Ergonomik dalam pembinaan rumah ibadat power point

download Ergonomik dalam pembinaan rumah ibadat  power point

If you can't read please download the document

Transcript of Ergonomik dalam pembinaan rumah ibadat power point

  • 1. ERGONOMIK DALAM PEMBINAAN RUMAH IBADATZAWANI AMIRAH BT RASID ME131007 , ABDUL MURAD ABD HAMID MP111086 NATRA BT ISMAIL ME131006U/P: PROF KAMARUZAMAN YUSOF

2. DEFINISI Istilah `ergonomics berasal daripada perkataan Greek ergon bermaksud kerja dan nomos bermaksud undangundang tabie. Kroemer K.H.E (1994), mendefinisikan ergonomik sebagai satu disiplin untuk mengkaji sifat-sifat manusia untuk menghasilkan rekabentuk yang sesuai dengan kehidupan dan persekitaran pekerjaan. Ergonomik merupakan satu disiplin untuk mengkaji sifatsifat manusia untuk menghasilkan reka bentuk yang sesuai dengan kehidupan dan persekitaran pekerjaan. Ergonomik dikatakan sebagai satu disiplin, ia adalah suatu ilmu yang dikaji dalam mempertingkatkan keselesaan, kepuasaan, keselamatan dalam menghasilkan produktiviti yang berkualiti dalam pelbagai bidang. 3. Asal perkataan Ergonomik Mula digunakan oleh Wojciec Jastrzebowski pada tahun 1857 Satu bidang saintifik yang cuba untuk menyesuaikan sistem kerja dengan keupayaan manusia Frederick W. Taylor Dianggap sebagai Bapa Pengurusa Moden Mempersoalkan cara-cara yang lebih cekap yang boleh dibuat oleh pekerja Tumpuan lebih kepada isu produktiviti kerja 4. OBJEKTIF Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk memahami konsep egronomik yang diterapkan dalam rumah ibadat antara Masjid dan Gereja. Berikut adalah beberapa objektif daripada tugasan ini: Untuk memahami penerapan elemen-elemen yang diterapkan dalam pembinaan Masjid. Untuk memahami penerapan elemen-elemen yang diterapkan dalam pembinaan Gereja dan tokong. Untuk mengetahui perbandingan penerapan elemen-elemen yang diterapkan antara pembinaan Masjid dengan Gereja dan Tokong. 5. ELEMEN-ELEMEN ERGONOMIK DALAM RUMAH IBADAT ( MASJID ) 1. Ruang Ergonomik adalah perkaitan konsep keselesaanpersekitaran, dan ruang persekitaran yang selesa diwujudkan bagi menimbulkan keselesaan kepda para jemaah masjid Ruang yang disediakan mestilah bersesuaian dengan jumlah jemaah setempat agar tidak menimbulkan suasana sesak, panas, serta menimbulkan keadaan yang tidak selesa terutama apabila berlangsungnya Solat Jumaat, majlis-majlis kebesaran dan sambutan Islam seperti Maulidur rasul, Maal Hijrah , Solat Taraweh dan Solat Hari Raya. 6. ELEMEN-ELEMEN ERGONOMIK DALAM RUMAH IBADAT ( MASJID ) 2. Pencahayaan Menurut Halimah BadioZaman (1993), sumber cahaya yang paling utama untuk pembelajaran seperti di dalam Pusat Sumber ialah cahaya matahari iaitu cahaya semula jadi yang diterima menerusi tingkap. Namun keterlaluan dan kekurangan penerimaan cahaya akan menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu proses ibadah. Pencahayaan di masjid amat penting kerana ia suatu tempat ibadat untuk bersolat dan melakukan kegiatan agama yang lain danbanyak aktiviti-aktiviti memerlukan pencahayaan yang terang supaya jemaah lebih fokus dan mudah untuk solat, membaca al-Quran, kitab-kitab atau buku-buku pelajaran terutama waktu malam atau hari yang agak mendung pada waktu siang. 