ES

16
Bahagian 1 Perbezaan Sosioekonomi yang dilaksanakan oleh kolonial berbanding dengan yang diamalkan oleh Kerajaan selepas kemerdekaan negara. Bahagian 2 Dasar Pendidikan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru dilihat sebagai strategi berkesan dalam memantapkan perpaduan negara. Pengenalan Sejak dahulu kala lagi Malaysia ataupun dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu terkenal di seluruh rantau disebabkan kepesatan ekonominya. Perkembangan ekonomi Malaysia terkenal semenjak zaman kegemilangan kesultanan Melaka hingga menarik minat kuasa penjajah untuk menaklukinya. Perkembangan ini berterusan sehingga kedatangan penjajah Inggeris. Penglibatan British dalam ekonomi negara hanya untuk kepentingan mereka. Kekayaan dari sumber hutan dan mineral merupakan faktor penarik kuasa-

description

j

Transcript of ES

Page 1: ES

Bahagian 1

Perbezaan Sosioekonomi yang dilaksanakan oleh kolonial berbanding dengan yang diamalkan oleh Kerajaan selepas kemerdekaan negara.

Bahagian 2

Dasar Pendidikan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru dilihat sebagai strategi berkesan dalam memantapkan perpaduan negara.

Pengenalan

Sejak dahulu kala lagi Malaysia ataupun dulunya dikenali sebagai Tanah

Melayu terkenal di seluruh rantau disebabkan kepesatan ekonominya.

Perkembangan ekonomi Malaysia terkenal semenjak zaman kegemilangan

kesultanan Melaka hingga menarik minat kuasa penjajah untuk menaklukinya. 

Perkembangan ini berterusan sehingga kedatangan penjajah Inggeris.

Penglibatan British dalam ekonomi negara hanya untuk kepentingan mereka.

Kekayaan dari sumber hutan dan mineral merupakan faktor penarik kuasa-kuasa

besar untuk memiliki Tanah Melayu pada ketika itu. Kegiatan ekonomi tertumpu

di kawasan yang ada sumber kekayaan terutama di Barat Semenanjung.

Kesannya, negara mewarisi struktur ekonomi dualisme. Dualisme merujuk

kepada ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di ladang-ladang,

lombong-lombong dan perdagangan sementara ekonomi yang bersifat

tradisional bertumpu di luar bandar.

Page 2: ES

Lantas itu, negara Malaysia atau dulunya terkenal dengan Tanah Melayu

juga cukup popular dek dasar pendidikan yang telah diperkenalkan sejak zaman

sebelum merdeka lagi sehingga kini1. Aspek sosial yang berteraskan pendidikan

ini juga menjadi perencah dalam menjana pembangunan ekonomi negara

bertuah ini di peringkat paling tinggi. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh

pihak kerajaan sendiri bermula dengan kedatangan British ke Tanah Melayu,

mereka telah menggubalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu.

Salah satu dasar yang dijalankan pada zaman pemerintahan British

adalah dasar ‘pecah dan perintah’ yang mana kesemua kaum seperti Melayu,

India dan Cina diasingkan bagi sekolah vernakular masing- masing. Justeru,

tempat belajar, silibus dan sukatan yang digunakan dan guru yang mengajar

mereka tiu sendiri adalah datang dari pelbagai tempat. Sebagai contoh, sekolah

vernakular cina yang menjadikan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar,

sukatan pelajaran dan guru diimport dari negara Cina sendiri.

Namun pemerintahan British memberi impak yang negatif terhadap

perpaduan antara kaum di Tanah Melayu. Ini kerana wujudnya jurang perpaduan

yang amat ketara sekali yang disebabkan oleh sistem pemerintahan yang

dijalankan oleh British iaitu dasar pecah dan perintah. Dimana di dalam dasar ini,

setiap kaum ditentukan temat tinggal dan aktiviti ekonominya sendiri..

Contohnya, kaum Melayu tinggal di kawasan pedalaman dengan menjalankan

aktiviti pertanian, kaum cina berada di kawasan bandar dan lombong dengan

menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. Manakala kaum India

berada di ladang sebagai buruh kasar.

Dalam konteks ini, ekonomi dan pendidikan merupakan dua medium yang

signifikan dan juga memainkan peranan yang tersendiri di dalam memupuk

perpaduan di antara kaum. Selepas mencapai kemerdekaan, dapat dilihat

bahawa banyak usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam

membaik pulih kedua-dua sektor ini demi pertumbuhan ekonomi negara

1 Soon Mok Sang. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Cetakan Ketiga. Selangor: Siri Ilmu Pendidikan

Page 3: ES

Malaysia seiring dengan matlamat yang digarispandukan. Dengan adanya

sistem pendidikan yang mantap dan efektif maka secara tidak langsung ekonomi

negara akan membangun secara perlahan-lahan dan mara kehadapan.

