Esei agama aa301

30
AA301 TAMADUN ISLAM NAME : Nor Hazwani Fasihah Binti Mohammad Nazri 10DAT11F2046 Nur Dalila Binti Mohd Zamri 10DAT11F2016 Rupini A/P Arumugam 10DAT11F2024 Vikneshwary A/P Veran 10DAT11F2005 PROGRAMME : DAT3A 1

description

 

Transcript of Esei agama aa301

Page 1: Esei agama   aa301

AA301

TAMADUN ISLAM

NAME : Nor Hazwani Fasihah Binti Mohammad Nazri 10DAT11F2046Nur Dalila Binti Mohd Zamri 10DAT11F2016Rupini A/P Arumugam 10DAT11F2024Vikneshwary A/P Veran 10DAT11F2005

PROGRAMME : DAT3A

LECTURER : UST. ABD RAHMAN B.MAMAT

1

Restricted for Invigilator only

Page 2: Esei agama   aa301

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN 3

ISI HURAIAN (RIWAYAT) 4

MASA KECIL & TERBATASNYA BERITA

5

KEPIMPINAN & KABILAHNYA 5

NAMA & JULUKANNYA, MASA MUDA 6

PERWATAKAN & PERANGAINYA 7

KECINTAANNYA PD MEKAH & HUBUNGAN DGN MUHAMMAD

8

PENERIMAAN DAKWAH TANPA RAGU 9

ABU BAKAR ORG PERTAMA PELUK ISLAM

10

ISRAK’MIKRAJ 11 – 12

KEMARAHAN ABU BAKAR 13 – 14

KEKUATAN IMAN ABU BAKAR 15

PERLANTIKAN ABU BAKAR SBG KHALIFAH

16

POLISI PENTADBIRAN & PERANAN 17 – 18

SUMBANGAN 19

KESIMPULAN 20 – 21

RUJUKAN 22

2

Page 3: Esei agama   aa301

PENDAHULUAN

Kerajaan Islam selepas Rasulullah S.A.W diperintah oleh empat orang khalifah iaitu Khalifah

Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar bin Al-Khattab, Khalifah Usman bin Affan, dan Khalifah

Ali bin Abi Talib. Khlaifah- khalifah di atas terkenal dengan gelaran Khurafa Ar- Rasyidin yang

bererti Ketua – ketua Negara Islam. Kerajaan Islam di bawah pemerintahan Khurafa Ar-Rasyidin

yang berpusat di Madnah telah mentadbir Negara islam lebih kurang 29 tahun, iait bermula pada

tahun 11 Hijrah dan berakhir pada tahun 41 Hijrah.

Terdapat empat cara pelantikan khalifah iaitu melalui Bai’at atau pemberian taat setia, wasiat,

sistem syura, dan persetujuan sepihak. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq adalah salah seorang dari

empat orang khalifah yang dilantik di dalam Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau dilantik

melalui kaedah Bai’at, ianya berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama dinamakan al-

Baiat al-Khassah, dimana pemberian taat setia dilakukan oleh golongan khas di dalam

perhimpunan di Saqifah Bani Saidah sahaja. Kemudian barulah beliau menrima al-Baiat al-

Ammah, iaitu pemberian taat setia oleh rakyat jelata pada hari yang kedua di Masjid Nabi.

Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Abi Quhafah. Beliau dilahirkan dua tahun selepas

kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau berketurunan Bani Tamim dan merupakan orang yang

mula-mula memeluk agama islam. Beliau digelar As-Siddiq kerana membenarkan percakapan

dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. Beliau mula memerintah Negara pada 11 Hijrah

sehinggalah beliau wafat pada 13 Hijrah setelah 2 tahun memerintah Negara. Sifat

keperibadiannya sentiasa jujur dan amanah, memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji,

sentiasa membenarkan kata- kata Rasulullah SAW, dan sangat setia kepada Rasulullah SAW.

ISI HURAIAN

3

Page 4: Esei agama   aa301

“KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ”

MASA KECIL DAN TERBATASNYA BERITA

4

Nama sebenarnya : Abdullah bin Abi Quhafah Dilahirkan di Mekah pd th 572 masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, Bani Tamim Ahli perniagaan berjaya yg menyumbang kpd perkembangan dakwah Islam Merupakan lelaki dewasa pertama memeluk Islam Setelah memeluk Islam beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah org yg mula-mula

beriman dgn dakwah Rasulullah Diberi gelaran 'As- Siddiq' kerana sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa

yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a. w. cth : mengakui kebenaran peristiwa Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah

Dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullah wafat Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun

RIWAYAT HIDUP ABU

Sentiasa bersopan santun

Pengasih dan amat penyayang

Bersifat lemah lembut Ikhlas dalam

perjuangan Bercakap benar Tabah menghadapi

dugaan

KEPERIBADIAN SAIDINA ABU BAKAR

Page 5: Esei agama   aa301

Sumber-sumber yang sampai kepada kita mengenai masa kecil  Abu Bakar tidak banyak

membantu untuk mengenai peribadinya dalam situasi kehidupan saat itu. Cerita sekitar masa

anak-anak dan  remajanya tidak juga memuaskan. Apa yang diceritakan tentang kedua  orang

tuanya tidak lebih daripada sekadar menyebut nama saja.  Setelah Abu Bakr menjadi tokoh

sebagai Muslim yang penting, baru  nama ayahnya disebut-sebut. Ada pengaruh Abu Bakr dalam

kehidupan  ayahnya, namun pengaruh ayahnya dalam kehidupan Abu Bakar tidak  ada. Tetapi

yang menjadi perhatian kalangan sejarawan waktu itu justeru  yang menyangkut kabilahnya serta

kedudukannya di  tengah-tengah masyarakat Kuraisy. Tidak bezanya mereka itu dalam hal  ini

dengan sejarah Arab umumnya. Dengan melihat pertaliannya  kepada  salah satu kabilah sudah

cukup untuk mengetahui watak dan  akhlak mereka. Adakalanya yang demikian ini baik, dan

kadang  juga  mereka yang percaya pada prinsip keturunan itu berguna untuk  menentukan

kecenderungan mereka, kendati yang lain menganggap  penilaian demikian sudah berlebihan,

dan ini yang membuat mereka tidak cermat dalarn meneliti.

KABILANHYA DAN KEPIMPINANNYA

Abu Bakar dari kabilah Taim bin Murrah bin Ka'b. Nasabnya  bertemu dengan Nabi pada Adnan.

Setiap kabilah yang tinggal di  Mekah mempunyai keistimewaan tersendiri, yakni ada tidaknya 

hubungannya  dengan sesuatu jabatan di Ka'bah. Untuk Banu Abd  Manaf tugasnya siqayah dan

rifadah, untuk Banu Abdid-Dar, liwa', hijabah dan nadwah, yang sudah berjalan sejak sebelum

Hasyim, datuk Nabi lahir. Sedang pimpinan tentera di pegang oleh Banu Makhzum, nenek

moyang Khalid bin Walid, dan Banu Taim bin Murrah menyusun masalah diat  (tebusan darah)

dan segala macam ganti rugi. Pada zaman jahiliah  masalah penebusan darah ini di tangan Abu

Bakar tatkala kedudukanya cukup kuat, dan dia juga yang memegang pimpinan kabilahnya.

Oleh  kerana itu bila ia harus menanggung sesuatu tebusan dan ia meminta  bantuan Kuraisy,

mereka pun percaya dan mahu memberikan tebusan  itu, yang tak akan dipenuhi sekiranya orang

lain yang memintanya.

NAMA DAN JULUKANNYA

5

Page 6: Esei agama   aa301

Lalu melangkah ke masa anak-anak, masa muda dan  masa  remaja, sampai pada apa yang

dikerjakannya. Disebutkan bahawa  namanya Abdullah bin Abi Quhafah, dan Abu Quhafah ini

pula nama  sebenarnya Usman bin Amir, dan ibunya, Ummul-Khair, sebenarnya  bernama Salma

binti Sakhr bin Amir. Disebutkan juga, bahwa sebelum Islam ia bernama Abdul Ka'bah. Setelah

masuk Islam oleh Rasulullah ia dipanggil Abdullah. Ada juga yang mengatakan bahawa beliau

bernama Atiq, kerana dari pihak ibunya tak pernah ada anak laki-laki yang hidup. Lalu  ibunya

bernazar jika ia melahirkan anak laki-laki akan diberi nama  Abdul Ka'bah  dan akan

disedekahkan kepada Ka'bah.  Sesudah itu, Abu Bakar hidup dan menjadi besar, ia diberi nama

Atiq, seolah ia telah  dibebaskan dari maut.

Tetapi sumber-sumber itu lebih jauh menyebutkan bahwa Atiq itu bukan namanya, melainkan

suatu julukan kerana warna kulitnya yang putih. Sumber yang lain lagi malah menyebutkan,

bahwa ketika  Aisyah putrinya ditanyai: mengapa Abu Bakar diberi nama Atiq ia  menjawab:

Rasulullah memandang kepadanya lalu katanya: Ini yang  dibebaskan Allah dari neraka; atau

kerana suatu hari Abu Bakar  datang  bersama sahabat-sahabatnya lalu Rasulullah berkata:

Barang  siapa ingin melihat orang yang dibebaskan dari neraka lihatlah ini. Mengenai gelar Abu

Bakar yang dibawanya.

MASA MUDANYA

Semasa kecil Abu Bakar hidup seperti biasanya anak-anak di  Mekah. Selepas anak-anak ke

masa usia remaja, beliau bekerja  sebagai pedagang pakaian. Usahanya ini mendapat kejayaan.

