Epm414 Mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki e30203120511

18
E30203120511 [EPM414:PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER KOD KURSUS EPM 414 NAMA KURSUS PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKi NO. MATRIK E30203120511 NAMA FASILITATOR AKADEMIK EN. AKHIRRUDDEEN B. AWANG PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUANTAN ISI KANDUNGAN EPM414 Page 1

description

tugasan

Transcript of Epm414 Mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki e30203120511

EPM414:PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

E30203120511[EPM414:PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]

TUGASAN

JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUSEPM 414

NAMA KURSUSPENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKi

NO. MATRIK

E30203120511

NAMA FASILITATOR

AKADEMIKEN. AKHIRRUDDEEN B. AWANG

PUSAT PEMBELAJARANAeU KUANTAN

ISI KANDUNGANBIL.TAJUKMUKA SURAT

1.BAHAGIAN A :

Dengan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) untuk Bahasa Melayu saya dapat menentukan keberkesanan pengajaran saya dan murid serta ibu bapa pun tahu tahap bahasa yang telah dikuasai.3 - 5

2.BAHAGIAN B :

Menggubal instrumen pentaksiran untuk salah satu empat kemahiran Bahasa Melayu.

6 - 13

Dengan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) untuk Bahasa Melayu saya dapat menentukan keberkesanan pengajaran saya dan murid serta ibu bapa pun tahu tahap bahasa yang telah dikuasai.

Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah amat penting dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Murid murid akan dinilai tahap penguasan kemahiran khusus dalam bahasa melayu. Pentaksiran ini dijalankan setiap masa selepas selesai sesi pengajaarn dan pembelajaran sesuatu kemahiran yang di ajar oleh guru. PBS bahasa melayu mencakupi beberapa kemahiran asas seperti kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis. Murid murid di nilai dari segala segi dan tidak any tertumpu kepada bahan ujain semata mata. Murid akan dinilai setiap masa oleh guru walaupun hany bersoal jawab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pentaksiran ini amat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran saya semasa mengajar kemahiran kemahiran tertentu.

Saya dapat mengenal pasti masalah yang timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat membantu saya untuk menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai dalam mengajar sesuatu kemahiran khusus. Murid murid juga dapat dibantu melalui pentaksiran berasaskan sekolah ini. Ini kerana murid yang lemah akan dapat dikenal pasti oleh saya dan murid yang telah menguasai kemahiran akan terus bergerak kehadapan untuk menguasai kemahiran yang lain pula. Proses ini akan dilakukan berulang kali sehingga murid yang lemah ini berjaya menguasai kemahiran tersebut.

Instrumen yang digubal juga akan dapat membantu murid murid dalam menguasai kemahiran. Pentaksiran berasaskan sekolah ini tudak hanya menumpukan kepada peperiksaan sahaja. Ini supaya dapat memastikan murid murid dinilai melalui minat dan kecenderungan untuk menguasai kemahiran. Setiap pentaksiran yang dibuat akan menentukan keberkesanan penerimaan murid murid terhadap pengajaran saya. Perbezaan tahap pemikiran murid murid juga dapat dikenal pasti melalui pentaksiran ini. Murid murid akan lebih kehadapan dan akan cuba untuk menguasai kemahiran yang dinilai. Keberkesanan pentaksiran kepada murid dapat dilihat melalui tahap penguasaan yang telah mereka kuasai. Setiap murid mempunyai fail individu yang mengumpulkan kesemua pentaksiran yang telah diuji serta dinilai oleh guru. Setiap murid mempunyai rekod penguasaan kemahiran dalam fail tersebut. Matlamat menggunakan fail ini adalah untuk membantu saya dalam mengenal pasti mesalah pembelajaran murid murid. Semua pentaksiran yang telah diuji dan dinilai merupakan bukti yang kukuh bahawa murid ini telah menguasai kemahiran atau belum menguasai kemahiran khusus. Ia juga bagi memastikan setiap murid dapat dinilai dengan menggunakan pentaksiran yang sama. Murid murid diuji dan dinilai untuk menguasai serta mempraktikkan kemahiran tersebut semasa berada di rumah ataupun di luar kawasan sekolah.

