ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan...

84
TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK) ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ERUAN SHAH BIN AMBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan...

Page 1: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK)

ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

ERUAN SHAH BIN AMBAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
Page 3: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia: DR. HAMDAN BIN SAID

Tarikh : 1 NOVEMBER 2010

Page 4: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

i

TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK)

ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

ERUAN SHAH BIN AMBAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan

Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010

Page 5: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : ERUAN SHAH BIN AMBAR

Tarikh : 1 NOVEMBER 2010

Page 6: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

iii

DEDIKASI

Buat isteri tercinta…

Shahriza Inna Shahrom

Buah hatiku…

Eirdina Shafwa

Ibu bapa yang disayangi dan dihormati…

Allahyarham Hj.Ambar @ Tahir Satimin

Umi Habibah Marjan

Hj.Shahrom Kasnin

Siti Zaliha Muhamad

Saudaraku yang diingati…

Mohamad Murad & Norervina Jailani

Shahredza Amini & Shahredza Hanifi

Khairun Nasuha & Asmahani

Junaidah Ani & Mohamad Ibrahim

Semua pensyarah dan guru-guruku…

Rakan-rakan seperjuangan dan sekerja…

“TANPA DIRIMU, SIAPALAH DIRIKU”

Page 7: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia-Nya Projek Sarjana ini dapat disiapkan dengan jayanya. Di kesempatan ini,

pengkaji ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.

Hamdan bin Said di atas segala kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan serta sokongan yang

telah beliau curahkan dalam menyiapkan kajian ini. Segala pertolongan beliau memang

tak dapat dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada para

pensyarah yang turut sama menyumbangkan idea dan ilmu mereka sepanjang pengajian

saya di Fakulti Pendidikan ini.

Jutaan penghargaan buat ahli keluarga tercinta yang banyak bersabar,

memberikan bantuan, memberikan dorongan dan motivasi, jasa kalian tidak ternilai

harganya. Buat rakan-rakan SPPTP, Pontian, terima kasih atas segala kerjasama anda

semua. Tanpa kerjasama semua, tak mungkin program ini berjaya dijalankan.

Akhir kata, sekalung penghargaan buat semua yang memberikan kerjasama

dalam menjayakan kajian yang dijalankan ini. Didoakan agar jasa bakti anda akan

dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T.

Page 8: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

v

ABSTRAK

Apakah program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) anjuran

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenuhi keperluan

pasaran? Kajian diskriptif menggunakan kaedah tinjauan ini bertujuan untuk mencari

jawapan kepada persoalan ini dan sebagai memenuhi satu syarat Malaysian Quality

Assurance. Majikan institusi pendidikan diminta memberikan penilaian terhadap

kurikulum program akademik yang meliputi pengisian konsep teori, jangka masa

pengajian, peluang kerjaya, penajaan, dan keperluan pasaran pekerjaan. Satu set soal

selidik yang dikeluarkan oleh MQA digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 180 set

soal selidik lengkap telah dikumpulkan dalam masa yang diperuntukkan. Data telah

dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan

hasil analisis dipaparkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian

secara keseluruhannya menunjukkan bahawa majikan berpuas hati terhadap

kesesuaian pengisian konsep teori, jangka masa pengajian, peluang kerjaya, dan

pasaran pekerjaan program akademik yang dicadangkan.

Page 9: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

vi

ABSTRACT

To what extent the Bachelor of Science with education (Mathematics) program

conducted by Universiti Teknologi Malaysia fulfill the market needs? The

descriptive study used survey method to discover the answer for this issue as to full

fill the requirement of Malaysian Quality Assurance (MQA). The educational

institution employers have been asked to evaluate the curriculum of academic

program included the theory concept, period of completing the program, carrier

opportunity and the requirement of employment. A set of questionnaire issued by

MQA were used in this study. There were 180 complete sets of questionnaire

returned in appropriate time. The data obtained have been analysed using Statistical

Package for Social Science (SPSS) and the findings were exhibit in the form of

percentage, frequency and mean. The overall findings showed that the employers

were satisfied on the suitability of the theory concept, period of completing the

program, carrier opportunity and the requirement of employment for the academic

program suggested.

Page 10: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Definisi Konsep 6

1.7.1 Tinjauan Pasaran 6

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Batasan Kajian 8

1.10 Penutup 8

2 SOROTAN KAJIAN 10

Page 11: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

viii

2.1 Pengenalan 10

2.2 Modal Insan 10

2.3 Tinjauan Pasaran 11

2.4 Kepentingan Tinjauan Pasaran 12

2.5 Keperluan Tinjauan Pasaran Dalam

Program Akademik 13

2.6 Kaedah Pelaksanaan Tinjauan Pasaran 14

2.7 Jangkaan Dapatan Dari Tinjauan Pasaran 17

2.8 Aspek Penilaian Soal Selidik 17

2.8.1 Teori Asas 17

2.8.2 Jangkamasa Pengajian 19

2.8.3 Peluang Kerjaya 20

2.8.4 Penajaan 21

2.8.5 Kesesuaian Program 22

2.9 Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Matematik) 23

2.10 Penutup 24

3.0 METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pengenalan 25

Page 12: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

ix

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Instrumen Kajian 26

3.4 Populasi Dan Pensampelan 28

3.5 Prosedur Kajian 28

3.6 Analisa Data 29

3.7 Penutup 29

4.0 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 30

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Item 30

4.2.1 Bahagian 1 : Kandungan Program Dan

Kesesuaian Dengan Keperluan Organisasi 30

4.2.1.1 Jenis Organisasi 31

4.2.1.2 Memenuhi Asas Teori 31

4.2.1.3 Pemakaian Konsep Teori Dalam

Keadaan Semasa 32

4.2.1.4 Mata Pelajaran 32

4.2.1.5 Mata Pelajaran Yang Perlu 33

4.2.1.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu 33

4.2.1.7 Kriteria Teori Asas 34

Page 13: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

x

4.2.1.8 Kriteria Konsep Semasa 34

4.2.1.9 Kriteria Perundangan / Akta 35

4.2.1.10Kriteria Penggunaan ICT 35

4.2.1.11Kriteria Penggunaan Kaedah

Kuantitatif 36

4.2.1.12Kriteria Hubungkait Dengan

Pasaran Kerja 36

4.2.1.13Jangkamasa Pengajian 37

4.2.1.14Tempoh Latihan Praktikal 37

4.2.2 Bahagian II : Peluang Kerjaya 38

4.2.2.1 Kesesuaian Bidang Pekerjaan 38

4.2.2.2 Kesesuaian Jawatan 38

4.2.2.3 Jumlah Jawatan 39

4.2.2.4 Jumlah Pendapatan 40

4.2.2.5 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran 40

4.2.3 Bahagian III : Lain-lain 41

4.2.3.1 Penaja Pengajar 41

4.2.3.2 Galakkan Mengikuti Program 41

4.2.3.3 Kesesuaian Program 42

Page 14: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

xi

4.3 Pecahan Analisis Berdasarkan Objektif Kajian 43

4.3.1 Objektif Pertama 43

4.3.2 Objektif Kedua 44

4.3.3 Objektif Ketiga 45

4.3.4 Objektif Keempat 46

4.3.5 Objektif Kelima 47

4.4 Penutup 48

5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 49

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan Kajian 49

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 50

5.3.1 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian

Pengisian Konsep Teori Dalam Program

Yang Ditawarkan 50

5.3.2 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian

Jangka Masa Pengajian Dan Tempoh Masa

Latihan Praktikal 51

5.3.3 Pandangan Majikan Terhadap Peluang Kerjaya

Graduan Dari Program Yang Ditawarkan 52

Page 15: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

xii

5.3.4 Pandangan Responden Terhadap Kesediaan

Penajaan Bagi Membiayai Kakitanganya

Mengikuti Pengajian Program 52

5.3.5 Persepsi Majikan Tentang Kesesuaian Program

Dalam Menghasilkan Graduan Yang Memenuhi

Kehendak Pasaran 53

5.4 Implikasi Kajian 53

5.5 Cadangan 54

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.7 Kesimpulan 56

RUJUKAN 57

LAMPIRAN A 61

LAMPIRAN B 67

Page 16: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Taburan Item Soal Selidik 26

3.2 Taburan Item Soalan Bahagian A 27

3.3 Taburan Item Soalan Bahagian B 27

3.4 Taburan Item Soalan Bahagian C 27

4.1 Taburan Responden Mengikut Jenis Organisasi

/ Industri 31

4.2 Taburan Responden Mengikut Jawapan

Memenuhi Aspek Teori 31

4.3 Taburan Responden Mengikut Pandangan

Mereka Ke Atas Kesesuaian Pemakaian

Konsep Teori 32

4.4 Taburan Responden Mengenai Kekuatan

Mata Pelajaran Terhadap Program 32

4.5 Program Meliputi Mata Pelajaran Yang Perlu 33

4.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu 33

4.7 Kriteria Teori Asas 34

4.8 Kriteria Konsep Semasa 34

4.9 Kriteria Perundangan / Akta 35

4.10 Kriteria Penggunaan ICT 35

4.11 Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif 36

4.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja 36

4.13 Jangkamasa Pengajian 37

4.14 Tempoh Latihan Praktikal 37

4.15 Kesesuaian Bidang Pekerjaan 38

Page 17: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

xiv

4.16 Kesesuaian Jawatan 39

4.17 Jumlah Jawatan 39

4.18 Jumlah Pendapatan 40

4.19 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran 40

4.20 Penaja Pengajar 41

4.21 Galakkan Mengikuti Program 42

4.22 Kesesuaian Program 42

4.23 Dapatan Mengikut Objektif Pertama 43

4.24 Dapatan Mengikut Objektif Kedua 45

4.25 Dapatan Mengikut Objektif Ketiga 45

4.26 Dapatan Mengikut Objektif Keempat 47

4.27 Dapatan Mengikut Objektif Kelima 47

Page 18: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 61

B SPSS 67

Page 19: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sentiasa berusaha memperluaskan

program pengajaran dan penyelidikan dalam usaha menyediakan tenaga manusia

terlatih bagi memenuhi keperluan dalam pelbagai bidang. Oleh itu program

akademik yang ditawarkan mestilah dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja

bermutu tinggi tetapi menepati kehendak pasaran dunia pekerjaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam

amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

meletakkan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal yang perlu dilaksanakan

dan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 75% graduan memperoleh pekerjaan

yang sesuai dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian. Bagi

memenuhi agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut, pihak IPT juga

disarankan agar melakukan perubahan pada kurikulum sedia ada agar usaha untuk

menambah nilai pasaran graduan serta penerapan nilai-nilai keusahawanan dalam diri

pelajar dapat dilaksanakan.

Zulkifly Osman dan Ishak Yussof (2008) menyatakan bahawa teori ekonomi

modal manusia menjelaskan bahawa modal insan yang lebih berkualiti merupakan

persediaan terbaik bagi mencapai tujuan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih

mapan dan berdaya saing terutamanya dalam suasana cabaran globalisasi semasa.

Persaingan antara IPT dalam menawarkan program akademik yang berkualiti dan

memenuhi keperluan pasaran sudah tentu akan meningkatkan kecekapan dalam

pengeluaran graduan. Walau bagaimanapun, situasi ini juga boleh menimbulkan

kemudaratan apabila pesaing yang lemah akan terpaksa keluar daripada pasaran. Ini

kerana, dengan jumlah modal tenaga insan yang ada pada masa kini, ditambah pula

Page 20: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

2

dengan variasi program dan jumlah IPT di dalam negara, majikan mempunyai

pilihan yang banyak dalam memilih kualiti pekerja yang diinginkan.

Perlu diingatkan bahawa besarnya pelaburan yang dilakukan di sektor modal

insan tidak akan membawa hasil yang signifikan bagi pertumbuhan ekonomi tanpa

disertai peningkatan kualiti yang diperlukan (Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang,

2008). Pada masa yang sama, sektor swasta di Malaysia semakin menunjukkan minat

terhadap sistem pendidikan tinggi dan pembiayaanya. Pelbagai biasiswa diwujudkan

oleh majikan dalam membuktikan komitmen mereka kepada bidang pendidikan dan

latihan. Hal ini mungkin tercetus akibat rasa tidak puas hati pihak majikan dengan

latihan dan kemahiran yang dihasilkan oleh sistem sedia ada untuk dunia pekerjaan.

Malah menurut Siti Alida dan Halimah Ahmad (2007) terdapat juga majikan yang

menawarkan biasiswa kepada para pelajar peringkat diploma dan ijazah pertama

walaupun pelajar tersebut belum pernah bekerja dengan organisasi mereka.

1.2 Latarbelakang Masalah

Menurut laporan Berita Harian bertarikh 28 Julai 2009, kira-kira 150,000 graduan

institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menamatkan pengajian setiap tahun iaitu

meliputi 80,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan baki 70,000

orang dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Mengikut Sistem Kajian

Pengesanan Graduan yang dicatatkan tahun 2008, daripada 88,220 keseluruhan

graduan IPTA tamat pengajian, seramai 44,525 atau 50.5 peratus mendapat pekerjaan

selepas enam bulan tamat pengajian, tidak dapat pekerjaan seramai 19,198 atau 21.7

peratus dan selebihnya lain (melanjutkan pelajaran atau mengikuti latihan

kemahiran). Kajian yang sama bagi graduan IPTS pula seramai 13,053 atau 62.8

peratus yang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dan tidak mendapat

pekerjaan 4,910 orang atau 19.7 peratus. Bagaimanapun, jumlah bagi IPTS itu tidak

menggambarkan data keseluruhan graduan yang mendapat pekerjaan atau

menganggur kerana tidak semua IPTS di seluruh negara mendaftar dalam Sistem

Kajian Pengesanan Graduan ini.

