ESEI Pend Islam (Assment)

download ESEI Pend Islam (Assment)

of 21

Transcript of ESEI Pend Islam (Assment)

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    1/21

    2011

    KHAIRUL HAFIZD BIN MOHD ASRI

    KIRKBY INTERNATIONAL COLLEGE

    11/11/2011

    PENGAJIAN ISLAM MPW 2143

    NAMA : KHAIRUL HAFIZD BIN MOHD ASRI

    KELAS : A1 WILLIAM WORTHSWORD

    NO I/C : 930902-02-5209

    NO MATRIK : PLPPIP2011/023/KIC

    NAMA USTAZ : EN MOHD HASBIE AL-SHIDDHIEQUE BIN AHMAD

    NO SOALAN : 1 dan 9

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    2/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 1

    Soalan 1.

    (a.) PENGERTiAN ISLAM DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

    Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua

    lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-

    sangat mudah ia itu Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah, Tiada Tuhan yang berhak

    disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan

    setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita

    dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri

    tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal

    dengan Islam.

    Dari sudut bahasa, Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu salima yang

    bermaksud selamat, sentosa dan kedamaian.Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh

    dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi kerana perkataan Islam

    tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu-individu golongan-golongan mahupun

    tempat-tempat tertentu. Definisi Islam mengikut istilah syarak ialah patuh dan menyerah diri

    kepada Allah s.w.t dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.Islam juga ialah

    peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia,

    menjadi dasar akhlak mulia sebagaimana yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    3/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 2

    Surah Al-Imran:

    "18. Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-

    Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya)

    berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.

    19. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah

    Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan

    berdengki-dengkian sesama mereka.Barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah, maka

    sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira."

    (b.) KEPADA SIAPA DAN UNTUK SIAPA ISLAM DITURUNKAN

    Islam telah diturunkan Allah kepada seluruh umat manusia melalui Rasulullah S.A.W

    yang telah diutuskan bagi menyampai rislata dari Allah S.W.T dan mentadbir urusan makhluk di

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    4/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 3

    dalam sunia ini agar peraturan Allah S.W.T dipatuhi oleh sekalian manusia.Kaum muslimin yang

    menjadi umat Baginda S.A.W juga memikul amanah tersebut, bertangungjawab menyambung

    perjuangan baginda S.A.W. Tugas tersebut terletak di atas bahu umat Muhammad S.A.W

    hinggalah hari kiamat.Jalan yang dipelopori oleh Nabi Muhammad S.A.W dan diikuti oleh

    sahabat-sahabat baginda S.A.W adalah sebaik-baik dan sebnar-benar jalan.Jalan yang paling

    baik dan paling benar ini juga dilalui oleh para pengikut baginda S.A.W yang dating kemudian.

    Islam diturunkan kepadaRasulullah SAW ( )

    Membenarkan hal ini, firman Allah SWT (QS. 3 : 84)

    Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang

    diturunkan kepada Ibrahim, Isma`il, Ishaq, Ya`qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan

    kepada Musa, `Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di

    antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri."

    Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah din yang diredai- Nya dan amat

    sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia.Islam adalah berbeza dengan agama-

    agama ciptaan manusia. Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam

    dinobatkan sebagai cara hidup manusia ini bermakna melalui Islam, Allah s.w.t telah

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    5/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 4

    meletakkan garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia. Justeru

    itu Islam perlu dijadikan panduan dalam seluruh aspek kehidupan.

    Apa sahaja budaya atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam maka ia adalah cara

    hidup yang batil dan tidak boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Begitu

    juga dengan adat-adat yang diguna pakai oleh sebilangan masyarakat hari ini.Sekiranya adat-

    adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang itu menyeleweng dari landasan Islam maka

    adat-adat tersebut tidak boleh diamalkan dan dilarang oleh Islam.

    Setiap muslim mestilah hidup berlandaskan sistem hidup Islam. Masyarakat yang tidak

    meletakkan Islam sebagai cara hidup pastinya akan kucar kacir, porak poranda, terjerumus

    dalam kehancuran dan gagal memperolehi kejayaan dan kesejahteraan. Oleh yang demikian

    sebagai muslim mukmin hanya Islamlah cara hidup yang sesuai.

