Epm 1373 undang undang & disiplin

26
EPM 1373 UNDANG-UNDANG DAN DISIPLIN PENSYARAH: TUAN HJ. MOHD ISMAIL OTHMAN Ahli Kumpulan: Sharifah Bt. Roslin Hasrineh Bt. Ruhidin Hasmah Bt. Rusli

description

 

Transcript of Epm 1373 undang undang & disiplin

Page 1: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM 1373UNDANG-UNDANG DAN

DISIPLIN

PENSYARAH:TUAN HJ. MOHD ISMAIL OTHMAN

Ahli Kumpulan:

Sharifah Bt. RoslinHasrineh Bt. Ruhidin

Hasmah Bt. Rusli

Page 2: Epm 1373 undang undang & disiplin

Tafsirkan pengertian ‘kecuaian’ dan bincangkan DUA kes kecuaian pendidikan seperti yang telah dilaporkan dalam Malayan Law Journal atau Current Law Journal.

Page 3: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Isu kecuaian dalam pendidikan bukanlah perkara baru, Cuma tidak semua guru mengetahui dan menyedari implikasinya jika ia berlaku. Ramai di kalangan guru tidak tahu tentang undang-undang yang berkaitan dengan kecuaian.

1.0 Pendahuluan

Page 4: Epm 1373 undang undang & disiplin

• APABILA TINDAKAN DISIPLIN, KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN BERLAKU DI SEKOLAH IBU BAPA SELALUNYA AKAN MENUDING JARI KEPADA GURU DAN SEKOLAH KERANA GAGAL MENJAGA DAN MELINDUNGI ANAK MEREKA ATAU TIDAK BERPUASHATI DENGAN TINDAKAN SEKOLAH.

• ADAKALANYA SITUASI ITU BERPIHAK KEPADA GURU DAN ADAKALANYA BERPIHAK KEPADA IBU BAPA ,MENGIKUT KEADAAN DAN SENARIO KES DAN UNDANG-UNDANG TORT YANG TERPAKAI.

Page 5: Epm 1373 undang undang & disiplin

DEFINISI UNDANG-UNDANG TORT

• SATU DARIPADA CABANG UNDANG-UNDANG SIVIL YANG MENETAPKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL KE ATAS YANG MELAKUKAN PERBUATAN ATAUPUN KECUAIAN BAGI MENDAPATKAN GANTIRUGI YANG TERTENTU JUMLAHNYA .(MOHD. ISMAIL OTHMAN, 2008)

Page 6: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLIN

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

•Abd. Ghani (1985) mengatakan:Tort merangkumi soal tuntutan dan dakwaan berkaitan kerugian, kecederaan dan kesakitan.

•Peranan undang-undang tort adalah menentukan soal-soal liabiliti dan ganti rugi yang dituntut dalam kesalahan sivil

Bidang tort ini sgt luas & m’cakupi pencerobohan, kacau ganggu, fitnah dan pernyataan silap atau misstatement.

Secara ringkasnya TORT bermakna Salah.

Page 7: Epm 1373 undang undang & disiplin

Undang2 TORT dlm kecuaian pula ada menggariskan 3 perkara utama yg perlu dibuktikan wujud sebelum kes kecuaian ini dibuktikan

bersalah dlm mahkamah iaitu:-

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

i. Pihak plainitif mesti membuktikan bahawa undang2 menuntut pihak tertuduh bgi memikul tanggungjwb dgn hormat terhadap pihaknya.

ii. Pihak plaintif perlu membuktikan bhw pihak defendan tlh memungkiri tgjwbnya & gagal utk melaksanakannya dgn baik mengikut standard yg diperlukan dlm undang2 semasa mengendalikan sesuatu urusan berkaitan dgn plaintif.

iii. Pihak plaintif perlu membuktikan bhw pihak tertuduh telah memungkiri tanggungjawbnya yg mengakibatkan kerosakan /kecederaan yg blh diramalkan olehplainitif.

Page 8: Epm 1373 undang undang & disiplin

2.0 Definisi Kecuaian @ negligence

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

(Rogers, W.V.H, 1994). Kecuaian sebagai tort adalah pelanggaran kewajipan undang2 utk berjaga-jaga oleh defendn yg mengakibatkan kerosakan yg tdk diinginkan kpd plaintif.

