Esei Pendek

Click here to load reader

  • date post

    03-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    86
  • download

    2

Embed Size (px)

description

PENGGUNAAN RESOS

Transcript of Esei Pendek

Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan1.0 Pendahuluan.Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari,Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini.Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu dengan bimbingan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik.

2.0Esei Pendek

2.1Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.

Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yangpalingpentingperludititikberatkansupayamurid-muriddapatbelajardan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar.

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalahAlat bantu mengajar (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).

Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.

Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.

Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resosbercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalahseperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang.

Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid tersebut

Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi semasa menggunakan resos adalahMenyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.

Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.

Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.

Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalahMenghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dariConfucius bahawai hear i forget i see i remember i do i understand. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.

Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan p