ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3...

29
ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DARI PERSPEKTIF PELAJAR SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2003

Transcript of ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3...

Page 1: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL

LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DARI PERSPEKTIF PELAJAR

SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2003

Page 2: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap
Page 3: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap
Page 4: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL

LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DARI PERSPEKTIF PELAJAR

SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2003

Page 5: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

ii

Page 6: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Untuk ayah yang dihormati

Jasamu sumber kejayaanku

Untuk ibu yang disanjungi

Kasih sayangmu kekuatan buatku

Untuk kakak yang dikasihi

Kejayaanmu pemangkin semangatku

Untuk adik-adik yang diingati

Kejayaanku ini cabaran buat kalian

Untuk suami yang tercinta

Kejayaan ini adalah untuk kita bersama

Untuk putera dan puteriku yang disayangi

Teruskan jalan yang ku rintis ini sehingga kepuncak jaya

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

Akan dikenang selamanya

Page 7: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi pujian dan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan

keizinan dan rahmat dariNya, dapat saya menyelesaikan projek ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada

pembimbing saya iaitu Encik Yusri bin Kamin diatas kesabaran beliau memberi tunjuk

ajar, bimbingan dan dorongan kepada saya sepanjang projek ini dijalankan. Tanpa

bimbingan ikhlas beliau, projek ini mungkin tidak akan berhasil.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengetua

Sekolah Menengah Teknik Klang, Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru diatas kesudian mereka menerima kedatangan saya ke

sekolah berkenaan dan seterusnya membenarkan kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga

kepada guru-guru panitia Lukisan Kejuruteraan dan guru-guru mata pelajaran tersebut

diatas kerjasama yang telah diberikan. Kerjasama yang diberikan amat saya sanjungi

dan hargai.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan

memberikan semangat di sepanjang tempoh projek ini disiapkan.

Penghargaan ini juga ingin dirakamkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat

samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyelidikan

ini.

Page 8: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

v

ABSTRAK

Kajian ergonomik terhadap kerusi dan meja makmal lukisan kejuruteraan

bertujuan untuk mengetahui dan mengumpul data mengenai rekabentuk kerusi dan meja

di bilik lukisan sekolah yang tidak menekankan aspek ergonomik yang berkaitan

dengan kesihatan, keselamatan, keselesaan dan kecekapan pelajar yang

menggunakannya. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk penyelidikan deskriptif

yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek ergonomik daripada pandangan

pelajar dan pengukuran secara langsung oleh pengkaji. Seramai 200 responden terlibat

sepanjang kajian ini berlangsung. Sampel yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar

dari tiga buah Sekolah Menengah Teknik sekitar Selangor dan Johor Bahru. Kesemua

data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For

Social Science). Hasil kajian mendapati terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi

perhatian bukan sahaja terhadap rekabentuk kerusi dan meja tersebut tetapi juga

mengenai makmal lukisan yang jarang digunakan. Ini perlu diberi perhatian agar

kemudahan yang dibekalkan dimanfaatkan sebaik mungkin. Beberapa cadangan telah

dikemukakan sebagai panduan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada.

Sebagai rumusannya, dapatan menunjukkan bahawa rekabentuk kerusi dan meja yang

dikaji kurang mempunyai aspek ergonomik yang sangat diperlukan di sekolah-sekolah

untuk mengelakkan kesan jangka panjang berlaku antaranya kesakitan tulang belakang,

kekurangan efisen, pembentukan postur yang tidak normal dan sebagainya.

Page 9: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

vi

ABSTRACT

This ergonomic research is to investigate the design of chairs and tables in

technical school drawing laboratories. The study collected data to gather information

about school art laboratory that did not consider the ergonomic aspect, such as comfort,

safety, health and efficiency. This is a descriptive research that uses questionnaire to

find out students opinion on ergonomic aspects and direct measurement of chairs and

tables by the researcher. About 200 students from technical schools around Selangor

and Johor Bahru were involved in this research as respondents. The data collected were

analyzed using SPSS PC computer software. The result showed that there are many

weaknesses concerning the furniture design and the questionnaire revealed that many of

the laboratories were not frequently used. Some suggestions are made to overcome the

weaknesses stated. The schools need furniture with good ergonomic aspects in order to

prevent the long term effect such as back bone problems that lead to an abnormal

posture, lack of efficiency and other related problems. Generally, the findings indicated

that those aspects were lacking and not given much attention.