Page 9: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Dlm pddkn kecuaian dibahagikan kpd dua iaitu:-

kecuaian guru

-berpunca drpd konsep tanggungjawab berjaga2 drpd segi undang2 yg dipertanggungjawab kpd guru.-kecuaian guru dikaitkan dgn kemalangan dan kecederaan fizikal yg menimpa pelajar.-Guru terpaksa membayar denda dlm btk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud liabiliti guru dlm sesuatu keadaan.

Page 10: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

merujuk kpd kegagalan guru m’didik pljr.Dlm banyak situasi, usaha m’buktikan sesuatu kecederaan intelek berpunca drpd pgjrn guru yg kurang baik adlh amat menyukarkan.99 % drpd guru2 tdk perlu bimbang kerana guru2 yg bimbang adlh mereka yg tdk cekap, tdk hiraukan murid2 di bawah jagaan mereka.

Kecuaian pendidikan

Page 11: Epm 1373 undang undang & disiplin

2 kes kecuaian yang dibincangkan:

• Kes cangkulMohamed Raihan bin Ibrahim & Anor,V.Government of Malaysia & Ors. (1981) 2MLJ, 27

• Kes PensilGOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS. V.JUMAT BIN MAHMUD & ANOR

Page 12: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Seorang pelajar tingkatan satu SM Port Dickson mengalami kecederaan di kepala kerana terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian. Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden, guru mata pelajaran Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang mengikuti kelas perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaan penggunaan cangkul.

3.0 Kes 1: Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor,V.Government of Malaysia & Ors. (1981) 2MLJ, 27

Page 13: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

•Tuntutan Plaintif ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Plaintif kemudiannya membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur.

•Mahkamah persekutuan menyimpulkan terdapat kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah dan langkah- langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan perayu yang di bawah jagaan plaintif daripada menanggung kecederaan di mana,-Guru tidak memeriksa peralatan kebun dan tidak menyediakan sistem keselamatan semasa kelas pertanian.-Guru mempercayai pelajar dan tidak menguruskan peralatan kebun dengan baik. -Guru tidak memberi peringatan dan tidak mengambil langkah- langkah keselamatan mengikut keadaan pelajar termasuk jarak antara mereka, bagi mengelak berlakunya kecederaan.

Keputusan mahkamah

Page 14: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• It is a settled law that a school teacher is under a duty to exercise supervision over his pupils when they are in the school premises, either in the classroom or the playground. The degree of supervision depends on the circumstances of each case, such as the age of the pupils and what they are doing at the material time. If the teacher knows that the pupils are engaged in doing acts which are likely to cause injuries to one another, the teacher is under a duty to take steps to ensure the safety of the acts.

Hakim Salleh Abas F.J menegaskan

Page 15: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Mengikut keputusan hakim mahkamah dalam kes Blyth v. Birmingham Waterworks Co. (1856), tahap berjaga-jaga yang munasabah yang akan diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan adalah memadai. Berjaga-jaga pada tahap munasabah membawa maksud berjaga-jaga yang diharapkan adalah pada tahap biasa -(Tie, 2004,m.s 42).

?...Apakah yang dimaksudkan ‘duty of care’ (kewajiban berjaga-jaga)?

Page 16: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

•Defenden mempunyai tanggungjawab "kewajiban berjaga-jaga" ( requirement to exercise duty of care) terhadap plaintif, •Defenden telah tidak melakukan "kewajiban berjaga-jaga" (failure to exercise duty of care) dan, •Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari kegagalan defenden melakukan kewajibannya.

Berdasarkan kes ini, perbuatan seseorang (defenden) boleh dikatakan cuai oleh mahkamah apabila ketiga-tiga syarat berikut dipenuhi:

Page 17: Epm 1373 undang undang & disiplin

Penyelesaian kes berdasarkan undang-undang tort

• Tindakan undang-undang tort bagi kes Mohd Raihan adalah diterima sebab terdapat kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah dan langkah- langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan perayu yang di bawah jagaan plaintif daripada menanggung kecederaan.

Page 18: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

•Adakah sesuatu kejadian boleh dijangka akan berlaku (forseeability)? •Adakah sesuatu kejadian mungkin mengakibatkan kecederaan (likelihood of harm)? •Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku (seriousness of accident)? •Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik (practicality of precautions)? •Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang biasa (common practice)? •Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan sesuatu yang memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi (neccessity to take greater risks)?