Dalam usia muda itu beliau berkahwin dengan Qutailah bint Abdul Uzza. Dari perkawinan  ini

lahir Abdullah dan Asma'. Asma' inilah yang kemudian dijuluki  Zatun-Nitaqain. Sesudah

dengan Qutailah ia kawin lagi dengan  Umm  Rauman binti Amir bin Uwaimir. Dari perkawinan

ini lahir pula  Abdur-Rahman dan Aisyah. Kemudian di Madinah beliau berkahwin dengan 

Habibah bint Kharijah, setelah itu dengan Asma' bint Umais yang  melahirkan Muhammad.

Sementara itu usaha dagangnya berkembang  pesat dan dengan sendirinya ia memperoleh laba

yang cukup besar.

PERWATAKAN DAN PERANGAINYA

6

Page 7: Esei agama   aa301

Kejayaannya dalam perdagangan itu mungkin saja disebabkan oleh pribadi dan wataknya.

Berperawakan kurus, putih, dengan sepasang  bahu  yang  kecil dan  muka lancip dengan  mata

yang cekung disertai dahi yang agak menonjol dan urat-urat tangan yang tampak jelas —

begitulah dilukiskan oleh puterinya, Aisyah Ummulmukminin. Begitu damai perangainya, sangat

lemah- lembut dan sikapnya yang tenang sekali. Tak mudah ia terdorong oleh hawa nafsu.

Dibawa oleh  sikapnya yang selalu tenang, pandangannya yang jernih serta pikiran  yang tajam,

banyak kepercayaan dan kebiasaan-kebiasaan  masyarakat  yang tidak diikutinya. Aisyah

mengatakan bahawa beliau tidak pernah  minum minuman keras, di zaman jahiliah atau Islam,

meskipun  penduduk Mekah umumnya sudah begitu hanyut ke dalam khamar dan mabuk-

mabukan. Ia seorang ahli genealogi — ahli silsilah — bicaranya sedap dan pandai bergaul.

Seperti dilukiskan oleh Ibn Hisyam, penulis kitab Sirah:

"Abu Bakar adalah laki-laki yang akrab di kalangan  masyarakatnya, disukai kerana ia serba

mudah. Ia dari keluarga  Kuraisy yang paling dekat dan paling banyak mengetahui seluk-beluk 

kabilah itu, yang baik dan yang jahat. Ia seorang pedagang dengan  perangai yang sudah cukup

terkenal. Kerana suatu masalah,  pemuka-pemuka masyarakatnya sering datang menemuinya,

mungkin  kerana pengetahuannya, kerana perdagangannya atau mungkin juga kerana cara

bergaulnya yang baik."

Kecintaanya Pada Mekah Dan Hubunngannya Dengan Muhammad

7

Page 8: Esei agama   aa301

Beliau tinggal di Mekah, di kampung yang sama dengan Khadijah  binti Khuwailid, tempat

saudagar-saudagar terkemuka yang membawa  perdagangan dalam perjalanan musim dingin dan

musim panas ke  Syam dan ke Yaman. Kerana tempat tinggal di kampung itu,  itulah  yang

membuat hubungannya dengan Muhammad begitu akrab  setelah Muhammad berkahwin dengan

Khadijah dan kemudian tinggal  serumah. Hanya dua tahun beberapa bulan saja Abu Bakar lebih

muda  dari Muhammad. Besar sekali kemungkinannya, usia yang tidak  berjauhan, persamaan

bidang usaha serta ketenangan jiwa dan  perangainya, di samping ketidaksenangannya pada 

kebiasaan-kebiasaan   Kuraisy — dalam kepercayaan dan adat — mungkin sekali itulah semua

yang berpengaruh dalam persahabatan  Muhammad dengan Abu Bakar. Beberapa sumber

berbeza pendapat,  sampai berapa jauh eratnya persahabatan itu sebelum Muhammad  menjadi

Rasul. Di antara mereka ada yang menyebutkan bahwa  persahabatan itu sudah begitu akrab

sejak sebelum kerasulan, dan  bahwa keakraban itu pula yang membuat Abu Bakr cepat-cepat

menerima Islam.

Ada pula yang lain menyebutkan, bahwa akrabnya hubungan itu baru kemudian dan bahwa

keakraban pertama itu tidak lebih hanya kerana bertetangga dan adanya kecenderungan yang

sama. Mereka yang mendukung pendapat ini barangkali kerana kecenderungan Muhammad yang

suka menyendiri dan selama bertahun-tahun sebelum kerasulannya menjauhi orang banyak.

Setelah Allah mengangkatnya sebagai Rasul teringat ia pada Abu Bakar dan kecerdasan otaknya.

Lalu diajaknya ia bicara dan diajaknya menganut ajaran tauhid. Tanpa ragu Abu Bakar pun

menerima ajakan itu. Sejak itu terjadilah hubungan yang lebih akrab antara kedua orang itu.

