Esei 1 kae3013

22
KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN PEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH KUMPULAN EL A 30 ( PJJ 121 ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO. TELEFON SUHAILA BINTI OMAR D20112053883 013 2276747 NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEIN TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 JUMLAH

Transcript of Esei 1 kae3013

Page 1: Esei 1   kae3013

KAE3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

PEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

PRASEKOLAH

KUMPULAN

EL A 30 ( PJJ 121 )

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SUHAILA BINTI OMAR D20112053883 013 2276747

NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEIN

TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

2 TUGASAN 2

JUMLAH

Page 2: Esei 1   kae3013

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pendahuluan

2.0 Definisi Pemikiran Kreatif

3.0 Ciri-ciri Kreativiti

3.1 Bersifat Fleksibel

3.2 Bersifat Terbuka

3.3 Sensitif dan Peka

3.4 Logik

3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen

3.6 Berfikiran Bebas

4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

4.1 Peringkat Rangsangan

4.2 Peringkat Penerokaan

4.3 Peringkat Perancangan

4.4 Peringkat Aktiviti

4.5 Peringkat Kajian Semula

5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak

5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan

5.2 Pengalaman Deria

5.3 Masa

5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

5.5 Rangsangan

5.6 Hormat-menghormati

6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak

6.1 Permainan Puzzle

6.2 Permainan Doh

6.3 Permainan Lego

6.4 Permainan Catur

6.5 Kubus Rubiks

6.6 Aktiviti Luar

7.0 Kesimpulan

Bibliografi

3

4

5

5

5

6

6

6

6

7

7

8

8

9

10

11

11

11

12

13

13

14

15

15

16

17

18

19

20

21

22

Page 3: Esei 1   kae3013

3

1.0 Pendahuluan

Kanak-kanak merupakan individu yang suka meneroka sesuatu yang baru. Sifat ingin

tahu sangat tinggi dalam diri kanak-kanak menyebabkan mereka sering bertanya tentang

kewujudan dan sebab sesuatu perkara itu berlaku. Kadang kala mereka akan mencuba

pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau menyelesaikan sesuatu

perkara. Malah mereka akan menonjolkan sifat kreativiti mereka dalam menyelesaikan

sesuatu perkara tersebut. Proses pendidikan dan pengalaman yang diterima kanak-kanak

sejak awal lagi akan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Amabile (1992)

menyifatkan institusi pendidikan khususnya pendidikan prasekolah merupakan tempat

yang paling penting untuk memupuk alam kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Oleh

itu pendidikan awal dikatakan boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam

menjalani kehidupan.

Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat

dan negara telah lama disedari. Kenyataan ini menunjukkan pemikiran kreatif penting

dalam mewujudkan negara yang membangun disamping menghasilkan rakyat yang

berkualiti. Oleh itu kreativiti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan ia perlu

dipupuk sejak awal lagi melalui proses pendidikan dan pengalaman yang pelbagai.

Mihalyi (1990) mendapati pendidikan memainkan peranan yang minimum dalam

memupuk bakat-bakat kreatif. Pendidikan dilihat sebagai elemen yang penting dalam

memupuk kreativiti kanak-kanak.

Namun begitu de Bono (1970) mengatakan kreativiti itu memang berlaku tanpa

disedari oleh manusia itu sendiri. Kenyataan de Bono menyifatkan pendidikan bukanlah

elemen utama bagi memupuk kreativiti seseorang individu. Beliau menyatakan sebarang

perkara boleh merangsang kepada pemikiran kreatif seseorang individu tanpa individu

tersebut menyedarinya. Kreativiti perlu dilihat sebagai suatu aspek yang penting dalam

pembentukan perilaku seorang kanak-kanak. Hal ini kerana kreativiti kanak-kanak akan

membawa banyak makna dan kesan dalam hidup mereka. Oleh itu pelbagai langkah

haruslah diambil bagi mewujudkan sifat kreatif dalam diri kanak-kanak.

Page 4: Esei 1   kae3013

4

2.0 Definisi Pemikiran Kreatif

Abdul Shukor Hashim et. al (2011) mengatakan kreativiti berasal daripada perkataan

Latin iaitu ‘creare’ yang membawa maksud membuat. Manakala dalam bahasa Greek

pula, ‘creare’ bermaksud memenuhi. Webster (1976) mendefinisikan pemikiran kreatif

sebagai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. May (1975)

mendefinisikan kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

Melalui beberapa pendapat tokoh di atas, boleh disimpulkan bahawa pemikiran kreatif

merupakan proses melakukan sesuatu perkara bagi menghasilkan sesuatu yang baru.

Kesan daripada perlakuan individu tersebut akan menghasilkan inovasi dalam tindakan

yang baru dihasilkan.