Ibu bapa juga dapat mengetahui tahap penguasaan kemahiran anak anak mereka melalui fail ini. Contohnya kalau sebelum PBS ini di guna pakai dengan mmenyeluruh, ibu bapa hanya diberikan markah dan gred anak anak mereka sahaja. Melalui pentaksiran berasaskan sekolah ini, semua kemahiran yang dikuasai oleh murid murid kan dapat dilihat serta dinilai oleh ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa juga akan mendapat faedah yang banyak melalui system pentaksiran berasaskan sekolah ini. Setiap kemahiran yang telah dikuasai oleh murid murid akan terus dimasukkan kedalam fail dan juga secara on-line. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk melihat proses perkembangan anak anak mereka. Kemahian yang dinilai adalah berpandukan kepada standard yang telah digubal dan diguna pakai oleh semua sekolah rendah dalam mengajar bahasa melayu.Oleh itu pentaksiran ini sebenarnya adalah satu langkah yang amat baik kepada saya, anak didik saya serta ibu bapa mereka. Keberkesanan pentaksiran akan hanya dapat dilihat melalui pengumpulan data yang lebih sistematik dan tidak dipengaruhi oleh perbezaan persekitaran serta tahap pemikiran murid murid. Natijahnya, setiap pentaksiran yang dinilai akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada guru, murid serta ibu bapa. Ibu bapa akan sentiasa mengikuti perkembangan anak anak mereka walaupun berada dirumah sahaja. Murid murid ini akan sentiasa untuk memajukan diri sendiri dalam menguasai kemahira kemahiarn khusus. Pentaksiran Berasaskan Sekolah mampu mengubah persepsi ibu bapa dan murid murid yang hanya tahu untuk belajar sebagai untuk lulus peperiksaan sahaja. Melalui pentaksiran ini, murid murid lebih fleksibel dalam menguasai kemahiran kemahiran tertentu dalam bahasa melayu.Kesimpulannya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini berjaya mengubah sistem pemerolehan maklumat oleh guru, murid dan ibu bapa. Setiap pentaksiran akan dikuasai oleh murid murid dalam bahasa melayu amnya. Ibu bapa seharusnya mengambil berat mengenai tahap penguasaan murid murid dan tidak hanya menyalahkan para guru apabila anak mereka masih belum mampu untuk menguasai kemahiran asas dalam bahasa melayu sekolah rendah. Menggubal instrumen pentaksiran untuk salah satu empat kemahiran Bahasa Melayu.

Kemahiran bahasa

Menulis

Pernyataan StandardMemahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.

Deskriptor

Membina dan menulis huruf, suku kata dan perkataan

Evidens

Menulis huruf, suku kata dan perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sejak dari tahun 2010. Dalam KSSR terdapat pentaksiran yang melibatkan semua murid dalam tahun yang di nilai. Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan beberpa kemahiran utama iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan menulis dalam bahasa melayu.Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah memilih kemahiran menulis untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta tahap penguasaan murid murid dalam kemahiran tertentu. Rasional pemilihan kemahiran menulis adalah kerana murid murid dalam kelas tahuj 2 ini merupakan murid murid tahap aras tinggi. Serta bilangan urid yang ditadbir hanya seramai empat orang. Ini memudahkan saya untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih cepat serta tersusun. Kemahiran menulis ini amat menitikberatkan kepada pembinaan dan menulis huruf, suku kata dan juga perkataan.Murid murid digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam pembelajaran kemahiran menulis ini. Kemahiran menaakul maklumat yang diberikan juga merupakan proses yang baru yang diperkenalkan dalam pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ini. Penggunaan deskriptor yang mudah juga dapat membantu murid murid dalam menguasai kemahiran menulis ini. Deskriptor yang baik akan dapat membantu murid murid dalam memahami serta menyelesaikan masalah dalam PBS. Cirri cirri yang baik ini dapat juga membantu guru guru dalam menentukan tahap pencapaian objektif yang dirancang serta menilai kebolehan murid murid.