Lanataran itu, daam waktu yang sama akan berlakunya interaksi antara kaum

yang seterusnya membawa kepada proses perpaduan kaum.

Konsep Dasar Pendidikan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru

Negara Malaysia pada tahun 13 Mei 1969 telah mengalami satu rusuhan kaum

yang amat dasyat sehingga diisytiharkan darurat sultan yang memerintah pada

waktu itu. Pada ketika itu, Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia

Kedua pada tahun 1970 telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru

(DEB)2.  Peristiwa rusuhan kaum merupakan kejutan sosiopolitik terhadap

kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang

sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya oleh

pemimpin terdahulu.

Oleh sebab itu, kerajaan mengambil strategi yang tepat dengan mengagihkan

kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh

ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB

yang sepatutnya menjadi hak kaum bumiputera. Walaubagaimanapun,

masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dengan

demikian DEB dibentuk bagi membetulkan penstrukturan semula ekonomi dan

sosial negara. Dalam waktu yang sama, Tun Abdul Razak dengan tegas

menyatakan bahawa DEB tidak akan melenyapak hak-hak bukan Melayu, rakyat

mahupun bukan rakyat :

2 Pebyataan dasar ini, bertarikh 18 Mac 1970, dikeluarkan oleh Jabatan Perpaduan Negara sebagai Direktif kepada semua Jabatan dan Agensi Kerajaan, memberi garis panduan asas bagi perumusan Rnacangan Malayia Kedua 1971-1975.

Page 4: ES

Ia (kerajaan) akan bersungguh-sungguh memupuk perpaduan negara dan

membina masyarakat Malaysia yang adil dan progresif dalam ekonomi yang

pesat berkembang supaya tiada siapa pun akan mengalami sebarang kerugian

atau merasai sebarang perasaan dirampas hak keistimewaan, pekerjaan atau

peluangnya.

Dalam pelaksanaan DEB, terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar

ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara

kita3. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu

mengintegrasikan dan memupuk perpaduan masyarakat majmuk Malaysia dan

mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi,

sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Kesimpulannya, kesemua objektif dan matlamat itu boleh dirumuskan seperti

Dasar Ekonomi Baru ini secara eksplisit akan mmembuat perubahan dari segi

pengurangan ketaksamaan ekonomi ras, pewujudan peluang pekerjaan dan

penggalakan pertumbuhan ekonomi menyeluruh dalam membentuk satu

perpaduan yang utuh lagi kukuh dalamkalangan rakyat masyarakat Malaysia

khususnya.

Dasar Pendidikan Nasional

Meniti kekangan demi kekangan dan masalah demi masalah yang dihadapi oleh

pihak kerajaan dalam bertahun-tahun menuju kemerdekaan telah timbul rasa

kesedaran dalam kalangan pemimpin bagi pentadbirannya dan rakyat Malysia

bagi diri mereka sendiri tentang betapa pentingnya mewujudkan satu sistem

3 Dasar-dasar Malaysia yang digubal oleh Kementerian Malaysia.

Page 5: ES

pendidikan kebangsaan mahupun nasional unutk mengambil alih sistem

pendidikan penjajah ketika zaman pemerintahan British dahulu.

Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan

melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 19574.

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang

menghasilkan Laporan Rahman Talib5. Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan

dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah

ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan

tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan

satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan

tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan

Jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979. 

Secara konseptualnya, objektif sebenar dasar pendidikan ini digubalkan adalah

untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi

keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,

ekonomi, dan politiknya6. Selain itu, objektif yang berlandaskan Kementerian

Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan

Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-

kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga bagi keperluan

ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperincikan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet

ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Hal ini demikian mencerminkan

hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga

rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat

yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Sehubungan dengan itu,

4 Soon Mok Sang. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Cetakan Ketiga. Selangor: Siri Ilmu Pendidikan5 Usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bidang pendidikan sejak merdeka. (2009, Oktober 23). Dimuat turun pada 10 Ogos 2014 daripada http://zeeta-scorpio.blogspot.com/2009/10/usaha-usaha-yang-telah-diambil-oleh.html6 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar-dasar Pendidikan Malaysia. Cetakan Pertama. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Page 6: ES

Jawatankuasa Kabinet itu pada akhirnya membuat syor-syor perubahan dari

pelbagai aspek demi memudahkan kesmua pihak dalam sektor pendidikan ketika

itu dan generasi seterusnya7.

