esei pencemaran sungai

download esei pencemaran sungai

of 43

Transcript of esei pencemaran sungai

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR EMG 4201 PERANCANGAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN SUNGAI

KUMPULAN: NUR AFIDA BT HASHIM NURUL AINI BT ZAINI

PENSYARAH: PROF. MADYA DR AZIZI MUDA

1

KANDUNGAN: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENDAHULUAN DEFINISI PENCEMARAN STATUS PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA SUNGAI PERANAN DAN KEPENTINGAN SUNGAI PUNCA PENCEMARAN SUNGAI PARAMETER KUALITI AIR PENGKELASAN KUALITI AIR SUNGAI DI MALAYSIA KESAN PENCEMARAN SUNGAI PENGURUSAN SUNGAI 10.1 10.2 10.3 10.4 11 12 13 RANCANGAN MALAYSIA KE-9 AGENSI TERLIBAT UNDANG-UNDANG BERKAITAN STRATEGI PENGURUSAN SUNGAI 18 19 20 22 37 37 38 3 4 5 6 8 9 11 13 16

PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN

2

1) PENGENALAN Sungai adalah salah satu sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kepentingan penjagaan sungai pada masa dahulu dan sekarang tidak pernah kurang. Peranan sungai kepada manusia dan hidupan di muka bumi ini adalah tidak ternilai terutamanya kepada ekonomi negara. Terdapat lebih daripada 150 sungai di Malaysia, dan 97% daripadanya merupakan sumber air mentah negara. Adalah dijangkakan keperluan air domestik, industri dan pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 63% daripada 10,833 juta meter padu dalam tahun 2000 kepada 17,675 juta meter padu dalam tahun 2050 (JAS Malaysia, 2000).Pencemaran yang berlaku kepada sungai pada masa sekarang semakin bertambah. Ini akan menyebabkan tahap kualiti air akan terganggu dan membahayakan kesihatan manusia. Malah akan mengurangkan sumber air yang diperlukan padamasa akan datang. Kebanyakan sungai di Malaysia telah dicemari dan perlu diberi perhatian. Sungai yang baik dan terkawal kebersihannya menjadi tercemar apabila mengalir atau melintasi kawasan yang sedang dibangunkan. Sebagai contoh, kelodak daripada aktiviti kerja tanah menjadi punca pencemaran sungai selain pembuangan sampah ke dalamnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (Aznan,2001). Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar, daripada 120 lembangan sungai seluruh Malaysia yang dipantau pada tahun 1999, sebanyak 13 buah sungai yang tercemar, 75 sungai sederhana tercemar, dan 32 yang masih bersih (Pauziah Hanum, 2000). Sungai adalah sebagai sumber perikanan, pertanian, dan pelbagai kegiatan ekonomi yang lain. Sungai juga digunakan sebagai jalan penghubung dan tanda sempadan sesebuah negeri (Netty , 2002). Pada hari ini, manusia makin hilang pertimbangan dan tanggungjawab dalam menjaga sumber air terutamanya sungai. Pencemaran sungai makin berleluasa berpunca daripada kecuaian manusia sendiri

3

2)

DEFINISI PENCEMARAN SUNGAI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Sungai pula bermaksud tali air yang semula jadi. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah mentakrifkan pencemaran sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia, atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air atau kepada tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini. Oleh sebab itu, pencemaran sungai boleh ditakrifkan sebagai apa-apa perubahan yang berlaku sama ada dari segi keadaan dan komposisi air sungai seperti warna, kandungan, bau dan rasa kesan daripada aktiviti manusia secara lansung atau tidak lansung sehingga menyebabkan air sungai tidak sesuai untuk digunakan dan ianya akan memberi kesan terhadap sistem ekologi sungai dan merbahaya kepada kesihatan manusia, dan sungai tidak sesuai untuk penguna hilir sungai. (Dr. Arthur Key, 1989) Pencemaran sungai yang berlaku dapat dikesan melalui perubahan sama ada dari segi fizikal, kimia dan biologi.

4

3) STATUS PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA Berasaskan Laporan-laporan Tahunan yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar, keeadaan kualiti air sungai-sungai di negara ini dari tahun 1987 hingga 1999 adalah seperti berikut: 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 91 91 91 90 87 86 116 116 115 116 117 117 117 43 48 45 48 37 25 30 38 48 42 24 33 32 45 3 40 3 43 3 35 7 44 6 55 6 75 11 64 14 53 14 61 13 68 25 71 16 75 13

Di uji Bersih Sederhana tercemar Sangat tercemar

Sungai-sungai yang sangat tercemar pada tahun 1996 adalah Sungai Juru, Sungai Perai, Sungai Jejawi dan Sungai Pinang (Palau Pinang); Sungai Sepang, Sungai Kelang dan Sungai Buloh (Selangor); Sungai Danga, Sungai Air Baloi, Sungai Kempas, Sungai Rambah & Sungai Tukang Batu (Johor) dan Sungai Landas (Terengganu). Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) pula melaporkan pada tahun 2006, 79

lembangan sungai di Malaysia adalah bersih, 60 lembangan sungai di katogerikan sebagai sederhana tercemar manakala 7 lembangan sungai tercemar teruk dan empat daripadanya di Johor iaitu Sg. Tebrau, Sg. Segget, Sg. Dangga dan Sg. Pasir Gudang, dua di Pulau Pinang iaitu Sg. Juru dan Sg. Pinang manakala satu di Selangor iaitu Sg. Buloh. Selepas 10 tahun, empat sungai masih di kategorikan sebagai teruk tercemar ialah Sungai Juru, dan Sungai Pinang (Palau Pinang); Sungai Buloh (Selangor); dan Sungai Danga, (Johor).Negeri Johor mencatatkan jumlah sungai yang teruk tercemar paling tinggi pada tahun 1996 dan 2006. Walaubagaimanapun, jumlah sungai sangat tercemar telah berkurang sebayak enam selepas 10 tahun pihak kerajaan menjalankan pelbagai program pengurusan sungai seperti Kempen Cintailah Sungai Kita. Selain itu, sungai yang bersih juga meningkat sebanyak 37 buah sungai.

