya sendiri- berbanding dengan keadaan mereka sebenarnya.Dengan itu akibatnya manusia berfikir mereka adalah atau keadaan hidup adalah lebih buruk daripada apa yang ada sebenarnya.

Dalam hubungan dengan perubahan nilai-nilai dilaporkan masih ada kepercayaan tentang hakikat manusia

adalah tidak berubah -“human nature is a constant”-

keutamaan-keutamaan nilai-nilai yang pokok berubah secara sistematisnya.Dinyatakan bila dijalankan penyelidikan tentang 60 masyarakat berdasarkan apa yang mewakili suasana dalam penyelidikan kebangsaan negara-negara: nilai-nilai menunjukkan syatikat-syarikat gergasi yang merupakan prioriti tertinggi; bagaimanapun nampaknya diberikan perhatian yang tinggi kepada kualiti kehidupan selain daripada manusia tertarik kepada pelbagai macam aliran kerohanian yang ganjil-ganjil... (Papers and Conference”,”Global Trends 2005:A Future Trends Conference”, www.csis.org./gt2005/conf08t46.html. Itupun perlu diingat bahawa konsep manusia itu telah teralih, daripada insan Adamiah dengan sifat-sifat batinnya yang

Page 18: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 18

mengalami ‘ta’lim al-asma’ ‘ dari Tuhan kepada manusia Darwinian yang dipandang sebagai ‘beruk atau kera yang disempurnakan’ (‘perfected ape or monkey’ ) hasil daripada evolusi. Dengan itu timbul cara berfikir yang dipengaruhi oleh imajinasi sosial yang terkena kesan teori itu.)

Page 19: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 19

ALIRAN WAHHABI ALIRAN WAHHABI ALIRAN WAHHABI ALIRAN WAHHABI

Dalam hubungan dengan perkembangan pegangan dan amalan arus perdana Islam, kita boleh perhatikan bagaimana pegangan dan amalan ini, dalam zaman globalisasi, tersepit antara aliran literalis yang berlebihan dan aliran bebas lepas yang sangat parah. Aliran literalis boleh dilihat pada pegangan Muhammad bin ’Abdul Wahhab dan mereka yang terpengaruh dengannya, yang tidak lagi merujuk kepada arus perdana umat, dan pegangan golongan liberal, antaranya diwakili oleh pemikir yang vokal dan berpengaruh, Mohammed Arkoun.

Kita boleh bermula dengan pendirian Muhammad bin ’Abdul Wahhab dan mereka yang terpengaruh dengannya. Tentang Muhammad ’Abdul Wahhab dan pendiriannya boleh dilihat seperti di bawah ini.

Apa yang berikutnya menyentuh sikap literalist Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan sikap bebas lepas Islam Liberal yang sedang berkembang di Nusantara. Kedua-dua pendekatan akan memusnahkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang selama ini menjadi pegangan dan amalan rantau ini.

Page 20: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 20

Selain daripada fahaman Wahhabi dan Islam Libral, di sini akan dibicarakan pula ajaran Syiah yang merupakan ‘suatu agama’ yang berlainan langsung dengan Islam dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

AHLI SUNNAHAHLI SUNNAHAHLI SUNNAHAHLI SUNNAH

Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan ajaran dan amalan arus perdana umat Islam semenjak dari awal sejarahnya sampai sekarang. Ia menimbulkan sistem huraian ilmu berkenaan dengan akidah, syari’at, kerohanian, dan akhlak.

Inilah yang merupakan sistem ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma’, pengamatan manusia berpengetahuan yang muktabar ini terus menerus memandu umat ini dalam perjalanan sejarahnya.

Walaupun ada gangguan-gangguan aliran yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa, arus perdana ini terus menerus berjalan memberi panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin ’Abd al-Wahhab dari Najd.

Maka dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah.

Page 21: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 21

AHLI SUNNAH DANAHLI SUNNAH DANAHLI SUNNAH DANAHLI SUNNAH DAN

MUHAMMAD BIN ‘ABD ALMUHAMMAD BIN ‘ABD ALMUHAMMAD BIN ‘ABD ALMUHAMMAD BIN ‘ABD AL----WAHHABWAHHABWAHHABWAHHAB

Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan mengikut panduan sistem ilmu Ahli Sunnah waljamaah atau epistemologinya.

Implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.

Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, iaitu Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.

Page 22: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 22

TARIKH ALTARIKH ALTARIKH ALTARIKH AL----MADHAHIB ALMADHAHIB ALMADHAHIB ALMADHAHIB AL----ISLAMIYYAH’ OLEH IMAM ISLAMIYYAH’ OLEH IMAM ISLAMIYYAH’ OLEH IMAM ISLAMIYYAH’ OLEH IMAM

MUHAMMAD ABU ZAHRAH MUHAMMAD ABU ZAHRAH MUHAMMAD ABU ZAHRAH MUHAMMAD ABU ZAHRAH

Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi). Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.

MUHAMMAD BINMUHAMMAD BINMUHAMMAD BINMUHAMMAD BIN ’ABD AL’ABD AL’ABD AL’ABD AL----WAHHABWAHHABWAHHABWAHHAB

Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.

Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir , antara lainnya

DALAM ‘ALDALAM ‘ALDALAM ‘ALDALAM ‘AL----SUHUB ALSUHUB ALSUHUB ALSUHUB AL----WABILAH’WABILAH’WABILAH’WABILAH’

Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), disebutkan (Maktabah al-Imam Ahmad, 1989, hal 275) bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil aafaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua,

Page 23: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 23

bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh orang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu …

Demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …”. (‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ disebutkan (Maktabah al-Imam Ahmad, 1989, hal 275)

BUKU ABU ZAHRAHBUKU ABU ZAHRAHBUKU ABU ZAHRAHBUKU ABU ZAHRAH ---- MULANYA WAHABBIYAHMULANYA WAHABBIYAHMULANYA WAHABBIYAHMULANYA WAHABBIYAH

Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz. Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari Bani Tamim.

DALAM ‘TARIKH NAJDIN’DALAM ‘TARIKH NAJDIN’DALAM ‘TARIKH NAJDIN’DALAM ‘TARIKH NAJDIN’---- MUSLIMIN JADI KUFFAR MUSYRIKINMUSLIMIN JADI KUFFAR MUSYRIKINMUSLIMIN JADI KUFFAR MUSYRIKINMUSLIMIN JADI KUFFAR MUSYRIKIN

Page 24: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 24

Dalam ’Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ’Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ’Isa, tetapi ’menyembah manusia ( yad’una unasan):

�5/%�6+7 ���������#�8� �9�$% �.%�: ;8� �"�� #��� #"�� �#$ #<���=� � >� � �"�?�@AB8� �9�����:% C8� �D�:�E�7 �F'" G�#$ � ����7��=#$ � H% I�J�$ KD L�� ���� H ����

:�N%�O � #�#I� �'F#P � +Q%�R���=� #��I�� S��+ �"�O �T8� U8� �V87�� �Q�W "���I�����Y�� G � ������%�-� 'S#� �S�%�O �Z�@ #� � �[�� � H\]%�� #̂ �'=� ."