Manakala evidens yang saya gunakan dalam membina instrumen instrumen ini adalah kemahiran yang telah dipelajari oleh semua murid dalam kemahiran menulis. Saya telah menggunakan evidens yang mudah dan sesuai dengan tahap kebolehan murid murid. Ini bagi memudahkan murid murid untuk menjawab soalan yang disediakan dan dapat menguasai kemahiran yang dinilai. Proses ini dapat membantu dalam pembinaan intrumen yang baik serta sesuai dengan murid murid. Pembinaan intrumen dimulakan dengan mengenal kemahiran yang ingin dinilai kepada murid murid. Kemahiran yang sudah dikenal pasti adalah kemahiran menulis. Setiap kemahiran yang dinilai perlu mengikut tahap penguasaan murid murid. Oleh sebab itu, saya telah menggunakan deskriptor yang sesuai dalam pembinaan instrumen ini. Dalam kemahiran yang dinilai saya telah membina dua instrumen yang membolehkan murid murid untuk menaakul kemahiran serta maklumat dalam instrumen tersebut. Instrumen yang dibina oleh saya menggunakan format mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dan membina perkataan daripada huruf huruf yang diberi serta menjadikan struktur ayat mudah lengkap dan betul. Penentuan format ini adalah bersesuaian dengan kemampuan murid murid untuk menguasai kemahiran menulis. Kebarangkalian untuk murid murid menjawab dengan betul adalah lebih tinggi daripada mrid yang tidak dapat menjawab soalan atau instrumen yang disediakan. Murid murid akan dapat menguasai kemahiran menulis yang akan dinilai oleh saya dalam PBS ini. Format instrumen yang saya gunakan ini juga mengambil kira kepada tahap penguasaan murid murid. Kefahaman tentang apa yang akan dinilai akan dapat membantu murid murid dalam menjawab instrument yang di sediakan.Perbincangan dikalangan guru guru bahsa melayu juga dapat membantu saya dalam menentukan format instrumen yang akan di bina oleh saya. Dengan cara ini, saya dapat mengenal pasti masalah atau kekurangan instrumen yang di bina oleh saya. Penilaian PBS ditentukan dengan murid murid dapat menulis dengan betul perkataan dan juga melengkapkan ayat supaya menjadi ayat yang lengkap. Semua format ini telah digubal oleh saya dan dibantu oleh penambahbaikkan oleh rakan rakan guru. Instrumen yang dibina adlah tidak mudah seperti yang saya sangka. Penilaian perlu memastikan bahawa murid murid boleh menguasai kemahiran serta menggunakannnya semasa di rumah atau semasa membaca buku. Hanya rujukan serta sumber sumber yang boleh digunaka pakai adalah buku teks, buku aktiviti, standard kandungan dan standard pembelajaran.Keseluruhan perkara perlu diambil kira dalam membentuk instrument yang baik dan sesuai dengan murid murid. Saya beranggapan bahawa murid murid boleh menguasai kemahiran menulis ini kerana dalam kelas ini, tiada murid yang mempunyai masalah dari segi mengenal huruf, membaca perkataan serta mengeja perkataan. Kesungguhan murid murid dalam menguasai kemahiran menulis ini dapat dilihat dengan jawapan yang diberikan oleh mereka. Cara perkataan ditulis juga amat baik dan mudah untuk saya membaca setiap perkataan yang dibina dalam instrumen ini. Sumber sumber yang digunakan adalah sebagai panduan kepada saya dalam menggubal instrumen yang baik. Saya juga mengambil sumber daripada bahan bacaan mudah dan menggubalnya semula bagi memastikan murid murid dapat menjawab soalan tersebut.

Instrumen yang telah ditentukan formatnya akan terlebih dahulu dibacakan oleh saya berulang kali. Ini bagi memastikan tiada kesalahan daripada segi perkataan atau huruf yang digunakan. Penggunaan kosa kata yang sesuai juga membolehkan murid murid menjawab dengan cepat dan menguasai kemahiran menulis ini. Dalam buku teks dan buku aktiviti, banyak diberikan contoh yang sesuai untuk membina instrumen yang baik. Saya hanya perlu mencari serta menggubal soalan yang bersesuaian dengan tema dan tajuk yang telah disenaraikan dalam kedua dua buku ini. Sumber yang digunakan amat penting dan tidak terkeluar daripada landasan asal dalam kemairan menulis bahasa melayu. Standard kandungan dan juga standard pembelajaran membantu saya dalam mengenal pasti deskriptor serta evidens yang sesuai untuk instrumen ini. Tahap kesukaran instrumen juga dapat dikenal pasti melalui kedua dua standard yang telah diberikan. Kefahaman dalam membina instrumen akan menumpukan kemahiran yang lebih khusus dan terperinci.Dalam pentaksiran kemahiran menulis ini, murid murid yang mengambil ujian tersebut adalah murid tahun 2. Jumlah murid tahun dua ini adalah seramai 7 orang sahaja tetapi yang hadir hanya seramai 4 orang. Semasa instrumen ini dinilai oleh saya, murid urid dibacakan terlebih dahulu soalan yang diberikan. Murid tahun dua ini kelihatan begitu faham dengan apa yang saya bacakan kepada mereka. Ujian ini dijalankan selepas saya mengajar kemahiran menulis serta kemahiran membaca semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jumlah murid yang sedikit ini membantu saya dalam memerhatikan instrumen ini dijawab oleh murid murid. Murid murid yang terlibat ini adalah terdiri daripada tiga murid lelaki dan anya seorang murid perempuan.