    Allah s.w.t telah menegaskan bahawa Dia telah sempurnakan kepada umat manusia

    Islam sebagai cara hidup. Firman-Nya yang bermaksud: "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi

    kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu

    agama kamu. " (Surah al-Maidah ayat: 3)

    (c.) CIRI-CIRI AGAMA ISLAM YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Dasar agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah mengabdikan diri kepada

    Tuhan yang Maha Esa dan mencari kesejahteraan hidup di akhirat tanpa melupakan

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    6/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 5

    tangungjawab terhadap kehidupan dunia dan makhluk Tuhan sekaliannya. Diantara ciri-ciri

    Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah Rabbaniyyah Bahwa Islam adalah agama

    yang secara sah dan rasmi diturunkan oleh Allah. Syariat yang ada didalamnya adalah wahyu,

    bukan ciptaan manusia bahkan bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). Ini bermakna Islam adalah

    agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga mereka berada dan hingga ke akhir zaman

    (al-Anbiya:107).

    Agama Islam itu bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia. Segala hukum yang telah

    diturunkan oleh Allah tidak bertentangan dengan akal sehat manusia, bahkan akal tersebut jika

    betul-betul digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah. Adapun yang nampak

    bertentangan ialah kerana akal manusia(kerana keterbatasannya) tidak dapat memahami dan

    mentafsirkan apa yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah. Segala apa yang disyariatkan

    itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana Allah sajalah yang amat

    mengetahui hakikat dan kejadian manusia(al-Rum:30,al-Baqarah:164).

    Agama Islam itu mudah dan Jelas.Allah tidak mensyariatkan sesuatu yang diluar

    kemampuan manusia, disamping itu juga Allah telah memberikan keringanan (rukhsah) pada

    keadaan-keadaan tertentu.Di dalam Islam tidak ada sesuatu ayng sulit difahami kerana

    kerumitannya.Asas tauhid Islam jelas kerana segalanya telah diterangkan oleh al-Quran, tidak

    ditokok-tambahkan oleh golongan tertentu, sebagaimana yang terjadi pada sebahagian agama.

    Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada Allah tanpa perlu adanya perantara, semua

    orang sama taraf disisi Allah. Dalam Islam tidak ada pendeta-pendeta yang mengatasnamakan

    tuhan dan mempunyai hak istimewa ditaati dan memberikan ampunan.

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    7/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 6

    Syumuliyyah. Ini bermakna bahwa islam memberikan teori yang lengkap dan mendalam

    tentang alam semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya dan bagaimana ia berjalan mengikuti

    ketetapan Allah. Begitu juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan.

    Agama Islam juga bercirikan al-wasatiyyah atau tawazun (moderate). Posisi Islam tidak

    terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga melupakan material, Islam merangkumi dunia

    dan akhirat tidak menumpukan pada akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga tidak

    menghinakan dunia, akan tetapi menempatkannya pada tempat yang betul. Islam juga

    memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang

    berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan

    maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai

    dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.

    Al-ijabiyyah, Islam adalah agama yang positif. Islam memberikan kesan yang positif

    dalam kehidupan manusia, hubungannya dengan sesama manusia dan hubungannya dengan

    Allah akan semakin erat. Ini dapat dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih

    tenang dan bahagia dibanding dengan orang tidak beragama atau yang beragama lain. Seorang

    muslim tahu akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari materialistic, ia selalu merasa adanya

    perlindungan dan rahmat Allah.

    Agama Islam juga adalah agama yang realistic (al-waqiiyah), tidak idealis.Setiap hukum

    dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila

    berhalangan.Oleh kerana itu tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman,

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    8/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 7

    kerana fiqih Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah/perkembangan baru dalam

    kehidupan manusia, selama pintu ijtihad terbuka kepada mujtahid.

