ETIKA DALAM SUKAN

download ETIKA DALAM SUKAN

of 78

Transcript of ETIKA DALAM SUKAN

ETIKA DALAM SUKAN

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANTAJUK 7 :ETIKA DALAM SUKANDISEDIAKAN OLEH :NURZARITH FILZANA BINTI MAAMAT SALEHNURUL FITHRIYYAH BINTI MOHD NAIMMUHAMMAD HANIF BIN KAMARUZAMANMOHD DZULHAFIDHZAN BIN MOHD RIDZAM

ETIKA DALAM SUKANPanduan peranan peserta, penonton, jurulatih, kumpulan sorak, pegawai, pengurus dan juga pentadbir sukan. Untuk menangani insiden negatif dalam sukan seperti caci-mencaci, pergaduhan, rusuhan dan tingkahlaku lain tidak beretika. Semangat kesukanan ialah kualiti tingkah laku yang adil terhadap pasukan sendiri dan pihak lawan serta sedia menerima kekalahan dan kemenangan dgn hati terbuka.

CIRI SEMANGAT KESUKANAN PENONTON

KESAN SEMANGAT KESUKANAN KEPADA PASUKAN/NEGARA

AMALAN PERMAINAN BERSIHEtika merupakan prinsip, nilai dan pegangan diterima sebagai panduan tingkahlaku dlm kehidupan seharian. Etika ditekankan dalam sukan ialah permainan bersih .

5

ETIKA PESERTA

ETIKA PENONTON

ETIKA JURULATIH DAN PEGAWAI SUKAN

KESAN DARIPADA PERMAINAN BERSIH

KESAN DARIPADA PERMAINAN BERSIH

KESAN DARIPADA PERMAINAN BERSIHPENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM SUKAN

Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli ahli sukan. 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang.

Apakah itu Drug? Drug adalah merupakan sesuatu bahan yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun. Apakah 'doping?'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

KENAPA SESETENGAH BAHAN DAN KAEDAH DIHARAMKAN? Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan. Kenapa terdapat penyalahgunaan bahan berlaku? Kerana atlet ingin berada atau mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik di samping sebagai jalan mudah untuk mengecapi kejayaan untuk meningkatkan stamina dan tenaga pada tahap yang tinggi selain bertindak sebagai ubat tahan sakit sekiranya atlit mengalami sebarang kecederaanSebagai bukti, petikan artikel BH 09 September 2009 menyatakan bahawa pelumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi mengambil dadah terlarang kerana ingin berada pada tahap kesihatan yang terbaik selepas mendapat tahu dia terpilih buat mengikuti program latihan elit skuad trek negara di Australia. Akhbar menyatakan beliau sebenarnya mengalami kecederaan otot lutut kiri yang membuatkan dia bertindak mengambil keputusan untuk mencari kaedah perubatan yang lain tanpa menyedari ubat yang diambil telah diuji positif sewaktu Mini Olimpik

CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN SEWAKTU PERTANDINGANDadah rangsangan jenis nandrolone iaitu sejenis steroid anabolik yang digunakan oleh atlit lumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi. trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Badrini juga didapati bersalah dalam penyalahgunaan bahan terlarang apabila didapati mengambil dadah jenis propranonol bertujuan bagi mengurangkan debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian, 08 Sept 2009)

AKIBAT/ HUKUMAN SEKIRANYA DIDAPATI BERSALAHHukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain tindakan tatatertib dikenakan pada atlet tersebut. Sebagai contoh, dalam satu pernyataan artikel akhbar berita harian, memberitahu MSN mengambil langkah awal dengan menghentikan segala bantuan, elaun latihan dan kemudahan kepada Amirul serta melarangnya daripada menyertai skuad kebangsaan untuk menjalani sesi latihan di Hughou, China.