Torrance (1970) mendefinisikan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai

keunikan. Keunikan yang dimaksudkan oleh beliau mungkin merujuk kepada hasil

perlakuan yang dihasilkan melalui proses kreativiti. Hal ini kerana perlakuan yang

dihasilkan melalui kreativiti akan menghasilkan sesuatu baru yang lebih baik.

Schirmacher (1988) menyatakan perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada

dua iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Schirmacher

menjelaskan bahawa sebarang aktiviti harian yang dilakukan oleh kanak-kanak

termasuklah aktiviti seni akan merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menghasilkan

sesuatu yang kreatif. Di sini jelas menunjukkan bahawa kreativiti seseorang individu

boleh dirangsang melalui pelbagai faktor.

Manakala Rand (1981) pula berpendapat kreativiti adalah proses di mana seseorang

individu sebagai hasil daripada kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam

interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang

memadai untuk situasi yang bersangkutan. Keadaan ini akan menghasilkan produk yang

bersifat atau abstrak. Pendapat yang dikemukakan oleh Rand ini menjelaskan bahawa

kreativiti bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri untuk menghasilkannya

serta beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi individu tersebut untuk

menghasilkan produk yang dikehendakinya.

Page 5: Esei 1   kae3013

5

3.0 Ciri-ciri Kreativiti

Kreativiti boleh dikelaskan sebagai sebuah proses, iaitu proses untuk menghasilkan

sesuatu yang baru. Terdapat dua jenis kreativiti utama iaitu kreativiti intuitif dan

kreativiti analitik. Kreativiti intuitif merupakan kreativiti yang terhasil secara spontan

melalui proses penambahbaikan. Manakala kreativiti analitik pula merupakan kreativiti

yang dihasilkan melalui apa yang mereka gunakan iaitu apa yang telah dirancang untuk

tujuan yang telah ditetapkan. Kreativiti analitik lebih bersifat sesuatu yang dirancang

manakala kreativiti intuitif pula berlaku secara spontan. Namun begitu proses kreativiti

seseorang individu biasanya berlaku hasil gabungan daripada kreativiti intuitif dan

kreativiti analitik. Terdapat beberapa ciri kreativiti yang sering dibincangkan iaitu

bersifat fleksibel, bersifat terbuka, sensitif dan peka, logik, gagasan/idea yang asli dan

tulen, serta berfikiran bebas.

3.1 Bersifat Fleksibel

Individu yang kreatif dikatakan bersifat fleksibel kerana mereka mampu

menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan. Mereka juga bersifat

lebih optimis dan berkeyakinan tinggi dalam sesuatu perkara. Keyakinan yang

tinggi menyebabkan mereka yakin menghasilkan sesuatu karya tanpa memikirkan

penerimaan orang ramai dan sedia menerima pendapat yang bakal diutarakan.

3.2 Bersifat Terbuka

Individu kreatif juga dikatakan mempunyai sifat terbuka. Mereka mempunyai sifat

keterbukaan yang tinggi dalam menerima pendapat dan pandangan orang mengenai

hasil karya dan kerja yang mereka hasilkan. Mereka sedia menerima pandangan

orang lain bagi menambah baik hasil karya yang dihasilkan. Individu kreatif juga

mengamalkan sikap bebas dan demokratik. Hal ini demikian kerana mereka

bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan pendapat orang lain, serta

menjadikannya sebagai perangsang kepada individu tersebut untuk lebih kreatif.

Page 6: Esei 1   kae3013

6

3.3 Sensitif dan Peka

Sensitif dan peka juga merupakan salah satu ciri individu yang kreatif. Sifat sensitif

dan peka akan membolehkan seseorang individu itu mempunyai daya sensitiviti

yang tinggi terhadap keadaan persekitarannya. Mereka peka terhadap keperluan,

gaya hidup, deria dan persekitaran. Segala elemen-elemen tersebut akan digunakan

bagi menghasilkan sesuatu produk melalui proses kreativiti. Penggunaan deria

secara menyeluruh akan membantu mereka menjaga idea yang kreatif dalam

menghasilkan sesuatu produk bermutu dan berkualiti tinggi.

3.4 Logik

Individu yang kreatif sentiasa berfikiran logik dan rasional dalam menghadapi

sesuatu perkara. Mereka sentiasa peka tehadap sebab dan punca sesuatu perkara itu

berlaku dan mempercayai setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Selain itu

mereka juga sangat menghargai dan menghormati masa.

3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen

Individu kreatif biasanya mempunyai banyak idea dan gagasan untuk menghasilkan

sesuatu perkara. Keadaan ini membolehkan mereka boleh menghasilkan pelbagai

karya dan hasil kerja yang unik dan menarik. Hasil karya yang dihasilkan tidak

stereotaip dan tidak kovensional, malah karya yang dihasilkan juga sering kali

berbeza daripada karya asalnya.

