Esei Kumpulan 11.doc

25
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM ET01AH-DIPLOMA PENDIDIKAN ( SASTERA ) MATA PELAJARAN ( FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA) KPF 4013 ESEI KUMPULAN 11 ( PENGENALAN KEPADA FALSAFAH, PENDIDIKAN, FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KURIKULUM ) Disediakan Oleh : MOHD IDRIS BIN JAAMAT L20122009359 Pensyarah : ( DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM ) 1

Transcript of Esei Kumpulan 11.doc

Page 1: Esei Kumpulan 11.doc

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROGRAM

ET01AH-DIPLOMA PENDIDIKAN ( SASTERA )

MATA PELAJARAN

( FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA)

KPF 4013

ESEI KUMPULAN 11

( PENGENALAN KEPADA FALSAFAH, PENDIDIKAN, FALSAFAH

PENDIDIKAN DAN KURIKULUM )

Disediakan Oleh :

MOHD IDRIS BIN JAAMAT

L20122009359

Pensyarah :

( DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM )

1

Page 2: Esei Kumpulan 11.doc

PENDAHULUAN

Secara umumnya istilah falsafah adalah berasal dari negara barat iaitu negara yang

mengembangkan ilmu ini Yunani Kuno. Kata filsafat berkaitan erat dengan segala sesuatu yang boleh

difikirkan oleh manusia, malah sentiasa diperbahasakan oleh manusia melalui ilmu pengetahuan. Oleh

sebab itu hakikat falsafah kebiasaannya menggunakan akal fikiran tetapi tidak semua proses berfikir itu

adalah falsafah. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mengandungi falsafah, namun mereka

mempunyai hikmah dan hukamak yang bererti bijaksana atau ahli bijak pandai. Sebenarnya ilmu ini

adalah datangnya dari pengaruh Yunani kuno. Seorang tokoh Islam Al-Farabi telah mendefinisikan falsafah

yangdiambil daripada perkataan Yunani :

‘philosophia’

Yang kemudiannya dihuraikan sebagai

‘Philos’

Yang bererti pencinta, dan

‘ sophia’

Yang bererti bijaksana.

Secara rangkumannya pengertian falsafah ialah ‘pencinta bijaksana’. Plato (427-348 SM)

menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai

hakikat kebenaran yang hakiki. Sementara itu Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk  Sistematika Filsafat

menterjemahkan perkataan.

‘philosophia’

sebagai ‘cinta kepada pengetahuan bijaksana’. Pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak kunci

kepada pembuka rahsia kebenaran. Mencari kebenaran adalah suatu perkara yang harus ada dalam diri

seseorang ahli falsafah. Oleh yang demikian falsafah bolehlah diertikan juga usaha mencari hakikat

sesuatu, berusaha mencari sebab dan akibat, dan berusaha mentafsirkan pengalaman-pengalaman

manusia. Dengan dasar itu ahli falsafah dapat memberikan pendapat dan keputusan yang bijaksana.

CABANG-CABANG FALSAFAH

Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang iaitu metafizik, aksiologi, epistemologi

dan logik.

2

Page 3: Esei Kumpulan 11.doc

Metafizik ( Ontologi )

Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti

sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,

metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik

bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:

Apa itu kebenaran?

Adakah Tuhan wujud?

Siapa itu manusia?

Apakah itu kebebasan manusia?

Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?

Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-

soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian

saintifik.

Aksiologi

Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang

falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh.

Ia merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.

1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang

paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada

kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu

masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang

berikut:

· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.

· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;

· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.

3

Page 4: Esei Kumpulan 11.doc

Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:

· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?

· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?

· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?

2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling

dan kehidupan. Dengan kata lain, ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:

· Apa itu kecantikan?

· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

Epistemologi

Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan

kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau

‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada

penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Dengan kata lain, epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

Apa itu ilmu?

Apakah sumber-sumber pengetahuan?

Apa yang diketahui oleh manusia?

Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?

Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?

Selain itu, epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan

kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:

Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan

tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;

Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan

bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam

4

Page 5: Esei Kumpulan 11.doc

sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang

tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air

yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.

Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara

tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada

anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam

rumah.

Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai.

Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan

sebagainya.

Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan

seterusnya mengetahui sesuatu;

Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu

melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya

menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan

sebagainya.

Logik.

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan

yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah

dan yang mengelirukan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:

Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan

terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang

menjelaskannya.

Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh

yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil

secara logik.

Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?

Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

5

Page 6: Esei Kumpulan 11.doc

PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN

Pendidikan

Pendidikan adalah memperkenalkan Tuhan kepada manusia. Membersihkan hati insan

dari sifat-sifat keji ( Mazmumah) dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji ( Mahmudah ).

Melalui pendidikan manusia akan dapat membezakan antara perkara yang baik dan yang

buruk. Pendidikan juga adalah mengembalikan hati nurani manusia kepada keadaan fitrah

yang suci dan bersih. Nafsu perlu dikendalikan supaya tidak cenderung kepada kejahatan

dan maksiat tetapi cenderung kepada kebaikan dan ibadah. Pada masa kini banyak gejala

sosial berlaku kesan daripada kurangnya didikan yang diperolehi. Contohnya gejala ragut,

dangterisme, vandalisme, buli, ponteng sekolah dan masalah-masalah sosial yang lain.

Kesemua ini akan lebih merugikan masyarakat dan Negara.

Pengajaran merupakan proses belajar atau proses menuntut ilmu. Pengajaran adalah

proses mendidik yang melibatkan penerapan nilai-nilai. Di dalam pengajaran terdapat

proses pemahaman, penghayatan, penjiwaan, dan pengamalan. Ilmu yang telah diperoleh

terutama ilmu agama dicuba untuk difahami dan di hayati hingga tertanam dalam hati dan

dapat diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Pengajaran dan pendidikan atau dalam bahasa arabnya taalim dan tarbiah adalah dua

perkara penting di dalam membina manusia. Pengajaran dan pendidikan adalah dua

perkara yang berbeza tetapi banyak orang yang tidak faham tentang kedua perkara ini.

Pengajaran khusus ditujukan pada akal. Oleh karena itu mudah dan straight forward.

Sedangkan pendidikan adalah pembinaan insan yang tidak saja melibatkan perkara fisik dan

mental tetapi juga hati dan nafsu karena sesungguhnya yang dididik adalah hati dan nafsu.

Oleh karena itu pendidikan lebih rumit dan susah. Kedua perkara ini harus kita fahami benar

dalam membina insan. Keduanya diperlukan dalam pembinaan peribadi agar pandai

berbakti pada Tuhan dan pada sesama manusia.

Pengajaran adalah proses belajar atau proses menuntut ilmu. Ada guru atau ustaz yang

mengajar atau menyampaikan ilmu kepada murid yang belajar. Hasilnya murid menjadi

pandai, dan berilmu pengetahuan (‘alim). Pendidikan adalah proses mendidik yang

melibatkan penerapan nilai-nilai. Di dalam pendidikan terdapat proses pemahaman,

penghayatan, penjiwaan, dan pengamalan. Ilmu yang telah diperoleh terutama ilmu agama

6

Page 7: Esei Kumpulan 11.doc

dicuba untuk difahami dan di hayati hingga tertanam dalam hati dan dapat diamalkan dalam

kehidupan sehari-hari. Dengan kata lain pendidikan menyangkut tentang akhlak.

Pendidikan antara lain adalah memperkenalkan Tuhan kepada manusia. Membersihkan

hati insan dari sifat-sifat keji (Mazmumah) dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji

(Mahmudah). Pendidikan juga adalah mengembalikan hati nurani manusia kepada keadaan

fitrah yang suci dan bersih. Nafsu perlu dikendalikan supaya tidak cenderung kepada

kejahatan dan maksiat tetapi cenderung kepada kebaikan dan ibadah.

Namun, kita tidak boleh mendidik saja tanpa memberi ilmu, dan begitu juga sebaliknya,

kita tidak boleh memberi ilmu saja tanpa mendidik. Pengajaran tanpa pendidikan akan

menghasilkan masyarakat yang pandai tetapi rosak akhlaknya atau jahat. Masyarakat akan

maju di berbagai bidang dan kemewahan timbul dimana-mana tetapi akan timbul hasad

dengki dimana-mana karena jiwa tiap insannya tidak hidup. Manusia menjadi individual,

tidak berkasih sayang, dan kemanusiaan musnah. Manusia berubah identitinya. Fisiknya

saja manusia tetapi perangainya seperti syaitan dan haiwan.

