eSEI PENDIDIKAN DI MALAYSIA.doc

58
GC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK: ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA PENSYARAH: DR. JAMIL BIN AHMAD DISEDIAKAN OLEH: SABARIAH BINTI SULAIMAN P36935

Transcript of eSEI PENDIDIKAN DI MALAYSIA.doc

1

PAGE 17

GC6033

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK:

ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

PENSYARAH:

DR. JAMIL BIN AHMADDISEDIAKAN OLEH:

SABARIAH BINTI SULAIMAN

P36935

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN 2007

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KANDUNGAN

Halaman

1.0 Pendahuluan

1

2.0 Definisi Terminologi

2

3.0 Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia

34.0 Kajian Lepas

8

5.0 Kerangka Konseptual Perbincangan

9

6.0 Isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Islam

11

6.1 Isu dualisme dalam ilmu

6.2 Isu Kurikulum Pendidikan Islam

6.3 Isu Ketidakselarasan dalam Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

6.4 Isu kurang penguasaan dalam tulisan jawi

6.5 Isu kekangan dalam aspek Teknologi Maklumat Komunikasi

6.6 Isu Pengabaian Waktu Amali

6.7 Isu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

6.8 Isu Penerapan prinsip Islam Hadhari dalam P&P

6.9 Isu keberkesanan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah

harian terhadap pelajar

6.10 Isu tahap penguasaan bacaan al-Quran yang masih rendah

6.11 Isu berkaitan Pendidikan Islam di Sekolah Bestari

7.0Rumusan

217.0 Cadangan dan Pemikiran

278.0 Kesimpulan

33

BIBLIOGRAFI

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib dipelajari oleh semua pelajar Islam di dalam semua peringkat persekolahan. Langkah ini selaras dengan pernyataan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.

Menyedari bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang Muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan. Penghayatan fardhu ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah.

Dalam memastikan kelangsungan Pendidikan Islam di dalam sistem pendidikan negara, Pendidikan Islam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut diperkenalkan ke arah memperkasakan kedudukan dan peranan tersebut pada tahun 1983. Kurikulum Pendidikan ini telah disemak pada tahun 1996. Pada tahun 2000, kurikulum Pendidikan Islam disemak sekali lagi dengan memberi tumpuan kepada kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran. Pendidikan Islam KBSR menekankan kemahiran membaca al-Quran, Asas Ulum Syariyyah ,Asas Akhlak Islamiyyah dan tulisan jawi. Dalam KBSM pula pengetahuan dan penghayatan para pelajar dipertingkatkan lagi dalam bidang Tilawah al-Quran, Ulum Syariyyah dan Akhlak Islamiyyah.

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Seterusnya Pendidikan Islam juga bermatlamat untuk melahirkan insan yang berupaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun, bangsa dan negara.

Di dalam usaha untuk merealisasikan tujuan dan matlamatnya yang murni, Pendidikan Islam tidak terlepas daripada menghadapi isu dan cabaran di sepanjang pelaksanaannya dalam sistem pendidikan negara. Justeru perbincangan berikut akan menyoroti isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia.

2.0 DEFINISI TERMINOLOGI

Merujuk kepada Kamus Dewan, Edisi 3, perkataan isu dapat diterjemahkan sebagai perkara pokok atau persoalan. Pelaksanaan bererti perihal atau perbuatan melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya) dan pendidikan pula membawa maksud perihal mendidik.(www.dbp.gov.my/sbmb/frame kamus.html- Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Online)

Perkataan Pendidikan Islam dapat difahami menerusi pandangan beberapa orang penulis seperti yang akan dinyatakan berikut:

Menurut al-Syaibani (1979), pendidikan ialah proses bagi menyiapkan pelajar supaya beriman kepada Allah. Pendidikan dalam Islam ialah pendidikan akhlak dan jiwa, menanam rasa keimanan, membiasakan pelajar dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan pelajar untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya.Nik Aziz Nik Pa (1990) mendefinisikan Pendidikan Islam sebagai prinsip-prinsip pendidikan yang berdasarkan Dinul al-Islam (Al-Quran dan al-Sunnah) bagi membentuk aqidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia dan kesejahteraan abadi (mardhatillah) di akhirat.

Ilmu dalam Pendidikan Islam terbahagi kepada dua iaitu al-ulum an-Naqliyyah dan al-ulum al-Aqliyah. Ilmu Naqliyyah ialah ilmu-ilmu agama yang merujuk kepada fardhu ain iaitu meliputi perkara-perkara dasar mengenai tauhid, feqah dan akhlak. Ilmu aqliyyah pula ialah ilmu-ilmu akal yang diperolehi melalui pengalaman, pemerhatian, penelitian, pemikiran dan penyelidikan seperti ilmu perubatan, ilmu psikologi, astronomi dan sebagainya.

Untuk memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Islam adalah tidak lengkap tanpa memahami sejarah perkembangan Pendidikan Islam terlebih dahulu.

3.0 SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perkembangan pendidikan Islam dapat dihubungkan dengan sekolah al-Quran. Orang-orang Melayu mula mendapat pendidikan terawal mereka dari guru-guru al-Quran di rumah, di madrasah dan seumpamanya sebelum wujud sistem sekolah Melayu. Kewujudan institusi pondok yang lebih dikenali sebagai pendidikan tradisional berfungsi sebagai pelengkap (complement) kepada pencorakan sistem pendidikan Islam di tanahair. (Ghazali Basri, 1991)

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dan penubuhan Malaysia (1963), sebuah dasar pelajaran kebangsaan telah diwujudkan bagi mempastikan agar pendidikan itu dapat memenuhi keperluan sebuah negara yang merdeka. Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan penggubalan Akta Pelajaran 1961 telah membawa satu perubahan besar dalam pendidikan. Peruntukan mensyaratkan mesti disediakan seorang guru agama Islam kepada sekolah yang mempunyai murid tidak kurang dari 15 orang, di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan (seksyen 56, Akta Pelajaran 1961), merupakan suatu milestone di dalam perkembangan pendidikan Islam. Demikian juga di peringkat sekolah menengah, pendidikan Islam bermula pada tahun 1962 apabila matapelajaran Agama Islam dimasukkan ke dalam jadual rasmi sekolah dengan peruntukan masa pengajaran-pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu. (Wan Abu Bakar Wan Dagang, 1991).

Secara ringkas perkembangan dalam pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah dapat diperhatikan menerusi rajah berikut:

Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah (1962-1988) berada di dalam fasa kurikulum lama (KLSM) sebelum pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun berikutnya (1989).

Bermula tahun 1962, Pendidikan Islam mula dilaksanakan secara formal di sekolah menengah, apabila mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dimasukkan ke dalam jadual rasmi sekolah dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajarannya sebanyak 120 minit seminggu. Untuk mencapai tujuan Pendidikan Islam peringkat sekolah menengah ini, pelajar telah didedahkan dengan aspek-aspek yang berkaitan dengan ketuhanan/ ketauhidan, aspek-aspek ibadat, aspek akhlak dan cara hidup Islam melalui pelajaran al-Quran, Hadith dan Sejarah Islam. (Wan Bakar Wan Dagang, 1991).

Pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 adalah kesinambungan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Perubahan yang besar dalam Pendidikan Islam KBSM meliputi struktur kurikulumnya yang mengandungi falsafah, matlamat dan hasrat jelas yang hendak dicapai. Isi kandungannya memberi penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman al-Quran di samping aspek tauhid, ibadat, akhlak dan sirah nabawiyyah. Waktu 120 seminggu (KLSM) telah ditambah kepada 240 minit seminggu (KBSM). (Wan Bakar Wan Dagang, 1991).

Mengimbas kembali perkembangan struktur pentadbiran Pendidikan Islam dalam Kementerian Pelajaran Negara adalah didapati bermula dengan perlantikan seorang Pegawai Perhubungan bagi menguruskan kerja-kerja pengurusan sekolah-sekolah Agama Rakyat yang layak menerima bantuan menurut syarat-syarat Kementerian Pelajaran pada waktu itu (1958), kemudian setelah terlaksana Akta Pelajaran tahun 1961, sebuah Unit Pelajaran Agama telah diwujudkan di Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1973, Unit ini telah dinaik taraf kepada Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang Pensyarah Pelajaran Agama. Pada tahun 1983, Bahagian Agama Islam ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam dengan memasukkan beberapa unit khas seperti Pentadbiran Guru Agama: Pelajaran Agama dan Bahasa Arab, Dakwah dan Kepimpinan; Penyelidikan dan Urusan Sekolah-Sekolah Agama sesuai dengan peranannya yang lebih besar itu. (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Kini, Pendidikan Islam terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) yang mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian Pengurusan, Bahagian Kurikulum serta Bahagian Dakwah dan Kepimpinan. Setiap bahagian ditugaskan untuk mengendalikan beberapa unit .Carta organisasi JAPIM adalah seperti berikut:

Pelaksanaan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia pula boleh digambarkan menerusi rajah di bawah:

Menyentuh sepintas lalu tentang sekolah agama di Malaysia, dari segi pentadbirannya dapat dibahagikan kepada empat jenis ( Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi, 1997, Azizi Umar & Supyan Hussin, 2007):

1. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dikenali sebagai Sekolah Agama Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

2. Sekolah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri samada melalui jabatan agama, majlis Agama dan bentuk perbadanan yang lain; di kenali sebagai SAN.

3. Sekolah agama di bawah Jawatankuasa Pengelola Sekolah atau masyarakat tempatan yang dinamakan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Ada juga sekolah ini yang dijadikan sekolah bantuan kerajaan negeri.

4. Sekolah agama di bawah milik syarikat, pertubuhan, dan persendirian. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Swasta (SAS).

Tidak ketinggalan, pihak Kementerian juga telah mewujudkan kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian dalam usaha menampung kebanjiran permintaan pelajar-pelajar ke sekolah beraliran agama. Kepelbagaian ini memberi gambaran bahawa kedudukan Pendidikan Islam mendapat perhatian dan tempat yang sewajarnya dalam arus sistem pendidikan negara.

4.0 KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan ke arah mengenalpasti apakah isu-isu yang telah berlaku di dalam pelaksanaan pendidikan Islam. Menerusi pembacaan, didapati bahawa banyak kajian yang menunjukkan berlakunya kepincangan di dalam pelaksanaan Pendidikan Islam dari pelbagai aspek.

Di antara kajian awal berhubung Pendidikan Islam telah dijalankan pada tahun 1974. Dalam kajian-kajian tersebut didapati kurangnya motivasi murid terhadap mata pelajaran Agama Islam, rendahnya mutu pengajaran guru, kelemahan sesetengah guru dari segi sikap dan sahsiah, kurangnya penghayatan Islam di kalangan pelajar dan situasi atau persekitaran sesetengah sekolah tidak membantu pelaksanaan Pendidikan Islam dengan berkesan.(Wan Bakar Wan Dagang, 1991)

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mendapati mutu pengajaran dan pembelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah belum lagi mencapai satu peringkat yang diharapkan sepenuhnya. Keadaan ini timbul kerana kebanyakan guru-guru agama ini tidak mempunyai kelayakan ikhtisas yang diperlukan. Di samping itu mereka juga telah tidak mendapat bimbingan dan penyeliaan yang sewajarnya (perkara 129). Oleh itu laporan ini memperakukan bahawa untuk meninggikan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Agama Islam, adalah diperakukan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini hendaklah diberi latihan ikhtisas yang cukup. Seterusnya tugas-tugas penyeliaan juga perlu ditingkatkan lagi (perkara 129.1). (Wan Bakar Wan Dagang, 1991)

Dalam lima siri Seminar Pendidikan Islam Malaysia yang dianjurkan dari tahun 1972 hingga tahun 1988, masalah-masalah dalam Pendidikan Islam di Malaysia dibincang dan dirumuskan oleh pelbagai pihak yang dianggap mempunyai kepakaran dalam masalah tersebut. Terdapat beberapa permasalahan utama yang dibangkitkan iaitu kefahaman terhadap konsep Pendidikan Islam, pembentukan kurikulum, latihan guru, pembangunan fizikal sekolah dan peluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.(Abdullah Muhammad Zin et al, 2005)Berhubung kaedah P&P guru pula, kajian yang dijalankan oleh Abdul Halim Tamuri et.al (2004) menunjukkan kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam mengikut bidang-bidang Pendidikan Islam adalah kaedah kuliah atau penerangan. Guru Pendidikan Islam perlu berusaha mengaplikasikan kaedah P&P yang menarik pada dan berkesan agar pelajar menyedari kepentingan Pendidikan Islam.

Mengenai tahap pembacaan al-Quran pula, banyak kajian telah dilakukan bagi melihat perkara berikut. Antaranya dapatan kajian Misnan Jemali (2005) menyimpulkan bahawa pelajar hanya menguasai kemahiran dan pengetahuan yang rendah dalam membaca al-Quran. Daripada 100 orang pelajar, sebanyak 81 orang tidak dapat mengenal hukum-hukum tajwid, 58 orang tidak dapat membaca al-Quran dengan lancar dan 15 orang pelajar lemah dalam bahagian penyebutan huruf. Manakala 6 orang tidak boleh langsung membaca al-Quran.5.0 RANGKA KONSEPTUAL

6.0 ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAMAdalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan semua isu yang dihadapi dalam pelaksanaan Pendidikan Islam. Justeru skop perbincangan ini akan menyentuh beberapa aspek penting dalam Pendidikan Islam peringkat sekolah di bawah Kementerian Pelajaran sahaja tanpa melibatkan isu dalam pelaksanaan Pendidikan Islam di Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Swasta dan Institusi Pengajian Tinggi. Isu-isu tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

6.1Isu dualisme dalam ilmu

Ghazali Basri (1991) dalam tulisannya yang bertajuk Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan : Satu Analisis menyentuh mengenai dualisme dalam pendidikan. Dualisme dalam pendidikan ialah suatu keadaan di mana wujud dua sistem yang berjalan selari, masing-masing membentuk autoriti, sistem semantik dan sumber rujukan tersendiri sehingga tidak wujud kemungkinan kedua-duanya bertemu, apatah lagi bersepadu.