Ling (2001) – faktor2 yang akan diambil kira oleh mahkamah untuk menentukan kelakuan yang munasabah

Page 19: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM 1373 UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Senario kesSatu lagi kes kecuaian yang berkaitan dengan penyeliaan dalam bilik darjah ialah ‘Kes Pensil.’ Dalam kes ini, Jumat bin Mahmud seorang pelajar berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’ Kelana Maarof Seremban, dalam darjah lima tercedera kerana tercucuk pensil yang tajam dipegang oleh kawannya bernama Azmi. Azmi seorang pelajar yang nakal dan sering mengganggu rakan-rakannya di dalam kelas. Dia telah mencucuk pin di peha planitif menyebabkannya bertindak balas dengan berpusing ke belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang tajam. Mata itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan serius. Kelas tersebut diajar oleh Puan Kenny.

KES KECUAIAN KEDUAGOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS V.JUMAT BIN MAHMUD & ANOR

Page 20: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Keputusan Mahkamah

Dalam keputusan di Mahkamah Tinggi, hakim menyebelahi plaintif, dengan menyatakan bahawa plainitif mungkin tidak akan mengalami kecederaan serius jika guru yang berada di kelas pada masa itu memberi perhatian khusus kepada tingkah laku nakal pelajar terbabit. Guru tersebut telah dianggap tidak amanah dengan tugas menjaga kelas kerana tidak menyelia dengan sepatutnya. Beliau telah cuai kerana tidak memberi perhatian kepada murid yang berkeliaran di belakang kelas. Kurang Penyeliaan dalam bilik darjah telah menyebabkan kecederaan tersebut ( Tie Fatt Hee, 2006).

Page 21: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Bagaimanapun setelah dirayu di Mahkamah Rayuan

dalam kes Government of Malaysia & Ors. v. Jumat bin

Mahmud & Anor,

Hakim memihak kepada perayu dengan alasan:

1.Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan. Sebatang pensel bukanlah benda yang merbahaya dan semua murid menggunakan pensel di dalam kelas.

2. Andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana:

Page 22: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

1. Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan. Sebatang pensel bukanlah benda yang merbahaya dan semua murid menggunakan pensel di dalam kelas.

2. Andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana:

a. Pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan.

b. Apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, ini tidak bererti pengurusan pada pihak guru tidak wujud sama sekali.

c. Hubungan kurangnya pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas murid bukanlah bererti kemungkinan, tetapi perkara itu adalah andaian semata-mata.

(Pentadbiran undang-undang dalam pendidikan, 2003 dari http://www.pts.com.my)

Page 23: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Isunya di sini ialah berapa banyak penyeliaan yang perlu diberikan oleh seorang guru sekolah dalam sebuah bilik darjah untuk melindungi murid-muridnya dalam kecederaan.

Mahkamah biasanya akan menilai samada guru tersebut boleh menjangkakan risiko kecederaan tersebut dan adakah kecederaan itu boleh dielakkan.

Pada kes-kes berikutnya mahkamah akan menilai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan: arahan (instruction), amaran (warning) dan penyeliaan (supervision)

Page 24: Epm 1373 undang undang & disiplin

Penyelesaian kes berdasarkan undang-undang tort

• Tindakan undang-undang tort bagi kes Jumat adalah terbatal bagi kes palinitif mengalami kecederaan serius mata kerana:

• 1.Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan. Sebatang pensel bukanlah benda yang merbahaya dan semua murid menggunakan pensel di dalam kelas.

• 2. Andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima

Page 25: Epm 1373 undang undang & disiplin

EPM UNDANG-UNDANG & DISIPLINUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Yang Arif Hakim Raja Azlan Shah FJ memutuskan:

“ The duty of care owed by (the teacher) required only that he should take such measures as in all the circumstances were reasonable to prevent physical injury to (the pupil). This duty not being one to insure against injury, but to take reasonable care to prevent it, required no more than the taking of reasonable steps to protect the plaintiff against risks of injury which (the teacher) should reasonably have foreseen.”

Page 26: Epm 1373 undang undang & disiplin

kesimpulan• Untuk meminimumkan kemungkinan pihak sekolah

didakwa kerana kecuaian, pengurus sekolah mesti memahami konsep kecuaian dan bagaimana beliau boleh dipersalahkan. Secara amnya, jika pengetua telah mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan tugas-tugas harian dan melaksanakan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care) yang wajar, maka beliau harus selamat dan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku. Pengetua juga perlu mahir mendapat kerjasama dan melibatkan pihak ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah sebelum ianya dibawa ke mahkamah .