    Agama Islam bersifat teguh dan tidak berubah. Syariat yang Allah tetapkan tidak akan

    berubah, ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda. Tidak

    ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syariat Allah, adapun yang berkembang dalam

    fiqih Islam itu adalah Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan

    perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam

    Quran dan Sunnah.

    Soalan 2

    (a.)Terangkan Konsep kekeluargaan dan kemmasyarakatan menurut pandangan Islam.

    Konsep Kekeluargaan Islam

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    9/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 8

    Menurut Islam keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting kerana keluarga

    merupakan kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat.

    Kepentingan institusi ini jelas apabila Allah S.W.T. mengadakan undang-undang dalam urusan

    kekeluargaan yang disebut sebagai munakahat . Keluarga memainkan peranan penting dalam

    membentuk peribadi individu yang baik kerana dari peribadi yang baik akan terbina keluarga

    yang baik, dari keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang berdisiplin dan mantap,

    seterusnya dari masyarakat yang berdisiplin akan tertegak negara yang cemerlang dan diredai

    oleh Allah S.W.T. Pembentukan keluarga juga penting untuk mengekalkan kesinambungan

    generasi manusia kerana pengabaian pembentukan institusi keluarga akan membawa kepada

    kehancuran sesebuah masyarakat. Memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia

    melalui ikatan perkahwinan.Mencapai kebahagian, keharmonian, kebaikan, kasih sayang

    sesama manusia, kepuasan rohani serta jasmani.Membentuk umat yang kuat dan mantap

    kerana individu yang kukuh dan kuat dibentuk oleh ibu bapa, dan mencetus dan memupuk

    semangat pengorbanan, tolong-menolong, kerjasama dan perpaduan dalam jiwa setiap

    anggota keluarga.

    Islam menetapkan perkahwinan sebagai asas pembentukan keluarga. Tujuan

    perkahwinan adalah untuk memperoleh zuriat, memelihara kehormatan diri, mencapai

    kegembiraan hati, ketenangan batin dan sebagai cara untuk menyalurkan naluri cinta. kasih

    sayang dan tuntutan batin yang menjadi fitrah semulajadi manusia yang Allah S.W.T. jadikan

    daripada lelaki dan wanita.

    Perkahwinan merupakan ikatan antara dua individu lelaki dan wanita melalui akad nikah

    dan ijab kabul. Islam menyarankan seseorang lelaki, dalam memilihjodohnya, diharuskan

    memilih berdasarkan empat ciri iaitu berharta, berketurunan baik, cantik dan beriman.Antara

    keempat-empat ciri di atas digalakkan mengutamakan perempuan yang beriman kerana hanya

    keimanan sahaja yang dapat menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat.

    Konsep Kemasyarakatan Islam

    Umum memahami bahawa masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama

    Islam dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi realitinya masyarakat Islam ialah orang Islam yang

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    10/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 9

    hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat.Masyarakat itu

    terlaksana melalui kehidupan yang berlandaskan nilai-nilai Islam.

    Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan

    suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam.Masyarakat Islam yang

    pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya

    di Madinah, sebaik sahaja Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masehi.

    Umat Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. pada ketika itu

    telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan

    cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi

    contoh dan model bagai masyarakat manusia selepasnya.

    Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikuti asas-asas Islam.Akhlak

    menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesebuah

    masyarakat.Jatuh bangun sesebuah masyarakat bergantung sejauh mana akhlak dapat diterap

    dan dicerakinkan. Dengan asas akhlak, pembentukan peribadi yang menjadi tunggak

    masyarakat akan tercapai. Seseorang individu dalam masyarakat harus mempunyai akhlak yang

    mantap untuk membentuk sebuah masyarakat yang stabil.Peranan tempat ibadah juga

    merupakan asas kepada pem-bentukan sesebuah masyarakat.Islam memandang ibadah

    sebagai perkara penting dalam kehidupan manusia, oleh itu pembinaan tempat ibadah juga

    diberi penekanan dan diletakkan sebagai asas pembentukan masyarakat.Satu perkara yang

    tidak kurang pentingnya dalam pembentukan masyarakat ialah persaudaraan. Ikatan antara

    seseorang individu dengan individu yang lain adalah dengan persaudaraan. Setiap anggota

    masyarakat bersaudara dengan erti kata saling menolong dan bekerjasama dalam semua

    perkara.Asas-asas tersebut saling berkait dalam pembinaan sebuah masyarakat Islam.