7. ELEMEN-ELEMEN ERGONOMIK DALAM RUMAH IBADAT ( MASJID ) 3. Pengudaraan dan Bauan Bauan sebenarnya berkait rapat dengan pengudaraan di dalam sesuatu ruang. Ruang yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik akan berbau tidak selesa dan panas akibat daripada bahan perkumuhan proses metabolisme manusia seperti peluh, haba dan karbon diaksida.Menurut Basil Castaldi (1994) , manusia mengeluarkan kira 250 BTU (British themal Unit) haba sejam. Oleh itu aliran udara perlu membekalkan 10-15 kaki persegi udara segar bagi setiap orang bagi setiap minit untuk menghindarkan bau-bauan badan yang tidak elok.Sistem pengudaraan semulajadi seperti tingkap dan sistem pengudaraan buatan manusia seperti kipas angin dan pendingin udara perlu diambil berat semasa mereka ruang pembelajaran. Pergerakan udara dalam bilik darjah penting kerana ia mempengaruhi suhu dalam masjid Para jemaah akan berasa lebih selesa beribadat di dalam ruan solat yang dingin berbanding kelas yang panas berbahang 8. 4. WarnaELEMEN-ELEMEN ERGONOMIK DALAM RUMAH IBADAT ( MASJID )Menurut Basil Castaldi (1994), warna juga boleh mempengaruhi emosi, psikologi dan fisiologi seseorang individu. Hathaway (1988) mengaitkan warna garang mampu menaikkan tekanan darah seseorang manakala warna lembut memberi kesan yang sebaliknya. Failey et al.(1979) melaporkan penggunaan stimulasi optik dengan warna panas dan pencahayaaan yang terang akan menyebabkan peningkatan ketegangan otot, kadar pernafasan, denyutan jantung, tekanan darah dan aktiviti otak. Manakala warna sejuk dan pencahayaan yang kelam akan memberi kesan yang sebaliknya dan menggalakkan seseorang itu untuk tidur.Penggunaan warna dari aspek ergonomik di masjid perlu dilaksanakan pada peringkat awal dalam mereka bentuk masjid tersebut. Sebenarnya tidak ada suatu piawaian khas dalam pemilihan warna untuk surau sekolah.Namun warna lembut sering digunakan untuk dinding dan siling masjid danw arna garang untuk perabot dan pintu masjid. 9. ERGONOMIK RUANG MasjidGerejatokongAntara piawaian yang menggalakkan penggunaan ruangsecara ergonomic: Bilik-bilik sembahyang perlu dilengkapi dengan kabinetkabinet. Ruang Dalaman masjid boleh dibahagikan kepada ruang sembahyang, ruang serba guna, ruang wanita, ruang pusat sumber, ruang berwuduk lelaki dan wanita.Memastikan di dalam gereja mempunyai elemen egronomik yang bersesuai dengan reka bentuk ruangan gereja tersebut dan member keselesaan kepada penganut. Contohnya; Bangku dan meja yang mencukupi. Pentas yang mempunyai pelbagai fungsi, bukan hanya untuk persembahan Ruang yang selesa untuk pesalah berjumpa dengan paderi.Mewujudkan ruang-ruang tertentu yang sememangnya dipengaruhi elemen ergonomik bagi memenuhi keperluan penganutnya. Contohnya: Ruang yang besar supaya boleh meletakkan patungpatung tuhan mereka Bilik yang boleh menyimpan tugu atau abu mendiang keluarga si mati Beberapa buah bilik untuk penempatan sami yang bertugas menjaga tokongKedudukan mimbar di dalam gereja. 10. PENCAHAYAAN MasjidGerejaTokongPenggunaan pencahayaan semula jadi, sekurangkurangnya satu tingkap untuk setiap ruang . Pengawalan cahaya yang dihasilkan daripada lampu bersesuaian dengan keperluan pencahayaan ruang bilik solat, bilik kuliah agama, adalah lebih mudah berbanding dengan cahaya semula jadi. Bagi mengawal cahaya luar, masjid biasa menggunakan langsir pada setiap tingkap. Manakala ruang tengah biasa menggunakan lampu kendil yang besarTingkap gereja dibina secara besar dan tinggi ( kira-kira 1 meter dari tanah) Terdapat tingkap kecil yang dibina berhampiran dengan siling. Terdapat