Page 10: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 8

Page 11: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

viii

1.9 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 13

2.3 Komponen-komponen Ergonomik 14

2.3.1 Keadaan Fisiologi dan Persekitaran Kerja 14

2.3.2 Antropometrik dan Biomekanik 15

2.3.3 Faktor Kemanusiaan dan Human

Engineering 16

2.4 Faktor-faktor Rekabentuk 17 2.4.1 Ketinggian Kerusi 19

2.4.2 Penyandar 20

2.5 Ciri-ciri Ergonomik dalam Rekabentuk

Kerusi Meja 22

BAB III METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi Kajian 26

3.4 Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

Page 12: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

ix

3.5.1 Soal Selidik 27

3.5.2 Merancang Soal Selidik 29

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Prosedur Kajian 31

3.8 Analisis Data 32

3.9 Penutup 33

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data 35

Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden

Bahagian B&C: Analisis Persoalan Kajian

4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1:

Adakah pelajar merasa selesa dengan

kerusi dan meja di bilik LK? 39

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2:

Adakah pelajar merasa selamat ketika

menggunakan kerusi dan meja di bilik LK? 41

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3:

Adakah kerusi dan meja yang terdapat

dalam bilik LK bersifat mesra pengguna? 43

4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4:

Adakah pelajar mangalami kesakitan ketika

menggunakan kerusi dan meja di bilik LK? 44

Page 13: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Rumusan Kajian 48

5.2.1 Latar Belakang Responden 48

5.2.2 Persoalan Kajian 49

5.3 Perbincangan Kajian 51

5.3.1 Keselesaan Pelajar Ketika Menggunakan

Meja dan Kerusi di Bilik LK? 59

5.3.2 Keselamatan Pelajar Ketika Menggunakan

Kerusi dan Meja Di Bilik LK? 61

5.3.3 Kerusi dan Meja Yang Digunakan Oleh

Pelajar di Bilik LK Bersifat Mesra

Pengguna? 62

5.3.4 Pelajar Mengalami Kesakitan Pada

Mana-mana Bahagian TubuhSetelah

Menggunakan Kerusi Meja Di Bilik LK? 62

5.4 Cadangan Kajian 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik 70

LAMPIRAN B: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 71

LAMPIRAN C: Perancangan Kerja 72

LAMPIRAN D: Ukuran Kerusi dan Meja Makmal LK 73

Page 14: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Pelajar Kejuruteraan di 3 Buah 26

Sekolah Yang Terlibat

3.2 Penentuan Bagi Item-item Bahagian 30

B dan C

4.1 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36

4.4 Taburan Responden Yang Selalu Menggunakan 37

Kerusi Meja Makmal LK

4.5 Taburan Responden Yang Berminat Untuk 37

Mengikuti Pengajaran LK Di Dalam Bilik Khas

4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39

Keselesaan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja

Page 15: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

xii

Makmal LK

4.7 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 41

Keselamatan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja

Makmal LK

4.8 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 43

Kecekapan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja

Makmal LK

4.9 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 45

Kesihatan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja

Makmal LK

Page 16: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Contoh Data Antropometrik Untuk Kerusi 16