Dapatan hasil ujian yang telah saya lakukan kepada murid tahun dua ini adalah seperti dalam jadual di bawah. Instrumen 1

Bil.Nama muridJawapan betulJawapan salah

1.Nuri Azri Bt. Mohd Khairi11/121

2.Muhammad Shahizal B. Tan Mohd Fuaad10/122

3.Muhammad Danish Muqri B. Shamsul Nizam12/12Tiada

4.Muhammad Syafiq12/12Tiada

Instrumen 2

Bil.Nama muridJawapan betulJawapan salah

1.Nuri Azri Bt. Mohd Khairi5/5Tiada

2.Muhammad Shahizal B. Tan Mohd Fuaad4/51

3.Muhammad Danish Muqri B. Shamsul Nizam5/5Tiada

4.Muhammad Syafiq5/5Tiada

Setelah ujian pentaksiran ini dilaksanakan kepada murid murid saya telah dapat menegnal pasti tahap penguasaan mereka. Keputusan ujian ini dapat memperlihatkan tahap penguasaan murid murid dalam kemahiran menulis. Ini mungkin disebabkan oleh kerana jumlah pelajar yang sedikit dan mudah untuk ditadbir oleh saya. Murid murid ini mengikut arahan yang telah diberikan oleh saya sebelum mereka menjawab soalan atau instrument ini. Hasil daripada pemerhatian saya didapati bahawa murid murid telah menguasai kemahiran menulis. Saya juga memberikan murid murid peluang untuk membacakan petikan yang telah dilengkapkan dengan perkataan yang sesuai. Ini dapat membantu murid murid dari segi kemahiran membaca.Pentaksiran yang telah dijalankan kepada murid tahun dua ini telah dapat mencapai objektif yang saya inginkan. Semua murid dapat menulis perkataan daripada huruf huruf dan juga melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. Oleh itu pentaksiran ini berjaya dengan jayanya. Keputusan murid murid amat menggalakkan dan begitu cemerlang. Murid tahun dua yang tidak dapat hadir pada hari ini akan dinilai untuk mengenal pasti tahap penguasaan mereka dalam kemahiran menulis bahasa melayu. Pentaksiran ini akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan bersesuaian dengan tahap penguasaan kemahiran murid murid. Instrumen yang digubal boleh membantu murid murid dalam menguasai kemahiran berbahasa.Secara fizikalnya, murid tahun dua ini telah berupya untuk menncari maklumat serta memindahkan maklumat di tempat yang betul serta sesuai. Oleh itu diharapkan selepas ini, pentaksiran berasaskan sekolah boleh dilaksanakan mengikut tahap atau perbezaan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Kemahiran menulis amat penting dalam bahasa melayu. Murid akan menjadi lemah dalam bahasa melayu jika kemahiran menulis, membaca dan mendengar tidak dapat dikuasai dengan sepenuhnya oleh murid murid. Perbezaan tahap pemikiran murid murid juga perlu diambil berat untuk membantu murid murid ini berjaya menguasai kemahiran tertentu.Instrument Rujukan: B2 DT1 E2

UnitUnit 11: Sambutan Hari Kanak-kanak

(Buku Teks: m/s 56, 16)

DeskriptorB2 DT1 Membina dan menulis dengan betul

EvidensB2 DT1 E2Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung

Cantumkan kad-kad suku kata bagi membentuk perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung. Kemudian, lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan yang sesuai.

[SP: 3.3.1]

1.

4.

2.

5.

3.

6.Sekolah Kebangsaaan Puchong Jaya mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak pada hari (7) ________________ ini. Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan kanak-kanak di sekolah itu.

Sambutan Hari Kanak-kanak sangat (8) ________________________. Ada (9) _____________________ aktiviti yang diadakan. Murid-muird hadir dengan keluarga masing-masing.

Afifah dan Samad menyertai pertandingan menyanyi lagu kanak-kanak. Afifah mendapat (10) _________________________ johan dalam pertandingan tersebut. Seok Ling dan Shanti menyertai pertandingan kraf (11) __________________________________.

Setelah semua aktiviti (12)......................................................... , murid menjamu selera di kantin sekolah.

SP: 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

.

Pentaksiran:MenguasaiBelum menguasai

InstrumenRujukan: B1 DT1 E1

UnitUnit 4: Jagalah Kebersihan

(Buku Teks: m/s 21, 7)

DeskriptorB1 DT1 Menulis perkataan dan ayat

EvidensB1 DT1 E1 Menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata

Lengkapkan ayat berdasarkan gambar. [SP: 3.2.4]

1.

2.

3.

4.

5.

SP: 3.2.4Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

Pentaksiran:MenguasaiBelum menguasai

ah

me

ri

ta

ngan

na

ib

le

se

sai

ba

nyak

Kha

mis

membilas

tangan

bersih

kuku

menggosok

Anis mencuci _______________________ sebelum makan.

Adam _________________________ tangannya dengan air bersih.

Danial memakai baju yang _____________________ selepas mandi.

Yee Fan __________________________ gigi selepas bangun daripada tidur.

Sarmila sedang mengetip _________________________nya supaya pendek dan bersih.

EPM414Page 14