Kemudian keimanan Abu Bakar makin mendalam dan kepercayaannya kepada Muhammad dan

risalahnya pun bertambah kuat. Seperti dikatakan oleh Aisyah: "Yang kuketahui  kedua orang

tuaku sudah memeluk agama ini, dan setiap kali lewat di  depan rumah kami, Rasulullah selalu

singgah ke tempat kami, pagi  atau  petang."

Menerima Dakwah Tanpa Ragu Dan Sebab

8

Page 9: Esei agama   aa301

Sejak hari pertama Abu Bakr sudah bersama-sama dengan  Muhammad melakukan dakwah demi

agama Allah. Keakraban  masyarakatnya dengan dia, kesenangannya bergaul dan mendengarkan 

pembicaraannya, besar pengaruhnya terhadap Muslimin yang  mula-mula  itu dalam masuk

Islam itu. Yang mengikuti jejak Abu  Bakar menerima Islam ialah Usman bin Affan, Abdul-

Rahman bin  Auf,  Talhah bin Ubaidillah, Sa'd bin Abi Waqqas dan Zubair bin  Awwam.

Sesudah mereka yang kemudian  menyusul  masuk  Islam — atas  ajakan  Abu  Bakr — ialah 

Abu Ubaidah bin larrah dan  banyak lagi yang lain dari penduduk Mekah.

Adakalanya  orang  akan  merasa  hairan  betapa  Abu  Bakar tidak merasa ragu menerima Islam

ketika pertama kali disampaikan  Muhammad kepadanya itu. Dan kerana menerimanya tanpa

ragu itu  kemudian Rasulullah berkata:

"Tak seorang pun yang pernah kuajak memeluk Islam yang tidak tersendat-sendat dengan begitu

berhati-hati dan ragu, kecuali Abu  Bakar bin Abi Quhafah.  la tidak menunggu-nunggu dan

tidak ragu  ketika kusampaikan kepadanya."

Sebenarnya tidak perlu hairan tatkala Muhammad menerangkan kepadanya tentang tauhid dan

dia diajaknya lalu menerimanya. Bahkan yang lebih menghairankan lagi bila Muhammad

menceritakan kepadanya mengenai gua Hira dan wahyu yang diterimanya, ia  mempercayainya

tanpa ragu. Malah kehairanan kita akan hilang atau  berkurang, bila kita ketahui bahaawa Abu

Bakar adalah salah seorang  pemikir Mekah yang memandang penyembahan berhala itu suatu 

kebodohan dan kepalsuan belaka. Ia sudah mengenai benar  Muhammad — kejujurannya,

kelurusan hatinya serta kejernihan  pikirannya. Semua itu tidak memberi peluang dalam hatinya

untuk  merasa ragu, apa yang telah diceritakan kepadanya, dilihatnya dan  didengarnya.

Abu Bakar Orang Pertama Yang Memperkuat Agama

9

Page 10: Esei agama   aa301

Teringat saya tatkala Hamzah bin Abdul Muttalib dan Umar bin Khattab masuk Islam, betapa

besar pengaruh mereka itu dalam memperkuat Islam, dan bagaimana pula Allah memperkuat

Islam dengan kedua mereka itu. Keduanya terkenal garang dan berpendirian teguh, kuat, ditakuti

oleh penentang. Juga saya ingat, betapa Abu Bakr ketika ia masuk Islam. Tidak ragu kalau saya

mengatakan, bahwa dialah orang pertama yang ditempatkan Allah untuk memperkuat agama-

Nya.  Orang yang begitu damai jiwanya, tenang, sangat lemah lembut dan  perkasa. Matanya

mudah berlinang begitu melihat kesedihan menimpa  orang lain. Ternyata orang ini menyimpan

iman yang begitu kuat  terhadap agama baru ini, terhadap Rasul utusan Allah. Ternyata ia tak

dapat ditaklukkan.

Orang yang mengira, bahawa kekuatan despotisma  dan  kekuasaan punya pengaruh besar di

dunia ini, ia sudah  terjerumus  ke dalam jurang kesalahan. Jiwa yang begitu damai, begitu  yakin

dengan keimanannya akan kebenaran, yang mengajak orang  berdakwah dengan cara yang

bijaksana dan nasihat yang baik, dengan  cara yang lemah lembut, yang bersumber dari akhlak

yang mulia dan  perangai yang lembut, bergaul dengan orang-orang lemah,  orang-orang miskin

dan kaum duafa, yang dalam penderitaannya sebagai  salah satu sarana dakwahnya — jiwa inilah

yang sepantasnya  mencapai sasaran sebagaimana dikehendaki,

Itulah jejak Abu Bakar r.a. pada tahun-tahun pertama dakwah  Islam, dan terus berjalan  sampai

pada waktu  ia memangku jawatan  selaku Khalifah, dan berlangsung terus sampai akhir

hayatnya.

