Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

184
1 ETIKA KERJA DAN PERKHIDMATAN ISLAM: DEFINISI DAN PEMAHAMAN Etika kerja Islam Etika kerja dimaksudkan sebagai cara kerja, kebiasaan kerja, tatatertib kerja dan adat resam kerja. Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan etika kerja adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. (Robbins, S.P, 1998: 9-12) Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi dia mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja tersebut masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik walaupun dengan pemantauan yang minima.

description

Kandungan Buku

Transcript of Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

Page 1: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

1

ETIKA KERJA DAN PERKHIDMATAN ISLAM: DEFINISI

DAN PEMAHAMAN

Etika kerja Islam

Etika kerja dimaksudkan sebagai cara kerja, kebiasaan kerja,

tatatertib kerja dan adat resam kerja. Di dalam pemakaian dan

pemahaman sektor pekerjaan etika kerja adalah berkaitan dengan

dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan

oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. (Robbins, S.P,

1998: 9-12) Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya

dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau

bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat

peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu

bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi

dia mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja

tersebut masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik

walaupun dengan pemantauan yang minima.

Page 2: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

2

Di dalam tamadun Barat, etika bekerja sudah dibincangkan

dengan panjang lebar. Perbincangan yang mendalam di dalam

tamadun ini telah melahirkan bermacam-macam teori berkaitan

dengan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Impak

daripadanya dilihat tamadun Barat lebih berkembang pesat jika

dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain buat masa ini. Di

dalam tamadun Barat ini perbincangan awal mengenai teori etika

kerja ialah berkaitan dengan teori kemoralan yang diceduk pada

asalnya dari teori kemoralan Yunani yang banyak membicarakan

atas tajuk Mores yang bermaksud moral atau etika berkelakuan

dan kemudiannya diperincikan lagi perbicaraannya kepada etika

berkelakuan di dalam pekerjaan. (William, B., 1972: 4)

Apabila membicarakan etika kerja di dalam Islam, terlebih

dahulu golongan pekerja harus memahami konsep bekerja di

dalam Islam. Ini kerana pemahaman konsep bekerja di dalam

Islam mempunyai kaitan yang amat rapat dengan etika kerja

seseorang Muslim dalam melakukan sesuatu kerja. Tanpa

pemahaman yang jitu di dalam konsep bekerja di dalam Islam,

seseorang Muslim tidak dapat menghayati kerjanya dengan

berkesan malah walaupun etika kerjanya sangat baik tetapi tidak

Page 3: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

3

dapat memahami konsep bekerja di dalam Islam, pekerjaan

seseorang Muslim itu akan sia-sia. (Al-Faruqi, Ismail Raji, 1982:

30-35)

Secara umumnya konsep bekerja di dalam Islam dapat

diringkaskan seperti berikut;

i. Bekerja sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Ain – bekerja

di dalam Islam adalah keperluan setiap individu. Ini kerana setiap

seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk memenuhi

tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga, memenuhi

tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan pakaian dan

sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja ini bermakna

akan menimbulkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada diri

yang tidak dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga akan

memberi kesan dan mudharat kepada tanggungannya. Keperluan

Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang Muslim yang

bekerja untuk membayar hutang piutang yang ditanggungnya di

dalam hidup di dunia. (Fazlur Rahman, 1982: 43)

ii. Bekerja sebagai satu ibadah – konsep ini berdasarkan

kepada keimanan seseorang itu adalah berteraskan kepada

Page 4: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

4

amalannya. Dari sudut pekerjaan amalan seseorang itu adalah

pekerjaan yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan

niat seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan

kerana Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran

yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka

seseorang itu juga akan mendapat keduniaanya. (Fazlur Rahman,

1988: 20-23) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah

ini Allah s.w.t berfirman yang maksudnya;“Seseorang itu akan

mendapat habuan berdasarkan usahanya. Sesungguhnya hasil

usaha pekerjaannya akan diperlihatkan kepadanya” (1:281)

iii. Bekerja boleh menghapuskan dosa – dosa-dosa kecil yang

terkumpul akan terhapus dengan kesungguhan seseorang itu

melakukan pekerjaannya. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah

s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud;“Dari sekian banyak dosa,

dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah

ataupun Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari

rezeki” (Sahih Muslim, 1987: 22)

Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Barangsiapa yang

menghayati waktu petangnya dengan bergantung kepada hasil

Page 5: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

5

usaha tangannya sendiri nescaya petang itu ia berada di dalam

keampunan Allah” (Sahih Muslim, 1987: 23)

iv. Bekerja setaraf dengan jihad – konsep ini berdasarkan

kepada kesusahan dan pengorbanan seseorang itu mencari rezeki.

Kesusahan dan pengorbanan ini telah disamakan tarafnya dengan

kesusahan dan pengorbanan melakukan jihad fisabilillah. Di

dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya;

“Barangsiapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup dirinya

dan keluarganya maka ia seperti Mujahid fisabilillah” (Sahih

Muslim, 1987: 39)

Bukti ini juga jelas melalui satu cerita yang telah

diriwayatkan bahawa Sufian bin Malik telah dilantik oleh Saidina

Umar al-Khattab sebagai pengurus kutipan untuk Baitulmal di

Basrah. Suatu ketika Sufian bin Malik meminta izin daripada

Saidina Umar al-Khattab untuk meninggalkan tugasnya kerana

hendak pergi berjihad melawan kaum Musyrikin, lantas Saidina

Umar berkata “Bukankah engkau sedang dalam jihad?”

(Muhammad Husain Haekal, 1986: 632)

Page 6: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

6

v. Menjaga halal dan haram di dalam pekerjaan – perhitungan

bekerja di dalam Islam bukan sahaja berkaitan dengan ganjaran

seperti gaji dan sebagainya, tetapi lebih jauh daripada itu ialah

seseorang itu perlu menjaga batasan halal dan haram di dalam

melakukan kerjanya. Ini adalah sebagai satu syarat kepada

konsep-konsep kerja di dalam Islam yang diterangkan sebelum ini.

Di dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;

“Orang yang paling menyesal dan kerugian di hari Akhirat kelak

ialah orang yang mendapat sara hidup dari rezeki yang tidak

halal, sehingga ia masuk bersama-sama dengan orang-arang

Kafir ke Neraka” (Sahih Muslim, 1987: 335)

Apabila saeseorang Muslim itu dapat menghayati konsep bekerja

di dalam Islam, maka mudahlah baginya pula untuk menerapkan

dan melaksanakan etika kerja dengan nilai-nilai murni di dalam

pekerjaanya. Etika kerja adalah rutin yang seharusnya

dilaksanakan dengan baik. Dasar-dasar atau peraturan bekerja

yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk

memupuk etika kerja yang baik dan cemerlang.

Page 7: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

7

KEPENTINGAN NILAI1 DAN AMALAN ETIKA

2

INTERPERSONAL3

1. Latarbelakang.

1 Nilai adalah sebahagian daripada moral iaitu satu bentuk perlakuan yang di

dasarkan kepada sesuatu yang membina, baik dan berfaedah. Umpamanya

seseoraang yang menghayati nilai bertanggungjawab maka akan terserlah nilai-

nilai tersebut di dalam perlakuannya sehari-harian tanpa adanya tekanan atau

dorongan yang serius.

2 Etika berasal daripada perkataan Yunani , iaitu 'ethos' yang bermaksud adat

resam, kebiasaan dan rutin. Bahasa Latin pula menggunakan perkataan 'mores'

untuk tujuan dan maksud yang sama. Oleh itu, etika dan moral mempunyai

bidang kajian yang serupa. Di dalam agama Islam konsep ini dikenali sebagai

'akhlak'.

3 Interpersonal adalah istilah komunikasi yang digunakan untuk mengambarkan

hubungan antara dua individu atau antara individu dengan kelompok

masyarakatnya. Hubungan ini juga melibatkan tanggapan dan perasaan dalaman

seseorang tersebut. Oleh itu, interpersonal melibatkan tiga perkara. Sifat

dalaman individu, perlakuan individu dan penerimaan masyarakat terhadap

perlakuan individu.

Page 8: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

8

Perbincangan yang berlarutan berkaitan dengan piawaian etika

yang sepatutnya digunakan samada secara individu atau

masyarakat telah menimbulkan satu konflik masyarakat yang

teramat serius. Anehnya perbincangan ini tidak menemukan satu

titik pertemuan selari berkaitan konsep, asas dan dimensi etika

yang boleh digunakan oleh masyarakat sejagat. Perkara ini berlaku

kerana banyak sebab. Antaranya etika banyak dipengaruhi oleh

sifat dalaman manusia yang menjadikannya sukar untuk diukur

ditambah lagi dengan perbuatan yang tidak menunjukkan sifat

dalaman seseorang. Selain itu, kewujudan nilai-nilai murni yang

difahami berdasarkan kepada tamadun manusia juga tidak sama

dan berbeza-beza. Kemurnian didikan dan ajaran agama juga tidak

dapat membantu menemukan satu etika sejagat yang boleh diguna

pakai.

Rentetan daripada itu, banyak penulis mengemukakan

berbagai idea dan pandangan untuk menemukan satu asas kepada

penggunaan etika yang seimbang. Warnock (1979) umpamanya,

telah mengetengahkan teori etika utilitarianisme yang bermaksud

etika itu hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa seseorang

itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan

Page 9: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

9

menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada kelompok

masyarakat. Malangnya idea ini dikatakan lebih bersifat „official‟

sahaja kerana ianya tidak dapat mengukur maksud dalaman

seseorang yang melakukan tindakan tersebut.4 Jean Paul Sartre

(1905) pula mengemukakan idea eksistensialisme yang mengukur

etika sebagai satu perbuatan yang lahir daripada pemikiran

manusia semata-mata. Idea ini juga tidak mempunyai asas yang

kukuh kerana sesuatu tindakan selalunya disalah anggap oleh

orang lain.5

Idea yang paling tua dikemukakan dan menjadi pegangan

sebahagian besar manusia adalah idea yang datangnya daripada

agama-agama yang dianuti. Pegangan agama pada asasnya adalah

amalan nilai-nilai murni dari didikan kalbu hinggalah diwujudkan

dalam bentuk tindakan-tindakan tertentu. Walaupun idea ini

4 Lihat penghurian berkaitan dengan etika Utilitarianisme dan Egoisme

merangkumi maksud, sifat dan perlaksanaannya di dalam buku, Warnock, G.J.

1979. Introduction. Dalam Mills, J.S. Utilitarianism. Disunting oleh Warnock.

M. Glasgow: Collins Fount Paperbacks.

5 Penulis ini menghuraikan bahawa teori etika eksistensialisme adalah sesuatu

yang datang bersama manusia ataupun dianggap sebagai sesuatu nilai yang

semulajadi yang merangkumi nilai-nilai baik dan sebaliknya. Manusia menurut

penulis ini mempunyai etika eksistensialisme yang seimbang. Suasana, masa

dan zaman yang akan menentukan penonjolan samada etika baik atau buruk.

Page 10: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

10

mempunyai kelemahannya seperti wujudnya pertentangan

sensitiviti agama sehingga lahirnya ektremis agama tetapi amalan

dan pegangan nilai sekurang-kurangnya menemukan satu titik

persamaan amalan nilai sejagat. Etika keagamaan ini kemudiannya

telah disulami dan dihiasi dengan amalan budaya murni

sesetengah masyarakat. Amalan ini berbeza dari satu tamadun ke

tamadun yang lain dan dari satu kelompok masyarakat ke

kelompok masyarakat yang lain yang ditandakan dengan

kewujudan berbagai suku kaum dan bangsa.

Lanjutan daripada tidak adanya piawaian yang tepat

berkaitan pemahaman dan amalan etika ini telah melahirkan

banyak kekeliruan dan kesamaran berkaitan dengan amalan

interpersonal. Istilah interpersonal adalah satu istilah komunikasi

yang lahir daripada tanggapan, perasaan dan tindakan individu

terhadap individu yang lain. Daripada keadaan asas ini akhirnya

dilebarkan kepada bentuk berkelompok atau bermasyarakat.

Istilah interpersonal ini juga difahami dengan hubungan individu

dengan individu yang lain ataupun kadang-kadang menggunakan

istilah keperibadian ataupun istilah sahsiah diri. Ianya adalah satu

asas kepada pembentukan peribadi merangkumi tanggapan dan

perasaan yang dilahirkan dalam bentuk perkataan dan tidakan.

Page 11: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

11

Amalannya secara berkelompok akan menjadikan sesuatu

masyarakat atau bangsa itu di anggap mulia, bertatasusila dan

beretika.

2. Sumber-sumber etika interpersonal.

Sebelum perbincangan yang lebih mendalam berkaitan dengan

etika interpersonal ini, perlu diketahui dan diselidiki terlebih

dahulu dari mana sumber kemunculan etika ini. Walaupun bergitu,

sumber-sumber yang diutarakan hanyalah berbentuk altenatif atau

dengan lain perkataan wujud sumber-sumber lain yang

menyokong kewujudan etika interpersonal ini yang tidak

diutarakan kerana ianya berbentuk sifat dalaman individu yang

mempraktiskannya. Antara sumber-sumbernya adalah seperti

berikut;

i. Amalan dan praktik nilai-nilai di dalam agama.6

6 Nilai-nilai agama pada dasarnya adalah satu bentuk pengajaran nilai-nilai

murni yang mempunyai hubungan dengan sifat-sifat keagamaan seperti patuh

kepada tuhan, amalan rukun-rukun agama dan seumpamanya. Ilmuan Barat

cuba memisahkan dua rangkuman ini, iaitu dengan hanya mengammbil nilai-

nilai murni dan meninggalkan sifat-sifat keagamaan yang dibawa. Oleh itu,

dilihat amalan nilai-nilai murni di Barat tidak mempunyai asas yang kukuh.

Page 12: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

12

Sekian lama kewujudan agama telah menjadi pegangan kukuh

umat manusia di dalam kehidupan. Doktrin agama bukan sekadar

teori dan praktik teologi semata-mata atau memahami konsep-

konsep paranormal di dalam agama atau berkaitan dengan amalan-

amalan ritual khusus agama malahan ianya lebih besar dan lebar

daripada itu. Sesuatu yang harus difahami berkaitan dengan agama

ini adalah amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan

kehidupan beragama. Perkara ini berasaskan kepada tidak ada satu

agama yang lahir di dunia ini yang mengajar penganut-

penganutnya melakukan sesuatu tindakan yang tidak berfaedah

dan mendatangkan keburukan. Umpamanya, jika di dalam agama

Islam wujud satu sagmen khusus berkaitan hal ini yang disebut

sebagai „akhlak‟. Amalan dan praktik nilai-nilai agama ini telah

diwarisi sekian lama dan ada sesetengahnya yang telah diwarisi

semenjak zaman sebelum Masihi lagi.

Berdasarkan kepada kekukuhan amalan agama ditambah

pula dengan perkembangannya maka amalan nilai-nilai murni ini

adalah satu amalan yang berbentuk individu. Maksudnya setiap

seorang daripada penganut sesuatu agama itu mesti

mempraktikkannya. Jika tidak, maka individu tersebut tidak

Page 13: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

13

dianggap seorang penganut agama yang baik. Praktik nilai-nilai

murni di dalam agama telah melahirkan insan yang dianggap

mulia dan beretika. Kemuliaan ini disebut dengan berbagai

gelaran umpamanya Ulama, Paderi, Sami, Utusan tuhan, anak

tuhan dan sebagainya. Amalan nilai-nilai murni ini bertambah

kukuh dengan utusan-utusan agama yang disuruh untuk

menyampaikan agama ini kepada semua orang.

ii. Adat resam dan budaya.7

Adat resam lebih merujuk kepada sesuatu tindakan berkelompok

yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Sebahagian

daripada adat resam dan budaya masih mempunyai hubungan

yang sinonim dengan amalan dan praktik agama tetapi sebahagian

besarnya telah diubah suai mengikut kepentingan masyarakat yang

mengamalkannya dengan mengambil kira juga kesesuaian waktu

dan zaman. Contohnya, amalan menghormati dan mengutamakan

7 Adat resam dan budaya adalah merangkumi praktik manusia yang dilakukan

secara berkelompok dan diamalkan secara warisan dari satu generasi ke

generasi yang lain. Ini bermaksud amalan dan praktiknya merangkumi adat-adat

animisme, agama dan kebudayaan. Lihat penghuraiannya di dalam Hunter, G.

1966. Southeast Asia: Race, Culture and Nation. London: Oxford University

Press.

Page 14: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

14

orang-orang yang lebih tua walaupun terdapat di dalam agama

tetapi cara dan bentuk penghormatan tersebut telah disesuaikan

dengan keadaan masa, zaman dan tempat. Oleh kerana itu,

generasi yang terkemudian kadang-kadang tidak mengetahui

bahawa itu adalah ajaran agama sebaliknya lebih mengetahui

bahawa perkara tersebut adalah warisan ibu bapa dan nenek

moyang mereka.

Perkara asas di dalam pendidikan dan pengajaran ibu bapa

terhadap anak-anak adalah berdasarkan pengalaman ibu bapa

tersebut sebelum itu. Ini bermakna jika adat resam dan budaya

sesuatu kelompok masyarakat itu tidak diturunkan maka tidak ada

lagi asas yang kukuh untuk dijadikan pengajaran. Intipati dari adat

resam dan budaya ini pula pada kebiasaannya adalah berbentuk

amalan nilai-nilai murni walaupun ada sebahagiannya yang

berbentuk khurafat dan tidak berasas tetapi mempunyai asas-asas

yang kukuh untuk pengajaran. Pengamalan nilai-nilai murni di

dalam adat resam dan budaya adalah penentu kepada generasi

yang beretika terutama sekali dalam bentuk interpersonal.

iii. Sifat kendiri.

Page 15: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

15

Sifat kendiri adalah sifat dalaman seseorang yang akhirnya

diterjemahkan di dalam bentuk tindakan. Sifat kendiri ini banyak

dipengaruhi oleh pendidikan dan pengajaran samada yang

berbentuk formal atau informal. Terdapat juga sifat kendiri yang

diperolehi secara warisan umpamanya sifat pendiam yang ada

pada seseorang mungkin diwarisi daripada ibu bapanya yang juga

bersifat bergitu. Sesuatu yang mengubah sifat kendiri ini adalah

suasana, keadaan masa dan tekanan. Umpamanya, jika seseorang

itu bersifat pasif dan tidak banyak berkomunikasi semasa

hidupnya di kampung tetapi apabila berhijrah ke ibu kota individu

tersebut perlu bersifat aktif dan banyak berkomunikasi. Oleh yang

demikian, manusia perlu sentiasa mengubah sifat kendirinya dari

sesuatu yang baik kepada yang lebih baik pada masa-masa akan

datang.

Seperkara lagi, jika diteliti terhadap perkembangan sifat

kendiri ini, perkara asas yang perlu ada pada diri seseorang untuk

memperbaiki sifat dan tindakannya adalah motivasi diri yang

tinggi. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan dan

hubungan interpersonal seseorang itu jika tidak mempunyai

motivasi yang dapat membantunya mencapai sesuatu cita-cita.

Keakhiran daripada sifat kendiri ini jika dikaitkan dengan

Page 16: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

16

hubungan interpersonal ialah kecemerlangan hidup. Oleh yang

demikian, adalah pentin bagi seseorang itu mempunyai sifat

kendiri yang positif dan disertai dengan motivasi yang tinggi

untuk menunjukkan dirinya itu beretika.