3.6 Berfikiran Bebas

Individu kreatif biasanya mempunyai daya pemikiran yang luas dan tidak

bergantung kepada satu-satu faktor sahaja. Mereka bijak dalam mengatur sesuatu

perkara bagi memastikan perkara tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Malah

mereka juga sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

Page 7: Esei 1   kae3013

7

4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

Terdapat ramai tokoh pemikiran yang membincangkan tentang kreativiti kanak-kanak

secara terperinci antaranya adalah Edward de Bono melalui teori Six Thinking Hats yang

membincangkan emosi penting dalam proses berfikir, Paul Torrence dengan teori

Kreativiti Paul Torrence yang menerangkan tujuh elemen dalam mempengaruhi proses

mencungkil kreativiti, Calvin W Taylor dan teorinya Theory Multiple Creative Talent

yang menerangkan lima sifat kreativiti, Lowenfeld melalui teorinya Theory Lowenfeld

Stages of Artistic Development yang menerangkan lapan kategori kreatif serta Fisher

melalui teorinya Teori Perkembangan Kreativiti Fisher yang menerangkan tentang lima

tahap pemikiran kreatif.

Namun begitu, teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang paling terkenal

diperkatakan adalah teori Perkembangan Kreativiti Fisher (1943). Antara elemen yang

dibincangkan oleh Fisher dalam teorinya adalah tahap peringkat rangsangan, peringkat

penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula.

4.1 Peringkat Rangsangan

Peringkat rangsangan merupakan peringkat dimana pemikiran kreatif kanak-kanak

dirangsang dengan cara mengemukakan soalan yang pelbagai melalui kata kunci

berbeza seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana dan sebagainya. Melalui semua

bentuk soalan ini, guru boleh membantu kanak-kanak dalam membentuk interaksi

dua hala secara aktif. Guru akan mula merangsang pemikiran kanak-kanak dengan

bertanya beberapa soalan.

Apabila muncul persoalan dalam sesuatu situasi yang diberikan oleh guru,

kanak-kanak akan menjana idea untuk menjawab segala pertanyaan yang diberikan

kepada mereka. Guru juga boleh mengemukakan soalan yang lebih kritikal kepada

kanak-kanak bagi merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif dengan

Page 8: Esei 1   kae3013

8

pelbagai kemungkinan jawapan yang akan diperolehi. Hal ini kerana soalan-soalan

sebegini akan membantu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

4.2 Peringkat Penerokaan

Peringkat penerokaan pula merupakan peringkat di mana memerlukan seseorang

kanak-kanak untuk berfikiran maju ke depan atau berpandangan jauh. Peringkat

penerokaan memerlukan kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada masalah atau

soalan melalui cara yang pelbagai dalam menyelesaikannya seperti menggunakan

kaedah eksperimentasi, kajian, dan latihan. Guru akan cuba merangsang pemikiran

kanak-kanak dengan memberikan situasi bermasalah atau soalan yang perlu

diselesaikan dengan menggunakan cara-cara tersebut. Oleh itu kanak-kanak akan

cuba berfikir untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan.

Peringkat ini akan membolehkan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah

dengan cara penerokaan. Oleh itu kanak-kanak akan berfikiran kreatif untuk

mencari jalan penyelesaian dan masalah melalui pelbagai cara, teknik dan gaya

yang digunakan. Kanak-kanak akan berasa seronok melalui penemuan penyelesaian

masalah dengan menggunakan cara yang pelbagai ini. Kanak-kanak juga akan lebih

kreatif dengan memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya.

4.3 Peringkat Perancangan

Peringkat perancangan pula merupakan peringkat di mana segala kemungkinan,

cadangan aktiviti dan segala perkara yang hendak digunakan disusun atur dan didraf

dengan baik bagi dijadikan gambaran awal dalam perlaksanaan aktiviti. Antara

perkara penting yang perlu dilakukan dalam peringkat ini adalah perancangan

secara verbal dan perancangan secara visual. Perancangan secara verbal merupakan

perancangan yang melibatkan komunikasi seperti komunikasi dua hala bagi

mewujudkan interaksi yang baik. Melalui perancangan verbal juga perbincangan

Page 9: Esei 1   kae3013

9

masalah dapat dilakukan, perbincangan tersebut akan melibatkan semua isu yang

berbangkit dalam sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan.

Segala idea akan dijana bersama dan disusun atur dengan baik bagi

memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Segala kemungkinan dan risiko

yang bakal dihadapi akan dibincangkan dengan terperinci dan langkah penyelesaian

akan dicadangkan sebagai langkah awal menangani masalah tersebut. Pemerhatian

akan dijalankan secara terperinci bagi memastikan secara isu berbangkit

dibincangkan dengan sepenuhnya dan penerangan yang lebih jelas mengenai isu

tersebut dapat diutarakan. Sebagai contohnya guru boleh mengutarakan persoalan

kepada kanak-kanak bagi membentuk komunikasi dalam perbicangan aktiviti yang

hendak dilakukan. Keadaan ini akan mengakibatkan kanak-kanak dirangsang untuk

berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengeluarkan pendapat mengenai

perbincangan tersebut.