Falsafah Pendidikan Islam tidak pernah memperkotak-kotakkan (compartmentalised) pemikiran manusia sebaliknya mengambil kesatuan pemikiran yang dapat meningkatkan keintelektualan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Pendidikan Islam seharusnya diajar untuk memperlihatkan kesyumulan Islam sebagai satu sistem hidup yang sempurna (comprehensive) bukan sekadar menyampaikan maklumat atau pengetahuan semata-mata. (Che Noraini Hashim, 2005)

Guru-guru Islam perlu berusaha mewujudkan penyepaduan ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Islam tidak sepatutnya diasingkan daripada mata pelajaran yang lain. Pengasingan di antara disiplin ilmu boleh menyebabkan wujudnya kefahaman bahawa Pendidikan Islam adalah untuk tujuan akhirat semata-mata sedangkan mencapai kehidupan yang sejahtera di dunia adalah asas kepada kebahagian di akhirat.

Menurut Tan Sri Wan Mohd Zahid Noordin dalam ucaputama beliau di seminar Peranan Pendidikan Islam di Malaysia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (29& 30 Januari 2000), menegaskan bahawa cabaran di era globalisasi memerlukan penilaian semula konsep Pendidikan Islam. Beliau menyarankan agar mengintegrasi Islam sebagai core dalam dasar polisi pendidikan. Pendidikan Islam bukan lagi sebagai satu subjek tetapi sebagai satu konsep merentas kurikulum.

6.2Isu Kurikulum Pendidikan Islam

Nik Mohd Rahimi Nik Yusof dan rakan-rakan (2002) menyenaraikan isu-isu dalam kurikulum Pendidikan Islam, antara lain adalah berkaitan penyusunan dan urutan kurikulum Pendidikan Islam perlu dilakukan supaya tidak berlaku pertindihan dan keciciran topik-topik tertentu yang boleh menjejaskan pencapaian keseluruhan tujuan pendidikan Islam. Isu lain yang diutarakan ialah sejauhmana kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia menepati kehendak kurikulum pendidikan Islam ke arah membentuk individu dan masyarakat Islam yang mempunyai pengetahuan Islam yang mencukupi dan memiliki kemahiran yang berkaitan. Menurut mereka, satu hakikat yang perlu diakui ialah pendidikan Islam di Malaysia masih merupakan satu matapelajaran sahaja dan bukan sebagai satu sistem pendidikan yang besar dan menyeluruh.

Penekanan berorientasikan peperiksaan kepada kurikulum Pendidikan Islam menyebabkan wujud pengabaian terhadap aspek penghayatan dan kerohanian di kalangan pelajar. Seperti juga mata pelajaran lain, Pendidikan Islam turut tidak terkecuali diajar secara tergesa-gesa dengan alasan untuk menghabiskan sukatan bagi menyediakan pelajar ke arah menjawab peperiksaan. Fokus untuk meningkatkan peratus kelulusan dalam peperiksaan menjadikan banyak aspek terpaksa dikesampingkan secara disedari atau sebaliknya. Turut menjadi persoalan ialah kesediaan kurikulum Pendidikan Islam masa kini untuk menghadapi cabaran globalisasi yang semakin melanda dunia.

6.3Ketidakselarasan dalam pelaksanaan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

Isu PAFA adalah satu isu yang tidak berkesudahan apabila status PAFA mula dipersoalkan oleh banyak pihak. Adakah PAFA terletak di bawah bidang kuasa JAPIM atau Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)? Isu ini timbul kerana arahan untuk pelaksanaan PAFA di sekolah adalah dikeluarkan oleh JAPIM manakala tugas mengeluarkan keputusan peperiksaan dibuat oleh LPM.

Merujuk kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994, yang dimaksudkan dengan Perkara Asas Fardhu Ain ialah : Beberapa perkara yang terpenting daripada fardhu ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/ pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Menerusi temubual dengan Penolong Pengarah Kurikulum, JAPIM pada 27 Februari 2007, adalah didapati bahawa pihak JAPIM sedang berusaha untuk memperjelaskan kembali kedudukan PAFA dengan memulakan langkah-langkah mengumpul pekeliling-pekeliling berhubung PAFA bermula dari peringkat awal arahan pelaksanaannya. Pada masa ini, JAPIM hanya mengeluarkan dasar tetapi keputusan PAFA dibuat berdasarkan laporan yang diterima dari Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.

Isu ketidakselarasan ini berlaku lagi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia apabila terdapat sekolah yang tidak menghantar laporan keputusan ke JPN. Kesannya ialah keputusan PAFA tidak dapat dicatat di dalam sijil tersebut. JAPIM menyedari kepincangan ini, namun terpaksa berhadapan dengan kekangan iaitu bilangan pegawai yang terhad berbanding bidang tugas yang luas. Setakat ini hanya terdapat lapan orang pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan hal ehwal pelaksanaan Pendidikan Islam.6.4.Isu kurang penguasaan dalam tulisan jawi

Di dalam membincangkan isu ini, pelajaran jawi sebenarnya menghadapi dua bentuk cabaran yang berupa cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman ialah berhubung dengan sistem ejaan dan kaedah menulis kata dalam tulisan Jawi belum begitu mantap atau tersebar. Perkara ini berkait rapat bukan sahaja dengan kewujudan vokal pada bunyi-bunyi tertentu malahan juga pada perkataan-perkataan tertentu apabila diberi imbuhan. Tidak ketinggalan masalah di dalam penguasaan untuk mengeja dan menulis kata pinjaman atau kata serapan dari bahasa lain. Keadaan bertambah meruncing apabila kurang buku panduan menulis jawi dan perisian jawi yang mudah dan mesra pengguna.

Cabaran luaran pula antaranya ialah peruntukan masa untuk pelajar mempelajari jawi boleh dianggap tempoh yang terlalu singkat. Tambahan pula jawi adalah hanya satu komponen daripada mata pelajaran Pendidikan Islam. Persoalannya adakah waktu tiga puluh minit seminggu itu benar-benar mencukupi bagi menguasai dua kemahiran iaitu membaca dan menulis?

Pekeliling JAPIM 5206/4/4.1 Jld.2(4) bertarikh 3 Januari 2003, mewajibkan pelajaran jawi dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan peruntukan masa 60 minit seminggu bagi Tahun 1 untuk tempoh 6 bulan pertama sahaja.Bagi murid Tahun 2 dan seterusnya ( termasuk sekolah menengah), aktiviti pemulihan dan pengayaan jawi dilaksanakan secara berterusan di samping penggunaanya dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam. Menerusi pekeliling tersebut adalah difahami bahawa tempoh pembelajaran jawi secara khusus adalah amat terhad sekali. Jawi diajar dalam bentuk tulisan iaitu ia bukan ilmu bahasa dan bukan juga ilmu agama. Sepatutnya kemahiran jawi telah dikuasai oleh seseorang pelajar seawal mungkin sebagai alat ilmu. Secara asas pelajar sudah dapat menguasai jawi sehingga Tahun 3. Pada Tahun 4 dan Tahun 5 merupakan peringkat pengukuhan sahaja. Sehingga kini tiada peruntukan khas untuk mengajar jawi. Sepatutnya pada peringkat sekolah rendah dengan adanya program j-QAF, masalah seperti keciciran jawi dapat diatasi. Kelemahan dari aspek pelaksanaan yang dapat dikenalpasti ialah tiada masa khusus untuk mengajar tulisan jawi di sekolah.(Temubual dengan Mohd Zamri bin Abdul Rahim)

6.5.Isu Kekangan dalam aspek Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK/ICT)

Dalam kajian yang dijalankan oleh oleh Jasmy Abd. Rhaman, Shahrin Awaluddin dan Mohd Arif Hj Ismail(2005) terhadap 100 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Melaka Tengah, mendapati bahawa tahap kekangan penggunaan alat teknologi pengajaran di kalangan guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana yang paling rendah dan menghampiri kepada tahap rendah. Begitu juga halnya dalam aspek latihan dan kemahiran.