5

4) SUNGAI Ekosistem air tawar terdiri daripada sungai (ekosistem air mengalir), tasik (ekosistem air kekal) dan paya. Setiap ekosistem air tawar mempunyai keadaan abiotik tersendiri dan ciri-ciri organisma tertentu., Ekosistem air tawar yang penting untuk ekologi dan sumber ekonomi, walaubagaimanapun hanya meliputi lebih kurang 1% daripada permukaan bumi. (Miller, 2005) Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anank sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu. Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung. (Wikipedia) Pelbagai ciri-ciri sungai yang berbeza wujud sepanjang perjalanan air sungai dari ulu hingga ke muara. (Rajah 1). Selain itu, pelbagai jenis hidupan akuatik sungai bergantung kepada kekuatan aliran sungai. Di kawasan hulu sungai kebiasaanya hidupan akuatik dijumpai ialah anak ikan, udang dan sebagainya yang memakan detritus (bahan organic yang mati seperti daun). Di hilir sungai, hidupan akuatiknya biasanya lebih lasak dan dapat hidup dalam keadaan keruh seperti ikan tilapia. Air sungai di hulu sungai (headwater) mengalir laju ke muara (mouth) dan biasanya melepasi batu atau cerunam yang tinggi iaitu dikenali sebagai air terjun. Kebiasaanya air di hulu sungai adalah cetek, jernih, dingin, mengalir deras dan mengandungi kandungan oksigen yang tinggi. Berbeza, sungai di kawasan hilir dimana sungainya lebih lebar dan dalam, keruh, tidak dingin, mengalir perlahan dan kurang kandungan oksigennya. Sepanjang perjalanan, sungai yang kecil dikenali sebagai anak

6

sungai (tributaries) akan mengalir masuk ke sungai utama dan menambah aliran sungai. Sungai mengalir dengan bebas dan mendatar, lebih perlahan dan angin dari sisi ke sisi akan membentuk sungai yang bengkang-bengkok. (meanders). Dataran banjir biasanya kawasan rata berhampiran sungai yang mengalami banjir. Kebiasaanya di kawasan muara sungai dan berhampiran laut, campuran air sungai dan air laut akan menghasilkan air payau. Delta sungai ialah kawasan tanah rendah dan subur di muara sungai terhasil daripada pemendapan sedimen sungai yang mengalir perlahan sehingga memasuki kawasan laut.

Rajah 1: Ciri-ciri umum sungai

5) PERANAN DAN KEPENTINGAN SUNGAI

7

Peranan dan kepentingan utama sungai adalah untuk kegunaan domestik. Manusia lebih banyak menggunakan air yang berpunca daripada sungai. Manusia menggunakan air untuk melakukan aktiviti harian seperti minum, makan, membasuh, berkebun dan sebagainya. Lebih daripada 150 buah sungai digunakan untuk membekalkan air kepada manusia. Sungai membekalkan 97% sumber air mentah dan dijangkakan keperluan air untuk domestik, industri dan pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat. Tanpa air manusia tidak akan dapat meneruskan aktiviti yang ingin dilakukan. Bayangkan jika bekalan air terputus selama sehari sahaja, bermacam aktiviti yang akan tergendala. Kedua, kebanyakan industri yang beroperasi di negara ini menggunakan sumber air daripada sungai untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Kilang-kilang menggunakan air untuk membuat produk-produk pemasaran. Selain itu, air juga digunakan untuk hidroelektrik. Denagn keadaan industri dunia yang semakin maju ini, maka semakin banyklah air diperlukan. Penghasilan satu tan keluli sahaja, sebanyak 45,000 liter air diperlukan dan untuk menyiapkan sebuah kereta pula sebanyak 30,000 liter air terpaksa digunakan (JAS Malaysia, 2000). Sungai juga tidak kurang pentingnya dalam bidang pertanian dan penternakan. Air sungai juga banyak digunakan untuk pertanian. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam memerlukan siraman air yang cukup untuk memberikan tumbesaran yang baik. Jika petani memerlukan air, begitu juga dengan penternak haiwan. Pertanian melibatkan penggunaan air untuk pengairan tanaman dan juga untuk ternakan. Bekalan air untuk ternakan seperti ayam, itik, khinzir dan sebagainya hanya digunakan sebanyak 1% daripada pengeluaran air untuk pertanian.Manakala selebihnya adalah untuk tanama seperti padi, jagung, kelapa sawit dan sebagainya (Robertson, 1990) Sungai dijadikan salah satu kawasan rekreasi dan tempat tarikan pelancong. Aktiviti seperti berkayak, memancing, berenang dan sebagainya dapat menambah aktiviti sihat dan berguna kepada manusia. Walaubagaimanapun, jika sesuatu sungai tersebut dicemari dan kotor sudah tentulah aktiviti-aktiviti untuk kegiatan rekreasi tidak dapat dilakukan. Justeru penting bagi kita untuk memelihara sungai daripada dicemari dan

8

menjaganya dengan baik. Di Malaysia, kebanyakan tempat rekreasi yang paling diminati oleh pengunjung ialah kawasan perkelahan dan perkhemahan yang terletak berhampiran kawasan air terjun. Di kawasan pedalaman, sungai penting sebagai alat penghubung antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Pada masa dahulu masyarakat pada zaman tersebut menggunakan sungai sebagai medium pengangkutan mereka untuk ke sesuatu destinasi malah pada masa sekarang juga terutama di kawasan pedalaman seperti penduduk yang menduduki kawasan di sekitar sungai Rajang di Sarawak menjadikan sungai tersebut sebagai mediu pengangkutan mereka. Ini kerana keadaan topografi di sana tidak mempunyai perhubungan jalan darat. 6) PUNCA PENCEMARAN SUNGAI Umumnya, pencemaran sungai berpunca daripada faktor semulajadi dan pelbagai aktiviti manusia (Davis dan Conwell, 1991; Grower, 1980; Nemerow, 1991). Terdapat dua komponen utama punca pencemaran air yang dikenalisebagai punca pencemaran tidak tetap dan punca pencemaran tetap (Novotny, 1995). Pencemaran daripada punca tidak tetap terdiri daripada komponen pencemaran yang tidak dapat dikesan puncanya seperti air larian permukaan, sisa aktiviti pertanian, perladangan dan seunpamanya (OShea, 2002). Antara aktiviti-akiviti pertanian yang dikenalpasti sebagai punca pencemaran adalah akiviti pertanian, hasil buangan daripada aktiviti perindustrian da juga perusahaan, hasil kumbahan daripada penduduk setempat, aktiviti pertanian yang tidak terkawal, penternakan haiwan iaitu sisa-sisa najis dan aktiviti bot, perkapalan. Antara punca utama yang dikenalpasti menjadi penyebab kepada pencamaran sungai ialah aktiviti perindustrian. Sistem pengurusan air sisa yang kurang efektif dari kawasan industri menyumbang kepada berlakunya masalah ini. Air sisa yang tidak dirawat terlebih dahulu sebelum di lepaskan ke dalam sungai bukan sahaja mengubah ciri-ciri fizikal sungai tersebut seperti warna, bau dan kekeruhan malah turut mempengaruhi hidupan dalam sungai tersebut. Antara industri danperusahaan yang boleh mencemarkan adalah

9

industri yang bersumberkan pembuatan, bahan petrokimia, getah dan bersumberkan pertanian (Hamidi, 1999). Dengan terhasilnya sisa-sisa dari industri atau perusahaan ini, ianya memberikan kesan terhadap pengurangan kandungan oksigen terlarut (DO), pertambahan BOD dan hidrokarbon, pembeasan bahan kimia seperti alkali, asid, sulfur organik dan bukan organik, garam natrium dan pelbagai lagi. Ini semua,adalah penyebab terhadap kemerosotan kualiti air sungai (Tchobanoglous, 1985). Untuk mengelakkan daripada ianya terus berlaku, langkah-langkah pengawalan haruslah diambil untuk setiap bidang perindustrian dan perusahaan, dengan mengetatkan lagi undang-undang yang sedia ada demi untuk memelihara sungai atau laut dari terus tercemar. Selain itu, hasil kumbahan daripada penduduk setempat juga merupakan punca perubabahan kualiti air sungai. Di kawasan perumahan penduduk luar bandar atau setinggan, juga merupakansalah satu punca yang sering diperkatakan kerana tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna. Dengan kedudukan kediaman yang berhampiran sungai, segala macam jenis sisa-sisa yang dihasilkan tanpa berfikir panjang , sungai adalah tempat untuk dijadikan kawasan pembuangan domestik dan juga sebagai tandas untuk membuang najis. Antara faktor yang menyebabkan punca pencemaran ini terus berleluasa adalah dengan pertambahan populasi penduduk yang tidak pernah mengambil berat akan kesan terhadap aktiviti yang mereka lakukan boleh mengganggu keseimbangan alam sekitar. Kesedaran yang tinggi perlu ada di dalam diri seiap penduduk bagi mengelakkan perkara seperti ini terus terjadi dengan lebih teruk lagi. Antara punca lain yang boleh dikatakan penyebab yang berlakunya pencemaran adalah datangnya daripada aktiviti pertanian. Ini disebabkan oleh sistem penanaman yang kurang berkesan telah menyebabkan keperluan terhadap pengunaan baja kimia, racun rumpai dan juga racun kimia secara berlebihan tanpa memikirkan kesannya terhadap alam sekitar, khususnya terhadap sungai atau terus ke laut (Deborah Chapman, 1996). Di dalam bidang penternakan pula, yang menjadikan masalah adalah disebabkan pelepasan najis-najis haiwa seperti babi, kambing, lembu dan lain-lain ke dalam sungai samada dengan sendiri iaitu melalui air larian permukaan atau dengan sengaja, di mana ianya dilakukan oleh tuan punya haiwan ternakan itu sendiri. Kesan daripada pembuangan

10

najis-najis ternakan itu telah mencemari sungai atau laut, boleh menyebabkan kandungan BOD, pepejal terampai dan nitrogen adalah tinggi. Dengan itu, berlakunya pembiakan pembiakan pelbagai bakteria seperti E coli dan terjadinya pelbagai penyakit yang datangnya daripada air seperti taun. Aktiviti pembinaan yang dilakukan samada di tebing-tebing sungai atau di persisiran pantai juga merupakan satu punca yang perlu dititikberatkan. Dengan adanya pembinaan ini, bermakna bukan sahaja loji-loji dan alatan malahan pertambahan pekerja juga diperlukan. Maka secara tidak langsung, penghasilan sisa-sisa daripada manusia turut menyumbang kepada berlakunya pencemaran. 7) PARAMETER KUALITI AIR Tahap pencemaran sesuatu sungai diukur berdasarkan kualiti airnya. Antara parameter yang digunakan ialah nilai pH, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), ammonia nitrogen, pepejal terampai dan suhu. pH merupakan ukuran atau indeks keasidan dan kealkalian bagi sesuatu sumber air, dengan mengukur kepekatan ion hidrogenn (H+) yang terdapat di dalamnya. Sumber air yang mempunyai kepekatan ion (H+) yang tinggi akan bersifat asid di mana bacaan pHnya rendah iaitu kurang daripada 7. Manakala sumber air yang mempunyai kepekatan ion (H+) yang rendah akan bersifat alkali di mana bacaan pHnyatinggiiaitu lebih daripada 7. Air dikatakan bersifat neutral jika bacaan pHnya sama dengan 7. Nilai pH yang sangat tinggi di dalam air boleh menyebabkan kepekatan ammonia bertambah di mana keadaan ini akan mengakibatkan keracunan atau toksik pada air. Nilai pH yang sangat rendah hingga kurang daripada 4 pula boleh menyebabkan keasidan pada air yag menyebabkan kematian hidpan akuatik, hakisan padabatu dan logam dalam air.

Julat 5.0 - 9.0 6.5 - 9.0 6.5 - 8.5

Kegunaan Pembekalan air domestik Kehidupan akuatik air biasa Kehidupan akuatik air laut 11

Julat pH yang dibenarkan untuk beberapa kegunaan Ukuran kualiti air yang pentinga ialah oksigen terlarut (DO). Kepekatan minimum oksigen terlarut (DO) yang diperlukan oleh hidupan akuatik ialah sebanyak 2mg/L, manakala 5mg/L pula diperlukan untuk aktiviti penternakan dan 4mg/L untuk minuman. Permintaan oksigen biokimia (BOD) adalah merupakan permintaan terhadap jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk melakukan penguraiankeatas bahan cemar organik secara semulajadi. Ianya dianggap penting di dalam pengawalan kualiti air danpencemaran. BOD dijadikan petunjuk kepada darjah pencemaran sesuatu air (Hamidi, 1999). Punca pencemaran terutamanya daripada manusia dan haiwan dapat dikesan dengan menggunakan parameter ammonia nitrogen. Pertumbuhan alga adalah disebabkan kehadiran nitrogen yang berlebihan dan dengan kehadirannya, akan merosotkan kualiti air. Kandungan ammonia nitrogen yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut mengalami pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa penternakan, pertanian dan kumbahan domestik. Pepejal terampai di dalam air terdiri daripada bahan bukan organik atau partikel organik atau bahan yang tidak boleh larut dalam air. Pepejal bukan organik seperti tanah liat, kelodak dan lain-lain partikel dalam tanah manakala bahan organik pula adalah seperti gentian tumbuhan dan mikroorganisma (pepejal terampai biologi) seperti alga dan bakteria. Pepejal terampai boleh mengurangkan nilai estetika air manakala pepejal terampai biologi boleh menjadi penyebab berlakunya wabak oleh bakteria dan juga penghasilan toksik oleh alga.