Sebaliknya mendidik saja tanpa memberi ilmu akan menghasilkan individu yang baik

tetapi tidak berguna di dalam masyarakat. Mendidik tanpa ilmu menyebabkan insan

mempunyai jiwa yang hidup tetapi tidak ada ilmu untuk dijadikan panduan.

Tetapi perlu dipahami bahwa tidak semua orang mampu mendidik. Ada orang yang

berilmu banyak tetapi tidak mampu mendidik tetapi ada juga orang yang berilmu sedikit

tetapi dapat mendidik. Karena peranan pengajaran ilmu hanya sedikit saja sedangkan

selebihnya adalah peranan pendidikan.

Manusia menjadi jahat bukan karena tidak tahu ilmu. Jumlah orang bodoh yang jahat

hampir sama dengan jumlah orang pandai yang jahat juga. Bahkan orang pandai yang jahat

lebih jahat dari pada orang bodoh yang jahat, karena orang yang pandai menggunakan

kelebihan akal atau ilmunya untuk kejahatan. Manusia menjadi jahat adalah karena proses

pendidikannya tidak tepat sehingga jiwanya tidak hidup.

Dalam mencari ilmu, seseorang bisa belajar dari beberapa guru kerana hanya ilmu yang

kita pelajari. Tetapi, dalam mendidik atau mencari pendidik, tidak boleh ada lebih dari

seorang pendidik. Pendidik yang sesungguhnya adalah pemimpin, model, sekaligus contoh

untuk diikuti. Kalau ada banyak pendidik maka ibarat seperti masakan yang dimasak oleh

beberapa tukang masak. Dia akan jadi rosak. “ Too many cooks spoil the brook”.

7

Page 8: Esei Kumpulan 11.doc

Kemudian dilihat dari segi ilmunya, tidak semua ilmu mempunyai nilai pendidikan. Ilmu

Agama khususnya Ilmu Fardlu ‘Ain seperti ilmu mengenal Tuhan memang untuk mendidik.

Sedangkan kebanyakan Ilmu Akademik seperti Matematik, Perdagangan, Sejarah, Ilmu

Alam dan lain-lain tidak dapat untuk mendidik dan sekadar untuk mengajar saja. Meskipun

begitu, jika proses pendidikan berjalan dengan benar sehingga jiwa Tauhid hadir pada diri

seseorang maka ilmu-Ilmu Akademik akan menambah keyakinannya dan akan

menjadikannya semakin melihat betapa berkuasa dan Maha Hebatnya Tuhan.. Sebaliknya,

bagi pelajar-pelajar yang kosong jiwanya dari mengenal Tuhan, ilmu-ilmu tersebut hanya

akan melalaikan mereka karena mereka tidak mampu mengaitkan apa yang mereka pelajari

dengan Tuhan.

Dalam suatu proses membangun dan membina manusia, pengajaran dan pendidikan

adalah perkara wajib. Namun pendidikanlah yang lebih diutamakan karena jika pendidikan

tidak diutamakan maka akan terbangun masyarakat yang rusak dan merusakkan. Manusia

akan menjadi musuh kepada manusia yang lain dan kepada Tuhannya. Didiklah manusia

lebih dahulu sebelum mengajar mereka hingga pandai. Jadikan mereka berakhlak sebelum

menjadikan mereka berilmu. Kenalkan Tuhan lebih dahulu sebelum mengenalkan alam

semesta beserta ciptaanNya yang lain. Jadikan mereka sebagai hamba-hamba ALLAH lebih

dahulu sebelum menjadikan mereka sebagai khalifahNya.

Oleh yang demikian pengajaran dan pendidikan tidak dapat pisahkan kerana keduanya

saling bersangkut paut diantara satu dengan yang lain. Persoalan seterusnya, apakah

perbezaan di antara didikan dan latihan? Penjelasan akan dihuraikan dalan topik yang

seterusnya..