Page 21: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

3

Keupayaan IPT di negara ini dalam melahirkan kuantiti graduan yang

diperlukan oleh pasaran tenaga kerja dalam negara tidak dapat dinafikan. Namun

demikian, sejauh manakah kualiti graduan yang dihasilkan sebenarnya berupaya

menepati kualiti yang diperlukan oleh pihak majikan? Mungkinkah sebenarnya

antara punca kepada permasalahan pengangguran di negara ini sebenarnya

disebabkan oleh ketidaksesuaian program yang dianjurkan oleh IPT berbanding

dengan keperluan pihak majikan? Selain daripada masalah pengangguran, isu

mengenai gaji graduan yang diterima bekerja juga perlu diberi perhatian. Adakah

kesan daripada pendidikan yang diterima oleh graduan mempengaruhi

pendapatanya? Menurut Jacob Mincer (1974), di Amerika Syarikat umpamanya

mendapati tempoh persekolahan dan pengalaman bekerja (sebagai proksi modal

insan) dapat menerangkan sebanyak 30% daripada perubahan yang berlaku ke atas

perolehan atau upah pekerja. Majikan masa kini, menilai para graduan melalui

pengalaman program yang diikutinya sebelum ini. Adakah program yang diikuti itu

tadi menggunakan tempoh masa yang bersesuaian dan mempunyai latihan praktikal

yang mencukupi?

Masalah kekangan tenaga kerja yang berlaku dalam tempoh RMKe-6 dan

separuh penggal pertama perlaksanaan RMKe-7 jelas menunjukkan kegagalan sistem

pembangunan dan perancangan modal insan bertindak balas terhadap perkembangan

pasaran (Zulkifly Osman dan Ishak Yussof, 2008). Dalam tempoh berkenaan,

ekonomi Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang sangat ketara

kerana dikatakan dalam tempoh berkenaan pendidikan dan latihan yang diterima oleh

pekerja tempatan tidak bersesuaian dengan permintaan majikan. Masalah lebih ketara

terutamanya dalam bidang profesional dan teknikal sehingga menyebabkan ekonomi

negara menjadi kaku. Majikan akhirnya mengambil jalan kedua iaitu dengan

mendapatkan tenaga kerja asing. Namun demikian, dengan beberapa masalah yang

timbul akibat dari pengambilan pekerja asing, majikan mula mengorak langkah

dengan menggalakkan peningkatan tahap pendidikan pekerja masing-masing

(Norzamzila Mustafa, 2005). Ini dilakukan dengan memberikan latihan kepada

pekerja, membiayai perbelanjaan pendidikan pekerja ataupun dengan memberikan

cuti bergaji kepada pekerja yang menyambung pengajian. Kerana hal inilah, maka

majikan akan menentukan program pendidikan yang sesuai dengan keperluan

industri / organisasi mereka.

Page 22: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

4

Walaupun strategi pembangunan ekonomi negara telah mengambil kira aspek

pembangunan modal insan yang menyeluruh, namun dari segi keberkesanannya

masih lagi menjadi persoalan. Misalnya, masalah kekurangan tenaga kerja

profesional, mahir dan separuh mahir khususnya dalam bidang teknikal yang berlaku

sebelum ini dan masalah mismatch yang masih wujud mungkin merupakan

manifestasi daripada kelemahan perancangan yang dibuat. Oleh itu, penilaian

terhadap program pembangunan modal insan semasa amat penting dilakukan,

sekurang-kurangnya bagi menolong mengenal isu-isu penting yang menjadi

penghambat kepada kejayaan pelaksanaan program-program pembangunan modal

insan yang lebih berkesan pada masa hadapan (Zulkifly Osman dan Ishak Yussof,

2008).

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk melihat semula program Ijazah Sarjana Muda Sains &

Pendidikan (Matematik) yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dalam melahirkan graduan yang bersesuaian dengan keperluan

semasa majikan. Kajian ini juga penting dalam memastikan program yang dianjurkan

oleh UTM adalah sentiasa bukan sahaja menepati kualiti yang pihak UTM tetapkan,

namun pada masa yang sama mendapat pengiktirafan dari semua pihak. Melalui

kajian ini, pihak universiti dapatlah membuat penilaian dan mendapatkan kekuatan

atau kekurangan yang ada dalam program yang telah mereka anjurkan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau persepsi majikan terhadap Program Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini

melihat secara khusus perkara-perkara utama berikut:

a) Mengenalpasti kesesuaian pengisian konsep teori dalam program yang

ditawarkan.

Page 23: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

5

b) Mendapatkan maklum balas mengenai kesesuaian jangka masa pengajian dan

tempoh masa latihan praktikal.

c) Mendapatkan gambaran tentang peluang kerjaya graduan dari program yang

ditawarkan.

d) Mengenalpasti kesediaan penaja dalam membiayai kakitanganya bagi

menyambung pengajian dalam bidang ini.

e) Mengenalpasti kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang

memenuhi kehendak pasaran.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan

berikut:

a) Apakah konsep teori yang dimasukkan ke dalam program memenuhi

keperluan organisasi?

b) Apakah tempoh masa menjalankan program dan latihan praktikal

bersesuaian?

c) Bagaimanakah peluang kerjaya bagi graduan program ini?

d) Adakah organisasi berminat membiayai pengajian kakitanganya dalam bidang

ini?

e) Adakah graduan dari program ini mendapat permintaan dalam pasaran kerja?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini bagi Universiti Teknologi Malaysia dapat dihuraikan seperti

berikut :

a) Mencerminkan kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Matematik), UTM yang telah dijalankan selama ini sama ada

ianya dapat memenuhi keperluan semasa majikan atau sebaliknya dari segi

pengisian teori asasnya.

Page 24: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

6

b) Memastikan konsep semasa yang diterapkan dalam program selari dengan

perubahan semasa alam pekerjaan.

c) Aspek perundangan yang disampaikan melalui program Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM adalah memenuhi keperluan

majikan.

d) Penggunaan ICT dalam program ini bersesuaian dengan keperluan kemahiran

ICT semasa.

e) Penggunaan kaedah kuantilatif dalam pelaksanaan program memenuhi

keperluan majikan.

f) Program yang ditawarkan senantiasa mempunyai hubungkait dengan pasaran

/ industri yang berkaitan.

1.7 Definisi Konsep

Berikut adalah definisi istilah dan operasi yang digunakan dalam kajian ini.

1.7.1 Tinjauan Pasaran

Tinjauan pasaran menurut McQuarrie, (2007) merujuk kepada usaha untuk

mendapatkan maklumat tentang pasaran atau pelanggan. Paul Hague, 1998

menyifatkan tinjauan pasaran sebagai satu usaha yang mempunyai tujuan yang jelas

dan berstruktur. Tinjauan pasaran dilihat oleh Paul Hague sebagai langkah yang

perlu dilakukan secara sistematik bagi mengurangkan risiko apabila membuat

keputusan dalam pemasaran.

Carl McDaniel dan Roger Gates (2007) pula menggambarkan tinjauan

pasaran sebagai memainkan peranan dalam tiga fungsi utama, iaitu deskriptif,

diagnostik dan prediktif. Fungsi deskriptif melibatkan penyatuan dan persembahan

penyataan serta fakta. Sebagai contoh, apakah pandangan serta sambutan pelanggan

terhadap produk yang sudah dihasilkan sebelum ini? Fungsi yang kedua ialah sebagai

fungsi diagnostik. Fungsi diagnostik adalah usaha di mana data dan tindakan yang

dilakukan dihuraikan. Contohnya ialah apakah perubahan yang berlaku apabila

sesuatu perubahan dilakukan ke atas produk yang dihasilkan? Manakala fungsi yang

Page 25: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

7

ketiga ialah fungsi prediktif. Fungsi prediktif merujuk kepada tindakan yang

dijangkakan terbaik dapat dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha bersaing

dalam pasaran di masa hadapan.

Dalam kajian ini, fungsi deskriptif adalah berdasarkan maklum balas majikan

mengenai program yang telah diikuti para graduan yang bekerja di dalam organisasi

majikan yang menjadi responden kajian. Bagi fungsi diagnostik pula, program yang

dikaji akan dinilai berdasarkan perubahan semasa kehendak majikan pada masa kini.

Manakala fungsi prediktif bagi kajian ini adalah merujuk kepada rumusan dan

cadangan yang terbaik ilham dari tinjauan pasaran yang dilakukan keseluruhanya

terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) keluaran

Universiti Teknologi Malaysia. Cadangan yang dihasilkan dari tinjauan pasaran

diharapkan dapat digunakan untuk memantapkan lagi program yang ada di Fakulti

Pendidikan UTM. Majikan dalam kajian ini ditakrifkan sebagai pelanggan kepada

UTM di mana graduan dari lulusan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Matematik) UTM diambil atau berkemungkinan diambil bekerja.

Manakala graduan dari program ini pula dikenali sebagai produk keluaran.

1.8 Skop Kajian

Aspek yang dikaji dalam kajian ini meliputi enam aspek utama dalam Garis Panduan

Program Akademik yang digariskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT)

Kementerian Pendidikan Tinggi. Enam aspek tersebut ialah:-

a) Teori asas

b) Konsep Semasa

c) Perundangan

d) Penggunaan ICT

e) Penggunaan kaedah kuantilatif

f) Hubungkait dengan pasaran / industri

Page 26: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

8

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dihadkan kepada berikut:

a) Kajian ini hanya melibatkan persepsi organisasi pendidikan terhadap program

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM sahaja.

Persepsi dan pandangan pihak-pihak lain, misalnya graduan dan ibu bapa,

tidak diambil kira.

b) Program yang dinilai hanyalah program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Matematik), UTM sahaja. Ianya tidak menggambarkan persepsi

responden terhadap program-program lain Fakulti Pendidikan atau program-

program dari Universiti yang lain.

Kajian ini menjadikan persepsi responden yang terdiri dari kalangan majikan

yang mempunyai atau memerlukan pekerja lepasan graduan Sarjana Muda

Pendidikan (Matematik) UTM. Majikan yang dipilih pula adalah terdiri daripada

sekolah-sekolah, Kolej Komuniti, Pusat Matrikulasi, Pejabat Pendidikan Daerah dan

Politeknik. Lingkungan kawasan kajian hanya meliputi zon selatan sahaja (Johor,

Negri Sembilan dan Melaka). Di dalam zon selatan, terdapat 393 buah sekolah

menengah, 17 buah Kolej Komuniti dan 6 buah Politeknik. Tempoh masa kajian

dijalankan adalah dari bulan Julai 2009 sehingga Mac 2010.

1.10 Penutup

Bagi memastikan program yang ditawarkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi

sentiasa mendapat pengiktirafan dan permintaan dari kalangan majikan, satu kajian

yang berbentuk penilaian dari kacamata majikan perlulah dijalankan. Persaingan

antara graduan dari pelbagai institusi dalam merebut peluang pekerjaan yang terhad

juga mendesak kepada usaha tersebut. Penggubalan kurikulum dalam melahirkan

pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual memang

menjadi hasrat utama dalam falsafah pendidikan negara. Kejayaan dalam melahirkan

Page 27: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

9

pelajar yang seimbang dan berpengetahuan tinggi juga perlu disusuli dengan tahap

kebolehpasaran dan kecekapanya dalam mengharungi alam pekerjaan. Sebagai

sebuah institusi pendidikan, pihak universiti perlu mempunyai satu mekanisma

pengukuran tahap kesesuaian program mereka berbanding dengan kemahuan dan

keperluan majikan masa kini. Maka, dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan

pihak Universiti dan pihak majikan dapat bersama-sama berganding bahu dalam

usaha membentuk program akademik yang berupaya melahirkan pelajar yang berjaya

dalam pelajaran dan kariernya.

Page 28: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

10

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang tinjauan pasaran

program pendidikan. Aspek yang dibincangkan melibatkan aspek modal insan,

tinjauan pasaran, kepentingan tinjauan pasaran, keperluan tinjauan pasaran dalam

program akademik, kaedah pelaksanaaan tinjauan pasaran, dan jangkaan dapatan dari

tinjauan pasaran. Aspek penilaian soal selidik pula menjurus kepada teori asas,

jangkamasa pengajian, peluang kerjaya, penajaan dan kesesuaian program. Akhir

sekali, latar belakang Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik) dibentangkan.

2.2 Modal Insan

Modal insan merupakan aset yang dominan bagi sesebuah negara yang sedang

membangun. Pembangunan modal insan memainkan peranan yang penting dalam

menjana dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara. Proses migrasi antarabangsa

modal insan ekoran daripada keperluan terhadap tenaga kerja sama ada yang

profesional, terlatih dan tidak terlatih telah membuka ruang transformasi yang lebih

luas berasaskan kepada permintaan pasaran global (Ab. Aziz Yusof, 2008).

Corak persaingan masa kini sesebuah negara, sangat bergantung kepada

kelebihan dari segi modal insan yang berkualiti iaitu mereka yang mempunyai

pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini. Untuk membolehkan sesebuah

negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang berterusan dua isu

penting perlu diberi perhatian. Pertama, keperluan tenaga kerja yang mencukupi dan

yang kedua kualiti sumber tenaga kerja berkenaan untuk menjamin kecekapan

penggunaanya (Ishak & Mohd. Yusof 2002).

Page 29: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

11

Di peringkat industri, pembangunan modal insan bukan sahaja penting tetapi

amat kritikal kepada ketahanan sesebuah syarikat. Syarikat yang kekurangan modal

boleh meminjam tetapi syarikat yang kekurangan modal insan yang diperlukan

mempunyai peluang yang tipis untuk bertahan sama ada dalam jangka pendek

mahupun jangka panjang. Menurut Becker (1975) teori modal manusia lebih

memfokuskan kepada keperluan pelaburan modal insan untuk mencapai dan

mengekalkan daya saing sesebuah negara. Pengeluaran modal insan yang tidak

efektif sudah tentu akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan daya

saing negara berkenaan.