3. Pemahaman nilai dan amalan interpersonal dalam Islam.

Secara tipikalnya pemahaman umum kepada nilai dan amalan

etika interpersonal dalam Islam merangkumi maksud, ciri-ciri dan

sifat-sifatnya dinukilkan di dalam contoh-contoh berikut yang

diambil daripada sumber primer Muslim iaitu al-Quran dan

Sunnah;

I

Banyak contoh-contoh mengenai nilai dan amalan

etika interpersonal ini di dalam al-Quran yang

pendekatannya adalah mengenai seseorang yang

sentiasa mahu memperbaiki pekerjaannya daripada

satu tahap ke satu tahap dalam apa juga bidang

pekerjaan yang diceburi. Ayat-ayat al-Quran yang

menandakan sedemikian adalah seperti maksud

firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya rahmat Allah

Page 17: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

17

itu dekat kepada orang-orang yang sentiasa

memperbaiki pekerjaannya" (7:56) Maksud firman

Allah s.w.t lagi: "Dan orang-orang yang berusaha

dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi

kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan

memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang

menjadikan mereka bergembira serta beroleh

keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan dan

bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang

berusaha memperbaiki pekerjaannya" (29:69) dan

maksud firman Allah s.w.t lagi: "...(Apa yang kamu

katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang

menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi

perintahNya) sedang ia pula berusaha

memperbaiki pekerjaannya, maka ia akan beroleh

pahalanya dari sisi tuhannya dan tidak akan

bimbang dari sesuatu kejadian yang tidak baik dan

mereka pula tidak akan berdukacita" (2:112)

II

Hadis Nabi pula mengambarkan nilai dan amalan

interpersonal itu sebagai sifat ikhlas dan

Page 18: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

18

bersederhana dalam melakukan sesuatu perbuatan

dan pekerjaan. Sifat ini digambarkan sehingga

keperingkat walaupun seseorang itu melakukan

pekerjaan tanpa ada pemantauan daripada sesama

manusia tetapi tetap ada pemantauan daripada

tuhan. Ini bersesuaian dengan maksud hadis:

"Pada suatu hari ketika kami sedang duduk

bersama-sama Nabi, tiba-tiba datang seorang

lelaki yang pakaiannya sangat putih dan

rambutnya sangat hitam. Tidak ada kesan-kesann

bekas perjalanan seperti debu dan lainnya pada

diri lelaki tersebut dan tidak ada seorang pun dari

kami yang mengenalinya. Kemudian dia duduk

menghadap Nabi dengan menyandarkan dua

lututnya kepada dua lutut Nabi lalu berkata:

"Wahai Muhammad beritahu aku mengenai

Islam?" Jawab baginda: "Hendaklah engkau

bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya

melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh

Allah. Dan engkau dirikan sembahyang, engkau

keluarkan zakat, engkau berpuasa bulan

Ramadhan, engkau menunaikan Haji jika engkau

Page 19: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

19

berkemampuan" Lelaki itu berkata: "Betul...!"

Kami tercengang melihat lelaki itu kerana ia

bertanya Nabi dan mengesahkan jawaban

baginda. Kata Umar a.s, lelaki itu berkata lagi:

"Wahai Muhammad beritahu aku mengenai

iman?"Baginda menjawab: "Hendaklah kamu

percaya kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya,

kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya, hari akhirat dan

percaya kepada hukum dan takdir Allah samada

baik atau jahat" Lelaki itu berkata: "Betul...!"

Lelaki itu berkata lagi: "Beritahu aku mengenai

ehsan?" Jawab Nabi: "Hendaklah engkau

menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya.

Jika engkau tidak dapat melihatNya, maka

percayalah bahawa Dia melihat engkau"(Muslim)

Satu lagi hadis yang menggambarkan sifat-sifat

kesederhanaan berkaitan dengan doktrin nilai dan

amalan etika interpersonal ini ialah seperti maksud

hadis: Naluri adalah modalku, akal fikiran

sumberku, cinta adalah dasar hidupku, rindu

adalah tungganganku, berzikir adalah kawan

dekatku, keteguhan perbendaharaanku, duka

Page 20: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

20

adalah kawanku, ilmu adalah senjataku, ketabahan

adalah pakaianku, kerelaan sasaranku,

kesederhanaan adalah kebanggaanku, menahan

diri adalah pekerjaanku, keyakinan makananku,

kejujuran peantaraku, ketaatan adalah ukuranku,

berjihad perangaiku dan hiburanku adalah dalam

sembahyang" (Muslim)

III

Para ilmuan Islam memberikan pendapat yang

berbeza-beza berkaitan dengan nilai dan amalan

interpersonal ini. Tetapi pendapat yang berbeza

tersebut dapat disimpulkan bahawa nilai dan

amalan interpersonal itu adalah sifat-sifat

Mahmudah manusia dalam berurusaan dengan

tuhan dan berurusan sesama manusia. Imam al-

Ghazali menyimpulkan etika itu sebagai Wala' atau

ketaatsetiaan samada pada ajaran agama atau

kepada manusia yang sepatutnya. Beliau

menggambarkan etika itu sebagai pelengkap

kepada budipekerti manusia. (al-Ghazali, 1988:13)

Menurut Ibn Taymiyyah nilai dan amalan

Page 21: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

21

interpersonal Islam ialah tindakan yang baik dan

positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan hasil

daripada naluri yang dididik dengan nilai-nilai

yang murni. Oleh itu pada pendapat beliau didikan

dalaman atau naluri hendaklah diutamakan agar

dapat melahirkan tindakan-tindakan yang baik.

(Ibn Taimiyyah, t.th: 43)

Rangkuman daripada pemahaman berkaitan dengan nilai

dan amalan etika interpersonal Islam seperti yang telah dihuraikan

di atas dapatlah disimpulkan seperti berikut;

i. Sifat ingin sentiasa memperbaiki diri dalam pekerjaan rutin

yang dilakukan oleh seseorang.

ii. Sifat-sifat ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab

dalam melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan

walaupun dengan ketiadaan pemantauan sesama manusia

kerana wujudnya pemantauan daripada tuhan.

iii. Sifat-sifat kesederhanaan dalam melakukan sesuatu tindakan

tanpa adanya berlebih-lebihan dalam beberapa tindakan

sahaja.

Page 22: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

22

iv. Sentiasa berfikir untuk menghasilkan tindakan-tindakan

yang baik dan positif.

v. Amalan nilai-nilai murni diutamakan di dalam melakukan

sesuatu tindakan.

4. Dasar amalan etika interpersonal.

Di dalam amalan dan praktik interpersonal di dalam kehidupan

manusia terdapat beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan

penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;

i. Amalan nilai-nilai murni.

Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktik nilai-nilai murni

adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu

mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau

moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah

kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan

terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku

sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan

nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal

Page 23: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

23

(konsisten) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan

perlakuannya.8

Al-Ghazali di dalam bukunya Ihya‟ Ulumuddin telah

menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam

kehidupan. Antaranya amalam nialai-nilai ini akan menjadikan

seseorang itu sntiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama

yang kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu

yang mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan

keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan

seseorang atas dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang

ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialah dengan amalan nilai-nilai

murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan

keagamaan dan hubungan interpersonal.

8 Walaupun amalan nilai-nilai murni dianggap sebagai ukuran sejagat etika

interpersonal, Rokeach di dalam penulisannya masih lagi mempertikaian

tentang bentuk dan sumber nilai-nilai murni tersebut. Ini kerana sesetengah

nilai-nilai murni yang diamalkan dianggap mempunyai maksud lain yang

tersirat atau dengan lain perkataan mempunyai niat yang tidak baik,

umpamanya amalan tersebut kadang-kadang dianggap sebagai 'mengampu'

terutama sekali di dalam etika kerja dan perkhidmatan. Lihat penghuraian yang

lebih jelas di dalam Rokeach, M. 1973. The Nature of Human Values. New

York: The Free Press.

Page 24: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

24

ii. Etika keperibadian mulia.

Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan

perwatakan mulia. Perkara ini mula-mula dibincangkan oleh

Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues'.

Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan

'Fadhilah' atau 'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini

adalah merangkumi perlakuan keadilan, kemurahan hati,

keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang

memainkan peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia

sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada

dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini

sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain

daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika

dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang

berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai

keperibadian mulia atau tidak beretika.

Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan

yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba

boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna disamping mempunyai

etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang

Page 25: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

25

berlawanannya dengannya. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak

beretika juga adalah salah satu darri sifat semulajadi manusia.

iii. Kemoralan sosial.

Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam

masyarakatnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk

percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui perbuatannya.

Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada peraturan

tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak

dengan jawapan 'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih baik dan

tepat ialah 'Engggih' (ya) dan jika permintaan itu terpaksa ditolak,

alasannya dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan

bergini dianggap sebagai sesuartu yang biasa pada masyarakat

timur dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati masyarakat

sekeliling. Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralan

sosial.

Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa

perkara. Antaranya ialah sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama,

sensitiviti individu dan keupayaan mengenalpasti sesuatu

permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini

Page 26: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

26

juga mestilah mengambil kira permintaan tersebut samada ianya

bersifat mendatangkan faedah bersama atau sebaliknya. Praktik

perlakuan ini sebenarnya telah memenuhi amalan etika

interpersonal.

iv. Insan bermoral.

Insan bermoal lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau

sahsiah mulia sekalipun tidak melibatkan individu atau

masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang

kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak

bermoral. Selepas itu individu tesebut seharusnya menjadikan

insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya.

Contohnya, individu yang sentiasa mempraktikkan membasuh

pinggan sendiri selepas makan tanpa adanya suruhan. Maka,

apabila makan dikhalayak ramai perlakuannya secara individu ini

dijadikan prinsip dan tetap akan membasuh pinggan sendiri tanpa

mengharapkan orang lain untuk membasuhnya.

Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan

insan bermoral ini. Oleh itu, seringkali dilihat mereka yang tidak

mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu matlamat

Page 27: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

27

atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan

prinsip atau amalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.

5. Kepentingan nilai dan amalan etika interpersonal.

Terdapat beberapa kepentingan nilai dan amalan etika

interpersonal ini dipraktikkan, antaranya;

i. Kepatuhan kepada ajaran agama-ini kerana sebahagian

daripada etika dan tanggungjawab interpersonal terdapat di

dalam ajaran agama. Bagi sesiapa yang mematuhinya

dianggap sebagai manusia yang menghormati ajaran

agamanya.

ii. Mengukur tahap kemuliaan manusia samada kemuliaan

disisi tuhan atau kemuliaan sesama manusia-ini berkait rapat

dengan tahap amalan ilai-nilai murni seseorang. Jika amalan

nilai murni seseorang itu sempurna maka ia akan dianggap

sebagai manusia yang mulia dan bergitulah sebaliknya.

iii. Menjaga keharmonian mayarakat-amalan nilai dan etika

interpersonal dikalangan mayarakat akan dapat mengelakkan

perkara-perkara yang membawa keruntuhan institudi

Page 28: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

28

masyarakat seperti dendam, dengki, menindas dan

seumpamanya.

iv. Menjadi penguatkuasa kepada diri-iaitu asas untuk

menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu yang

tidak bermoral dan tidak beretika seperti melakukan jenayah

dan sesuatu yang dianggap tidak baik oleh masyarakat.

v. Memahami sensitiviti individu, masyarakat dan agama-

menjaga hubungan interpetsonal adalah asas kepada

mempelajari sempadan dan sensitiviti-sensitiviti yang wujud.

vi. Mewujudkan semanngat kecintaan terhadap sesuatu- ianya

bergantung kepada dasar dan untuk apa seseorang itu

mengamalkan nilai dan etika interpersonalnya.

6. Nilai dan amalan etika interpersonal di Malaysia.

Memandangkan peri pentingnya nilai dan amalan etika

interpertsonal untuk manusia, wajarlah diberi gambaran ringkas

tentang nilai dan amalan etika interpersonal ini dikalangan

masyarakat majmuk di Malaysia yang didokong oleh tiga bangsa

utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Ukuran kepada amalan nilai

dan etika interpersonal ini adalah kewajaran hidup dalam satu

sosial majmuk yang mengamalkan berbagai nilai agama, adat

Page 29: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

29

resam dan budaya. Tujuannya supaya wujud satu kesepakatan

untuk sama-sama hidup harmoni di dalam sebuah negara.

Menurut Ho (1977), orang-orang Asia (termasuklah

masyarakat di Malaysia) adalah satu kelompok masyarakat yang

lebih menekannkan pencapaian ketenteraman fikiran serta lebih

cenderung kepada hal kerohanian dan agama berbanding

masyarakat Barat. Mereka tidak menekankan dan terlalu mengejar

kehidupan meterialistik atau kekayaan. Orang-orang Asia

menerima hakikat bahawa negara mereka sedang membngun dan

banyak kekurangan keperluan asasi. Oleh itu, penilaiann orang

Asia sesama mereka dan orang yang luar dari Asia adalah

berdasarkan kepada nilai moral dan bukan kekayaan. Mereka juga

dianggap sebagai orang yang pasif dan tidak ganas dalam

hubungan sosial. Kumpulan etnik ini lebih senang menyelesaikan

sesuatu permasalahan mereka dengan menggunakan ikatan agama

dan persepakatan.

Walaupun bergitu, Ho cuba mengetengahkan ciri-ciri

perbezaan manyarakat Asia yang disebabkan oleh berlainan

negara, masyarakat, juga kerana faktor geografi, faktor politik,

faktor bangsa dan banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi

Page 30: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

30

sempadan antara masyarakat Asia. Ini bermakna nilai orang

Malaysia berbeza daripada masyarakat Asia lain, malah

dikalangan orang Malaysia juga mempunyai nilai-nilai yang

berbeza kerana wujudnya amalan praktik adat resam dan budaya

yang berbeza. Nnamun, diakui bahawa sesetengah nilai dikongsi

bersama oleh kaum-kaum di Malaysia. Misalnya, seperti yang

diketengahkan oleh Muzaffar (1980) orang Melayu, Cina dan

India mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi sebagai

asas kepada komuniti. Mereka menghormati ibu bapa, orang yang

lebih tua dan orang yang bijaksana.

Menurut Tham (1977) , budi pekerti, budi bahasa,

pendidikan agama, pendidikan nilai dan simpati adalah

keperihatinan utama di dalam kehidupan orang Melayu. Suatu

keistimewan bangsa ini ialah menganggap budi sebagaai sesuatu

yang berharga dan bernilai melebihi nilai-nilai materialistik. Budi

adalah salah satu bentuk amalan nilai-nilai interpersonal yang

terserah dikalangan masyarakat Melayu. Keunggulan budi

dibentuk daripada nilai-nilai seperti baik hati, simpati, bertolak

ansur, cenderung kepada sesuatu yang baik, kesyukuran dan

kepekaan sosial. Lazimnya, budi dikaitkan dengan sikap

mengambil berat terhadap orang lain dan orang yang berbudi akan

Page 31: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

31

diberi balasan yang serupa. Darjat seseorang itu diukur dari segi

budinya. Budi diberi premium yang tinggi dalam skala nilai yang

menentukan tingkahlaku. Seseorang akan dianggap biadap, tidak

sopan, hina atau kurang ajar jika tidak ada budi.

Di dalam membezakaan kemoralaan sosial masyarakat di

Malaysia, Tham (1977) cuba pula menyelidiki amalan nilai-nilai

di dalam masyarakat Cina. Menurut beliau masyarakat Cina di

Malaysia mengutamakaan nilai-nilai kekeluargaan yang harmonis

dan stabil bergantung kepada pengurusan hubungan manusia serta

sumber ekonomi yang kukuh. Terdapat dua sagmen amalan nilai

dikalangan masyarakaat Cina di Malaysia jika amalan nilainya

adalah seperti yang dinyatakan. Pertama; amalan nilai-nilai

kekeluargaan yang akan membawa kepada kehidupan yang

harmonis. Ini termasuklah amalan menghormati ibu bapa, orang

yang lebih tua malah nenek moyang sekalipun. Kedua; mengurus

hubungan manusia berdasarkan kepada ekonomi yang kukuh. Ini

termasuklah amalan nilai-nilai seperti rajin, berusaha, tidak

bergantung kepada orang lain dan sempamanya.

Selanjutnya di dalam menggambarkan etnik India pula,

Tham (1977) mengambarkan bahawa etnik ini adalah golongan

Page 32: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

32

tipikal yang kuat pegangan agamanya samada yang berbentuk

ritual khas ataupun yang berbentuk kebudayaan. Oleh yang

demikian, kitaran hidup masyaraakat India ini adalah di dalam

lingkungan agamanya. Ini bermakna nilai-nilai agama adalah

panduan khas bagi masyarakat ini dalam menghadapi

kehidupannya.

7. Kesimpulan.

Terdapat beberapa perkara penting yang boleh disimpulkan

berkaitan dengan nilai dan amalan etika interpersonal. Antaranya;

i. Setiap individu itu mempunyai keperibadian yang

seimbang antara yang baik dan yang buruk. Oleh itu,

potensi untuk menonjolkan sesuatu yang baik itu

bergantung kepada individu tersebut. Caranya ialah dengan

amalan nilai-nilai murni dalam bentuk interpersonal. Jika

amalan nilai-nilai murni ini diketengahkan di dalam

kelompok masyarakat maka individu tersebut ankan

dianggap sebagai individu beretika.

ii. Pegangan, didikan dan asuhan agama serta budaya adalah

sumber yang kukuh untuk dijadikan sebagai dasar kepada

Page 33: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

33

amalan nilai-nilai interpersonal. Ini kerana nilai-nilai yang

terkandung di dalam agama dan budaya telah sekian lama

menjadi ukuran dan piawaian kepada perlakuan manusia.

Ini bermaksud, jika seseorang itu berpegang teguh dengan

amalan agama dan budayanya bermaksud individu tersebut

mempraktikkan nilai-nilai interpersonal.

iii. Nilai-nilai etika interpersonal di Malaysia lebih bersifat

kepada bentuk etnik, iaitu setiap etnik mempunyai dan

mempraktikkan nilai-nilai tersebut di dalam etnik mereka

sendiri samada yang diperolehi daripada agama atau

budaya. Di khuatiri suatu hari nanti akan wujudnya

sentimen yang berdasarkan kepada bangsa. Oleh itu,

amalan nilai-nilai persamaan dalam etika interpersonal ini

perlu lebih banyak diketengahkan dan dijadikan asas

kepada pembentukan masyarakat majuk seterusnya.

Page 34: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

34

AL-MASU’LIYYAH DALAM PEKERJAAN

Anggota organisasi merupakan pemegang amanah. Keutuhan

organisasi bergantung kepada akhlak, moral dan tatasusila. Justeru

itu, setiap pegawai dan kakitangan organisasi dari peringkat

tertinggi hingga peringkat terendah perlu mengamalkan nilai dan

etika kerja yang terpuji. Kecemerlangan hasil organisasi itu

merupakan cetusan dari usaha dan penglibatan setiap individu

yang bekerja di dalamnya. Pengenalan dasar dan program nilai

serta sikap yang baik akan membawa kemajuan kepada organisasi.

Pemupukan al-Masu’liyyah adalah perlu bagi menjana

tenaga kerja yang cemerlang dan efisyen. Tanpa al-Masu’liyyah,

pengurusan organisasi akan menjadi lemah, mudah berlaku

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penipuan. Ini

akan membawa kepada implikasi yang negatif. Al-Masu’liyyah

Page 35: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

35

organisasi menuntut sesebuah organisasi itu beroperasi

berdasarkan matlamat syariah untuk memelihara tahap kepentinan

dalam Islam memberi keadilan kepada semua pihak. Sesebuah

organisasi perniagaan umpamanya harus memastikan produk atau

perkhidmatan yang dapat memberi keadilan antara syarikat dan

pengguna. Begitulah selainnya.

