Esei Laras Sains

33
Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains Esei Laras Sains : Teknologi LASER Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak membantu kehidupan manusia itu sendiri. Perkataan laser sebenarnya adalah singkatan daripada frasa kata yang panjang, iaitu Light ´ ´ ´ Amplification Stimulated Emission Radiation . ´ Ini membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi. Teori cahaya laser telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun 1920. Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan. Menurut rekod sejarah, penjana laser yang pertama dihasilkan oleh Dr. Mainamm dari Jerman dan bahan asas yang digunakan untuk menjana cahaya laser adalah batu delima (Rubi) yang diperbaiki. Disebabkan laser tersebut diasaskan oleh batu delima maka digelar Laser Rubi. Ciri cahaya laser berbeza dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu yang kita gunakan di rumah. Tiga ciri utama yang ada pada cahaya laser adalah cahaya berketumpatan tinggi, sekata dan tidak mencapah. Ciri-ciri ini merupakan faktor utama cahaya laser amat berguna dalam aplikasi teknologi moden. Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah dalam bidang hiburan, aplikasi laser banyak digunakan, sebagai contoh penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau lagu. Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang percetakan iaitu menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat (toner). Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup. Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, cuma mesin fotokopi mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser. Penggunaan cahaya laser juga digunakan dalam bidang informasi dan teknologi maklumat. Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien. Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut dan diterjemah kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut. Dalam bidang keselamatan, penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi tentera, polis dan juga pasukan keselamatan yang lain. Sebagai contoh, dalam ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu. Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak. Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik serta lebih jitu. Laser memainkan peranan yang amat penting dalam bidang perubatan terutama penggunaan laser yang cukup sinonim dengan pembedahan mata. Selain itu, aplikasi laser juga digunakan dalam aplikasi dermatology (berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau ´ ´ membuang tanda-tanda pada pada kulit seperti tahi lalat. Pesakit yang mengidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut. Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan mudah melalui penggunaan laser. Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa. Dan yang terbaru laser digunakan dalam proses berkhatan. Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di Malaysia -penggunaan laser belum begitu popular. Dan berdasarkan kajian yang dibuat, antara sebab utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera dan juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang. Oleh hal yang demikian, penyelidikan dan pembangunaan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara kita Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini kerana laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru. Esei Sains : Makanan Pengubahsuaian Genetik

Transcript of Esei Laras Sains

Page 1: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Esei Laras Sains : Teknologi LASER Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak membantu kehidupan manusia itu sendiri.Perkataan ´laser´ sebenarnya adalah singkatan daripada frasa kata yang panjang, iaitu ´Light Amplification Stimulated Emission Radiation´.Ini membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.

Teori cahaya laser telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun 1920. Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan.Menurut rekod sejarah, penjana laser yang pertama dihasilkan oleh Dr. Mainamm dari Jerman dan bahan asas yang digunakan untuk menjana cahaya laser adalah batu delima (Rubi) yang diperbaiki. Disebabkan laser tersebut diasaskan oleh batu delima maka digelar Laser Rubi.

Ciri cahaya laser berbeza dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu yang kita gunakan di rumah. Tiga ciri utama yang ada pada cahaya laser adalah cahaya berketumpatan tinggi, sekata dan tidak mencapah. Ciri-ciri ini merupakan faktor utama cahaya laser amat berguna dalam aplikasi teknologi moden.

Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah dalam bidang hiburan, aplikasi laser banyak digunakan, sebagai contoh penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau lagu.

Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang percetakan iaitu menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat (toner). Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup.Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, cuma mesin fotokopi mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.Penggunaan cahaya laser juga digunakan dalam bidang informasi dan teknologi maklumat.Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.

Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut dan diterjemah kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.Dalam bidang keselamatan, penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi tentera, polis dan juga pasukan keselamatan yang lain. Sebagai contoh, dalam ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu. Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak.Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik serta lebih jitu.

Laser memainkan peranan yang amat penting dalam bidang perubatan terutama penggunaan laser yang cukup sinonim dengan pembedahan mata. Selain itu, aplikasi laser juga digunakan dalam aplikasi ´dermatology´ (berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada pada kulit seperti tahi lalat. Pesakit yang mengidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut. Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan mudah melalui penggunaan laser.Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa. Dan yang terbaru laser digunakan dalam proses berkhatan.

Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di Malaysia -penggunaan laser belum begitu popular. Dan berdasarkan kajian yang dibuat, antara sebab utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera dan juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang.Oleh hal yang demikian, penyelidikan dan pembangunaan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara kita Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini kerana laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru.

Page 2: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Esei Sains : Makanan Pengubahsuaian Genetik

MELAWAN lumrah atau fitrah alam, menukar kejadian alam dan pertikaian dakwaan isu hak milik produk merupakan isu hangat dalam bioteknologi. Di negara-negara Barat, isu makanan yang telah melalui pengubahsuaian genetik (GM) ini dibahaskan sehangat isu halal haram di negara-negara Islam. Perdebatan menyentuh berkenaan dengan isu keselamatan makanan, kemungkinan kesan buruknya terhadap alam sekitar, perubahan ekosistem dan isu etika.

Tidak dapat dinafikan, makanan GM ini telah mula ‘dihidangkan’ semenjak tahun 1996 lagi. Makanan GM pertama yang dikomersialkan adalah tanaman tomato yang dipanggil ‘FlavrSavr’ dihasilkan oleh Calgene (Brainyencyclopedia, 2004). Pada tahun 1992, Calgene telah menghantar tomato ini kepada U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk dijalankan ujikaji.

Menerusi keputusan yang diperoleh daripada FDA, tomato ‘FlavrSavr’ didapati tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan sekali gus tidak memerlukan sebarang label pemberitahuan bahawa ia adalah makanan GM. Keputusan ini juga membolehkan tomato ini dipasarkan pada tahun 1994.

Makanan GM ini dicetuskan sebagai suatu langkah bagi memenuhi permintaan penduduk dunia yang semakin berkembang selain meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan. Ia juga bagi tujuan bantuan makanan kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan di Dunia Ketiga seperti Afrika. Dikatakan ketika ini lebih 842 juta orang atau dua per tiga penduduk dunia mengalami kebuluran dan kekurangan zat, manakala 1.3 bilion orang dikategorikan dalam kategori daif dengan pendapatan per kapita kurang daripada USD$1 sehari (Ansel M. Sharp, 2005).

Kendatipun tujuan awalannya kelihatan tulus murni, makanan GM masih lagi berada di dalam kategori ‘kelabu’ atau samar-samar. Sehingga ke hari ini, tiada jaminan diberikan terhadapnya untuk pengambilan jangka panjang. Menerusi kajian para saintis, makanan GM ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Edwin Chargoff, yang dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Seperti juga dakwaan Bapa Biologi Molekul, Pertubuhan Perubatan Amerika juga telah mengeluarkan laporan yang sama terhadap kemungkinan proses GM ini berupaya mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Antara kegusaran yang dilaporkan adalah kemungkinan tanaman yang melalui proses GM dan (kejuruteraan genetik) GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain daripada kesan terhadap alam, kaedah GM ini akan berupaya mengubah alam semulajadi dengan menukar lumrah alam apabila binatang ternakan ditukar daripada kelompok herbivor kepada karnivor (Persatuan Sumber Asli United Kingdom: 2005).

Menurut laporan tersebut, kebiasaannya pada musim sejuk, rumput adalah tidak subur. Oleh sebab itu, pada masa tersebut, binatang ternakan akan diberi makan kacang soya sebagai makanan gantian. Bagaimanapun, terdapat juga penternak menggunakan bangkai binatang ternakan sebagai ganti bagi mengurangkan kos dan mengakibatkan penularan penyakit lembu gila berpunca daripada tindakan penternak-penternak tersebut.

Ketidakpastian terhadap status makanan GM ini juga telah mengubah tujuan asalnya sebelum ini dengan tindakan sesetengah negara Afrika seperti Sudan dan Angola menolak bantuan makanan yang datang daripada Bantuan Makanan Amerika Syarikat (US Food Aid). Kerajaan Sudan misalnya pada tahun 2003, telah mengeluarkan memorandum berhubung bantuan makanan ini agar menjamin bantuan makanan yang dihulurkan kepada mereka adalah bebas daripada sebarang bentuk unsur GM.

Perkara apakah lagi yang tidak menakutkan selain mengetahui makanan yang diambil jika tidak semua, sedikit adalah terdiri daripada gen manusia seperti yang dilakukan oleh para saintis Jepun yang telah menghasilkan sejenis padi yang tahan dengan bahan kimia dengan menggunakan gen yang diambil daripada hati manusia dan tomato yang diubahsuai dengan gen ikan? Adakah tindakan yang diambil kerajaan Sudan ini ibarat tidak sedar dek untung?

Page 3: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, “ Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya.” (Al-Maidah: 88)

Daripada ayat ini, Allah s.w.t menyuruh kepada hamba-hamba-Nya memakan makanan yang halal dan baik serta meninggalkan yang haram dan yang tidak baik.