Tuntasnya, Dasar Pendidikan Nasional sememangnya dapat menampung

keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Berikutan itu,

sejajar dengan hasrat negara Malaysia untuk menggapai sebuah negara yang

berprestij di amat dunia, justeru rakyat juga perlulah mengerah tenaga seiring

dengan pihak kerajaan dengan menceburi bidang pendidikan dalam pelbagai

bidang agar negara Malaysia standing dengan negara-negara maju yang lain

ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka.

Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari

segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat

menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang

keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk

mencari kerja. Hal ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang

menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Strategi

Dasar Pendidikan Nasional

Meniti Dasar Pendididkan Nasional yang digubal oleh Kementerian Pendidikan

(Pelajaran) Malaysia, melihatkan kepada Penyata Razak, pada ketika itu,

Menteri Pelajaran iaitu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan

Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem

pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Penyata ini

menekankan kepada semua rakyat Malaysia tentang perpaduan kaum yang

berbilang bangsa dan penghasilan tenaga kerja bagi pertumbuhan ekonomi ni

negara ini.

7 Soon Mok Sang. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Cetakan Ketiga. Selangor: Siri Ilmu Pendidikan

Page 7: ES

Secara amnya, Penyata Razak ini memberi garis panduan tentang dasar

pelajaran yang dicadangkan dan diterbitkan pada bulan April 1956. Cadangan-

cadangan dalam penyata tersebut telah disisipkan dalam Ordinan Pelajaran

1957. Justeru, antara cadangannya ialah melaksanakan dua jenis sekolah

rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan (SRJK). SRK menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dengan Bahasa Inggeris wajib dipelajari. Manakala, SRJK pula

menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dengan

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib dipelajari.

Ironinya, rumusan daripada ini adalah berkaitan rapat dengan Bahasa Melayu

dijadikan bahasa pengantar bagi setiap sekolah serta kepentingan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan itu untuk perpaduan jelas

dinyatakan8. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan

kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di

semua peringkat sekolah. Justeru, melalui penggunaan bahasa kebangsaan

inilah merupakan modus operandi yang paling signifikan bagi memebentuk serta

menyatupadukan kelompok masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum

dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Selain itu,

dengan wujudnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di negara Malaysia,

kebarangkalian perpaduan yang erat lagi utuh dapat dicantumkan rapat-rapat

tanpa ada permusuhan dalam kalangan rakyat bumi bertuah ini.

Lantaran itu, prakarsa-prakarsa yang dilaksanakan oleh kepimpinan kerajaan

dalam menyatupadukan juga melibatkan penyeragaman dalam peperiksaan-

peperiksaan besar seperti yang dinyatakan dalam penyata ini juga mengadakan

peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan bagi

tingkatan tiga dan tingkatan lima yang akan diambil oleh semua murid sekolah

menengah yang sekarang lebih dikenali sebagai Penilaian Tingkatan Tiga dan

8 Kementerian Penerangan Malaysia. (2012). Dasar-dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan

Page 8: ES

Sijil Pelajaran Malaysia 9. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan

yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa

berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar

berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Apabila sahaja kita lihat negara Malaysia pada hari ini, segala dasar yang diJika

kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini

menampakkan hasilnya yang hebat. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan

menjadi wadah dan wacana dalam membentuk perpaduan kaum. Belajar dan

kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna agar dapat meningkatkan

kualiti hidup kita meskipun dalam apa jua aspek pun. Kita sepatutnya

mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan

sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan

kekuatan pembacaannya.

Penyaa Razak ini bertujuan ingin menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Di samping

itu, menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua

sekolah di Malaysia. Kegiatan kokurikulum dilaksanakan untuk memwujudkan

satu suasana yang mengumpulkan anak-anak muda seluruh bangsa iaitu Cina,

India dan Melayu.

Seterusnya, mahu mengeratkan dan merapatkan hubungan atau perpaduan

antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun atau bumbung bangsa

di Tanah Melayu. Selain itu, untuk menjadikan sistem pendidikan satu medan

yang mana untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah

Melayu. Di samping itu, kemudahan pendidikan yang mencukupi disediakan

untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Hal

ini dapat membentuk masyarakat yang berfikiran jauh yang boleh membawa

perpaduan kaum

9 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar-dasar Pendidikan Malaysia. Cetakan Pertama. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Page 9: ES

Mutakhir ini, Dasar Pendidikan Nasional di Malaysia telah melakarkan pelbagai

corak dan inovasi bagi memampankan lagi perpaduan kaum dalam kalangan

rakyat Malaysia. Malah sukatan kurikulum yang sama juga merupakan satu

penanda arasan bagi menyemarakkan lagi warna warni perpaduan di Malaysia.