Secara umumnya, al-Masu’liyyah adalah satu etika kerja

Islam yang melihat setiap orang bertanggungjawab terhadap setiap

perbuatan yang dilakukan dan pertanggungjawabannya yang

utama ialah kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t sebagaimana

yang disebut dalam Al Quran dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8

yang maksudnya: “Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun

seberat zarah, akan dilihatnya balasan kebaikan itu. Barangsiapa

mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya

balasan kejahatan itu.”

Al-Masu’liyyah boleh didefinisikan sebagi tanggungjawab

terhadap tugas yang diamanahkan dan memastikan tercapainya

objektif serta matlamat tugas tersebut, melaksanakan tugas

mengikut peraturan, undang-undang, prosedur dan arahan yang

diberikan. Bagi mencapai matlamat itu, setiap kakitangan

Page 36: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

36

organisasi mestilah berhati-hati, cermat, teliti dan cekap. Juga

tidak membazirkan sumber yang ada. Al-Masu’liyyah dalam

pengertian konvensional diberikan pemahaman yang berbeza-beza

bergantung dari sudut mana ianya dilihat. Al-Masu’liyyah dalam

pengurusan dijelaskan sebagai satu aspek kepimpinan iaitu sifat

tanggungjawab golongan pemimpin untuk mencapai matlamat dan

objektif sesuatu dasar yang dicipta. Manakala dari sudut tindakan

atau gelagat di peringkat bawahan sebagai sifat tanggungjawab

individu pekerja melaksanakan kerja yang diarahkan dengan

disiplin yang ditetapkan oleh golongan pemimpin.

Dapatlah dikatakan bahawa al-Masu’liyyah bermakna

bahawa pihak pengurusan mempunyai hak untuk menuntut pihak

pekerja melaksanakan kerja mereka dan mengambil tindakan

pembetulan sekiranya pekerjanya gagal berbuat demikian. Pihak

pekerja seharusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan

berhubung dengan status dan kualiti kerja. Di Dalam sesebuah

organisasi wujud sekurang-kurangnya empat sektor

pertanggungjawaban, iaitu pertanggungjawaban dalam hal ehwal

birokrasi atau perjalanan organisasi, pertanggungjawaban

perundangan sebagai satu cara penguatkuasaan,

pertanggungjawban professional dalam memelihara etika kerja

Page 37: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

37

pekeja dan pertanggungjawaban politik sebagai atau cara

mengawal kuasa dan kepimpinan.

Di dalam Islam terdapat beberapa falsafah disebalik

perlaksanaan al-Masu’liyyah dalam pekerjaan. Antaranya

termasuklah:

i) Ketauhidan, iaitu merupakan falsafah yang mempengaruhi

tindakan dan tingkahlaku manusia. Secara umumnya tauhid

bermaksud mempercayai dan mengakui akan keesaan Allah.

Kesan tauhid dalam kehidupan manusia ialah ia memberikan misi

yang jelas dalam setiap pekerjaan. Ini bermakna falsafah

ketauhidan di dalam melakukan sesuatu pekerjaan dilaksanakan

melalui al-Masu’liyyah. Oleh yang demikian, sesibuk mana

sekalipun seseorang pekerja itu melakukan kerjanya, soal

ketauhidan dan pengabdian ini tidak harus dikebelakangkan. Hal

ini bersesuain dengan maksud firman Allah dalam Surah al-Nur,

ayat 37: “Beberapa orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh

perniagaan dan tidak juga oleh jual beli dari mengingati Allah

dan mendirikan solat kerana mereka takut kepada hari yang

ketika itu hati dan penglihatan bergoncang”

Page 38: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

38

ii) Akhlak, iaitu merupakan falsafah lanjutan daripada sifat

ketauhidan. Sifat ketauhidan yang sempurna akan melahirkan

perlakuan atau akhlak yang baik dalam melakukan sesuatu

pekerjaan. Akhlak dalam demensi pekerjaan ialah berbentuk sifat-

sifat peribadi dalaman pekerja yang disulami dengan kehendak

Islam seperti sifat amanah, jujur, rendah diri dan seumpamanya

yang melahirkan al-Masu’liyyah. Dalam hal ini Allah berfirman

dalam Surah al-Hadid, ayat 4 yang maksudnya: “Allah beserta

kamu walau dimana pun kamu berada dan melihat apa yang kamu

kerjakan”

iii) Peranan pekerjaan dalam Islam, iaitu lebih kepada satu

pengawalan dan penguatkuasaan dalam diri pekerja dalam

melaksanakan pekerjaannya. Bekerja sebagai Fardhu Ain kepada

setiap individu mesti diaksanakan kerana Allah dalam memenuhi

tuntutan peribadi seperti tanggungan hutang, tanggungan keluarga,

tanggungan keperluan hidup dan sebagainya. Dengan kesedaran

ini secara tidak langsung akan mewujudkan al-Masu’liyyah. Allah

berfirman dalam Surah al-Qashah, ayat 73 yang maksudnya:

“Diantara rahmatNya ialah mengadakan untuk kamu malam dan

siang supaya bersenang-senang pada malam hari dan mencari

Page 39: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

39

kurniaNya (bekerja di siang hari), mudah-mudahan kamu

bersyukur kepadaNya

Al-Masu’liyyah amatlah perlu bagi menentukan satu-satu

tugas yang dilaksanakan itu adalah menepati dan mencapai

objektif yang telah ditetapkan dan memastikan tidak ada

pembaziran yang menjejaskan sesuatu perlaksanaan objektif.

Dalam semua aspek pengurusan perkhidmatan, matlamat al-

Masu’liyyah adalah untuk mencapai satu kaedah kawalan yang

berkesan bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang

berkaitan dengan satu –satu pengurusan dipatuhi. Selain dari itu,

al-Masu’liyyah juga menyediakan satu sistem yang berkesan bagi

melaksanakan dan mengesan tanggungjawab yang diamanahkan.

Peranan al-Masu’liyyah boleh dilihat dalam berbagai-bagai

aktiviti umpamanya al-Masu’liyyah memainkan peranan penting

dalam pengurusan kewangan. Sistem kawalan dijalankan terhadap

perbelanjaan melalui pelbagai peringkat oleh beberapa pihak

berkuasa yang telah ditentukan tanggungjawab masing-masing.

Tiap-tiap peringkat terdapat al-Masu’liyyah tertentu untuk

memastikan perlaksanaan kawalan dan pengurusan kewangan

yang berkesan. Dengan itu, tanpa penetapan al-Masu’liyyah,

Page 40: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

40

pengurusan kewangan akan menjadi lemah dan mudah berlaku

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan

sebagainya.

Konsep al-Masu’liyyah boleh juga dipanjangkan kepada

perlaksanaan kawalan disiplin dan tatatertib di dalam pekerjaan.

Setiap lapisan pegawai dan kakitangan yang telah ditetapkan

tangungjawab tertentu perlu memainkan peranan masing-masing

bagi menjamin kejayaan projek atau program yang dilaksanakan.

Sebaliknya, jika terdapat mana-mana pihak yang tidak

melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang

sepatutnya, ini mungkin akan menjejaskan perlaksanaan dan

penyiapan projek atau pencapaian objektif program yang

dilaksanakan.

Terdapat dua langkah perlaksanaan al-Masu’liyyah samada

dalam bentuk peribadi atau dalam bentuk yang lebih besar seperti

di dalam organisasi dan sebagainya, iaitu:

i) Persediaan dalam bentuk kerohanian yang merangkumi

fizikal dan mental. Persediaan ini memerlukan kepada beberapa

tindakan susulan, antaranya ialah:

Page 41: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

41

a) Menanaman sifat-sifat ketauhidan yang tulen atau

dengan erti kata lain ialah akidah yang jelas

terutama dalam konsep perlaksanaan pekerjaan

dalam Islam.

b) Mempunyai niat yang jelas dan baik dalam

melaksanakan sesuatu kerja kerana semua tidakan

dan pekerjaan itu brmula dengan niat.

c) Memahami dengan baik konsep bekerja dari

perspektif Islam.

d) Mengambil kira penguatkuasaan dalam bentuk

kerohanian seperti halal dan haram juga dosa dan

pahala.

e) Mengambil tindakan-tindakan yang perlu kepada

penerusan akidah dalam pekerjaa terutama dalam

bentuk fizikal seperti penyediaan tempat

sembahyang dan kemudahan menunaikannya.

ii) Persediaan dalam bentuk pengorganisasian sesuatu

pekerjaan sebagai melaksanakan persediaan kerohanian di atas.

Perkara ini juga memerlukan beberapa tindakan susulan,

antaranya:

Page 42: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

42

a) Menyatakan dengan jelas dalam bentu dokumentasi

al-Masu’liyyah setiap pekerjaan yang ditawarkan

iaitu perlu membuat penentuan tanggungjawabkan

bagi tiap-tiap pekerja dan jenis tugas yang

dipertanggungjawab kepadanya.

b) Menentukan penguatkuasaan dalam bentuk penalti

atas apa juga nama samada undang-undang,

prosedur, peraturan dan arahan-arahan yang

spesifik.

c) Menamakan satu badan bebas yang dapat memberi

nasihat dan cadangan mengenai perlaksanaan al-

Masu’liyyah dalam rutin kerja seharian. Hal ini

boleh dilakukan secara berkala.

d) Mengenalpasti ruang-ruang yang boleh

menyebabkan pekerja mengabaikan al-Masu’liyyah

terutama yang berkaitan dengan skop kerja mereka.

Di dalam perlaksanaan al-Masu’liyyah dalam Islam

terdapat beberapa bentuk yang diberi penekanan, iaitu:

i) Al-Masu’liyyah peribadi.

Page 43: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

43

Setiap orang bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah

diperintahkan kepadanya oleh Allah sebagaimana yang disebut

dalam Al-Quran dan Hadith. Seseorang individu itu mempunyai

fungsi yang berbeza dan dia mempunyai al-Masu’liyyah terhadap

Allah. Syariat Islam telah menentukan sistem akhlak, sistem

ekonomi, sistem sosial, politik dan lain-lain lagi yang harus

dipatuhi. Al-Masu’liyyah peribadi dan hubungannya dengan Allah

sering berkait rapat dalam melahirkan tenaga kerja yang luhur dan

lebih efektif. Antara kejayaan Islam ialah metodnya yang berkesan

dalam melahirkan pengurus-pengurus dan pekerja-pekerja yang

mempunyai keperibadian yang luhur. Seorang individu dalam

masyaraklat Islam dibentuk untuk senantiasa mengingati Allah.

Al-Masu’liyyah peribadi melibatkan dua dimensi iaitu setiap

orang bukan hanya bertanggungjawab terhadap segala

tindakannya di dunia sahaja tetapi merangkumi akhirat. Oleh itu,

seseorang individu itu perlu memikirkan implikasi samada yang

diterima di dunia mahupun akhirat.

Page 44: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

44

ii) Al-Masu’liyyah kepimpinan.

Al-Masu’liyyah kepimpinan sebenarnya secara umum merujuk

kepada semua orang kerana walau apapun kerjayanya dia

sebenarnya merupakan seorang pemimpin. Seseorang yang

diamanahkan memegang sesuatu jawatan bertanggungjawab untuk

memastikan pencapaian organisasi sebagaimana yang telah

ditetapkan oleh orang yang memilihnya. Seseorang individu itu

perlu menjadi contoh dan teladan kepada orang diperingkat

bawahan agar segala keputusan dan tindakan mudah diterima oleh

mereka. Individu itu juga tidak boleh bertindak secara diktator

tetapi hendaklah membuat keputusan selepas dilakukan

musyawarah. Sebagai individu dia akan dipersoalkan oleh Allah

terhadap kegagalannya dalam melaksanakan amanah dengan baik.

iii) Al-Masu’liyyah pekerja.

Seorang pekerja bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya

berdasarkan peranan yang telah diberi oleh majikan. Dia

seharusnya mentaati arahan pemimpinnya supaya organisasi boleh

mencapai metlamat yang telah ditetapkan. Al-Masu’liyyah pekerja

menuntut seorang pekerja itu:

Page 45: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

45

a) Membuat laporan tentang perkembangan tugasnya dan

mengenalpasti masalah yang timbul.

b) Bertanggungjawab secara langsung kepada ketuanya.

c) Mengetahui sistem dan prosedur yang cekap untuk

melaksanakan tugas dengan berkesan

d) Bekerja sebagai satu pasukan.

e) Melakukan dengan penuh amanah dan tidak terlibat

dengan perkara bercanggah dengan etika Islam.

iv) Al-Masu’liyyah organisasi.

Al-Masu’liyyah organisasi melihat kepada peranan organisasi

keseluruhannya yang bertanggungjawab untuk meningkatkan

kualiti moral, mental dan fizikal pekerjanya. Sekiranya organisasi

berbentuk perniagaan matlamatnya tidak hanya untuk mendapat

keuntungan yang maksimum tetapi ia harus memenuhi

tanggungjawab sosialnya. Al-Masu’liyyah organisasi menuntut

sesebuah organisasi itu beroperasi berdasarkan matlamat syariah

dan menjauhi mana-mana yang bertentangan dengannya. Dengan

cara ini akan menyediakan satu tempat bekerja yang benar-benar

menepati apa yang dikehendaki Islam.

Page 46: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

46

Al-Masu’liyyah mempunyai faedah yang besar. Ia menjamin

pelaksanaan tanggungjawab dan tugas lebih berkesan. Ia juga

merupakan satu mekanisma yang dapat menentukan kejayaan atau

kegagalan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Melalui konsep al-

Masu’liyyah ini manusia akan berusaha agar mendapat

kebahagiaan dunia dan akhirat berbanding dengan manusia dari

konsep Barat yang hanya mementingkan kehidupan duniawi

sahaja. Kekuatan hubungan dengan Allah akan membentuk

manusia yang berakhlak mulia kerana dia mengetahui bahawa

penciptanya sentiasa memerhatikan setiap perlakuan dan akan

diberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang dilakukan.

Page 47: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

47

AL-WALA’ DALAM KONTEKS PEKERJAAN

Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan etika kerja

adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan

seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan

pekerjaan rutin. Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya

dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau

bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat

peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu

bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi

dia mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja

tersebut masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik

walaupun dengan pemantauan yang minima.

Bekerja di dalam Islam adalah keperluan setiap individu.

Ini kerana setiap seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk

Page 48: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

48

memenuhi tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga,

memenuhi tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan

pakaian dan sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja ini

bermakna akan menimbulkan kesan yang buruk bukan sahaja

kepada diri yang tidak dapat memenuhi keperluan harian tetapi

juga akan memberi kesan dan mudharat kepada tanggungannya.

Keperluan Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang

Muslim yang bekerja untuk membayar hutang piutang yang

ditanggungnya di dalam hidup di dunia.

Dari sudut pekerjaan amalan seseorang itu adalah

pekerjaan yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan

niat seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan

kerana Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran

yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka

seseorang itu juga akan mendapat keduniaanya. (Fazlur Rahman,

1988: 20-23) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah

ini Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 281 yang

maksudnya; “Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan

usahanya. Sesungguhnya hasil usaha pekerjaannya akan

diperlihatkan kepadanya”

Page 49: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

49

Hadis daripada Rasulullah s.a.w juga banyak yang

menerangkan tentang kemuliaan bekerja ini. Antaranya: Sabda

Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Dari sekian banyak dosa,

dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah

ataupun Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari

rezeki” (Muslim). Sabda baginda lagi yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghayati waktu petangnya dengan

bergantung kepada hasil usaha tangannya sendiri nescaya petang

itu ia berada di dalam keampunan Allah” (Muslim)

Bergitulah keperluan pekerjaan dalam hidup Muslim. Di

dalam alam pekerjaan sendiri disamping bekerja memenuhi

tuntutan agama, Islam mempunyai etika dan dasarnya yang

tersendiri yang dianggap unik. Etika dan dasar ini adalah

merupakan praktis keagamaan dalam pekerjaan yang dilakukan

seharian. Salah satu etika dan dasar yang unik ini ialah dasar al-

Wala’ dalam pekerjaan. Al-Wala’ dalam pekerjaan ialah dasar

ketaatsetiaan seseorang yang bergelar pekerja kepada ketuanya

atau majikannya selagi ketua dan majikan ini tidak melanggar

syariah Islam. Keperluan dasar al-Wala’ dalam pekerjaan berlaku

tanpa disedari atau dengan erti kata lain ketua atau majikan

kadang-kadang tidak dapat memantau pekerjanya samada wujud

Page 50: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

50

dasar al-Wala’ ini dalam diri pekerja. Fenomena ini adalah sifat

dalaman pekerja. Seumpama keperluan wujudnya al-Wala’ ini

dalam jiwa Muslim kepada tuhannya bergitulah juga perlunya

wujud al-Wala’ ini dalam alam pekerjaannya kerana pekerjaannya

ini juga akan dinilai oleh tuhannya.

Secara dasarnya al-Wala’ dalam pekerjaan seseorang

Muslim ingin menerapkan unsur-unsur berikut:

i. Ketaatsetiaan kepada pemimpin.

Pemimpin yang dimaksudkan disini ialah ketua dan majikan.

Walau bagaimanapun terdapat batasan kepada al-Wala’ kepada

pemimpin ini. Batasan ini mengambil kira ketua dan pemimpin

yang tidak melanggar syariah Islam. Kewujudan al-Wala’ kepada

ketua dan majikan ini bukan sahaja mengambil kira sifat

menghormati batang tubuh ketua atau majikan semata-mata,

malah ia meliputi sesuatu yang lebih luas daripada itu termasuklah

dari sudut arahan, peraturan, dasar yang dicipta, penguatkuasaan

dan apa juga bentuk yang dikuatkuasakan oleh ketua dan majikan

ini. Dalam hal ini Allah berfirman dalam Surah al-Nisa‟, ayat 59

yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu

Page 51: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

51

kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang

yang berkuasa dari kalangan kamu”

ii. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan

bertanggungjawab adalah nilai-nilai murni Islam dan nilai-nilai

murni sejagat. Nilai-nilai ini sepatutnya ada pada diri seorang

yang digelar Muslim terutama di dalam pekerjaannya. Ini kerana

seperti yang diketahui bahawa bekerja itu adalah satu ibadah dan

perlaksanaan ibadah itu mestilah disertai dengan akhlak yang baik.

Islam tidak mengambil kira setakat sesuatu matlamat yang baik

tetapi dicapai dengan akhlak yang tidak baik. Seperkara lagi,

dengan wujudnya al-Wala’ kepada ketua dan majikan secara

langsung juga memberi dorongan kepada pekerja untuk berkerja

dengan nilai-nilai murni di atas kerana semua nilai-nilai murni ini

wujud di dalam semua dasar yang dikuatkuasakan oleh ketua atau

majikan. Perkara ini membenarkan lagi peringatan Allah dalah

Surah al-Anfal, ayat 27 yang maksudnya: “Janganlah kamu

mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu

mengetahuinya”

Page 52: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

52

iii. Tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

Sebagai seorang manusia dan anggota masyarakat, seorang

pekerja sudah pasti tidak dapat lari dari menolak sepenuhnya

kepentingan peribadi semasa membuat keputusan yang

membabitkan diri sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan

menjadi faktor penentu sejauh mana keberkesanan keputusan yang

akan dibuatnya bagi faedah orang ramai. Di dalam kontek ini,

seseorang pekerja haruslah meletakkan kemaslahatan umum lebih

daripada kepentingan peribadi. Konsep bekerja di dalam Islam

juga telah menunjukkan bahawa pengorbanan untuk kepentingan

umum adalah lebh utama seperti Islam menganggap bekerja itu

adalah satu perjuangan jihad untuk kepentingan umum. Sifat dan

sikap inilah yang sepatutnya menjadi etika kerja seseorang

Muslim. Allah telah memberi amaran berkaitan perkara ini

sebagaimana maksud firmaNya dalam Surah al-Kahfi sebahagian

ayat 18-20: “…dan janganlah kedua mata kamu berpaling dari

kerja yang mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan

janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah kami lalaikan

dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah

keadaannya itu melewati batas”

Page 53: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

53

iv. Menjaga nama baik organisasi.