� ��$ _D L�� % J�&% $ P �Z�@ ����7��=+̀8� �Q�W � �Q% $ P �Z�@ �F�a�� �/%�6+b8�U F �*�@ .. \]� �N�;#( / �̂ �'=� ��$ #c�/dB8� de $ % $ ��+b���� ��6

�)%d J��dB8� +, f% �� : � �87dB8� " Maksudnya: Muhammad bin Abdul Wahhab menganggap bahawa kebanyakan orang Islam adalah kafir, musyrik (menyengutukan Allah) dan murtad seperti golongan jahiliah dulu atau mungkin lebih sesat lagi.

Tambahnya, Bahawa kebanyakan orang Islam telah diperdaya oleh syaitan dan syirik dengan Allah itu menjadi perhiasan mereka, syaitan mengeluarkan mereka disebabkan begitu melampau mengagungkan orang-orang yang soleh dan terlalu taksub cintanya terhadap mereka.

Page 25: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 25

Orang musyrik di zaman ini lebih sesat daripada

orang-orang kafir yang hidup di zaman Rasulullah SAW . Tidak dapat dinafikan bahawa penyebab syirik yang paling besar sekali ialah penyembahan berhala.

TARIKH NAJDIN: TARIKH NAJDIN: TARIKH NAJDIN: TARIKH NAJDIN:

MUSLIMIN JADI PENYEMBAH BERHALAMUSLIMIN JADI PENYEMBAH BERHALAMUSLIMIN JADI PENYEMBAH BERHALAMUSLIMIN JADI PENYEMBAH BERHALA

Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir, musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal, atau lebih sesat lagi daripada itu. Kata beliau;’Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka. Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah SAW Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”. PENAFSIRAN MUHAMMAD BIN ‘ABD ALPENAFSIRAN MUHAMMAD BIN ‘ABD ALPENAFSIRAN MUHAMMAD BIN ‘ABD ALPENAFSIRAN MUHAMMAD BIN ‘ABD AL----WAHHAB VS AHLI WAHHAB VS AHLI WAHHAB VS AHLI WAHHAB VS AHLI

SUNNAHSUNNAHSUNNAHSUNNAH

(Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta

Page 26: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 26

keberkatan daripada mereka atau bertawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekelian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu). WAHHABIYYAH VS KERAJAAN TURKI ‘UTHMANIYYAHWAHHABIYYAH VS KERAJAAN TURKI ‘UTHMANIYYAHWAHHABIYYAH VS KERAJAAN TURKI ‘UTHMANIYYAHWAHHABIYYAH VS KERAJAAN TURKI ‘UTHMANIYYAH

Bila wakil kerajaan ’Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (’al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:

+9 & f% I+̀ 8� %�$�� � ":% I���@ dgh � i�$�� ��a I�@ H �)�*�(�j8� ����k ��� +9�� �% �+̀8� ��� H lN% �#$ ��;�N \]� �+O�;�G�� � H���& m G86#I � ���Q :�a�� ��$i �n����#>#��;#o �$�J %

$�p, ��� " $�!, � ... ��a8#>#� 8��C�q F�9 ���� ��&+6\�+b�� +7�D ( J!9 �r�*�r�� � ��8 s �$8V�?tN% �u :5��@ H %���� &8? �8D �$�J+b�� ���� #&�C��+b�� ��8%+̀ I f% &�9 �@ H�%8Q �O��8�#>#� 8��j�(�* ) �@ U���#G I� %+b�� �#: ; $8R��#� J � H %��8Q G ;���#>�� �@ J+?�;+N �7 ��O %�N% A]� G ��%�@) :��w8Q G ;��;�@ ��%�& �#: %�� �@�Z �x�?ty%H �@ � �8b�6���b#I#� A]� �#: ; �������#z 8� �����#� .

Ada dalam surat [’yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali...Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka

Page 27: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 27

sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa’a:’Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah.137).(Tarikh Najdin). WAHHABIYYAH BERPERANG VS MUSLIMIN VS BID’AH WAHHABIYYAH BERPERANG VS MUSLIMIN VS BID’AH WAHHABIYYAH BERPERANG VS MUSLIMIN VS BID’AH WAHHABIYYAH BERPERANG VS MUSLIMIN VS BID’AH

KONONNYAKONONNYAKONONNYAKONONNYA

Berlakulah penentangan terhadap ’Uthmaniyyah itu, sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Prancis, jatuhlah kerajaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fiqh dalam Ahli Sumnnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.

Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah Dalam ‘Tarikh al-Madhabih al-Islamiyyah’ hlm. 212 dst [1]

bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ’ bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah). WAHHABIWAHHABIWAHHABIWAHHABIYYAH VS ‘BID’AH’, TAK MENERIMA PANDANGAN YYAH VS ‘BID’AH’, TAK MENERIMA PANDANGAN YYAH VS ‘BID’AH’, TAK MENERIMA PANDANGAN YYAH VS ‘BID’AH’, TAK MENERIMA PANDANGAN

PIHAK LAINPIHAK LAINPIHAK LAINPIHAK LAIN

Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, sampai ada orang awam mereka - kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terhadapnya - bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin.

Page 28: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 28

Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada

prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar ( anna ’ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna (hlm.212.) SIKAP WAHHABIYYAH TAK MENERIMA PANDANGAN PIHAK SIKAP WAHHABIYYAH TAK MENERIMA PANDANGAN PIHAK SIKAP WAHHABIYYAH TAK MENERIMA PANDANGAN PIHAK SIKAP WAHHABIYYAH TAK MENERIMA PANDANGAN PIHAK

LAINLAINLAINLAIN----MALAPETAKAMALAPETAKAMALAPETAKAMALAPETAKA

“Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahli Sunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.

Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ’pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.

WAHHABIYYAH BERKEMBANG KE TEMPAT LAIN KEBENCANAANWAHHABIYYAH BERKEMBANG KE TEMPAT LAIN KEBENCANAANWAHHABIYYAH BERKEMBANG KE TEMPAT LAIN KEBENCANAANWAHHABIYYAH BERKEMBANG KE TEMPAT LAIN KEBENCANAAN

Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini

Page 29: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 29

disitulah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan. Wallahu a’lam.

TEKSTEKSTEKSTEKS----TEKS UNTUTEKS UNTUTEKS UNTUTEKS UNTUK MEMAHAMINYA K MEMAHAMINYA K MEMAHAMINYA K MEMAHAMINYA

Untuk memahami pandangan Muhammad bin Abdul Wahhab boleh dilihat dalam kitab-kitab berikut, antaranya

1. Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab. 2. Kitab al-Shubuhat fi al-Tauhid oleh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab. 3. Solah al-nabi’ oleh al-Albani 4. al-Khojandi al-Ma’sumi ’Hal al-Muslim Mulzam bi’t-

Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-Arba’ah’;

5. al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah 6. Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam

bahasa Inggeris 7. al-Zahawi ’al-Fajr al-Sadiq’ Arab dan Inggeris 8. Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr 9. ’Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dll. 10. ’Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad

Ahmad Bashmil dan lain-lain.