DIDIKAN ( EDUCERE ) DAN LATIHAN ( EDUCARE )

Pengertian pendidikan ia merupakan proses kesinambungan yang dialui oleh manusia

dengan cara bimbingan, latihan dan didikan khususnya berkaitan dengan perkembangan

intelek, kerohanian, jasmani, sosial dan estetika. Dengan erti kata lain, pendidikan juga

dipandang sebagai pewarisan kebudayaan dan pengembangan potensipotensi pada diri

manusia untuk menjadikan dirinya sebagai manusia yang berilmu, berakhlak,

sihat,berbudaya,berseni, berguna dan bertanggungjawab. Untuk mencapai matlamat

tersebut, pendidikan akliah atau intelektual amat penting dalam mendidik akal. Ini kerana

akal merupakan unsur paling berharga kepada manusia yang bertindak (berfikir) secara

rasional tetapi kemampuannya agak terbatas. Fungsi tersebut telah dijelaskan dalam

perkataan“iqra” yang mana keadaan akal sentiasa menerima bimbingan Allah. Oleh itu,

8

Page 9: Esei Kumpulan 11.doc

pendidikan Islam menekankan peri pentingnya pengisian dalam melatih akliah manusia

dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), sifat ketaatan (ta’abbud) dan penyucian rohani

(tazkiyyah). Dengan demikian, pendidikan akal atau mental tidak tersisih daripada nilai-nilai

kerohanian. Oleh itu, disini saya bukanlah hendak menghuraikan tentang pendidikan tetapi

ingin menghuraikan tentang didikan dan latihan yang menjadi proses kesinambungan

kepada manusia.Kita sudah memahami bahawa kepentingan pendidikan dalam kehidupan

akan menjadikan kita manusia yang berilmu pengetahuan.

Pengertian pendidikan (education) sentiasa berubah mengikut perubahan zaman, tujuan

dan tugasnya.‘Education’ berasal daripada dua perkataan Latin iaitu educare (latihan) dan

educere (didikan). Maksud didikan lebih menjerumus tentang komponen akliah atau intelek

dan matlamatnya adalah kepada pembinaan pemikiran yang bijaksana dan rasional serta

pembinaan jiwa manusia yang murni. Manakala latihan pula berfokuskan kepada gerakalaku

perbuatan dan bermatlamatkan pembentukan kemahiran motor atau gerakan seperti

melakukan sebarang kerja atau aktiviti.Konsep didikan adalah meluas di mana didikan

menzahirkan keupayaan diri atau ‘to lead out’. Dalam erti kata lain, didikan menekankan

pembelajaran untuk membina manusia mencapai tahap sedar-kendiri tentang kewujudan diri

dalam hubungan makhluk – makhluk lain, alam dan Maha Pencipta. Latihan pula

berkonsepkan ‘to train’ mengikut keperluan harian manusia seperti keperluan hidup,

keperluan sosial, pembangunan ekonomi dan sebagainya. Ciri–ciri didikan lebih kepada

proses pembelajaran tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk

pebelajaran ataupun pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning for

the sake of learning). Bagi didikan hasilnya tidak dapat dilihat secara eksplisit sebaliknya

dapat dilihat secara implisit (dalaman). Proses pendidikan lebih kepada proses jangka

panjang dan tidak ada batas sempadan. Didikan juga bersifat normatif di mana konsepnya

lebih ideal dan menyeluruh tentang manusia terdidik. Selain itu didikan juga bersifat bukan

instrumental. Didikan mengutamakan pendekatan pemusatan individu dan berpegang

kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu membina manusia yang bakal rasional, sedar

kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk

lain. Ciri – ciri latihan pula adalah proses pembelajaran yang akan berakhir apabila

kemahiran yang diharapkan tercapai. Berteraskan kandungan dan menganggap manusia

sebagai ‘tin kosong’ yang perlu diisi (to fill a bucket) dengan berbagai pengetahuan sama

ada relevan atau tidak. Pembelajaran pelbagai perkara adalah penting atas alasan

dirasakan penting untuk dipelajari. Bagi latihan hasilnya dapat dilihat secara eksplisit dan

proses pembelajaran latihan lebih kepada proses jangka pendek. Latihan bersifat tidak

normatif kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk

memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat. Latihan juga bersifat instrumental

9

Page 10: Esei Kumpulan 11.doc

iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapatkan sesuatu keperluan seperti keperluan

ekonomi, sosial, dan politik. Latihan juga mengutamakan pendidikan yang relevan dan

pragmatik demi kemandirian (survival) manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk

sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi.Contoh situasi didikan ialah apabila seseorang

guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran seperti sains dengan tujuan untuk memenuhi

keperluan sesuatu pekerjaan, di samping itu guru juga mengajar perkara lain seperti nilai

murni yang dapat membantu perkembangan pelajar sebagai seorang individu. Manakala

bagi situasi latihan pula, seseorang guru mengajar sesuatu mata pelajaran hanya untuk

memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan sahaja. Maka dapatlah disimpulkan disini bahawa

terdapat perbandingan di antara didikan dan latihan iaitu didikan adalah belajar untuk belajar

dari segi kebijaksanaan,memimpin dan berterusan manakala latihan adalah belajar untuk

keterampilan merangkumi kemahiran, melatih dan ada had.Oleh itu, kedua-dua aspek ini

sangat penting untuk meningkatkan kemahiran,nilai-nilai,unsur-unsur intelektual seperti

mana matlamat di dalam kurikulum kebangsaan yang ingin melahirkan manusia yang

memiliki sepenuhnya ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum

yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan

kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari

segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai

moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan

pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta

unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk

diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan

pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan

seperti berikut :

Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid

yanglengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam

dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu

10

Page 11: Esei Kumpulan 11.doc

pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk

melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang

berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk

keperluan negara.

[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

‘Perancangan yang dibuat untuk mengarah atau membantu pembelajaran di sekolah-

sekolah, dan ia biasanya diwakili oleh dokumen-dokumen umum’ (Husen & Lethwaite, 1987)

‘Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar di bawah kawalan kolej,

sekolah, universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain’ (Page & Thomas, 1978)

‘Tradisi ilmu yang terancang dan terkumpul yang terkandung di dalam mata pelajaran di

sekolah atau kolej’

Kurikulum - isi kandungan/ sukatan pelajaran/ silabus

Kurikulum

Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran.

Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada :

a. Pendidikan prasekolah

b. Pendidikan rendah

c. Pendidikan menengah

d. Pendidikan lepas menengah

e. Pendidikan tinggi

Sekolah ekspatriat atau sekolah antara bangsa tidak termasuk dalam sistem pendidikan

Kebangsaan.

Kategori institusi pendidikan pula ialah

Institusi pendidikan kerajaan

Institusi pendidikan bantuan kerajaan

Institusi pendidikan swasta

11

Page 12: Esei Kumpulan 11.doc

Perkara penting dalam kurikulum

1. Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum yang

piawaian (standard) iaitu kurikulum kebangsaan seperti yang diperuntukkan di dalam

seksyen 18

2. Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan kebangsaan telahpun berubah selaras

dengan perlaksanaan Akta Pendidikan 1996

3. Tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem

pendidikan kebangsaan telah bertambah dan bidang kuasa untuk bertindak juga kini

lebih meluas.

Pendidikan Prasekolah

1. Mengikut Akta Pendidikan 1996, pendidikan pra sekolah bererti program pendidikan

bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun

2. "Tadika" bererti mana-mana tempat dimana pendidikan prasekolah disediakan untuk

10 orang murid atau lebih

3. Pendidikan prasekolah diperuntukkan dalam seksyen 15 dalam sistem pendidikan

kebangsaan kerana ia merupakan sebahagian daripada pendidikan kebangsaan

untuk menyediakan asas yang kukuh dalam pendidikan formal kanak-kanak

4. Pendidikan prasekolah boleh dikendalikan oleh agensi kerajaan, organisasi bukan

kerajaan (NGO) ataupun institusi swasta

5. Agensi kerajaan yang mengendalikan prasekolah ialah Kementerian Pelajaran,

Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat

6. Semua Tadika wajib menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang

ditetapkan oleh kementerian pelajaran (seksyen 22)

Pendidikan Rendah

1. Pendidikan Rendah bermaksud kursus pengajian pada peringkat rendah yang

direncanakan bagi tempoh enam tahun , tetapi yang boleh tamat diikuti dalam

tempoh antara lima (5) hingga tujuh (7) tahun (seksyen 29)

2. Memperkenalkan satu pendekatan yang lebih luas (fleksibel) terhadap tempoh

persekolahan pendidikan rendah.

3. Tahun akhir sekolah rendah mewajibkan pelajar-pelajarnya menduduki peperiksaan

Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) untuk lima (5) mata pelajaran iaitu :

12

Page 13: Esei Kumpulan 11.doc

a. Bahasa melayu

b. Bahasa Inggeris

c. Matematik

d. Sains

4. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dirancang untuk membolehkan murid

menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

5. Kenaikan secara automatik ke peringkat menengah dikekalkan

6. Tahun 1994 penilian PAFA dimasukkan dalam UPSR, PMR dan SPM - Surat

Pekeliling Ikhtisas 4/1994.