    Hak dan Tanggungjawab Anggota Masyarakat

    Setiap individu berhak hidup dengan aman dan tenteram dalam sebuah masyarakat

    Islam.Seseorang tidak boleh dibunuh sewenang-wenangnya kecuali menurut peruntukan

    undang-undang.Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bebas.Kebebasan setiap individu

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    11/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 10

    tidak boleh diceroboh oleh sesiapapun dengan sewenang-wenangnya. Maruah dan peribadi,

    nilai diri dan nama baik setiap ahli masyarakat tidak boleh dihina dan dicela sesuka hati.

    Kebebasan berfikir, beragama dan melahirkan pendapat juga merupakan hak anggota

    masyarakat.Bebas berfikir untuk mencari kebenaran, bebas menolak serta menentang

    kezaliman dan bebas memilih agama yang ingin dianuti.

    Konsep pemisahan kawasan berdasarkan warna kulit dan pegangan agama tidak wujud

    dalam Islam.Setiap individu bebas bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat

    tanpa batasan warna kulit atau pegangan agama.Dalam menentukan hak keadilan dan

    kehakiman, tidak ada perbezaan dan pengecualian dalam pelaksanaan undang-undang.Si

    tertuduh berhak membela dirinya.

    Menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran merupakan hak bagi setiap

    anggota masyarakat yang diberikan Islam.Oleh itu hendaklah ada segolongan daripada

    masyarakat melaksanakan tugas menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran.

    Perlindungan politik mestilah diberi kepada sesiapa sahaja yang teraniaya tanpa

    mengira bangsa, pegangan agama dan warna kulit.Hak melantik pemimpin adalah

    bebas.Masyarakat bebas memilih pemerintah yang dianggap layak.

    Setiap individu berhak bekerja dan mengusahakan sesuatu untuk mencari rezeki dankekayaan yang halal. Individu juga diberi hak menuntut ilmu, malah ia merupakan satu

    kewajipan bagi setiap individu. Begitu juga dalam hal membentuk keluarga.

    Setiap anggota masyarakat harus membentuk keluarga dengan cara yang bermaruah

    kerana keluarga menjadi institusi terpenting dalam masyarakat.

    Islam dan Masyarakat Berbilang Kaum

    Ahli-ahli sains sosial menakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat berbilang

    bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama. Biar apapun takrif dan analisis tentang masyarakat

    majmuk, ia menepati masyarakat Islam yang pertama wujud di Madinah. Masyarakat pada

    waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya, bahasa dan kelas.Islam

    mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk.

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    12/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 11

    Masyarakat beragama Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan hukum Islam.

    Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:-

    i. Kewajipan terhadap Allah S.W.T. apabila ia mengumumkan Islam sebagai agamanya

    (tanggungjawab 'aqidah atau agama).

    ii. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam

    sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik).

    Kelompok ini mesti tunduk kepada hukum Islam seluruhnya sama ada undang-undang

    sivil ataupun agama, tidak kira apa mazhab yang ia anuti. Tidak ada kekebasan untuk memilih

    hukum-hukum yang lain daripada hukum Islam. Sementara masyarakat bukan Islam yang

    tinggal dengan aman di bawah penyeliaan hukum dan pemerintahan yang mengikut sistem

    Islam, ia bertanggungjawab untuk tunduk kepada undang-undang Islam kerana ia tertakluk

    kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab 'aqidah atau agama.

    Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan

    seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat dan negara tidak akan

    sempurna. Oleh itu Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat

    yang bakal dibina. Sekiranya keluarga yang dibentuk itu beriman, maka akan lahirlah

    masyarakat yang beriman. Begitulah sebaliknya.