Perancangan secara visual pula dilakukan melalui gambaran yang jelas seperti

graf, jadual, imej lukisan, visual dan sebagainya. Perancangan yang mempunyai

graf dan jadual akan lebih memudahkan individu mendapat gambaran yang jelas

mengenai perancangan aktiviti yang hendak dibuat. Imej lukisan dan visual yang

digunakan semestinya akan dapat membantu individu tersebut mengenai maklumat

aktiviti yang hendak dilaksanakan. Sebagai contohnya, gambarajah yang digunakan

akan membolehkan kanak-kanak membayangkan aktiviti yang hendak dilakukan

dan merangsang mereka untuk berfikir mengenai perlaksanaannya. Keadaan ini

akan membantu kanak-kanak mengeluarkan tanggapan positif dan seterusnya

menarik minat mereka dalam aktiviti yang bakal dilakukan.

4.4 Peringkat Aktiviti

Peringkat aktiviti merupakan peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak yang

bermula dengan set idea atau minda. Peringkat ini merupakan peringkat di mana

segala perancangan yang telah dibuat hendak dilaksanakan. Namun begitu

Page 10: Esei 1   kae3013

10

persoalan yang akan timbul tentang cara perlaksanaan aktiviti tersebut dibuat

setelah semuanya dirancang dengan terperinci. Hal ini kerana pada ketika ini kanak-

kanak akan berfikir cara untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kanak-kanak juga

akan cuba mengingat kembali segala perancangan yang dibuat bagi perlaksanaan

aktiviti tersebut dan tindakan akan diambil.

Pemikiran kreatif akan dilahirkan melalui tindakan yang diambil bagi

melaksanakan sesuatu perkara yang telah dirancang. Keadaan ini kerana tindakan

yang diambil adalah hasil daripada pemikiran kreatif kanak-kanak. Hal ini demikian

kerana aktiviti yang dicadangkan adalah sama, namun begitu perlaksaan aktiviti

tersebut mungkin berbeza bagi setiap individu mengikut cara pemikiran mereka.

Oleh itu pemikiran kreatif akan dijana pada ketika ini.

4.5 Peringkat Kajian Semula

Dalam teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang dikemukakan oleh Fisher

ini, peringkat kajian semula merupakan peringkat terakhir yang dibincangkan.

Peringkat ini merupakan peringkat untuk menilai segala tindakan yang telah

diambil dalam aktiviti yang dijalankan sama ada mencapai objektif yang ditetapkan

atau tidak. Peringkat ini juga merupakan peringkat bagi mengenalpasti

penambahbaikan dan cadangan yang boleh dilakukan bagi melaksanakan aktiviti

susulan pada masa hadapan.

Pada peringkat ini juga segala elemen negatif dan positif perlaksanaan aktiviti

akan dibincangkan. Hal ini kerana bagi menjalankan penambahbaikan dan menjana

idea baru bagi mengelakkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini

berlaku dalam aktiviti susulan yang bakal dilakukan. Melalui peringkat ini juga

kanak-kanak akan dirangsang untuk mengeluarkan idea-idea baru bagi

penambahbaikan yang boleh dibuat serta refleksi diri boleh dilakukan terhadap

mereka bagi aktiviti yang dijalankan itu. Hal ini demikian kerana pemikiran kanak-

kanak dapat dijana melalui sumbang saran idea yang dilakukan.

Page 11: Esei 1   kae3013

11

5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak

sebagai contohnya melalui permainan atau pembelajaran melalui bermain. Lowenfeld

(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Kenyataan ini

menunjukkan bahawa sifat kreativiti dipunyai oleh setiap individu termasuklah kanak-

kanak dan kreativi tersebut haruslah dipupuk dan dibentuk serta dicungkil melalui

pelbagai cara seperti penggunaan bahan dan peralatan serta pengalaman deria, pengajaran

dan pembelajaran fleksibel, rangsangan

5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan

Penggunaan peralatan dan bahan merupakan salah satu cara yang boleh digunakan

untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Alatan alat tulis bewarna seperti warna

air, krayon, pensil warna dan sebagainya boleh digunakan di dalam kelas untuk

menarik perhatian kanak-kanak untuk meluahkan emosi atau bakat mereka melalui

penggunaan warna yang pelbagai. Guru juga boleh menggunakan peralatan media

bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak seperti penggunaan alatan ICT, rakaman