Justeru, meniti ungkapan dari sudut pendidikan, kurikulum yang sejajar dalam

kesemua tahap dan jenis institusi juga merupakan suatu medium yang penting.

Untuk pengetahuan umum, kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang

terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan

norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan

masyarakat. Ianya berfungsi untuk membina perkembangan para pelajar lengkap

dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi yang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga

berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam

mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping

menghasilkan modal insan minda kelas pertama.

Seterusnya, Sisitem Laporan Rahman Talib pada tahun 1960, yang mana

membuat pindaan daripada Laporan Razak iaitu pelajaran di sekolah rendah

adalah percuma, sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis

kebangsaan, sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur

15 tahun, murid naik darjah secara automatik, pelajaran agama Islam bagi murid-

murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang dan pendidikan akhlak

dititikberatkan.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam

masyarakat berbilang kaum dalam kelompok rakyat di Malaysia khususnya.

Page 10: ES

Mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan

pembangunan sosio-ekonomi, dalam masa yang sama dapat menentukan

perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksama

untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan. Justeru,

dengan wujudnya bermacam-macam kaum di Malaysia, kerajaan telah

mengeluarkan dasar ini khasnya dalam memebentuk perpaduan salah satu

objektifnya sejurus sahaja rusuhan 13 Mei tamat.

Wujud masalah kemiskinan yang ketara dan gunatenaga yang rendah

terutamanya dalam kalangan Bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi

pendapatan dan ekonomi antara pelbagai kaum. Oleh yang demikian DEB telah

dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menguruskan proses pembangunan negara

melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang menyediakan peluang-

peluang untuk memajukan semua warganegara Malaysia bagi kerajaan untuk

melayan kesemua secara adil dan sakasama kerana menurut Perkara 173

dalam Persekutuan dan Perlembagaan Malaysia, yang menyatakan bahawa

kesemua rakyat diberi hak kesamarataan tidak kira Bumitera mahupun Melayu.

Lantaran itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilakukan dibawah Dasar

Ekonomi Baru ini bagi menjayakan objektif dan malamat sebenar kerajaan yang

berakarumbikan teras perpaduan rakyat Malaysia. Selepas mendapat

kemerdekaan, kerajaan telah memberi perhatian untuk melaksanakan rancangan

pembangunan untuk mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi yang

diakibatkan oleh dasar penjajahan British. Oleh itu, kerajaan telah menggubal

rancangan-rancangan pembangunan untuk mengatasi masalah sosioekonomi.

Secara umumnya rancangan pembangunan lima tahun mempunyai tiga tujuan

utama dan tujuan paling utama adalah untuk memperbetulkan

ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum bagi memupuk

perpaduan Negara. Hal ini kerana perpaduan kaum dapat dipupuk melalui satu

aktiviti yang dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum iaitu

Rancangan Pembangunan Ekonomi itu sendiri.

Page 11: ES

Rancangan Ekonomi Lima tahun tertumpu kepada pembangunan luar bandar.

Pada lima tahun pertama, dari tahun 1956-1970 iaitu Rancangan Malaya

pertama bermatlamat membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi

merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan

bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar

bandar. Rasional matlamat itu adalah untuk menyatupadukan masyarakat Cina

dan India yang bekerja di bandar dalam sektor perladangan dan perlombongan

dengan masyarakat Melayu yang bekerja di luar bandar agar pembangunan

ekonomi dan perpaduan dapat dinikmati bersama.

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan (FELDA) banyak membantu melicinkan matlamat Rancangan

Malaya Pertama supaya perpaduan dapat dicapai antara kaum india,cina dan

melayu. Berdasarkan matlamat ini, ia lebih menyamatarafkan masyarakat di luar

bandar dan bandar. Sebagai contoh, masyarakat bagi kaum india dan melayu

lebih tertumpu dengan aktiviti ekonomi di luar bandar dan masyarakat kaum cina

lebih tertumpu aktiviti ekonominya di bandar sebelum rancangan ini diusulkan

dan dimulakan. Dengan menjalankan matlamat ini, ianya dapat menyatupadukan

masyarakat pelbagai kaum ketika itu sama ada yang miskin, kaya serta berlainan

kaum atau kulit sekalipun kerana masyarakat yang menetap di luar bandar dan

bandar disatukan melalui aktiviti ekonomi maka setiap kaum itu bersaing dengan

cara yang sihat tanpa sikap pilih kasih, ia dilakukan dengan adil.