2.2 Tekanan Pada Peha Yang Kerap Dialami 18

Bila Kerusi Terlalu Tinggi

2.3 Perbezaan Postur Ketika Duduk Di Kerusi 20

Tinggi dan Rendah

2.4 Rekabentuk Penyandar Yang Rata 21

2.5 Rekabentuk Penyandar Yang Sedikit Melengkung 21

Dan Boleh Laras

5.1 Penggunaan Kerusi dan Meja Bilik Darjah Untuk 53

Lukisan Kejuruteraan

5.2 (a) Meja LK Dari Pandangan Sisi 54

(b) Meja LK Dari Pandangan Hadapan

5.3 Model Kerusi 55

Page 17: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

xiv

5.4 Penggunaan Kerusi dan Meja LK 55

5.5 Penggunaan Kerusi dan Meja LK Oleh Dua 56

Responden Yang Berlainan Saiz

5.6 Kerusi dan Meja LK (Model 2) 57

5.7 Penggunaan Kerusi Meja LK 58

5.8 Penggunaan Kerusi Meja LK 59

5.9 Faktor Penyebab Ketidakselesaan dan Keselesaan 60

5.10 Contoh Rekabentuk Kerusi Yang Baik Untuk 65

Postur Yang Betul

5.11 Perbezaan Ketinggian dan Rekabentuk Penyandar 66

Memberi Kesan Kepada Postur

Page 18: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Soal Selidik 70

Surat permohonan kesahan instrumen kajian

Surat pengesahan isi kandungan instrumen kajian

Borang soal selidik

B Surat-surat Kebanaran Menjalankan Kajian 71

Surat akuan fakulti

Surat kebenaran EPRD

Surat permohonan JPN Selangor

Surat kebenaran JPN Selangor

Surat permohonan JPN Johor

Surat kebenaran JPN Johor

C Jadual Perancangan Kerja 72

D Ukuran Kerusi Dan Meja Makmal LK 73

Page 19: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang ergonomik merupakan satu kajian tentang hubungan antara faktor

anatomi, psikologi, dan fisiologi manusia dengan persekitaran kerjanya yang

melibatkan penggunaan peralatan. Ianya harus mengutamakan ciri-ciri keselamatan,

keselesaan, kecekapan pengendalian alatan serta tidak memudaratkan kesihatan

manusia. Menurut kamus oxford, ergonomik bermaksud suatu kajian saintifik tentang

hubungan antara pekerja (manusia) dengan persekitaran mereka.

Istilah ergonomik diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Ergos’ yang memberi

maksud kerja atau tugas, dan digabungkan dengan perkataan ‘Nomos’ yang bermaksud

peraturan atau undang-undang. Dengan kata lain, ergonomik ditakrifkan sebagai

penggunaan sains biologi dengan mengaitkan sains kejuruteraan untuk mencapai

penyesuaian yang optima di antara manusia dengan kerjanya dan manfaatnya diukur

dalam bentuk kecekapan, keselesaan, keselamatan serta kesihatan manusia semasa

berkerja.

Page 20: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

2

Ergonomik bertujuan untuk memastikan supaya sesuatu kerja atau peralatan

yang digunakan serta persekitaran tempat kerja tersebut boleh disesuaikan dengan

keadaan tubuh manusia. Dengan ini ia dapat memaksimakan keselesaan pekerja,

keselamatan, produktiviti dan kecekapannya.

Penggunaan prinsip-prinsip ergonomik di tempat kerja boleh menghasilkan

peningkatan produktiviti disamping dapat memperbaiki taraf kesihatan dan keselamatan

pekerja (T. M. Fraser, 1980) . Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan tuntutan

gantirugi daripada pekerja kerana ianya memenuhi undang-undang dan peraturan yang

telah ditetapkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan bidang sains dan teknologi yang berlaku hampir di seluruh dunia

secara tidak langsung memberi impak terhadap bidang Pendidikan Teknik dan

Vokasional (PTV) di Malaysia. Semenjak diperkenalkan sehinggalah sekarang, bidang

teknikal dan vokasional telah melalui berbagai-bagai perubahan mengikut peredaran

semasa.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang dahulunya dikenali sebagai lukisan

teknik merupakan salah satu subjek yang menjadi syarat kepada bidang teknikal dan

vokasional. Dewasa ini, bukan sahaja sekolah-sekolah teknikal dan vokasional sahaja

yang menawarkan mata pelajaran tersebut tetapi pihak kementerian juga telah membuka

peluang kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah harian biasa dan sekolah-sekolah

kebangsaan agama di seluruh negara untuk mengikuti aliran teknikal ini.