Guru-guru seharusnya lebih peka dan sanggup berkongsi maklumat, idea, pandangan dan pengalaman dengan pelajar-pelajar mereka dalam proses komunikasi pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bukan hanya memerlukan kata-kata, suara dan isyarat tetapi juga mementingkan bahan media agar pengajaran guru mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar ( Muhamad Hassan, 2000)

6.6Pengabaian Waktu AmaliPelaksanaan Amali dalam Pendidikan Islam adalah berdasarkan kepada surat penjelasan lanjut kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 (KP (PPK) 32/4/ Jld. VII (I) bertarikh 19 Disember 1988,. Dinyatakan bahawa satu masa yang sesuai untuk amali hendaklah diatur sedemikian rupa agar pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau Asar secara berjamaah pada hari-hari yang berkenaan. Seterusnya dua waktu tambahan bagi mata pelajaran ini hendaklah dijalankan sebagai aktiviti kokurikulum pada sebelah pagi atu sidang petang atau pada sebelah petang pada sidang pagi.Waktu yang diperuntukkan bagi Amali ialah selama 40 minit. (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, KPM).

Seperti yang tertera di dalam panduan pelaksanaan Amali supaya pelaksanaan 1 waktu Amali ini memberi kesan yang lebih selain daripada waktu menunaikan solat berjemaah Zohor dan Asar, maka pengisian mengenai solat perlu dimantapkan dan difahami serta dihayati oleh semua pelajar. Oleh yang demikian, sebahagian masa (40 minit) waktu amali ini hendaklah digunakan untuk taklimat perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti; memahami makna-makna bacaan dalam solat, memahami fadhilat-fadhilat pelbagai solat sunat dan pelajar dapat mempraktikkan serta mengamalkan berbagai-bagai solat sunat.

Dalam tinjauan yang dijalankan di beberapa buah sekolah, penulis mendapati bahawa wujud ketidakselarasan di dalam pelaksanaan Amali. Kekangan waktu menyebabkan Amali tidak diberi perhatian oleh sesetengah guru Pendidikan Islam. Keadaan surau yang kecil tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai menyebabkan tidak semua pelajar dapat menunaikan sembahyang berjamaah dan tidak ketinggalan juga berlaku kes-kes pelajar ponteng dari mengikuti waktu Amali.

6.7 Isu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.

Guru-guru Pendidikan Islam lebih cenderung untuk menggunakan kaedah chalk and talk ; syarahan atau kuliah. Kesannya pelajar mudah merasa bosan dan mengurangkan minat mereka terhadap Pendidikan Islam. Kaedah tradisional ini juga akan menyempitkan skop pendidikan Islam yang sepatutnya diterapkan sebagai satu cara hidup (a way of life).

Kenyataan ini diperkukuhkan menerusi kajian Abdul Halim Tamutri et.al (2004) memperlihatkan dapatan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang kerap digunakan mengikut bidang-bidang Pendidikan Islam adalah kaedah kuliah dan penerangan.

6.8Isu Penerapan Prinsip Islam Hadhari dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Sejajar dengan pengenalan Islam Hadhari oleh pihak kerajaan, Pendidikan Islam turut tidak ketinggalan terkena tempiasnya. Satu arahan telah dikeluarkan agar guru Pendidikan Islam menerapkan prinsip Islam Hadhari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Isunya ialah, adakah semua guru Pendidikan Islam memahami konsep dan prinsip Islam Hadhari?. Berupayakan para guru menjelaskan serta menerapkan prinsip-prinsip tersebut jika mereka sendiri tidak mendasari dan memahaminya? Wujudkah keselarasan dalam memahami perkataa Islam Hadhari itu sendiri?

Tanpa pemahaman yang jelas dan penerangan yang terperinci, istilah Islam Hadhari akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar. Menerusi pembacaan di dalam akhbar dan majalah serta temubual dengan beberapa orang pelajar, rata-rata mereka hanya tahu menyebut istilah Islam Hadhari tanpa memahami maksud sebenarnya. Tambahan pula penerapan Islam Hadhari jarang dilakukan oleh guru yang mengajar Pendidikan Islam. (Temu bual dengan pelajar di SMK Raja Tun Uda, Pulau Pinang)

6.9Isu Keberkesanan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah harian terhadap pelajar.

Persoalan keberkesanan boleh dilihat sekurang-kurangnya menerusi tiga aspek iaitu aspek pencapaian di dalam peperiksaan, aspek keruntuhan akhlak dan aspek penghayatan serta amalan. Pendidikan Islam seringkali dikaitkan dengan pelbagai kejadian keruntuhan moral di kalangan masyarakat khususnya pelajar.

Menerusi temubual dengan Mohd Zamri Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Pendidikan Islam hanya diberi peluang untuk berperanan selama enam waktu sahaja dalam seminggu di peringkat menengah rendah dan empat waktu bagi menengah atas. Adalah tidak adil jika gejala sosial yang berlaku di kalangan pelajar dikaitkan dengan kegagalan Pendidikan Islam semata-mata. Menurut beliau, sukatan pelajaran Pendidikan Islam sudah mencukupi dan berupaya untuk menghasilkan pelajar yang hebat dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor namun kekangan adalah pada aspek masa yang begitu terhad. Dengan lain perkataan, Pendidikan Islam kurang mempunyai ruang dan kesempatan untuk menguasai suasana terutamanya bagi sekolah harian atau aliran biasa (bukan agama). Adalah agak sukar untuk mewujudkan iklim dini (keagamaan) di sekolah harian. Seringkali berlaku pergaulan bebas di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan jika ada sebarang usaha untuk membenteras budaya tersebut, pihak berkenaan dianggap ekstrimis. 6.10Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang masih rendah.

Peruntukan masa bagi matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah adalah sedikit iaitu 180 minit seminggu berbanding sukatan pelajarannya yang luas. Di samping itu, guru Pendidikan Islam dikehendaki menyempurnakan PAFA. Memandangkan kekangan tersebut sudah tentu tidak memungkinkan pembelajaran membaca al-Quran disempurnakan sepenuhnya.

Dalam kajian oleh Misnan Jemali (2005) mendapati sikap sesetengah ibu bapa yang mengutamakan pencapaian akademik dan membelakangkan kebolehan membaca al-Quran turut memberi impak kepada tahap penguasaan al-Quran di kalangan pelajar. Ramai ibu bapa akan terkilan sekiranya anak mereka tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi tidak ramai yang terkilan jika anak mereka tidak boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid. Dapatan kajian tersebut secara keseluruhannya menunjukkan tahap penguasaan bacaan al-Quran pelajar Islam Tingkatan 3 hingga 5 masih berada di tahap lemah.

6.11 Isu berkaitan Pendidikan Islam di Sekolah Bestari

Pelaksanaan Sekolah Bestari memberi peluang kepada Pendidikan Islam untuk menggunakan teknologi maklumat interaktif di dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses pengurusan. Dengan itu matapelajaran Pendidikan Islam menjadi setara dengan matapelajaran lain dari segi daya tarikan media dan teknologi. Adalah diharapkan juga mata pelajaran Pendidikan Islam lebih berkesan, diminati dan seronok dipelajari. Sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Sekolah Bestari, kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah diubahsuai dari segi pendekatan, kaedah dan struktur.