Islam mengajar penganutnya berbuat baik kepada alam dan senantiasa bertanggungjawab menjaga alam ini bertepatan dengan peranannya sebagai khalifah di bumi. Islam tidak pernah menyulitkan. Malahan, Islam menganjurkan proses GM ini bagi mencapai kemaslahatan sejagat. Di dalam hadis, Rasullullah s.a.w pernah menegah orang Arab yang sedang mengkacukkan pohon kurma dengan menyuruh mereka membiarkan pohon itu berbuah secara semulajadi. Walau bagaimanapun, pohon yang dibiarkan berbuah secara semulajadi itu tidak berhasil. Seraya itu, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Kamu lebih mengetahui tentang urusan kamu.”

Syariah Islam tidak meletakkan batasan yang terlalu tegas di dalam hal ehwal duniawi yang terbukti bermanfaat kepada manusia jagat dan begitu juga sebaliknya. Merujuk kepada hadis tersebut, Rasulullah s.a.w lebih menerima keadaan alam secara lumrahnya tanpa campurtangan manusia. Walau bagaimanapun, jika diperlukan sebarang perubahan dan campurtangan demi kemaslahatan manusia, baginda Rasulullah s.a.w memperkenankan tindakan tersebut.

Islam melihat segala tindak tanduk dan perilaku penganutnya adalah berdasarkan ketentuan yang telah ditetapkan Allah s.w.t sebagaimana yang dicatatkan di dalam al-Quran dan sunah. Semua Muslim adalah bersaudara dan segala apa yang terdapat di atas bumi dan alam ini adalah milik abadi-Nya.

Muhammad Uthman El-Muhammady menerusi tulisannya bertajuk “Perspektif Islam Terhadap Sempadan Bioteknologi” telah menggariskan beberapa yang mana antara perkara yang turut ditekankan ialah keperluan kepada pengguna bioteknologi secara bertanggungjawab sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi (laman sesawang rasmi JAIS).

Isu berkenaan makanan dan proses GM ini masih lagi baru dalam negara ini. Seperti juga negara-negara yang awal mengenalinya, Malaysia tidak terkecuali dalam membahaskannya dari pelbagai sudut. Sebagai sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, dan sebagai negara yang memandang tinggi potensi makanan ‘halalan toyibah’, kerajaan perlu menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) intensif daripada pelbagai sudut tanpa mengenepikan sumber syariah Islam itu sendiri iaitu al-Quran, sunah, ijmak dan qias.

Esei Sains : Bioteknologi – Kelebihan dan Ancaman

BIOTEKNOLOGI merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke-21 ini, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa

Page 4: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan, iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

· Pembangunan Bioteknologi Pertanian – merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.· Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.· Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan – Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.· Pembangunan Bioteknologi Perindustrian – Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.· Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi – Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.· Pembangunan sumber tenaga – Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.· Pembangunan prasarana kewangan – Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).· Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan – Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.

Page 5: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

· Kedudukan strategik – mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.

Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods ini Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, persoalan yang lebih besar adalah makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”

Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

Page 6: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Page 7: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Esei Sains : DNA

Pernahkah anda menonton siri drama CSI di televisyen? Drama ini mengisahkan tentang sepasukan anggota forensik yang bertungkus-lumus mencari bahan dan bukti tentang sesuatu kejadian jenayah atau pembunuhan berlaku: bila, siapa yang terlibat dan proses kejadian berlaku atau rentetan masa serta punca kematian. Malahan mungkin banyak lagi rahsia yang akan dibongkar hasil daripada siasatan forensik tersebut.

Salah satu kaedah yang mereka lakukan untuk mengesan kehadiran orang lain atau siapa yang bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut adalah melalui proses pemprofilan DNA yang dapat membuktikan secara tepat suspek atau orang yang bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut. Bukan itu sahaja fungsi pemprofilan DNA kerana masih banyak lagi yang boleh dilakukan melalui proses ini.

Apakah DNA? DNA adalah nama singkatan bagi ´Deoxyribonucleic Acid´. Ia merupakan sebatian kimia kompleks yang ditemui di dalam nukleus setiap sel dan membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. DNA bagi setiap individu kecuali kembar yang serupa, adalah unik.

SUMBER-SUMBER DNA

Pada umumnya bahan-bahan yang boleh digunakan di dalam analisis DNA adalah terhad kepada bahan-bahan biologi semulajadi. Berikut adalah senarai bahan-bahan biologi yang mana DNA telah berjaya diasingkan dan dianalisis:• Darah dan kesan darah• Air mani dan kesan air mani• Tisu• Tulang dan organ• Rambut/bulu yang mempunyai akar• Bahan-bahan biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi.

Oleh kerana DNA adalah bahan biologi, ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber–sumber tersebut terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria.

PERANAN PEMPROFILAN DNA

Pemprofilan DNA adalah satu kaedah baru yang mula dikenali dan digunakan secara meluas oleh makmal-makmal forensik di seluruh dunia. Kaedah ini dilakukan dengan memeriksa kawasan-kawasan tertentu pada DNA manusia yang mempamirkan perbezaan yang tinggi di antara individu dengan individu lain.

Pemprofilan DNA digunakan untuk perbandingan iaitu menentukan sama ada sesuatu bahan bukti biologi yang ditemui di tempat kejadian jenayah, ada mempunyai hubungkait dengan suspek atau tidak.

Selain untuk menentukan sama ada suspek yang ditahan terlibat dengan kejadian jenayah tersebut atau tidak, konsep mengenalpasti identiti (pemprofilan DNA) ini juga boleh diperluaskan kepada penentuan hubungan kekeluargaan seperti paterniti, materniti, adik-beradik dan imigresen dan kes-kes jenayah (mengandung hasil daripada perbuatan rogol atau inses) .

KEMUDAHAN PEMPROFILAN DNA

Pada masa kini hanya Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang menjalankan analisis DNA. Sampel-sampel yang diterima oleh makmal-makmal cawangan di mana analisis DNA diperlukan, akan dihantar ke Ibu Pejabat bagi tujuan tersebut.

Kaedah analisis DNA yang digunakan di Jabatan Kimia Malaysia adalah teknologi terkini iaitu ´Polymerase Chain Reaction–Short Tandem Repeat´ (PCR-STR). Teknik ini menggunakan sistem pemprofilan multiplex yang dapat memberi profil daripada sembilan (9) lokus genetik STR. Melalui kaedah ini jantina bagi punca sampel yang dianalisis juga dapat ditentukan. Kaedah pemprofilan ini telah digunakan dan diterima keputusannya oleh seluruh dunia.

UJIAN DNA BAGI PERTELINGKAHAN PATERNITI

Page 8: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pihak swasta dengan mengenakan bayaran, bagi menyelesaikan pertelingkahan paterniti melalui analisis sampel darah daripada anak, ibu dan bapa.

INTEPRETASI KEPUTUSAN

Jabatan Kimia Malaysia mempunyai pengkalan data untuk mengetahui kekerapan sesuatu profil dalam populasi penduduk Malaysia.

Teknik PCR-STR (analisis pada 9 lokus genetik) mempunyai kuasa dikriminasi yang tinggi. Oleh itu, kemungkinan untuk dua orang mempunyai profil DNAnya sama adalah lebih kurang satu (1) dalam beberapa billion orang. Untuk ujian paterniti, kepastian seseorang yang disahkan sebagai bapa kandung biasanya adalah tidak kurang daripada 99.9 peratus.

Kesimpulannya, kajian demi kajian yang dilakukan melalui proses pemprofilan DNA ini telah banyak membantu pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah yang berhubungkait dengan kes-kes jenayah. Kes-kes tersebut tentunya memerlukan kepakaran tertentu untuk memastikan mereka-suspek yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kejadian tersebut. Kajian ini juga untuk mengenalpasti jantina dan identiti mangsa sekiranya mangsa tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau mangsa sukar untuk dicam – mungkin telah dibakar atau mengalami kecederaan yang teruk di muka dan badan.

Selain itu, kaedah ini juga dapat membuktikan hubungan kekeluargaan yang sahih antara anak dengan ibu bapa kandung dan adik-beradik serta keluarga yang mungkin telah lama terpisah. Oleh hal yang demikian, kelahiran/kemunculan lebih ramai pakar dalam bidang ini amat diharapkan kerana kaedah sains identiti – pemprofilan DNA ini amat berguna dan penting bagi menyelesaikan sesuatu kes.

Esei Sains : Fertigasi

FERTIGASI berasal daripada perkataan ‘fertilizer’ dan ‘Irrigation’. Definisi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.

Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti, dan mudah digunakan.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.

Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

· Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman;

· Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit;

· Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak;

· Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi;

· Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh;

Page 9: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

· Kualiti hasil yang lebih baik;

· Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%;

· Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai;

· Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.

· Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Dalam kaedah Fertigasi, beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.

Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion.

Justeru itu, industri pertanian perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan, program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.