Page 21: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

3

Hampir setiap sekolah yang menawarkan subjek Lukisan Kejuruteraan turut

menyediakan sebuah makmal atau bilik khas untuk Lukisan Kejuruteraan. Berjuta-juta

ringgit diperuntukkan untuk membeli kelengkapan seperti meja, kerusi dan peralatan

lukisan. Namun tidak semua guru memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh

pihak sekolah mahupun kementerian pendidikan.

Daripada pengalaman dan pemerhatian, para pelajar sangat berminat dan

bersemangat untuk belajar di dalam bilik khas bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan, namun semangat yang berkobar-kobar hanyalah kerana mereka dapat

keluar daripada suasana dalam bilik darjah yang agak sempit dan membosankan.

Berbanding dengan keadaan di dalam bilik lukisan kejuruteran di mana terdapat kerusi

meja yang berbeza rupabentuknya serta peralatan lukisan yang agak canggih dan

menarik perhatian pelajar untuk berada di dalam bilik tersebut.

Daripada tinjauan yang dilakukan oleh Salina Tukimin (1992), pelajar tidak

dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan sekiranya mereka tidak selesa dengan peralatan kerusi meja yang ada.

Oleh sebab itu guru lebih cenderung untuk melakukan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas sahaja. Salah satu daripada sebabnya kerana mereka tidak

begitu selesa dengan rekabentuk kerusi dan meja yang sedia ada. Rekabentuk yang

digunakan pada masa ini bersifat statik dan mempunyai ukuran yang tidak memenuhi

hampir kesemua golongan murid.

Salina Tukimin (1992), dalam kajiannya menyatakan bahawa rekabentuk yang

tidak sesuai dengan tubuh manusia juga menjadi masalah utama yang perlu ditekankan

oleh pihak tertentu. Memandangkan rekabentuk yang tidak sesuai boleh mengakibatkan

para pelajar menghadapi masalah dengan sakit belakang, tegang otot serta lenguh peha

dan betis. Masalah ini bukan sahaja dihadapi setelah menggunakan meja dan kerusi

yang disediakan dalam bilik lukisan kejuruteraan malah rekabentuk meja dan kerusi

yang terdapat di dalam bilik darjah juga memberikan kesan yang negatif dalam

jangkamasa panjang terhadap kesihatan pelajar.

Page 22: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

4

Kita selalu melihat tabiat yang sering dilakukan oleh murid-murid iaitu

membongkokkan badan kehadapan atau menjungkitkan kerusi kehadapan sewaktu

melakukan aktiviti pembelajaran. Sebenarnya perlakuan ini dilakukan oleh murid-murid

kerana didorong oleh keadaan yang tidak selesa atau merasa kesakitan pada bahagian

anggota badan yang tertentu serta untuk mendapatkan jarak yang optima diantara mata

dan buku di atas meja. Kepincangan lain yang dikenalpasti adalah rekabentuk

penyandang belakang yang tidak mengikut bentuk struktur tulang belakang manusia.

Menurut Salina (1992) lagi, dua perkara yang sering dikaitkan dengan

rekabentuk adalah masalah maskular-skelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot

(muscular stress). Kedua-dua perkara ini muncul terutamanya daripada kepincangan

yang berlaku di dalam rekabentuk, dan akan berterusan sehingga ke tahap ketegangan

dan kelesuan yang akan mengurangkan kecekapan, kehilangan keupayaan dan

mengganggu kesihatan.

Walau bagaimanapun, kepentingan ergonomik sering diabaikan dalam

rekabentuk kerana manusia masih belum bersedia untuk menerima perubahan dan

beranggapan bahawa manusia lebih mengenali dirinya. Oleh itu mereka bekerja

berdasarkan kepada pengalaman bukannya bergantung kepada peralatan atau

penyokong. Selain dari itu, badan manusia memerlukan jangkamasa yang panjang untuk

menunjukkan tanda-tanda kesakitan tulang belakang atau ketegangan otot.