Namunnya ialah pergantungan dan pengharapan yang lebih kepada peralatan teknologi dalam Pendidikan Islam boleh menjejaskan keberkesanan peranan guru dalam aspek-aspek yang tidak dapat dimanipulasi oleh peralatan teknologi. Di samping itu pembelajaran bercorak self paced dan self directed mungkin bercanggah dengan prinsip fadhu ain dan fardhu kifayah. Isu lain ialah ketidakmampuan komputer untuk menggantikan pendekatan Pendidikan Islam yang mengandungi tuntutan membiasakan diri dengan rumah-rumah ibadat seperti masjid. Begitu juga keadaannya dari segi metodologi dalam penyampaian Pendidikan Islam yang amat menitik beratkan contoh teladan atau qudwah hasanah serta pembiasaan serta amalan. Di sini sekali lagi komputer kurang berperanan untuk mengaplikasikan metodologi tersebut.(Adnan Yusopp, 1998)

Rosadah Abd. Majid ( 2005) membuat kajian untuk melihat isu ini lebih terperinci menerusi satu kajian bertajuk Pendidikan Islam untuk Pelajar Pintar Cerdas Akademik. Antara dapatan yang diperolehi ialah; walaupun mata pelajaran Pendidikan Islam wajib dipelajari untuk satu jangka waktu yang panjang, perkara ini tidak menjamin amalan ajaran agama Islam dalam kehidupan pelajar-pelajar tersebut. Dengan kata lain, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tidak semestinya akan mengamalkan ajaran agama Islam dan sebaliknya pelajar yang tidak mendapat pencapaian yang baik dalam mata pelajaran pendidikan Islam tidak semestinya tidak akan mengamalkan ajaran Islam. Di dalam perbincangan di atas, pelbagai isu telah disentuh untuk memperlihatkan gambaran ringkas berhubung isu-isu yang berlaku di dalam pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia. Mungkin ada sesetengah pihak menganggap ia adalah perkara biasa namun semua isu tersebut tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia akan meninggalkan impak negatif andai tidak ditangani dan diberi perhatian sewajarnya.7.0 RUMUSANPengistiharan Pendidikan Islam di Mekah dalam tahun 1977 telah menggariskan konsep pendidikan bersepadu yang didefinisikan sebagai berikut (Syed Ali Ashraf.1994):

Pendidikan hendaklah bertujuan memberi pertumbuhan yang berimbang terhadap sahsiah yang sempurna pada manusia melalui latihan rohani, intelek, dan diri manusia yang rasional itu serta rasa dan indera tubuhnya. Dari itu pendidikan hendaklah memberikan perkembangan manusia perseorangan dan kelompok dalam semua aspek: rohani, akal, daya fikir (imaginasi), jasmani, ilmu sains, ilmu bahasa, dan merangsang semua aspek ini ke arah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan. Matlamat akhir pendidikan Islam terletak dalam kesedaran penyedaran langsung kepada Allah pada tahap individu, ummah dan kemanusiaan kseluruhannya

Pendidikan Islam di Malaysia adalah mendokong falsafah berikut:

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Bagi mencapai hasrat murni yang telah digariskan menerusi Falsafah Pendidikan Islam, semua pihak perlulah merenungi kembali segala kepincangan yang berlaku dan bersama mengembeling tenaga untuk menyusun strategi ke arah matlamat tersebut.

Di dalam menempuh globalisasi dunia tanpa sempadan kini, Pendidikan Islam perlu bersedia untuk melangkah seiring perkembangan semasa. Menurut Rohana Kamaruddin, Kamisah Osman dan Tajul Ariffin Noordin (2005), pembelajaran berfikrah sains merupakan satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses dan juga produk di mana kemahiran berfikir, strategi berfikir, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, metakognisi, sikap saintifik dan nilai murni ditekankan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Sumber daripada disiplin subjek Biologi KBSM dan subjek Syariah dan al-Quran Sunnah atau subjek Pendidikan Islam diintegrasikan dalam bentuk yang boleh dipraktikkan secara koloboratif dan praktikal. Ilmu wahyu dijadikan teras dalam pendekatan ingratif dan matlamat utamanya adalah untuk pembangunan insan dengan mengambil kira kurikulum yang menegaskan keharmonian tiga dimensi iaitu manusia, alam dan Maha Pencipta. Justeru guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing ke arah menepati matlamat pendidikan dalam pembinaan akidah dan akhlak pelajar. Pembinaan tersebut boleh difahami menerusi rajah berikut:

Pengalaman sosial yang diterima dari pelbagai sumber seperti pergaulan, media massa, kehidupan moden masyarakat kini memerlukan satu proses pengalaman semula yang dapat mengorientasikan aspek kerohanian pelajar ke arah yang lebih positif. Unsur-unsur tersebut perlu dimanipulasikan dalam pengalaman-pengalaman pembelajaran pelajar yang disediakan oleh guru dalam bilik darjah. Penggunaan respon-respon yang sesuai dapat membantu kanak-kanak memberi tindak balas yang sesuai, sekaligus dapat membimbing mereka kepada pembinaan tingkah laku yang positif. Ini dapat membantu menyuburkan perkembangan emosi dan rohani mereka. Di samping itu penekanan kepada peningkatan perkembangan kognitif pelajar juga boleh menyumbang kepada perkembangan emosi dan rohani pelajar. Justeru bagaimanakah guru Pendidikan Islam dapat membantu menyuburkan perkembangan emosi dalam pembangunan kerohanian pelajar? ( Saemah Rahman & Zarin Ismail, 2005). Semua ini merupakan satu isu yang perlu direnungi oleh para guru khususnya guru pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam perlu berusaha menerapkan penghayatan beribadah di kalangan pelajar kerana ibadat amat penting dalam pembentukan jati diri remaja Muslim. Penghayatan beribadah bermaksud perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dengan batin dan ia adalah satu bentuk proses pembelajaran manusia atau hal-hal tertentu yang menjadi perangsang bagi seseorang untuk mengamalkan atau menghayati nilai-nilai tertentu dan perbuatan itu mendapat ganjaran dari dalam perbuatan itu sendiri. ( Abdul Halim Tamuri& Mohd Sabri Mamat, 2005). Kepentingan ibadah dapat difahami menerusi rajah berikut:

:

Seterusnya adalah berhubung teknologi pendidikan. Pengenalan teknologi pendidikan dalam bilik darjah dapat mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar dan dapat dijadikan sebagai medium dan tapak bagi mempercepatkan dan mempelbagaikan aktiviti dan bentuk persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi juga dapat menghasilkan pembelajaran yang optimum. Guru-guru Pendidikan Islam perlu berusaha untuk mempelajari kemahiran teknologi maklumat sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat. Menurut Razali Noor (1994), media teknologi pendidikan merupakan satu alat peneguhan yang perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan masa kini. Penggunaan teknologi instruksional dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian guru. Ini penting untuk menarik minat pelajar serta menambahkan rangsangan untuk lebih berusaha dan maju, selain memberi peneguhan atau pengesanan terhadap topik atau tajuk yang disampaikan oleh guru. Kewujudan teknologi pendidikan telah memperluaskan kaedah penyampaian dan penyebaran maklumat di dalam pelbagai format pengajaran.