Persoalan imej atau nama baik organisasi merupakan satu perkara

yang penting kerana ianya seringkali dikaitkan dengan keutuhan

dan kecekapan sesebuah organisasi tersebut. Oleh itu, menjadi

kewajipan pekerja agar menjaga dan memelihara nama baik

organisasi supaya sentiasa dipandang bersih bukan sahaja oleh

masyarakat tempatan malah masyarakat luar negara. Sehubungan

itu, setiap pekerja mestilah mengamalkan keperibadian mulia

dalam setiap tindak-tanduknya. Dari sudut Islam, keperibadian

mulia juga diertikan sebagai mengamalkan akhlak yang mulia,

iaitu berkelakuan dengan menjaga batasan-batasan syariah Islam

termasuk di dalamnya menjaga halal dan haram, menjaga hukum-

hakam agama, bergaul dengan pergaulan yang baik dan lain-lain

lagi yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam dan tidak bertentangan

dengan syariah Islam.

Kekitaan terhadap tempat bekerja itulah sebahagian dari

konsep al-Wala’. Perasaan sayang terhadap organisasi, ketua dan

majikan secara tidak langsung mendorong seseorang pekerja

memepertahankan kebaikan yang ada dalam organisasi.

Page 54: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

54

Mempertahankan organisasi juga adalah hasil dari wujudnya

konsep al-Wala’ dalam pekerjaan.

v. Menjaga tindakan daripada sesuatu yang boleh

meruntuhkan akhlak.

Akhlak adalah perlakuan seseorang. Jika seseorang bekerja,

akhlaknya adalah bagaimana ia melakukan kerja yang telah

diamanahkan itu. Akhlak dalam melakukan kerja ini adalah

sebahagian dari konsep al-Wala’. Akhlak sebahagian dari nilai-

nilai moral yang juga adalah nilai-nilai sejagat yang diertikan dari

sudut sesuatu tamadun. Semua tamadun di dunia ini mempunyai

nilai-nilai moral, iaitu nilai-nilai baik dari sudut kehidupan. Di

dalam al-Wala’ terdapat satu mesej yang menyuruh pekerja

mernjaga diri mereka daripada terlibat dengan sesuatu yang boleh

meruntuhkan akhlak dan moral diri. Jika di dalam perkhidmatan

moden sesebuah organisasi yang dikatakan keruntuhan akhlak dan

moral pekerja adalah seperti keterlibatan dengan penyalahgunaan

dadah, disabitkan kes di dalam mahkamah samada mahkamah

civil atau syariah, mempunyai tanggunggan hutang yang melebihi

emolumen diri, ketagihan alkhohol dan seumpamanya. Islam juga

melarang umatnya terlibat dengan sesuatu tindakan yang

Page 55: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

55

menyebabkan keruntuhan akhlak peribadi. Ini kerana imej yang

sedemikian akan merosakkan umat Islam seluruhnya. Oleh itu,

Islam mengajar umatnya supaya mengelakkan nilai-nilai negatif di

dalam etika kerja dan mengamalkan nilai-nilai positif di dalam

etika kerja. Maka tepatlah seperti yang difirmankan Allah dalam

Surah al-Taghabun, ayat 4 yang maksudnya: “Dia mengetahui

segala yang di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala apa

yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah

sentiasa mengetahui segala isi hati yang terkandung di dalam

dada”

vi. Mewujudkan pemuafakatan.

Di dalam hal ini, Islam telah mencadangkan supaya dihidupkan

suasana Syura atau perbincangan sebagai etika kerja di dalam

sesuatu perkhidmatan. Dengan wujudnya suasana permesyuaratan

ini masalah yang dihadapi akan diselesaikan mengikut peraturan

dan saluran yang betul. Pemuafakatan inilah hasil daripada

wujudnya konsep al-Wala’ dalam jiwa seseorang pekerja. Oleh

itu, praktislah Syura ini seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam

Surah al-Syura, ayat 38 yang maksudnya: “…dan urusan mereka

dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”

Page 56: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

56

vii. Tidak ingkar perintah.

Arahan atau perintah merupakan salah satu unsur terpenting dalam

pentadbiran sesebuah organisasi. Setelah sesuatu keputusan dibuat

atau dipersetujui, arahan yang jelas dan khusus adalah perlu untuk

memastikan keputusan atau dasar itu dilaksanakan bertepatan

dengan matlamat ianya diputuskan. Pekerja yang diberi

tanggungjawab melaksanakan keputusan atau dasar tersebut sudah

pasti tidak mampu melaksanakannya secara bersendirian tanpa

bantuan pegawai lain. Oleh itu, beliau tidak ada pilihan lain

kecuali mengarahkan pekerja bawahannya melaksanakan tugas

tersebut. Sekiranya pegawai tersebut enggan mematuhi perintah

yang dikeluarkan, maka perlaksanaan tugas tersebut sudah pasti

akan terjejas. Kepatuhan kepada arahan, peraturan, undang-

undang, dasar, prosedur atau apa juga nama adalah sebagai kayu

pengukur kemantapan konsep al-Wala’ dalam jiwa pekerja.

Al-Wala’ bukan sekadar satu peraturan kerja tetapi

sepatutnya menjadi rutin dan amalan etika kerja lebih-lebih lagi

kepada golongan Muslim. Ini kerana walaupun dari satu sudut ia

dilihat sebagai satu peraturan yang menghampiri kepada arahan

Page 57: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

57

tatatertib kelakuan dengan penalti tetapi perlaksanaannya

bertepatan dengan etika kerja Islam. Etika kerja Islam

sememangnya menggalakkan taat setia, nilai bertanggungjawab,

jujur, cermat berdedikasi, patuh perintah, menjaga kepentingan

umum, tidak mengutamakan kepentinan peribadi dan lain-lain

etika kerja yang terkandung di dalam konsep al-Wala’.

Perlaksanaan etika kerja Islam seperti yang terkandung di

dalam al-Wala’ sepatutnya tidak memerlukan penguatkuasaan

kerana ia sepatutnya menjadi darah daging di dalam bekerja. Etika

kerja yang terdapat di dalam al-Wala’ ini juga dilihat bersesuaian

dengan nilai-nilai kemoralan sejagat. Oleh itu, tidak ada ruang dan

alasan kepada golongan pekerja untuk mempraktiskannya.

Page 58: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

58

KEPENTINGAN AKUJANJI DALAM PEKERJAAN

1. Latarbelakang Akujanji

Akujanji adalah satu dasar awam yang berkaitan dengan etika

kerja atau cara kerja yang mesti diguna pakai oleh penjawat

awam. Akujanji dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 17, tahun 2001 dan di dalam pekeliling tersebut Akujanji

disebut sebagai Surat Akujanji. Pekeliling ini mula diguna pakai di

sektor awam bermula dari 1 Januari 2002. Ini bermakna semua

pekerja awam mesti menandatangani surat Akujanji ini sebagai

memenuhi syarat perlaksanaannya. (Pekeliling Perkhidmatan,

Bilangan 17, tahun 2001)

i. Perlaksanaannya.

Page 59: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

59

Surat Akujanji telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) melalui pekeliling kepada semua Ketua Jabatan.

Ketua Jabatan dimaksudkan sebagai pegawai yang mengetuai

sesebuah organisasi samada diperingkat ibu pejabat, bahagian,

cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam atau

mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua

Jabatan diperingkat ibu pejabat untuk menandatangani ruangan

Tandatangan Ketua Jabatan dalam Surat Akujanji.

Pegawai atau pegawai awam bermaksud seseorang yang

dilantik secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesebuah pihak

berkuasa melantik untuk berkhidmat dengan sesebuah agensi

awam. Pihak berkuasa melantik bermaksud pihak yang diberi

kuasa mengikut undang-undang untuk melantik seseorang

berkhidmat dengan agensi awam di bawah bidang kuasa pihak

berkuasa melantik berkenaan. Agensi awam pula bermaksud

Kementerian atau Jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri),

pihak berkuasa berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan pihak

berkuasa tempatan.

Cara perlaksanaannya ialah seseorang penjawat awam

samada secara perseorangan atau berkumpulan yang

Page 60: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

60

menggunakan Surat Akujanji perseorangan menandatangani Surat

Akujanji dengan disaksikan Ketua Jabatan atau wakilnya yang

telah diturunkan kuasa untuk menyaksikannya. Kecenderungan

sesebuah organisasi ialah menandatanganinya secara berkumpulan

kerana ia menjimatkan masa untuk menerangkan berkaitan Surat

Akujanji ini.

ii. Dasar.

Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini semua pegawai awam

dikehendaki menandatangani dua salinan Surat Akujanji ini. Satu

salinan Surat Akujanji ini disimpan samada oleh pihak berkuasa

melantik, ketua perkhidmatan atau Ketua Jabatan di dalam fail

peribadi pegawai untuk tujuan rekod. Satu salinan lagi hendaklah

disimpan oleh pegawai awam yang menandatanganinya. Bagi

pegawai awam yang bukan warganegara mereka boleh

menandatanganinya di dalam versi bahasa Inggeris yang telah

disediakan.

Bagi menguatkuasakan Surat Akujanji, pemakaian Surat

Akujanji ini kepada pegawai yang sedang berkhidmat, satu

peruntukan khusus akan dimasukkan dalam Peraturan-Peraturan

Page 61: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

61

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, manakala bagi

pegawai yang dilantik selepas tarikh kuatkuasa, Perintah-Perintah

Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, akan

dipinda dan memasukkan Perintah Am 23(a) dan Perintah Am

24(a), yang berbunyi;

Perintah Am 23(a);

“Semua calon yang dilantik ke perkhidmatan

Kerajaan dikehendaki menandatangani Surat

Akujanji bahawa mereka akan mematuhi

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan

dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am,

Pekeliling, Surat Pekeliling, Peraturan dan arahan

lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke

semasa sepanjang perkhidmatan mereka dengan

Kerajaan” (Perintah Awam Bab A (Perlantikan

dan Kenaikan Pangkat), 1973)

Perintah Am 24(a); mengantikan perkataan “dan Surat Sumpah”

dengan perkataan “Surat Sumpah dan Surat Akujanji”. (Perintah

Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat), 1973)

Page 62: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

62

iii. Tanggungjawab organisasi.

Semua pihak berkuasa melantik dikehendaki memasukkan

penandatanganan Surat Akujanji ini sebagai salah satu syarat

perlantikan. Dengan kemasukan syarat yang baru ini, surat

tawaran perlantikan yang digunapakai sebelum ini hendaklah

diubahsuai sewajarnya. Ketua Jabatan boleh mencetak sendiri

Surat Akujanji juga boleh dicetak dan dibahagikan kepada setiap

pegawai semasa mereka menandatangani Surat Akujanji.

Mana-mana organisasi atau Ketua Jabatan tidak

dibenarkan mengubah atau meminda kandungan Surat Akujanji

ini. Walau bagaimanapun pihak berkuasa berkanun atau pihak

berkuasa tempatan boleh mengubah istilah-istilah atau

rangkaikata-rangkaikata tertentu seperti Perintah Am, pegawai

awam dan lain-lain lagi supaya penggunaannya selaras dengan

peraturan yang terpakai dan berkuatkuasa di agensi berkenaan.

Semua pegawai awam dikehendaki menandatangi Surat

Akujanji ini dihadapan Ketua Jabatan masing-masing. Bagi

pegawai yang sedang berkhidmat semasa Surat Akujanji ini

Page 63: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

63

dikuatkuasakan, mereka dikehendaki menandatanginya dalam

tempoh 3 bulan dari tarikh kuatkuasa. Manakala bagi pegawai

yang dilantik pada atau selepas tarikh kuatkuasa, mereka

hendaklah menandatanganinya pada tarikh melaporkan diri

bertugas atau dalam tempoh sebulan dari tarikh melapor diri.

Penandatanganan Surat Akujanji adalah diwajibkan kepada semua

pegawai yang dilantik berkhidmat dengan agensi awam, samada

perlantikan kali pertama atau kali kedua dan seterusnya.

Pegawai yang dilantik secara pinjaman juga dikehendaki

untuk menandatanganinya. Walau bagaimanapun pegawai

perkhidmatan awam Persekutuan/Negeri yang dipinjamkan

keperkhidmatan awam Persekutuan/Negeri yang lain serta

pegawai yang dilantik secara pertukaran sementara atau tetap

adalah dikecualikan. Pegawai kontrak yang dilantik semula juga

dikehendaki menandatanganinya semula jika kontaraknya telah

habis atau terputus selama 6 bulan.

Pegawai yang menandatangani Surat Akujanji pada tarikh

melaporkan diri bertugas dikehendaki mengembalikannya

bersama-sama dengan dokumen perlantikan yang lain kepada

pihak berkuasa melantik. Bagi pegawai yang berkhidmat di dalam

Page 64: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

64

Perkhidmatan Gunasama dan Perkhidmatan Kader yang sedang

berkhidmat sebelum dan pada tarikh kuatkuasa, Surat Akujanji itu

hendaklah diedarkan oleh Ketua Jabatan kepada ketua

perkhidmatan mereka. Surat Akujanji bagi pegawai yang

berkhidmat di dalam Perkhidmatan Tertutup disimpan oleh Ketua

Jabatan masing-masing. Tertakluk kepada kesesuaiannya, upacara

menandatangani Surat Akujanji boleh dibuat secara beramai-ramai

dan hendaklah dicatitkan dalam rekod perkhidmatan seseorang

pegawai awam itu.

Cara melengkapkannya ialah dengan mengisi Surat

Akujanji yang telah disiapkan oleh organisasi, butir-butir pegawai

awam yang mengisinya seperti nama yang mengikut kad

pengenalan baru, nombor kad pengenalan baru, alamat tetap

terbaru beserta dengan jawatan hakiki yang disandang. Setiap

Surat Akujanji yang telah lengkap hendaklah mendapatkan cap

rasmi Ketua Jabatan atau cap rasmi jabatan tempat berkhidmat.

Setiap organisasi terutamanya melalui Ketua Jabatan

hendaklah bertanggungjawab memastikan peanandatanganan

Surat Akujanji ini dibuat dengan betul, adil dan saksama dan

memastikan penandatanganan tersebut tidak disalahgunakan.

Page 65: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

65

Mereka hendaklah menjelaskan kandungan Surat Akujanji dan

tujuan penguatkuasaannya kepada semua pegawai dibawah

tanggungjawab masing-masing.

2. Kandungan Surat Akujanji.

Kandungan Surat Akujanji ini dilampirkan dengan keterangan

mengenai penandatanganan Surat Akujanji tersebut, iaitu di dalam

Lampiran A bagi versi bahasa Malaysia dan Lampiran B bagi versi

bahasa Inggeris. Antara lain kandungannya ialah mengenai

pematuhan pegawai awam dengan peraturan dan pekeliling

perkhidmatan awam yang telah terlaksana sebelum ini iaitu

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993, Perintah-Perintah Am, Pekeliling dan Surat Pekeliling dan

peraturan serta arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan

oleh Kerajaan.

Kandungan yang dititikberatkan di dalam Lampiran A dan

Lampiran B di dalam Surat Akujanji ialah mengenai Peraturan 4,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993, iaitu yang menyentuh perkara-perkara berikut; (Pekeliling

Page 66: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

66

Perkhidmatan, Bilangan 17, tahun 2001 - Lampiran A dan

Lampiran B)

i. Taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan

Kerajaan.

ii. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

iii. Tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan

peribadi.

iv. Tidak berkelakuan dengan cara yang menyebabkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam.

v. Tidak berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan

syak yang munasabah bahawa telah membiarkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas rasmi

sehingga menjejaskan prestasi tugas awam.

vi. Tidak menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam

bagi faedah diri sendiri.

vii. Tidak berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik

perkhidmatan awam.

viii. Tidak membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar

untuk menyokong tuntutan peribadi atau pegawai lain

berhubung dengan perkhidmatan awam.

Page 67: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

67

ix. Tidak ingkar perintah atau dengan cara yang boleh

ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Kandungan Surat Akujanji ini diakhiri dengan peringatan

berkaitan dengan pelanggaran Surat Akujanji. Sebarang

pelanggaran atau mana-mana tindakan yang boleh ditafsirkan

sebagai pelanggaran Surat Akujanji akan dikenakan penalti

tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

3. Etika kerja Islam di dalam Akujanji.

Terdapat banyak etika kerja Islam disebalik penguatkuasaan Surat

Akujanji dikalangan pegawai awam ini. Walaupun secara

dasarnya Surat Akujanji adalah satu peraturan yang mesti dipatuhi

tetapi dari sudut etika kerja Islam terutama yang terkandung di

dalam Surat Akujanji ini sepatutnya sudah dipraktiskan oleh

golongan Muslim terutamanya dan golongan non-Muslim

umumnya kerana ia adalah penerapan nilai-nilai murni di dalam

gerak kerja seharian.

Page 68: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

68

Secara dasarnya etika kerja Islam yang terdapat di dalam

Surat Akujanji ini adalah seperti berikut;

i. Ketaatsetiaan kepada pemimpin dan negara.

Pemimpin di Malaysia ialah Yang Di Pertuan Agong. Oleh yang

demikian, amat wajarlah setiap pegawai awam memberikan taat

setia kepada Yang Di Pertuan Agong yang juga merupakan simbol

kedaulatan negara. Akujanji ini juga bersesuaian engan asas dan

prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Dengan mematuhi Akujanji ini daharap akan lahir seorang

pegawai awam yang mengamalkan etika kerja selaras dengan

nilai-nilai Islam iaitu berdedikasi, komited, bertanggungjawab dan

mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memajukan

negara. Pada waktu yang sama kesetiaan dan kepatuhan juga

haruslah diberikan kepada kerajaan yang memerintah serta

dasarnya tanpa mengira parti yang berkuasa. Pegawai yang

menentang atau mengkritik dasar Kerajaan akan merosakkan

kebolehpercayaan dan keutuhan perkhidmatan awam

keseluruhannya.

Page 69: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

69

ii. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan

bertanggungjawab adalah nilai-nilai murni sejagat dan telah

dijadikan nilai-nilai teras di dalam perkhidmatan awam di

Malaysia. Nilai-nilai sejagat ini sangat berkesan untuk

meningkatkan produktiviti, kualiti dan kecemerlangan

perkhidmatan awam jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh

dan ikhlas. Akujanji yang ditandatangani daharapkan dapat

mendorong pegawai awam menjalankan tugas dengan cekap,

jujur, bertanggungjawab dan patuh kepada semua peraturan yang

dikeluarkan oleh Kerajaan. Pegawai yang gagal mematuhi

peraturan dan enggan mengamalkannya atau secara umumnya

bersifat kontra dengan nilai-nilai murni sejagat dengan sendirinya

menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa di

dalam pekerjaannya.

iii. Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada

kepentingan peribadi.

Page 70: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

70

Sebagai seorang manusia dan anggota masyarakat, seorang

pegawai awam sudah pasti tidak dapat lari dari menolak

sepenuhnya kepentingan peribadi semasa membuat keputusan

yang membabitkan diri sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung

akan menjadi faktor penentu sejauh mana keberkesanan keputusan

yang akan dibuatnya bagi faedah orang ramai. Di dalam kontek

ini, seseorang pegawai awam haruslah meletakkan kepentingan

awam lebih daripada kepentingan peribadi. Konsep bekerja di

dalam Islam juga telah menunjukkan bahawa pengorbanan untuk

kepentingan umum adalah lebh utama seperti Islam menganggap

bekerja itu adalah satu perjuangan jihad untuk kepentingan umum.