video, gambar dan sebagainya. Melalui penggunaan alatan yang pelbagai, kanak-

kanak akan lebih berminat untuk belajar di dalam kelas. Apabila proses

pembelajaran berlaku, maka perkembangan kognitif kanak-kanak menunjukkan

proses yang sama. Keadaan ini semestinya akan meningkatkan kreativiti kanak-

kanak dalam menjana pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

5.2 Pengalaman Deria

Secara umumnya proses pembelajaran yang menggunakan deria secara keseluruhan

yang melibatkan deria, bau, dengar, rasa dan lihat akan mewujudkan sesi

pembelajaran yang berkesan. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih aktif dengan

pengunaan kesemua deria ini. Sebagai contohnya bagi pembelajaran yang

menggunakan visual, guru boleh menggunakan sebarang peralatan bergambar,

Page 12: Esei 1   kae3013

12

grafik yang cantik dan grafik bergerak seperti filem. Kanak-kanak akan lebih

mudak memahami tentang perkara yang hendak disampai oleh guru mereka dan

mempunyai gambaran yang jelas mengenainya.

Guru juga boleh mewujudkan pembelajaran secara auditori bagi mencungkil

minat dan kreativiti kanak-kanak mengenai proses pembelajaran yang dilakukan.

Guru boleh mewujudkan interaksi interaktif dengan kanak-kanak melalui beberapa

soalan yang ditanya. Soalan yang ditanya oleh guru akan merangsang pemikiran

kanak-kanak untuk berfikir secara positif dalam menyelesaikan persoalan yang

diberikan kepada mereka. Setiap idea yang dinyatakan oleh kanak-kanak hendaklah

diambil perhatian oleh guru. Hal ini kerana jika pendapat yang diberikan oleh

kanak-kanak tidak dilayan oleh guru, kanak-kanak mungkin akan malu atau takut

untuk bertanya kepada guru mereka pada waktu lain. Keadaan ini semestinya akan

mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak.

Pembelajaran secara kinestetik juga merupakan pembelajaran yang

melibatkan pengalaman deria. Kanak-kanak biasanya akan lebih efektif melalui

penggunaan kaedah ini. Kaedah ini boleh melibatkan pergerakan kanak-kanak dan

sentuhan. Sebagai contohnya guru boleh melibatkan kanak-kanka untuk melakukan

sebarang pergerakan seperti aktiviti teater, menari, permainan dan sebagainya.

Kanak-kanak akan begitu teruja untuk melakukan aktiviti yang diberikan kerana

kaedah ini akan melibatkan pengalaman sebanar kanak-kanak. Oleh itu, jika

kesemua deria ini digunakan dalam pembelajaran, pemikiran kreatif kanak-kanak

pasti dapat dikeluarkan melalui aktiviti yang dilakukan.

5.3 Masa

Masa juga merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan dalam

meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanak-

kanak mempunyai daya penumpuan yang singkat dalam sesuatu masa. Kanak-

kanak tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada pembelajaran

Page 13: Esei 1   kae3013

13

mereka sepanjang hari terutamanya pada waktu petang. Guru seharusnya menyusun

sesi pembelajaran dengan baik bagi memastikan kanak-kanak dapat belajar dengan

sempurna seterusnya membolehkan kanak-kanak tersebut meneroka, berfikir dan

membuat sebarang eksperimen. Keadaan ini semestinya akan memberikan

pengalaman yang baru kepada kanak-kanak seterusnya telah merangsang kanak-

kanak untuk lebih kreatif.

5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

Dalam menigkatkan kreativiti kanak-kanak, guru juga haruslah lebih fleksibel

terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kadang kala guru

mungkin boleh mengubah cara pengajaran di dalam kelas mengikut cadangan dan

idea daripada kalangan kanak-kanak. Sebagai cotohnya guru akan menerangkan

terlebih dahulu tentang tema pengajaran minggu tersebut dan guru akan bertanya

mengenai cadangan dan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan mengenai tema

pengajaran tersebut. Kanak-kanak akan mengutarakan pendapat mereka dan mereka

akan berusaha menyakinkan guru untuk melaksanakan idea tersebut. Kanak-kanak

akan memerah otak mereka untuk memikirkan idea dan sebab bagi perlaksanaan

aktiviti tersebut untuk diterima oleh guru.

5.5 Rangsangan

Terdapat pelbagai rangsangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kreativiti

kanak-kanak seperti mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas. Jika

guru mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas, mereka akan

merasakan hasil karya mereka dihargai dan ingin melakukannya dengan lebih baik

bagi membolehkan guru mempamerkan hasil karya mereka di dalam kelas. Guru

juga boleh menggunakan sebarang pujian atau galakkan motivasi sebagai

rangsangan untuk kanak-kanak menghasilkan karya mereka.

Page 14: Esei 1   kae3013

14

Uzi Dollah (1996) berpendapat guru berperanan besar dalam

mempertingkatkan motivasi para pelajar untuk belajar. Di sini boleh dilihat bahawa

peranan dan tidak balas guru terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas akan

memberi kesan terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu guru perlu

memberikan peneguhan positif bagi memastikan kanak-kanak ingin mencuba untuk

menghasilkan sesuatu yang baru serta boleh meningkatkan kreativiti mereka dalam

penghasilan karya baru.