Esei Sains : Pencemaran Udara

Pengenalan :Udara mengandungi 99.9% nitrogen dan selebihnya oksigen, wap air dan gas-gas nadir. Pencemaran udara berlaku apabila terjadinya pertambahan bahan asli atau sintetik pada jumlah yang mengubah kualiti asal udara sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa.Antara jenis-jenis utama pencemaran udara ialah jerebu, hujan asid, kesan rumah hijau, ‘smog’ dan penipisan lapisan ozon. Implikasinya amat serius kepada kesihatan manusia, hidupan lain dan alam sekitar.Pencemaran udara di Malaysia adalah pepejal terampai (PM10), ozon, sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tahap kualiti udara diukur menggunakan kaedah Indeks Pencemar Udara ( IPU ). Parameter-parameter yang diukur adalah ozon, karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan PM10.

Punca-punca utama :1. Secara semulajadi seperti letusan gunung berapi, kebakaran hutan secara semulajadi dan ribut pasir.2. Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil ( contohnya petrol, diesel dan arang batu ) untuk tujuan penjanaan tenaga, pelepasan asap kenderaan, pelepasan insudtri dan pembakaran sisa domestik.

Kesan-kesan :1. Kesihatan manusia dan hidupan lain :Asap dan jerebu mengganggu sistem pernafasan dan menyebabkan penyakit barah, penglihatan dan penurunan hasil pertanian apabila fotosintesis terhalang.Karbon monoksida mengakibatkan pening / sakit kepala dan boleh menyebabkan sesak nafas dan akhirnya mautSulfur dioksida boleh merosakkan sistem paru-paru dan menyebabkan hujan asidHidrokarbon memedihkan mata dan hidungOksida nitrogen memedihkan mata dan tekak, mengganggu sistem pernafasan dan merosakkan paru-paru2. Bangunan dan bahan binaan lain :Hujan asid dan ozon memudaratkan warna cat dan menghakis struktur-struktur binaan terutamanya yang diperbuat daripada batu kapur dan besi

Page 10: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

3. Ekonomi :Jerebu menjejaskan aktiviti pelancongan dan menurunkan produktiviti pertanian negara.

Kaedah kawalan :1. Kawalan undang-undang :Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan kawalan had tahap pelepasan Karbon Dioksida, Nitrogen Oksida dan Hidrokarbon untuk kenderaan bermotor dan asap hitam daripada kenderaan diesel dan pelepasan daripada industri melalui Peraturan-peraturan khusus dalam akta.2. Amalan gaya hidup mesra alam :Pengeluar ( pihak industri ) perlu mengamalkan mesra alam dan mematuhi undang-undang alam sekitar.Pengguna melakukan aktiviti mesra alam seperti menanam pokok, mengelakkan penggunaan CFC dan aerosol, menjimatkan penggunaan elektrik, menyelenggara enjin dan menguji pelepasan asap secara berkala. Sebagai warga alam yang bertanggungjawab, melaporkan sebarang kejadian pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar melalui talian hotline.

Esei Sains : Obesiti OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka.Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di televisyen, surat khabar dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing dan iklan pelbagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh.Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian lawan jenis. Ramai remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuhnya ideal (menjadi sedikit berotot atau kekar) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk memperlariskan barangan dagangan mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang ini, tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti merupakan salah satu masalah rumit yang seringkali dihadapi remaja dan juga termasuk orang dewasa.

Hal ini tercermin dalam banyak dana yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan adipose (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan tubuh) secara berlebihan. Jadi obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya penumpukan lemak di tubuhnya.Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja bertindak secara berlebihan. Seringkali pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet yang ketat dan mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak kunjung susut. Apa sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi penyebab obesiti.Menurut para pakar kesihatan, didasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang gerak sukan, emosi, dan faktor persekitaran.

GENETIKKegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAKSistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Page 11: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang).Daripqada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

POLA MAKAN BERLEBIHANOrang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.

KURANG GERAK SUKANTingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;2) angka metabolisme basal atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut.Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal.

PENGARUH EMOSIONALSebuah pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang yang gemuk dahaga akan cinta kasih, seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu, atau kelebihan makan adalah sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang kelebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meski banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal ini demikian kerana dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan ketegang atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat tertekan; orang dengan berat badan yang normal makan dalam situasi yang kurang tertekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang berkurangan, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan berkurangan, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

PERSEKITARANFaktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Page 12: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah sejauh tubuh anda tidak mengidap apa-apa penyakit maka tidak ada yang salah dengan tubuh yang besar (gemuk). Perkara lain yang juga tidak kalah penting adalah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga agar emosi anda tetap terkawal.

KARANGAN laras sains: Susu ibuSoalan: Susu ibu merupakan rumusan terbaik untuk bayi yang baru lahir. Bincangkan kepentingan susu ibu terhadap ibu dan bayinya.

Jawaban contoh

SUSU ibu merupakan rumusan terbaik untuk bayi yang baru lahir. Penyusuan ibu terhadap bayi, ternyata membawa kebaikan kepada si ibu dan bayinya sekali.

Ibu-ibu yang menyusukan bayinya sendiri dapat menjarakkan kelahiran bayi seterusnya secara semula jadi. Pihak ibu akan lewat didatangi haid apabila menyusukan bayinya. Hal ini menandakan selepas kelahiran bayinya, tahap subur ibu untuk hamil lagi masih jauh. Keadaan ini merupakan satu sistem perancang keluarga secara normal dan semula jadi yang sangat bermanfaat terhadap kesihatan pihak ibu.

Ibu-ibu yang menyusukan bayinya ternyata lebih sihat berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu badan. Bagi ibu yang menyusukan bayinya, risiko untuk mendapat kanser payu dara sangat rendah. Hal ini kerana sistem penghasilan dan pengaliran susu dalam badan berjalan lancar. Proses penyusuan bayi juga akan melancarkan peredaran darah dan keadaan ini akan merangsang pengecutan rahim dengan lebih cepat.

Bayi-bayi yang menyusu badan pula akan lebih tahan daripada dijangkiti penyakit. Susu ibu mengandungi kolustrum yang dapat membentuk antibodi yang tinggi. Dengan itu, bayi-bayi lebih terhindar daripada serangan selesema, penyakit kuning dan sebagainya. Selain itu, bayi-bayi yang kuat antibodinya tidak akan mengalami sebarang alahan makanan.

Susu ibu juga ternyata satu makanan yang sangat berkhasiat kepada bayi-bayi. Susu ibu mengandungi pelbagai mineral, kaya dengan protein serta sumber vitamin A dan C. Bayi-bayi akan kurang risiko dijangkiti penyakit seperti masalah gigi, tulang, penglihatan dan pertuturan. Malah, dengan menyusu ibu, bayi akan mempunyai rahang gigi yang kuat.

Kesimpulannya, susu ibu merupakan sumber makanan bayi yang sempurna. Amatlah malang jika sumber makanan dan kesihatan kepada bayi-bayi diabaikan pula oleh sesetengah ibu atas alasan kehidupan sosial mereka.

Tanah RuntuhKawasan tanah runtuh boleh berlaku:di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lamadi kaki atau permukaan atas cerundi kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lamadi kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampaudi kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadiRetakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki limaKetandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaanStruktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumahKeretakan ketara dan mendadak pada lantai konkritKepecahan serta kebocoran pada paip airKecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagarGarisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok

Page 13: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Pemendapan ketara permukaan jalanPintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa

SOALAN DAN JAWAPAN : PEMINDAHAN TEKNOLOGI

Pemindahan teknologi ialah usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asingdemi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.

1. Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asingdemi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.

2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.

(a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.

(b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkanpemprosesan data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.

(c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.

(d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak.

(e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentahkeluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.

(f). Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahaninfrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya.

(g). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.

(h). Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.

(i). Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi dalam membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam perindustrian.

(j). Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan.

(k).Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

(l). Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.

Page 14: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Karangan: Biodiversiti/ekologi alam sekitar Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.

KEPENTINGAN1. Pengekalan kitar hidrologiHidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.2.Modifikasi iklimBiodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.3.Kawal hakisan tanahDaun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogenTumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA1. NILAI PERUBATAN Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser.Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIAPemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH. Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan ketenangan mental.4. NILAI INTRINSIKKepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”. Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.

MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka.Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selama-lamanya.2. Pengeksploitasian hutan tropika.Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.

Page 15: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.

LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI1. Persidangan pengurusan biodiversiti.Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia.120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini.

Pendidikan Formal1. Mata pelajaran sains dan biologiPengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada manusia.2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulumMelalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan.3. Penulisan biodiversitiDengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.Pendidikan Tidak Formal1. Lawatan luarDengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.2. Aktiviti biodiversitiAktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.3. Program kesedaranProgram-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversiti dan alam sekitar dengan lebih berkesan.