KETIKA ISRA’

10

Page 11: Esei agama   aa301

Muhammad berbicara kepada penduduk Mekah bahawa Allah telah memperjalankannya malam

hari dari Masjidilharam ke Masjidil aqsa  dan bahawa beliau bersembahyang di sana. Oleh itu,

orang-orang musyrik itu diperolok, malah ada sebahagian yang sudah memeluk Islam pun

merasa  ragu. Tidak sedikit orang yang berkata ketika itu: Soalnya sudah  jelas.  Perjalanan

kafilah Mekah-Syam yang terus-menerus pun  memakan waktu sebulan pergi dan sebulan

pulang. Mana mungkin  hanya satu malam saja Muhammad pergi pulang ke Mekah!

Tidak sedikit mereka yang sudah Islam kemudian berbalik  murtad, dan tidak sedikit pula yang

masih merasa sangsi. Mereka pergi  menemui Abu Bakar, kerana mereka mengetahui

keimanannya dan  persahabatannya dengan Muhammad. Mereka menceritakan apa yang  telah

dikatakannya kepada mereka itu mengenai Isra’. Terkejut  mendengar apa yang mereka katakan

itu Abu Bakr berkata:

"Kalian berdusta."

"Sungguh," kata mereka. "Dia di masjid sedang berbicara dengan orang banyak."

"Dan kalaupun itu yang dikatakannya," kata Abu Bakar lagi,  "tentu ia mengatakan yang

sebenarnya. Dia mengatakan kepadaku,  bahawa ada berita dari Tuhan, dari langit ke bumi, pada

waktu malam  atau siang, aku percaya. Ini lebih lagi dari yang kamu herankan."

Abu Bakar lalu pergi ke masjid dan mendengarkan Nabi yang  sedang melukiskan keadaan

Baitulmukadas. Abu Bakar sudah pernah  mengunjungi kota itu.

Selesai Nabi melukiskan keadaan masjidnya, Abu Bakar berkata: "Rasulullah, saya percaya."

Sejak itu Muhammad memanggil Abu Bakr dengan "as-Siddlq". (Siddiq, orang yang selalu

membenarkan, percaya, yang menerapkan kata dengan perbuatan, yang kemudian menjadi gelar

Abu Bakr (al-Mu'jam al-Wasit); orang yang  mencintai kebenaran, yakni Nabi Ibrahim dan Nabi

Idris (Qur'an, 19. 41, 56). — Pnj.)

Pernahkah suatu kali orang bertanya dalam hati: Sekiranya Abu Bakar juga sangsi seperti yang

lain mengenai apa yang diceritakan Rasulullah tentang Isra’ itu, maka apa pula kiranya yang

akan terjadi dengan agama yang baru tumbuh ini, akibat kesangsian itu?  Dapatkah orang

memperkirakan berapa banyak jumlah orang yang akan jadi murtad, dan goyahnya keyakinan

dalam hati kaum Muslimin yang  lain? Pernahkah kita ingat, betapa jawapan Abu Bakar ini 

11

Page 12: Esei agama   aa301

memperkuat  keyakinan orang banyak, dan betapa pula ketika itu ia telah  memperkuat

kedudukan Islam?

Kalau dalam hati orang sudah bertanya-tanya, sudah memperkirakan dan sudah pula ingat,

nescaya ia tidak akan ragu lagi memberikan penilaian, bahawa iman yang sungguh-sungguh

adalah kekuatan yang paling besar dalam hidup kita ini, lebih besar daripada kekuatan kekuasaan

dan despotisma sekaligus. Kata-kata Abu Bakar itu  sebenarnya merupakan salah satu inayah

Ilahi demi agama yang benar  ini. Katakata itulah sebenarnya yang merupakan pertolongan dan 

dukungan yang besar, melebihi dukungan yang diberikan oleh  kekuatan  Hamzah dan Umar

sebelumnya. Ini memang suatu kenyataan apabila di dalam  sejarah Islam Abu Bakar mempunyai

tempat tersendiri sehingga  Rasulullah berkata: "Kalau ada di antara hamba Allah yang akan 

kuambil sebagai khalil (teman kesayangan), maka Abu Bakr-lah   khalil-ku. Tetapi persahabatan

dan persaudaraan ialah dalam iman,  sampai tiba saatnya Allah mempertemukan kita."

Kata-kata Abu Bakar mengenai Isra’ itu menunjukkan pemahamannya yang dalam tentang

wahyu dan risalah, yang tidak dapat  ditangkap oleh kebanyakan orang. Di sinilah pula Allah

telah  memperlihatkan kebijakan-Nya tatkala Rasulullah memilih seorang  teman dekatnya saat

ia dipilih oleh Allah menjadi Rasul-Nya untuk  menyampaikan risalah-Nya kepada umat

manusia. Itulah pula bukti  yang kuat, bahawa kata yang baik seperti pohon yang baik, akarnya 

tertanam kukuh dan cabangnya (menjulang) ke langit, dengan jejak yang abadi sepanjang zaman,

dengan kurniaan Allah. Ia tak akan  dikalahkan oleh waktu, tidak akan dilupakan.