2.3 Tinjauan Pasaran

Mencipta nilai dan memuaskan pelanggan merupakan teras dan kunci kejayaan

sesebuah syarikat atau organisasi. Secara umumnya matlamat pemasaran adalah

untuk memuaskan pelanggan dan mencapai objektif organisasi. Pemasaran

ditakrifkan sebagai proses sosial dan pengurusan di mana individu dan kumpulan

memperolehi apa yang diperlukan dan dikehendakki melalui penciptaan dan

pertukaran nilai antara satu sama lain. American Marketing Association pula

memberi definisi pemasaran yang lebih jelas sebagaimana berikut: “Pemasaran

merupakan proses perancangan dan pelaksanaan konsepsi, penentuan harga, promosi

dan pengagihan idea, barangan dan perkhidmatan untuk mencapai pertukaran yang

memuaskan individu dan objektif organisasi.”

Sebelum melakukan aktiviti pemasaran, sesebuah organisasi sepatutnya

melakukan tinjauan pasaran terlebih dahulu agar kehendak dan corak keperluan

pasarannya diketahui. Tinjauan pasaran menggambarkan falsafah sesuatu perniagaan,

dan oleh kerana falsafah di sini berfokus kepada pendidikan, perubahan organisasi

mungkin diperlukan apabila sesebuah organisasi mahu meningkatkan prestasinya

hasil dari tinjauan pasaran yang telah dilakukanya (McQuarrie 2006).

Dalam melaksanakan tinjauan pasaran, Boone, Kurtz, MacKenzie dan Snow

(2009) menyatakan terdapat enam langkah yang perlu diikuti. Pertama ialah

Page 30: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

12

mengenal pasti masalah. Apakah masalah yang yang sebenarnya dihadapi oleh

organisasi. Kedua ialah melakukan kajian eksplorasi bagi mengenal pasti punca

permasalahan. Ketiga ialah mencipta hipotesis. Penciptaan hipotesis dilakukan bagi

menetapkan dan mengecilkan lagi skop tumpuan tinjauan pasaran yang ingin

dijalankan. Keempat ialah mereka bentuk kajian tinjauan pasaran yang bakal

dijalankan. Kelima ialah pengumpulan data sama ada data primer dan data sekunder.

Yang terakhir sekali yang keenam ialah menganalisis, mentafsir dan

mempersembahkan hasil dari kajian tinjauan pasaran yang dilaksanakan itu.

2.4 Kepentingan Tinjauan Pasaran

Tinjauan pasaran adalah penting bagi sesebuah organisasi. Tinjauan pasaran boleh

dilihat memainkan tiga peranan utama iaitu deskriptif, diagnostik dan prediktif

(McDaniel & Gates, 2005). Fungsi deskriptif sesebuah tinjauan pasaran adalah

meliputi proses menyatukan dan pembentangan kenyataan atau fakta sebenar.

Sebagai contoh, apakah kehendak majikan terhadap graduan pada masa kini?

Persoalan berbentuk deskriptif ini dapat dijawab melalui tinjauan pasaran.

Peranan kedua tinjauan pasaran iaitu sebagai pengukur diagnostik. Melalui

peranan ini, setiap data atau tindakan dapat dihuraikan dan diperjelaskan. Sebagai

contoh, apakah impak terhadap graduan selepas perubahan kurikulum dilaksanakan?

Peranan ketiga tinjauan pasaran pula iaitu sebagai fungsi prediktif pula akan dapat

memberikan gambaran kepada organisasi tentang apakah tindakan yang perlu

dilakukan selepas tinjauan dilaksanakan.

Tinjauan pasaran bukanlah perkara yang baru terutamanya di dalam dunia

perniagaan. Philip Kotler (2003) menyatakan jika pemasaran adalah enjin kepada

ekonomi Amerika Syarikat, maka tinjauan pasaran adalah merupakan penggerak

kepada enjin tersebut. Pada waktu dahulu, tinjauan pasaran dibuat lebih menjurus

kepada tujuan meningkatkan pengeluaran berbanding memahami kehendak

pengguna. Namun bila waktu semakin berubah, organisasi yang menjalankan

tinjauan pasaran mendapati bahawa tinjauan pasaran adalah mekanisma terbaik

dalam memahami kemahuan dan kehendak semasa pengguna (Philip Kotler, 2003).

Page 31: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

13

Paul Christ (2009) menyatakan proses tinjauan bukanlah satu pembelajaran

semata-mata untuk sesebuah organisasi tetapi ianya adalah komponen kritikal yang

diperlukan dalam membuat keputusan. Tinjauan pasaran berperanan dalam

membantu sesebuah organisasi dalam membuat keputusan dengan menunjukkan

situasi sebenar yang akan dan bakal berlaku dalam pasaran. Tinjauan pasaran yang

dijalankan dengan baik akan memberikan pilihan yang pelbagai kepada organisasi

dalam membuat keputusan yang terbaik untuk organisasinya.

McDaniel & Gates (2005) menyatakan tinjauan pasaran adalah penting bagi

mengenal pasti mana-mana kelemahan yang terdapat pada produk atau

perkhidmatan. Sebagai contoh, syarikat PEPSI pernah melancarkan produk minuman

PEPSI AM di Amerika Syarikat pada lewat 1980an. Setelah mendapati terdapat

kelemahan pada jualan minuman itu satu tinjauan pasaran telah dilakukan oleh

syarikat tersebut. Hasilnya didapati nama minuman tersebut telah disalah ertikan

pengguna sebagai minuman yang hanya sesuai diminum pada waktu pagi sahaja.

Oleh itu pengeluaranya dihentikan serta merta bagi mengelakkan kerugian

berterusan.

2.5 Keperluan Tinjauan Pasaran Dalam Program Akademik

Terdapat beberapa kajian dan pandangan tentang keperluan tinjauan pasaran dalam

sesuatu program akademik. Perdebatan mengenai keperluan melakukan penyelidikan

seumpama ini memberikan beberapa gambaran tentang keperluanya dalam sistem

pendidikan negara secara amnya. Knapp & Siegel (2009) menyatakan pada zaman

pengajianya di Southern Adventist University di tahun 1960-an, tinjauan pasaran

pada mulanya dikenali sebagai kajian perhubungan awam. Pada waktu tersebut

kepentingan tinjauan pasaran bagi pihak universiti digambarkan mampu membantu

pihak universiti bagi mencapai objektif strategik dalam merekrut pelajar,

menambahkan dana universiti, membina hubungan baik dengan universiti-universiti

lain dan menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.

Page 32: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

14

John L.Pulley (2003) di dalam penulisannya di akhbar The Chronicle of

Higher Education menyatakan institusi pendidikan sedang bersaing antara satu sama

lain dan juga dengan institusi bukan pendidikan dalam mendapatkan penghargaan,

peruntukkan kerajaan dan sumbangan sektor swasta. Persaingan dalam melahirkan

pelajar yang cemerlang, membentuk cendiakawan yang terbaik dan mendapatkan

rangking tertinggi dalam kedudukan antara institusi adalah cabaran institusi

pendidikan masa kini. Oleh itu, tinjauan pasaran bagi sesebuah institusi pendidikan

adalah perkara yang perlu dilakukan meskipun perkara tersebut menyebabkan

pengeluaran sejumlah kos tertentu.

Terdapat beberapa isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, bahawa

penyelidikan seperti tinjauan pasaran ini adalah tidak sesuai dijalankan kerana ratio

pelajar-staf yang semakin tinggi, masalah infrastruktur pendidikan yang perlu

dimajukan dan masalah kewangan institusi pendidikan dilihat lebih perlu

diutamakan. Jadi, adakah tinjauan pasaran benar-benar perlu dalam program

pendidikan? Mark Tennant, Cathi McMullen dan Dan Kaczynski (2009),

memberikan kita satu gambaran yang menarik mengenai keperluan penyelidikan

dalam program pendidikan. Menurut mereka “Persoalanya ialah bukan sama ada kita

mampu atau tidak untuk melabur dalam melakukan penyelidikan, tetapi persoalanya

ialah, adakah kita mampu menanggung akibat dari tidak melakukanya

(penyelidikan)”.

2.6 Kaedah Pelaksanaan Tinjauan Pasaran

Terdapat beberapa kaedah dan jenis pelaksanaan tinjauan pasaran. Menurut Rick

Shuttle dalam laman sesawang ehow.com, tinjauan pasaran adalah satu cara di mana

maklumat mengenai pelanggan dan bukan pelanggan atau perniagaan diperolehi.

Bagaimana pelanggan dan pengguna melihat kepada produk syarikat / organisasi

atau perkhidmatan berbanding produk pesaing yang lain. McDaniel & Gates (2005)

menyatakan tinjauan pasaran boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu melalui

kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi syarikat komersil, biasanya kaedah

kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi tinjauan ke atas skala kecil

Page 33: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

15

manakala kaedah kuantitatif digunakan ke atas tinjauan yang lebih menggambarkan

populasi yang besar dan umum.

Beberapa teknik yang biasa digunakan dalam pelaksanaan tinjauan pasaran

adalah seperti tinjauan kumpulan fokus. Melalui tinjauan kumpulan fokus, kaedah

yang biasa digunakan adalah kaedah kualitatif. Temubual boleh dilakukan ke atas

responden dari pelbagai kumpulan demografik seperti berasaskan umur, pendapatan

ataupun jantina. Objektif tinjauan berasaskan kumpulan ini adalah untuk

mendapatkan corak jawapan responden dari segi perbezaan pendapat mengikut

kumpulan mereka. Ahli kumpulan mebincangkan semua topik yang relevan secara

mendalam dan bertumpu pada satu isu yang diutarakan. Individu yang berada dalam

kumpulan itu haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai topik

yang dibincangkan. Penemubual dalam kumpulan fokus dikenali sebagai

pemudahcara atau dikenali juga sebagai moderator. (Krueger, 1988)

Kaedah pelaksanaan tinjauan pasaran yang kedua yang dikenal pasti ialah

kaedah tinjauan satu dengan satu. Kaedah satu dengan satu (one-on-one surveys)

adalah satu lagi kaedah tinjauan yang menggunakan teknik kualitatif. Kebiasaanya

tinjauan jenis ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas terhadap produk atau

perkhidmatan baru. Soalan yang digunakan biasanya menjurus kepada pendapat

pelanggan tentang pengalaman dan pandangan mereka terhadap produk dan

perkhidmatan yang baru dilancarkan tersebut. Apabila mahu mendapatkan maklum

balas dari pelanggan utama yang jumlahnya tidak ramai dan merupakan antara

penentu masa depan organisasi, tinjauan satu dengan satu adalah kaedah yang

terbaik. Hal ini kerana melalui tinjauan jenis ini, pelanggan akan lebih rasa dihargai

kerana merasakan hubungan yang terjalin adalah lebih mesra (Clive Shearer 2006).

Kesulitan dalam menjalankan tinjauan jenis ini ialah dalam menetapkan temujanji

untuk sesi soal jawab. Oleh itu, penyediaan jadual bagi sesi soal selidik akan menjadi

satu perkara yang amat sulit sekali. Tinjauan jenis satu dengan satu ini juga perlulah

dijalankan oleh individu yang berkecuali (tiada kepentingan dengan hasil tinjauan).

Individu yang berkecuali diperlukan kerana tinjauan jenis kualitatif ini jika

dijalankan oleh individu yang berkepentingan dalam organisasi, sudah tentu

membataskan kejujuran jawapan dari reponden. Responden akan merasa bimbang

dengan reaksi yang bakal diterima jika memberikan jawapan yang jujur mengenai

Page 34: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

16

produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi pengkaji (Clive Shearer

2006).

Selain daripada tinjauan berbentuk satu dengan satu dan tinjauan berfokuskan

kumpulan, terdapat juga kaedah pelaksanaan tinjauan pasaran menggunakan kaedah

tinjauan telefon. Kaedah tinjauan telefon biasanya digunakan untuk mengukur tahap

kepuasan responden. Kaedah tinjauan jenis ini juga hanya sesuai untuk jumlah

responden terhad sahaja. Ini kerana, kaedah tinjauan jenis ini walaupun dapat

mengeratkan hubungan antara organisasi dan klien, namun kos pelaksanaanya adalah

tinggi. Kaedah tinjauan ini selalunya dijalankan dalam bentuk kuantitatif. Kaedah

kuantitatif digunakan kerana melalui cara ini, jawapan soal selidik adalah terus

menjurus kepada kelemahan atau kekuatan aspek-aspek yang diukur (Clive Shearer

2006). Kaedah kuantitatif juga dipilih kerana dengan itu, jawapan akan dapat

diberikan dengan pantas oleh responden. Menjimatkan masa bermakna menjimatkan

wang.

Selain dari kaedah tinjauan melalui telefon, kaedah tinjauan melalui kiriman

pos juga boleh dilakukan. Syarikat yang berorientasikan perniagaan biasanya

menggunakan kaedah ini apabila mereka mendapati produk atau perkhidmatan

mereka mula tidak digunakan lagi oleh pengguna. Menurut laman sesawang

ehow.com, terdapat juga syarikat yang menyertakan insentif kewangan kepada

responden dalam jumlah yang kecil sebagai balasan tanda terima kasih kerana

membantu mengisi borang soal selidik. Kaedah tinjauan pasaran jenis ini juga

biasanya sangat berinformatif kerana responden diberikan ruang untuk menulis

pendapat dan cadangan di ruang yang disediakan.

Kaedah yang popular masa kini bagi mendapatkan maklum balas responden

dari kumpulan generasi muda pula adalah melalui kaedah tinjauan atas talian (online

surveys). Kaedah tinjauan atas talian selalunya disertakan di dalam laman web rasmi

sesebuah organisasi. Kebaikan kaedah tinjauan jenis ini ialah, tinjauan boleh

dilakukan pada bila-bila masa dan statistik jawapan dari responden boleh diperolehi

serta merta. Kebiasaanya kaedah tinjauan jenis ini tidak menetapkan had masa

kerana agak sukar untuk menentukan bilakah jumlah soal selidik yang telah dijawab

akan mencukupi bilangannya. Kelemahan yang ketara dari kaedah tinjauan jenis ini

Page 35: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

17

ialah, pengkaji sukar untuk mengawal jenis kumpulan responden dari segi

demografik dan latar belakang mereka.