Untuk mendapatkan kesesuaian dan keselesaan yang optima antara manusia

dengan kerjanya, penggunaan data antropometrik orang yang akan menggunakan

rekabentuk tersebut harus diambil sebagai asasnya. Ketidaksesuaian dan

ketidakselesaan selalunya boleh mengakibatkan penurunan produktiviti disebabkan

suasana tempat kerja dan peralatan kerja yang tidak sempurna.

Page 23: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

5

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran lukisan kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran berbentuk

amali yang memerlukan peralatan dan perabut yang bersesuaian. Buat masa sekarang,

hampir setiap sekolah yang menawarkan subjek ini menyediakan makmal lukisan yang

dilengkapi dengan kerusi dan meja yang mempunyai rekabentuk yang lain daripada

kerusi dan meja di bilik darjah. Sayangnya kemudahan yang disediakan tidak

dimanfaatkan. Oleh yang demikian kajian yang dibuat adalah menumpu kepada reka

bentuk set kerusi dan meja yang mempunyai ciri-ciri ergonomik seperti keselesaan,

keselamatan, kecekapan dan rekabentuk yang tidak menyebabkan kesakitan kepada

pengguna bagi bengkel Lukisan Kejuruteraan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Adakah pelajar merasa selesa dengan meja dan kerusi yang terdapat di dalam

bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.2 Adakah pelajar merasa selamat menggunakan kerusi dan meja yang terdapat di

dalam bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.3 Adakah penggunaan kerusi dan meja dapat membantu pelajar melakukan kerja

dengan cekap di dalam bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.4 Adakah pelajar mengalami kesakitan pada mana-mana bahagian tubuh setelah

menggunakan kerusi dan meja dalam bilik lukisan kejuruteraan?

Page 24: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

6

1.4.5 Mengapa makmal lukisan kejuruteraan tidak digunakan oleh pelajar dan guru?

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Mengenalpasti samada kerusi dalam makmal lukisan kejuruteraan mempunyai

ciri-ciri rekabentuk ergonomik yang selamat, selesa, mesra pengguna dan tidak

menyebabkan kesakitan.

1.5.2 Mengenalpasti samada rekabentuk meja dalam makmal lukisan kejuruteraan

mempunyai ciri-ciri ergonomik dari segi.keselamatan, kecekapan, keselesaan

dan kesihatan penggunanya.

1.5.3 Mengenalpasti punca-punca makmal lukisan kejuruteraan tidak digunakan

1.5.4 Menentukan kriteria rekabentuk kerusi meja yang mempunyai ciri ergonomik

mengikut persepsi pelajar(pengguna).

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya kepada

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam memastikan kemudahan atau

kelengkapan sekolah yang disediakan memberi manfaat kepada masyarakat di sekolah.

Program Sekolah Bestari yang diperkenalkan baru-baru ini memerlukan penyelidikan

Page 25: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

7

dari segi rekabentuk kerusi dan meja yang sesuai, selamat dan lebih efisen. Justeru itu,

pengkaji sangat berharap kajian yang dijalankan ini dapat memberi input yang baik

untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian pendidikan demi kesejahteraan semua

pihak yang terlibat dengan program ini terutamanya para pelajar dan institusi

pendidikan negara.

Setiap rekabentuk perabot perlu ada ciri-ciri ergonomik yang dapat

mengurangkan ketegangan otot badan manusia dan dapat menyokong postur badan

dengan baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kepentingan

penekanan faktor-faktor ergonomik dalam rekabentuk kerusi dan meja bagi bilik lukisan

kejuruteraan untuk jangkamasa yang lama.

Pihak sekolah perlu menyediakan perabot yang bersifat ergonomik kerana

perkakasan dan perabot yang tidak ergonomik memberi kesan yang negatif terhadap

kesihatan pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam

keadaan guru dan pelajar tidak merasa selesa dengan perabot yang mereka gunakan

terutamanya kerusi dan meja, penumpuan dan konsentrasi mereka akan terganggu dan

tidak dapat bertahan lebih lama. Secara tidak langsung, produktiviti guru dan murid

turut terjejas.