Untuk membolehkan Pendidikan Islam berupaya melahirkan insan cemerlang yang mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan manusia, pendidik perlu menilai dan mengetahui sejauhmana kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam. Ini bagi membolehkan mereka merangka dan melaksanakan langkah proaktif untuk memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan tersebut seterusnya mencegah kejahilan dan perlanggaran terhadap ajaran Islam. Menurut Azimi Hamzah dan rakan-rakan (2005), salah satu kaedah penilaian yang terbukti berkesan adalah menggunakan kaedah pengukuran psikologi.

Pendidikan Islam tidak perlu terpengaruh dengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Panduan penilaian yang dikeluarkan oleh JAPIM ada menyenaraikan kaedah-kaedah penilaian yang bersesuaian. Dalam Pendidikan Islam, aspek penilaian yang lebih sesuai dinilai ialah melalui pemerhatian lisan atau penulisan. Alat pengukur yang boleh digunakan dalam penilaian berdasarkan kepada kesesuaian seperti soal jawab, senarai semak, inventori sikap, diari, laporan bertulis, bercerita, rekod anekdot dan murid mengendalikan perbincangan. Hasil pembelajaran dalam Pendidikan Islam merangkumi domain-domain kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh itu penilaian mata pelajaran ini perlu merangkumi aspek-aspek tersebut. Penilaian di peringkat sekolah hendaklah berpandukan kepada buku panduan Penilaian Kendalian Sekolah kerana maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh mengenai murid-murid dapat dikumpulkan secara berterusan melalui pelbagai cara penilaian. Pengukuhan dan pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan aktiviti dan kaedah yang sama semasa pengajaran tetapi dengan fasa perlahan, urutan berbeza atau pendekatan lain yang sesuai seperti latih tubi, soal jawab, laporan bertulis, senarai semak bercerita kembali dan menyediakan peta minda.(http://.japim.edu.my). Oleh itu, guru Pendidikan Islam perlu menjadikan garis panduan ini sebagai asas di dalam menjalankan penilaian dalam Pendidikan Islam dalam mengimbangi tuntutan penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata untuk menjaga prestasi dan reputasi.

Ghazali Basri di dalam tulisannya Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Satu Analisis mengeluarkan pandangan bahawa cabaran yang besar barangkali terletak di atas kegigihan semua pihak untuk merealisasikan visi pendidikan Islam sebagai pendidikan asas bagi semua kaum. Adalah diharapkan agar konsep bersepadu dalam pendidikan benar-benar dapat dilaksanakan sehingga dapat mengenepikan fenomena pinggiran atau tempelan yang telah dialami oleh sistem pendidikan Islam sekarang ini.

8.0CADANGAN DAN PEMIKIRAN SEMULA

Perubahan kurikulum Pendidikan Islam perlu dinilai semula ke arah meningkatkan keupayaannya menangani isu-isu dan cabaran dari globalisasi dunia hari ini. Menurut Nik Rahimi Nik Yusof et al(2002), Kurikulum Pendidikan Islam harus berani keluar dari kepompong kejumudan dan taklid buta. Kurikulum Pendidikan Islam harus lebih fleksibel, dinamis dan berdaya saing, sanggup menerima perkembangan dan perubahan masyarakat yang selalu berkembnag dan berubah. Di dalam memastikan kurikulum Pendidikan Islam mampu bersaing dan mengatasi cabaran globalisasi dunia, tiga pendekatan berikut telah diutarakan oleh mereka iaitu paradigma tauhid merentasi kurikulum, pendidikan bersepadu merentasi kurikulum dan penekanan kepada pendidikan akhlak dan nilai.

Beberapa aspek tersebut perlu dihayati ke arah memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Islam iaitu: memperkenalkan konsep ihsan dalam kurikulum Pendidikan Islam, Pendidikan Islam berteraskan Teknik dan Vokasional, nilai-nilai murni dalam kurikulum Pendidikan Islam dan kesepaduan Teknologi Maklumat (IT) dan kurikulum Pendidikan Islam. (Noor Shamsinar Zakaria et al, 2002). Ini sejajar dengan pandangan Mohd Nor Anuar (2001) yang berpendapat, selaku warga pendidik, guru perlu meningkatkan kefahaman dan bersikap fleksibel iaitu dua di antara nilai-nilai kritikal bagi pendidik. Dengan itu, peranan dan tanggungjawab akademik mereka untuk mendidik pelajar sentiasa mempunyai hubungan dengan panduan nilai-nilai asas atau sistem nilainya.

Guru hendaklah menerapkan beberapa prinsip dan nilai semasa pengajaran, pembelajaran dan penggunaan teknologi maklumat. Mokmin Basri dan Siti Zaharah Mohid (2002) menyarankan langkah-langkah yang perlu diamalkan adalah memulakan dengan niat kerana Allah s.w.t, bacaan al-Fatihah, bertasbih bersyukur dan beristighfar. Ini memandangkan kesepaduan ilmu adalah satu agenda besar yang harus didokongi oleh semua lapisan masyarakat Islam seluruh dunia sebagai pra syarat bagi mendidik para umat terbaik (khaira ummah) bertaraf khalifah Allah di muka bumi. Melalui penerapan beberapa nilai yang dinyatakan tadi, mudah-mudahan akan lahir pakar-pakar teknologi maklumat Muslim yang menyanpaikan maklumat yang benar, tepat dan hak.

Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah berperanan sebagai role model yang boleh dicontohi oleh pelajar. Penampilan guru di sekolah memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam, moral dan adab yang baik. Menurut Rahimah Ahmad (1992), cabaran yang perlu dihadapi oleh guru Pendidikan Islam khasnya, dalam dekad 90-an dan seterusnya adalah supaya sistem pendidikan dan orientasi guru boleh merangkumi nilai-nilai murni Islam dan falsafah pendidikan negara tanpa mengorbankan aspek-aspek pendidikan dan keintelektualan. Di samping itu, ia juga tidak sepatutnya mencetuskan polimik pemikiran yang membantutkan.

Latihan sewajarnya terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan syarat profesionalisme keguruan supaya lebih berketrampilan di samping martabatkan Pendidikan Islam perlu diberikan kepada guru pendidikan Islam. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan murid perlu diaplikasi agar selaras dengan hasrat melahirkan pendidikan bersepadu. Kesepaduan itu bukat setakat perkembangan rohani dan jasmani sahaja malahan kesepaduan yang mencakupi aspek pendekatan pengajaran dan penerapan nilai merentasi kurikulum. Langkah lebih awal boleh diambil seperti mendedahkan bakal guru dengan kemahiran yang perlu semasa mereka mengikuti kursus di Institusi Perguruan atau Universiti.

Pandangan ini turut disuarakan oleh Noorizan Abd Kadir dan Anisah Abdullah (2005). Menurut mereka guru yang hanya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang subjek yang diajarnya masih tidak memadai dan lengkap apabila ia tidak memilki pengetahuan tentang kaedah mengajar yang berkesan. Kaedah mengajar merupakan suatu siri tindakan guru yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut perbezaan kebolehan pelajar. Di samping itu guru-guru Pendidikan Islam juga perlu didedahkan dengan kursus-kursus tertentu seperti kursus tafakuh fiddin untuk meningkatkan penguasaan dalam ilmu agama penguasaan guru Pendidikan Islam terhadap ulum ad-diniyyah, bahasa Arab, Aqidah, dan Syariyyah.