2.7 Jangkaan Dapatan Dari Tinjauan Pasaran

Menurut Abu Bakar Abdul Hamid (2002), penyelidikan pemasaran menghasilkan

maklumat harian berhubung perkembangan dalam persekitaran yang mampu

menolong pengurus menyediakan, mengumpul, mengubahsuai rancangan pemasaran,

mengumpul sistem lakaran, laporan maklumat dan menyampaikan hasil dan

implikasi kajian. Melaui tinjauan pasaran yang akan dijalankan, pengkaji

menjangkakan akan mendapat gambaran mengenai kekuatan program yang

dianjurkan oleh pihak penganjur program.

Mcquarrie (2006) pula memberikan pendapat, oleh kerana tinjauan pasaran

memberikan refleksi mengenai falsafah perniagaan tertentu, dan oleh kerana falsafah

itu juga berfokus pada pembelajaran, perubahan dalam organisasi mungkin

diperlukan jika organisasi mahu meningkatkan prestasinya bergantung pada hasil

tinjauan pasaran tersebut. Oleh itu, sekiranya tinjauan pasaran ini mendapati, terdapat

kelemahan dalam aspek tertentu tentang program yang dianjurkan, cadangan usaha

penambahbaikan dapat diutarakan.

2.8 Aspek Penilaian Soal Selidik

Kajian yang dilaksanakan ini mengukur lima aspek penilaian program yang utama.

Aspek pengukuran tersebut adalah aspek teori asas, jangkamasa pengajian, peluang

kerjaya, penajaan, dan kesesuaian program.

2.8.1 Teori Asas

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi

Page 36: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

18

panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

Sulaiman Masri (2003) menyatakan teori ialah dasar dan rangka suatu ilmu

pengetahuan. Ia merupakan sekumpulan binaan konsep, definisi, dan dalil yang

saling berkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis bagi maksud

menjelaskan dan meramalkanfenomena. Pakar-pakar penyelidikan berpendapat

bahawa teori yang dipandang ilmiah atau berguna untuk penyelidikan ilmiah, perlu

berupaya menilai data yang sesuai atau yang bertentangan dengannya.

Terdapat perbezaan antara teori yang berbentuk tak formal dan teori yang

berbentuk formal. Teori tak formal, banyak diperhatikan pada teori-teori pendidikan

yang menggunakan bahasa sehari-hari terutama dalam ilmu kemasyarakatan. Teori

yang berbentuk formal pula membezakan postulat hipotesis, kesimpulan dan

generalisasi dengan sesuatu masalah (atau pemboleh ubah/variabel) diperlihatkan

dengan jelas, sehingga penyelidik mampu mengukur setiap pemboleh ubah untuk

menguji kebenaran teori (Sulaiman Masri, 2003).

Kegagalan menguasai teori asas boleh menyumbangkan masalah kepada para

pelajar dan juga bakal majikan. Dalam kajian Keberkesanan Program Pengalaman

Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah Rendah,

MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan, didapati Program Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS) telah berjaya mendedahkan budaya sekolah kepada guru pelatih KPLI

sekolah rendah tetapi mereka masih kurang berjaya mengaitkan aspek teori dan

praktis semasa menjalani program PBS (Ab. Latip dan Abd Ghani, 2003). Ini

menunjukkan kebolehan menterjemah pengetahuan aspek teori juga bakal

menentukan kebolehan graduan dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuanya ke

dalam alam pekerjaan kelak.

Sebagai bakal pendidik yang berkemahiran tinggi, terdapat beberapa teori

asas yang mesti dikuasai oleh pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia. Antara ilmu asas yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah teori pedagogi.

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan

formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di

sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi

mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas,

Page 37: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

19

pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,

pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga

bidang, iaitu apa yang dimaksudkan sebagai Taksonomi Bloom. Menurut Taksonomi

Bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada tiga iaitu bidang kognitif, bidang afektif

dan bidang psikomotor. Bidang kognitif adalah berkenaan dengan aktiviti mental

seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang afektif pula adalah berkaitan

dengan sikap dan sahsiah diri. Manakala Bidang psikomotor adalah berkenaan

dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan (Noraini

Idris, 2001).

Walaupun slogan di laman web Fakulti Pendidikan berbunyi “Teaching is

Our Core Business”, ini tidak bermakna graduan dari fakulti ini hanya diterapkan

dengan teori asas pengajaran semata-mata. Sebaliknya teori asas yang berkaitan

dengan bimbingan dan kaunseling, teknologi ICT, komunikasi, keusahawanan dan

ko-kurikulum juga turut sama diterapkan. Justeru itulah maka mata pelajaran yang

diajarkan kepada para graduan program ini meliputi juga mata pelajaran yang bakal

melengkapkan diri graduan menjadi individu yang seimbang dari aspek pengetahuan,

kemahiran, sikap profesionalisme dan kemahiran insaniah.

2.8.2 Jangkamasa Pengajian

Jangkamasa pengajian adalah jangka waktu maksimum yang diperuntukkan oleh

pihak Universiti sebagai syarat bagi seseorang siswazah menamatkan pengajianya.

Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), jangka

masa pengajian yang diperuntukkan adalah selama 4 tahun (minimum) dan 6 tahun

sekiranya perlu (maksimum). Dalam tempoh tersebut, satu semester dicadangkan

sebagai tempoh masa latihan praktikum. Tempoh masa pengajian ini adalah selaras

dengan kehendak Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Mesyuarat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Disember 2005

telah bersetuju dengan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian

Page 38: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

20

Qualifications Framework atau MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti

pengajian tinggi dan titik rujukan standard dan kriteria program pengajian. MQF

merupakan alat yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan

satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa

yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran bidang

pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini

diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah pembekal pendidikan tinggi

yang diiktiraf , justeru MQF menyatupadukan semua kelayakan negara.

Menyentuh tentang kepelbagaian program pendidikan perguruan pra

perkhidmatan di IPTA dan IPG, apa pun bentuk kursus dan jenis pengajian,

komponen latihan mengajar dilihat sebagai teras dalam penghasilan guru-guru novis

melalui pendedahan pengalaman dalam situasi sebenar. Aspek ini diberi penekanan

oleh KPT dan KPM (2006) di mana semasa latihan mengajar, pengalaman yang

diperolehi dianggap sebagai sumber paling berpengaruh dalam sosialisasi seorang

guru novis. Lanjutan daripada itu, semua guru pelatih diwajibkan menjalani latihan

praktikum.

2.8.3 Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya graduan keluaran Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik) dijadikan satu lagi pengukur kepada keupayaan dan kekuatan program

di mata majikan. Peluang kerjaya dipilih kerana, melalui tahap kebolehpasaran

graduan program ini di pasaran tenaga kerja negara, ianya bakal melambangkan

permintaanya dalam sektor pekerjaan semasa. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan

bahawa graduan yang mempunyai peluang kerjaya yang luas adalah datangnya dari

program akademik yang baik. Dalam era globalisasi kini, pencapaian tahap akademik

yang tinggi sahaja tidak mencukupi untuk para graduan diterima terus ke pasaran

pekerjaan. Prof. Dato‟ Dr. Hassan Said dalam ucapanya sempena pelancaran Modul

Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk IPT pada 2006 berkata “Dengan

ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang semakin meningkat, graduan perlu

memilikki bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan dan kemahiran yang

memberikan nilai tambah yang mampu menarik minat majikan”.

Page 39: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

21

Janet Fine (2005) menyatakan graduan lepasan program pendidikan seperti

guru sebenarnya adalah juga merupakan seorang ahli psikologi, pemimpin dalam

aneka bidang dan pada masa yang sama mampu menyelami hati orang lain. Ini

kerana latihan perguruan mensasarkan kepada pembinaan sifat ingin tahu dan

meningkatkan pembinaan diri, maka sebenarnya di sinilah bermulanya titik

permulaan untuk pelbagai jenis karier, baik untuk karier perguruan mahupun karier

dalam bidang-bidang yang lain. Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah sekiranya

terdapat majikan yang bukan terlibat dengan bidang pendidikan, namun mahu

mendapatkan graduan dari fakulti pendidikan akibat dari mutu keluaran tinggi yang

dapat dihasilkan fakulti.

2.8.4 Penajaan

Penajaan oleh majikan untuk menyambung pelajaran adalah boleh dilihat sebagai

persefahaman antara dua pihak yang menguntungkan kedua-duanya. Pekerja yang

ditaja oleh majikan akan mendapat kelulusan pendidikan yang lebih baik,

pengetahuan tinggi yang terkini, kos pengajian yang lebih rendah berbanding tajaan

sendiri dan pekerjaanya selepas pengajian telah disediakan. Bagi pihak majikan pula,

keuntunganya adalah dari segi pelaburan jangka panjang. Pekerja yang ditaja oleh

majikan, kebiasaanya adalah pekerja yang telah dikenal pasti sebagai cekap dalam

menjalankan tugasnya dan mampu membawa keuntungan pada organisasi di masa

hadapan. Berbanding dengan mengambil pekerja baru yang tinggi kelayakan tetapi

cetek pengalaman bekerja, kebanyakkan majikan yang berpandangan jauh lebih

gemarkan idea pelaburan dalam pembangunan modal insan.

Pelaburan dalam modal manusia mempunyai dua bentuk iaitu pelaburan yang

berlaku di tempat kerja dan yang berlaku di luar tempat kerja (Rahmah, 1996).

Pelaburan modal manusia yang berkaitan dengan tempat kerja terdiri daripada latihan

secara formal dan tidak formal. Manakala, pelaburan modal manusia yang berkaitan

kegiatan di luar tempat kerja boleh dikategorikan seperti persekolahan, kesihatan dan

mencari pekerjaan. Selain itu, pelaburan modal manusia dapat dilihat sebagai

keputusan pelaburan di mana individu mengagihkan beberapa bahagian pendapatan

Page 40: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

22

mereka bagi tujuan pendidikan dan latihan demi meningkatkanperolehan masa

hadapan (Blundell R., Powell J., 2000).

Sementara itu, Maimunah Aminuddin (1995) dalam bukunya yang Panduan

Pengurusan Personel telah memberikan tiga kepentingan program latihan dan

pembangunan modal insan. Pertama, program latihan dan pembangunan dapat

menjimatkan wang. Apabila pekerja mengetahui bagaimana melakukan kerja mereka

dengan cara yang betul, kos akan kurang dan keuntungan menjadi lebih tinggi.

Kedua, ialah bertujuan untuk mengekalkan pekerja supaya mengurangkan kadar

pusing ganti. Ketiga, program latihan dan pembangunan secara tidak langsung dapat

mengekalkan pelanggan kerana pelanggan akan berasa gembira apabila mendapat

hasil kerja atau perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) dalam Kajian Kes

Pelaburan Pendidikan Modal Insan Di Kalangan Suku Kaumsama-Bajau Di Kota

Kinabalu: halatuju Dan Cabaran menyatakan proses urbanisasi dan globalisasi turut

memberikan tekanan dan ancaman kepada individu masa kini. Ini kerana, tahap

pendidikan yang rendah di kalangan masyarakat akan menyebabkan individu gagal

bersaing dalam arus tersebut dan gagal mendapat manfaat sepenuhnya daripada

pembangunan yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, adalah amat penting

bagi menyediakan halatuju yang jelas dalam pelaburan modal insan untuk

membolehkan individu menghadapi cabaran urbanisasi dan globalisasi yang semakin

mencabar pada abad ini.

2.8.5 Kesesuaian Program

Kesesuaian program akademik yang dianjurkan oleh pihak Universiti dengan

kehendak semasa majikan atau pasaran kerja adalah penting dalam memastikan

program tersebut mendapat pengiktirafan semua pihak. Terdapat kajian lalu yang

menunjukkan kegagalan dalam pengisian program, kursus atau kurikulum yang baik

akhirnya menimbulkan masalah kepada pelajar selepas tamat pengajianya. Soo Wee

Leng dan Juma‟yah (2001) mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi

vokasional tidak mengikut permintaan pasaran indutri yang mengakibatkan

Page 41: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

23

kemahiran lepasan vokasional tidak memenuhi keperluan pihak industri. Ini

bermakna institusi pendidikan vokasional tidak menjurus kepada pasaran kerja.

Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan

apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaanya dan tidak dapat menyesuaikan diri

di alam pekerjaan baru.

Noah dan Eckstein (1988) pula dalam satu kajiannya mendapati bahawa di

England, Jerman, dan Perancis, para majikan industri masih tidak berpuas hati dan

sering mengkritik pihak sekolah kerana mereka merasakan pihak sekolah tidak

berupaya menyediakan para pelajar dengan latihan kemahiran pekerjaan secukupnya

untuk membolehkan mereka memasuki dunia pekerjaan. Para majikan industri juga

menyatakan bahawa kurikulum sekolah terlalu menekankan perkara akademik sahaja

dan kurang mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai bakat praktikal.

2.9 Latar Belakang Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) adalah salah satu

program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Bahasa pengantar yang digunakan dalam program ini adalah menggunakan Bahasa

Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja. Jangkamasa pengajian yang diperuntukkan

adalah minimum 4 tahun dan maksimum selama 6 tahun. Syarat kemasukan ke

dalam program ini adalah melalui 3 laluan iaitu bagi pelajar lepasan matrikulasi,

diploma atau STPM. Syarat minimum bagi penganugerahan ijazah adalah mencapai

jumlah 123/122 jam kredit dengan mendapat minimum CPA 2.0, lulus latihan

praktikum dan menyiapkan projek sarjana muda pada tahun empat. Lepasan dari

program ini boleh memohon pekerjaan sebagai tenaga pengajar di institusi

pendidikan kerajaan mahupun swasta atau pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Terma matematik pada asalnya diambil dari istilah Greek iaitu mathematikos

yang datang dari perkataan mathanein yang membawa maksud „untuk belajar‟. Dari

pandangan masyarakat Greek, perkataan matematik memberi maksud untuk

mempelajari atau mendapatkan semua pengetahuan. Masyarakat Babylon pula

Page 42: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

24

menganggap matematik sebagai pengetahuan tentang pertimbangan dan pengukuran.

Manakala masyarakat Mesir purba pula menggunakan matematik dalam kajian

astronomi mereka. Sehingga ke hari ini, pelbagai maksud digunakan dalam

menjelaskan maksud matematik. Untuk sesetengah individu, matematik berkaitan

dengan struktur, penyusunan, ketepatan, logik dan masalah. Namun bagi para pelajar,

mereka mungkin menganggap matematik sebagai sesuatu yang mereka perlu pelajari

sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan sahaja (Noraini Idris, 2006).

Noor Azlan dan Norhayati (2010) menyatakan para pendidik mungkin

mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana seseorang itu boleh dilatih

untuk mengajar. Walau bagaimanapun, kesemua mereka bersetuju bahawa kebolehan

mengajar perlu dilatih dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu bakat yang

berkembang secara semulajadi. Fakulti Pendidikan UTM melatih graduan supaya

mereka mampu menjalankan proses pengajaran yang berkesan kerana ia bukannya

proses yang mudah. Proses membentuk pengajar memerlukan bentuk latihan yang

sistematik dalam aspek teori dan praktikal. Di sinilah dapat dilihat besarnya

sumbangan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM

dalam melahirkan tenaga pengajar subjek matematik seluruh negara.

2.10 Penutup

Secara keseluruhanya tinjauan pasaran dilakukan untuk melihat kesesuaian program

yang dijalankan dalam memenuhi kehendak semasa majikan. Penilaian yang

dilakukan oleh majikan terhadap program yang dikaji adalah menjurus kepada lima

aspek penilaian yang dipilih. Aspek penilaian yang dipilih ialah kesesuaian konsep

teori, kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh latihan praktikal, peluang

kerjaya graduan, kesediaan penajaan dan juga kesesuaian program secara

keseluruhan dalam menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

Page 43: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

25

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan membincangkan kaedah atau metodologi kajian tinjauan pasaran

program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) dari pandangan

majikan. Pandangan yang diberikan oleh para majikan yang mempunyai kakitangan

graduan program ini atau berkemungkinan mendapatkan khidmat graduan dari

program ini akan mencerminkan kebolehan program dalam membentuk tenaga kerja

yang berkemahiran tinggi di alam pekerjaan nanti. Seterusnya dari hasil kajian ini,

segala kekuatan dan kelemahan program akan dapat dikenal pasti dan cadangan

terhadap langkah penambahbaikan dapat dikemukakan.

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini ialah kajian deskriptif jenis tinjauan iaitu berdasarkan objektif

kajian untuk melihat kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik) UTM. Majikan yang telah dan mungkin akan menggunakan tenaga

kerja graduan dari program ini dikenal pasti terlebih dahulu. Tujuan pemilihan bakal

responden dilakukan adalah agar tidak berlaku keadaan di mana responden

memberikan jawapan dalam keadaan yang tidak jelas mengenai kehendak soalan.

Ketidakfahaman mengenai kehendak soalan bakal memberikan jawapan yang tidak

signifikan dengan kehendak kajian dilakukan.

Page 44: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

26

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang

digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dalam Bahasa Melayu yang

mengandungi tiga bahagian. Jenis soalan soal selidik adalah menggunakan set soal

selidik yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Taburan

item soalan dan nombor item soalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

3.1.

Jadual 3.1 : Jadual Taburan Item Soal Selidik

Bahagian Item

A. Kandungan Program dan Kesesuaian Dengan A1 – A14

Keperluan Organisasi

B. Peluang Kerjaya B1 – B5

C. Lain-Lain C1 – C3

Instrumen kajian soal selidik telah diubahsuai sedikit oleh pengkaji dari set

soalan yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Perubahan

ini tidak menjejaskan set soalan yang asal, sebaliknya hanya nombor item soalan dan

pengkhususan kepada program yang dikaji lebih diperincikan.

Secara khususnya, instrumen bagi item di bahagian A lebih memperincikan

maklumat mengenai kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan

organisasi. Item A1, merujuk kepada jenis organisasi responden (sama ada tempatan

atau milik asing). Manakala item A2 – A7 adalah mengenai kesesuaian konsep teori

dan mata pelajaran yang ditawarkan melalui program Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Item A7 –A12 juga merupakan penilaian

berdasarkan kekuatan program dari segi kekuatanya memenuhi kriteria yang

ditetapkan. Kandungan item A1 – A14 dapat ditunjukkan dalam jadual 3.2.

Page 45: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

27

Jadual 3.2 : Taburan Item Soalan Bahagian A

Aspek Soalan No. Item

a. Jenis Organisasi A1

b. Konsep teori A2, A3 & A7

c. Matapelajaran A4, A5 & A6

d. Konsep Semasa A8

e. Perundangan / Akta A9

f. Penggunaan ICT A10

g. Penggunaan Kaedah Kuantitatif A11

h. Kaitan Pasaran Kerja A12

i. Jangkamasa Pengajian / Latihan Praktikal A13 & A14

Bagi item yang terkandung dalam Bahagian B, aspek soalan adalah menjurus

kepada peluang kerjaya kepada bakal graduan Program Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 : Taburan Item Soalan Bahagian B

Aspek Soalan No. Item

a. Peluang Kerjaya B1, B2 & B3

b. Pendapatan B4

c. Pengajian Lanjutan B5

Dalam Bahagian C, soalan-soalan tentang hal-hal lain diutarakan. Aspek

soalan dalam hal-hal lain adalah berkenaan penajaan dan kesesuaian program. Ini

dapat ditunjukkan melalui Jadual 3.4.

Jadual 3.4 : Taburan Item Soalan Bahagian C

Aspek Soalan No. Item

a. Penajaan C1 & C2

b. Kesesuaian Program C3

Page 46: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

28

3.4 Populasi Dan Persampelan

Populasi kajian ini adalah majikan yang mempunyai kakitangan atau mempunyai

prospek mendapatkan kakitangan yang terdiri daripada graduan Program Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM di sekolah-sekolah

menengah, kolej komuniti, kolej / pusat matrikulasi dan politeknik di kawasan Zon

Selatan Semenanjung Malaysia iaitu yang terletak di Negeri Sembilan, Negeri

Melaka dan Negeri Johor. Semua majikan daripada 419 buah organisasi pendidikan

diberikan soal selidik. Namun begitu hanya 180 sahaja yang dikembalikan dalam

masa yang diperuntukkan. Justeru itu kajian ini terbatas dari segi bilangan responden.

3.5 Prosedur Kajian

Untuk memastikan kajian dijalankan dengan lancar, prosedur kajian yang

melibatkan langkah-langkah berikut telah diikuti sepanjang kajian dilakukan :

Langkah pertama : Maklumat mengenai populasi kajian diperolehi

daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej

Komuniti dan Politeknik.

Langkah kedua : Bilangan sampel saiz ditentukan.

Langkah ketiga : Mendapatkan kebenaran untuk melakukan kajian ke

atas responden yeng telah dipilih.

Langkah keempat : Melakukan kajian rintis dengan mengedarkan soal

selidik ke atas 30 orang majikan di daerah Kulai untuk

melihat kebolehpercayaan soal selidik.

Langkah kelima : Melakukan kajian sebenar dengan mengedarkan soal

selidik kepada para responden. Data yang dikumpulkan

hanyalah data yang diperolehi dalam sela masa yang

ditetapkan.

Langkah keenam : Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS).

Langkah ketujuh : Perbincangan dibuat ke atas dapatan kajian.

Page 47: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

29

3.6 Analisa Data

Analisa terhadap data dijalankan dengan menggunakan analisa deskriptif iaitu

melihat kepada peratusan dan kekerapan bagi mendapatkan kepastian tentang

pandangan majikan terhadap kekuatan program yang dikaji. Analisa data adalah

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).

3.7 Penutup

Bab ini membincangkan metodologi kajian. Ini meliputi reka bentuk kajian,

instrumen kajian, populasi dan persampelan, prosedur kajian dan analisis data yang

teratur dan sistematik. Penentuan terhadap elemen yang dinyatakan di atas dapat

menjamin kualiti kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang jitu.

Page 48: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

30

BAB 4

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

Bab ini memaparkan analisa data kajian. Dapatan kajian daripada seramai 180 orang

responden dapat menerangkan kekuatan dan kelemahan berkaitan program yang

ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian pasaran

adalah merujuk kepada maklum balas dari majikan mengenai program yang

dilaksanakan oleh pihak universiti.

4.2 Analisis Item

Bagi mengenalpasti kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

Matematik (SPM) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik

telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian I diletakkan di bawah skop

kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan organisasi. Bahagian II pula

ialah mengenai peluang kerjaya manakala Bahagian III ialah tentang soalan lain-lain.

Jumlah keseluruhan soalan adalah 22. Analisis dibentangkan dalam bentuk frekuensi

dan peratusan.

4.2.1 Bahagian I : Kandungan Program dan Kesesuaian Dengan Keperluan

Organisasi

Bahagian ini mengandungi 14 item soalan yang berkaitan dengan jenis organisasi,

kandungan program dan kesesuaian program dengan keperluan sesebuah organisasi.

Page 49: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

31

4.2.1.1 Jenis Organisasi

Bahagian ini terdiri dari satu soalan berkaitan jenis organisasi / industri responden.

Jadual 4.1 menunjukkan taburan jenis organisasi seramai 180 responden yang

terlibat dalam kajian ini, 180 (100 peratus) adalah terdiri daripada organisasi /

industri tempatan.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jenis Organisasi / Industri

Item A1

Tempatan Milik Asing

A1 Nyatakan jenis organisasi /

industri anda 180 (100%) 0 (0%)

4.2.1.2 Memenuhi Asas Teori

Jadual 4.2 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap aspek teori.

Kesemua 180 responden menyatakan bahawa asas teori di dalam Program Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM adalah memenuhi

keperluan yang mereka mahukan.

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Jawapan Memenuhi Aspek Teori

Item A2

Memenuhi

sepenuhnya

Memenuhi

sebahagian

Tidak

Memenuhi

Langsung

A2

Adakah program yang

dicadangkan memenuhi

asas-asas teori dalam

bidang berkenaan?

180 (100%) 0 (0%) 0 (0%)

Page 50: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

32

4.2.1.3 Pemakaian Konsep Teori Dalam Keadaan Semasa

Jadual 4.3 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian

pemakaian konsep teori dengan keadaan semasa. Kesemua 180 responden (100

peratus) menyatakan, konsep teori yang diterapkan di dalam program adalah

bersesuaian dengan keadaan semasa.

Jadual 4.3 : Taburan Pandangan Responden Terhadap Kesesuaian Pemakaian

Konsep Teori

Item A3

Ya Tidak

A3 Adakah pemakaian konsep teori

sesuai dengan keadaan semasa? 180 (100%) 0 (0%)

4.2.1.4 Mata Pelajaran

Jadual 4.4 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran yang

menyumbang kepada kekuatan program. Kesemua 180 responden (100 peratus)

menyatakan, mata pelajaran yang ditawarkan adalah menyumbang kepada kekuatan

program.

Jadual 4.4 : Taburan Pandangan Responden Mengenai Kekuatan Mata

Pelajaran Terhadap Program

Item A4

Ya Tidak

A4

Adakah mata pelajaran yang

ditawarkan ini menyumbang

kepada kekuatan program?

180 (100%) 0 (0%)

Page 51: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

33

4.2.1.5 Mata Pelajaran Yang Perlu

Jadual 4.5 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran

keperluan untuk program ini. Kesemua majikan yang menjadi responden dalam

kajian ini sebulat suara menyatakan bahawa program ini meliputi semua mata

pelajaran yang perlu.

Jadual 4.5 Program Meliputi Mata Pelajaran Yang Perlu

Item A5

Ya Tidak

A5

Adakah program yang

dicadangkan ini meliputi semua

mata pelajaran yang difikirkan

perlu?

180 (100%) 0 (0%)

4.2.1.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu

Jadual 4.6 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran yang

dirasakan tidak perlu. Melalui tinjauan atas kemungkinan terdapat mata pelajaran

yang dirasakan tidak perlu, semua responden memilih jawapan tidak ada.

Jadual 4.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu

Item A6 Ya Tidak

A6

Adakah mata pelajaran yang

dicadangkan ini meliputi mata

pelajaran yang difikirkan tidak

perlu?

0 (0%) 180 (100%)

Page 52: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

34

4.2.1.7 Kriteria Teori Asas

Jadual 4.7 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap program dalam

memenuhi kriteria teori asas. 175 responden (97.2 peratus) memilih jawapan

memenuhi keperluan, manakala 5 responden (2.8 peratus) memilih jawapan

memenuhi sebahagian keperluan.

Jadual 4.7 Kriteria Teori Asas

Item A7

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika ada)

A7

Sila nyatakan

program untuk

memenuhi kriteria

berikut : teori asas

175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)

4.2.1.8 Kriteria Konsep Semasa

Jadual 4.8 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria konsep

semasa program ini. Seramai 5 orang responden (2.8 peratus) menganggap program

ini hanya memenuhi sebahagian dari keperluan konsep semasa yang dimahukan

majikan. Manakala selebihnya iaitu 175 orang (97.2 peratus) pula menganggap

program ini telahpun memenuhi keperluan konsep semasa.

Jadual 4.8 Kriteria Konsep Semasa

Item A8

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika ada)

A8

Sila nyatakan

program untuk

memenuhi kriteria

berikut : Konsep

semasa

175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)

Page 53: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

35

4.2.1.9 Kriteria Perundangan / Akta

Jadual 4.9 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria perundangan

/ akta pendidikan. Melalui maklum balas dari reponden, 111 (61.7 peratus)

responden berpendapat program ini memenuhi sepenuhnya keperluan kriteria

perundangan / akta. Manakala 69 (38.3 peratus) lagi menganggap ianya hanya

memenuhi sebahagian keperluan sahaja.