Kajian ini juga diharapkan akan dapat menjelaskan perkaitan isu-isu yang dikaji

agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi kepentingan perkembangan pendidikan

negara yang merupakan salah satu aset penting bagi negara.

Page 26: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

8

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada pelajar-pelajar di tiga buah Sekolah Menengah

Teknik sekitar Selangor dan Johor yang mengambil kursus kejuruteraan. Mereka

merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Empat dan lima yang terdiri daripada empat

kursus kejuruteraan yang terdiri daripada kelas Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan

Elektrik dan Kejuruteraan Jentera.

Segala penganalisaan data dan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada kajian

yang dibuat ke atas kumpulan ini. Penyelidik menganggap data yang diberikan itu

adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan sebenar.

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Anatomi

Pengkajian tentang bentuk dan susunan tubuh dengan membahagikan ke

dalam beberapa kajian (kajibina tubuh)

1.8.2 Antropometrik

Teknologi mengukur ukuran fizikal manusia seperti factor saiz,

pergerakan dan kekuatan

1.8.3 Bekerja

Melakukan kerja-kerja yang menggunakan kerusi dan meja

1.8.4 Biomekanik

Page 27: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

9

Pergerakan tubuh badan dengan daya yang bertindak pada tubuh badan

tersebut

1.8.5 Dinamik

Pergerakan manusia dalam kawasan kerja yang boleh dilampaui

1.8.6 Ergonomik

Dikenali sebagai ‘faktor manusia’. Merupakan satu bidang yang secara

keseluruhannya mengkaji tentang kehendak sesuatu tugas atau kerja untuk

mengatasi sebarang masalah atau kelemahan yang mungkin timbul, manfaatnya

diukur dalam bentuk kecekapan dan keselamatan manusia semasa bekerja

1.8.7 Faktor

Suatu keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh atas hasil daripada

sesuatu tindakan

1.8.8 Fisiologi

Pergerakan otot digandingkan dengan reaksi kimia yang memerlukan

makanan untuk aktiviti mereka

1.8.9 Kelegaan

Kekangan sehala yang menentukan dimensi kebolehterimaan minima

pada objek-objek

1.8.10 Kerusi

Tempat duduk yang ada kaki dan tempat sandar serta tempat meletakkan

tangan

1.8.11 Kyphotik

Page 28: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

10

Posisi duduk yang akan menyebabkan tubuh condong kehadapan dan

akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan antara tulang vertebrate

1.8.12 Lordotik

Posisi duduk yang akan mengurangkan tekanan pada bahagian vertebrate

dengan adanya tupang atau penyambung pada bahagian lumbar sacral

1.8.13 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Adalah satu mata pelajaran yang sangat penting kepada pelajar

kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang

digunakan sebagai media utama dalam bidang kejuruteraan.

1.8.14 Meja

Perkakas atau perabut (diperbuat daripada papan, batu mamar, dan lain-

lain) yang berkaki,rata permukaannya dan banyak kegunaannya

1.8.15 Postur

Posisi tubuh dalam keadaan fizikal semasa melakukan aktiviti atau

pekerjaan

1.8.16 Rekabentuk

Rancangan yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek

sesuatu binaan dan sebagainya

1.8.17 Statik

Membataskan objek kepada satu keadaan untuk jangkamasa yang

panjang

Page 29: ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN …€¦ · ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN ... 2.3 Komponen-komponen ... 4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39 Keselesaan Terhadap

11

1.9 Kesimpulan

Dalam usaha negara untuk mencapai tahap negara maju, sudah semestinya

memerlukan satu perancangan serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk

mencapainya. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020 sudah

semestinya tumpuan difokuskan kepada sektor pendidikan dan sering dijadikan agenda

utama perbualan atau perbincangan. Adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian yang

dijalankan ini mendapat sedikit tempat dan manfaat dalam usaha memartabatkan sistem

pendidikan dinegara ini.