Page 16: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

(e-Book)Buku elektronik gaya pembacaan baru Membaca teks bukan pada kertas? Kelihatan biasa-biasa sahaja kerana ia membayangkan anda membaca mesej yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, akhbar dalam talian, blog atau apa juga bacaan menerusi peralatan elektronik.Sebagai contoh, anda mungkin sedang membaca artikel ini tanpa perlu memegang sehelai kertas pun, sebaliknya dengan hanya melayari laman web Utusan Online di www.utusan.com my.Tetapi bila disebut membaca buku tanpa kewujudan buku itu secara fizikal, bunyinya agak asing bagi kebanyakan kita khususnya yang masih canggung dengan perkembangan teknologi.Konsep yang disebutkan sebagai buku elektronik (e-buku) dan juga buku mudah alih atau m-book itu memudahkan ‘ulat buku’ membaca bahan bacaan mereka ke mana sahaja tanpa membebankan.E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen digital dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, word dan html di komputer, telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Lebih menarik, teks yang dipaparkan, turut diringi dengan imej dan warna. Malah lebih menarik, anda boleh terus melangkau atau ke bab-bab tertentu dalam buku tersebut.Justeru, syarikat penerbitan tempatan sudah melihat akan kemungkinan anjakan konsep pembacaan daripada secara konvensional kepada elektronik yang dipelopori akhbar, majalah dan buku biasa. Apa yang penting industri ini masih memerlukan pembaca bagi memastikan ia tidak berkubur dengan pendekatan yang lebih popular dan memudahkan.Peminat novel misalnya, tidak lagi perlu membawa sekian banyak buku kesukaan mereka untuk mengisi waktu-waktu terluang sekiranya penerbit mampu menyediakan fail digital buku tersebut. Fail tersebut tentu boleh sahaja dimuat turun dalam telefon bimbit atau gajet lain yang nyata mengurangkan beban kepada peminat novel berkenaan. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos pencetakan dan mengurangkan bilangan pokok ditebang tetapi juga lebih mudah kerana ia boleh dipasarkan melalui Internet.Pembaca yang berminat memiliki novel tersebut hanya perlu menghubungi penerbit untuk membuat tempahan dan buku tersebut boleh dimuat turun (download) atau dihantar dalam bentuk cakera padat (CD) kepada mereka. Sekali lagi, sistem atau teknologi elektronik menawarkan penyelesaian mudah bagi kumpulan ini sama seperti yang ditawarkan oleh sistem perbankan dan sistem lain-lain sedia ada.Muat turun bahan bacaan melalui telefon bimbit begitu terkenal di Jepun dan penyelidikan di negara matahari terbit itu menunjukkan lima judul buku yang menduduki senarai teratas dalam carta pilihan penggemar adalah yang diterbitkan dalam bentuk m-buku.Melalui kaedah m-buku, khalayak berpeluang melihat paparan grafik dan mendengar bunyi yang boleh mencetuskan kesan pembacaan lebih menarik serta memudahkan mereka memuat turun senarai terkini bahan bacaan di pasaran.Selain itu, pembaca boleh menikmati paparan kertas hiasan, nada dering, nada dering bergambar, klip video, kad ucapan, animasi, karaoke, aplikasi Java, permainan Java, mesej bergambar, logo operator dan pesanan bersuara.Kumpulan sasar m-buku adalah khalayak berusia 12 hingga 24 tahun kerana pada usia berkenaan mereka sudah berkemahiran menggunakan kemudahan elektronik terutama telefon genggam yang sudah menjadi budaya penting dalam masyarakat.“Perkembangan maklumat dan ilmu yang bermula dengan kaedah cetakan pada 1400 mencatat perubahan pantas. “Daripada cetakan beralih kepada pawagam, radio dan televisyen, sebelum disusuli dengan laman web.Syarikat peralatan elektrik dan elektronik terkenal, Sony pula menampilkan apa yang dikenali sebagai buku elektronik atau menerusi Sistem Pembaca Mudah Alih Sony atau Sony Portable Reader System. Ia mensimulasikan konsep buku yang mana anda membaca teks yang diformatkan dalam fail PDF misalnya, sama seperti anda membaca SMS. Produk PRS-500 itu menjanjikan simulasi buku sebenar dan membeli pengalaman baru dalam industri perbukuan.Jika sebelum ini, fail dalam yang diformatkan dalam bentuk PDF itu (sebagai contoh) anda boleh membacanya dalam komputer peribadi dan pembantu digital peribadi (PDA), sistem yang ditampilkan Sony memudahkan segalanya bagi merealisasikan konsep buku elektronik (e-buku).Dengan kapasiti penstoran 160 buku elektronik, pembaca malah mampu berfungsi sebagai perpustakaan bergerak anda. Model tersebut juga mempunyai ciri paparan beresolusi tinggi , malah menyerupai kertas secara fizikal, dengan penggunaan kuasa rendah.Sebiji bateri sebagai pembekal kuasanya mampu menawarkan bacaan sehingga 7,500 muka surat tanpa henti. Sebagai tambahan kepada konsep buku elektronik, alat tersebut juga boleh menyimpan dan memaparkan dokumen peribadi dan perniagaan dalam format Adobe PDF, teks RTF, dan imej JPEG.Dengan harga hampir RM1,000 dan dilengkapi dengan kabel USB perisian PC e-book dan penyelarasan warna,

Page 17: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

produk ini mungkin lebih penting daripada telefon bimbit anda pada masa akan datang. Dengan penggunaan alat sebegini, bersantailah di pusat peranginan ketika sedang bercuti atau duduk bersendirian menunggu penerbangan tanpa rasa bosan.

Esei Sains : Pencemaran Udara

Pengenalan :Udara mengandungi 99.9% nitrogen dan selebihnya oksigen, wap air dan gas-gas nadir. Pencemaran udara berlaku apabila terjadinya pertambahan bahan asli atau sintetik pada jumlah yang mengubah kualiti asal udara sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa.Antara jenis-jenis utama pencemaran udara ialah jerebu, hujan asid, kesan rumah hijau, ‘smog’ dan penipisan lapisan ozon. Implikasinya amat serius kepada kesihatan manusia, hidupan lain dan alam sekitar.Pencemaran udara di Malaysia adalah pepejal terampai (PM10), ozon, sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tahap kualiti udara diukur menggunakan kaedah Indeks Pencemar Udara ( IPU ). Parameter-parameter yang diukur adalah ozon, karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan PM10.

Punca-punca utama :1. Secara semulajadi seperti letusan gunung berapi, kebakaran hutan secara semulajadi dan ribut pasir.2. Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil ( contohnya petrol, diesel dan arang batu ) untuk tujuan penjanaan tenaga, pelepasan asap kenderaan, pelepasan insudtri dan pembakaran sisa domestik.

Kesan-kesan :1. Kesihatan manusia dan hidupan lain :Asap dan jerebu mengganggu sistem pernafasan dan menyebabkan penyakit barah, penglihatan dan penurunan hasil pertanian apabila fotosintesis terhalang.Karbon monoksida mengakibatkan pening / sakit kepala dan boleh menyebabkan sesak nafas dan akhirnya mautSulfur dioksida boleh merosakkan sistem paru-paru dan menyebabkan hujan asidHidrokarbon memedihkan mata dan hidungOksida nitrogen memedihkan mata dan tekak, mengganggu sistem pernafasan dan merosakkan paru-paru2. Bangunan dan bahan binaan lain :Hujan asid dan ozon memudaratkan warna cat dan menghakis struktur-struktur binaan terutamanya yang diperbuat daripada batu kapur dan besi3. Ekonomi :Jerebu menjejaskan aktiviti pelancongan dan menurunkan produktiviti pertanian negara.

Kaedah kawalan :1. Kawalan undang-undang :Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan kawalan had tahap pelepasan Karbon Dioksida, Nitrogen Oksida dan Hidrokarbon untuk kenderaan bermotor dan asap hitam daripada kenderaan diesel dan pelepasan daripada industri melalui Peraturan-peraturan khusus dalam akta.2. Amalan gaya hidup mesra alam :Pengeluar ( pihak industri ) perlu mengamalkan mesra alam dan mematuhi undang-undang alam sekitar.Pengguna melakukan aktiviti mesra alam seperti menanam pokok, mengelakkan penggunaan CFC dan aerosol, menjimatkan penggunaan elektrik, menyelenggara enjin dan menguji pelepasan asap secara berkala. Sebagai warga alam yang bertanggungjawab, melaporkan sebarang kejadian pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar melalui talian hotline.

Esei STPM: Kesan Rumah Hijau?

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Kini, manusia sedang berusaha untuk membangunkan alam sekitar ini bagi menjaminkan kesejahteraan hidup. Alam sekitar dirujukkan kepada segala komponen yang hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta yang bukan hidup (abiosis) seperti tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Alam sekitar merupakan salah satu keseimbangan yang wujud di antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan? keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Pada zaman globlalisasi ini, populasi manusia kian meningkat pada penghujung kurun ini telah? membawa kepada peningkatan pelbagai masalah kepada alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah mengancamkan alam sekitar. Masalah ini menjadi semakin serius dan telah diikitirafkan sebagai? masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran.??Aktiviti-aktiviti manusia kini bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi telah menjadi sebagai punca utama pencemaran. Pencemaran akan mengubahkan

Page 18: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

persekitaran secara berterusan sehinggalah keseimbangan alam terjejas.