Page 30: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 30

PERKARA POKOK MENGENAI PERSOALAN ALIRANPERKARA POKOK MENGENAI PERSOALAN ALIRANPERKARA POKOK MENGENAI PERSOALAN ALIRANPERKARA POKOK MENGENAI PERSOALAN ALIRAN WAHHABIWAHHABIWAHHABIWAHHABI

1. Huraian Syahadah yang menyalahi ijma’ Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’.Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh (Dalam kitab al-Tawhid’ hlm 119, (penerbit Dar al-Hadith tanpa tarikh):

��$�J I�O %�;+#� ���A]� � ������ � (�� � $) :�� �O�N%�j : �W� � �W�j A]� ��7�6 �� � F %��#�#" �$�� #f���Q \]� �� ) $�%#� � f $#� � H�� �#�%#� �� � (]� � :�a ��$�� ��� �Y�� $#F % �#�'� $�� | )�j �W� � �W�j A]� ( �@�w�&#� ��� F�C ��D �>���_6�} �� I %��%5�� p%�"��) �8��̀�N% � H8D ��j $����@�9 $�� J :% $ % z �86�Y I � H%8D ��j 8�\~8O /� ���a� � � H8D ��j �7�; &#� �j F�"# �W ;�j d]� ��� "#o �j x��F � �#� � H8D �j F��##) $�%#� � f $#� ��� #F���� s �W�� �u� � 8�+b86� �� � F %��#�#" �$�� #f���Q \]��@ H�w8Q x�� ���� G ;�O s ��� F��#�) $�%#� � f $#��@ . �%% I� �$�� $���E�!9 $�� %� �Y#� I � %�� �_� I � H% F�%#� \��$ � ��Q% $�� %�� L �#� � H#��C!9 $ %��8O�R#� I� %8�#� J�P%� .\

Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi SAW ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi, misalnya dalam jihad), dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara

Page 31: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 31

yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga menyelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya, bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrarnya itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan hartanya itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu ) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya. Maka alangkah hebat dan agungnya masalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu). Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam Ahli Sunnah bila mengucap syahadah seseorang selamat nyawa dan hartanya.

Dalam Ahli Sunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya. Ini antaranya jelas daripada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka nyhawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah’.Sebab itu dalam masa jihad nabi SAW bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi pergi ke situ.

Dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat

membunubh orang yang mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya?

Page 32: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 32

Anda membelah dadanya? …Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat. Subhanallah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.

ADAM SYIRIK DALAM KETAATAN KATA WAHHABIADAM SYIRIK DALAM KETAATAN KATA WAHHABIADAM SYIRIK DALAM KETAATAN KATA WAHHABIADAM SYIRIK DALAM KETAATAN KATA WAHHABI

Adam syirik dalam ketaatan ; ini adalah bercanggah dengan ijma’ Ahli Sunnah tentang maksumnya para nabi. Dalam ‘Kitab al-Tauhid’ yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190 Surah al-A’raf yang bermaksud: “Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…”.

Ayat dalam kitab itu demikian: (Hal. 517) disebutkan

bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawwa) katanya: Aku sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat kepadaku…’ kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung itu keluar mati; bila ia mengandung kali yang ketiga, maka Iblis datang maka takut anak itu mati ia pun menamakan anaknya ‘Abd al-Harith; kemudian dikatakan dalam riwayat itu, ‘shuraka’ fi ta’atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya’ (shuraka’ fi ta’atihi wa lam yakun fi ‘ibaditihi). (Hal. 517).

Dalam Tafsir Ibn Kathir dinyatakan: (http://quran. alislam.com/Tafseer/DispTafsser.asp?nType=1&bm=&nSeg=0&l=arb&nSora=7&nAya=190&taf=KATHEER&tashkeel=0). Riwayat ini ialah dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh

Page 33: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 33

dijadikan sandaran. (Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh oleh Qur’an kita bertanya kepadanya, sebagai ahli hadith dan ahli tafsir, tentulah kita memilih ibn Kathir.

)�:�� +D��#:;#�Ka�b#G �j � ��#:;+O'" -#G �*�@ �.% >�b8�H ��� ��#: /% ��[�� ��+r\�9�r*�r ���$ +D���"� ������ �N f % ��� #� >���� % J���� % $ % I�J���@ t)% �8O��

���;#( / \ 9�J#( ���� ����� �.% >�7H % ��� #� ��a�7 % J���� % $ % I�J�$ � ��� �N f�9�J��� � �.% >�b8� ���$ ���@�*�[ %5��F��H #��J i�;+b�� $ ;#: % $ % I�J�$ �

��!> F� ��/ Z�@ +Q�+u8E �8� ;#I�@(

Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam ‘kitab tauhid’. Subhana’llah. Ini bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi hendak dikatakan ia ‘syirik dalam taat’ kepada Iblis.

Ibn Kathir sebagai ahli tafsir diakui dalam Ahli Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini.

8� �o�a : ��#/%�r �� � % I���� I8Y F �� � �"�O � .% >�b8� D�:�� /%�r� ���$ % I�&�� ���� �� ��� ��+b�r�" � ��u�W "�N%�O #��&�� ��� ( � ������ ���� ��� � ���� N;#( / �� �F�" �8�

D�:�� ...

ALALALAL----BUSIRI DITUDUH SYIRIK OLEH WAHHABIBUSIRI DITUDUH SYIRIK OLEH WAHHABIBUSIRI DITUDUH SYIRIK OLEH WAHHABIBUSIRI DITUDUH SYIRIK OLEH WAHHABI

Page 34: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 34

Al-Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada Nabi Hari Kiamat:

Pada Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik kerana minta tolong Nabi memberi syafaat kepadanya: Ini ada dalam ‘al-Burdah’nya dalam bait yang bermaksud: (Kitab al-Tauhid’ hal. 499.) katanya:

�O�;+#� ���A]� � ������ � (�� �: �� � �8� >�| ����� ���& "5f��@ � ��b�� s �� ��� �O�N% $� % $ ��� ��+�;+u ���� �( ; ̂ � �8� ��� >���� ��� "#o.

Sabda baginda SAW Adakah anda menjadikan aku saingan bagi Allah? (tentulah sahabat tidak menjadikan nabi saingan bagi Allah dengan terkeluar daripada mulutnya ’Apa yang dikehendaki Allah dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad’; (kemudian kata pengarang kitab tauhid itu) ’Maka bagimanakah pula dengan (al-Busiri pengarang ’al-Burdah’ yang menyatakan ’bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada engkau ’ dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena atas semua tanpa kecuali)?

Di sini ada tuduhan kepada pengarang ’al-Burdah’ –

Allah memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih, hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan akidah Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi dalam doa.Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut ’ayyuhannabi’, wahai nabi, seolah-olah ia ’ada’ hampir dengan kita.

Page 35: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 35

MENGIKUT IMAM MAZHAB KAFIR SYIRIKMENGIKUT IMAM MAZHAB KAFIR SYIRIKMENGIKUT IMAM MAZHAB KAFIR SYIRIKMENGIKUT IMAM MAZHAB KAFIR SYIRIK

Mengikut mazhab syirik kafir; ini bercanggah dengan ijma’ dalam Ahli Sunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur’an yang bermaksud ”Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak mengetahui”.Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid.

Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang

mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan Kristian (Nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain Allah.ini ada dalam kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab Mu’ayyanin Minal-Madhahib al-Arba’ah?’ karangan al-Khojandi al-Ma’sumi, yang menyatakan: (Kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bit-Tiba’i Madhhabin Mu’ayyanin…’ hal. 55.)

�O�N% �=���#< G�?�� '"��F�� ���� G�������9 $ :�� ���� � S G8?����#" �� $t)% �� ����J�� +��(#>�>�� S ����j +O�>�D \�j�Q :�a8� ��j�F C .% ���x #̂ � ��\]% �@�>� ��=��F�z ���a#: � ; �$�� [ -��%�� ���#���;���9.