    Ibu bapa dan anak-anak pula merupakan komponen keluarga yang bertanggungjawab

    mencorakkan sesebuah keluarga itu.Untuk memastikan setiap anggota menjalankan hak dan

    tanggungjawab, maka Allah S.W.T. menurunkan undang-undang kekeluargaan yang dipanggil

    mundkahat. Antara lain ia menyentuh segala hal yang berkaitan dengan kekeluargaan dan

    perkahwinan.

    Sebuah masyarakat Islam yang beriman mampu menghadapi dan bersama-sama dengan

    masyarakat agama lain untuk membentuk sebuah negara yang aman, makmur, maju dan

    berakhlak. Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu Baginda membina masyarakat

    Islam pertama di Madinah pada tahun 622 Masehi.

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    13/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 12

    (b.) Matlamat Pembentukan Keluarga Dalam Islam

    Firman Allah Taala :

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    14/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 13

    Firman Allah Taala : Yang Bermaksud : "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan

    kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-

    isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan

    dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

    Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan

    kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)

    Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi manusia, setiap orang akan berusaha

    untuk mendapat pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya bagi menjamin keharmonian

    hidup berkeluarga. Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari perkahwinan. Oleh itu di dalam

    mencari pasangan hidup keutamaan hendaklah berpandu kepada garis yang dianjurkan oleh

    Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya : Ertinya : "Dikahwini perempuan itu kerana empat

    perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.

    Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram."

    Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia adalah sunnah nabi

    Muhammad SAW, di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama dengan fahaman dan

    pegangan ugama-ugama lain seperti kristian, budha dan lain-lain yang mana para pembesar

    ugamanya tidak berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat. Sedangkan

    berkahwin mempunyai tujuan yang murni indah diantaranya ialah :

    Menghindarkan dari berlaku maksiat zina sebagaimana sabda Rasulullah SAW :Ertinya :

    "Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu berkuasa (berkemampuan) menyediakan

    nafkah zahir batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya perkahwinan itu

    dapat memejamkan mata (mengelak dari melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    15/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 14

    mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya dengan

    berpuasa itu adalah menjadi perisai baginya."

    Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan anak adam sesuai dengan manusia sebagai

    khalifah di muka bumi.Menyempurnakan tuntutan kelamin mengikut hukum Islam.Mengelak

    dari penyakit yang berpunca dari hubungan jenis yang tidak seimbang seperti siflis, aids, dan

    lain-lain.Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang aman damai. Mengamalkan sunnah

    Rasulullah SAW.

    Perkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan perempuan, tali yang

    dapat mempereratkan kasih sayang, cinta abadi, melahirkan perasaan bertimbang rasa dan

    bertanggungjawab serta dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan

    bahagia.Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan curang serta

    membenteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan dan persundalan penjenayah zina

    disenaraikan sebagai penceroboh yang amat keji dan merbahaya yang mana amalan perzinaan

    boleh membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya boleh

    menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.Ugama Islam telah mendisiplinkan

    umatnya dengan budi pekerti yang luhur, menghalang dari kerosakkan moral terus

    bermaharajalela dengan penyakit zina yang mana melalui penyakit itu boleh melahirkan satu

    generasi yang biadap dan tidak bermoral. Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak

    yang dilahirkan dari proses zina. Kerana mereka tidak mendapat pengawasan dan pengawalan

    yang sewajar dari kedua ibu bapanya, tidak mendapt asuhan dan didikan yang sempurna

    seperti anak-anak lain yang mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab.Akhirnya hidup

    mereka terbiar tanpa teguran dan ajaran, bagaikan telah dibunuh hati nurani mereka, hidup di

    dalam keadaan frust dan melarat tanpa pembelaan dari mana-mana pihak. Di dalam erti kata

    yang lain bahawa anak-anak dilahirkan secara haram boleh menimbulkan beraneka bentuk

    masalah yang sukar diatasi dan menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.

    (c.) Terangkan tanggungjawab dan hak bersama sebagai suami isteri dalam sebuah keluarga.

    Dalam setiap institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    16/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 15

    bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib

    melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami

    dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sempurna, setiap hukum dan peraturan

    yang terdapat bukan hanya memihak kepada lelaki, tetapi juga kepada isteri dankesemua pihak.