7. Tahun 1997 mata pelajaran sains dimasukkan sebagai subjek peperiksaan dalam

UPSR.

8. Tahun 2002 Perlaksanaan PAFA disekolah rendah dan sekolah menengah

dilaksanakan - Surat Pekeliling Ikhtisas 17/2002.

9. Tahun 2003 pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dilaksanakan

dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris (EteMS)

o Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2002 - Perlaksanaan Mata Pelajaran

Sains Tahap Satu Sekolah Rendah

o Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/2002 - Perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan (SK) ,

sekolah kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah menengah (SM) dan tingkatan

enam mulai 2003.

Pendidikan Menengah

1. Pendidikan menengah bermaksud pendidikan yang disediakan untuk memenuhi

kehendak serta keperluan para pelajar diperingkat lebih tinggi.

2. Meliputi penilaian melalui peperiksaan SPM.

3. Manakala pelajar yang tidak mendapat penawaran kemasukan ke IPTA atau IPTS para

pelajar boleh menyambung pelaran di tingkatan enam untuk mengambil peperiksaan STPM.

Pendidikan khas

1. Pendidikan khas bermaksud pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan

pendidikan murid-murid khas (OKU).

13

Page 14: Esei Kumpulan 11.doc

2. Murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai

3. Kecacatan pengelihatan atau pendengaran

4. Mempunyai masalah pembelajaran

Pendidikan Islam

1. Para pelajar yang beraliran agama mereka mempunyai 2 aliran pembelajaran

sepertimana pembelajaran sekolah harian malahan ditambah pula subjek agama di

tingkatan 2 dan tingkatan 4.

2. Al Quran, Jawi dan Fardhu Ain adalah elemen-elemen dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekarang hanya memberi kepada

murid-murid pengetahuan dan kemahiran asas dalam bacaan al Quran, Fardhu Ain dan

Jawi. Kesemua perkara ini masih ada kelemahan dan perlu dimantapkan lagi. Mata

pelajaran Bahasa Arab Komunikasi sebagai bahasa tambahan diajar kepada murid

tahun satu dengan masa 60 minit seminggu mulai tahun 2003. la diajar oleh guru

Pendidikan Islam sedia ada.

Penilaian dan peperiksaan

Pendidikan guru

Tahun 2006 Maktab Perguruan dinaikkan taraf menjadi sebuah Institut Perguruan

Pendidikan politeknik dan vakasional

Pendidikan Maktab Swasta

Kurikulum Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ada dua kurikulum formal dan tidak formal.

Kurikulum terkini ialah Kurikulum standard sekolah rendah yang menggantikan kbsr yang

diharapkan dapat meningkatkan standard pencapaian murid yang mencakupi 4 M

1) menulis

2) membaca

3) mengira

4) menaakul

kurikulum kebangsaan  mencakupi pendidikan semua peringkat :

1) prasekolah

2) sekolah rendah

3) sekolah menengah

14

Page 15: Esei Kumpulan 11.doc

4) lepas sekolah menengah 

5) pendidikan khas

Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara Kementerian

Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan system

pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara

untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Transformasi berkenaan

membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan

kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi

penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan

murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui

transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam

sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan

dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat

berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu

komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan

teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid

menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini

menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan

modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

KURIKULUM TERSEMBUNYI

Kurikulum dan sekolah saling lengkap melengkapi. Setiap sekolah diMalaysia

mengikuti kurikulum yang sama. Melalui kurikulum yang dibina inilah pihak sekolah

dapatmembekalkan ilmu dan pengalaman kepada para murid. Di sebalik kurikulum yang

direkabentuk dan disusunatur persembahannya terdapat satu lagi kurikulum yang

tersembunyi. Menurut Roland Meighan dalam IshakRamly (2003), beliau menyatakan

kurikulum tersembunyi ialah segala amalan-amalan di sekolah yang kadangkala dilakukan

tanpa difikirkan tujuannya.Kesimpulannya, tidak terdapat definisi yang tepat dan khusus bagi

kurikulum tersembunyi kerana kedudukan, makna, fungsi dan peranannya dalampendidikan

15

Page 16: Esei Kumpulan 11.doc

adalah pelbagai arah, tidak khusus dan pelbagai objektif. Terdapat dua jangkaan kurikulum

tersembunyi iaitu jangka masa panjang dan jangkamasa pendek.