Kata Syaikh Taqi al-Din bin Taimiah: Sesiapa yang mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafi’i, di Malaysia) maka hendaklah disuruh ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahli Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap Allah dalam tashri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah bagi Tuhan). (Hal. 55).

Page 36: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 36

Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma’ Ahli Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.Kalau orang mujtahid haram ia mengikut orang lain.

MENGIKUT IMAM MAZHAB MENYEMENGIKUT IMAM MAZHAB MENYEMENGIKUT IMAM MAZHAB MENYEMENGIKUT IMAM MAZHAB MENYEMBAH IMAM MAZHAB DAN MBAH IMAM MAZHAB DAN MBAH IMAM MAZHAB DAN MBAH IMAM MAZHAB DAN

SETERUSNYASETERUSNYASETERUSNYASETERUSNYA

Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada dalam Ahli Sunnah, mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang ’Kitab Tauhid’ yang disebut di atas (Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab) , yang menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma’sumi ini menyatakan (hal. 464); (ertinya): Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian berubahlah hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain daripada Allah orang yang bukan dalam kalangan solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah:

G ���# 8�dB�� ;�N� �W�� :�a�o 8� � F%�9 � H�� � /% � �J " 8�dB87�V� � � f%+, ���: ��Q% �: Z ��8@ �+D 8�dB� ��N% � H#G ���8� ��;�j F+9 � H� � f%+, 8�dB�� ��/% �: Z 8���8�#� �8��68?#� +r�� G ��� �� 8��0+N% �W��� �8Q �� " �$�� #f���Q \]� $�� ��� � �$ � �-�% ������ � H �� " ��8%�̀�� | �V��&%�Z $�� #: ; �$ � 8� C�:%���� �.

Fahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan (melakukan amalan syirik).

Page 37: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 37

Tidak hairanlah orang seperti nasir al-Din al-Albani dalam kitab ‘Solah al-Nabi’ menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’ sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma’sumi. Subhana’Llah. Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijma’ seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini.Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini. WAJIB MENGIKUT IMAM MAZHAB BAGI ORG AWAMWAJIB MENGIKUT IMAM MAZHAB BAGI ORG AWAMWAJIB MENGIKUT IMAM MAZHAB BAGI ORG AWAMWAJIB MENGIKUT IMAM MAZHAB BAGI ORG AWAM

Oleh al-Munawi rh dalam Syarah al-Jami’ al-Saghir. (Syarah ’al-Jami’ al-Saghir’ Jilid 1 hal. 209.) katanya:

� F�C#S ���� J�� %8Q &�� >�? " ���Q 8�dB�����9 8�dB�/ � ��9 ����86 � &%���� �8�dB�� P� ��Z � f#�� f �Y��:%�'� ��W�( � y% ���� / :� ;�F�� � (��% 8�dB�����9 ��#: �5" � ��j 8��>�6 �% � ��� G�b�� � �@���I�� �� �#: %�� ���F+��Q; �$�J#�. ��-�����#� ���@� p%O%8�#C��#I�;�/ ���Q 8�+̀�-�� S �@8� Z+6#���� ����i" ������ G ��%�@ ��� � %#��b � ������ ���$ /%l, ����Q 8�+̀�C >�I " �7�� s ���w � �%�>�� ����Q #$�U�R��#� �j F8E�r#� �8D #F �'�# �@ ��� d�� � .% �@��#� ���� �Q� � $�� ���[�R�E �@�E��i & H ��� �W8Q �O#- 8�+̀�C >�I#" ��ri� ��'G�6 � p%O% ���k ���� 8�#��C >�I�" ��8Q #F�?K� " $8a :p%� .. �@ ��� >�J#z G8?����#" �k��� 8�dB�/ � ��9 �@8� Z�? �h\g �8��j8@ >h\g \dB�Q 8��̀�a�:� S

Page 38: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 38

8�dB�/ � ��9 ���& > = �� � G �� /�� ��� �� I G8?����#" #$8R���? I � % G�U�-��#� �$% I�� %�U�*�� �k����:�� \�&j�? c� ���G ��I %�� ��O�" &�?�D 8�\~ $#)% ���P� � /�� �#� A]� G ���% �W�� � �% 8�+̀K ��?�� � �� $ ��J�z 8� ��;�)� �$�� G8?�����" ��� ��Q%

�-� � �%�9 ����7��%��:�� ���& I>� .

Wajib mengikut imam mazhab bagi orang awam. Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu (Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-Thauri) , Auza’I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan Allah) dan tidak diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu; yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan orang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang tertentu (seperti Syafi’i, atau lainnya yang ada dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah). MENGIKUT MAZHAB 4MENGIKUT MAZHAB 4MENGIKUT MAZHAB 4MENGIKUT MAZHAB 4

Maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-

Page 39: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 39

kaitan perkara mutlaknya , dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang khususnya, lain halnya dengan [aliran yang] selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-Din al-Razi (mujaddib abad ke 7 Hijrah itu) menyebutkan bahawa telah ijma’ ulama muhakkikin bahawa orang awam tertegah daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan para pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnya. uem]. PADA AHLI SUNNAH TAWASSUL HARUS BUKAN SYIRIKPADA AHLI SUNNAH TAWASSUL HARUS BUKAN SYIRIKPADA AHLI SUNNAH TAWASSUL HARUS BUKAN SYIRIKPADA AHLI SUNNAH TAWASSUL HARUS BUKAN SYIRIK

Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma’ Sunni. Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut:

/ �8� �#� U�/%�� �� /#(�N; \]� ���A]� � ������ � (�� � ���&#� �O�N% :

�W}�Q �=��� � G�"#&�; F�; ) 8��? � $%�9 ��� F��+��� 8� ��#y �&�- s 8�AB+u�QH �@ ��� J#: %�� �7�a� � �(� > �+r%�;�� � fh ) +r�� \ #��; (+r ��� \#� ���!"{H ��>� ;�(+D �8��j�(�> ��r%+9 \ ��� | ����i" �7 ��O %�N% 8��0�@%+} 8�_� ��;�� G�?#Z '"��F�� ������b'Z ���a�� �O�N% �@���� ���#��;�n�Z �W�&#� ��@%l} #$�C >�Ii" + ��;�� �@�?��i� +�#��;��Z &���;�� #$ >�b���i�.

Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla’lahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga [manusia], maka mereka meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam , kemudian dengan Musa,

Page 40: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 40

kemudian dengan Muhammad.Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi Taqiyuddin al-Subki, yang berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughaw, faqih usuli, nahwi mutakallim). (http://www.sunna.info/books/albani_sunna_9asretrieved on 5 Dec 2005 14:03:26 GMT.). Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati. Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan Wahhabiyyah ini terdapat nasnya dalam hadith nabi SAW

HADITH TENTANG TAWASSULHADITH TENTANG TAWASSULHADITH TENTANG TAWASSULHADITH TENTANG TAWASSUL

Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia ialah seperti berikut: Diriwayatkan dalam hadith ibn Majah, dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa’id al-Khudri rd katanya bahawa nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa katanya:”Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar ini bukan dengan main-main , dengan sombong atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredaan Engkau.

BBBBERTAWASSUL DALAM DOA NABI SAWERTAWASSUL DALAM DOA NABI SAWERTAWASSUL DALAM DOA NABI SAWERTAWASSUL DALAM DOA NABI SAW

Page 41: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 41

Engkau.Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba, kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.’Allah akan memandang kepadanya dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat akan memohon ampun untuknya. (Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad (3.21), ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri in al-Targhib (1:179), Ibn Khuzayma dalam Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym.