lampu-lampu yang bersesuaian di pasang pada siling gereja. Untuk mengawal pencahayaan, langsir akan dipasang di setiap tingkap.Walaupun banyak tokong dibina di kawasan yang mempunyai banyak pokok tetapi kawasan tinggi dibina untuk membina tokong kerana lebih banyak terdedah dengan cahaya matahari Pintu tokong mengadap matahari terbit Pagar dikeliling tokong mempunyai lubang berbentuk bulat yang besar supaya banyak cahaya boleh sampai ke ruang dalam tokong. Cahaya dalaman dibantu oleh lampu tanglung, lilin dan lampu kalimantang. 11. MasjidPENGUDARAAN DAN BAU-BAUAN Gereja TokongAliran udara perlu membekalkan 1015 kaki persegi udara segar bagi setiap minit untuk menghindarkan bau-bauan badan yang tidak menyenangkan. Sistem pengudaraan semulajadi seperti; Tingkap sistem pengudaraan buatan manusia seperti; kipas angin dan pendingin udara. Penggunaan pewangi dalam botol dan juga penciptaan alat seperti air ionizer juga dapat menghilangkan bauan yang kurang menyenangkan dan membersihkan udara dengan berkesan. Tumbuh-tumbuhan ini juga dikatakan dapat memberikan udara yang segar dan memperbaiki keselesaan sesuatu tempat.Tingkap-tingkap gereja akan dibina selari antarasatu sama lain bagi memudahkan pergerakan dan pengaliran udara. Luas bukaan hendaklah 40% hingga 80% dari keluasan dinding dan bagi undang-undang kecil bangunan seragam pula hanya menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% daripada keluasan lantai. Alternatif egronomik dalam system pengudaraan ekonomik adalah kipas dan penghawadingin. Bagaimana pun, kewujudan egronomik tersebut hendaklah tidak mengganggu daya tumpuanCerobong ini digunakan oleh penganut-penganut membakar wang kertas neraka (joss paper) kepada dewa-dewa. Bahagian atas cerobong yang berbentuk pagoda tersebut berfungsi untuk membolehkan asap dapat keluar dengan lebih lancar dan tidak mencemarkan udara yang berdekatan dengan lantai dan menyebabkan sesak nafas semasa pembakaran wang kertas. Bahagian bawah cerobong jugak terdapat dua atau tiga lubang bertujuan untuk mendapatkan oksigen yang cukup untuk menjamin pembakaran wang kertas neraka yang sempurna. 12. ERGONOMIK - WARNA MasjidGerejaTokongWarna lembut sering digunakan untuk dinding dan siling masjid Warna garang untuk perabot dan pintu masjid. Selalunya warna pilihan bagi masjid untuk karpet, langsir dan tirai ialah warna hijau kerana mungkin dikaitkan warna ini adalah warna kesukaan Rasulullah s.a.wPembinaan gereja warna cerah seperti warna putih sering menjadi pilihan kerana member ciri luas kepada ruang gereja. Konsep ketenangan dan kehijauan ditimbulkan dengan pokokpokok di tanam dan disusun di dalam dan di luar gereja.Pembinaan tokong berwarna merah. Hal ini disebabkan, mereka berpendapat bahawa merah membawa keuntungan kepada mereka. Pohon-pohon ditanam diluar bangunan tokong bagi menghidupkan suasana ketenangan dan kedamaian. 13. RUANG RUANG TENGAH MASJID DIJADIKAN RUANG SOLAT 14. PENGUDARAAN DAN BAUAN DI SAMPING PEMBINAAN TINGKAT DI SEKELILING MASJID, TERDAPAT MASJID YANG MENYEDIAKAN PERALATAN TRADISIONAL YANG BOLEH MENGHARUMKAN PERSEKITARAN DALAMAN MASJID SPT TERDAPAT DI MASJID SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU 15. FTI [email protected] Cc [email protected] 16. PENCAHAYAAN Kebanyakan masjid menggunakan lampu chendiliar atau kendil di ruang solat utama, manakala Lampu floresen di sekeliling dinding 17. WARNA WARNA TERANG MENJADI PILIHAN KEBANYAKAN MASJID WALAU KEBANYAKAN MASJID MASIH MEMILIH WARNA HIJAU SEBAGAI WARNA LAMBANG ISLAM. 