Sifat dan sikap inilah yang sepatutnya menjadi etika kerja

seseorang Muslim.

iv. Tidak mengutamakan keuntungan peribadi daripada

jawatan awam.

Perkara ini disebut dengan jelas seperti yang tercatat di dalam

kandungan Akujanji. Mengutamakan keuntungan peribadi hasil

daripada jawatan awam yang disandang adalah merupakan nilai-

nilai negatif di dalam sesuatu pengurusan. Pegawai awam

sepatutnya mengelakkan dirinya daripada menerima secara

Page 71: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

71

peribadi hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan

dan individu-individu tertentu yang bertujuan untuk mengaut

keuntungan. Juga mestilah mengelakkan dirinya daripada

memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan

daripada ahli keluarga tertentu sahaja. Di dalam keadaan ini, Islam

telah melarang umatnya menjalankan atau terlibat dengan sesuatu

yang mempunyai unsur-unsur rasuah. Sejarah perkembangan

pengurusan Islam telah membuktikan bahawa etika kerja negatif

ini akan menjadi duri dalam daging kepada seseorang yang

mempunyai kuasa.

v. Menjaga nama baik organisasi.

Persoalan imej atau nama baik perkhidmatan awam merupakan

satu perkara yang penting kerana ianya seringkali dikaitkan

dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Oleh itu,

menjadi kewajipan pegawai awam agar menjaga dan memelihara

nama baik perkhidmatan awam supaya sentiasa dipandang bersih

bukan sahaja oleh masyarakat tempatan malah masyarakat luar

negara. Sehubungan itu, setiap pegawai awam mestilah

mengamalkan keperibadian mulia dalam setiap tindak-tanduknya.

Dari sudut Islam, keperibadian mulia juga diertikan sebagai

Page 72: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

72

mengamalkan akhlak yang mulia, iaitu berkelakuan dengan

menjaga batasan-batasan syariah Islam termasuk di dalamnya

menjaga halal dan haram, menjaga hukum-hakam agama, bergaul

dengan pergaulan yang baik dan lain-lain lagi yang berkaitan

dengan nilai-nilai Islam dan tidak bertentangan dengan syariah

Islam.

vi. Menjaga tindakan daripada sesuatu yang boleh

meruntuhkan moral diri.

Nilai moral juga adalah nilai-nilai sejagat yang diertikan dari

sudut sesuatu tamadun. Semua tamadun di dunia ini mempunyai

nilai-nilai moral, iaitu nilai-nilai baik dari sudut kehidupan. Di

dalam Akujanji terdapat satu mesej yang menyuruh kakitangan

awam mernjaga diri mereka daripada terlibat dengan sesuatu yang

boleh meruntuhkan moral diri. Keterlibatan dengan

penyalahgunaan dadah, disabitkan kes di dalam mahkamah

samada mahkamah civil atau syariah, mempunyai tanggunggan

hutang yang melebihi emolumen diri dan ketagihan alkhohol yang

serius adalah contoh-contok tindakan yang meruntuhkan moral

diri. Islam juga melarang umatnya terlibat dengan sesuatu

tindakan yang menyebabkan keruntuhan akhlak peribadi. Ini

Page 73: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

73

kerana imej yang sedemikian akan merosakkan umat Islam

seluruhnya. Oleh itu, Islam mengajar umatnya supaya

mengelakkan nilai-nilai negatif di dalam etika kerja dan

mengamalkan nilai-nilai positif di dalam etika kerja.

vii. Tidak membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan

luar yang boleh menyokong tuntutan peribadi atau pegawai lain di

dalam bekerja.

Contoh yang paling jelas di dalam perkara ini ialah meminta jasa

orang kenamaan untuk mempengarihi kenaikan pangkat atau

meminta bantuan daripada mana-mana ahli politik untuk

menyokong sesuatu permohonan dan berbagai-bagai contoh lagi.

Semua masalah yang dihadapi oleh seseorang pegawai awam

seharusnya diurus mengikut saluran rasmi yang disediakan.

Bantuan atau pengaruh luar boleh memberi gambaran seolah-olah

kepimpinan dan perkhidmatan awam tidak mampu dan tidak

cekap menangani sesuatu masalah. Pengaruh luar ini hanya kana

memburukkan keadaa0n disebabkan akan berlakunya

pertentangan kuasa antara pegawai awam. Di dalam hal ini, Islam

telah mencadangkan supaya dihidupkan suasana Syura atau

perbincangan sebagai etika kerja di dalam sesuatu perkhidmatan.

Page 74: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

74

Dengan wujudnya suasana permesyuaratan ini masalah yang

dihadapi akan diselesaikan mengikut peraturan dan saluran yang

betul.

4. Kesimpulan.

Surat Akujanji yang ditandatangani oleh pegawai-pegawai awam

sebenarnya bukan sekadar satu peraturan kerja tetapi sepatutnya

menjadi rutin dan amalan etika kerja lebih-lebih lagi kepada

golongan Muslim. Ini kerana walaupuin dari satu sudut ia dilihat

sebagai satu peraturan yang menghampiri kepada arahan tatatertib

kelakuan dengan penalti yang dinyatakan tetapi disebalik

penguatkuasaan Akujanji ini terdapat etika kerja yang bertepatan

dengan etika kerja Islam. Etika kerja Islam sememangnya

menggalakkan taat setia, nilai bertanggungjawab, jujur, cermat

berdedikasi, patuh perintah, menjaga kepentingan umum, tidak

mengutamakan kepentinan peribadi dan lain-lain etika kerja yang

terkandung di dalam Akujanji.

Perlaksanaan etika kerja Islam seperti yang terkandung di

dalam Surat Akujanji sepatutnya tidak memerlukan

penguatkuasaan kerana ia sepatutnya menjadi darah daging di

Page 75: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

75

dalam bekerja. Etika kerja yang terdapat di dalam Akujanji ini

juga dilihat bersesuaian dengan nilai-nilai kemoralan sejagat.

Page 76: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

76

ETIKA PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL DI DALAM

MAJLIS DARI PERSPEKTIF ISLAM

1. Pengenalan.

Etika protokol dan etika sosial dalam sesuatu majlis sangat

penting untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana

ia melibatkan tatasusila dan sahsiah diri dalam menampilkannya

kepada khalayak ramai dan ianya juga melibatkan imej sesuatu

kelompok masyarakat atau tamadun atau sesebuah agama. Etika

berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud

cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Bahasa Latin

pula menggunakan perkatan Mores iaitu kata dasar bagi moral

untuk maksud dan konsep yang sama. Oleh itu, perkataan etika

digunakan untuk maksud cara, kebiasaan dan budi pekerti. Jika ia

Page 77: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

77

melibatkan protokol dan sosial ia membawa maksud cara,

kebiasaan dan budi pekerti di dalam protokol dan sosial.

Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa

yang digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam. Akhlak Islam

adalah perbicaraan yang melibatkan adap sopan diri, cara

berkelakuan dan hubungannya dengan agama. Oleh yang

demikian jika etika itu dikaitkan dengan akhlak Islam ini ia

membawa maksud tatsusila dan budi pekerti yang mempunyai

hubungan dengan agama. Jika maksud ini digunakan untuk

protokol dan sosial ianya bermaksud tatasusila dan budi pekerti

yang mempunyai hubungan dengan agama. Hubungan ini

terbentuk samada dengan apa yang disarankan oleh al-Quran atau

Sunnah Nabi (perkataan, kelakuan dan ikrar Nabi) atau apa yang

telah dipersetujui bersama oleh para cendikiawan (Ijmak).

Melalui huraian ini dapatlah disimpulkan bahawa

pengertian etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari

perspektif Islam adalah tatsusila dan budi pekerti dalam protokol

dan sosial yang mempunyai hubungan dengan agama. Ianya

adalah satu perbicaraan yang lebih seimbang kerana di dalam

usaha seseorang itu menjaga penampilan dirinya di dalam sesuatu

Page 78: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

78

majlis untuk memenuhi keperluan protokol dan sosial pada waktu

yang sama ia dapat memenuhi kehendak dan batasan agamanya

tanpa menyentuh perasaan peribadi masyarakat sekeliling yang

hadir sama.

Tujuan kertas kerja ini diutarakan bukan untuk mengukur

etika protokol atau sosial yang sedia ada yang telah digunakan

secara rasmi oleh mana-mana organisasi atau badan samada

menepati ciri-ciri Islam atau sebaliknya. Islam itu adalah agama

sejagat dan semua perkara yang berkaitan dengan etika protokol

atau sosial yang tidak bercanggah dengan batasan-batasan Syariah

Islam boleh diguna pakai. Pengutaraan kertas kerja ini adalah

bersifat altenatif kepada etika protokol atau sosial yang telah

diguna pakai.

2. Kepentingan protokol dan sosial majlis dalam Islam.

Islam sangat mementingkan adap sopan dan akhlak dalam

kehidupan penganut-penganutnya. Oleh itu, adab sopan dan

akhlak ini menjadi ukuran yang cukup berkesan dalam menilai

individu Muslim. Jika adab sopan dan akhlak ini dipraktiskan

dalam bentuk berkelompok ia akaan mengambarkan bertapa murni

Page 79: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

79

dan baiknya tatacara Islam dalam sesuatu perkara. Jika adab sopan

dan akhlak ini dibawa dalam sesuatu majlis maka akan

menunjukkan bertapa baiknya peraturan-peraturan atau protokol

Islam itu. Secara umumnya kepentingan peraturan-peraturan

tertentu atau protokol di dalam majlis dari sudut pandangan Islam

dapat dilihat melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang

bermaksud:

“tempatkanlah manusia (tetamu) pada tempat dan

kedudukan mereka yang selayaknya” (al-Tirmidzi)

Secara khususnya pula kepentingan protokol di dalam

sesuatu majlis itu adalah untuk menjaga perkara-perkara berikut:

i. Adab sopan dan akhlak Islam pada individu dan kumpulan

yang menghadiri majlis.

ii. Majlis mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

iii. Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang

menghadiri majlis.

iv. Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau

penganjur majlis.

Page 80: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

80

v. Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di

dalam majlis.

vi. Mematuhi dan menjaga nilai-nilai murni sejagat di dalam

majlis.

Etika sosial di dalam majlis mengikut Islam pula lebih luas

perbicaraannya. Ini kerana selain menjaga kepentingan diri,

tetamu-tetamu dan hadirin yang hadir dalam bentuk fizikal atau

lahiriah seperti memberi salam, memperkenalkan orang lain,

menjaga percakapan, menjaga gurauan, adab makan minum dan

lain-lain perkara yang berkaitan, ianya juga mempunyai nilai-nilai

dalaman yang behubung dengan agama yang mesti disedari dan

dijaga oleh mereka yang menghadiri sesuatu majlis. Ini

termasuklah tidak menanam sifat benci dalam pergaulan di majlis,

tidak menyinggung perasaan tetamu-tetamu lain, tidak

mengumpat, tidak ada perasaan hasad dan dengki dan lain-lain

yang berkaitan dengan sifat-sifat mazmumah dalaman. Ini

bertepatan dengan peringatan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jika kalian bertiga (dalam sesuatu majlis), maka

janganlah dua orang diantara kalian berbisik-bisik

tanpa mengajak orang yang ketiga, sebab hal yang

Page 81: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

81

demikian akan membuat seseorang itu sedih

(tersinggung dan menaruh wasangka)” (al-

Syaikhani)

Paduan antara menjaga sifat luaran dan sifat dalaman di

dalam sesuatu majlis menjadikan etika sosial Islam dalam sesuatu

majlis itu menjaga batasan-batasan sosial dari satu sudut,

manakala dari sudut yang lain pula menjaga batasan-batasan yang

ada dalam agama. Secara khususnya kepentingan etika sosial

Islam dalam majlis adalah untuk menjaga dan memelihara

perkara-perkara berikut:

i. Adab sopan dan akhlak Islam dalam pergaulan di dalam

majlis.

ii. Menjaga batasan-batasan pergaulan di dalam majlis.

iii. Tidak menaruh hasad dengki, menyinggung perasaan,

benci dan lain-lain sifat dalaman yang negatif.

iv. Bersosial dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan

serta saling hormat menghormati.

v. Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dalam

bersosial.

Page 82: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

82

3. Etika protokol dan etika sosial di dalam majlis

menurut Islam.

Berikut adalah garis panduan etika protokol dan etika sosial

menurut Islam:

3.1 Etika protokol.

i. Memberi salam ketika masuk majlis dan setiap kali

berjumpa tetamu.

Memberi salam adalah sebagai pembukaan kepada individu

samada ketika mahu masuk ke dalam majlis atau ketika bertemu

para tetamu. Salam yang diberikan hendaklah ikhlas dan dengan

muka senyum dengan penuh semangat persaudaraan dan perasaan

kasih sayang. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya:

Page 83: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

83

“Kalian tidak akan masuk Syurga sebelum kalian

beriman. Dan kalian tidak akan beriman sebelum

kalian saling cinta mencintai. Mahukah kalian aku

tunjukkan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian

kerjakan akan wujud perasaan saling cinta

mencintai? Ucapkanlah salam diantara kalian”

(Muslim)

Islam juga mengajarkan cara bagaimana salam itu mesti

diucapkan dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang berkenderaan mengucapkan

salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang

berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang

yang sedikit kepada orang yang banyak” (al-

Syaikhani)

“Orang yang lebih kecil mengucapkan salam kepada

orang yang lebih tua” (Bukhari)

ii. Berjabat tangan orang yang ditemui di dalam majlis.

Page 84: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

84

Berjabat tangan adalah satu budaya yang menerapkan keakraban

dan kasih sayang dalam Islam. Praktis budaya ini di dalam majlis

akan menyohorkan sifat akrab dan kasih sayang dikalangan

tetamu majlis. Falsafah disebalik berjabat tangan ini dalam sesuatu

majlis dapat dijelaskan melalui sabda-sabda Rasulullah s.a.w

berikut yang bermaksud:

“Apabila dua orang Muslim bertemu lalu saling

berjabatan tangan, memuji Allah dan memohon

keampunannya, sudah tentu Allah akan

mengampunkan mereka berdua” (Abu Daud)

“Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu

saling berjabatan tangan, kecuali kedua-dunya

diampuni Allah sebelum kedua-duanya berpisah”

(Ibnu Majah)

“Saling berjabat tanganlah kalian, sudah tentu

kedengkian akan hilang dan saling memberi

hadiahlah kalian, sudah tentu kalian akan cinta

mencintai dan permusuhan akan hilang” (Imam

Malik)

Page 85: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

85

iii. Duduk ditempat yang telah dikhaskan.

Di dalam setiap majlis rasmi yang diadakan pada kebiasaannya

tempat duduk telah disediakan dan dikhaskan. Di dalam perkara

ini protokol di dalam Islam mengajar agar seseorang itu duduk di

dalam majlis ditempat yang telah disediakan dan dikhaskan oleh

tuan rumah atau pihak penganjur. Ini bertepatan dengan apa yang

telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya:

“Barangsiapa memasuki rumah atau majlis sesuatu

kaum, hendaklah ia duduk ditempat sebagaimana

yang telah mereka perintahkan, kerana kaum itu

lebih mengetahui tentang aib rumah dan majlis

mereka” (Majma‟ al-Zawa‟id)

iv. Tidak duduk ditengah-tengah para tetamu (jika para tetamu

berada dalam keadaan bulatan).

Protokol ini hendaklah dijaga jika sesuatu majlis itu berada dalam

keadaan bulatan atau di dalam majlis rasmi pada kebiasaannya

diadakan jamuan meja bulat. Jika seseorang itu duduk ditengah-

Page 86: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

86

tengah ia seolah membelakngkan para tetamu lain dan ini

menyakiti tetamu lain sehingga mencemuh dan mengutuk. Perkara

ini dilarang oleh Rasululah s.a.w melalui sabda-sabdanya yang

bermaksud:

“Orang yang duduk ditengah-tengah lingkaran

majlis adalah orang yang terkutuk” (Abu Daud)

“Bahawa seorang lelaki duduk ditengah-tengah

lingkaran suatu majlis kemudian Hudzaifah berkata

“Terkutuklah menurut lisan Muhammad s.a.w orang

yang duduk ditengah-tengah lingkaran”” (al-

Tirmidzi)

v. Orang yang datang terakhir duduk ditempat yang terakhir.

Peraturan dan protokol ini adalah untuk tetamu yang menghadiri

majlis tanpa ada jemputan khas. Ini kerana jika majlis yang

mempunyai jemputan khas, tempat duduk khas telah disediakan.

Falsafah dan moral disebalik peraturan ini supaya tidak

menganggu majlis yang mungkin telah bermula. Ini jelas dapat

dilihat seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Page 87: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

87

“Apabila kami mendatangi Nabi (dalam satu majlis

dan majlis telah pun bermula), maka antara kami

duduk ditempat yang terakhir” (Abu Daud)

vi. Dilarang duduk diantara dua orang (tempat duduk yang

kosong) kecuali dengan izin keduanya.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan daripada seseorang itu

mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan untuk orang lain

yang mungkin belum datang atau kerana sebab-sebab tertentu

tempat tersebut sengaja dikosongkan oleh tuan rumah atau

penganjur. Rasulullah s.a.w telah melarang perkara ini melalui

sabda-sabda baginda yang bermaksud:

“Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki untuk

memisahkan dua orang (dengan duduk diantaranya),

kecuali dengan izin keduanya” (al-Tirmidzi)

“Dilarang duduk antara dua lelaki (dalam suatu

majlis) kecuali dengan izin keduanya” (Abu Daud)

Page 88: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

88

vii. Berdiri menyambut tetamu yang datang kemudian.

Protokol ini adalah sebagai menghormati, memulia dan mengalu-

alukan kedatangan tetamu. Dengan praktis yang sedemikian

tetamu yang datang akan merasa diri mereka dihargai. Perkara ini

jelas seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui

sabda-sabdanya yang bermaksud:

“Berdirilah untuk menghormati tetamu atau orang

yang paling baik diantara kamu” (al-Syaikhani)

“Nabi s.a.w memberikan ucapan (dalam satu

majlis), apabila baginda berdiri, maka kami pun

berdiri tegak sampai kami melihat beliau masuk”

(al-Nasa‟i)

viii. Mencium tangan tetamu yang lebih tua ketika berjabat

tangan.

Praktis ini menampakkan kepada menjaga hak orang yang lebih

utama. Disamping itu ianya juga menampakkan kepada perasaan

Page 89: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

89

hormat dan menyanjung sesetengah tetamu di dalam sesuatu

majlis yang dihadiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Aku berkata kepada Ibnu Abi Aufa (dalam satu

majlis), “berikan tanganmu yang telah kau gunakan

untuk mengadakan baiah dengan Rrasulullah s.a.w”

ia menghulurkannya lalu aku menciumnya (selepas

berjabat tangan)” (Imam Malik)

ix. Menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu.

Menyediakan tempat duduk yang khas mengikut keutamaan

tetamu juga adalah satu protokol yang diajar oleh Islam di dalam

sesuatu majlis. Cara ini adalah sebagai menjaga kemuliaan,

kedudukan dan kepentingan tetamu tersebut. Dalam hal ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Dudukkanlah orang-orang pada kedudukan

mereka” (Abu Daud)

Page 90: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

90

x. Menyediakan keutamaan tempat duduk berdasarkan

kepada orang yang lebih tua.