    Islam telah menetapkan para suami bertanggungjawab dalam

    memimpin rumahtangganya dan memenuhi hak-hak isterinya dan memerintahkan

    supaya mereka berlaku baik terhadap isteri mereka sesuai dengan apa yang diajar oleh

    Rasulullah s.a.w . Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh

    suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia

    telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya, juga menderhakai isterinya.Mahar adalah suatu

    pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin.Ia merupakan hak

    mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantungkepada kerelaan atau kemahuan isteri.

    Firman Allah:

    Ertinya: berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai

    pemberianpenuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari

    maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan

    yang sedap lagibaik akibatnya (an-Nisa:4)

    Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk

    makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah

    s.w.t:

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    17/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 16

    Ertinya: hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan

    orangyang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah

    kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah

    berikan kepadanya.(al-Talaq:7)

    Setiap suami bertanggungjawabmemberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan

    kemampuannya. Suamitidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk

    daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang

    menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam

    hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya.Akan tetapi

    sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini

    isteri dibenarkan mengambil harta suaminya.

    Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya

    samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah

    isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi

    dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan

    betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari

    suaminya.

    Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.

    Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan

    keredaan suami.

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak

    membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki

    rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)

    Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta

    benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-

    baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya,

    dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    18/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 17

    tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya. (Hadis riwayat Abu

    Daud)

    (d.) Nyatakan adab-adab dan peraturan dalam sesebuah institusi keluarga.

    Islam adalah agama yang syumul, unggul dan sesuaidengan fitrah manusia walau di

    mana sahaja merekaberada dan di zaman mana mereka berada.Iamemperuntuk, memenuhi

    kehendak dan keperluanmereka dan mampu menyelesaikan segala masalahdan persoalan yang

    mereka hadapi. Peraturan danundang-undangnya adalah adil dan sesuai untuksetiap orang

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    19/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 18

    lelaki dan perempuan.

    Suami hendaklah menggauli isterinya dengan baik(muaasyaroh bil maruf) dan lemah

    lembut dalambertutur kata.Menampakkan cinta dan kasih saying kepada si

    isteri.Menampakkan pula kegembiraansaat berkumpul dan lupakan kesalahan-kesalahanyang

    telah lalu ataupun kekeliruan yang akan datang.Jangan mengherdik isteri bila dia

    melakukankesalahan.Jagalah kehormatannya dan janganbanyak mendebatnya.Bersikaplah

    murah hati ketika memberinya nafkah, jangan bersikap kedekutkepadanya. Juga jangan

    diabaikan, berbuat baiklahkepada keluarga atau kerabatnya. Hendaklahmenyajikan yang baik-

    baik kepadanya dan hendaklahmempunyai rasa cemburu.

    Isteri haruslah selalu merasa malu kepadasuaminya.Jangan banyak membantah dan

    berdebat.Diam, dengarkan serta perhatikanlah apabila suamisedang berbicara.Selalulah

    menjaga diri, harta dananak-anaknya apabila suami tiada di rumah.Janganberkhianat dalam

    segala hal terutama dalam soalharta.Usaha badan selalu segar dan harum. Jagalah

    mulutjangan sampai berbau tak sedap serta berpakaianlahyang bersih.Nampakkan rasa puas

    dan kesahajaan.Bersikaplah lemah-lembut dan berhiaslah secaraberterusan.Hormati dan

    muliakan keluarga dan kerabatnya.Pandanglah keadaannya dengan penuh

    keutamaan.Terimalah apa-apa yang dikerjakannya dengan rasaterima kasih.Nampakkan

    kecintaan anda padanya saat sedangberdekatan.Hendaklah nampakkan pulakegembiraan anda

    dengan menghilangkan rasakerinduan saat melihat atau bertemu dengannya.Semarakkanlah

    suasana bila saat bersama.