12

Antara ciri asas yang penting di dalam air adalah kehadiran suhu. Suhu air dipengaruhi oleh cuaca sesuatu tempat, samada yang beriklimpanas atau beriklim sejuk. Punca terjadinya suhu yang tinggi adalah dalam pencemaran seperti pencemaran dari industri pencucian pakaian dan penyejukan janakuasa. 8) PENGKELASAN KUALITI AIR SUNGAI DI MALAYSIA Sungai di Malaysia dapat dikelaskan mengikut tahap pencemaran yang berlaku. Pengkelasan sungai telah diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar yang bertujuan untuk memudahkan lagi pihak yang diberi kuasa dalam mengawal punca pencemaran dan secara tidak langsung dapat mengawasi serta menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan di bawah akta air (Water Enacment). Kualiti air di negara kita diukur menggunakan Indeks Kualiti Air atau Water Quality Indexs (WQI) di mana ia adalah satu pengukuran untuk memberi gambaran secara komprehensif tentang status kualitia air. Faktor-faktor yang mempengaruhi formula Indeks Kualiti Air (WQI) adalah keadaan semasa penggunaan tanah, jenis dan punca-punca pencemaran serta tahap pencemaran. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengaplikasikan Indeks Kualiti Air (WQI) bagi tujuan pengkelasan tahap pencemaran air sungai. Indeks ini juga berfungsi untuk mengenalpasti jenis pencemar utama air dengan merujuk kpada stesen-stesen tersebut di mana peratus kandungan bendasing dapat dianalisa.

Indeks Kualiti

Kelas Sungai

Penerangan

13

Air Sangat bersih. Tidak 90 - 100 75 - 90 Kelas I Kelas II memerlukan rawatan Bersih tapi memerlukan rawatan biasa Bersih tapi tidak sesuai untuk aktiviti rekreasi 45 - 75 20 - 45 Kelas III Kelas IV sungai Tercemar Tercemar teruk. Tiada kehidupan akuatik boleh 0 - 20 Kelas V hidup

Kelas Sungai Berdasarkan Indeks Kualiti Air Sungai Walaubagaimanapun, parameter WQI yang sebenarnya tidak mencukupi untuk menentukan bahawa air sungai adalah betul-betul bersih ataupun tidak. Dengan itu, sungai juga boleh dikelaskan mengikut Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) yang mempunyai 25 parameter yang boleh dikenalpasti termasuk parameter biologikal seperti kehadiran kumpulan koliform (E.coli). Piawaian Kualiti air Interim Kebangsaan (INWQS) adalah bertujuan untuk mengukur tahap pencemaran sungai berdasarkan parameter kualiti air. Parameter kualiti air dapat dikelaskan di dalam kelas tertentu mengikut bacaan yang diperolehi. Terdapat 6 pengkelasan utama INWQS iatu kelas I, kelas IIA, kelas IIB, kelas III, kelas IV dan kelas V. Sungai juga boleh dikelaskan mengikut kegunaan masing-masing yang telah ditetapkan dalam piawaian kualiti air Malaysia. Sebagai contoh, sungai yang dikategorikan dalam kelas I adalah amat sesuai untuk bekalan air yang tidak memerlukan rawatan kecuali untuk mencegah penyakit, kelas IIA memerlukan rawatan secara kovensional, kelas IIB pula boleh digunakan untuk tujuan rekreasi dan mandi-manda, kelas III ialah memerlukan rawatan rapi dan juga merupakan sumber simpanan bekalan

14

air, kelas IV adalah sesuai untuk mengairi kawasan pertanian, dan kelas V adalah untuk kaedah selain daripada di atas. Kelas I Kegunaan Berfaedah Pemuliharaan alam semulajadi Bekalan air 1: tiada rawatan diperlukan IIA IIB III Perikanan 1: spesis akuatik yang sangat sensitif Bekalan air II: memerlukan rawatan biasa Perikanan II: spesis akuatik yang sensitif Rekreasi dengan sentuhan tubuh Perikanan II: spesis akuatik yang sensitif Bekalan air III: memerlukan rawatan yang luas Perikanan III: spesis akuatik biasa dan lasak IV V Minuman bagi ternakan Pengairan tanaman Selain daripada di atas

Klasifikasi sungai di Malaysia mengikut kegunaan berfaedahnya dalan INWQS (JAS Malaysia, 2000)

9)

KESAN PENCEMARAN SUNGAI

15

Pencemaran sungai memberi impak kepada kepupusan sistem ekologi dan kepelbagaian biologi sungai terutamanya hidupan akuatik seperti ikan. Air sungai yang tercemar daripada sumber antropogenik seperti pembalakan dan pembinaan menyebabkan air sungai menjadi keruh, berubah warna seakan the susu, berbau, berubah pH dan kepekatan oksigen terlarut yang rendah akan menyebabkan hidupan akuatik terutama sekali alga, tumbuhan akuatik, bakteria, protozoa dan pelbagai invertebrata, kemudian ikan dan akhirnya haiwan besar seperti badak dan buaya akan mati. Selain itu, pencemaran minyak menghalang kemasukan udara dan cahaya matahari kedalam air menyebabkan hidupan akuatik tidak data bernafas dan akan mati. Semua punca pencemaran ini menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu. Contohnya pencemaran minyak hitam di Sungai Pahang, Temerloh telah menyebabkan beribu-ribu ikan sangkar mati akibat kekutangan oksigen.(Lampiran 1) Selain itu, pencemaran sungai menyebabkan kualiti bekalan air minuman terjejas dan kos rawatan air meningkat. Bekalan kualiti air minumam yang terjejas menyebabkan ramai orang awam mengambil inisiatif meminum air botol atau RO water yang telah disuling dulu untuk membuang kekeruhan dan organisma patogenik. Apabila sungai tercemar, kos rawatan air meningkat kerana kerajaan terpaksa membina loji rawatan air yang lebih effiesien (untuk sungai kelas III) merangkumi rawatan menambah bahan kimia seperti alum untuk menpercepatkan proses kogulasi dan juga flokulasi untuk mengurangkan jumlah pepejal terampai yang terkandung dalam air sungai. (Lampiran 2) Pencemaran sungai juga menjejaskan kesihatan orang awan. Sisa-sisa kilang yang dibuang kedalam sungai akan meracuni air sungai dengan logam berat. Ini akan membahayakan kesihatan orang awam jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bacteria, virus, protozoa, cacing dan dinoflagellates yang menyebabkan penyakit bawaan air. Antara bakteria-bakteria menyebabkan penyakit akibat meminum air tercemar ialah Shigella spp. (penyakit disentri), Salmonella spp. membawa penyakit seperti deman kepialu (typhoid fever), paratyphoid, gastroenteritis dan septicemia, patogenik Eschericia coli dan Campylobacter spp.menyebabkan cirit-birit (diarrhea).