Selain daripada menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan

tetamu keutamaan yang selanjutnya adalah berdasarkan kepada

orang yang lebih tua dari sudut usia. Ini sebagai tanda

menghormati dan mengutamakan golongan ini. Nabi bersabda

yang maksudnya:

“Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali

orang Munafik ialah orang tua Muslim, orang

berilmu dan ketua yang adil” (al-Tabrani)

3.2 Etika sosial.

i. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Ini adalah etika sosial dalam menghadapi hidangan di dalam

majlis. Perkara ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dengan

sabdanya yang bermaksud:

Page 91: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

91

“Berkah makan itu terdapat pada mencuci (mencuci

tangan) pada sebelum dan sesudah makan” (al-

Tirmidzi)

ii. Membaca Basmalah sebelum makan dan Hamdalah

selepasnya.

Etika ini ialah sebagai satu cara dalam sosial di dalam majlis

untuk mengingati Allah s.w.t dalam menjamah makanan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Apabila salah seorang daripada kamu makan,

hendaklah ia menyebut nama Allah (Basmalah). Dan

apabila ia terlupa menyebut nama Allah pada

awalnya hendaklah ia menyebut nama Allah pada

awal dan akhirnya (Hamdalah)” (al-Tirmidzi)

iii. Meminum air dengan tiga kali teguk sebelum menjamah

makanan lain.

Page 92: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

92

Perkara ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu gelojoh di

dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya:

“Janganlah kamu minum dengan sekali teguk seperti

unta minum, tetapi minumlah dengan dua atau tiga

kali teguk. Bacalah Basmalah sebelum minum dan

bacalah Hamdalah bila selesai minum” (al-

Tirmidzi)

iv. Tidak mencela makanan yang disajikan.

Mencela makanan yang disajikan adalah seperti mencela rezeki

yang dikurniakan Allah s.w.t. Di dalam perkara ini Nabi

Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela suatu

makanan yang dihidangkan, apabila baginda

berselera terhadap makanan itu baginda

memakannya, dan jika baginda tidak menyukainya

baginda akan meninggalkannya” (al-Syaikhani)

Page 93: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

93

v. Makan dengan tangan kanan dan mencapai makanan yang

dekat.

Perkara ini bertujuan untuk menjaga keharmonian majlis dan dari

satu sudut dapat menilai sosial seseorang di dalam majlis. Sabda

Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Pernah aku menjadi seorang budak dibawah

pengawasan Rasulullah s.a.w ketika makan.

Tanganku bergerak ditempat makanan, Rasulullah

s.a.w menegurku “Wahai anak, sebutlah nama Allah,

makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah

makanan yang dekat dengan kamu”” (Muslim)

vi. Tidak makan sambil bersandar.

Makan sambil bersandar menunjukkan kesombongan seseorang

itu di dalam sesuatu majlis. Rasulullah s.a.w mengajarkan perkara

ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Aku tidak makan sambil bersandar” (al-Bukhari)

Page 94: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

94

vii. Dianjurkan berbincang-bincang ketika makan.

Ini akan merapatkan lagi silaturahim sambil berkenalan antara

tetamu yang hadir. Ramai para sahabat Nabi suka makan dengan

baginda dalam sesuatu majlis kerana baginda akan berbincang-

bincang tentang hal-hal semasa. Jabir r.a berkata yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w akan berbincang sambil

menjamah makan dengan orang sekelilingnya”

(Abdullah Nasih Ulwan, 1989: 428)

viii. Mengutamakan tetamu kehormat dan orang yang lebih tua

dalam menjamah makanan.

Etika ini adalah sebagai tanda hormat dan tanda kasih sayang

seseorang terhadap tetamu yang lebih utama dan orang-orang yang

lebih tua dari sudut usia. Rasulullah s.a.w mengajarkan dengan

sabdanya yang bermaksud:

“Jika kami menghadiri suatu jamuan makan

bersama Rasululah s.a.w, belum pernah kami

meletakkan tangan kami pada makanan sebelum

Page 95: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

95

Rasulullah s.a.w memulai meletakkan tangan

baginda” (Muslim)

ix. Dilarang makan dan minum terlalu kenyang.

Perkara ini untuk mengelakkan tetamu yang lain memandang

seseorang itu terlalu tamak dengan makanannya disamping dapat

menjaga kesihatannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya:

“Tidak ada satu tempat yang lebih buruk bagi anak

Adam kecuali perutnya. Cukuplah bagi anak Adam

beberapa suap sahaja sekadar dapat menegakkan

tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat,

maka hendaklah sepertiga diisi untuk makanannya,

sepertiga diisi untuk minumannya dan sepertiga lagi

diisi untuk nafasnya” (al-Tirmidzi)

x. Makan dan minum sambil duduk.

Page 96: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

96

Falsafah disebalik perkara ini ialah untuk menunjukkan akhlak

yang tinggi di dalam makan dan minum dalam majlis. Rasulullah

s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w melarang seseorang untuk minum

sambil berdiri. Lalu kami bertanya tentang makan.

Baginda menjawab bahawa perkara itu lebih buruk”

(Muslim)

xi. Berbincang di dalam majlis dengan tahap pengetahuan

yang sesuai.

Perkara ini bagi mengelakkan rasa rendah diri dan rasa dihina oleh

seseorang yang diajukan perbicaraan. Rasulullah s.a.w bersabda

yang maksudnya:

“Berbicaralah dengan manusia sesuatu yang sesuai

dengan pengetahuan mereka. Apakah kamu suka jika

Allah dan RasulNya didustakan?” (Muslim)

xii. Bergurau yang tidak keterlaluan dalam majlis.

Page 97: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

97

Bergurau di dalam ssuatu majlis adalah untuk mengeratkan

silaturahim. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang daripada bergurau

yang keterlaluan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang banyak tertawa maka akan

berkuranglah wibawanya. Sesiapa yang banyak

bergurau senda (dengan keterlaluan) maka ia akan

diremehkan” (al-Bukhari)

xiii. Meminta izin sebelum keluar daripada majlis.

Etika ini bertujuan supaya adab dan akhlak kita dapat dilihat oleh

tetamu lain dan keluar dalam keadaan yang baik dan sopan.

Perkara ini juga bertujuan untuk memelihara kehormatan

penganjur. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya:

“Sesungguhnya meminta izin (keluar dari sesuatu

majlis) dijadikan untuk melihat (menonjolkan adab

sopan seseorang di dalam majlis)” (al-Syaikhani)

Page 98: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

98

4. Kesimpulan.

Ungkapan „hidup dikandung adat, mati dikandung tanah‟, adalah

ungkapan yang menggambarkan bahawa kehidupan manusia

adalah tertakluk kepada peraturan dan adat istiadat yang diwarisi

oleh mereka. Ungkapan tersebut mengandungi falsafah yang

tersendiri, yang menggambarkan bahawa seseorang itu akan

diterima baik oleh masyarakatnya sekiranya ia patuh pada

peraturan, adat istiadat dan kepentingan orang ramai. Walaupun

pengukuran nilai ini bersifat subjektif tetapi ada nilai-nilai yang

diterima oleh semua golongan yang dikenali sebagai nilai-nilai

sejagat.

Etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari sudut

pandangan Islam yang dibicarakan dalam kertas kerja ini juga

mempunyai nilai-nilai sejagat yang bukan sahaja boleh diterima

oleh masyarakat secara umum malah yang lebih penting

mempunyai kesinambungan dengan agama Islam. Dengan ertikata

lain jika dipraktiskan bukan sahaja dapat menjaga kepentingan

manusia dari sudut adab sopan di dalam majlis bahkan yang lebih

penting ialah mempunyai nilai-nilai ibadah dalam agama.

Page 99: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

99

BUDAYA KERJA CEMERLANG DALAM ISLAM

Budaya kerja cemerlang merupakan budaya organisasi yang baik.

Islam melihat budaya ini sebagai langkah menggilap sikap dalam

bekerja. Kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji dalam bidang

korporat menunjukkan bahawa organisasi-organisasi yang berjaya

mempunyai persamaan iaitu mereka mempunyai budaya

organisasi yang cemerlang. Sesungguhnya manusia mempunyai

tanggungjawab terhadap kerja , lebih-lebih lagi di hadapan Allah

yang melihat semua tingkah laku manusia. Apabila konsep ini

difahami maka ini akan menghasilkan satu sikap

bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja dengan bersungguh-

sungguh seterusnya menghasilkan kerja yang cemerlang. Islam

juga melihat kerja adalah lebih unggul dari hanya sekadar untuk

diri sendiri, bangsa dan negara bahkan kerja dalam Islam adalah

kerana Allah. Ajaran ini secara tidak langsung dapat mendidik

Page 100: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

100

manusia untuk melakukan kerja dengan penuh keikhlasan dan

meghasilkan perkhidmatan yang memuaskan.

Islam telah menggariskan banyak panduan kepada manusia

khususnya dalam bidang pekerjaan. Panduan-panduan inilah yang

banyak diterapkan oleh organisasi-organisasi yang ada pada masa

kini contohnya, penghayatan nilai-nilai Mahmudah, al-itqan

dalam bekerja, al-ehsan dalam pekerjaan al-Syura dalam organsasi

dan termasuklah budaya kerja cemerlang. Budaya kerja cemerlang

ialah tata cara dan etika yang baik di kalangan kakitangan

pengurusan atasan dan pekerja bawahan. Tatacara yang baik itu

antaranya ialah rajin , gigih, kreativiti, inovatif, bekerjasama,

integriti, berdisplin dan berusaha meningkatkan prestasi.

Cemerlang adalah budaya kerja murni yang beteraskan kualiti

sebagai amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem,

proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan.

Bermula dari peringkat pengurusan atasan disambut baik oleh

pengurusan pertengahan dan dilaksanakan oleh pekerja bawahan.

Dalam konteks yang lebih kecil dapat diertikan sebagai sistem-

sistem nilai, norma, sikap dan prinsip-prinsip yang dipegang

bersama oleh setiap kakitangan. Unsur-unsur inilah yang

mengawal perlakuan kakitangan.

Page 101: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

101

Perbincangan budaya kerja cemerlang sebenanya berkaitan

dengan etika, iaitu sifat dalam seseorang yang mengawal tindakan

seseorang itu baik atau tidak baik. Salah satu ciri masyarakat yang

bermoral dan beretika ialah masyarakat yang kuat berpegang

kepada ajaran Islam kerana nilai-nilai kerohanian yag terdapat di

dalam ajaran Islam adalah satu praktis nilai etika yang tinggi dan

murni. Dapat dirumuskan disini bahawa budaya kerja cemerlang

merupakan satu prinsip moral yang digariskan oleh Islam. Kerana

setiap nilai yang dipandang baik oleh Islam merupakan satu

akhlak yang baik.

Kerja dalam Islam adalah satu langkah persiapan ke arah

mengabdi diri kepada Allah. Oleh itu, faedah dan nilai kerja

adalah untuk dunia dan akhirat. Allah menciptakan manusia

adalah untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan iaitu

melakukan ibadah seperti firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali

untuk beribadah kepada Ku”

Page 102: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

102

Sesungguhnya tugas ibadah bergantung kepada syarat-

syarat seperti badan sihat, ada makanan, ada pakaian, ada kerja

dan negara aman. Tanpa syarat-syarat tersebut ibadah tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Dalam al-Quran banyak nas yang

menggesa kepada bekerja antaraya seperti:

Firman Allah dalan surah al-Baqarah, ayat 198 yang

maksudnya:

Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia

(rezeki hasil perniagaan ) dari Tuhanmu”

Firman Allah dalam surah al-Muzammil, sebahagian ayat

20 yang maksudnya:

“…Apa-apa kebaikan yang kamu lakukan untuk diri

kamu akan kamu peroleh pula kebaikan dari Allah

dan akan memperoleh pahala yang besar”

Nabi bersabda ertinya: “Ada dosa yang tidak terhapus

kecuali dengan susah payah mencari rezeki”

Page 103: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

103

Sabda baginda lagi yang maksudnya: “Sesiapa mencari rezeki

halal kerana mengelak diri dari meminta-minta, menanggung

keluarga dan menyayangi jiran ia pasti berjumpa dengan Allah

dalam keadaan wajah yang gilang gemilang”

Beramal dengan peringatan-peringatan di atas dapat

mengelakkan budaya malas kerja timbul dalam masyarakat Islam.

Apabila kerja boleh membantu kegiatan ibadah, maka kerja itu

sendiri termasuk dalam ibadah juga. Islam amat menekankan

sikap amanah dalam menjalankan tugas. Tanpa sikap ini kerja

tidak ikhlas, sambil lewa, curi masa dan sebagainya. Sifat-sifat

negatif ini tidak mampu melahirkan hasil kerja yang baik. Seperti

sabda Nabi yang maksudnya: “ Amanah disia-siakan maka

tunggulah saat kehancuran”.

Berdasarkan peringatan-peringatan di atas juga dapat

dibuat beberapa kesimpulan demi mewujudkan budaya kerja

cemerlang, antaranya ialah:

i. Asas kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan adalah

bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Manusia

adalah hamba Allah, maka wajib bagi setiap manusia

Page 104: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

104

mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan segala

suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dalam

apa juga pekerjaan yang dilakukan. Oleh itu, sebagai tanda

beriman kepada Allah maka hendaklah manusia

melakukan pekerjaan dengan tanda-tanda ibadah seperti

bekerja dengan niat ibadah, mengamalkan sifat-sifat

Mahmudah dalam pekerjaan dan meninggalkan sifat-sifah

Mazmumah dalam pekerjaan.

ii. Bekerja dengan ikhlas dan amanah atau dengan erti kata

lain bekerja dengan penuh kerelaan dan niat semata-mata

mencari keredaan Allah. Sebagai pekerja juga hendaklah

sedar bahawa pekerjaan yang baik adalah amal soleh yang

sangat dituntut oleh Allah untuk kepentingan keluarga dan

masyarakat.

iii. Bekerja dengan tekun dan cekap kerana pekerja akan

dapat meningkatkan kecekapan dan mutu kerja jika

mereka menjalankan tugas dengan tekun. Rasulullah s.a.w

bersabda bermaksud: “Apabila sesuatu urusan

(pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya

maka tunggulah kehancurannya”. Hadis ini menunjukkan

pentingnya memilih pekerja yang benar-benar

Page 105: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

105

berkelayakan dan cekap bagi memastikan hasil kerja yang

baik.

iv. Bekerja dengan semangat gotong royong. Bagi

menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang maka

kumpulan pekerja hendaklah bekerjasama, bergotong-

royong menjalankan tugas. Perbincangan sesama sendiri

dan bertukar fikiran juga amat penting untuk menghadapi

masalah yang mungkin timbul.

v. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah dalam Surah

al-Maidah, ayat 8 yang bermaksud: “Wahai orang yang

beriman , hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang

menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan

kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak

melakukan keadilan”

Menurut Islam, kerja hendaklah dilakukan oleh pekerja

menurut perjanjian yang berasaskan keadilan serta tanggungjawab

kepada majikan dan Allah bagi melaksanakan tugasnya dengan

sempurna. Dengan cara ini hasil pendapatan daripada hasil titik

peluhnya dianggap sah menurut agama. Secara tidak langsung

Page 106: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

106

perkara ini menyentuh pendapatan halal dan haram hasil dari

pekerjaan yang dilakukan. Seseorang yang malas umpamanya

antara sedar atau tidak telah melanggar prinsip bekerja dalam

Islam yang disarankan oleh Allah dan secara fizikalnya pula telah

melanggar perjanjian dengan majikannya untuk bekerja secara

bersungguh-sungguh.

Penghasilan budaya kerja cemerlang dalam Islam

memerlukan beberapa pemahaman pekerja kepada dua perkara

asas, iaitu pemahaman dari sudut kerohanian dan pemahaman dari

sudut amalan organisasi kerja. Antara pemahaman dari sudut

kerohanian yang mesti wujud dalam diri pekerja ialah konsep

pekerjaan dalam Islam, konsep ibadah dalam pekerjaan, akhlak

dalam pekerjaan dan penguatkuasaan dari sudut kerohanian yang

boleh juga dipanggil sebagai konsep dosa dan pahala khusus

dalam pekerjaan Muslim. Manakala pemahaman dari sudut

amalan organisasi kerja ialah pekerja memahami semua jenis

peraturan organisasi, etika, program, matlamat dan seumpamanya

yang sedang berkuatkuasa di dalam organisasi.

Terdapat beberapa ciri yang menjadi kayu ukur budaya

kerja cemerlang. Apabila individu atau sesebuah organisasi

Page 107: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

107

berjaya menepati ciri-ciri ini maka ia dikatakan mempunyai satu

budaya kerja yang cemerlang. Antaranya ialah :

i. Wujudnya sifat bertanggungjawab pekerja terhadap

pekerjaan yang dilakukan walaupun dengan pemantauan

yang minima. Dalam Islam konsep ini dipanggil sebagai

al-Masu’liyyah atau dalam amalan organisasi disebut

sebagai akauntabiliti. Pertanggungjawaban dalam Islam ini

meliputi dua perkara penting iaitu pertanggungjawaban

kepada Allah dan pertanggungjawaban terhadap majikan

yang telah mengamanahkan kerja. Oleh itu, maka benarlah

apa yang telah di firmankan Allah dalam Surah al-

Muddasir, ayat 38 yang maksudnya: “Tiap-tiap diri

bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya”

ii. Wujudnya ketaatan kepada majikan kepada perkara-

perkara yang mendatangkan kebaikan samada untuk diri

pekerja atau organisasi umumnya. Ketaatan ini tidaklah

menyamai ketaatan kepada Allah, tetapi ia merupakan

ketaatan yang mendatangkan kepada kebaikan untuk

mengatur pekerjaan supaya lebih baik dan lebih sempurna.

Di dalam Islam konsep ini terkenal dengan nama konsep

al-Wala’. Allah berfirman dalam Surah al-Nisa‟, ayat 59

Page 108: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

108

yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah

kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan

kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu”

iii. Wujudnya hubungan dan jaringan dalam bentuk pekerjaan

yang dilakukan atau dengan kata lain pekerjaan yang

dilakukan saling berkait antara satu sama lain. Jika

seseorang pekerja itu diamanahkan dengan satu pekerjaan,

pekerja lain tidak akan dapat melakukan kerja selanjutnya

sekiranya pekerjaan yang terdahulu belum diselesaikan.

Dalam Islam konsep yang sedemikian bolehlah dipanggil

sebagai konsep amanah. Di dalam hal ini Allah berfirman

dalam Surah al-Nisa‟, ayat 58 yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan

amanah kepada yang berhak menerimanya”

iv. Wujudnya semangat gotong royong dan berpadu fikiran

dalam pekerjaan. Semangat ini bukanlah satu perkara yang

amat mudah kerana tolong menolong dan kesepakatan

fikiran memerlukan kepada saling faham memahami

terutama dalam melakukan rutin kerja. Tanpa sikap ini

akan wujud berbagai tekanan pekerjaan. Natijah daripada

wujudnya sikap tolong menolong dan kesepakatan buah

fikiran ini akan membuahkan hasil kerja yang luar biasa.