Konsep Kurikulum Tersembunyi

Istilah kurikulum tersembunyi merujuk segala perkara yang dapat mempengaruhi

pengajaran dan pembelajaran serta sistem persekolahan yang bertujuan untuk meningkat

dan mendorong pertumbuhan pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum tersembunyi ini

berlaku secara terselindung atau tidak rasmi dalam organisasi sekolah.

Kepelbagaian kurikulum tersembunyi ini telah membawa pelbagaiimplikasi serta

perubahan dalam mewariskan tradisi bagi mengekalkan struktur sosial masyarakat.

Kurikulum tersembunyi boleh berlaku secara adaptasi,asimilasi, interpretasi dan asosiasi

rukun serta susila hidup yang bersistem danberpelembagaan kepada generasi baru yang

menjadi pewaris masyarakat.Menyedari akan hakikat bahawa kurikulum pendidikan

mempunyai matlamat mengubah murid dari segi pemikiran, perasaan, perbuatan dan

kepercayaan kepada satu tahap yang diperakukan masyarakat maka mahu ataupun

tidak,sekolah telah mengambil alih dalam banyak perkara pendidikan daripada institusi-

institusi keluarga, masyarakat, kebudayaan dan sebagainya. Inibermakna dalam konteks

khusus, kurikulum tersembunyi telah berlaku dan dapatdiertikan sebagai menyediakan

pengalaman murid yang tidak diduga yang timbul daripada sesuatu kurikulum, serta juga

pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi dan pola budaya yang terdapat di

sekolah. Apa yang mungkin dialami oleh murid dalam kurikulum tersembunyi ialah mereka

dilatih untuk hidup dalam masyarakat dan diberi latihan yang lebih bersifat soft skils.Atau

kemahiran insaniah untuk masa hadapan dan memberi kepuasan kepadamereka sepanjang

berada di sekolah. Hakikatnya, walaupun tidak distrukturkan secara kemas dan tersusun

dalam pelaksanaan kurikulum rasmi sekolah, tetapi kurikulum tersembunyi ini dapat

menentukan keberkesanan pengalaman sekolah yang dilalui oleh setiap murid

Pelaksanaan Kurikulum Tersembunyi

Pelaksanaan Kurikulum tersembunyi ini sering menimbulkan persoalan dalam

kalangan masyarakat sekolah, sama ada pihak pentadbir, guru pekerja sekolah dan murid.

Persoalan yang timbul ialah dari manakah datangnya kurikulum tersembunyi ini, adakah dari

murid, guru atau orang-orangberkepentingan mendapatkan ganjaran dan kedudukan seperti

PIBG dan lain-lain.Untuk mengetahuinya, saya memetik pendapat Kliebard dan

16

Page 17: Esei Kumpulan 11.doc

Bellackdalam Inilah Kurikulum Sekolah (2003) yang telah mengemukakan tiga dimensi

kurikulum tersembunyi iaitu:

a) Kurikulum tersembunyi menunjukkan perlakuan hubungan sekolahyang meliputi interaksi

sosial guru, murid, struktur kelas, keseluruhan pola organisasi badan murid sebagai mikro

kosmos sistem nilai sosial.

b)Kurikulum tersembunyi dapat menjelaskan sejumlah prosespelaksanaan di dalam ataupun

di luar sekolah yang meliputi hal-halyang mempunyai nilai tambah, sosialisasi dan

pengekalan struktur organisasi kelas.

c) Kurikulum tersembunyi meliputi perkara-perkara yang dapat membezakan tingkat

kesengajaan yang dimiliki masyarakat yang diperoleh secara incidental dan pola-pola

kesejagatan ini sama-sama berperanan membentuk dan mengekalkan pola serta perlakuan

manusia. Kurikulum tersembunyi sama-sama berperanan dalammenentukan perubahan

fungsi nilai sosial pendidikan.

Secara terhad kurikulum tersembunyi meliputi pengelompokan murid berdasarkan

kemampuan, hubungan guru dengan murid, peraturan kelas, isibuku teks secara implisit,

perbezaan peranan murid berdasarkan jantina dan struktur kenaikan kelas. Manakala dalam

konteks yang lebih luas kurikulum tersembunyi ini meliputi hasilan sosiopolitik, kepercayaan,

nilai, adat budaya, sikap dan kekuasaan. Jelaslah di sini semua perkara yang dapat

mempengaruhi pelaksanaan kurikulum rasmi dan pendidikan dapat dikelompokan sebagai

kurikulum tersembunyi.