Jadual 4.9 Kriteria Perundangan / Akta

Item A9

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika ada)

A9

Sila nyatakan

program untuk

memenuhi kriteria

berikut :

Perundangan / Akta

Pendidikan

111 (61.7%) 69 (38.3%) 0 (0%) 0 (0%)

4.2.1.10 Kriteria Penggunaan ICT

Jadual 4.10 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria

penggunaan ICT di dalam program. Melalui maklum balas dari reponden, 175 (97.2

peratus) responden berpendapat program ini memenuhi sepenuhnya keperluan

kriteria penggunaan ICT. Manakala 5 (2.8 peratus) lagi menganggap ianya hanya

memenuhi sebahagian keperluan sahaja.

Jadual 4.10 Kriteria Penggunaan ICT

Item A10

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika ada)

A10

Sila nyatakan program

untuk memenuhi kriteria

berikut : Penggunaan

ICT

175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)

Page 54: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

36

4.2.1.11 Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif

Jadual 4.11 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap penggunaan

kaedah kuantitatif. 117 (65 peratus) dari responden menyatakan program ini

memenuhi keperluan kriteria penggunaan kaedah kuantitatif. Manakala 63 (35

peratus) lagi menganggap ianya hanya memenuhi sebahagian keperluan sahaja.

Jadual 4.11 : Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif

Item A11

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika

ada)

A11

Sila nyatakan

program untuk

memenuhi kriteria

berikut :

Penggunaan

kaedah kuantitatif

117 (65%) 63 (35%) 0 (0%) 0 (0%)

4.2.1.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja

Jadual 4.12 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap hubungkait

dengan pasaran kerja. 175 (97.2 peratus) reponden menyatakan program ini

memenuhi sepenuhnya kriteria hubungkait dengan pasaran kerja. Manakala 5 (2.8

peratus) responden menyatakan program ini hanya memenuhi sebahagian kriteria

hubungkait dengan pasaran kerja sahaja.

Jadual 4.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja

Item A12

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika ada)

A10

Sila nyatakan program

untuk memenuhi kriteria

berikut : Hubungkait

dengan pasaran kerja

175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)

Page 55: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

37

4.2.1.13 Jangkamasa Pengajian

Jadual 4.13 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian

jangkamasa pengajian. Dilihat di sini kesemua majikan sependapat dengan

menyatakan jangkamasa pengajian untuk program adalah mencukupi. Seramai 180

(100 peratus) responden memilih jawapan yang sama.

Jadual 4.13 Jangkamasa Pengajian

Item A13

Ya Tidak

A13

Adakah anda berpendapat

program yang dicadangkan ini

mencukupi dari segi:

jangkamasa pengajian

180 (100%) 0 (0%)

4.2.1.14 Tempoh Latihan Praktikal

Jadual 4.14 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian tempoh

latihan praktikal. Kesemua responden memilih untuk mengatakan tempoh latihan

praktikal bagi program ini adalah bersesuaian.

Jadual 4.14 Tempoh Latihan Praktikal

Item A14

Ya Tidak

A6

Adakah anda berpendapat

program yang dicadangkan ini

mencukupi dari segi: tempoh

latihan praktikal

180 (100%) 0 (0%)

Page 56: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

38

4.2.2 Bahagian II : Peluang Kerjaya

Bahagian kedua dalam soal selidik ini, merangkumi soalan yang menjurus kepada

persoalan tentang peluang kerjaya para graduan dari program ini dari kaca mata

majikan.

4.2.2.1 Kesesuaian Bidang Pekerjaan

Jadual 4.15 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian bidang

pekerjaan graduan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

UTM. Analisis menunjukkan graduan dari bidang ini sesuai di ambil bekerja dalam

bidang Matematik sahaja, dengan 180 (100 peratus) responden memilih bidang

Matematik sahaja.

Jadual 4.15 Kesesuaian Bidang Pekerjaan

Item B15

Matematik Kimia Fizik Lain-lain

B15

Adakah graduan

program ini sesuai

bekerja di organisasi

anda? Jika ya, sila

nyatakan dalam

bidang apa?

180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

4.2.2.2 Kesesuaian Jawatan

Jadual 4.16 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian

jawatan bagi graduan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik) UTM. Dari maklum balas tinjauan yang dilakukan, 176 (96.7 peratus)

responden memilih jawatan Guru Siswazah sebagai jawatan yang sesuai untuk para

Page 57: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

39

graduan keluaran program ini manakala selebihnya pula 6 (3.3 peratus) merasakan

graduan dari program ini lebih sesuai diberi jawatan sebagai Pensyarah.

Jadual 4.16 Kesesuaian Jawatan

Item B16

Guru

Siswazah

Pegawai

Pelajaran

Daerah

Pegawai

Kegiatan

Guru

Pensyarah

B16

Apakah jawatan

yang sesuai di

organisasi anda

bagi graduan

program ini?

174 (96.7%) 0 (0%) 0 (0%) 6 (3.3%)

4.2.2.3 Jumlah Jawatan

Jadual 4.17 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap jumlah

kekosongan jawatan yang sesuai diisi oleh graduan program kajian. Jumlah

kekosongan jawatan di dalam organisasi / industri majikan bagi graduan dari

program ini adalah dari satu hingga tiga kekosongan sahaja. Ini kerana kesemua

responden 180 (100 peratus) memilih jawapan kekosongan jawatan yang sesuai diisi

pada kumpulan 1-3.

Jadual 4.17 Jumlah Jawatan

Item B17

1-3 Jawatan 4-6 Jawatan 7-9 Jawatan Lain-lain

B17

Berapakah banyak

(jumlah) jawatan

yang sesuai diisi

dalam organisasi anda

oleh graduan program

ini?

180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

Page 58: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

40

4.2.2.4 Jumlah Pendapatan

Jadual 4.18 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap jumlah pendapatan

yang dicadangkan oleh majikan untuk graduan program kajian. Jumlah pendapatan

di sini adalah merujuk kepada jumlah gaji permulaan yang akan dibayar kepada

graduan baru lulusan program ini jika diambil bekerja. Kesemua responden 180 (100

peratus) menyatakan jumlah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan

program ini ialah antara RM 1,500 hingga RM 2,000.

Jadual 4.18 Jumlah Pendapatan

Item B18

< RM

1,000

RM 1k –

1.5k

RM 1.5 –

2k

RM 2k –

2.5k

Lain-

lain

B18

Apakah

pendapatan

(income) yang

sesuai ditawarkan

kepada graduan

ini?

0 (0%) 0 (0%) 180

(100%) 0 (0%) 0 (0%)

4.2.2.5 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran

Jadual 4.19 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian

program ini untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi. Analisis menunjukkan

kesemua responden beranggapan graduan dari program ini sesuai untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadual 4.19 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran

Item B19 Ya Tidak

B19

Adakah program ini sesuai

untuk dilanjutkan ke peringkat

yang lebih tinggi?

180 (100%) 0 (0%)

Page 59: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

41

4.2.3 Bahagian III : Lain-lain

Dalam bahagian ketiga soal selidik ini, hanya dua soalan diutarakan iaitu tentang

penaja pengajar dan kesimpulan pandangan majikan tentang kebolehan program

dalam menghasilkan graduan yang diingini.

4.2.3.1 Penaja Pelajar

Jadual 4.20 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap penaja kepada

program kajian. Analisis menunjukkan 144 (80 peratus) menyatakan bahawa

organisasi responden mempunyai penaja pelajar dalam bidang berkaitan manakala 20

peratus lagi menyatakan tidak ada.

Jadual 4.20 Penaja Pelajar

Item C20

Ya Tidak

C20

Adakah organisasi anda menaja

pelajar dalam bidang ini?

144 (80%) 36 (20%)

4.2.3.2 Galakkan Mengikuti Program

Jadual 4.21 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap galakkan daripada

majikan kepada kakitangan untuk mengikuti bidang ini. Kesemua 180 responden

(100 peratus) menyatakan bahawa mereka menggalakkan kakitangan mereka

mengikuti program ini.

Page 60: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

42

Jadual 4.21 Galakkan Mengikuti Program

Item C21

Ya Tidak

C21

Adakah anda akan

menggalakkan kakitangan anda

untuk mengikuti program ini?

180 (100%) 0 (0%)

4.2.3.3 Kesesuaian Program

Jadual 4.22 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian

program dalam menghasilkan graduan yang diingini. Analisis menunjukkan semua

responden menyatakan bahawa program ini bersesuaian dan dapat menghasilkan

graduan yang mereka ingini.

Jadual 4.22 Kesesuaian Program

Item C22

Ya Tidak

C22

Pada pendapat anda, adakah

program ini dapat menghasilkan

graduan yang diingini?

180 (100%) 0 (0%)

Page 61: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

43

4.3 Pecahan Analisis Berdasarkan Objektif Kajian

Hasil analisis yang berikut dikelompokkan mengikut objektif yang ingin diperolehi

dalam kajian ini. Analisis dikelompokkan semula agar bentuk jawapan dari

responden dapat dilihat dari aspek menyempurnakan objektif yang telah ditetapkan.

4.3.1 Objektif Pertama

Jadual 4.23 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut

objektif kajian pertama. Berdasarkan objektif pertama iaitu mengenalpasti kesesuaian

pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan, rujukan dilakukan

berdasarkan dapatan dari item soal selidik yang berikut:-

Jadual 4.23 Dapatan Mengikut Objektif Pertama

Item A2

Memenuhi

sepenuhnya

Memenuhi

sebahagian

Tidak

Memenuhi

Langsung

A2

Adakah program yang

dicadangkan memenuhi

asas-asas teori dalam

bidang berkenaan?

180 (100%) 0 (0%) 0 (0%)

Item A3

Ya Tidak

A3

Adakah pemakaian

konsep teori sesuai

dengan keadaan

semasa?

180 (100%) 0 (0%)

Item A4

Ya Tidak

A4

Adakah mata pelajaran

yang ditawarkan ini

menyumbang kepada

kekuatan program?

180 (100%) 0 (0%)

Page 62: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

44

Item A5

Ya

Tidak

A5

Adakah program yang

dicadangkan ini

meliputi semua mata

pelajaran yang

difikirkan perlu?

180 (100%) 0 (0%)

Item A6

Ya Tidak

A6

Adakah mata pelajaran

yang dicadangkan ini

meliputi mata pelajaran

yang difikirkan tidak

perlu?

0 (0%) 180 (100%)

Item A7

Memenuhi

keperluan

Memenuhi

sebahagian

keperluan

Gagal

sebahagian

keperluan

Ulasan

(jika ada)

A7

Sila nyatakan

program untuk

memenuhi kriteria

berikut : teori asas

175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)

Dari analisis item A1 hingga A7, secara keseluruhanya majikan yang

merupakan responden dalam kajian ini berpendapat bahawa konsep teori yang

ditawarkan dalam program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

anjuran UTM adalah bersesuaian.

4.3.2 Objektif Kedua

Jadual 4.24 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut

objektif kajian yang kedua. Objektif kajian yang kedua iaitu mendapatkan maklum

balas mengenai kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal

pula adalah berdasarkan analisis item yang berikut:-

Page 63: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

45

Jadual 4.24 Dapatan Mengikut Objektif Kedua

Item A13

Ya Tidak

A13

Adakah anda berpendapat

program yang dicadangkan ini

mencukupi dari segi:

jangkamasa pengajian

180 (100%) 0 (0%)

Item A14 Ya Tidak

A14

Adakah anda berpendapat

program yang dicadangkan ini

mencukupi dari segi: tempoh

latihan praktikal

180 (100%) 0 (0%)

Analisis item A13 dan A14 menunjukkan bahawa satu jawapan yang mutlak

diperolehi iaitu 100 peratus responden menjawab bahawa program yang dijalankan

oleh UTM ini adalah menggunakan masa pengajian dan tempoh latihan praktikal

yang bersesuaian sekali.

4.3.3 Objektif Ketiga

Jadual 4.25 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan kajian

mengikut objektif ketiga. Bagi mendapatkan objektif kajian ketiga analisis item B15

hingga B18 digunakan. Objektif kajian ketiga adalah mendapatkan gambaran tentang

peluang kerjaya graduan dari program yang ditawarkan.

Jadual 4.25 Dapatan Mengikut Objektif Ketiga

Item B15

Matematik Kimia Fizik Lain-lain

B15

Adakah graduan

program ini sesuai

bekerja di organisasi

anda? Jika ya, sila

nyatakan dalam

bidang apa?

180

(100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

Page 64: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

46

Item B16

Guru

Siswazah

Pegawai

Pelajaran

Daerah

Pegawai

Kegiatan

Guru

Pensyarah

B16

Apakah jawatan yang

sesuai di organisasi

anda bagi graduan

program ini?

174

(96.7%) 0 (0%) 0 (0%) 6 (3.3%)

Item B17

1-3

Jawatan 4-6 Jawatan

7-9

Jawatan Lain-lain

B17

Berapakah banyak

(jumlah) jawatan

yang sesuai diisi

dalam organisasi anda

oleh graduan program

ini?

180

(100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

Item B18

< RM

1,000

RM

1k –

1.5k

RM 1.5

– 2k

RM 2k –

2.5k Lain-lain

B18

Apakah pendapatan

(income) yang sesuai

ditawarkan kepada

graduan ini?

0 (0%) 0

(0%)

180

(100%) 0 (0%) 0 (0%)

Dari analisis item B15-B18, satu gambaran yang jelas dapat dinyatakan di

sini bahawa kesemua majikan bersetuju bahawa graduan dari program ini hanya

sesuai bekerja dalam bidang Matematik (Item B15) dengan tawaran pendapatan

antara RM 1,500 – RM 2,000 (Item B18) sebagai permulaan. Kesemua responden

juga menyatakan terdapat 1-3 jawatan yang sesuai diisi oleh graduan dari program

ini (Item B17). 96.7% responden menyatakan graduan dari program ini sesuai

menyandang jawatan Guru Siswazah manakala selebihnya menyatakan graduan

program ini sesuai menyandang jawatan sebagai Pensyarah (Item B16).