Menurut Hj. Mohammed Sani Haji Ibrahim (2005), oleh sebab wujudnya desakan dalam perkembangan masyarakat, bertambahnya ilmu dan berkembangnya sistem pendidikan dan strategi-strategi pengajaran, perubahan dalam bidang kurikulum dan proses-proses pendidikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Guru-guru Pendidikan Islam perlu memberi tumpuan penuh kepada perubahan-perubahan ini dan cuba memenuhi desakan-desakan ini untuk menjamin kelestarian keberkesanan pengajaran mereka. Program-program perkembangan staf boleh direkabentuk dan dilaksanakan untuk membantu mempertingkatkan kualiti guru-guru Pendidikan Islam bagi membolehkan mereka menuju ke arah pembangunan dan keberkesanannya terutama dalam usaha menjadikan Pendidikan Islam sebagai penggerak utama ke arah kemanusiaan sejagat. Peningkatan profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam adalah amat mustahak memandangkan mereka bukan sahaja dikehendaki mengajar mata pelajaran itu setakat murid-murid memahami isi kandungannya namun lebih daripada itu mereka bertanggungjawab mendidik murid-murid menghayati ajaran itu dan mengamalkannya. Justeru, tanggungjawab ini menuntut para guru meningkatkan profesionalisme diri mereka dengan meningkatkan kemahiran mengajar di bilik darjah (pedagogi) dan meningkatkan diri dengan perubahan sikap dan nilai sejajar dengan isi yang terangkum dalam Pendidikan Islam serta menjadi manusia contoh kepada murid-muridnya.(Rahimah Ahmad, 1991) Di samping itu guru-guru Pendidikan Islam perlu sentiasa menginsafi peranan mereka sebagai pendidik dan pendakwah dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Pihak berwajib perlu menyemak semula kurikulum persekolahan ke arah lebih saintifik dari segi falsafah dan epistemologi supaya mempunyai daya saing dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Jelasnya pembentukan Kurikulum Pendidikan Islam di era globalisasi hendaklah dirancang dan digubal dengan teliti sesuai dengan perubahan-perubahan semasa. Ini sejajar dengan sifat pendidikan itu sendidri yang tidak beku mahupun statik. Di samping itu, segala kemudahan TMK seperti LCD dan komputer perlu dibekalkan kepada panitia pendidikan Islam di sekolah bagi memudahkan penggunaan TMK di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar Pendidik Islam selaras dengan prinsip Islam menerusi pendekatan Hadhari (mementingkan kemodenan dan aplikasi TMK) yang sering dilaungkan oleh pihak kerajaan.Pengenalan program j-QAFpada tahun 2004 merupakan satu langkah bijak untuk untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam Pendidikan Islam. Menerusi pelaksanaan empat model P&P iaitu Model Kelas Pemulihan Jawi, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik, dan Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi serta satu model kokurikulum iaitu Model Bestari Solat adalah diharapkan hasrat untuk memartabat dan memperkasakan Pendidikan Islam dapat direalisasikan dengan jayanya. Antara lain harapan KPM seperti yang tertera di dalam Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF(2004) berbunyi:

Adalah menjadi harapan KPM agar para pendukung j-QAF dapat memahami hasrat program ini dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. J-QAF boleh berfungsi sebagai tunggak baru dalam memperkasakan Pendidikan Islam untuk membina jati diri insan mukmin di samping merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Negara.Merujuk kepada pelaksanaan PAFA pula, satu usaha perlu dipercepatkan oleh JAPIM dan LPM untuk menyelaraskan dan memperjelaskan status PAFA. PAFA dilihat ibarat segan mati tak mahu, justeru pihak yang berautoriti perlu menentukan pihak yang bertanggungjawab terhadap PAFA. PAFA juga tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh malahan penguatkuasaannya perlu dipantau dari masa ke masa agar kepincangan yang wujud dapat diperbetulkan ke arah melahirkan genarasi yang celik fardhu ain.

Berhubung pelajaran jawi, ia hendaklah dijadikan satu mata pelajaran khusus bukan sebagai satu komponen dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu atau Pendidikan Islam. Dengan penambahan waktu dan penekanan khusus diharapkan masa depan tulisan jawi akan terus gemilang sebagai satu lambang bagi bangsa Melayu Islam. Di samping itu prasarana untuk pelajaran jawi seperi bahan bantu mengajar dan bahan bacaan yang sesuai hendaklah diperbanyakkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran jawi.

Cadangan lain yang dilihat tidak kurang menariknya ialah cadangan penjanaan satu kandungan kurikulum Pendidikan Akhlak yang bersifat komprehensif berasaskan kitab-kitab terpilih seperti kitab Nahj al-Balaghah, Ihya Ulum al-Din, Rayadh al-Solihin dan lain-lain. Cadangan ini diutarakan oleh Zaharah Husssin dan rakan-rakan(2005) dalam tulisan yang bertajuk Pembinaan Kurikulum Pendidikan Akhlak ke arah pembangunan Kemanusiaan Sejagat.

Berdasarkan dapatan kajian terhadap tahap penguasaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah Menengah di Perak oleh Misnan Jemali (2005) beberapa cadangan berikut telah dikemukakan untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan pelajar. Pertama, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu mengadakan bengkel dan kursus kemahiran pengajaran al-Quran (pedagogi) untuk semua guru Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Kedua, pihak JAPIM dicadangkan agar mengadakan bengkel al-Quran dan kelas bimbingan al-Quran khususnya untuk pelajar yang tidak mengenal huruf-huruf al-Quran dengan lebih terancang dan kemas. Ketiga, pihak KPM dicadangkan agar mengasingkan matapelajaran al-Quran dengan mata pelajaran Pendidikan Islam, kerana ini akan memfokuskan perhatian yang lebih kepada matapelajaran tersebut. Terakhir, guru Pendidikan Islam hendaklah memperkasakan pengajaran al-Quran dengan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik seperti penggunaan komputer dan sebagainya.

Pelajar-pelajar pintar cerdas juga perlu diberi perhatian sewajarnya dalam Pendidikan Islam. Dapatan daripada kajian Rosadah Abd Majid (2005) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas turut mempamerkan ciri-ciri kreativiti. Justeru mereka wajar diberi peluang dan ruang untuk menggunakan daya kreativiti dalam aktiviti pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam seperti menerusi tugasan menghasilkan folio atau nota. Perbincangan juga perlu bersifat futuristik dan saintifik. Guru juga perlu berusaha untuk memecahkan tanggapan minda sekiranya ia tidak sesuai di kalangan pelajar khususnya terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. Ini merupakan satu cabaran kepada guru untuk menukar pemikiran sedemikian dan menjadikan matapelajaran Pendidikan Islam diminati oleh pelajar pintar cerdas.

9.0 KESIMPULAN

Pendidikan Islam tidak pernah surut dengan pelbagai isu di sepanjang pelaksanaan dalam sistem pendidikan negara. Namun semua ini tidaklah bermakna Pendidikan Islam tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan segala isu tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang berautoriti termasuk ibu bapa dan para guru untuk berganding bahu ke arah memartabatkan Pendidikan Islam.

