ESEI KAEDAH ABJAD
Click here to load reader
-
Upload
fatin-fatini -
Category
Documents
-
view
26 -
download
5
description
Transcript of ESEI KAEDAH ABJAD
ESEI KAEDAH ABJAD
Kaedah abjad merupakan kaedah klasik yang telah diguna pakai sejak tamadun
manusia seperti zaman Greek dan Rom lagi. Kaedah ini merupakan kaedah asas membaca
yang menjadi pilihan guru-guru yang mengajar membaca. Dalam kaedah ini, guru akan
memperkenalkan kepada 26 huruf yang ada iaitu a hingga z dan diikuti dengan membunyikan
huruf-huruf tersebut. Kemudian, murid-murid akan mempelajari huruf vokal seperti a, e, i, o, u
dan huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf dan cantuman huruf konsonan dan vokal
seperti ‘ca’, ‘ce’, ‘ci’, ‘co’, dan ‘cu’ serta huruf diftong yang terbentuk melalui gabungan ‘ai’, ‘au’
dan ‘oi’. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-
bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan (Khairuddin Mohamad, 20110),
misalnya cu + ci = cuci. Akhir sekali, murid diajar mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya
diajar membaca setelah mereka menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Oleh itu,
saya telah memilih kaedah ini yang dilihat sangat sesuai digunakan oleh guru di dalam bilik
darjah berdasarkan konteks masa kini kerana saya percaya kegagalan seorang murid untuk
mengenal huruf a sehingga z mengikut susunan dalam abjad akan melahirkan generasi yang
tidak boleh membaca.
Pertama sekali, kaedah ini yang berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan
terdiri daripada beberapa huruf (Zulkifley Hamid, 1994) menekankan murid untuk menghafal a,
b, c…y, z dan mengeja semua perkataan sebelum mereka boleh diajar kemahiran membaca
agar mereka dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru
dijumpai. Oleh itu, saya percaya kaedah ini amat sesuai sekali digunakan oleh guru di dalam
bilik darjah kerana murid mampu untuk berdikari dalam membaca perkataan baharu, meskipun
tidak pernah mempelajarinya kerana murid telah menguasai dan mengenal huruf serta mampu
membunyikan vokal konsonan dengan lancar. Contohnya, apabila guru memperkenalkan
perkataan baru seperti ‘ayah’, ‘buku’ atau ‘cuci’, mereka dapat mengeja dan membaca
perkataan tersebut hasil daripada kemahiran mereka mengenal pasti cantuman huruf vokal dan
konsonan yang membentuk suku kata seterusnya menjadi sebuah perkataan. Penggunaan
kaedah ini boleh dinaik taraf dengan mengaplikasikannya dalam teknologi seiring dengan abad
ini. Kad imbasan yang mengandungi abjad-abjad boleh diganti dengan persembahan slaid
menggunakan LCD dimana ianya amat sesuai sekali bagi generasi masa kini yang bijak IT.
Kaedah ini juga mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik untuk dijalankan di dalam bilik darjah
mengikut kreativiti seseorang guru itu. Selain itu, murid telah pun mempunyai pengetahuan
sedia ada mengenai sebahagian bentuk abjad dan bunyinya yang telah wujud dalam diri murid
itu sendiri. Sepertimana yang kita tahu, sebelum seorang kanak-kanak itu boleh bercakap
dengan lancar, dia akan menyebut suku kata seperti ‘ma, ma, ma’ tanpa mengenali sebarang
abjad dan tidak diajar oleh sesiapa pun. Jadi, ini membuktikan bahawa kanak-kanak telah pun
mempunyai pengetahuan tentang sebahagian abjad. Oleh itu, keadaan ini dapat memudahkan
guru untuk menanamkan kemahiran membaca dalam diri murid kerana murid sudah pun
mempunyai pengetahuan tentang abjad.