16

Sungai yang tercemar tidak sesuai diadakan aktiviti rekreasi air seperti mandi-manda, memancing dan berkelah dan juga aktiviti pelancongan. Ini kerana sungai yang tercemar dengan sampah-sarap, tidak indah dipandang dan ini menurunkan nilai estetik sungai. Selain itu, sisa buangan kilang dan pertanian menyebabkan kualiti air sungai terjejas dengan pepejal terampai dan minyak dan menyebabkan banyak hidupan akuatik mati dan berbau busuk. Apabila keadaan ini berlaku, sungai yang sebelum ini bersih mempunyai pelbagai ikan tidak sesuai lagi untuk aktiviti memancing dan mandi-manda. Contohnya sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang merupakan sungai teruk tercemar dan berada pada kelas ke 4 telah mencemarkan pemandangan di bandar Georgetown dan ini boleh menjejaskan aktiviti pelancongan dikawasan tersebut akibat kemorosotan semulajadi sungai. (Lampiran 3) Pencemaran sungai boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas kerana boleh memberi kesan buruk kepada perindustrian, pertanian, janakuasa elektrik dan terutama sekali perikanan. Apabila sungai tercemar, sumber air bersih berkurang ini boleh menjejaskan aktiviti-aktivit perindustrian yang memerlukan sumber air bersih yang banyak. Selain itu, air yang tercemar tidak sesuai digunakan untuk aktiviti pertanian kerana boleh menyebakan kematian tanaman dan ini akan menurukan produktiviti hasilan pertanian. Air sungai yang terjejas dengan sampah sarap, sisa kilang dan pertanian seperti kumbahan babi, boleh menyebabkan ketidakcekapan sistem jana kuasa dan jika tidak di bendung, pencemaran ini boleh merosakkan sistem jana kuasa elektrik dan ini menjejaskan sumber tenaga negara. Aktiviti perikanan air tawar berkait rapat dengan sungai. Apabila sungai tercemar, banyak hidupan akuatik seperti ikan akan mati. Ini menyebabkan nelayan atau pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian atau hilang punca pendapatan. Contohnya, pencemaran minyak hitam menyebabkan 1 000 pengusaha ikan sangkar di beberapa kampung di sekitar Sungai Pahang, Temerloh rugi ratusan ribu ringgit apabila ikan sangkar mereka mati. (Lampiran 1)

10) PENGURUSAN SUNGAI

17

10.1

RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN, RMKe-9 Dalam tempoh RMKe-9, Bab 22 iaitu Menggalakkan Penjagaan Alam Sekitar,

kerajaan akan terus memberi penekanan kepada langkah pencegahan untuk mengurang dan meminimumkan pencemaran serta menangani impak negatif lain kepada alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. Di samping itu, langkah akan diambil untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan bagi menggalak amalan pengurusan mampan sumber asli berkaitan sumber tanah, air, hutan, tenaga dan marin. Usaha ini akan meningkat perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli serta menyumbang kepada penambahbaikan kualiti hidup. PROSPEK, 2006-2010 a) Kualiti Air. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai. Perangkap am pencemar dan kolam pemendapan akan dibina di kawasan kritikal di lembangan sungai untuk mengurangkan aliran keluar punca pencemar tak diketahui. Pengawalan pengelodakan dan hakisan akan ditangani melalui pindaan undang-undang sedia ada. Penguatkuasaan akan dipertingkat lagi untuk memastikan pelepasan efluen mematuhi piawai alam sekitar supaya kualiti alam sekitar dikekalkan. b) Sumber Air Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian. Kesesuaian instrumen berasaskan pasaran akan dikaji untuk mengambil kira kos alam sekitar, termasuk kekurangan, ke dalam sistem harga air.

18

Langkah untuk mengurangkan permintaan air akan diberi penekanan termasuk melalui pemberian rebat cukai untuk industri yang mengitar semula air. Bajet 2008: Pemuliharaan Alam Sekitar Kerajaan akan mempastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber asli secara lebih bersepadu dan mampan dilaksanakan secara berkesan. Untuk ini, hampir satu bilion ringgit disediakan bagi terus menjaga keseimbangan dan keindahan ekologi serta meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan kualiti alam sekitar. Salah satu program utama yang akan dilaksanakan ialah Program Saliran dan Tebatan Banjir dengan peruntukan 716 juta ringgit. Program Pengurusan Sungai akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir dan pencemaran serta meningkatkan tahap kualiti air sungai dengan peruntukan 107 juta ringgit. 10.2 AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN SUNGAI DI

MALAYSIA IALAH: a. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar b. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) c. Jabatan Alam Sekitar (JAS) d. Lain-lain agensi yang berkaitan A. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) Pada tahun 2004, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru ditubuhkan dengan menggabung 10 agensi alam sekitar dan sumber asli di bawah satu pentadbiran untuk memudahkan pendekatan pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang terselaras dan komprehensif. B. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

19

JPS merupakan badan pemuliharaan rasmi sungai sejak mula ditubuhkan pada 1932. Selepas tahun 1971, banjir meruapakan masalah utama negara maka JPS diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program untuk mengurangkan masalah banjir. Pada thun 1989, JPS telah dirombak dan Jabatan Kejuruteaan Sungai dibentuk untuk mengurus sungai secara effisien. Untuk menghadapi cabaran akan datang dan mengambil kira trend dalam pengurusan sungai dan sumber air, JPS sedang berusaha mempromosikan konsep pembangunan dan pengurusan sumber alam lembangan sungai dirancang dan diurus secara menyeluruh dan bersepadu. Selain itu, pelbagai kempen kesedaran alam sekitar seperti ceramah kepada pelajar sekolah, bengkel, konforen dan kempen terutama sekali kempen Cintilah Sungai Kita telah diadakan sejak 1993. C. JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) Jabatan alam Sekitar berperanan dalam mengawal dan memantau lembangan sungai dan menentukan kualiti air berdasarkan paramater kualiti air. Selain itu, JAS juga berperanan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan pencemaran sungai.