Justeru pelbagai kaedah dan pendekatan perlu dilaksanakan agar pendidikan Islam dapat berkembang seiringan dengan disiplin ilmu yang lain. Keupayaan Pendidikan Islam sebagai satu disiplin ilmu yang unggul perlu dipertahankan kerana sebijak mana sekalipun seseorang itu tidak akan seimbang kehebatannya tanpa memiliki pegangan agama yang mapan.

Berdasarkan perbincangan di atas pelbagai cadangan telah pun dikemukakan sebagai satu percambahan idea ke arah memurnikan semula sebarang kepincangan yang melanda Pendidikan Islam.BIBLIOGRAFI

Abdullah Muhammad Zin et al.2005. Pendidikan Islam di Malaysia dari pondok ke

Universiti. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Halim Tamuri & Mohd Sabri Mamat. 2005. Penghayatan Ibadat Harian dan

Kecerdasan Emosi dalam Pembangunan Diri Remaja Muslim. Kertas Prosiding

Wacana Pendidikan (Siri 4):109-116.Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Al-Syaibani.1979. Terj. Falsafah Pendidikan Islam. Jakarta : Pustaka Bulan Bintang.Azimi Hamzah et al .2005. Kaedah Pembinaan Alat ukuran Psikometrik Pendidikan Islam. Kertas Prosiding Wacana Pendidikan (Siri 4):29-34Azizi Umar & Supyan Hussin.2007. Sekolah Agama Rakyat : Kedudukan dan konfliknya

dalam dasar Pendidikan Kebangsaan. Kertas Kerja Seminar Isu-isu Pendidikan

Kebangsaan Negara kali ke-4. Adnan Yusopp. Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Sekolah Bestari. Jurnal Dakwah.

JAPIM. KPM 1(1) Disember 1998.Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan

Kokurikulum. 2005. Putrajaya : JAPIM, KPM.Ghazali Basri. 1991.Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Satu

Analisis. Jurnal Pendidikan Islam. 4(1-2) : 33-44. Latar Belakang, Fungsi Aktiviti dan Objektif. Bahagian Pendidikan Islam. JAPIM, KPM :Kuala Lumpur.Misnan Jemali. 2005 .Tahap penguasaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah Menengah

di Perak. Kertas Prosiding Wacana Pendidikan (Siri 4): 213-224.

Mohd Nor Anuar. 2001.Sinergogi dan Implikasinya terhadap Persepsi Pendidikan Guru

yang Realistik. Jurnal Pendidikan Guru. 14 : 41-57.

Mohammed Sani Haji Ibrahim.2005. Perkembangan Profesionalisme Guru Pendidikan

Islam ke arah Kemanusiaan Sejagat: Satu Tuntutan dan Satu Kemestian. Kertas

Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4):1-18.Mohd Jasmy Abd. Rahman, Shahrin Awaluddin dan Mohd Arif Hj Ismail.2005. Tahap

Penggunaan Alat Teknologi Pengajaran di kalangan guru-guru Pendidikan Islam

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas Prosiding Wacana Pendidikan (Siri 4): 145-152.Mokmin Basri & Siti Zaharah Mohid. Kearah Pembinaan Kurikulum Bersepadu

Teknologi Maklumat : Satu Pemikiran Awal. Kertas Prosiding Wacana

Pendidikan Islam : 196-204.Muhammad Hasan Abdul Rahman. 2000. Media Pengajaran : Penghasilan Bahan

Pengajaran Berkesan. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

Nik Azis Nik Pa. 1990. Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia: Fokus FPN dan

KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Rahimi Nik Yusof. 2002. Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era

Globalisasi. Kertas Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1): 10-31.

Noorizan Abd Latif & Anisah Abdullah. 2005. Guru Efektif Penjana Kecemerlangan.

Jurnal Pendidikan PKPSM. Julai : 89-101.

Noor Shamsinar Zakaria, Khairani Kaharuddin dan Ahmad Zabidi Abdul Razak.

Transformasi Kemanusiaan Dalam Kurikulum Pendidikan Islam di Era

Globalisasi. Kertas Prosiding Wacana Pendidikan Islam: 230-241.

Rahimah Ahmad.1991. Penyeliaan Pengajaran ke arah Peningkatan Profesionalisme Guru

Pedidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam 4(1-2) : 40-50.

Rahimah Ahmad.1991. Profesion Perguruan dalam Dekad 90-an : Antara Cabaran dan

Realiti bagi Guru Pendidikan Islam. Jurnal Pengurusan Pendidikan 2 (11) : 65-

75.

Razali Noor. 1994. Teknologi Pendidikan 1 : Teknologi Bukan Unjuran. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman.

Rosadah Abd. Majid. 2005. Pendidikan Islam untuk Pelajar Pintar Cerdas Akademik.

Kertas Prosiding Wacana Pendidikan (Siri 4) : 35-46.Rohana Kamaruddin, Kamisah Osman dan Tajul Ariffin Noordin. 2005. Pendekatan

Integrasi Berteraskan Paradigma Tauhid dalam Pendidikan Sains ke arah

Keharmonian dan Kesejahteraan Insan. Kertas Prosiding Wacana Pendidikan

(Siri 4): 117-126.

Saemah Rahman & Zarin Ismail. 2005. Penyepaduan Aspek Perkembangan Emosi dalam

Pembangunan Kerohanian Pelajar : Satu Cadangan. Kertas Prosiding Wacana

Pendidikan (Siri 4): 47-56.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1994. Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA), Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Surat Pekeliling (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld.2(4) 3 Januari 2003. Pelaksanaan Jawi dan al-

Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM

Tahun 2003.Tajul Ariffin Noordin. 1998. Konsep Asas Pendidikan Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.Zamri Abdul Rahim. 2007. Perlaksanaan PAFA, Tulisan Jawi dan Isu-isu dalam

Pelaksanaan Pendidikan Islam. 27 Februari.(Temubual)Tamadun Islam. 1997. Editor Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib. Serdang :

Penerbit UPM.

Wan Zahid Noordin.2002. Peranan Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kertas Seminar Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Ikim, 11-12

September.

Zaharah Hussin, Abd. Halim Tamuri dan Jaffary Awang.2005. Pembinaan Kurikulum

Pendidikan Akhlak ke arah pembangunan Kemanusiaan Sejagat. Kertas

Prosiding Wacana Pendidikan (Siri 4):127-136.

EMBED PowerPoint.Slide.8

_1238229939.ppt

Akidah yang mantap

Komitmen beribadah

Akhlak yang mulia

Iman dan taqwa

Kekuatan peribadidan emosi

Sumber : Abdul Halim et al (2005)

_1238229940.ppt

1962Bermula secara formal

Mata pelajaran Agama Islamdimasukkan dalam jadual waktu sekolah

1974JK Mengkaji Mata Pelajaran Pendidikan Islam

1982Kurikulum PI (KBSR)

1979Laporan dalam JK Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran

1989Kurikulum PI (KBSM)

Semakan semula sukatan

2004Pengenalan j-QAF

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM

_1238212838.ppt

TAJUK

Membina pengajaranDan akhlak daripada setiap fakta

Membina susunanTajuk pengajaran

Mengaitkan faktaDengan isuSosial,Akhlak danAplikasi ilmu

Penilaian

Tajuk baru

Memilih tajuk pengajaranharian

Mengambil fakta daripada sumberWahyu al-Quran dan as-Sunnah

Menggunakan semua sumberPendidikan moden

Menggunakan kaeah inkuiri dan perkembangan

Satu contoh Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran Pendidikan Islam.Sumber : Tajul Ariffin 1998.