4.3.4 Objektif Keempat

Jadual 4.26 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut

objektif kajian yang keempat. Mengenalpasti kesediaan penaja dalam membiayai

Page 65: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

47

kakitanganya bagi menyambung pengajian dalam bidang ini merupakan objektif

kajian yang keempat. Bagi mencapai objektif keempat ini, item B19 dan C20

dianalisis.

Jadual 4.26 Dapatan Mengikut Objektif Keempat

Item B19 Ya Tidak

B19

Adakah program ini sesuai

untuk dilanjutkan ke peringkat

yang lebih tinggi?

180 (100%) 0 (0%)

Item C20 Ya Tidak

C20 Adakah organisasi anda

mempunyai penaja pelajar

dalam bidang ini?

144 (80%)

36 (20%)

Dari analisis item di atas, kesemua responden menyatakan bahawa program

ini sesuai dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi (Item B19). Walau

bagaimanapun hanya 80% responden menyatakan bahawa mereka mempunyai

penaja bagi tujuan pengajian dalam program ini (Item C20).

4.3.5 Objektif Kelima

Jadual 4.27 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan kajian

mengikut objektif kajian yang kelima. Bagi tujuan mencapai objektif kelima, iaitu

mengenalpasti kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang memenuhi

kehendak pasaran, analisis C21 dan C22 digunakan.

Jadual 4.27 Dapatan Mengikut Objektif Kelima

Item C21

Ya Tidak

C21

Adakah anda akan menggalakkan

kakitangan anda untuk mengikuti program

ini?

180 (100%) 0 (0%)

Item C22 Ya Tidak

C22 Pada pendapat anda, adakah program ini

dapat menghasilkan graduan yang diingini?

180 (100%) 0 (0%)

Page 66: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

48

Dari analisis C21 dan C22, didapati program ini adalah sangat memenuhi

kehendak pasaran. Ini kerana kesemua responden bukan sahaja menganggap program

ini telah berjaya menghasilkan graduan yang mereka ingini, malah para majikan

sebagai responden kajian ini juga turut menggalakkan kakitanganya untuk mengikuti

program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM ini.

4.4 Penutup

Bab ini menjelaskan tentang analisis data yang diperolehi daripada 180 responden

kajian. Data demografi yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif iaitu

menggunakan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia adalah satu program yang dianggap baik oleh para

majikan. Pengujian ke atas lima kriteria pemilihan objektif mendapati hampir semua

responden memberikan jawapan yang seragam. Perbincangan, rumusan, cadangan

dan saranan untuk kajian lanjutan yang berkaitan dengan dapatan akan dijelaskan

dalam Bab 5.

Page 67: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

49

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merumuskan dapatan kajian yang dilakukan berdasakan persoalan dan

objektif kajian. Bab ini seterusnya menunjukkan perbincangan persepsi responden

(majikan) terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik) yang dikendalikan Fakulti Pendidikan UTM. Penilaian dilakukan

menggunakan satu set soal selidik yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian

Qualifications Agency).

5.2 Rumusan Kajian

Tujuan kajian ini adalah melihat penilaian yang diberikan oleh majikan terhadap

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) yang

dikendalikan Fakulti Pendidikan UTM. Penilaian yang diberikan oleh pihak majikan

adalah penting kepada semua pihak kerana melalui tinjauan seperti ini, kekuatan dan

kelemahan dalam penghasilan graduan yang memenuhi pasaran pekerjaan dapat

dikenalpasti. Responden yang terlibat terdiri daripada 180 majikan yang mempunyai

atau mahukan pekerja dari lulusan program ini. Responden terdiri dari tiga negeri di

selatan tanahair iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Dari tinjauan yang

dilakukan, secara keseluruhanya majikan memberikan maklum balas yang sangat

positif terhadap pengisian dan cara program ini dijalankan. Rumusan dari kajian ini

dapat ditunjukkan seperti berikut :

1. Pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan adalah bersesuaian

dengan kehendak majikan.

2. Kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal adalah

menepati kehendak semasa majikan.

Page 68: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

50

3. Dari respon majikan, graduan dari program ini sesuai bekerja sebagai guru /

pensyarah Matematik dengan pendapatan RM 1,500 – RM 2,000. Serta

terdapat 1-3 jawatan itu di organisasi mereka.

4. Kesemua majikan menyatakan program ini sesuai untuk dilanjutkan ke

peringkat yang lebih tinggi. Namun kesediaan dalam penajaan hanya meliputi

80% sahaja.

5. Program ini sangat digalakkan oleh majikan untuk diikuti oleh kaktitanganya

dan penilaian dari majikan mendapati program ini berjaya menghasilkan

graduan yang diingini.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini akan memaparkan perbincangan dari dapatan kajian berdasarkan

objektif dan persoalan kajian.

5.3.1 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Pengisian Konsep Teori

Dalam Program Yang Ditawarkan

Dari kajian yang dilakukan ini, didapati majikan sebagai responden sangat berpuas

hati dengan pengisian konsep teori yang diterapkan di dalam program. Dengan

bacaan 100 peratus bersetuju dicatatkan pada persoalan sama ada program memenuhi

pengisian konsep asas teori dan kesesuaiannya dengan keadaan semasa. Maka pihak

UTM seharusnya berbangga dengan kejayaan pihak universiti dalam menganjurkan

program yang dapat memenuhi kehendak majikan pada aspek pengisian teori. Malah,

semua responden juga menganggap semua mata pelajaran yang ditawarkan juga

adalah bersesuaian dan tidak ada satu pun mata pelajaran yang diajar dalam program

ini dianggap tidak perlu.

Pengisian konsep teori merupakan antara perkara asas yang perlu dilihat

dalam pembangunan sesuatu program akademik. Kepincangan atau kelemahan dalam

penyediaan konsep teori asas yang baik, boleh menyebabkan graduan yang

dilahirkan bukan sahaja kekurangan dari segi aspek teori, malah boleh menyebabkan

Page 69: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

51

peluang pekerjaan mereka terjejas. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Institut

Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun 2003 tentang masalah

pengangguran dalam kalangan siswazah, didapati antara punca siswazah menganggur

adalah kerana banyak kemahiran yang diperolehi selepas tamat pengajian di IPT

adalah tidak selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja.

5.3.2 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Jangka Masa Pengajian Dan

Tempoh Masa Latihan Praktikal.

Dapatan kajian mendapati kesemua responden (100 peratus) bersetuju dengan

tempoh masa pegajian (program dijalankan) dan juga dengan tempoh masa latihan

praktikal yang perlu dilalui pelajar. Tempoh masa pengajian yang bersesuaian

dengan pengisian program akan dapat memastikan proses pembelajaran yang dilalui

oleh pelajar adalah mencukupi bagi mereka untuk mahir dalam setiap subjek.

Menurut Noor Azlan dan Norhayati (2010) menyatakan penguasaan pelajar terhadap

topik-topik yang diajar juga menjadi punca kejayaan pelajar semasa menjalani

latihan mengajar.

Tempoh masa pengajian yang pendek boleh menyebabkan graduan yang

dihasilkan dari sesuatu program kekurangan dari aspek kecemerlangan, pengalaman

dan kematangan. Dalam kajian tentang masalah pengangguran siswazah yang

dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun

2003, tiga isu mengenai tempoh pengajian dan tempoh latihan praktikal

dibangkitkan. Antara isu tersebut ialah, pemendekkan tempoh pengajian dari 4 tahun

kepada 3 tahun akan menyebabkan universiti tidak memberikan tumpuan kepada

latihan praktik, latihan ilmiah dan kokurikulum.

Latihan praktikal adalah salah satu syarat wajib bagi Program Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Matematik) bagi memenuhi syarat penganugerahan ijazah.

Tujuan latihan praktikal adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan

yang sebenar, mempertingkatkan pengetahuan pelajar mengenai fungsi organisasi

dan memberi peluang kepada mereka melaksanakan pekerjaan sebenar dalam

suasana yang lebih mencabar. Nina Katajavuori, Sari Lindblom-Ylänne dan Jouni

Page 70: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

52

Hirvonen (2006), menyatakan bahawa latihan praktikal dapat meningkatkan

kefahaman pelajar tentang aspek teori yang dipelajari dan meningkatkan lagi

motivasi mereka untuk belajar.

5.3.3 Pandangan Majikan Terhadap Peluang Kerjaya Graduan Dari Program

Yang Ditawarkan

Dari kajian ini, didapati kesemua responden (100 peratus) berpendapat bahawa

graduan dari program ini sesuai untuk diambil bekerja di dalam bidang Matematik di

organisasi mereka. Ini disebabkan oleh kerana program ini menjuruskan kepada

bidang pendidikan Matematik sahaja. Dari segi jawatan yang sesuai disandang pula,

didapati 96.7 peratus responden berpendapat bahawa graduan dari program ini sesuai

untuk bekerja dalam sebagai guru siswazah. Manakala selebihnya pula berpendapat

mereka ini sesuai untuk bekerja sebagai pensyarah. Jawatan sebagai guru siswazah

dilihat lebih berseuaian sebagai bidang pekerjaan graduan dari program ini kerana

pertama, kekosongan guru siswazah dalam bidang ini paling sesuai diisi oleh

graduan dari program ini. Kemungkinan yang kedua pula ialah sebilangan graduan

yang mengikuti program ini adalah pelajar tajaan Kementerian pelajaran yang mana

mereka ini terikat untuk mengajar di sekolah selepas tamat pengajian mereka.

Kesemua responden juga berpendapat graduan dari program ini sesuai

ditawarkan pendapatan permulaan dari kumpulan pendapatan RM 1,501 hingga RM

2,000. Jumlah tawaran pendapatan ini terletak dalam kumpulan tersebut kerana ianya

dilihat sinonim dengan gaji pokok yang diterima oleh seorang guru baru yang

diambil bertugas.

5.3.4 Pandangan Responden Terhadap Kesediaan Penajaan Bagi Membiayai

Kakitanganya Mengikuti Pengajian Program.

Walaupun terdapat 20 peratus responden yang tidak menyediakan penajaan bagi

graduanya mengikuti program ini, namun jumlah tersebut dilihat kecil jika

dibandingkan dengan jumlah yang menyediakan penajaan. Dengan keadaan ekonomi

Page 71: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

53

semasa yang tidak menentu, kesediaan penajaan dari kalangan 80 peratus dari

kalangan majikan dilihat sebagai satu angka yang besar. Dari segi refleksinya,

ternyata keperluan dari pihak organisasi bagi memilikki kakitangan yang memilikki

ijazah dalam bidang ini adalah tinggi.

Pengetahuan yang dimilikki selepas menamatkan pengajian di peringkat

ijazah adalah dilihat penting bagi para majikan bagi memastikan organisasi mereka

dapat terus bersaing antara satu sama lain. Persaingan yang sihat ini akan dapat

memastikan bahawa output yang dikeluarkan oleh organisasi masing-masing akan

berada pada tahap kualiti yang tertinggi. Tidak mustahil satu masa kelak, para

majikan berlumba-lumba menyediakan penajaan bagi kakitanganya untuk

menyambung pengajian di peringkat sarjana pula kerana mungkin pada waktu

tersebut keperluan terhadap kakitangan yang mempunyai sarjana adalah mendesak.

5.3.5 Persepsi Majikan Tentang Kesesuaian Program Dalam Menghasilkan

Graduan Yang Memenuhi Kehendak Pasaran

Dari kajian ini, didapati semua majikan yang menjadi responden berpendapat bahawa

program ini telah berjaya melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

Malah jika dilihat pada aspek penilaian C21, para majikan menggalakkan

kakitanganya untuk mengikuti program ini. Ini adalah satu bukti yang jelas bahawa

program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM adalah

satu program yang berjaya bukan sahaja dari segi pengisianya tetapi dalam

memenuhi pasaran kerja yang ada di negara kita.

5.4 Implikasi Kajian

Dapatan dari kajian ini menyumbangkan satu persepsi yang jelas dari kalangan

majikan tentang penilaian mereka terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Matematik) keluaran UTM. Pandangan dari majikan adalah sangat

penting bagi memastikan program yang dijalankan ini senantiasa berdaya saing dan

memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa. Dari kajian ini, pihak fakulti dapat

Page 72: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

54

membuat refleksi terhadap kekuatan program mereka dan sejauh manakah pula

sambutanya dari pihak majikan yang bakal menerima graduan kelahiran program

mereka.

Bagi pihak majikan, kajian seperti ini merupakan antara platform kepada

mereka dalam melahirkan pandangan dan pendapat mengenai program akademik

yang dijalankan di UTM. Kerjasama antara majikan dan universiti yang baik akan

dapat memastikan usaha penambahbaikan program dapat diteruskan. Naib Canselor

UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang dalam ucapannya semasa menyempurnakan

majlis penganugerahan ijazah / diploma program kerjasama UTM pada 2008 ada

menyatakan bahawa pihak universiti akan terus komited untuk meningkatkan kualiti

program-program yang ditawarkan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan. UTM juga akan sentiasa mengemaskini keperluan pihak Kementerian

Pengajian Tinggi, industri malah dalam memenuhi keperluan melahirkan modal

insan dengan minda kelas pertama.

Bagi pelajar yang sedang atau bakal mengikuti program ini, kajian ini

sebenarnya mencerminkan keupayaan yang bakal mereka perolehi apabila

menamatkan pengajian kelak. Kesedaran tentang sambutan dari pihak majikan

terhadap mereka boleh memberikan mereka motivasi untuk memperbaiki mana-mana

kelemahan diri sendiri dalam mengikuti program yang sedia ada ini. Oleh kerana di

dalam kajian ini, didapati program ini dinilai dengan sangat positif oleh pihak

majikan, maka sudah tentu ini akan memberikan satu cabaran baru kepada bakal

graduan untuk memastikan semua yang diajarkan dapat dihayati dan diamalkan

sebaik mungkin.