10.3 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN MENGAWAL PENCEMARAN AIR SUNGAI 1. Peraturan-peraturan di bawah AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974 bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesan kepada kualiti air sungai: i. ii. iii. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perlesenan) 1977 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978

20

iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 2005 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Terhadap Penggunaan Bahan Terkawal Di dalam Sabun, Bahan Pencuci Sintetik dan Agen Pencuci Lain) 1995. lain berkaitan pengawalan

2. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan pencemaran air. i. ii. iii. iv. v.

Akta Kerajaan Tempatan, 1976 Seksyen 69 Part VIII di mana tidak boleh menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 Di bawah Part VII di mana memberi kebenaran bagi membangunkan kawasan tertentu di tebing sungai. Fisheries Act, 1985 Seksyen 38 di mana memastikan sungai terpelihara dan sesuai untuk kawasan memancing ikan. Sewerage Services Act, 1993 Seksyen 19 di mana memberi kuasa bagi menghalang dari mencemarkan sungai. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960 Enakmen No.15 di bawah Seksyen 3 di mana memberikuasa kepada Kerajaan negeri mewartakan hill land sebagai kawasan sensitif.

vi.

Pengwartaan Rizab Sungai, 1991

21

vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.

Processing of Applications for Gas Pipeline Crossing at Rivers, Drains and Canals, 1993 Memproses Permohonan dan Menetapkan Syarat-Syarat Pengambilan Pasir Sungai, 1993 Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, 1995 Penanaman Pokok-Pokok yang sesuai di Tebing Sungai, 1995 Kerja-Kerja Pengindahan Kawasan Pingggir Sungai, Deraf Pertama Memproses Permohonan dan Menetapkan Syarat-Syarat bagi Jambatan dan Lintasan, Deraf Akhir Surat Perkeliling Teknikal JPS Bil. 1/1996- Spesifikasi Kontrak Kerja-Kerja Tanah.

10.4

STRATEGI PENGURUSAN SUNGAI Strategi pengurusan sungai yang berkesan boleh dibahagikan kepad dua iaitu

pemeliharaan atau pembaikan sungai. Pemeliharaan sungai tertumpu kepada sungaisungai yang tercemar yang perlu dibaik pulih untuk meningkatkan nilai estetik sungai dan meningkatkan kualiti air sungai daripada tercemar kepada sungai yang bersih dan dapat menampung kehidupan. Selain itu, usaha-usaha melibatkan pemeliharaan sungai yang meliputi program kejuruteraan seperti mengekalkan fungsi asal sungai dengan pembinaan jeram, lubuk dan ciri-ciri fizikal sungai yang lain, menstabilkan dan melindungi tebing secara bio-engineering dan menguruskan kawasan sungai dan rizabnya supaya tidak dicerobohi. Umum mengetahui bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, strategi pencegahan pencemaran sungai hendaklah dilaksanakan dengan bersungguhsungguh setiap lapisan masyarakat. Dengan ini, kerajaan dapat menjimat perbelanjaan kerajaan untuk membersihkan sungai yang tercemar. Dalam Rancangan Malaysia ke 8, kerajaan telah membelanjakan RM250 juta dan sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan untuk projek pemulihan sungai. Langkah-langkah pencegahan menekankan kepada strategi dan rangka kerja untuk membantu pembangunan, pemuliharaan, pentadbiran dan memudahkan perancangan dan pengurusan sungai secara 22

bersepadu. Kaedah pencegahan ini melibatkan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah seperti banjir, hakisan tebing dan dasar sungai, pemendapan sungai, mengurangkan masalah pencemaran sungai, memulihkan ekologi semula jadi sungai dan memelihara kawasan habitat di persekitaran sungai bagi memberangsangkan kepelbagaian biologi sungai. Program-program yang telah dilaksanakan dalam membersihkan dan memulihkan sungai ialah pembersihan sampah sarap; pembersihan dari kelodak; penempatan semula setinggan; pembinaan seperti perangkap sampah; pengolahan kumbahan domestik/ternakan; pemulihan hidupan air dan kawalan pencemaran air. Antara program pemulihan dan pembersihan sungai yang berjaya ialah pembersihan Sungai Melaka. Program pembersihan Sungai Melaka ini menguntungkan kerajaan Melaka kerana aktiviti pelancongan sungai dapat menarik minat pelancong asing mahupun tempatan. Walaubagaimanapun, kerajaan terpaksa berbelanja RM310 juta sejak lima tahun lalu hanya untuk membersihkan sungai sepanjang 4.5 km dari Jambatan Hang Jebat hingga ke muara sungai.. Selain itu, kerajaan pusat juga mengadakan program pemulihan sungai iaitu SATU NEGERI, SATU SUNGAI dibawah seliaan JPS negeri. (Lampiran 4 dan 5). Selain itu, pendidikan tentang pencemaran sungai harus diperluaskan tidak tidak semestinya tertumpu kepada pelajar sahaja tetapi mendidik industri serta mereka yang terlibat didalam sektor pertanian. Contoh program pencegahan ialah KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA, Pengurusan Sungai Secara Bersepadu dan Manual Stormwater Management. A. PROGRAM: SATU NEGERI, SATU SUNGAI a. Objektif i Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan bernilai dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015. ii Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi iii Untuk memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah sarap. b. Latar Belakang

23

i

Isu dan masalah: Pembangunan yang pesat dan penukaran gunatanah mendedah sungai kepada tekanan-tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung sungai.

ii Punca-punca: Contohnya pembangunan tanah yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar seperti pembalakan, pertanian, perumahan, industri, perniagaan dan lain-lain, c. Konsep program: Konsep Satu Negeri Satu Sungai adalah bertujuan untuk menukar keadaan sungai yang kotor kepada satu keadaan sungai yang bersih seperti Rajah 1 di bawah; Sekarang Sungai yang kotor Sungai yang mati Sungai yang sepi Masa Hadapan Sungai yang bersih Sungai yang hidup Sungai yang semulajadi dan meyokong pelbagai kehidupan

Rajah 1: Konsep Satu Negeri Satu Sungai d. Pelaksanaan program Strategi pelaksanaan yang digariskan perlu mengambilkira langkah-langkah pengawalan berpandukan kepada pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM), yang mana merupakan satu kaedah pengurusan yang terbaik, yang menggunakan kaedah Pencegahan Sungai (Preventive Measures), Pemulihan Sungai (Curative Measures) dan Pengurusan (Management). e. Kriteria pemilhan sungai

24

Namun kriteria utama pemilihan ialah perlu memilih sungai antara yang tercemar di dalam negeri tersebut serta pemilihan tersebut mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri . Senarai sungai yang dipilih adalah seperti Jadual 7 di bawah;

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

NEGERI Perlis Kedah P. Pinang Perak Selangor W. Persekutuan N. Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah

PANJANG LUAS LEMBANGAN NAMA SUNGAI SUNGAI (km2) (km) Perlis Sungai Petani Pinang Kinta Penchala Penchala Temiang Diversion Melaka Skudai Galing Hiliran Lubok Mulong Bintagor Papar 9.5 12 3.1 20 12 12 9 39 52.8 7 5.5 10 60 505 37.5 37.5 555 14 14 34 608 325 22.65 6.4 25 770

B. PROGRAM: KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA 1.0 PENGENALAN

Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan di peringkat nasional Kempen Cintailah Sungai Kita pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal untuk,

25

i.

Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai

ii. iii.

Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.

Bahagian Kejuruteraan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan memantau perjalanan program ini. 2.0 2.1 LATAR BELAKANG Kempen Fasa I

Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak tahun 1993 ialah; a. Sungai Angkat, b. Pemerhatian Sungai c. Pendidikan & Ceramah, d. Expedisi Sungai dan e. Pengindahan Sungai,

2.2

Kempen Fasa II

Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema Pencegahan Asas Pemulihan, Fasa II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan

26

pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah adalah seperti berikut: a. Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task Force). b. Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti yang punca-punca sedia ada pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai. c. Memperkenalkan undang-undang/akta-akta bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan d. Rekabentuk sungai yang lebih lembut mengambil kira alam persekitaran dalam perancangan pencegahan banjir yang dijalankan oleh jurutera-jurutera jabatan mula diperkenalkan melalui buku-buku dan garispanduan seperti; i) Penerbitan Brosur a. Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997) b. Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997) c. Creation of Nature Rich Rivers(1997) ii) Penerbitan Buku

a. Rivers Towards The Making of Rivers Rich In Nature(1996) b. Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998) Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut:

27

1. Perlis 2. Kedah 3. Pulau Pinang 4. Negeri Sembilan 5. Melaka 6. Selangor 2.3 Kempen Fasa III

Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal dan juga orang ramai khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan Kempen pada tahun ini. Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan, di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II. Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu; i. Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di kalangan setiap lapisan rakyat jelata. ii. iii. Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai. Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai. 3.0 KEPERLUAN PROGRAM

28

Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan kawasan tadahannya. 4.0 SKOP PROGRAM

Objektif program ini adalah untuk merumus dan menghasilkan sebuah pelan pengurusan yang lengkap untuk Lembangan Sungai yang dipilih merangkumi komponen-komponen seperti berikut; 4.1 Pengurusan Sungai Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang diperlukan. 4.2 Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai.

29

4.3 Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu, satu program kesedaran masyarakat berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa. 5.0 KAWASAN KAJIAN 5.1 i) Pengurusan Sungai Salah satu sungai utama yang dipilih serta cabang-cabangnya di dalam negeri tersebut. ii) Pengurusan dan Pemantauan Kawasan tadahan Keseleruhan kawasan tadahan sungai yang dipilih. 5.2 Pengurusan Persekitaran Sungai Salah satu sungai utama yang dipilih serta cabang-cabangnya di dalam negeri tersebut. 5.3 Program Peningkatan Kesedaran masyarakat Keseluruhan kawasan tadahan syngai yang dipilih.

30

6.0

SKOP KERJA PROGRAM 6.1 Kutipan Data dan Analisis

Kutipan data dan analisis maklumat serta data berkaitan dengan keadaan semula jadi, meramgkumi; a. Keadaan semula jadi dan keadaan guna tanah pada masa sekarang dan masahadapan. b. Data-data kualiti air c. Kedaan fizikal sungai(profail dan keratan sungai, struktur sungai sediada, pelan-pelan pembangunan yang dijalankan dan aktivitiaktiviti lain). e. Pembuangan sisa pepejal dan lain-lain punca pencemaran. f. Data-data inventori jenis aktiviti dan jenis penempatan seperti industri, perumahan dan penempatan setinggan g. Data-data lain yang berkaitan dan peraturan-peraturan yang berhubung dengan pembangunan dan pengurusan lembangan sungai berkenaan.

6.2 6.2.1

Rumusan Terhadap Pelan Pengurusan Sungai Pelan Pengurusan Sekitaran Sungai Pelan Pembangunan dan Pengurusan Koridor Sungai a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Sungai yang akan merangka aktiviti dan matlamat program. Jawatankuasa perlu merangkumi jabatan dan agensi-agensi teknikal seperti; 1. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri(River Manager) 2. Pejabat Tanah dan Galian(PTG)

31

3. Pejabat Tanah Daerah(PTD) 4. Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) 5. Jabatan Alam Sekitar(JAS) 6. Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD) 7. Lain-lain Agensi yang berkaitan b) Merumuskan keseluruhan konsep pembangunan dan pengurusan koridor sungai yang harmoni dan berkait rapat dengan pembangunan sekelilingnya dengan memfokuskan kepada; 1. pengezonan kawasan 2. keperluan rezab dan koridor sungai 3. simpanan semula jadi. 4. Pengindahan/lanskap 5. Rekreasi dan pelancongan c) Merangka pelan tindakan pemulihan dan pemeliharaan kawasan tadahan sungai seperti; 1. Penempatan semula aktiviti yang mencemarkan sungai 2. Kerja-kerja pemulihan d) Menentukan aliran penyelenggaran sungai yang diperlukan khusus bagi tujuan; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. kemudahan sungai untuk pengangkutan kemudahan perikanan pelindungan terhadap struktur sungai pemeliharaan hidupan akuatik dan tumbuhan penjagaan dan pemulihan kualiti air memperbaiki keindahan pemandangan sungai rekreasi dan pelancongan sungai