Ghazali menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith hasan.. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adzkar dan menyatakan ia lemah. Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-Masriyya (#54) dan takhrij kitab Nawawi, menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah). BERTAWASSUL HARUS PADA AHLBERTAWASSUL HARUS PADA AHLBERTAWASSUL HARUS PADA AHLBERTAWASSUL HARUS PADA AHLI I I I SUNNAHSUNNAHSUNNAHSUNNAH

Dengan cara ini Nabi SAW membuat tawassul bila ia bersabda ’hamba memohon dengan hak mereka yang meminta kepada Engkau” iaitu dengan setiap orang yang beriman. Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh para sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan tawassul demikian. Generasi salaf as-soleh dalam umat ini dalam kalangan para Tabi’in selepas Sahabat dan Tabi’-tabi’in megamalkan doa ini bila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang menolaknya. HADITH TENTANG TAWASSULHADITH TENTANG TAWASSULHADITH TENTANG TAWASSULHADITH TENTANG TAWASSUL

Page 42: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 42

Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’i, al-Baihaqi dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan baginda SAW katanya: ’Doakanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi SAW bersabda: ‘Kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik].Kemudian baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad , hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’ BERTAWASSUL BERTAWASSUL BERTAWASSUL BERTAWASSUL

Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat.Al-Bukhari meriwayat hadith ini dalam tarikhnya.Ibn Majah, dan al-Hakim dalam ’al-Mustadrak’nya menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam ’al-Jami’ al-Kabir’ dan ’al-Saghir’ menyebutnya. Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi SAW menyuruh orang buta itu berdoa dan menyebutnya, dan memohon kepada Allah dengan menyebut namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya.Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir Nabi SAW tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian DOA BERTAWASSUL DIAJAR ZAMAN SAHABATDOA BERTAWASSUL DIAJAR ZAMAN SAHABATDOA BERTAWASSUL DIAJAR ZAMAN SAHABATDOA BERTAWASSUL DIAJAR ZAMAN SAHABAT

Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi’in - Allah meredai mereka semuanya - untuk menunaikan hajat mereka. At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa

Page 43: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 43

ada seorang lelaki yang bertemu dengan ’Uthman bin ’Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada ’Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengen menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau’ ([1] Hadith sahih, diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Abu Nu’aim dalam Ma’rifah, al-Mundhiri (Targhib: 1:473-474, Haitami dan Tabarani dalam Kabir: (9:17-18) dan Saghir (1:184/201-202) dari anak saudara ’Uthman ibn Hunaif, Abu Imama Ibn Sahl ibn Hunaif).

����#I�� �W'&�Z ���(�E+ � � ; G�#��� �W��� � �� J\�� J��#$ % ���!" &���� �Z�� ��9 F H %#$ ��W #"��K� �� ; G���� #��W �� � /'��Z �@�Z � �%�>�� �� � �?#>�Z.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad, nabi pembawa rahmat. Wahai Nabi Muhammad sesungguhnya aku mengharapkan engkau meyampaikan permohonanku kepada Tuhan untuk menyampaikan hajatku.

Kemudian ia pergi ke pintu kediaman ’Uthman bin ’Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan ’Uthman, dan menyuruhnya duduk dengannya. ’Uthman berkata: ’Beritahu kepada saya apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’ Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin Hunaif, katanya: ’Mudah-mudahan

Page 44: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 44

Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah SAW bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat’. [1] Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar bagindfa sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya ialah darjat syuhada’ yang Allah sebutkan bahawa mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Tuhan.

BERDOA UNTUK SYAFAAT BUKAN SYIRIK DBERDOA UNTUK SYAFAAT BUKAN SYIRIK DBERDOA UNTUK SYAFAAT BUKAN SYIRIK DBERDOA UNTUK SYAFAAT BUKAN SYIRIK DAAAALAMLAMLAMLAM AHLI SUNNAHAHLI SUNNAHAHLI SUNNAHAHLI SUNNAH

Syafaat syirik pada Wahhabiyyah

Syirik minta syafaat adalah fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadith yang sohih. Antaranya ialah: (Sudah disebut dalam hadith Bukhari tentang syafaat). AMALAN YANG HIDUP SAMPAI KEPADA SI MATIAMALAN YANG HIDUP SAMPAI KEPADA SI MATIAMALAN YANG HIDUP SAMPAI KEPADA SI MATIAMALAN YANG HIDUP SAMPAI KEPADA SI MATI---- DALAM AHLI DALAM AHLI DALAM AHLI DALAM AHLI

SUNNAHSUNNAHSUNNAHSUNNAH

Amalan orang hidup tidak sampai kepada si mati bercanggah dengan ijma’. (18) Amalan orang hidup tak sampai kepada si mati.

Dalam pegangan Sunni, ijma’ sampai (amalan orang hidup tidak sampai kepada si mati). Orang yang kata tidak sampai, ia termasuk dalam kalangan ahli bid’ah. (Mausu’ah al-Ijma’ fi al-Fiqhi al-Islami, oleh Sa’di Abu Jaib).

Page 45: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 45

)���Q 8��̀'� m F8� �+?#� �r ;i.� ��� " $�;�G�� ���%�� ���% 8�+j�$�9. � [�% s ���#� ���� ��.% 8��b�*�) �#: ; �O�;lN ��n%lD �j #F�� >�" ����. ����Q �"� dg% F�-+D �r ; ��#� ���8� ��̀'��m ��8%�j�� ���% (

Sesungguhnya pahala sampai kepada mayat selepas daripada matinya mengikut ijma’ umat Islam; dan doa sampai pahalanya kepada si mati mengikut ijma’ umat Islam.

WAHHABI MENYATAKAN TAUHID ULAMA AHLI SUNNAH SALAHWAHHABI MENYATAKAN TAUHID ULAMA AHLI SUNNAH SALAHWAHHABI MENYATAKAN TAUHID ULAMA AHLI SUNNAH SALAHWAHHABI MENYATAKAN TAUHID ULAMA AHLI SUNNAH SALAH

Tauhid ulama ahl al-sunnah dituduh sebagai salah .Ini menyalahi ijma’.

Atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahli Sunnah tentang tauhid umumnya salah; Muhammad ‘Abd al-Wahhab dan mereka yang mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian tauhid kepada tiga, tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wassifat) membahagikan tauhid kepada tiga itu adalah perkara yang tidak ada dalam Ahli Sunnah waljamaah: ia tidak ada dalam Qur’an, hadith, tidak ada dalam kalangan sahabat, tabi’in, tabi’it-tabi’in, demikian seterusnya (tidak ada dalam kalangan generasi Salaf); ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh abad umat Islam bertauhid.

PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 MEMBAWA KEPADA PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 MEMBAWA KEPADA PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 MEMBAWA KEPADA PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 MEMBAWA KEPADA

TAKFIRKAN MUSLIMINTAKFIRKAN MUSLIMINTAKFIRKAN MUSLIMINTAKFIRKAN MUSLIMIN

Akibat daripada pembahagian kepada tiga itu timbul sangkaan (yang tidak ada alasan dalam sistem peristilahan dan makna pengetahuan Ahli Sunnah) bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui adanya Tuhan yang menjadikan langit

Page 46: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 46

dan bumi; hanya tidak bertauhid dengan tauhid uluhiyyah kerana tidak taat kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka Orang Islam yang mengakui Tuhan Esa dan tidak beramal dengan baik agamanya ia hanya bertauhid dengan tauhid rububiyyah, sama dengan penyembah berhala juga yang bertauhid dengan tauhid rububiyyah sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang islam yang bertawassul dan m eminta berkat dikubur para wali adalah sama dalam bertauhid dengan tauhid rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi penyembah berhala; hukum atasnya adalah hukum penyembah berhala; maka halallah darah dan hartanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

PENYEMBAH BERHALA BUKANNYA BERTAUHID TAPI KAFIR, PENYEMBAH BERHALA BUKANNYA BERTAUHID TAPI KAFIR, PENYEMBAH BERHALA BUKANNYA BERTAUHID TAPI KAFIR, PENYEMBAH BERHALA BUKANNYA BERTAUHID TAPI KAFIR,

BOHONGBOHONGBOHONGBOHONG

Mana mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid dengan tauhid rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid dalam apa-apa pengertian dan segi sekalipun sebab ia musyrik penyembah berhala.Bagaimanakah system peristilahan Syarfa’ ini dipermain-mainkan sampai penyembah berhala pun dikatakan ada bertauhid?

Ini tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu teologi Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-nas yang diterima oleh Ahli Sunnah. Dengan itu konsep pembahagian tauhid kepada tida ini mesti disemak kembali. Ini kerana beberapa sebab : sebab tidak ada dalil dan nas yang diterima dalam Ahli Sunnah; ia bercanggah dengan tauhid Ahli Sunnah waljamaah yang dihuraikan secara definitif oleh Imam Asy’ari dan al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka. PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 TIDAK ADA DALAM AHLI PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 TIDAK ADA DALAM AHLI PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 TIDAK ADA DALAM AHLI PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3 TIDAK ADA DALAM AHLI

SUNNAHSUNNAHSUNNAHSUNNAH

Page 47: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 47

Satu laginya sebab ia membolehkan orang menyamakan orang yang beriman yang beramal dengan bertawassul dan meminta berkat di kubur solihin dengan penyembah-penyembah berhala dan mengenakan hukum penyembah berhala ke atas mereka; dan sudah tentu inilah tauhid yang memusnahkan kerajaan Uthmaniah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman moden.Kita mesti kembali kepada tauhid mainstream yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah dan mencelakakan.Nau’dhu billahi min dhalik.

Tauhid yang dibahagi kepada tiga itu perlu dikembali kepada huraian Ahlis sunnah wal-jamaah alirah Asy’ari - Maturidi yang asal itu; itulah tauhid arus perdana umat ini yang tidak memisahkan tauhid yang tiga itu kepada kategori-kategori yang terpisah antara satu dengan lainnya. Dengan itu tidak dikatakan dalam Ahlissunnah bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyah kerana ia mengatakan Tuhan menjadikan langit dan bumi. Ia tidak bertauhid dengan apa jenis tauhid sekalipun sebab kalau ia bertauhid ia tidak akan menyembah yang lain selain dari Allah.Tentang ia kalah berbahas lalu terperosok ke penjuru terpaksa mengaku Tuhan yang menjadikan langit dan bumi itu Allah, pengakuan itu tidak menjadikan ia ahli tauhid; apa lagi kalau hendak dikatakan tauhidnya ‘ikhlas’, ‘lebih baik’, ‘lebih murni’ daripada orang Islam yang mengucap syahadah. Ini kerana ia penyembah berhala, oleh itu musyrik.

Tidak pernah ada dalam sejarah Ahli Sunnah bahawa

penyembah berhala dipanggil ahli tauhid. Perkataan seperti itu hanya muncul dalam kalangan kelompok ini sahaja, yang tidak mewakili Muslimin arus perdana umat ini. Lagi pula nas yang digunakan untuk membahagikan tauhid itu secara terpisah seperti ayat yang menyebut seolah-olah penyembah berhala itu ikhlas dalam menyeru kepada Allah bila mereka berfada di laut, itu tidak sah dalilnya, sebab

Page 48: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 48

‘ikhlas’ mereka itu pada zahir rupa sahaja bukan pada hakikatnya, sebagaimana yang disebut dalam tafsir-tafsir Ahli Sunnah seperti ‘Tafsir al-Baidawi’, ‘Tafsir Shaukani, dan lainnya.

(Berkenaan dengan ayat 65 Surah al-‘Ankabut dll).

Kemudian konsep tauhid yang dibahagi-bahagi secara terpisah-pisah itu digunakan pula sebagai alat untuk mengkafirkan orang yang bertawassul walhal tawassul dibenarkan dalam Ahlissunnah.Maka perlulah Muslimin kembali kepada tauhid asal Ahlissunnah yang diajarkan oleh Al-Syafi’I dan Imam Abu hanifah rd dalam ‘al-Fiqhul Akbar’ kedua-duanya (terbitan al-Matba’ah al-‘Amirah al-Sharqiyyah, Kahirah, tahun 1324H), tauhid al-Tahawiyyah oleh Imam al-Tahawi, demikian seterusnya oleh Imam al-Baqillani, al-Juwaini, al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, dan seterusnya sampailah kepada zaman Shah waliyullah al-Dihlawi yang memperakui akidah Ashaari sebagai akidah yang mirip mengikut para Sahabat sebagaimana yang dijelaskan dalam ‘al-Khairul-Kathir’nya.

(Dalam ayat yang digunakan untuk membuktikan

yang golongan musyrikin itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah terdapat kenyataan daripada Tuhan sendiri yang golongan itu pembohong dan kafir:

$ tΒ.... öΝèδ߉ ç6÷ètΡ �ω Î) !$ tΡθç/Ìh�s)ã‹Ï9 ’ n<Î) «! $# #’ s∀ø9ã— ¨βÎ) ©! $# ãΝä3 øt s†

óΟßγoΨ ÷� t/ ’ Îû $ tΒ öΝèδ ϵ‹Ïù šχθ à�Î=tGøƒ s† 3 ¨βÎ) ©! $# Ÿω “ω ôγtƒ ô tΒ uθèδ

Ò> É‹≈ x. Ö‘$ ¤�Ÿ2 ∩⊂∪ )�$q: 3(

"Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-

Page 49: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 49

dampingnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan) lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

WAHHABIAH MENYATAKAN ABU JAHAL BERTAUHID WAHHABIAH MENYATAKAN ABU JAHAL BERTAUHID WAHHABIAH MENYATAKAN ABU JAHAL BERTAUHID WAHHABIAH MENYATAKAN ABU JAHAL BERTAUHID

Abu Jahal lebih tahu hal la ilaha illallah daripada ulama Islam ini pegangan yang bercanggah dengan ijma’.

Kata Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dalam ‘Majmu’ah al-tawhid’ ,Maktabah al-Riyad al-Hadithah, Kahirah, 1375 Hijrah, hlm 220

� 8@#m ���Q ��8O /�#:�� �� >�;�����" ���#���;���9 ��� #F�"�[8�#I�� �@8� ��j�(�*�) H d����Q �O�- "#:�� 8��̀�*���b+9 ���� �j��&�� �hAg ���� �j���� �hAg #F��F�#"�Q x�6 % >#I�� ��>��6�#. ���\]� � ���a� � #: ; ���a�� �� ��D �f $h��#I�� ����$ ;��#I�� ...