Page 109: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

109

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang

maksudnya: “Dan tolong menolonglah kamu dalam

mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu

tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah

amat berat siksanya"

v. Wujudnya pekerjaan yang sentiasa berdasarkan kepada

keadilan dalam semua aspek pekerjaan samada dalam

membuat keputusan, dalam hal kewangan, dalam hal

kebajikan pekerja, dalam hal imbalan dan imbuhan dan

seumpamanya. Konsep ini jika diamat-amati dapat

menyelesaikan banyak kekalutan organisasi seperti sifat

mengampu di kalangan pekerja, rasuah, pecah amanah dan

lan-lain lagi sifat negatif.

vi. Wujudnya kesepakatan dan pemuafakatan dalam tindakan

pekerjaan. Kesepakatan ini sepatutnya menjadi tunjang

kepada kejayaan samada kejayaan individu atau kejayaan

organisasi. Di dalam Islam rahsia kesepakatan dan

pemuafakatan itu terletak pada amalan Syura seperti

maksud firman Allah dalam Surah al-Syura, ayat 38: “Dan

urusan mereka dijalankan secara syura sesama mereka”

Page 110: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

110

Daripada kayu pengukur yang telah dinyatakan di atas,

maka bolehlah dicongak apakah yang sepatutnya dilakukan oleh

setiap pekerja atau organiasi kerja untuk mencapai budaya kerja

cemerlang mengikut acuan Islam. Antara yang boleh dilakukan

termasuklah:

i. Meningkatkan mutu kerja.

Setiap pekerja bertanggungjawab membaiki mutu

perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi

latihan-latihan tertentu, pembacaan, perbincangan tentang aspek-

aspek pekerjaan dan lain-lain lagi yang boleh membantu pekerja

mendalami tugas mereka dengan lebih rapi. Ini adalah sikap

terpuji untuk faedah bersama.

ii. Bekerja dengan lebih bertanggungjawab.

Setiap pekerja juga hendaklah melaksanakan tugas dengan sebaik

mungkin. Seperti yang diajarkan oleh Islam. Manusia mempunyai

tanggungjawab terhadap kerja lebih-lebih lagi di hadapan Allah

yang melihat semua gerak geri manusia.

Page 111: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

111

iii. Mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

Menurut al-Quran manusia itu mempunyai tiga hubungan yang

utama iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan dengan

dirinya sendiri dan hubungan dengan alam ini. Ini menunjukkan

kesepaduan yang perlu ada dalam diri manusia yang mana Allah

menjadikan sifat semulajadi manusia memerlukan antara satu

sama lain. Oleh itu, mana mungkin manusia dapat hidup

bersendirian dan sikap ini perlu dikikis untuk mengelakkan

berlaku perpecahan dalam sesebuah organisasi.

iv. Perkhidmatan yang muhibbah dan mesra.

Dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai

kepercayaan dan budaya, sikap tidak adil dan pilih kasih perlu

disisihkan. Keadaan ini memerlukan pekerja yang bekerja dengan

muhibbah dan kemesraan untuk memastikan kepuasan kepada

semua pihak.

Page 112: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

112

v. Membenteras segala kelemahan.

Dalam perkhidmatan pekerjaan khususnya semua pihak terlibat

dalam usaha membenteras kelemahan organisasi seperti kejahilan,

malas, rasuah, pecah amanah dan seumpamanya. Kerjasama dari

semua pihak amat penting untuk memastikan kejayaannya.

Pada zaman yang serba moden ini budaya kerja

cemerlang amat penting untuk memastikan masyarakat khususnya

umat Islam tidak ketinggalan. Di negara kita, Gerakan Budaya

Kerja Cemerlang yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri

Malaysia suatu ketika dulu sebenarnya merupakan amalan budaya

kerja yang sangat murni dalam menentukan pekerjaan yang

dilakukan benar-benar menepati matlamat samada matlamat

individi ataupun organisasi dan secara tidak langsung ianya seiring

dengan apa yang dikehendaki Islam dalam etika kerja dan

perkhidmatan Islam.

Oeh itu, apabila setiap pekerja memahami etika kerja

dalam Islam maka secara tidak langsung mereka telah

merialisasikan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang ini. Maka

Page 113: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

113

dengan ini akan dapat membentuk masyarakat yang rajin dan

berdisplin seterusnya dapat menghasilkan tugas dengan cemerlang

dan berkualiti tinggi.

Page 114: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

114

PEMAKAIAN KOD KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993

DI MALAYSIA: PENILAIAN DARI SUDUT ETIKA KERJA

ISLAM

1. PENDAHULUAN

Peraturan dan undang-undang adalah penting dalam melahirkan

sesebuah organisasi yang seimbang dan berbudaya sihat di dalam

alam pekerjaan. Terutamanya yang berlandaskan ajaran Islam.

Betapa pentingnya peraturan dan undang-undang ini bagi

melahirkan kakitangan atau pekerja yang cemerlang serta bersih

dari segi rohani dan jasmani.

1.1 DEFINISI

Undang-undang iaitu:-

Page 115: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

115

Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal

(dibuat) oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang

berkenaan; dalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat

undang-undang yang mesti diikuti oleh setiap orang. 2) peraturan

yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan

dll) oleh orang-orang tertentu; tiap- tiap ahli hendaklah patuh

kepada persatuan ini.(kamus dewan edisi 3)

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

1.2.1 Bahagian I

i. Nama

ii. Pemakaian

iii. Tafsiran

1.2.2 Bahagian II

i. Tatakelakuan

ii. Pekerjaan luar

iii. Pakaian

Page 116: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

116

iv. Dadah

v. Hadiah

vi. Keraian

vii. Pemunyaan harta

viii. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen

dan pendapatan persendirian lain yang sah

ix. Meminjam wang

x. Keterhutangan kewangan yang serius

xi. Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius

dsb. Daripada mahkamah dan pegawai pemegang harta

xii. Meminjam wang

xiii. Penglibatan dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti

hadapan

xiv. Refel dan loteri

xv. Penerbitan buku, dsb

xvi. Membuat penyataan awam

xvii. Larangan bertindak sebagai penyunting, dsb. Bagi surat

khabar, dsb

xviii. Mengambil bahagian dalam politik

xix. Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan

guaman

xx. Ketidakhadiran

Page 117: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

117

1.2.3 Bahagian III

i. Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib

1.2.4 Bahagian IV: Prosedur Tatatertib (prosedur Am)

i. Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan

pangkat

ii. Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah

menentukan jenis kesalahan tatatertib

iii. Prosedur dalam kes tatatertib bukan dengan tujuan untuk

buang kerja atau turun pangkat

iv. Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan untuk buang

kerja dan turun pangkat

v. Prosedur jika prosiding jenayah dimulakan

vi. Tanggungjawab Ketua Jabatan jika terdapat sabitan

jenayah

vii. Tiada tindakan tatatertib boleh diambil sementara

menunggu penyelesaian prosiding jenayah

viii. Akibat pembebasan

ix. Prosedur jika terdapat perintah tahanan, buang negeri dsb.

Page 118: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

118

x. Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam kes sabitan

dan tahanan

1.2.5 Bahagian V: Hukuman

i. Hukuman tatatertib

ii. Denda dan lucuthak emolumen

iii. Penangguhan pergerakan gaji

iv. Penurunan gaji

v. Penurunan pangkat

vi. Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan

1.2.6 Bahagian VI: Penahanan kerja dan penggantungan kerja

i. Penahanan kerja

ii. Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan

iii. Penggantungan kerja

iv. Penerimaan emolumen yang tidak dibayar

v. Meninggalkan negara semasa di bawah penahanan kerja

atau penggantungan kerja

1.2.7 Bahagian VII

Page 119: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

119

i Penamatan demi kepentingan awam

1.2.8 Bahagian VIII: Pelbagai

i. Pemakaian Peraturan-peraturan 1993

ii. Surcaj

iii. Penyampaian notis, dokumen, dsb

iv. Tandatangan pada surat dan persuratan lain

v. Pemansuhan dan kecualian

2. BAHAGIAN I

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan

Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan hendaklah

mula berkuat kuasa pada 15hb. Disember 1993.

2.1 PEMAKAIAN

Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang

pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya dan seseorang

pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saran Baru,

Page 120: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

120

hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan

wajar dengan mengambil kira tema dan syarat perkhidmatannya.

Pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini akan

mengakibatkan seseorang pegawai boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

2.2 TAFSIRAN

Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya

menghendaki makna yang lain iaitu “disabitkan atau sabitan”

termasuklah suatu dapatan bersalah oleh sesuatu mahkamah

jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia, atau oleh sesuatu

badan kompeten yang di berikan kuasa untuk menjalankan

penyiasatan terus di bawah mana-mana undang-undang bertulis,

bahawa orang yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah

melakukan suatu kesalahan. “Emolumen” bererti segala saran

dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai

dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan

elaun bulanan lain. Gaji bererti gaji pokok seseorang pegawai.

Ketua jabatan bererti seseorang pegawai yang bertanggungjawab

bagi sesuatu kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan

termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan

Page 121: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

121

Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi

kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang

bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi, agensi atau

unit untuk bertindak bagi pihaknya.

3. BAHAGIAN II

3.1 TATA KELAKUAN

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap

ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada

Yang di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan.

Seseorang pegawai tidak boleh:-

a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan

persendiriannya

b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin

menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan

tugas awamnya.

c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin

menyebabkan kepentingan syak yang munasabah bahawa:-

Page 122: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

122

i. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya

bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan

kegunaannya sebagai seorang pegawai awam

ii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi

faedahnya sendiri

d) Berkelakuan dengan demikian cara hingga

memburukkan nama atau mencemarkan nama

perkhidmatan awam

e) Kurang cekap atau kurang berusaha

f) Tidak jujur atau tidak amanah

g) Tidak bertanggungjawab

h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk

pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau

memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan

awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya anggota-

anggota perkhidmatannya yang lain.

i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa

cara yang boleh di tafsirkan dengan munasabah sebagai

ingkar perintah.

j) Cuai dalam melaksanakn tugasnya

Page 123: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

123

3.2 PEKERJAAN LUAR

Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya

atau diberi kuasa dengan nyata oleh ketua jabatannya untuk

berbuat sedemikian:-

a) Sebagai seorang pakar memberi apa-apa laporan atau

keterangan pakar sama ada dengan percuma atau dengan

mendapat upah

b) Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima

Walau apa pun peruntukan subperaturan(1), seseorang

pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada ketua

jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis

yang disebutkan dalam subperaturan(1), bagi faedah dirinya atau

saudara maranya yang terdekat atau bagi mana-mana badan yang

tidak mencari keuntungan, yang mana dia ialah seorang pemegang

jawatan dalam badan tersebut. Dengan menyumbangkan sama

ada kebenaran di bawah subperaturan(2) patut diberi atau tidak,

ketua jabatan hendaklah mengambil perhatian akan tatakelakuan

Page 124: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

124

yang ditetapkan dalam pertaturan (4) dan khususnya hendaklah

memastikan bahawa pekerjaan luar itu:-

a) Tidak di lakukan semasa waktu pejabat dan semasa

pegawai itu di kehendaki menjalankan tugas rasminya

b) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk

menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat

awam

c) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk

bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak

konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang

perkhidmat awam.

Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, segala jumlah

wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan kerana

memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan dalam

subperaturan (1) hendaklah dibayar ke dalam Perbendaharaan

Persekutuan sementara menunggu keputusan Perbendaharaan

tentang amaun jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu

sendiri dan anggota kakitanganya.

3.3 PAKAIAN

Page 125: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

125

Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa

berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang

ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara

rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi

upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak

ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi

upacara tersebut.

3.4 DADAH

Perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai

Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil (selain

daripada maksud perubatan), menyalahgunakan atau menagih

dadah berbahaya berlanggaran dengan subperaturan (1) boleh

ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49. Akta

234, bagi maksud peraturan ini “dadah berbahaya” ertinya apa-apa

dadah atau bahan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta

Dadah Berbahaya 1952.

Page 126: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

126

3.5 HADIAH

Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai

tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh

membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain

menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak

langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau

selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan,

orang atau kumpulan orang jika:-

a) Penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan,

dengan apa-apa cara dengan perlaksanaan tugas awam pegawai

itu.

b) Bentuk amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan

maksud hadiah itu diberikan.

Ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai

menerima surat pujian daripada mana-mana persatuan, badan,

orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukarannya

dengan syarat bahawa surat pujian itu tidak terkandung dalam

bekas yang bernilai. Ketua jabatan boleh membenarkan pungutan

sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya

Page 127: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

127

bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang

pegawai dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau

perkahwinan pegawai tersebut atau perkahwinan anak pegawai

tersebut tau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

Jika:-

a) Seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada

bentuk amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah

sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan

b) Hal keadaan sedemikian menyebabkan sukar bagi

seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau

cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh

peraturan ini.

Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah

subperaturan (4), ketua jabatan hendaklah memutuskan sama ada:-

a) Untuk membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu.

b) Untuk mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan

kepada pemberinya melalui Ketua Jabatan.

Page 128: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

128

Bagi maksud peraturan ini, Ketua Jabatan ertinya Ketua

Setiausaha sesuatu Kementerian atau ketua jabatan di peringkat

Ibu Pejabat mengikut mana-mana yang berkenaan.

3.6 KERAIAN

Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis

keraian kepada atau mana-mana orang jika:-

a) Keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi

perlaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pegawai awam bagi

kepentingan orang itu.

b) Pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-

apa cara, tidak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di

bawah peraturan 4.

3.7 PEMUNYAAN HARTA

Seseorang pegawai hendaklah, semasa perlantikannya ke dalam

perkhidmatan awam atau pada bila-bila masa selepas itu

sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, mengisytiharkan

secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

Page 129: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

129

melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya, atau

isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-

mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya

atau anaknya. Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa

harta hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis

keadaan sedemikian. Jika selepas membuat pengisytiharan di

bawah subperaturan (1), seseorang pegawai atau isteri atau

suaminya atau anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada

secara langsung atau tidak langsung atau melupuskan apa-apa

harta yang telah diperoleh olehnya atau dia hendaklah dengan

segera mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu

kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui ketua

jabatan. Jika seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau

anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan

pemerolehan yang dicadangkan itu adalah tidak konsisten dengan

tatakelakuan yang ditetapkan di dalam peraturan 4, pemerolehan

itu tidaklah boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis diperoleh oleh

pegawai itu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau

tidak di bawah subperaturan (3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang

berkenaan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang

berikut:-

Page 130: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

130

a) Pendapat ketua jabatan tentang pemerolehan atau

kepunyaan harta

b) Apa-apa faktor lain yang dianggapkan perlu oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi menjaga keutuhan dan

kecekapan perkhidmatan awam.

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas

hati dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai ia

hendaklah mengarahkan ketua jabatan merekodkan di dalam Buku

Perkhidmatan Kerajaan bahawa pengisytiharan itu telah dibuat. Di

dalam peraturan ini, “anak” termasuklah anak angkat tetapi tidak

termasuk anak yang bukan di bawah tanggungan pegawai itu.

“Harta” termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada

harta alih atau tidak alih, yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

3.8 MENYENGGARA TARAF KEHIDUPAN YANG

MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN

PERSENDIRIAN LAIN YANG SAH

Page 131: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

131

Jika ketua jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah

ternyata:-

a) Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melabihi

emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada.

b) Mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber

kewangan atau harta, harta alih atau tidak alih yang nilainya tidak

seimbang dengan atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka

telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-

apa pendapatan persendiriannya yang sah.

Ketua jabatan hendaklah, melalui notis bertulis memanggil

pegawai itu supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh

tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana ia boleh

menyenggara taraf kehidupan tersebut atau bagaimana dia telah

mendapat sumber-sumber kewangannya atau hartanya. Ketua

jabatan hendaklah, apabila diterima penjelasan di bawah

subperaturan (1) atau, jika pegawai itu tidak memberi apa-apa

penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu

tamat melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang

berkenaan dengan melampirkan penjelasan pegawai itu. Tiada

pegawai boleh meminjam daripada mana-mana orang atau

Page 132: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

132

menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-

apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan

kepada mana-mana orang:-

a) Yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada

kuasa rasminya.

b) Yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan

rasmi

c) Yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan

perniagaan di dalam kawasan-kawasan tempatan yang dia

mempunyai kuasa rasmi

d) Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

Akta 372, seseorang pegawai boleh, bagaimanapun

meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada mana-

mana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat

insurans, koperasi, atau syarikat kewangan yang di lesenkan di

bawah akta Bank dan Institusi- Institusi kewangan 1989 atau

menanggung hutang dengan cara memperoleh barang-barang

melalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa:-

Page 133: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

133

a) Bank, syarikat insurans, koperasi atau syarikat kewangan

berlesen itu yang daripadanya pegawai itu meminjam tidaklah

secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.

b) Peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal

awam atau tidak akan ditafsirkan bahawa pegawai itu telah

menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah

persendiriannya.

c) Agregat hutangnya tidak menyebabkan atau tidak mungkin

menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan

yang serius sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 13.

Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2) seseorang

pegawai boleh menanggung hutang-hutang yang berikut:-

a) Jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang

digadai atau digadaikan, jika jumlah wang tersebut tidak melebihi

nilai tanah tersebut

b) Overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh

mana-mana institusi kewangan berlesen

c) Jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat insurans

atas cagaran polisi insurans

Page 134: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

134

d) Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan atau

koperasi

e) Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang

diperoleh melalui perjanjian sewa beli

Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang

pegawai hendaklah di sifatkan sebagai berada dalam

keterhutangan kewangan yang serius:-

a) Jika agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar

pada bila-bila masa, tertentu melebihi jumlah wang sebanyak

enam kali emolumen bulanannya

b) Jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan

hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu

bulan dari tarikh penghakiman itu

c) Jika pegawai itu seorang yang bankrap atau seorang

pemakan gaji tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan,

selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada

pegawai pemegang harta masih belum di jelaskan, atau selagi

tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

Page 135: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

135

Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun

sebab selain daripada malang yang tidak dapat dielakkan yang

tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri

hendaklah dianggap memburukkan nama perkhidmatan awam dan

hendaklah menyebabkan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Jika keterhutangan kewangan yang serius yang telah berlaku itu

adalah disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan ,

kerajaan boleh memberi kepada pegawai itu apa-apa bantuan yang

didapati wajar mengikut hal keadaannya. Jika seseorang pegawai

mendapati bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin

menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius kepadanya,

maka dia hendaklah serta merta melaporkan fakta ini kepada ketua

jabatan. Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau

melengahkan dalam melaporkan keterhutangan kewangannya

yang serius atau yang melaporkannya tetapi tidak mendedahkan

hutangnya dengan sepenuhnya atau memberi keterangan yang

palsu atau yang mengelirukan mengenainya adalah melakukan

suatu pelanggaran tatatertib yang serius (walau apa pun yang

mula-mula menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius itu)

dan boleh menyebabkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib.

Tanpa menjelaskan peruntukan-peruntukan peraturan ini, jika

hutang pegawai terjumlah kepada keterhutangan kewangan yang

Page 136: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

136

serius tetapi dia belum dihukum sebagai seorang bangkrap atau

sebagai seorang pemakan gaji tidak solven, ketua jabatan

hendaklah mengkaji semula kes itu dari semasa ke semasa.

Pegawai pemegang harta hendaklah, sebaik sahaja dia

telah menyiasat dengan secukupnya tentang hal ehwal seseorang

pegawai awam yang mana seseorang itu bangkrap atau pemakan

gaji yang tidak solven, menyampaikan kepada ketua jabatan yang

berkenaan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara

berikut:-

a) Pernyataan Hal Ehwal yang difailkan oleh si bangkrap atau

pemakan gaji tidak solven itu mengikut undang-undang

kebangkrapan yang sedang berkuatkuasa.

b) Amaun ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan

dibuat

c) Sama ada atau tidak Pegawai Pemegang Harta bercadang

untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dan jika

demikian suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding

selanjutnya

d) Sebab utama kebankrapan itu, sama ada pada

pendapatnya kes itu melibatkan malang yang tidak dapat

Page 137: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

137

dielakkan, kelakuan hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas,

sama ada yang memihak atau tidak memihak kepada pegawai itu

e) Apa-apa perkara lain yang mengikut budi bicaranya, dia

fikirkan patut di sebut

Ketua jabatan hendaklah menghantar laporan yang

diterima dibawah subperaturan (1) dan (2) beserta dengan

laporannya mengenai kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan

sejak keterhutangan kewangannya yang serius kepada pihak

berkuasa tatatertib yang berkenaan. Setelah menimbangkan semua

laporan itu Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah

memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib

terhadap pegawai berkenaan dan jika demikian apa tindakan yang

hendak diambil. Jika tindakan tatatertib yang diambil di bawah

subperaturan (3) mengakibatkan hukuman penangguhan

pergerakan gaji, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan apabila

habisnya tempoh penangguhan pergerakan gaji. Seseorang

pegawai yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah

dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan

sepenuhnya.