Aspek Kurikulum Tersembunyi

Seperti mana yang kita tahu kurikulum tersembunyi tidak direncanakan atau

diprogramkan tetapi kehadirannya sudah cukup untuk mempengaruhi tingkah laku murid.

Terdapat dua aspek dalam kurikulum tersembunyi yang menjalankan tugas ini iaitu:

a) Aspek Relatif.

Tetap Meliputi ideologi, keyakinan, nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi

sekolah. maksudnya di sini, masyarakat merupakan pihak yang menetapkan pengetahuan

yang harus diwarisi dan yang tidak perlu diwariskan kepada generasi muda yang memimpin

dan menerajui masyarakat. Selain itu, sistem pengurusan kelas, aturan yang diterapkan

serta pengelompokan murid juga telah membawa implikasi pengaruh kepada murid

17

Page 18: Esei Kumpulan 11.doc

b) Aspek Berubah-ubah

Meliputi angkubah organisasi sistem sosial dan kebudayaan. Perkara ini termasuklah

pengelolaan kelas oleh guru, penyampaian dan kaedah pengajaran yang hendak digunakan

dan sistem kenaikan kelas, yang mungkin berdasarkan bilangan jantina dalam kelas,

markah pencapaian dan lain-lain. Manakala sistem sosial pula meliputi hubungan murid

dengan guru, murid dengan murid, guru dengan pentadbir sekolah, guru dengan murid dan

sebagainya. Angkubah kebudayaan pula membawa pengertian segala sistem keyakinan

dan nilai yang didukung masyarakat dan sekolah.

Bagaimana Kurikulum Tersembunyi Berlaku?

Kita sedia maklum bagaimana kurikulum yang direkabentuk oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) berfungsi dan dilaksanakan di sekolah secara terancang.

Namun kurikulum yang kita sediakan itu jarang-jarang berfungsi seperti yang diharapkan

kerana sebahagian besarnya ilmu pengetahuan yang agak terpisah daripada situasi yang

boleh digunakan secara terus. Oleh yang demikian, kerelevanan ilmu itu sukar dilihat oleh

murid. Nilai-nilai hidup yang akhir-akhir ini diserapkan ke dalam kandungan pelajaran di

sekolah juga didapati bukan sahaja terlalu ideal tetapi terlalu janggal dari segi

pengajarannya sehinggakan murid merasai pembelajaran seperti mempelajari ilmu yang

bersifat akademik. Justeru, sebahagian proses pembelajaran boleh berlaku melalui cara-

cara lain daripada pengajaran formal yang berlandaskan kurikulum. Proses pembelajaran ini

ialah kurikulum tersembunyi yang banyak terdapat di sebalik matapelajaran yang dipelajari

di sekolah. Pembelajaran ini banyak membantu murid bukan sahaja untuk lulus dalam

peperiksaan tetapi yang lebih penting adalah untuk memastikan murid-murid memperoleh

kejayaan dalam hidup.

KESIMPULAN

Dapatlah dirumuskan di sini kurikulum tersembuyi adalah perlakuan,perancangan

dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan

secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya menjadi insan

yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat. Pembelajaran daripada

kurikulum tersembunyi ini sama pentingnya dengan kurikulum tersurat. Sebagai warga

pendidik kita seharusnya tahu apa yang kita mahu murid-murid kita belajar. Apabila kita

18

Page 19: Esei Kumpulan 11.doc

peka dengan keadaan ini maka kita dapat menggunakan sebaik mungkin peluang daripada

kurikulum tersurat untuk menyisipkan kurikulum tersurat ini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kurikulum tersembunyi ini mempunyai pertalian yang erat dengan

pengalaman persekolahan individu. Jika seseorang individu itu mengikuti perjalanan sistem

pendidikan yang diterjemahkan dalam pelbagai reka bentu kurikulum maka dia akan

memperoleh ilmu dan pengalaman persekolahan yang akan menjadi ingatan , panduan dan

pegangan hidup sehingga kanak-kanak itu dewasa. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi ini

mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam membentuk nilai dan budaya

masyarakat. Amalan dan kebiasaan tradisi ini akan membawa implikasi dan kestabilan

dankeharmonian pada masyarakat.

19