5.5 Cadangan

Beberapa cadangan dapat diutarakan disini:

1) Majikan diberikan peluang untuk membuat lawatan dan pemerhatian ke atas

perjalanan program bagi mendapatkan gambaran sebenar perjalanan program.

Page 73: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

55

2) Penilaian semula ke atas pendapatan yang ditawarkan oleh majikan kepada

graduan yang diambil bekerja dalam organisasi mereka perlu dibuat. Ini

kerana dikhuatiri berlakunya kekeliruan antara maksud pendapatan dengan

gaji pokok. Jika sesuatu program mendapat pengiktirafan majikan, sepatutnya

pendapatan yang ditawarkan adalah lebih baik.

3) Mendedahkan kehendak pasaran dan majikan kepada bakal graduan dan

pensyarah agar mereka dapat membuat penambahbaikan dalam pembelajaran

dan pengajaran seharian.

4) Memberikan pendedahan yang lebih mendalam dan berterusan kepada bakal

majikan tentang sejarah, perjalanan dan objektif program agar setiap

perubahan yang berlaku semasa proses penambahbaikan program adalah

dalam pengetahuan bakal majikan.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Cadangan untuk kajian lanjutan adalah seperti berikut:

1. Kajian perbandingan antara program yang sama dari universiti yang berbeza

dilakukan. Hasil kajian ini akan dapat mencerminkan kekuatan antara

universiti yang menganjurkan program yang sama. Kelemahan dan kekuatan

dari pelbagai universiti akan dapat dikesan dan seterusnya penambahbaikan

dapat dilakukan.

2. Kajian terhadap kebolehan graduan lepasan program ini yang telah bertugas

dari penilaian para pelajar mereka di sekolah / kolej boleh dijalankan. Kajian

seperti ini akan dapat memberikan gambaran kejayaan program dalam

memupukkan aspek teori dan kesesuaian latihan praktikal yang telah mereka

jalani.

Page 74: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

56

3. Kajian tentang program ini dilakukan serentak dengan beberapa program lain

yang juga dianjurkan oleh UTM. Maka dengan ini, perbandingan terhadap

persepsi majikan dapat dikesan. Pihak fakulti / universiti juga seterusnya

dapat mengesan mana-mana programnya yang disukai atau kurang diminati

oleh pihak majikan.

5.7 Kesimpulan

Dari tinjauan pasaran yang dilakukan ke atas majikan ke atas graduan program ini,

didapati maklum balasnya secara keseluruhanya adalah positif dengan semua aspek

yang dikaji menyokong sepenuhnya perjalanan dan pengisian di dalam program ini.

Walaupun demikian, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang dapat

dilakukan oleh pihak universiti. Selain daripada menjalin hubungan dua hala dengan

para majikan dalam menetapkan satu tahap piawai program yang cemerlang, pihak

universiti juga boleh meningkatkan lagi strategi pemasaran mereka agar penajaan

untuk mana-mana individu yang mahu mengikuti program ini menjadi lebih banyak

dan mudah dikeluarkan. Selain dari faktor penajaan, usaha juga boleh dilakukan

demi memperjuangkan pendapatan yang lebih baik bagi graduan yang lahir dari

program ini. Dengan keadaan ekonomi semasa, gaji permulaan di bawah paras RM

2,000 dilihat tidak sepadan dengan apa yang dimilikki oleh graduan ini. Pastinya satu

yang menghairankan di sini apabila satu program yang mendapat sambutan positif

dari majikan dan diiktiraf sebagai bertepatan dengan kehendak semasa pasaran tetapi

tidak pula ditawarkan dengan gaji yang setimpal.

Page 75: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

57

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2008). Pengurus Glokal: Menerjah Pengurusan Global. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd .

Ab. Latip Idris dan Abd Ghani Taib (2003). Keberkesanan Program Pengalaman

Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah

Rendah, MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan. Maktab Perguruan Perempuan

Melayu Melaka.

Abd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Abd. Hamid (2002). Prinsip Pemasaran, Teori Dan Praktis. Kuala

Lumpur: McGraw Hill.

Aniha Mat Soh (2003). Keperluan Kemahiran Generik kepada Industri. Universiti

Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.

Barry R. Chiswick (2003). Jacob Mincer, Experience and the Distribution of

Earnings. University of Illinois : Discussion Paper.

Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala

Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Becker G.S. (1993). Human Capital, Third Edition. Chicago: The Chicago

University Press.

Blundell R. dan Powell J. (2000). Endogeneity in nanoparametric regression

models. Invited Lecture. Econometric Society World Meeting Seattle.

Boone L. E., Kurtz D. E., Mckenzie H. F. and Snow K. (2009). Contemporary

Marketing (2nd

Canadian Ed). US: Nelson Education Ltd.

Bruner, J. (1996). The Culture of Education. Cambridge: Harvard University Press.

Carl McDaniel Jr and Roger Gates (2007). Marketing Research. New Jersey: John

Wiley And Sons, Inc.

Clive Shearer (2006). Everyday excellence: creating a better workplace through

attitude, action, and appreciation. Milwaukee: American Society for Quality.

Farah Zulkifli (2003). Persepsi Majikan Terhadap keperluan Kemahiran Generik di

Kalangan Pekerja Industri Kecil Sektor Pemprosesan Makanan di daerah

Hulu Langat, Selangor. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda

Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Page 76: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

58

Jacob Mincer (1974). Schooling, Experience and Earnings. New York : Columbia

University Press.

Jami’ah Shukri (2009). Lulusan Universiti Perlu Keterampilan Untuk Meraih

Keperluan Pasaran Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian. Berita Harian, 28

Julai 2009.

Janet Fine (2005). Opportunities in Teaching Careers. US: McGraw-Hills Co.

John L. Pulley (2003). Tainted Gift. The Chronicle of Higher Education. 3 Januari

2003.

Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah

Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia :

Tesis Sarjana Muda.

Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) Kajian Kes Pelaburan Pendidikan

Modal Insan Di Kalangan Suku Kaumsama-Bajau Di Kota Kinabalu:

Halatuju Dan Cabaran. Jurnal Kemanusiaan. Fakulti Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia.

Knapp J. C. & Siegel D. J. (2009). The Business Of Higher Education. California:

ABC Clio.

Maimunah Aminuddin (1995). Panduan Pengurusan Personel. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

Mark Tennant, Cathi McMullen & Dan Kaczynski (2009). Teaching, Learning, and

Research in Higher Education. Kentucky: Routledge.

McQuarrie, E. F. (2006). The Market Research Toolbox. (Edisi Kedua). California :

Sage Publications, Inc.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan,

Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman.

Noah H. J. dan Eckstein M. (1988). Dependency Theory in Comparative Education:

Twelve Lessons from the Literature. dalam J. Schriewer ed., Theories and

Methods in Comparative Education: Frankfurt-am-Main: Peter Lang.

Nina Katajavuori, Sari Lindblom-Ylänne dan Jouni Hirvonen (2006). The

significance of practical training in linking theoretical studies with practice.

Helsinki: University Of Helsinki.

Page 77: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

59

Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Norhayati Abdul Rahman (2010). Keberkesanan

Pengajaran Mikro Dalam Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik Fakulti

Pendidikan, UTM Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:

Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Noraini Idris (2006). Teaching And Learning Of Mathematics. Kuala Lumpur:

Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Norzamzila Mustafa (2005). Pengambilan Pekerja Asing Dalam Industri

Pembinaan, Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana.

Paul Christ (2009). Know This: Marketing Basic. Pennsylvania: Know This Media.

Philip Kotler (2003). Marketing Insights From A to Z . New Jersey: John Wiley &

Sons Inc.

Krueger R. A. (1988). Focus groups: A practical guide for applied research (3rd ed.)

California: Sage Publications.

Rahmah Ismail. 1996. Modal Manusia dan Perolehan Buruh. Siri Teks Ekonomi

Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Rozanis Mustafa (2006). Kepentingan Kemahiran Generik di Kalangan Bakal

Pendidik. Kajian Kes: Pelajar Tahun 4,Pendidikan Teknik Vokasional,

Fakulti Pendidikan, UTM.Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi

Malaysia.

Soo Wee Leng, dan Juma’ayah Salleh. 2001. Hubungan Industri dan Pendidikan

Vokasional: Isu dan Strategi. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan

Vokasional. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Sekaran, U. (2003), Research Methods for Business: A Skill Building Approach (4th

Edition). New York: John Wiley & Sons Inc.

Siti Alida John Abdullah dan Halimah @ Nasibah Ahmad (2007), Kewangan Dan

Pelajar IPT. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd .

Sulaiman Masri (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala

Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Sutyastie Soemitro (2002). Kemiskinan dan Ketidakmerataan Di Indonesia (Satu

Analisis Awal). Jakarta : Rineka Cipta.

Page 78: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

60

Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang (2008). Pembangunan Modal Insan Isu Dan

Cabaran. Bangi : Penerbit UKM.Yukl, Gary A. 1981. Leadership in

Organization. New York: Prentice-Hall Inc.

Zulkifly Osman & Ishak Yussof. 2008. Dasar dan Masalah Guna Tenaga di

Malaysia: Pengalaman Khusus Isu Pekerja Asing dan Pengangguran

Siswazah. Jurnal Tepak Manajemen Bisnes, Vol. 1. No. 1: 3-24, UNRI, Riau.

[ISSN 1979-3294]

Page 79: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

61

LAMPIRAN A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

BORANG SOAL SELIDIK TINJAUAN PASARAN PROGRAM SARJANA MUDA SAINS SERTA

PENDIDIKAN (MATEMATIK), FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai

kajian yang saya jalankan. Saya berharap mendapat kerjasama daripada saudara /

saudari sekalian untuk menyertai saya sebagai responden kajian.

Sila berikan jawapan anda dengan ikhlas. Maklumat yang diperolehi diharapkan

dapat membantu memberikan dan mewujudkan satu variasi kepada sistem

pendidikan semasa di Malaysia.

Segala maklumat adalah RAHSIA dan hanya untuk kajian sahaja.

Kesudian saudara / saudari sekalian melibatkan diri dalam kajian ini, saya dahulukan

dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh :

…………………………………..

(ERUAN SHAH BIN AMBAR)

Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentdabiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 80: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

62

KAJIAN PASARAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK)

BAHAGIAN I : KANDUNGAN PROGRAM DAN KESESUAIAN DENGAN

KEPERLUAN ORGANISASI

[Sila tandakan ( / ) di mana sesuai]

A.1) Nyatakan jenis organisasi / industri anda :

I. Organisasi / industri milik tempatan

II. Organisasi / industri milik asing

a. Pengisian Konsep Teori

A.2) Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas-asas teori dalam bidang

berkenaan?

Memenuhi sepenuhnya

Memenuhi sebahagian

Tiada memenuhi langsung

A.3) Adakah pemakaian konsep teori sesuai dalam keadaan semasa?

Ya

Tidak

A.4) Adakah subjek-subjek yang ditawarkan menyumbang kepada kekuatan program?

Ya

Tidak

Page 81: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

63

A.5) Adakah program yang dicadangkan ini meliputi semua mata pelajaran yang

difikirkan perlu?

Ya

Tidak

Jika TIDAK, sila nyatakan subjek yang perlu ditambahkan.

a. ……………………………………………………………………………………….

b. ……………………………………………………………………………………….

A.6) Adakah mata pelajaran yang dicadangkan ini meliputi mata pelajaran yang

difikirkan tidak perlu?

Ya

Tidak

Jika YA, apakah subjek-subjek yang perlu dikeluarkan?

a. ……………………………………………………………………………………….

b. ……………………………………………………………………………………….

Sila nyatakan program ini dapat memenuhi kriteria berikut :

Memenuhi Memenuhi Gagal Ulasan

Keperluan sebahagian Memenuhi (Jika ada)

A7) Teori Asas

A8) Konsep Semasa

A9) Perundangan

A10) Penggunaan ICT

A11) Penggunaan Kaedah

Kuantitatif

A12) Hubungkait Dengan

Pasaran Kerja

Page 82: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

64

Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi:

A13) a. Jangkamasa pengajian Ya

Tidak

Jika tidak, nyatakan jangkamasa pengajian yang sesuai. Sila jelaskan.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

A14) b. Tempoh latihan praktikal Ya

Tidak

Jika tidak, nyatakan tempoh latihan praktikal yang sesuai. Sila jelaskan.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

BAHAGIAN II: PELUANG KERJAYA

B1) Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda?

Jika ya, nyatakan dalam bidang apa?

Contoh i. Matematik

ii. Kimia

iii. Fizik

iv. Lain-lain (sila nyatakan)

1. ________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________

B2) Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini?

Contoh i. Guru Siswazah

ii. Pegawai Pelajaran Daerah

iii. Pegawai Kegiatan Guru

1. ________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________

Page 83: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

65

B3) Berapa banyakkah (jumlah) jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh

graduan program ini?

1 – 3 jawatan

4 – 6 jawatan

7 – 9 jawatan

Lain-lain. Sila nyatakan _____________

B4) Berapakah pendapatan (income) yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini?

Kurang dari RM 1,000

RM 1,001 – 1,500

RM 1,501 – 2,000

RM 2,001 – 2,500

Lain-lain. Sila nyatakan _____________

B5) Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi?

Ya

Tidak

Jika ya, sila nyatakan peringkat-peringkat pengajianya?

Peringkat Ijazah

Peringkat Sarjana

Peringkat Kedoktoran

Page 84: ERUAN SHAH BIN AMBAR - fp.utm.my...amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

66

BAHAGIAN III : LAIN-LAIN

Penaja

C1. Adakah organisasi anda menaja pelajar dalam bidang ini?

Ya

Tidak

C2. Adakah anda akan menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program

ini?

Ya

Tidak

Jika tidak, sila nyatakan alasanya.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Kesesuaian Program

C3. Adakah anda akan menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program

ini?

Ya

Tidak

Jika ya, sila nyatakan alasanya.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Jika tidak, sila nyatakan alasanya.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________