Kesan rumah hijau merupakan salah satu fenomena yang menjadi suhu bumi meningkat menjadi panas. Hal ini bermaksud sinaran ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya dipantul ke angkasa lepas manakala yang bakinya dipantul ke dalam unyuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Tenaga haba ini tidak semestinya dapat ditembusi keluar atmosfera kerana kebanyakkan haba ini akan diserap ole gas-gas yang terperangkap di atmosfera seperti karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu permukaan bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang tercemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga menyumbang dalam perningkatan suhu permukaan bumi. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli.

Jikalau kesan rumah hijau ini meningkat secara berterusan dan tidak dikawal bumi graf kesan rumah hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Air di lautan dan sungai akan menjadi panas serta lebih mudah tersejat. Bukan itu sahaja, tanah-tanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut akan kerap berlaku. Taburan hujan yang tidak seragam akan berlaku sehingga mengakibatkan kemarau dan akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan meningkat dan banjir sedunia akan berlaku disebabkan bongkah-bongkah ais di kutub Utara dan kutub Selatan cair. Kejadian-kejadian ini bukan saja mengancamkan kehipuan manusia malah kehidupan haiwan juga terancam dan aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan bekalan air akan terganggu. Pertambahan penduduk akan meningkatkan penggunaan tenaga dan permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak pokok akan detebang kawasan perindustrian semakin banyak akan dibukakan. Semua aktiviti ini akan mengakibatkan penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya suhu bumi akan meningkat.

Penipisan lapisan ozon dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon merupakan sejenis gas? yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan? satu perisai semula jadi bumi yang akan memantulkan sinar ultraungu yang berbahaya. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau juga dikenali sebagai freon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan mengembalikan? oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon. Sebab itulah, lapisan ozon semakin nipis.

Pada tahun 1985, kebocoran pada lapisan ozon dikesan di kawasan Antartika, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon, malah molekul CFC berupaya menyerap haba 20000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul? karbon dioksida. Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru? akan dibuka untuk penempatan baru. Pencemaran air, bunyi dan udara boleh nerlaku sekiranya pembinaan dijalankan secara berleluasa. Seterusnya, sekiranya penduduk meningkat, perwujudan kesesakan dan kawasan setinggan berlaku. Hal ini akan menyebabkan keseimbangan ekologi semula jadi akan terganggu apabila jalanraya dan bangunan dibina di kawasan hutan yang dibukakan. Kesimpulannya, alam semula jadi adalah penting dalam keseimbangan ekologi. Sekiranya ekologi semula jadi terjejas, haiwan serta manusia akan mengalami kepupusan pada masa yang akan datang nanti. Alam sekitar membekalkan keperluan hidup kepada manusia dan haiwan. Ia juga merupakan asas kepada komponen-komponen hidup di seluruh dunia.

Isu Alam Sekitar : Peningkatan Suhu Ancam Biodiversiti MASYARAKAT dunia hari ini merasakan bahawa suhu sememangnya meningkat dari semasa ke semasa, terutama sejak dua ratus tahun lalu. Fenomena ini menimbulkan keresahan kepada pemimpin dunia dan penduduknya kerana ia mempunyai kesan jangka panjang yang boleh menyebabkan huru hara dan bencana termasuk banjir dan ribut kencang di kawasan yang mempunyai struktur ketahanan fizikal lemah. Hari ini, suhu dunia mengembang kira-kira 1.5 darjah Celsius berbanding 200 tahun lalu. Ahli saintis tidak bersepakat bahawa peningkatan ini disebabkan faktor antropogenik atau kemanusiaan, yakni pengaruh disebabkan kerakusan manusia, termasuk proses penebangan hutan secara meluas, peningkatan jumlah kenderaan, kemunculan kilang dengan banyak, peningkatan taraf hidup yang terlalu bergantung kepada penggunaan peti ais, alat hawa dingin dan keghairahan menerangi ruang rumah, bangunan sejarah dan halaman dengan lampu beraneka warna yang banyak dan bergemerlapan sebagai amalan hidup membazir. Ada pendapat mengatakan peningkatan suhu disebabkan perubahan alam semula jadi sebagai satu ketentuan Tuhan, seperti juga kejadian siang dan malam yang bertukar ganti. Apapun, kita tidak menafikan bahawa faktor kemanusiaan tidak

Page 19: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

dapat ditolak sebagai penyebab utama maka meningkatnya suhu dunia secara beransur-ansur dan kadang kala secara mendadak dalam tempoh 50 tahun atau seratus tahun sekali. Catatan suhu permukaan dunia membuktikan bahawa pada 1856 suhu dunia sudah meningkat sebanyak 0.6 darjah Celsius. Sesetengah pengkaji berpendapat faktor antropogenik lebih ketara sejak 50 tahun lalu, diakibatkan kesan rumah hijau, yang sekali gus meningkatkan karbon dioksida menerusi kegiatan manusia dalam pelbagai sektor pembangunan, termasuk pembinaan bangunan, jalan raya, pengwujudan penempatan baru, kawasan rekreasi dan lapangan terbang.Malah, pengkaji membuat ramalan bahawa suhu akan terus meningkat pada kadar antara 1.4 darjah Celsius dan 5.8 darjah Celsius dari 1990 hingga 2100. Sejak 1,000 hingga 2,000 tahun lalu, suhu permukaan bumi dikatakan relatif stabil. Kajian menunjukkan bahawa sepuluh tahun yang mengalami suhu tertinggi semua berlaku sejak 1990. Pengkaji menganggarkan jika dunia gagal mengawal daripada suhu menjadi lebih tinggi, negara Amerika Syarikat akan mengalami antara 3 hingga 9 darjah suhu lebih tinggi sebelum berakhir kurun ke-21 ini. Pada 2002, Colorado, Arizona dan Oregon di Amerika Syarikat menghadapi masalah berkaitan hidupan liar mereka. Tahun sama juga menyaksikan kejadian kemarau berpanjangan di Montana, Colorado dan Kansas manakala banjir besar berlaku di Texas, Montana dan North Dakota.Sejak awal 1960-an, himpunan salji sudah berkurangan sebanyak 60 peratus, manakala musim salji menjadi pendek di Cascade Range I Oregon dan Washington. Pada 2003, suhu panas melampau menyebabkan kematian 20,000 di Eropah dan 1,500 di Benua India. Kesan lain termasuk pencairan salji di kutub, kejadian banjir, peningkatan suhu di permukaan laut, menyebabkan kemusnahan hidupan marin, termasuk alga, plankton, dan phytoplankton, serta hidupan liar di hutan. Penyumbang terbesar dalam peningkatan karbon dioksida ialahAmerika Syarikat, sebagai negara kaya dunia, meskipun penduduknya meliputi sekadar 4 peratus penduduk dunia, diikuti China, India dan Jepun.Di Malaysia, ketika William Camerons membuka Tanah Rata pada 1888, untuk dijadikan kawasan peranginan tanah tinggi bagi orang Inggeris, beliau mendapati paras suhu kawasan di situ amat rendah, malah di sekitar 5 darjah Celsius. Ini berdasarkan catatan dibuat pihak British yang direkod ketika kawasan berkenaan masih diliputi hutan malar hijau yang tebal.Selepas pokok ditebang, jalan dibina, kawasan perumahan dibuka semakin agresif, padang permainan diperbanyak, kilang pemerosesan dibina di sana sini, Cameron Highlands semakin panas. Kini kita tak perlu membawa baju sejuk jika ke Cameron Highlands. Demikian juga banyak tempat tinggi yang dulunya sejuk kerana kedudukan di tempat tinggi, kini suhu persekitaran tidaklah sejuk seperti dulu.Peningkatan suhu global ini mempunyai kesan sampingan bukan saja kepada manusia, tapi juga kepada hidupan dan haiwan, malahan organisme lain. Kesan pemanasan global pada sistem biologikal dan kehidupan manusia menyaksikan kesan buruk terhadap sumber biodiversiti dunia. Perubahan iklim dunia turut menyaksikan meningkatnya bahan kimia bertoksik hasil punggahan dari kawasan dunia luar, menerusi tindakan manusia membuang sisa pepejal secara tidak berhemah.Tindakan ini boleh menyebabkan orang ramai menghadapi masalah kesihatan teruk, termasuk sakit kepala berpanjangan, sistem otak, daya ketahanan fizikal dan mental yang kurang stabil, penyakit berkaitan alat pernafasan dan murung.Kesan buruk terhadap tumbuhan semula jadi dan sektor pertanian akan lebih ketara. Bayangkan semasa zaman remaja dulu, kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan, dan tumbuhan. Sesetengah tumbuhan itu sudah lenyap atau semakin pupus di muka bumi kita, termasuk limau pagar, bunga Cina, asam pauh, buah lokan sentul, pucuk cemperai, daun tenggek burung dan jambu botol. Isu penyu kian pupus turut menjadi perkara sering diperbincangkan mengenai spesies fauna yang semakin pupus di negara kita.Demikian juga soal kepupusan di kalangan haiwan liar lain, seperti badak sumbu, burung punai, harimau, gajah dan orang utan yang menghadapi masa depan pudar akibat faktor antropogenik dan faktor alam semula jadi.Isu penebangan hutan, pembukaan tanah, perluasan kawasan perumahan dan penempatan lain turut menyumbang kepada peningkatan suhu permukaan. Malah, penebangan pokok secara berleluasa turut mengubah pola regim hujan, penambahan konsentrasi karbon dioksida, paras pencemaran pada aras ozon dan gangguan regim iklim pada tahap makro.Bagi menangani masalah pemanasan global ini, sebagai rakyat jelata, kita boleh melakukan pelbagai cara mudah dalam kehidupan kita sehari-hari, termasuk menanam tanaman di sekitar rumah dan kebun, menjimatkan penggunaan air, tidak membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak memerlukannya, menggunakan tenaga solar bagi mendapatkan tenaga atau cahaya, berjalan kaki ke tempat kerja jika berdekatan rumah, menggunakan basikal bagi tujuan riadah dan tempat kerja, jika sesuai.Selain itu, elakkan pembakaran terbuka, cuci pakaian dan mandi menggunakan air hujan, kitar semula barang lama dan amalkan budaya jimat cermat.