Dan anda mengetahui bahawa ikrar mereka tentang tauhid rububiyyah tidaklah menyebabkan mereka masuk ke dalam Islam , dan bahawa kasad mereka [menyeru kepada Tuhan dengan wasitah] malaikat atau anbia atau aulia itu dengan berkehendak kepada syafaat mereka itu dan berdamping dengan Allah dengan perbuatan itu, itulah perkara yang menjadikan darah dan harta mereka halal [yakni mereka boleh dibunuh dan harta mereka diambil…]. Dan ini memang diamalkan dalam sejarah mereka.

Atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada ulama Islam;ini bercanggah dengan ijma’.

Page 50: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 50

G�;����#" �����Z ��ItD ������Z � ItS :

��#��; ��ItD ���#��; � ItS � $�� ���f ��F�J�I�� �$ � 8�+̀\�=�7�� � �7 H#&%�; �#F\��#J$�;�Q ������% �#F ;'��#" &�#� �@_� Z#��;�����9 [�% � %p? /�P�#$ H %pOK � %5�� �#$ �'� L H %5>h�/ � � &�@%5�% �j H #F�=�+7�Q; ���� �@�u Z� � x�� ! %p��C��iS ��k��FiS ��8Q F+b�;�Q ��#��; ��ItD ���#��; � ItS ��87�V# G�;����� �5"���� ����[�� � ��W  5&%�� %�� �$ H � 8�+̀�������� � ���a�F � F > ;�(+��;�Q ��8%dB��� �h\g ��-��%���� � � F�� >�=�6#��;�Q ���I�� �W���� ��� !��#��; ��ItD ���#��; � ItS ��87�V# G�;����5" � ����[�� � �W�F ��$ %5&%�� :#��\g 8�+��������� � ���a�F � F+?�;+�;�Q �j �W� � �W�j ���#� #$ ���i" �/#(+N; ¡����� !

Page 51: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 51

ABUABUABUABU JAHAL BERTAUHID PADA WAHHABIYYJAHAL BERTAUHID PADA WAHHABIYYJAHAL BERTAUHID PADA WAHHABIYYJAHAL BERTAUHID PADA WAHHABIYYAHAHAHAH

Abu Jahal dan Abu Lahab dan orang-orang yang berpegang kepada agama mereka dalam kalangan musyrikin itu beriman kepada Allah dan mentauhidkanNya dalam Rububiyyah sebagai pencipta, pemberi rezeki, yang menghidupkan, mematikan, mendatangkan mudarat, dan menafaat, mereka tidak mensyirikkanNya dalam yang demikian itu dengan sesuatu apapun!Ajaib dan pelik sekali bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab ini lebih banyak tauhidnya terhadap Allah dan lebih ikhlas imannya berbanding dengan Muslimin yang bertawassul dengan para wali, solihin, dan memohon syafaat dengan mereka terhadap Allah!

Abu Jahal dan Abu Lahab lebih banyak tauhidnya dan lebih ikhlas imannya berbanding dengan para Muslimin yang mengucap ’la ilaha illa’llah Muhammadun Rasulullah... (‘Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad Ahmad Bashmil, hal. 10)

QADI QUDAH HARUS PADA AS SYIRIK PADA WAHHABIYYAHQADI QUDAH HARUS PADA AS SYIRIK PADA WAHHABIYYAHQADI QUDAH HARUS PADA AS SYIRIK PADA WAHHABIYYAHQADI QUDAH HARUS PADA AS SYIRIK PADA WAHHABIYYAH

Qadi al-Qudah seperti shah an-shah menyalahi ijma’; atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” - kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan “Syahin -syah- raja sekelian raja” (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir) (lihat ‘al-Jami’ al-Farid’ terbitan Muhammad Ibrahim al-Nu’nan, tanpa tarikh, hal.173; dalam Ahli Sunnah gelaran itu adalah untuk ketua kadi-kadi, bukan dianggap syirik).

PADPADPADPADA WAHHABIYYAH TUHAN MEMEGANG LANGIT DENGANA WAHHABIYYAH TUHAN MEMEGANG LANGIT DENGANA WAHHABIYYAH TUHAN MEMEGANG LANGIT DENGANA WAHHABIYYAH TUHAN MEMEGANG LANGIT DENGAN

TANGANTANGANTANGANTANGAN

Page 52: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 52

Allah ada dua tangan dan seterusnya ini menyalahi ijma’ atau sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah SWT ”mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi..(dan) Allah berada atas Arasy (annallaha fauqal-’Arsh).” (Lihat kitab ’al-Jami’ al-Farid’ hal. 214, yang membawa kepada fahaman mujassimah.) QUNUT, ZIKIR BERJEMAAHQUNUT, ZIKIR BERJEMAAHQUNUT, ZIKIR BERJEMAAHQUNUT, ZIKIR BERJEMAAH, JAMUAN SELEPAS KEMATIAN D, JAMUAN SELEPAS KEMATIAN D, JAMUAN SELEPAS KEMATIAN D, JAMUAN SELEPAS KEMATIAN DAN AN AN AN

LAINLAINLAINLAIN----LAINLAINLAINLAIN HARUS DALAM AHLI SUNNAHHARUS DALAM AHLI SUNNAHHARUS DALAM AHLI SUNNAHHARUS DALAM AHLI SUNNAH

Bida’h qunut, tahlil arwah, berzikir beramai-ramai, membuat jamuan bila ada kematian serta ada tahlil, maulid al-Nabi.

Qunut adalah berdasarkan hadith riwayat al-Hakim yang diterima olehnya. Tahlil beramai-ramai ada sandarannya dalam beberapa hadith sahih yang disebut dalam ’al-Hawi lil-Fatawi’ jilid II oleh al-Suyuti. Pahala tahlil itu sampai kepada si mati mengikut ijma’. Kalau mereka tidak menerima pendapat ini sekurang-kurangnya mereka mengamalkan adab-adab berbeza pendapat.

Tentang majlis maulidur rasul atau maulid al-Nabi itu

walaupun tidak dilakukan zaman nabi SAW ia perkara yang mendatangkan kebaikan, dan boleh diambil dalil daripada ayat Qur’an yang bermaksud: ”Dan ni’mat Tuhan kamu hendaklah kamu menyebut-nyebutnya”. Maka niamat manakah yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabi SAW ke alam ini, dan itu patut sangat disebut-sebutkan? Dan tidakkah itu yang dilakukan dalam majlis-majlis maulid al-Nabi?

AHLI SUNNAH ADA BIDAAH YANG BAIK DAN ADA YANG TIDAK, AHLI SUNNAH ADA BIDAAH YANG BAIK DAN ADA YANG TIDAK, AHLI SUNNAH ADA BIDAAH YANG BAIK DAN ADA YANG TIDAK, AHLI SUNNAH ADA BIDAAH YANG BAIK DAN ADA YANG TIDAK,

MAJLIS MAULIDUR RASUL DALAM AHLI SUNNAHMAJLIS MAULIDUR RASUL DALAM AHLI SUNNAHMAJLIS MAULIDUR RASUL DALAM AHLI SUNNAHMAJLIS MAULIDUR RASUL DALAM AHLI SUNNAH

Dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah ’bid’ah’ ada yang baik dan yang tidak sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Syafi’i

Page 53: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 53

rd, Imam al-Ghazali, dan lain-lainnya, termasuk ’Izzuddin ibn ’Abd al-Salam. Pembahagian itu juga disebutkan oleh pensyarah-pensyarah hadith Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i dan lain-lainnya.