12

Page 13: Esei agama   aa301

Kemarahan Abu Bakar

Orang  yang begitu damai  dan tenang ini tak pernah  mengenal marah, kecuali ketika melihat

musuh-musuh dakwah yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan kaum Munafik itu mulai

berolok-olok dan  main tipu muslihat. Rasulullah dan kaum Muslimin dengan pihak  Yahudi

sudah membuat perjanjian, masing-masing menjamin  kebebasan  menjalankan dakwah

agamanya serta bebas melaksanakan  upacara-upacara keagamaannya masing-masing. Orang-

orang Yahudi  itu pada mulanya mengira bahAwa mereka mampu mengambil  keuntungan dari

kaum Muslimin yang datang dari Mekah dalam  menghadapi Aus dan Khazraj.

Tetapi setelah ternyata tidak berhasil  mereka memecah belah kaum Muhajirin dengan kaum

Ansar, mulailah  mereka menjalankan tipu muslihat dan memperolok agama. Beberapa  orang

Yahudi berkumpul mengerumuni salah seorang dari mereka yang  bernama Finhas. Dia adalah

pendeta dan pemuka agama mereka. Ketika Abu Bakar datang dan melihat mereka, ia berkata

kepada Finhas ini:  "Finhas, takutlah engkau kepada Allah dan terimalah Islam. Engkau  tahu

bukan bahwa Muhammad Rasulullah. Dia telah datang kepada kita dengan sebenarnya sebagai

utusan Allah. Kalian akan melihat itu  dalam Taurat dan Injil."

Dengan berolok dan senyum mengejek di bibir Finhas berkata:

"Abu Bakar, bukan kita yang memerlukan Tuhan, tapi Dia yang  memerlukan kita. Bukan kita

yang meminta-minta kepada-Nya,  tetapi  Dia yang meminta-minta kepada kita. Kita tidak 

memerlukan-Nya,  tapi Dialah yang memerlukan kita. Kalau Dia  kaya,  tentu tidak akan minta

dipinjami harta kita, seperti yang  didakwakan oleh pemimpinmu itu. Ia melarang kalian

menjalankan  riba, tapi kita akan diberi jasa. Kalau Ia kaya, tentu Ia tidak akan  menjalankan ini."

Yang dimaksud oleh kata-kata Finhas itu firman Allah:

Siapakah  yang  hendak  meminjamkan  kepada  Allah  pinjaman yang baik, yang akan Ia

lipatgandakan dengan sebanyak-banyaknya." (Qur'an, 2. 245).

13

Page 14: Esei agama   aa301

Setelah Abu Bakar melihat orang ini memperolok firman Allah  serta wahyu-Nya kepada Nabi,

ia tak dapat menahan diri, dipukulnya  muka Finhas itu keras-keras seraya katanya:

"Demi Allah,  kalau tidak kerana adanya perjanjian  antara kami dengan kamu sekalian,

kupukul kepalamu. Engkaulah musuh Tuhan!"

Bukanlah aneh juga Abu Bakar menjadi begitu keras, orang yang begitu tenang, damai dan

rendah hati itu. Ia menjadi sedemikian rupa padahal usianya sudah melampaui lima puluh tahun!

Kemarahannya kepada Finhas ini mengingatkan kita kepada  kemarahan yang sama lebih

sepuluh tahun yang silam, yaitu ketika  Persia mengalahkan Rumawi, Persia Majusi dan Rumawi

Ahli Kitab.  Kaum Muslimin ketika itu merasa sedih karena diejek kaum musyrik  yang menduga

bahawa pihak Rumawi kalah kerana juga Ahli Kitab  seperti mereka. Ada seorang musyrik

menyinggung soal ini di depan  Abu Bakar dengan begitu bersemangat bicaranya, sehingga Abu

Bakar  naik pitam. Diajaknya orang itu bertaruh dengan sepuluh ekor unta  bahawa kelak

Rumawi yang akan mengalahkan pihak Majusi sebelum  habis tahun itu. Hal ini menunjukkan

bahawa Abu Bakar akan sangat  marah jika sudah mengenai akidah dan keimanannya yang

begitu  tulus  kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sikapnya tatkala beliau berusia  empat puluh,

dan tetap itu juga setelah sekarang usianya lima puluh  tahun sampai kemudian ketika ia sudah

menjadi Khalifah dan  memegang pimpinan kaum Muslimin.

14

Page 15: Esei agama   aa301

Kekuatan Iman Abu Bakar

Keimanan yang tulus inilah yang menguasai Abu Bakar,  menguasai segala perasaannya,

sepanjang hidupnya, sejak ia menjadi  pengikut Rasulullah. Orang akan dapat menganalisis

segala peristiwa  kejiwaannya dan perbuatannya serta segala tingkah lakunya itu kalau  orang

mahu melihatnya dari segi moral. Sebaliknya, semua yang di luar  itu, tidak ada pengaruhnya dan

segala keinginan yang biasa  mempengaruhi hidup manusia, dan banyak juga kaum Muslimin

ketika  itu yang terpengaruh, buat dia tidak ada ertinya. Yang berkuasa terhadap  dirinya — hati

nuraninya, pikiran dan jiwanya — semua  hanyalah demi Allah dan Rasul-Nya. Semua itu adalah

iman, iman  yang sudah mencapai tingkat tertinggi, tingkat siddiqin, yang sudah  begitu baik

tempatnya.