Punca Berlakunya Bencana Alam? Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut melayang.

Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.

Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing

Page 20: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini.

Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.

Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.

Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.

Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global.

Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.

*PENGAJIAN AM STPM Karangan Laras Sains : TANAH RUNTUH

1.0 PENGENALAN1.1 Apa itu Tanah Runtuh?Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volkano).

1.2 KonsepBeberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan. Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan.Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi, letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami

Page 21: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil.

1.3 KomposisiKomposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur tanah disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini dipercayai mengalami kegagalan akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan gagal ini boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.

1.4 RisikoKawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.

3.0 FAKTOR BERLAKUNYA TANAH RUNTUHFaktor yang berpotensi menyumbang kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:a. Berlakunya luluhawa hakisan (erosion) oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan tebing atau cerun yang curam dan lebih terdedah kepada permukaan luluhawab. Penarahan bukit dan penebangan pokok hutan oleh aktiviti manusia juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang lebih teruk pada cerun. Tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanahc. Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabild. Gempa bumi (earthquakes) yang menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagie. Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur yang banyak dan boleh memasuki sungai-sungai atau tasikf. Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh juga mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.g. Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuhh. Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan.

Beberapa penerangan lagi mengenai faktor-faktor kejadian tanah runtuh iaitu ;Faktor-faktor alamJenis dan ketebalan bahan.Tanah runtuh dan semua jenis pergerakan jisim mengkhusus kepada bahan-bahan geologi yang rendah konsolidasinya (longgar penuh sesak) dan berira dengan baik di dalam tekstur. Penyiasatan aliran bumi (Keefer dan Johnson, 1978) menunjukkan terdapat pelbagai butiran pelbagai saiz iaitu pasir, kelodak, dan tanah liat. Kelodak dan tanah liat mendominasi dan bahan-bahan ini cenderung mengurangkan kekuatan dan lebih senang berubah bentuk daripada bahan-bahan yang lebih kasar.Ketebalan sedimen atau ketebalan overburden adalah satu faktor yang penting dalam memastikan potensi berlakunya kegagalan. Dengan bertambah ketebalan unit, maka penambahan muatan berlaku. Kegagalan berlaku apabila muatan ini melebihi kekuatan dalaman bahan.

Geomorfologi.Gelongsoran berlaku di mana satu cerun yang curam di atas satu permukaan yang mepunyai kekuatan bahan adalah rendah. Di mana cerun semakin landai, dasar cerun yang lebih berat membantu menghadkan tekanan di kedalaman. Dalam kejadian gelongsoran di Rockland, kegagalan berada pada dasar satu cerun agak curam di mana tekanan adalah tidak dapat menyokong berat bahan di cerun.

Pemendakan.Pemendakan boleh memainkan satu peranan signifikan dalam permulaan bagi tanah runtuh. Musim sejuk menyebabkan pemendakan bertambah, pada akhir musim sejuk dan awal musim hujan, dan

Page 22: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

musim bunga menghasilkan kekuatan tanah berkurang akibat air berlebihan dalam semua sistem masalah-masalah tanah runtuh di North America (melihat, mengambil kias Pomeroy, 1982; Schultz dan Southworth, 1987; Keefer dan Johnson, 1983).Air berlebihan dalam sistem menjejaskan kestabilan dalam dua hala. Pertama, pertambahan berat air adalah pertambahan beban pada bahan dalam sistem. Kedua, tekanan liang adalah bertambah dengan pengurangan kekuatan bahan. Apabila kekuatan dikurangkan, daya-daya graviti melebihi geseran dan kegagalan cerun berlaku.

Pemotongan cerun.Anak sungai dan sungai berliku, cerun dipotong pada bahagian lengkung. Dalam kawasan air pasang, ombak, dan arus memotongan cerun bahan tak kukuh. Ini biasanya berlaku perlahan tetapi berterusan, proses-proses dan hakisan melemahkan kestabilan cerun. Hakisan tebing boleh banyak menghakis, paras air bagi sungai-sungai, sungai-sungai, atau lautan adalah dinaikkan di bawah tahap normal dan sedimen diubah dengan pesat.

Faktor-faktor manusiaPengubahsuaian cerun.Oversteepening dan pemotongan cerun biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunan-bangunan atau laluan kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, ini akan membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (Pomeroy, 1982; Schuster dan Krizek, 1978). Cerun oversteepening boleh berlaku sebagai isi adalah digunakan untuk menambah kawasan pamah dekat dengan puncak cerun.

Puncak cerun overloading.Berat isi dan struktur-struktur bahagian atas satu cerun diletakkan lagi memuatkan bahan-bahan di bawah. Jika muatan ditambah lagi menyebabkan jumlah muatan melebihi kekuatan bahan, kemudian gelongsoran boleh terjadi. Muatan berlebihan jenis ini telah dikenalpasti sebagai satu menyumbang faktor dalam gelongsoran.Faktor-faktor laint termasuk pengubahsuaian saliran, kebocoran air dan saliran pembentungan, sistem-sistem septik, resapan daripada takungan-takungan air, dan lain-lain. Pengubahsuaian-pengubahsuaian ini boleh mengakibatkan muatan berlebihan daripada air yang akan mempengaruhi dan mengurangkan kekuatan bahan melalui pertambahan tekanan liang.

Pemindahan tumbuh-tumbuhan.Akar-akar tumbuhan akan menstabilkan cerun yang mengikat zarah-zarah tanah. Evapotranspirasi oleh tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan tekanan liang dalam jangka masa tertentu dengan menyingkir air tanah. Oleh itu, pemindahan tumbuh-tumbuhan dapat menyebabkan kestabilan terganggu. Bagaimanapun, ia adalah hanya bahagian atas tanah iaitu distabilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Di dalam hal pokok-pokok besar, pengukuhan cerun oleh akar pokok dan penambahan pemuatan di cerun oleh kuasa angin.

KESAN KEJADIAN TANAH RUNTUHKemerosotan ekonomi negaraTanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda. Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik pulih semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara.Contoh:1. Secara puratanya, tanah runtuh ini menyebabkan kerugian yang bernilai $1-2 billion US dolar dan 25 kecelakaan setiap tahun di Amerika Syarikat.2. Di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik pulih kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan ianya merupakan pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah tanah runtuh U.S.3. Kerugian akibat tanah runtuh di United States dianggarkan sebanyak 1.5 billion dolar secara tahunan.4. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu tanah runtuh meliputi kawasan 5400 persegi. Menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya 10 juta dolar ringgit.Kerosakan infrastruktur.Tanah runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada daya aliran tanah mahupun lumpur.Contoh:1. Kemusanahan sesebuah bangunan dan juga penempatan.2. Tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah bandar.3. Kerosakan jalan raya4. Terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem komunikasi.5. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu kawasan mengalami tanah runtuh dengan keluasan sehingga mencapai 5400 persegi. Menyebabkan sistem perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta benda dan juga kemusnahan rumah.6. Di Lembah Alpine, akibat daripada aliran Lumpur menyebabkan kerosakan jambatan akibat daripada daya aliran tersebut.7. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo

Page 23: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Kehilangan nyawa.Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh.Contoh:1. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga.2. Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban dan ramai yang tercedera.3. Tanah Runtuh di Aberfan Wales di Uk melibatkan gelinciran puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan sebuah sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah kanak-kanak sekolah terbabit yang berusia antara 7 hingga 10 tahun.4. Kejadian tanah runtuh di La Conchita, California iaitu di pinggir pantai California yang terletak 80 km ke barat laut Los Angeles menyebabkan 30 buah rumah musnah dan 10 nyawa terkorban.Perubahan landskap permukaan bumi. Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair.Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak stabil.