32

e) Merangka keperluan masa hadapan/potensi sungai untuk pengangkutan air ( merangkumi untuk rekreasi dan pelancongan) dan merangkakan dasardasar untuk kerja-kerja pembaikan sungai dan struktur. f) Menentukan keupayaan sungai daripada kesan-kesan pencemaran dan merangkakan dasar-dasar perlepasan kumbahan sisa dari industri agar mematuhi syarat-syarat perlepasan efluen mengikut Environmental Quality (Sewage and Effluents) Regulation 1979. 6.2.2 Pelan Pengurusan dan Pemantauan Kawasan Tadahan a) Pelan pengurusan kawasan tadahan mestilah merangkumi zon kawasan pembangunan sosio-ekonomik masa hadapan serta dasardasar untuk pembangunan tanah di dalam kawasan tadahan. b) Program juga perlu dibuat kepada susunan institusi yang sediada dan bidang kuasa undang-undanag dan mesyorkan sebarang pembaikan untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan yang efektif dan berkesan . 6.2.3 Pelan Pengurusan Alam Sekitar a) Menentukan dan merangka data-data asas yang diperlukan untuk ekohidrologi sungai. b) Mengkaji dan menyemak semula titik punca pencemaran dan bukan titik punca pencemaran untuk tadahan lembangan sungai serta menyemak semula kajian-kajian lain yang telah dijalankan sebelum ini. c) Menyemak dan mencadangkan semula penambahbaikan kualiti air dengan mengesyorkan sistem- sistem kawalan. 6.2.4 Aspek-aspek Perundangan Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undangundang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya

33

River Laws yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai. 6.2.5 Sistem Maklumat Geography(GIS) Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS). 6.2.6 Imbuhan atau Insentive Merangka dasar-dasar berbentuk imbuhan atau intensive yang boleh diberikan kepada individu, syarikat dan pemaju yang telah menjalankan kaedah pemulihan dan penjagaan sungai seperti; i. ii. mengurangkan contribution. membekalkan perbandaran. iii. menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan. tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan kadar caruman perparitan drainage

6.3 a.

Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat Menentukan dan merangka program pendidikan kepada setiap peringkat masyarakat dengan melibatkan mereka dengan program-program yang dijalankan seperti; a) Masyarakat i. Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat Community Center di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan

34

menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut. ii. Program pembangunan kawasan royong. iii. Menggalakkan program Sungai Angkat iv. Menganjurkan program Ekspedisi Sungai v. Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang mendatang keburukan kepada sungai. b) Pelajar Sekolah i. Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai. ii. Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan riverwatch dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya. iii. Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai. iv. Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa yang akan tebing sungai secara gotong-

7.0

PERUNTUKAN PROGRAM

Program yang dijalankan adalah satu proram yang berterusan bermula dari tahun 2001, yang mana memerlukan peruntukan yang besar. Oleh itu, perancangan teliti perlu dibuat oleh jawatankuasa bagi menentukan peruntukan yang akan digunakan setiap tahun.

35

8.0

FAEDAH YANG AKAN DTERIMA

Program yang dijalankan akan dapat memperkembangkan tahap pemikiran setiap masyarakat yang selama ini tidak begitu mementingkan penjagaan alam sekitar terutamanya sungai. Dengan berjalannya program ini, maka masyarakat akan dapat menilai pentingnya sumber air khususnya sungai bagi kehidupan mereka. C. PROGRAM: PENGURUSAN SUNGAI SECARA BERSEPADU Objektif utama adalah untuk mengimbangi keperluan manusia dan keperluan untuk mengekalkan kelestarian sumber-sumber yang ada. Kaedah ini menjurus kepada penyeragaman dan integrasi di dalam dasar-dasar, program-program dan amalan-amalan. Secara umumnya, kaedah ini memastikan keadaan semula jadi lembangan sungai dapat dikekalkan dan wujud seiring dengan pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat. Projek-projek dalam persediaan kajian: 2. Detailed Engineering Design of Water Quality Improvement Works of Sungai Segget Catchment, Johor Bahru, Johor 3. Projek Study, Plan and Detailed Design of Sg. Skudai Rehabilitation 4. Kajian Lembangan Sungai Linggi, Negeri Sembilan. 5. Penyediaan Blue Print untuk Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu 6. Pelan Induk Tebatan Banjir dan Rekabentuk Terperinci Sg Air Salak, Melaka. 7. Pelan Induk Tebatan Banjir dan Rekabentuk Terperinci Sg Lereh/Udang, Melaka. 8. Pelan Induk Tebatan Banjir dan Rekabentuk Terperinci Sg Parit China, Melaka. 9. Kajian Daftar Lembangan Sungai Kebangsaan (Fasa I) a. Bahagian A-Daftar Lembangan Sungai b. Bahagian B-Updating of Flood Condition. 10. Kajian Daftar Lembangan Sungai Kebangsaan (Fasa II)

36

D. PENGURUSAN MANUAL STORMWATER Planning and Design Procedures No. 1:Urban Drainage Design Standards and Procedures for Peninsular Malaysia telah diterbitkan oleh JPS pada 1975. Manual ini disediakan untuk membantu jurutera dalam mereka bentuk system saliran dan telah dirujuk oleh pelbagai agensi sama ada kerajaan negeri atau pusat untuk memenuhi keperluan pembangunan di kawasan bandar. Manual ini telah digunakan 25 tahun sejak penerbitannya dan tidak ada perubahan isi kandungannya walaupun pelbagai penemuan baru dalam teknologi saliran di bandar.

11 PENUTUP Pencemaran sungai bukanlah merupakan isu yang baru. Semulajadinya sungai dapat menerima pencemaran yang tidak dapat dielakkan tetpi urbanisasi yang berlaku sangat pantas dan berhampiran lembangan sungai menyebabkan ramai orang tidak menyedari pencemaran sungai yang mereka lakukan. Hubungan antara sungai dan penduduk tempatan adalah kunci kepada keberkesanan pemuliharaan dan penjagaan sungai. Komuniti haruslah memainkan peranan untuk menjaga khazanah yang tidak terhingga ini. Walaupun, industri mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JAS dalam pembuangan sisa kilang, tetapi sisa sampah masih dibuang dalam sungai.

37

12 RUJUKAN http://74.6.146.244/search/cache? ei=UTF8&p=household+solid+waste+management+malaysia&fr=yfpweb&u=www.epu.jpm.my/new%2520folder/development %2520plan/RM8/c19_cont.pdf&w=household+solid+waste+management+malaysia&d= AHB70OdmPbIn&icp=1&.intl=myehttp://www.efka.utm.my/kthesis/asset/Year2003/EE/rahim %2079e/SANIKHANSX000504AWJ01D03TT2.doc.

http://www.water.gov.my/web/ http://www.water.gov.my/division/river/

Solomon et, al. (2002). Biology. 6th Edition. 6th Edition. Thomson Brooks/Cole, USA. 1215-1220 pp. Miller, G.T (2005). Living in the Environment. 14th Edition. Thomson Brooks/Cole, USA.

38

LAMPIRAN 1

39

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

40

LAMPIRAN 4

41

LAMPIRAN 5

42

43