Bid’ah yang tertolak itu adalah yang tidak ada asalnya pada Qur’an, Sunnah atau Ijma’. Yang ada asalnya pada punca-punca itu bukan bid’ah pada syara’ walaupun dari segi lafaz zahirnya ia dinamakan bid’ah.

BID’AH PADA WAHHABIBID’AH PADA WAHHABIBID’AH PADA WAHHABIBID’AH PADA WAHHABIYYAHYYAHYYAHYYAH

Bid’ah mengadakan majlis maulid al-nabi SAW. Bagaimana berita terkini menunjukkan bahawa di negeri Arab Saudi diadakan majlis maulid al-nabi baru-baru ini dihadiri oleh Syaikh Salman sendiri yang tidak menunjukkan penentangannya terhadap amalan itu. Pada kita dalam Ahli Sunnah ini antara lainnya berdasarkan ayat Qur’an yang bermaksud ”Adapun ni’mat Tuhanmu hendaklah kamu menyebut-nyebutnya”. Dan tidak ada ni’mat yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabiNya kepada umat manusia untuk memberi bimbingan kepada mereka. Dan tidakkah perlu itu disebut-sebutkan, apa lagi dalam majlis maulidnya? SURATSURATSURATSURAT----SURAT MUHAMMAD BIN ‘ABD ALSURAT MUHAMMAD BIN ‘ABD ALSURAT MUHAMMAD BIN ‘ABD ALSURAT MUHAMMAD BIN ‘ABD AL----WAHHAB KONONNYA WAHHAB KONONNYA WAHHAB KONONNYA WAHHAB KONONNYA

IA …IA …IA …IA …

Mungkin boleh diperhatikan adanya surat-surat yang dikatakan ditulis oleh Muhammad bin ’Abdul Wahhab di salah sebuah universiti di Asia Barat yang menunjukkan bahawa beliau: tidak menganggap umum orang Islam kafir seperti penyembah berhala semenjak enam ratus tahun sebelum kemunculannya, tidak menganggap kafir amalan meminta syafaat, istighathah, meminta berkat dan yang sepertinya, tidak menentang kerajaan Uthmaniyyah, tidak menganggap mengikut mazhab menyebabkan kufur, tidak

Page 54: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 54

menganggap tasawwuf membawa kepada kufur, dan tidak menghalalkan darah dan harta sesama Muslimin kalau mereka mengamalkan dosa besar, seperti bertawasul, demikian seterusnya.

Maklumat ini, kalaupun benar, perlu dilihat dalam neraca ’track record’nya, dan juga kemunculan kitab-kitab dengan aliran yang tertentu itu, juga beberapa tokoh semasa yang mencanang aliran berfikir seperti itu misalnya al-Albani, al-Khojandi al-Ma’sumi dan lain-lainnya.

Keseluruhan perhatian terhadap aliran ini, tokoh-

tokohnya dan juga peristiwa sejarah menuntuk kita supaya mengecualikan diri daripada cara memahami agama secara demikian dan kita mesti merujuk kembali kepada wacana ilmu Ahli Sunnah wal Jamaah yang sepadu dan baku. Itulah jalan selamat yang satu-satunya dibuka oleh Tuhan untuk kita. Allahumma sallimna wal-Muslimin. Amin

Page 55: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 55

BAHAYA WAHHABIYYAH BILABAHAYA WAHHABIYYAH BILABAHAYA WAHHABIYYAH BILABAHAYA WAHHABIYYAH BILA KELUAR DARIPADA TEMPAT KELUAR DARIPADA TEMPAT KELUAR DARIPADA TEMPAT KELUAR DARIPADA TEMPAT

ASALNYAASALNYAASALNYAASALNYA

Tentang bahaya bahaya cara berfikir aliran ini kepada amalan agama dan keselamatan Negara kalau ia merebak jelas daripada sejarah, ini boleh difahami dari ‘track record’nya, dan implikasi ajarannya.

Track record’ dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bagaimana ia menganggap ulil amr kerajaan itu sebagai ‘tidak Islam’ dan seterusnya.

Bagaimana ia menentang dan memberontak walhal

tidak ada mazhab Ahli Sunnah yang membolehkan yang demikian itu.

Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang

berperang dengan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka.Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain, sebagaimana yang jelas dalam sejarah dan ajaran mereka.

Maka perlu diawasi supaya ia tidak berkembang

kepada rakyat Malaysia. Penyebarannya mesti disekat, melainkan dalam kalangan mereka yang asalnya bermazhab demilkian. Wallahu a’lam.

KESIMPULAN HAL WAHHABIYYAHKESIMPULAN HAL WAHHABIYYAHKESIMPULAN HAL WAHHABIYYAHKESIMPULAN HAL WAHHABIYYAH

Jelas dalam neraca sistem ilmu Ahli Sunnah bahawa ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, pada beberapa perkara asasi, dari segi akidah dan syariatnya serta akhlak dan ajaran rohaniahnya tidak mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam.

Page 56: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 56

Pembahagian tauhidnya kepada tiga, yang membawa kepada menyamakan orang Islam dengan penyembah berhala, dan hukum yang berikutnya,huraiannya tentang syahadah, sikapnya menentang aliran Imam Asy’ari dengan terang-terang, konsepnya tentang taklid dan bid’ah, sikapnya yang negatif terhadap ulul-amri sebagaimana yang jelas berkaitan dengan khilafah Uthmaniah, sikapnya menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang negatif, peringanan ijma’, demikian seterusnya memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan sama sekali daripada Ahli Sunnah. Sudah tentu ini bercanggah sekali dengan apa yang menjadi pegangan di negeri ini.

WAHHABIYYAH BERBAHAYAWAHHABIYYAH BERBAHAYAWAHHABIYYAH BERBAHAYAWAHHABIYYAH BERBAHAYA

Sayangnya golongan ini sedang mencanangkan bahawa merekalah adalah yang Ahli Sunnah sebenarnya dan golongan lain tidak Ahli Sunnah.Mereka adalah saudara-saudara kita yang membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita. Cara berfikir dan sikap sedemikian perlu jangan dibiarkan berkembang di kalangan Muslimin Malaysia.Sebagaimana yang dinyhatakan oleh al-Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’ ulil-amri negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya ajaran dan amalan Ahli Sunnah waljamaah tidak terganggu. Wallahu a’lam.

Kalaulah perbincangan di atas menunjukkan ciri-ciri ’literalist’ yang mirip kepada Khawarij , maka yang akan dibicarakan ini pula ialah trend yang mirip kepada golongan liberal klasik yang mempunyai unsur-unsur tidak tetap dalam pendirian tentang ilmu dan makna-makna yang teguh dalam ilmu.

Selepas ini akan dibicarakan pula aliran bebas lepas Mohammed Arkoun yang mewakili trend Islam Liberal yang sedang dipromosikan oleh pihak luar Islam untuk

Page 57: Epistemologi Sunni

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun

______________________________________________________ 57

memusnahkan wacana intelektuil agamanya, supaya ia hancur dari dalam. Perbincangan mengenainya akan dihuraikan dalam al-Bayan siri ke 20, insya Allah.