SOALAN DISIPLIN SAINS-KARANGANSOALAN 1

Penyakit Kanser adalah berbahaya dan boleh membawa maut. Kajian sains telah membuktikan bahawa merokok ialah punca utama penyakit kanser paru-paru tetapi terdapat punca-punca lain yang juga dapat mencetuskan penyakit kanser.Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan merokok sebagai punca utama penyakit kanser dan tiga punca lain yang mencetuskan penyakit kanser.

Isi-isi► amalan merokok;- tembakau dalam rokok mengandungi bahan kimia bertoksik; boleh menyebabkan kanser paru-paru, mulut, kerongkong, dan ginjal► pemakanan yang tidak sempurna;- boleh menyebabkan obesiti, seterusnya mencetuskan kanser► pendedahan kepada bahan yang berbahaya seperti asbestos dan bahan kimia► pendedahan kepada bahan radioaktif;- mengubah struktur DNA dan menyebabkan mutasi genetik; pendedahan yang berpanjangan kepada sinar matahari boleh menyebabkan kanser kulit

SOALAN 2

Kemajuan kejuruteraan genetik mecetuskan perkembangan bidang bioteknologi. Kefahaman yang kukuh tentang proses hidup peringkat gen mampu memberikan sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologiBincangkan maksud bioteknologi dan langkah-langkah untuk memajukan bidang bioteknologi di negara ini.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menjelaskan maksud bioteknologi dan menghuraikan tiga langkah untuk memajukan bidang ini.

Isi-isi►maksud bioteknologi- menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma seperti bakteria dan juga proses biologi untuk menghasilkan produk bagi kegunaan manusia atau untuk membuat tugas bagi manusia- dalam bidang perindustrian, perubatan dan pertanian, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan makanan dan ubat-ubatan, untuk menguji penyakit, dan untuk melupuskan bahan buangan.

Langkah-langkah untuk memajukan bioteknologi

► menyediakan Dasar Bioteknologi Negara (DBN) yang memberikan hala tuju dan strategi pembangunan yang jelas dan

Page 24: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

menyeluruh► menyediakan insentif cukai dan geran kepada syarikat yang terlibat dalam industri dan perniagaan bioteknologi.► melahirkan tenaga pakar yang dapat menjalankan R&D dalam bidang ini.

SOALAN 3

Kes kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia belakangan ini semakin meningkat. Salah satu punca penyakit jantung ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam menjalani kehidupan moden.Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan tekanan hidup sebagai punca penyakit jantung punca dan tiga punca yang lain.

Isi-isi► tekanan hidup; menaikkan tekanan darah; risiko utama bagi serangan jantung dan strok► amalan merokok; meningkatkan risiko penyakit kadiovaskular, terutamanya dalam orang yang merokok sejak muda dan orangyang kuat merokok► kekurangan senaman; meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 50%► pemakanan yang tidak sihat; kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi dan kurang buah-buahan dan sayur-sayuran; meningkatkan risiko sakit jantung koronari dan strok.

SOALAN 4

Pembangunan lazimnya dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar, Oleh itu, kerajaan sentiasa menjalankan usaha-usaha untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh pembangunan.Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan bahawa pembangunan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan empat langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk memastikan pembangunan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.

Isi-isi► projek pembangunan mesti melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)► hanya projek yang mesra alam diluluskan► tenaga alternatif yang mesra alam seperti tenaga solar dan hidroelektrik digunakan► meningkatkan teknologi merawat alam sekitar

SOALAN 5

Kerajaan berusaha untuk mempermoden sistem perhubungan dan komunikasi negara demi kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, sistem perhubungan dan komunikasi negara telah mengalami perubahan yang besar sejak belakangan ini.Bincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam sistem perhubungan dan komunikasi negara.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan empat kemajuan dalam sistem perhubungan dan komunikasi negara.

Isi-isi► sistem pengangkutan jalan raya yang moden; Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Timur Barat, Sistem Transit Aliran Ringan(LRT), monorel, kereta api elektrik, landasan kereta berkembar► sistem pengangkutan udara yang canggih: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia► sistem pengangkutan laut yang bertaraf antarabangsa: Pelabuhan Klang di Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor

Page 25: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

► sistem komunikasi satelit: MEASAT I, MEASAT II, MEASAT III, TiungSAT, dan RazakSAT; membolehkan penyiaran televisyen satelit (Astro) serta memperkembang perkhidmatan komunikasi tempatan dan serantau

SOALAN 6

Malaysia kini sedang menuju ke arah status negara perindustrian. Namun demikian, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan profesional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera.Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan empat langkah untuk melahirkan tenaga teknokrat dan profesional yang secukupnya.

Isi-isi► pendidikan sains dan teknologi yang lebih menarik sejak sekolah rendah► pameran dan pertandingan reka cipta yang kerap dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat► pertambahan pelajar bidang teknokrat dan profesional di institusi pengajian tinggi► menggiatkan projek penyelidikan dan pembangunan (P & P) dengan pemberian pelbagai insentif oleh kerajaan

SOALAN 7

Sungai merupakan sumber air minuman tetapi pencemaran sungai di negara kita telah sampai ke tahap yang agak membimbangkan.Bincangkan kesan negatif akibat pencemaran sungai dan cadangkan langkah untuk menangani masalah tersebut.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan dua kesan negatif akibat pencemaran sungai dan dua langkah untuk mengatasi masalah ini.

Isi-isiKesan-kesan negatif akibat pencemaran sungai► kematian dan kepupusan hidupan laut► masalah krisis air akan berlaku

Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran sungai► kaedah rawatan sungai yang moden; menapis dan menyekat sampah► pusat rawatan untuk merawat sisa bertoksik daripada kilang-kilang

SOALAN 8

Penggunaan racun makhluk perosak dengan tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan buruk. Dengan ini, langkah-langkah harus diambil untuk mengatasi masalah penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan dua kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mengikut peraturan dan dua langkah untuk mengatasi masalah ini.

Isi-isiKesan buruk penggunaan racun makhluk perosak► keracunan makanan dan kesihatan manusia terjejas► pencemaran alam dan menjejaskan ekologi alam sekitar

Langkah-langkah untuk mengatasinya► kaedah pertanian moden seperti akuakultur► kawalan biologi untuk menghapuskan makhluk perosak

SOALAN 9

Page 26: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Krisis kekurangan air yang berlaku di sesetengah kawasan di dunia diakibatkan oleh kemarau panjang tetapi punca krisis ini juga diakibatkan oleh kerakusan manusia yang merosakkan alam semula jadi.Bincangkan penyataan ini.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan kemarau panjang sebagai punca krisis air dan tiga punca lain yang diakibatkan oleh kerakusan manusia.

Isi-isi► kemarau panjang; faktor hidrometereologi yang tidak dapat dielakkan; kerap berlaku di benua Afrika; tiada hujan berbulan-nulan lamanya; sungai menjadi kering► pemusnahan kawasan tadahan air akibat pembalakan hutan tanpa kawalan; sumber air berkurang; sungai menjadi kering► pencemaran sumber air akibat tindakan manusia seperti pembalakan dan pembuangan sampah ke dalam sungai; sumber air bersih terjejas► pembangunan tanpa kawalan; menyebaban hakisan tanah; mendakan di sungai; mengotorkan sungai

SOALAN 10

Industri pelancongan kesihatan semakin penting di Malaysia kerana beribu-ribu orang pelancong dari Singapura, Indonesia, Negara Thai, dan negara-negara Timur Tengah mendapatkan rawatan di hospital swasta di Malaysia semasa lawatan mereka ke negara ini.Bincangkan cara-cara kerajaan dapat memajukan industri pelancongan kesihatan.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan empat cara Malaysia dapat memajukan industri pelancongan kesihatan.

Isi-isi► menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa► menggalakkan hospital swasta tempatan mendapatkan akreditasi antarabangsa dan mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia► melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan pesakit asing► menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal

SOALAN 11

Perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendatangkan manfaat yang banyak kepada manusia sejagat tetapi di sebalik manfaat itu, terselit ancaman yang dapat mendatangkan implikasi buruk jika dipandang enteng.Bincangkan ancaman yang mungkin timbul kesan daripada perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan empat ancaman yang mugkin timbul kesan daripada perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Isi-isi► pencemaran budaya melalui penyebaran gambar lucah dan bahan-bahan negatif► penggodam komputer menceroboh komputer dan mencuri serta memusnahkan data► pengganas dan kartel dadah berhubung dengan menggunakan kod rahsia melalui Internet► penyebaran propaganda atau fitnah untuk menjatuhkan sesuatu pihak atau kerajaan

SOALAN 12

Kemampuan Malaysia untuk bersaing di pasaran antarabangsa bergantung pada kemampuan Malaysia untuk mempertingkat produktiviti dalam semua sektor. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Page 27: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan empat langkah yang diamnbil oleh kerajaan untuk mempertingkat produktiviti.