Guru juga sepatutnya mengelakkan penggunaan peneguhan negatif yang

keterlaluan bagi hasil karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Keadaan ini bagi

mengelakkan kanak-kanak patah semangat serta berputus asa untuk mencubanya

kembali. Skinner (1977) turut mengatakan bahawa hukuman tidak sesuai digunakan

dalam kegiatan pembelajaran. Hal ini kerana pengaruh hukuman terhadap

perubahan sesuatu perkara adalah bersifat sementara, namun kesan psikologi buruk

mungkin berlaku dalam tempoh masa yang lama. Oleh sebab itu peneguhan negatif

tidak sesuai digunakan dalam meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak

akan lebih bermotivasi jika guru cuba memberitahunya secara baik dan guru hendak

melihat karyanya dengan lebih banyak dalam pelbagai versi.

5.6 Hormat-menghormati

Sebagai seorang guru yang bitara, guru haruslah bersikap rasional terhadap karya

yang dihasilkan oleh murid mereka terutamanya kanak-kanak. Sebagai contohnya

guru seharusnya menghormati setiap karya yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak

dengan menunjukkan komitmen dan respon yang diberikan bagi karya-karya yang

telah dihasilkan. Indrawati (2003) mendapati faktor pengajaran guru mempunyai

pengaruh yang kuat terhadap prestasi kanak-kanak. Oleh itu jika guru tidak boleh

menunjukkan komitmen mereka terhadap karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak,

kanak-kanak mungkin tidak mahu menghasilkan karya lain . Tambahan pula akan

kanak-kanak akan berasa sedih mengenai komitmen negatif yang ditunjukkan oleh

guru terhadap karya mereka.

Page 15: Esei 1   kae3013

15

6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh digunakan dalam merangsang pemikiran kreatif

kanak-kanak seperti pembelajaran interaktif atau belajar melalui bermain. Menurut

Daucer & Pangrazi (1983), pengalaman peringkat awal kanak-kanak harus ditumpukan

kepada pergerakann kreatif yang mempunyai pelbagai fungsi tertentu seperti

pertumbuhan perkembangan psikologi dan mental, fisiologi dan motor serta rohani dan

sosial. Pergerakan kreatif boleh diwujudkan dalam pembelajaran interaktif dan

pembelajaran melalui bermain. Oleh itu aktiviti ini penting dalam merangsang pemikiran

kreatif kanak-kanak.

Gallahue (1987) berpendapat pergerakan kreatif dapat membantu proses

pembelajaran berlaku secara menyeluruh meliputi peringkat awal kehidupan dan

pendidikan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana pergerakan kreatif kanak-kanak seperti

aktiviti bermain akan membantu kanak-kanak mengalami perkembangan secara

menyeluruh terutamanya dalam perkembangan fizikal, rohani, jasmani, sosial dan intelek.

Keadaan ini kerana badan yang cergas semestinya akan membentuk otak yang sihat.

Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan dalam merangsang pemikiran kreatif kanak-

kanak adalah permainan puzzle, permainan doh, permainan lego, permainan catur, kubus

rubiks dan aktiviti luar.

6.1 Permainan Puzzle

Page 16: Esei 1   kae3013

16

Antara aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-

kanak adalah permainan puzzle. Permainan puzzle merupakan permainan yang

melibatkan penyusunan kepingan gambar sehingga menjadi sebuah gambar yang

lengkap. Permainan puzzle terdiri daripada pelbagai jenis gambar, warna dan saiz.

Dalam melaksanakan permainan ini, kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihan

kecil gambar bagi menjadikannya sebuah gambar lengkap. Permainan ini

memerlukan penelitian bagi memastikan serpihan gambar yang dicantumkan adalah

tepat, kanak-kanak juga harus mengingati susunan tersebut dengan betul bagi

menyelesaikan gambar yang hendak dicantumkan.

Melalui permainan puzzle kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan

mereka dalam matematik seperti memahami konsep warna, bentuk, jumlah dan

ukuran. Bagi kanak-kanak yang pintar cerdas, mereka boleh diberikan puzzle yang

lebih kompleks dari segi warna dan gambar bagi menguji serta meningkatkan

keupayaan kognitif mereka dalam menyelesaikan cantuman puzzle tersebut. Bagi

kanak-kanak normal, mereka haruslah diberikan permainan ini pada tahap biasa.

Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan pemikiran kreatif melalui

masalah cantuman kepingan kecil puzzle tersebut.

6.2 Permainan Doh

Pemikiran kreatif kanak-kanak juga boleh dirangsang melalui permainan doh.