CARA PENYELESAIANmemberi pendedahan yang lebih mendalamaktiviti kaunseling, ceramah, kempen kesedaran dan sebagainya kepada para atletpara atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab atas apa sahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa. Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan `kebersihannya' daripada dadah larangan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONNBATU PAHAT, JOHOR.Gangguan / Keganasan Dalam Sukan21Gangguan bererti sesuatu yang membuat seseorang, objek atau proses menjadi terbantut dan tergendala.Apa Itu Gangguan Dalam Sukan? 22Gangguan dalam sukan adalah berbagai tingkah laku oleh individu atau organisasi iaitu :-Provokasi, memperkecil, keganasan atau mengugut.Boleh berlaku kepada individu atau kumpulan.Merujuk kepada perwatakan individu atau kumpulan tersebut.23Gangguan dalam sukan boleh dikategorikan dalam beberapa jenis seperti:-gangguan emosi bagi pemain, gangguan faktor semula jadi, gangguan semasa manusia.2425Kelakuan Gangguan26Kekasaran secara fizikal (menyerang)Serangan emosi (ugutan, desakan atau ketidakpuas hati)

Kelakuan Kasar27Pengabaian (kegagalan memberi layanan asas fizikal dan emosi)Penyalahgunaan kuasa (antara jurulatih-pemain atau pengurus-pemain)Kelakuan Kasar28Provokasi secara seksualPermintaan melakukan perbuatan seksualPerbuatan yang merangsang seksual

Gangguan seksual29Definisi Keganasan/Keagresifan30Definisi Keganasan/Keagresifan31Definisi Keganasan dalam Sukan3233Keagresifan Ketara (Silva, 1984)Keagresifan Instrumental Puncarasa marah

mencapai matlamatNiatmelihat individu tersebut mengalami kesakitan mencederakan individu lainMatlamatmencederakan individu lain (ataupun objek) mendapatkan faedahGanjaran(kepuasan) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij.

34Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keagresifan/Keganasan351. Kebangkitan fisiologiBerkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton.Suhu persekitaran berkaitan rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa dan mudah marah.362. Persepsi individu yang dikasariKeagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, persepsi tentang niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain.Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.373. Perbezaan mata atau jaringanKajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan mata atau jaring, maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox, 1999).Jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan yang agresif dilakukan kerana semua pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbingan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.384. Lokasi perlawananBiasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah.Menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.395. Keputusan pertandinganPemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukanya tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif.406. Kedudukan pasukan dalam ligaPasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di bawah. Dari sudut Teori Frustrasi- Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.Justeru itu, mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.417. Penggunaan SteroidKesan sampingan Steroid adalah peningkatan keagresifan individu.Juteru, jurulatih yang terlibat dalam sukan perlu memastikan bahawa atlet tidak terlibat dalam mengambil bahan terlarang.42Cara-Cara Mengatasi Keganasan/ Keagresifan Dalam Sukan43Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi

Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan bermain dalam sukan

(1) Kurikulum Sukan44Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah rendah lagi

Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah.45Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku alternative yang perlu dipraktikkan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada dirinya.(2) Teknik Mengurus Keganasan46Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian, uruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa berselindung, elakan tingkah laku menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif kepada orang lain, nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara waktu.47Jurulatih perlu memainkan peranan agar keganasan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan keganasan.

Oleh itu, pemain-pemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya tidak memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kemenangan setiap kali bermain. (3) Peranan Jurulatih48Terdapat ramai atlet professional yang berpotensi serta sesuai untuk diketengahkan sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini akan membuka mata pemain bahawa kejayaan boleh dicapai secara bersih.(4) Menggalakkan Role Model Yang Bersih Kepada Atlet Atau Pemain

49Atlet yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja mereka mencenderakan atlet yang lain, malahan mereka menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda(5) Menghukum Pemain Yang Beraksi Secara Agresif

50Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih yang menggalakkan penggunaan taktif atau strategi yang bersifat agrestif juga perlu dikenakan hukuman.