Isi-isi► penerapan teknologi yang terkini► penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan teknologi termoden► latihan kepakaran untuk tenaga kerja► pengaplikasian teknologi maklumat dalam perancangan dan reka bentuk

SOALAN 13

Udara di bandar-bandar besar semakin tercemar oleh bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, dan oksida daripada nitrogen serta hidrokarbon yang selalunya dikeluarkan oleh kilang-kilang dan kenderaan bermotor.Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran udara di bandar-bandar besar.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan empat langkah untuk menangani masalah pencemaran udara di bandar-bandar besar.

Isi-isi► mengawal kilang-kilang perindustrian atau memindahkan kilang-kilang perindustrian ke kawasan luar bandar► memperkenalkan sistem pengangkutan moden seperti LRT dan monorel► menghijaukan kawasan di sekitar bandar► bahan tenaga dialih daripada petroleum kepada biojisim/biogas/gas asli

SOALAN 14

Peranan ahli-ahli teknologi makanan ialah menghasilkan makanan yang berkhasiat demi kesihatan manusia. Namun demikian, peranan ahli-ahli teknologi makanan kini seolah-olah telah berubah kepada penghasilan makanan untuk tujuan perniagaaan semata-mata dan hal ini mendatangkan pelbagai kesan.Bincangkan penyataan ini.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan dua sumbangan ahli-ahli teknologi makanan dan dua kesan daripada penyimpangan peranan mereka.

Isi-isiSumbangan ahli teknologi makanan► menghasilkan makanan berkhasiat seperti susu formula untuk tumbesaran normal seseorang dan mengatasi masalah kebuluran► menghasilkan makanan suplemen seperti vitamin dan ramuan herba yang dapat menjamin kesihatan manusia serta makanan khas untuk pesakit

Kesan daripada penyimpangan peranan► makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan► menjejaskan kesihatan manusia seperti makanan untuk melangsingkan badan

SOALAN 15

Sungguhpun penciptaan satelit komunikasi mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.Bincangkan penyataan ini.

Kehendak SoalanCalon hendaklah menghuraikan dua kebaikan satelit komunikasi dan dua keburukan satelit komunikasi.

Isi-isiKebaikan satelit komunikasi

Page 28: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

► memajukan komunikasi antarabangsa► memudahkan pengaliran maklumat dan ilmu pengetahuan

Keburukan satelit komunikasi► pencemaran dan penjajahan budaya► berlaku pengintipan dan jenayah teknologi maklumat

Tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi dan aktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan:Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.

A. Punca:1. Semulajadi.Jumlah taburan hujan- kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak

2. Struktur tanah- Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.- Kadar resapan yang rendah.

3. Kecuraman dan kepanjangan cerun- Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.- Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

B. Kesan aktiviti manusia

4. Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.

-Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.

5. Pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.

-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

C. Kesan/masalah.6. Perubahan geomorfologi- Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.- Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.-Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.

7. Banjir lumpur- Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah – banjir kilat.- Mengancam nyawa dan harta benda.

8. Kemusnahan hutan tanah tinggi- Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.- Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.

Kesimpulan:Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.

Page 29: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Karangan: RokokPosted on January 16, 2012 | 1 Comment

Fakta Rokok Global

• Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.

• Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara

berpendapatan rendah dan sederhana.

• Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.

• Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun,

dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.

• Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok

setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia.

• Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk

menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak

kerap merokok!

• FAKTA PEROKOK MALAYSIA

• Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di

Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

• Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok.

Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun

2005 hingga 2010.

• Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah

perokok.

• Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun

dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes

penyakit koronari (jantung).

• Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan

kematian kira-kira 18,000 orang setahun.

• Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari

untuk membeli rokok.

• Ini bermakna RM5.8bilion setahun.

Asap rokok toksik! Ramai yang tahu tetapi buat tidak tahu dan masih

mahu. Malah ada yang tegar merokok meskipun nyawa sudah seperti telur

di hujung tanduk! Amalan merokok semakin menjadi budaya melibatkan

bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja, baik lelaki mahu pun

perempuan. Pun bagi mereka yang mungkin tersasar jauh, merokok

berpuluh-puluh tahun, berhenti merokok bukan suatu yang mustahil!

Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok

1. Pengaruh rakan sebaya

Page 30: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

• Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.

• Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.

• Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.

• Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.

• Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya

menjeratnya kepada perangkap rokok.

• Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.

• Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk

menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang

pertama.

• Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi

asap rokok.

.

2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.

• Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti

tertentu untuk dikenali.

• Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman

• Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.

• Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.

• Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.

• Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat

mengekalkan kelangsingan badan mereka.

KESAN NEGATIF ROKOK

1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan.

• Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil

nikotin.

• Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental

seseorang.

• Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama

dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.

• Penagih akan gian.

• Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.

2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

• Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku

dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian.

Page 31: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

• Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.

• Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.

Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai

mengebas duit ibu bapa sendiri.

• Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk

menampung belanja membeli rokok.

• Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan

penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok.

• Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih

sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.

• Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh

membunuh.

• Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat

merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.

• Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000

daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.

• Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat

penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit

paru-paru yang kronik serta penyakit jantung.

• Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi

setiap batang rokok yang dihisap!

• 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat

merokok.

• 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana

tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser:

• Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.

• Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.

• Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.

• Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.

• Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.

Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-

paru.

5. Rokok mencetuskan sakit jantung.

• Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.

• Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung

Page 32: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

terpaksa dijalankan.

• Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.

• Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit

ahmar.

6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu

• Racun asap rokok meresap ke embrio.

• Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.

• Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.

• Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.

• Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.

• Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

HALANGAN-HALANGAN YANG MENGGAGALKAN USAHA MEMBUANG TABIAT

MEROKOK.

• Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita)

• Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.

• Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok.

• Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.

1. Ibu bapa yang merokok membantutkan usaha ini.

• Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.

• Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik.

• Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka.

• Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.

• Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .

• Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok.

• Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.

2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini.

• Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak

mengambil peduli

• Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.

• Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.

• Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.

• Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok

• Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.

• Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.

Page 33: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh.

• Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini.

• Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan

Trengganu.

• Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.

• Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan

dan filem.

• Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat

menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan

utama.

• Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa

• Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.

• Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.

• Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.

• Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-

belah.

• Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang

dalam masih berpakaian seragam sekolah!

• Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.

5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan

merokok.

• Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa.

• Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan

rokok.

• Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama

dalam kalangan golongan remaja.

• Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang

melibatkan golongan remaja

• Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan

antarabangsa dsn.

Dunhill juga mengiklankan barangan mewah.

• Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik

nama rokok tersebar.

• Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.

• Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.

Page 34: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

LANGKAH MEMBANTERAS TABIAT MEROKOK

1. Kempen kesedaran

Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk

menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen ‘Tak Nak

Merokok’.

Pelbagai jenis media digunakan.

Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar

yang ‘mengerikan’ di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok

kepada perokok.

Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN

Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.

Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.

Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul

Mereka akan menjauhi amalan ini.

Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.

2. Batuan NGO

• Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai

bimbingan kepada perokok tegar.

• Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.

• Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.

• khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok.

• Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.

• Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya

menahan keinginan merokoknya.

• Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus

3. Dasar kerajaan

Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok.

Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.

Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.

Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.

Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang

ditetapkan.

Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan

merokok.

Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran

berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen

petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta

dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.

Page 35: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

PENGALAMAN SEORANG PEROKOK DALAM USAHA MEMBUANG TABIAT

MEROKOK:

• Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru.

• Separuh sel paru-paru hampir mati.

• Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.

• Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.

• Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat.

• Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan.

• Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.

• Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.

• Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain.

• Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok

akan muncul.

• Tidak menghampiri mereka yang merokok.

• Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.

Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi

‘tidak sedap’.

• Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN

mendorongnya lupa langsung tentang rokok.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

• Beban menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok sewajarnya bukan sahaja

digalas kerajaan.

• Pelbagai pihak perlu ‘turun padang’ dengan melaksanakan kempen kesedaran anti

merokok.

Kita perlulah mendukung amalan gaya hidup sihat dalam setiap aktiviti yang

dijalankan terutama bebas daripada amalan merokok yang memudaratkan

kesihatan.

• Insaflah semua, bebaskan alam kita daripada pencemaran asap rokok.

Soalan STPM yang lepas

1988 Bhg A

Dalam laporannya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa

sejuta orang meninggal dunia tiap-tiap tahun berpunca daripada tembakau,

perbuatan merokok bertanggngjawab ke atas 90 % daripada semua kes barah

paru-paru dan 75% daripada semua kes penyakit kerongkong yang tenat , dan

perokok-perokok membelanjakan kira-kira 240 bilion ringgit tiap-tiap tahun untuk

membeli 4,000 bilion batang rokok.

Page 36: Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains

Merujuk kepada pernyataan di atas, jelaskan pendapat anda mengenai perbuatan

merokok dari segi kesihatan dan ekonomi.