Permainan doh merupakan permainan yang melibatkan penggunaan doh yang

Page 17: Esei 1   kae3013

17

diperbuat daripada tepung dan pewarna makanan yang pelbagai. Doh yang

digunakan dalam permainan ini mudah dibentuk kepada pelbagai objek kerana doh

tersebut merupakan struktur bahan yang lembut, malah doh tersebut juga tidak

merbahaya digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menghasilkan

pelbagai bentuk mengikut idea dan kreativiti mereka.

Oleh itu permainan ini dapat meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak

kerana kanak-kanak akan menjana idea mereka untuk menghasilkan bentuk-bentuk

yang berbeza yang disukai dan digemari mereka. Kanak-kanak juga akan memilih

warna doh yang pelbagai bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang lebih menarik.

Permainan doh ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak

melalui penggunaan jari untuk menghasilkan bentuk yang pelbagai. Kanak-kanak

juga akan melahirkan perasaan yang seronok dan gembira melalui penghasilan

karya mereka yang pelbagai.

6.3 Permainan Lego

Permainan lego juga merupakan salah satu permainan yang boleh merangsang

pemikiran kreatif kanak-kanak. Lego merupakan sejenis alat permainan yang

berbentuk bongkah plastik dan terdiri daripada pelbagai warna yang menarik.

Terdapat beberapa jenis permainan lego yang terdapat di pasaran seperti lego basic,

lego piraks, lego town dan banyak lagi. Cara bermain permainan ini adalah melalui

proses penyusunan dan penyantuman bongkah-bongkah lego bagi menghasilkan

satu model yang sempurna dan lengkap.

Page 18: Esei 1   kae3013

18

Permainan lego akan menguji tahap pemikiran kanak-kanak dalam

menghasilkan bentuk yang pelbagai. Daya imaginasi kanak-kanak yang kuat akan

mendorong mereka menghasilkan pelbagai model lego yang menarik seperti bentuk

model bangunan, model kereta, model rumah, model kapal terbang dan sebagainya.

Gabungan daya imaginasi dan daya pemikiran yang kreatif akan menghasilkan

bentuk model yang cantik dan pelbagai. Pemikiran kreatif akan meningkat melalui

permainan ini kerana mereka perlu menjana idea bagi menghasilkan model yang

pelbagai dengan menggunakan bongkah lego yang berwarna-warni.

6.4 Permainan Catur

Permainan catur pula merupakan satu permainan yang berbentuk perang abstrak

atau juga dikenali sebagai permainan seni mempertahankan diri yang memerlukan

kemahiran kognitif yang tinggi dalam menyelesaikannya. Permainan ini terdiri

daripada papan bersaiz 8X8 petak iaitu 64 petak berwarna terang dan gelap yang

bersilih ganti. Manakala askar-askar permainan catur pula terdiri daripada lapan

bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Permainan

memerlukan kemahiran dan strategi bagi melawan pihak lawan.

Kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun boleh dilatih bagi permainan

ini. Permainan catur sangat bagus digunakan bagi melatih perkembangan kognitif

kanak-kanak kerana mereka perlu berfikir bagi merancang strategi permainan ini

untuk melawan pihak musuh atau pihak lawan. Oleh itu permainan ini akan

meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak seterusnya merangsang kanak-kanak

Page 19: Esei 1   kae3013

19

untuk berfikir dengan lebih teliti dan kompleks dalam menyelesaikan masalah yang

rumit. Maka keadaan tersebut akan menyebabkan proses perkembangan kognitif

kanak-kanak berlaku dengan baik.

6.5 Kubus Rubiks

Bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak, permainan kubus rubiks juga

boleh digunakan. Kubus rubiks merupakan permainan yang telah diperkenalkan

oleh Prof. Emo Rubik yang berasaskan permainan teka-teki mekanik. Permainan ini

melibatkan penggunaan kiub plastik yang berbentuk kubus dan boleh didapati

dalam empat versi iaitu kiub poket (2x2x2), kiub piawai (3x3x3), dendam rubik

(4x4x4) dan kiub profesor (5x5x5). Permukaan kiub biasanya disertakan dengan

pelekat yang terdiri daripada enam warna dengan satu warna pada setiap sisi kiub.

Permainan ini memerlukan keupayaan daya kognitif yang tinggi bagi

membolehkan individu yang menyusun warna-warna kiub tersebut dalam kelompok

yang sama mengikut masa yang ditetapkan. Permainan kubus rubik ini merupakan

salah satu permainan yang digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali dan

memahami objek yang berbentuk 3D. Permainan ini juga merupakan permainan

yang memerlukan strategi dan langkah yang tepat bagi menyelesaikan penyusunan

warna kiub mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu aktiviti permainan ini

akan merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif bagi merancang dan

melaksanakan permainan tersebut dengan cepat dan tepat.