Semangat bermain secara adil bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian. Justeru itu, memang layaklah mereka ini dikenakan hukuman yang setimpal.(6) Menghukum Jurulatih Yang Menggalakkan Keagresifan51Pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih khususnya dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat demikan. Ini akan menjadi iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di masa depan.(7) Memberikan Ganjaran Kepada Pemain Atau Pasukan Yang Bermain Dengan Bersih

52Contoh Kes Keganasan Dalam Sukan53Perlawanan yang berlansung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silve patah fibula kiri dan buku lali yang cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.Bola Sepak54

55Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Sehingga kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau menanduk pemain pertahan Italy. Terdapat khabar angin menyatakan beliau membuat demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelancur.56

57Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupkan peristiwa yang menggemparkan tinjau dunia. Saat itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk, The Sound and The Fury ini Tyson dia kali menggigit telinga Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun. Sukan Tinju58

59Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasa permainan playoff Hoki Ais Pertama di antara pasukan Ottwa Senator dan Tampa Bay Lightning.Ice Hockey60

61Keganasan Penonton

62Dibahagikan kepada 2 jenis

Penonton televisyen

Penonton acara sukan63Kebanyakan tontonan pertandingan sukan berlaku di hadapan televisyen

Penonton di hadapan televisyen mungkin menonton dengan penuh ekspesif semasa menonton perlawanan atau pertandingan. Mereka mungkin marah dan melakukan pergerakan yang ganas pada rakan-rakan atau ahli keluarganya.Penonton Televisyen64Apabila penyokong-penyokong dari pasukan yang bertentangan berada di tempat pertandingan yang sama, mereka akan membuat perbuatan yang fitna atau mengeluarkan perkataan yang menyakit hati penyokong pasukan yang bertentangan, Ini akan menyebabkan pergaduhan dan keganasan berlaku semasa menonton pertandingan sukan.65Keganasan antara penonton acara sukan jarang berlaku setakat ini.

Mungkin mereka ekspresif, tetapi jarang menunjukkan keganasan dengan penyokong lain, pengadil, pengiring atau polis.

Keganasan dalam kumpulan besar juga pernah berlaku dan telah menjadi perkara yang serius. Krganasan yang melibatkan kumpulan yang besar juga akan mengakibatkan kecederaan dan kematianPenonton Acara Sukan66Keganasan tercetus sebaik pengail meniup wisel penamat dalam satu perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah al-Masri menewaskan al-Ahly dari Kaherah, 3-1. Penyokong al-Masri yang membanjiri padang membaling batu, botol dan bunga api kepada penyokong al-Ahly dan penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai arah untuk melarikan diri.67

68Setelah pasukan Kelatan tewas dalam pusingan akhir, penyokong bertindak membakar trak polis, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol miniuman dan mercum dibaling ke dalam padang.69

70Cara-Cara Mengawal Keganasan Penonton71(1) Memastikan tiada senjata atau perkara yang membahayakan dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadiumPihak pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton tidak membawa masuk barang-barang yang membahayakan. Di luar negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini.72(2) Memisahkan penyokong pasukanPenyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium

Kita perlu elakkan situasi seperti di beberapa negara Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara penyokong.73(3) Singkir penonton yang bertingkah laku agresif (contohnya halau mereka keluar)Hentikan tingkah laku agrestif dengan cepat ketika ia bermula dan maklumkan kepada mereka bahawa pihak penganjur tidak akan bertorelansi74(4) Mempromosikan acara sukan sebagai aktiviti keluargaApabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga, maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.75(5) Bekerjasama dengan media untuk menghantar maklumat penting supaya pihak media tidak memuji kelakuan agresif yang berlaku dalam sukan.76(6) Media tidak menjadi batu api kepada kedua-dua pasukanPihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negatif. Ini adalah kerana kewujudan sentiment yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain, malahan di antara para penyokong.

Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dari England dan Kelab Galatasary dari Turki77Sekian Terima Kasih.78