Kedua, kaedah ini memberikan kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti
asas membaca. Justeru, tidak akan timbul kekeliruan yang akan merencatkan proses bacaan
murid malah mereka akan akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari. Disamping itu,
murid yang mempunyai kemahiran asas yang mantap serta binaan yang kukuh dalam aktiviti
asas membaca akan menimbulkan satu motivasi diri yang positif untuk terus memajukan
kemahirannya. Sehubungan itu, murid yang yakin dengan kebolehannya akan semakin cekap
kerana mempunyai daya saing yang tinggi. Keadaan ini dapat mendorong mereka untuk
bersaing secara sihat serta membaiki kelemahan diri disamping menanam minat untuk belajar
secara terbuka. Contohnya, murid yang telah menguasai kemahiran ini akan mengeja atau
membaca sebarang perkataan yang dilihatnya tidak kiralah di dalam televisyen ataupun papan-
papan iklan kerana ingin menguji kecekapan diri mereka sendiri. Sesungguhnya, kaedah abjad
dapat membantu murid-murid untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran
membaca serta memberikan keyakinan kepada mereka untuk terus membaca (Khairuddin
Mohamad, 2011).
Tambahan lagi, penggunaan kaedah ini amat sesuai dengan sistem bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya (Khairuddin Mohamad, 2011).
Disebabkan itu, murid akan lebih jelas tentang perbezaan bunyi pada setiap huruf malah
mengambil masa yang lebih singkat untuk menguasainya. Dalam kaedah ini, murid perlu
mengenal pasti nama-nama huruf serta bunyinya terlebih dahulu melalui latihan menyebut dan
menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Disini, murid yang telah mahir tidak akan
menghadapi masalah untuk membaca kerana dapat mengenal pasti bunyi-bunyi suku kata yang
telah dicantum menjadi sebuah perkataan dimana suku-suku kata tersebut mempunyai bunyi
yang sama dan tidak berubah-ubah. Oleh itu, mereka tidak akan menghadapi sebarang
masalah untuk mengenal perkataan-perkataan yang tidak pernah dijumpai. Akan tetapi,
kegagalan mereka dalam mengenal huruf-huruf yang ada akan mengakibatkan kesukaran
menjalankan aktiviti membaca. Selain itu, murid boleh menghafal kesemua abjad berserta
bunyinya untuk membantu dalam mengenali perkataan-perkataan yang baru.
Disamping itu, penggunaannya amat sesuai dengan sistem bahasa Melayu kerana
terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya (Khairuddin Mohamad, 2011). Sebagai
contoh, huruf konsonan ‘b’ apabila dicantum dengan huruf vokal ‘a’ akan sentiasa menjadi suku
kata yang berbunyi ‘ba’ walaupun digabungkan dengan suku kata yang lain seperti ‘baju’, ‘baru’
dan ‘basuh’. Sehubungan itu, murid yang telah menghafal kesemua huruf-huruf dan suku-suku
kata dapat membaca dengan mudah kerana dapat mengecam suku kata yang telah dipelajari.
Murid juga dapat mengeja perkataan-perkataan baharu sekiranya mereka telah menguasai
kesemua huruf dan dapat membunyikan huruf-huruf vokal dan konsonan dengan baik.
Contohnya, apabila sesuatu perkataan baru diperkenalkan, guru akan meminta murid untuk
mengeja perkataan tersebut tanpa bimbingan daripada guru. Akan tetapi, murid tersebut
berjaya mengejanya tanpa sebarang masalah kerana dia menggunakan pengetahuan sedia
ada iaitu mengeja mengikut suku kata perkataan tersebut.
Namun begitu, kaedah ini juga mempunyai beberapa kelemahan seperti murid-murid
masih terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja akan menyebabkan mereka terdorong
untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan kurang
lancar. Selain itu, murid tidak memahami apa yang dibaca walaupun boleh membaca dengan
lancar perkataan yang diberi kerana mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran
semata-mata yang diperoleh menerusi hafalan sahaja serta kaedah ini boleh membosankan
murid jika latih tubi yang diberi agak berlebihan.
Konklusinya, saya percaya kaedah abjad adalah kaedah yang terbaik bagi guru-guru
mempraktikkannya di dalam kelas. Dengan kreativiti dan cara penggunaannya yang betul,
kaedah ini amat mudah digunakan dan dapat membantu pelajar yang lemah untuk membaca
dalam masa yang singkat.