Kebenaran Dan Kasih Sayang Yang Bersatu Dalam Dirinya

Banyak orang yang sudah biasa dengan suatu kepercayaan sudah tidak ragu lagi, sampai ia jadi

fanatik dan kaku dengan kepercayaannya itu. Bahkan ada yang sudah tidak tahan lagi melihat

muka orang yang berbeza kepercayaan. Mereka menganggap bahawa iman yang sebenarnya

harus fanatik, keras, dan teguh. Sebaliknya Abu Bakar, dengan keimanannya yang begitu agung

dan begitu teguh, tidak pernah  ia goyah dan ragu, jauh dari sikap kasar. Sikapnya yang elok,

penuh  pemaaf, penuh kasih bila iman itu sudah mendapat kemenangan.  Dengan begitu, dalam

hatinya terpadu dua prinsip kemanusiaan yang  paling mendasari: mencintai kebenaran, dan

penuh kasih sayang.  Demi  kebenaran itu segalanya bukan apa-apa baginya, terutama  masalah 

hidup duniawi. Apabila kebenaran  itu  sudah dijunjung  tinggi,   maka lahir pula rasa kasih

sayang, dan ia akan berpegang teguh  pada prinsip ini seperti pada yang pertama. Terasa lemah

ia  menghadapi  semua itu sehingga matanya basah oleh air mata yang deras  mengalir.

15

Page 16: Esei agama   aa301

PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH

Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum bagibda wafat

Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.

Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik

baginda Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda

menjadi imam sewaktu baginda sakit Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji

pertama umat Islam

PERISTIWA PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH

- Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah.

- Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

- Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangklan memilih salah seorang dari dua samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin.

- Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.

- Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)

Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dab negara

16

Page 17: Esei agama   aa301

Kisah Pengorbanan Saiyidina Abu Bakar

Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina Abu Bakar telah bersembunyi di gua

Thur Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah

tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan

mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi

Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat didalam al

Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

POLISI PENTADBIRAN

Memerangi golongan murtad iaitu mereka yang keluar daripada agama islamMenghapuskan nabi palsu dan pengaruhnyaMemerangi golongan yang enggan membayar zakat kerana mereka telah mengingkari salah satu rukun islamMengerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk mmemerangi penduduk Ghasan yang telah membunuh utusan Nabi.Melantik khalifah sebagai peggantinya untuk menghindarkan perselisihan faham umat islam apabila beliau meninggal dunia.

PERANAN

Abu Bakar as-Siddiq telah Berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w telah wafat, beliau telah membaca petikan Surah Ali Imran ,ayat 144,sementara itu isu pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau menyatakan nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempat mereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda telah disemadikan di Madinah.

Abu Bakar juga menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah s.a.w untuk memimpin Negara Islam. Beliau telah mengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dalam kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesma kaum Aus dan Khazraj, di samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepimpinan semula jadi.

17

Page 18: Esei agama   aa301

Abu Bakar juga berjaya menyelesaikan soal al-Riddah. Perpecahan umat Islam timbul apabila ada golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Masalan ini menjadi duri dalam daging dan perlu dibenteras segera. Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan membentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya Berjaya menundukkan golongan nabi-nabi palsu,golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad. Tentera Islam Berjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin al-Riddah seperti Musailamah al-Kazzab,Sajjah al-harith,Tulaihah bin Khuwailid,Malik bin Nuwairah dan Aswad al-Ansi.

Khalifah Abu Bakar juga Berjaya meangani masalah ancaman musuh luar Negara Islam apabila menggerakan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w sebelum kewafatan baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah Berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilng yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatan Kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy.

Abu Bakar juga berjaya mengumpulkan al-Quran. Usaha ini diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Quran di buka bumi selepas kematian ramai al-hafiz dalam perang al Riddah. Usaha pengumpulan al-Quran dicadangkan oleh Umar Al-Khattab , walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang ,beliau akhirnya bersetuju dengan rancangan berkenaan. Sumbangan Saidina Abu Bakar ini sangat besar khasnya menyelamatkan al-Quran daripada terhapus.

Khalifah Abu Bakar juga telah menyusun pentadbiran dengan membahagikan Negara kepada 10 daerah dengan diketuai ole seorang Amir yang dibantu oleh iman,dan hakim,setiausaha dan Pegawai di Baitulmal.