18. RUANG KESEMUA GEREJA MENJADI KAN RUANG TENGAH YANG LUAS SEBAGAI DEWAN PERHIMPUNAN 19. PENCAHAYAAN LAMPU CHENDELIARKERUSI ERGONOMIK 20. PENGUDARAAN - RUANG BUMBUNG YANG LUASWARNA -RUANG DALAM BERWARNA CERAH & TERANG 21. RUANG RUANG YANG KOSONG DI HADAPAN TOKONG UNTUK PERHIMPUNAN 22. WARNA MERAH - WARNA MERAH MERUPAKAN WARNA YANG MENJADI KEUTAMAAN MASYARAKAT CINA YANG DIPERCAYAI MEMBERI TUAH DAN REZEKI YANG BANYAK. 23. RUMAH IBADAT CINA PENGUDARAAN DAN BAU-BAUAN - BAHAGIAN TENGAHNYA KOSONG DI KELILINGI TEMBOK SERTA STRUKTUR BUMBUNG YANG TINGGI - YANG MEMBOLEHKAN - UDARA BEREDAR BAGI MENGELAKKAN ASAP DARI COLOK & KAYU SETANGGI 24. PENGUDARAAN BUMBUNG TINGGI MEMUDAHKAN UDARA MASUK DI SAMPING BENTUK V TERBALIK YANG RUNCING MEMUDAHKAN ALIRAN AIR HUJAN 25. PENCAHAYAAN TANGLUNG MERUPAKAN CIPTAAN ASLI KAUM CINA YANG MERUPAKAN ALAT PENCAHAYAAN YANG TELAH SEKIAN LAMA DIGUNAKAN DI RUMAH DAN TOKONG 26. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, aspek-aspek fizikal yang mempunyai elemen-elemenergonomik sememangnya berkait rapat dengan kehidupan manusia dan persekitaranmanusia. Sumbangannya jelas dilihat dalam aspek ibadah. Penelitian dan perancanganyang teliti perlu mengambil kira elemen-elemen ergonomik yang boleh diaplikasikandalam persekitaran fizikal masjid . Justeru matlamat keselesaan beribadah di masjid merupakan faktor penting dalam pembinaan sesebuah masjid 27. RUJUKAN Barbara, Dominick A. 1980. How to make people listen you. Springfiled, Illianois : Thomas. Basil Castaldi.1994. Educatioal Facilities ;Planning Church Interior Overview. (2013). St.PatrickSmithtown.com. Retrieved 5 November 2013, from http://www.stpatricksmithtown.org Dr. John Sullivans Commentary (2013). Florida Baptist Convention.com Retrieved 5 November 2013, from http://www.flbaptist.org Devi, P.S., Sawitri, K.A. , Nurhesti. Pengaruh Terapi Warna Hijau Terhadap Stress Pada Lansia Di Panti Sosial Tresna Werdha.Program Studi Ilmu Keperawatan Fakultas kedokteran Universitas Udayana Hathaway, W.E. 1994. Non-visual effect of classroom lighting on children. Educational Facility Planner, 32(3), 12-16. Home. (2005).Irelandxo.com. Retrieved 5 November 2013, from http://www.irelandxo.com Kamus Pelajar. 1992. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. 1994. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Kusuma (2010). Pengertian Gelombang dan Aplikasi. Retrieved at 5 November 2013, from http://ichsan09.blog.uns.ac.id/files/2010/11/pengertian-gelombang-dan-aplikasi.pdf. Naim Ahmad (2000. EDU3030 unit 1-10/14 Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn. Bhd. S. A. Zakaria, A. Ismail,Impak Cahaya dan Pencahayaan Terhadap Keselamatan Warga di Sekolah,Faculty of Architecture, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Wikipedia. Retrieved 11 November 2013, from http://en.wikipedia.org/wiki/Temple.com Wunsch. A (2006). Artificial Lightning and Health. Journal of Optometric Phototheraphy. April 2006. P. 1-4. Retrieved at 5 November 2013, from www.international-light-association.org Z.M. Makhbul, F.M. Hasun (2008). Hubungan Persekitaran Stesen Kerja dan Aduan Berkenaan Tubuh Badan: Implikasi Terhadap Sumber Manusia. IJMS 15(1), 181-199. Zurainah M.S.(2012). Sistem Pengudaraan. Retrieved from Kolej Komuniti Bandar Penawar.