    Lelaki diharuskan membiasakan sholat berjemaahdan sholat Jumaat.Biasakanlah

    berpakaian bersihdan rapi serta rajinlah bersiwak.Jangan mengenakan pakaian yang mewah,

    tapijangan pula mengenakan pakaian yang hina (missal lusuh atau rombeng).Jangan

    memanjangkan celanadengan rasa takbur, tapi jangan pulamemendekkannya.Jangan banyak

    menoleh ke kanan ke kiri saatberjalan.Jagalah pandangan, jangan melihat kepadayang bukan

    muhrimnya.Jangan meludah bila sedang bercakap-cakap. Janganbanyak duduk di depan pintu

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    20/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 19

    rumah bersamatetangga. Jangan pula menceritakan perihal isteriatau keadaan rumah

    tangganya kepada teman atautetangganya.

    Hendaklah seorang wanita senang dan selesa tinggal di rumah.Jangan banyak ke luar

    rumah. Jangan banyak bersembang,bercerita ini dan itu dengan tetangganya.

    Janganmengizinkan atau memasukkan seseorang ke dalamrumahnya, kecuali bila tamu itu

    muhrimnya atau yang sudahbenar-benar dikenalnya dengan baik.Gembirakanlah suami apabila

    dia melihatnya. Jaga diri,harta dan anak-anak saat suami sedang pergi. Janganmembiasakan

    diri banyak ke luar rumah. Apabilamerupakan suatu keharusan ke luar rumah maka

    sebaiknyadengan sembunyi-sembunyi melalui jalan yang tidak begituramai. Hendaklah

    memungkiri atau tidak melayani apabilaada orang lain yang melihatnya yang melihatnya berada

    diluar atau dalam rumah dengan maksud untuk kebaikandirinya sendiri.Bersikap baik dalam

    mengatur rumahtangga. Jalankandengan baik dan tekun shalat dan shaum, serta

    selalulahbersikap peka dan introspeksi terhadap kekurangan dirisendiri. Wanita muslimah juga

    harus memikirkan denganbersungguh-sungguh agamanya. Jika anda ingin menjadi wanita yang

    baik dan mulia, janganbanyak omong, cerewet dan keras kepala. Peliharalahpandangan

    mata.Ingatlah bahawa setiap diri selalu diawasioleh Allah.Banyak-banyaklah berzikir mengingat

    Allah.Bersikap patuh kepada suami.

    Berikan semangat kepadanyauntuk mencari rezeki yang halal. Jangan banyak

    memintayang memberatkan suami.Menyedikitkan bicara dan jauhiperkara yang tidak

    baik.Nampakkan rasa malu, banyaklahbersabar dan bersyukur.Apabila teman suami datang

    minta dibukakan pintu padahalsaat itu suami tidak berada di rumah, maka janganlah

    mintapenjelasan darinya dan jangan menjanjikannya untuk dating kembali lagi.Ini sebagai

    ungkapan menjaga rasa cemburupada dirinya dan rasa cemburu suami kepada si isteri.

  • 8/3/2019 ESEI Pend Islam (Assment)

    21/21

    Khairul/A1 wordsworth/PSI:MPW 2143/ Page 20

    Sebagai seorang anak yang soleh, dengarkanlahperkataan orang tua dengan sebaik-

    baiknya.Jalankan dan taati perintah mereka bila perintah itusesuai dengan syariat Allah

    Taala.Datanglah lekas jika mereka memanggil. Tunduklahkedua lengan bahu dan redhakan diri

    di hadapankeduanya, seperti yang diperintahkan Allah dalamfirmanNya :Dan rendahkanlah

    dirimu terhadap mereka berduadengan penuh kasih sayang (Al-Isra 24)

    Jangan merasa bosan berbakti kepada mereka.Jangan pula merasa bosan menjalankan

    perintahperintah mereka.Jangan memandang merekadengan pandangan sebelah mata. Jangan

    andasampai meninggikan suara di hadapan mereka atauberkata dengan suara keras ketika

    berbicara denganmereka. Jangan pula anda mengherdik atau berkatacis kepada mereka,

    apalagi kalau sampai menyalahi,tidak mengendahkan perintah dan anjuran mereka.