Abu bakar juga melaksanakan dasar ketenteran dengan melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera untuk menghadapi Rom dan Parsi. Tentera Islam Berjaya mengambil alih kawasan Damsyik,Hims di Palestine dan di Jordan. Bagi menghadapi Parsi, Muthana bin Harithah telah dihantar untuk menghadapi pemberontakan di Teluk Parsi, menghantar Khalid al_Walid bagi menawan wilayah di Sungai Furat,dan merancang untuk menyerang wilayah Hirah di bawah kepimpinan Hurmuz sekali gus berjaya membunuh Hurmuz dan menawan Hirah diikuti Anbar.

18

Page 19: Esei agama   aa301

19

SUMBANGAN / PENGORBANAN DAN JASA SAIYIDINA ABU BAKAR

Sumbangan dan Pengorbanan Sebelum Menjadi khalifah

Jasanya ketika menjadi Khalifah

Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.

Membebaskan penganut Islam yang disiksa dengan membayar tebusan

Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan

Sanggup mengorbankan nyawanya utk menyelamatkan Rasulullah

Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah

Memerangi dan menghapuska golongan murtad dan org yang mengaku menjadi nabi

Memerangi golongan yang enggan membayar zakat

Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom

Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah

Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran

Page 20: Esei agama   aa301

KESIMPULAN

Tetapi apa yang menghilangkan kekaguman kita tidak mengubah penghargaan kita atas

keberaniannya tampil ke depan umum dalam  situasi ketika orang masih serba menunggu, ragu

dan sangat  berhati-hati. Keberanian Abu Bakar ini patut sekali kita hargai,  mengingat dia

pedagang, yang demi perdagangannya diperlukan  perhitungan guna menjaga hubungan baik

dengan orang lain serta  menghindari konfrontasi dengan mereka, yang akibatnya berarti 

menentang pandangan dan kepercayaan mereka. Ini dikhawatirkan  kelak  akan berpengaruh

buruk terhadap hubungan dengan para relasi  itu.

Berapa banyak orang yang memang tidak percaya pada  pandangan itu dan dianggapnya

suatu kepalsuan, suatu cakap kosong  yang tak mengandung arti apa-apa, lalu dengan sembunyi-

sembunyi  atau berpura-pura berlaku sebaliknya hanya untuk mencari selamat,  mencari

keuntungan di balik semua itu, menjaga hubungan dagangnya dengan mereka. Sikap munafik

begini kita jumpai bukan di kalangan  awamnya, tapi di kalangan tertentu dan kalangan

terpelajarnya juga.  Bahkan akan kita jumpai di kalangan mereka yang menamakan diri 

pemimpin dan katanya hendak membela kebenaran. Kedudukan Abu  Bakar yang sejak semula

sudah dikatakan oleh Rasulullah itu, patut  sekali ia mendapat penghargaan, patut dikagumi.

Usaha Abu Bakr melakukan dakwah Islam itulah yang patut dikagumi. Barangkali ada

juga orang yang berpandangan macam dia, merasa sudah cukup puas dengan mempercayainya

secara diam-diam dan tak perlu berterang-terang di depan umum agar perdagangannya selamat,

berjalan lancar. Dan barangkali Muhammad pun merasa  cukup puas dengan sikap demikian itu

dan sudah boleh dipuji. Tetapi Abu Bakar dengan menyatakan terang-terangan keislamannya itu,

lalu  mengajak orang kepada ajaran Allah dan Rasulullah dan meneruskan  dakwahnya untuk

meyakinkan kaum Muslimin yang mula-mula untuk  mempercayai Muhammad dan mengikuti

ajaran agamanya,  inilah yang belum pernah  dilakukan  orang;  kecuali  mereka  yang   sudah 

begitu  tinggi jiwanya, yang sudah sampai pada tingkat  membela kebenaran demi kebenaran.

20

Page 21: Esei agama   aa301

Orang demikian ini sudah berada  di atas kepentingan hidup pribadinya sehari hari. Kita

lihat, dalam  membela agama, dalam berdakwah untuk agama, segala kebesaran  dan kemewahan

hidup duniawinya dianggapnya kecil belaka. Demikianlah keadaan Abu Bakar dalam

persahabatannya dengan Muhammad, sejak beliau memeluk Islam, hingga Rasulullah berpulang

ke sisi Allah dan Abu Bakr pun kemudian kembali ke sisi-Nya.

21

Page 22: Esei agama   aa301

RUJUKAN

http://ana-usrati.blogspot.com/2011/08/khalifah-abu-bakar-alsiddiq.html

http://www.islam2u.net/index.php? option=com_content&view=article&id=68:bibliografi-dan-latar-belakang-saiyidina-abu-bakar-al-siddiq-ra&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=19

http://www.sabah.edu.my/cwm010/khulafakarrasyidin.htm

www.sasbadi.com

NEXUS VISTA SPM 2009

[email protected]

Tamadun Islam “Politeknik Seberang Perai”

http://sejarahtamadunislam.blogspot.com/2009/12/pendekatan-abu-bakar-as- siddiq-ketika.html

http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/kelahiran-dan-sumbangan- dalam-dakwah.html

http://bahayairan.wordpress.com/tag/abu-bakar-al-siddiq/

22