Page 20: Esei 1   kae3013

20

6.6 Aktiviti Luar

Aktiviti terakhir yang dicadangkan bagi meningkatkan pemikiran kreatif kanak-

kanak adalah aktiviti luar kelas. Terdapat pelbagai aktiviti luar yang boleh

digunakan dalam merangsang pemikiran kanak-kanak seperti membina istana pasir,

bermain di taman permainan, membina kebun sayur dan sebagainya. Kadang kala

guru perlu melakukan kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran

terhadap mereka. Keadaan ini penting bagi memberikan situasi dan persekitaran

yang berbeza kepada kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak merasa bosan

duduk di dalam kelas sahaja. Kekreatifan guru akan membantu kanak-kanak untuk

berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.

Permainan luar ini dikatakan mampu meningkatkan pemikiran kreatif kanak-

kanak kerana mereka mempunyai pengalaman baru belajar di luar kelas. Sebagai

contohnya melalui aktiviti membina istana pasir di pantai atau di luar kelas

prasekolah dan tadika. Kanak-kanak akan merasa teruja untuk membina istana

impian mereka sendiri, malah mereka akan berusaha untuk membina istana raja

yang terbaik bagi dinilai oleh guru. Hal ini kerana kanak-kanak amat sukakan

pujian dan kata-kata yang positif. Pembinaan istana pasir mampu meningkatkan

daya imaginasi dan daya kreativiti kanak-kanak melalui pembinaan istana pasir

yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut.

Page 21: Esei 1   kae3013

21

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya pemikiran kreatif kanak-kanak berkembang sejak awal usia mereka lagi.

perkembangan kognitif yang baik akan merangsang pertumbuhan otak yang baik bagi

kanak-kanak. Di sini semua pihak haruslah bekerjasama dalam membantu meningkatkan

pemikiran kreatif kanak-kanak dengan penggunaan pelbagai aktiviti yang menarik dan

jelas. Perkembangan kognitif kanak-kanak haruslah dipandang serius bagi memastikan

kanak-kanak tidak mengalami masalah dalam kehidupannya. Hal ini kerana jika salah

satu elemen dalam badan kanak-kanak berlaku dengan tidak seimbang, perkara tersebut

akan mengakibatkan aspek-aspek lain turut terganggu.

Ibu bapa, guru dan masyarakat haruslah mengambil langkah inisiatif dalam

membantu kanak-kanak menyuburkan perkembangan pemikiran kreatif mereka. Ibu bapa

boleh mengaplikasikan pelbagai cara dalam membantu merangsang pemikiran kreatif

kanak-kanak mereka dirumah seperti menyediakan permainan doh, lego dan sebagainya.

Guru pula haruslah membentuk pembelajaran interaktif atau pembelajaran melalui

bermain bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar di dalam kelas seterusnya

merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut. Pemikiran kreatif kanak-kanak

penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas serta membolehkan kanak-kanak lebih memahami mengenai proses pembelajaran

tersebut. Masyarakat pula haruslah mendorong kanak-kanak disekeliling mereka dengan

memberikan dorongan dan semangat kepada kanak-kanak ini. Jika keadaan tersebut

berlaku, pemikiran kreatif kanak-kanak pasti boleh dirangsang dengan baik.

Page 22: Esei 1   kae3013

22

Bibliografi

Amabile, T. M. (1987). The Motivation to be Creative. NewYork: Springer Verlag.

Amabile, T. M., Hill, K. G., Hennessey, B. A. and Tighe, E. M. 1994. The Work

Preference Inventory: Assessing Intrinsic and ExtrinsicMotivational Orientations.

Journal of Personality and Social Psychology, 56 (5), 950-967.

Feldhusen,J.F. 1995. Creativity: AKnowledge Base, Metacognitive Skills, and

Personality Factors. Journal of Creative Behavior. 29(4), 255-268.

Harris, D. B. (1963). Children’s as Measure of Intelligence Maturity, New York:

Harcourt, Brace & World.

Jonassen, D. H. (1998), Designing Constructivist Learning Environment 1. In C. M.

Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ:

Lawrence, Erlbaum.

Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-kanak, Selangor: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Nuthall, G. (1996). Commentary: Of Learning and Language and understanding The

Complexity of The Classroom. Educational Psychologist, 31, 207-214

Ormrod, J.E. (2003). Educational Psychology: Developing Learners. Upper Saddle

River, NJ: Pearson Education Inc.

Convay, J. (1997). Educational Technology’s Effects on Models of Instruction. (Article

posted May, 1997). Diambil pada 19 April 2013 daripada

http://udel.edu/~jconway/EDST666.htm.

Figg, G. (2003). Children’s Drawing. Dalam Janet Atkin (Ed.) Early Education Child

Development Series. Diambil pada 20 April 2013 daripada http://www.early-

education.org.uk/1leaflet1.htm