Page 138: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

138

3.9 MEMINJAMKAN WANG

Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga

sama ada dengan cagaran atau tanpa cagaran. Penyimpanan wang

secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu

akaun dalam mana-mana bank atau dalam mana-mana syarikat

kewangan berlesen atau dalam mana-mana sekuriti atau saham

yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan

berkanun tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang dengan

bunga bagi maksud subperaturan(1). Penglibatan dalam Pasaran

Komoditi atau Pasaran Sekuriti Hadapan. Tiada pegawai boleh

melibatkan dirinya dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti

hadapan sebagai pembeli atau penjual atau selainnya, sama ada

dalam pasaran tempatan atau luar negeri.

3.10 REFEL DAN LOTERI

Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan, mengelolakan atau

mengambil bahagian dalam mana-mana refel atau loteri akan harta

persendiriannya.

Page 139: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

139

3.11 PENERBITAN BUKU

Seseorang pegawai tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa

buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi

terperingkat

3.12 MEMBUAT PERNYATAAN AWAM

Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis

atau dengan apa-apa cara lain:-

a) Membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan dengan apa-

apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu.

c) Memberi apa-apa maklumat faktual berhubung dengan

jabatannya

d) Memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa

insiden atau laporan berhubung dengan jabatannya

Dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan,

maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau

oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis

terlebih dahulu sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri

Page 140: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

140

yang bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan di mana dia

sedang berkhidmat.

3.13 LARANGAN BERTINDAK SEBAGAI

PENYUNTING, DSB. BAGI SURAT KHABAR DSB.

Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau

mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam

pengurusan, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa

sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana

penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah, atau

jurnal, kecuali yang berikut:-

a) Penerbitan jabatan atau kakitangan

b) Penerbitan professional

c) Penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik

3.14 MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3),

seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan

Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil

Page 141: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

141

bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana

lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh:-

a) Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan

atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat

sebelah, atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti

politik.

b) Menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang

mengemukakan pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang

berkaitan dengan mana-mana parti politik

c) Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana

calon pada suatu pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-

mana parti politik

d) Bertindak sebagai ejen pilihanraya atau ejen tempat

mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang

calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau mana-

mana Dewan Undangan Negeri.

Seseorang pegawai dalam kumpulan sokongan yang bukan

seseorang pegawai dalam perkhidmatan perlu boleh bertanding

atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan

dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat

Page 142: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

142

kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau

Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-

mana yang berkenaan. Walau apapun peruntukan

subperatuaran(1), seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti

sehingga tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua

cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti

politik dengan syarat bahawa:-

a) Dia terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha

Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang

berkenaan.

b) Dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar

peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di

bawah perenggan(3) (a) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya

tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum

persaraan. Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh

menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa

mana-mana parti politik. Seseorang pegawai yang telah diterima

menjadi anggota biasa mana-mana parti politik itu hendaklah

Page 143: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

143

memberitahu fakta ini kepada Ketua Jabatannya. Bagi maksud

peraturan ini, „perkhidmatan perlu‟ ertinya perkhidmatan-

perkhidmatan yang dinyatakan dalam jadual.

3.15 MEMULAKAN PROSIDING UNDANG-UNDANG

DAN BANTUAN GUAMAN

Jika seseorang pegawai berkehendakan bantuan guaman

sebagaimana yang diperuntukan di bawah subperaturan (3) dia

tidak boleh memulakan prosiding undang- undang bagi

kepentingan peribadinya berkaitan dengan perkara-perkara yang

berbangkit daripada tugas awamnya tanpa persetujuan terlebih

dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Seseorang

pegawai yang menerima notis mengenai permulaan prosiding

undang- undang atau permulaan prosiding undang-undang yang

dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara yang

berbangkit daripada tugas awamnya atau menerima apa-apa proses

mahkamah berhubungan dengan prosiding undang-undang

tersebut hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada

Ketua Jabatan bagi mendapat arahan tentang sama ada dan

bagaimana notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,

proses mahkamah itu hendak diakui terima, dijawab atau di bela.

Page 144: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

144

Seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman untuk

mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara

bagi maksud dan dikemukan kepada ketua pengarah Perkhidmatan

Awam melalui Peguam Negara Apabila diterima permohonan itu,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh melulus atau menolak

permohonan tersebut, tertakluk kepada nasihat Peguam Negara

tentang:-

a) Amaun bantuan guaman yang hendak diluluskan

b) Peguambela dan peguamcara yang hendak diambil dan

diarahkan oleh pegawai itu

c) Apa-apa syarat lain yang Peguam Negara fikirkan baik.

Dan kepada syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya

pegawai itu diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai

prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan

dengan bantuan guaman yang diluluskan demikian akan dibuat

oleh Kerajaan melainkan jika amaun kos yang diawardkan

demikian kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj

mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara.

Caj untuk mengambil khidmat seseorang peguambela dan

peguamcara yang diambil dan diarah oleh atau bagi pihak

Page 145: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

145

seseorang pegawai dalam prosiding undang- undang berkaitan

dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya

selain daripada dengan menurut kuasa kelulusan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam tidak akan dibayar oleh kerajaan.

3.16 KETIDAKHADIRAN

Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran

terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh

menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.

Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua

Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera melaporkan fakta itu

kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan

tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa

maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan

dengan pegawai itu. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subperaturan (2),

mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut

peraturan 27 atau 28. Bagi maksud peraturan ini, “ketidakhadiarn”

termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa

atau pun pada satu- satu masa dan tempat di mana pegawai itu

dikehendaki hadir bagi perlaksanaan tugas- tugasnya. Seseorang

Page 146: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

146

pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan

tatatertib ke atas pegawai bawahannya, atau tidak mengambil

tindakan terhadap pegawai bawahannya, atau tidak mengambil

tindakan terhadap pegawai bawahannya melakukan pelanggaran

tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya

dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

4 PROSEDUR TATATERTIB

1.1 PROSEDUR AM

Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat

tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2), tiada pegawai boleh

dibuang kerja atau diturunkan pangkat dalam apa-apa prosiding

tatatertib di bawah bahagian ini melainkan jika dia telah di

beritahu secara bertulis mengenai alasan-alasan yang

berdasarkannya tindakan itu di cadangkan diambil terhadapnya

dan telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

Subperaturan (1) tidaklah terpakai dalam hal-hal berikut:-

Page 147: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

147

a) Jika seseorang pegawai dibuang kerja atau diturunkan

pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu

pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya.

b) Jika pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati

bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan olehnya

secara bertulis, adalah tidak munasabahnya praktik untuk

menjalankan kehendak- kehendak peraturan ini.

c) Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa demi

kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana

bahagiannya adalah tidak sesuai manfaat untuk menjalankan

kehendak-kehendak peraturan ini.

d) Jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman

terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat terhadap pegawai

itu.

e) Jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon

atau selainnya telah dikenakan ke atas pegawai itu, di bawah

mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan

keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang

negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis.

Page 148: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

148

1.2 PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB

HENDAKLAH MENENTUKAN JENIS KESALAHAN

TATATERTIB

Jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah

dilakukan oleh seseorang pegawai, Pengerusi Pihak Berkuasa

Tatatertib. Dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu

peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib

yang mempunyai kuasa hendaklah, sebelum memulakan apa-apa

prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan

sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada

jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun

pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang

kerja atau turun pangkat. Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatertib

yang berkenaan (dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu

peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib) yang berkenaan hendaklah

merujukkan kes itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang

mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau

turun pangkat.

Page 149: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

149

4.2 PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB BUKAN

DENGAN TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU

TURUN PANGKAT

Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

mendapati bahawa pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah

daripada jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan

daripada buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa yang

berkenaan hendaklah memberitahu pegawai itu secara bertulis

fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan

olehnya dan hendaklah memberi peluang kepada pegawai itu

untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tidak kurang

daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan fakta- fakta

itu. Jika setelah menimbangkan representasi yang dibuat dibawah

subperaturan (1), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

mendapati:-

a) Pegawai itu bersalah, ia hendaklah mengenakan ke atas

pegawai itu mana- mana satu atau lebih hukuman yang dinyatakan

dalam peraturan 38 yang difikirkannya sesuai dan patut.

b) Pegawai itu tidak bersalah ia hendaklah dibebaskan

Page 150: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

150

4.3 PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB DENGAN

TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU TURUN

PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang bersidang untuk

menimbangkan suatu kes yang pelanggaran tatatertib yang

diadukan adalah didapati daripada jenis yang patut dikenakan

suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah

menimbangkan segala maklumat yang ada dan jika didapati

bahawa terdapat satu kes prima facie terhadap pegawai itu untuk

dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Pihak Berkuasa Tatatertib

yang berkenaan hendaklah mengarahkan supaya suatu pernyataan

yang mengandungi fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang

dikatakan telah dilakukan oleh pegawai itu dan apa-apa alasan

yang dicadangkan, yang berdasarkannya pegawai itu hendak

dibuang kerja atau diturunkan pangkat dihantarkan kepada

pegawai itu dan pegawai itu hendaklah diminta membuat suatu

respresentasi bertulis, yang mengandungi alasan-alasan yang

berdasarkannya pegawai itu bergantung untuk membebaskan

dirinya, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari

dari tarikh penerimaan pertuduhan itu. Jika pegawai itu tidak

membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan

Page 151: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

151

dalam subperaturan (1), atau jika pegawai itu membuat

representasi yang tidak dapat membebaskan dirinya sehingga

memuaskan hati Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, Pihak

Berkuasa Tatatertib itu henhdaklah terus menimbangkan dan

memutuskan sama ada untuk membuang kerja atau menurunkan

pangkat pegawai itu. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang

berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu

menghendaki penjelasan selanjutnya. Pihak Bekuasa Tatatertib itu

boleh melantik Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada

tidak kurang daripada dua orang pegawai kerajaan yang lebih

kanan daripada pegawai yang di bawah penyiasatan. Ketua jabatan

pegawai yang di bawah penyiasatan itu tidak boleh menjadi

anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah subperaturan (4).

Jawatankuasa Penyiasatan yang dilantik di bawah subperaturan (4)

:-

a) Hendaklah memberitahu pegawai mengenai tarikh yang

persoalan mengenai pembuangan kerja atau penurunan

pangkatnya akan dibawa ke hadapan Jawatankuasa Penyiasatan

dan, jika Jawatankuasa Penyiasatan itu berpendapat bahawa

pegawai itu boleh dibenarkan hadir, bahawa dia hendaklah

Page 152: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

152

menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk

membebaskan dirinya.

b) Boleh memanggil dan memeriksa saksi-saksi atau

mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk

mendapatkan penjelasan selanjutnya mengenai kes itu.

Jika saksi-saksi dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa

Penyiasatan itu, pegawai itu hendaklah diberi peluang untuk hadir

dan untuk menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan

tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadapnya

melainkan jika pegawai itu telah sebelum ini dibekalkan dengan

suatu salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses

kepadanya. Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh membenarkan

kerajaan atau pegawai itu diwakili oleh seseorang pegawai dalam

perkhidmatan awam atau, dalam kes yang luar biasa oleh seorang

peguambela dan peguamcara, dan tertakluk kepada apa-apa

penangguhan yang munasabah dan perlu untuk membolehkan

pegawai itu sendiri membentangkan kesnya, Jawatankuasa

Penyiasatan boleh menarik balik kebenaran itu pada bila-bila

masa. Dengan syarat bahawa jika Jawatankuasa Penyiasatan itu

membenarkan kerajaan diwakili, ia hendaklah juga membenarkan

pegawai itu untuk diwakili dengan cara yang sama. Jika seseorang

Page 153: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

153

pegawai yang dikehendaki untuk menghadirkan diri di hadapan

suatu Jawatankuasa Penyiasatan pada tarikh dan masa yang

ditetapkan bagi pendengaran itu tidak menghadirkan dirinya, dan

jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi suatu

penangguhan, Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh terus

menimbangkan dan memutuskan aduan atau ia boleh

menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh hadapan.

Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan itu

hendaklah membuat suatu laporan kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib yang berkenaan. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu

berpendapat bahawa laporan itu tidak jelas dalam apa-apa perkara

tertentu atau bahawa penyiasatan selanjutnya adalah dikehendaki

perkara itu boleh dirujukkan balik kepada Jawatankuasa

Penyiasatan itu untuk menjalankan penyiasatan selanjutnya dan

membuat laporan selanjutnya. Jika setelah menimbangkan

representasi di bawah subperaturan (1) dan jika suatu

Jawatankuasa Penyiasatan dilantik, setelah menimbangkan laporan

Jawatankuasa itu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

mendapati:-

a) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku dan patut

dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib

Page 154: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

154

itu hendaklah dengan serta merta mengenakan hukuman yang

sesuai.

b) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku tetapi

salahlaku itu tidak patut dikenakan hukuman buang kerja atau

turun pangkat tetapi patut dikenakan hukuman yang lebih ringan.

Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas

pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirknnya

lebih sesuai dan patut.

c) Bahawa pegawai itu tidak bersalah kerana salahlaku, Pihak

Berkuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.

2. PROSEDUR DALAM KES JIKA PEGAWAI TIDAK

HADIR TANPA CUTI DAN TIDAK BOLEH DIKESAN.

5.1 PEGAWAI TIDAK HADIR TANPA CUTI DAN

TIDAK BOLEH DIKESAN

Walau apa pun peruntukan peraturan 52, jika seseorang

pegawai tidak hadir tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut dan

tidak boleh dikesan, ketua jabatan itu hendaklah menyebabkan

suatu surat dihantar kepada pegawai itu melalui Pos Berdaftar

Akuan Terima ke alamatnya yang akhir diketahui sebagaimana

Page 155: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

155

yang diberikan kepada ketua jabatan di bawah peraturan 52,

mengarahkan pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dengan

serta-merta. Jika selepas surat diserahkan:-

a) Pegawai itu datang melapor diri untuk bertugas

b) Pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau

tiada apa-apa jua khabar untuk didengar daripadanya

c) Bagi maksud peraturan ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan

Terima itu diterima oleh seseorang lain selain daripada pegawai

yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tidak

terserah.

5.2 AKIBAT TIDAK HADIR TANPA CUTI SELEPAS

PEMBERITAHUAN DALAM WARTA

Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam

tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam

Warta, ketua jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa

Tatatertib tersebut hendaklah memulakan tindakan tatatertib

mengikut Peraturan-peraturan ini. Jika seseorang pegawai itu tidak

melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari

Page 156: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

156

tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu

hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan

mulai dari tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.

5.3 PERLUCUTAN EMOLUMEN KERANA

KETAKHADIRAN TANPA CUTI

Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir

bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau

tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa

tempoh yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun

Pihak Berkusa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan

perlucuthakkan itu. Seseorang pegawai yang emolumennya yang

dilucuthakkan di bawah peraturan ini hendaklah diberi notis

bertulis mengenai perlucuthakkan tersebut. Bagi maksud peraturan

ini perlucuthakkan emolumen bukanlah satu hukuman tatatertib

dalam pengertian peraturan 38.

Page 157: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

157

6. HUKUMAN

6.1 HUKUMAN TATATERTIB

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati seseorang pegawai

bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-

peraturan ini, dan setelah mengambil serius kesalahan itu, maka

Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pegawai

itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau

gabungan dua hukuman atau lebih:-

a) Amaran

b) Denda

c) Lucuthak emolumen

d) Tangguh pergerakan gaji

e) Turun gaji

f) Turun pangkat

g) Buang kerja

6.2 DENDA ATAU LUCUTHAK EMOLUMEN

Page 158: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

158

Bagi maksud peraturan-peraturan ini, hukuman denda atau

lucuthak emolumen hendaklah dibuat mengikut peruntukan-

peruntukan yang berikut:-

a) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu

masa tidak boleh melebihi amaun setara dengan tujuh hari

emolumen pegawai yang berkenaan. Jika seseorang pegawai

didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana satu bulan

kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan

itu tidak boleh melebihi amaun yang setara dengan empat puluh

lima peratus daripada emolumen bulanannya.

b) Hukuman lucuthak emolumen tidak tertakluk kepada

perenggan (a) di atas berhubungan dengan amaun maksimum

denda pada mana-mana satu masa tertentu atau dalam mana-mana

satu bulan tertentu. Jika hukuman itu berkaitan dengan kesalahan

tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau

tanpa sebab munasabah, amaun emolumen yang hendak

dilucuthakkan hendaklah diputuskan oleh Pihak Berkuasa yang

berkenaan, dikira dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai

itu tidak hadir.

Page 159: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

159

6.3 PENANGGUHAN PERGERAKAN GAJI

Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh:-

a) Tiga bulan

b) Enam bulan

c) Sembilan bulan

d) Dua belas bulan

Ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mana

difikirkan sesuai dan patut. Hukuman tangguh pergerakan gaji

yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah

dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya

bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Seseorang pegawai yang

dikenakan ke atasnya hukuman tangguh pergerakan gaji, tidak

berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan

sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa. Hukuman tangguh

pergerakan gaji hendaklah mempunyai akibat-akibat yang

berikut:-

Page 160: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

160

a) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang dikenakan

ke atasnya hukuman, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan

gaji paling hampir selepas habisnya tempoh hukuman.

b) Tarikh pergerakan gajinya hendaklah kekal pada tarikh

yang diubah di bawah perenggan (a) sehingga pegawai itu

mencapai tangga gaji maksimum bagi jadualnya.

6.4 PENURUNAN GAJI

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan

suatu hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut

peruntukan-peruntukan yang berikut:-

a) Gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam

peringkat yang sama

b) Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan

gaji

c) Tempoh hukuman jyang dikenakan tidak boleh kurang

daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh

enam bulan pada mana-mana satu masa.

Page 161: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

161

Tarikh pergerakan gaji seseorang yang ke atasnya

hukuman turun gaji dikenakan, hendaklah diubah kepada tarikh

pergerakan gaji yang berikutnya selepas habisnya tempoh

hukuman itu.

6.5 PENURUNAN PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun

pangkat ke atas seseorang pegawai mengikut cara yang berikut:-

a) Dengan menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang

lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.

b) Dengan menentukan gaji pegawai itu pada suatu mata gaji

dalam jadual gaji gred yang dikurangkan itu, adalah gaji yang

lebih rendah tetapi paling hampir dengan gaji akhir yang diterima

oleh pegawai itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.

6.6 BUTIR-BUTIR KESALAHAN DAN HUKUMAN

HENDAKLAH DIREKODKAN

Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang

pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman yang

Page 162: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

162

dikenakan ke atas pegawai itu di bawah peraturan-peraturan ini

hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan

pegawai itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang

dilakukan dan hukuman yang dikenakan.

7. FUNGSI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Peraturan dan undang-undang terbentuk, yang mana berlaku

sekatan pada setiap perlakuan mahupun tindakan seseorang yang

bekerja di dalam sesebuah organisasi samaada institusi Kerajaan

mahupun swasta. Fungsi peraturan dan undang- undang dalam

organisasi adalah bertujuan untuk mendidik kakitangan di

dalamnya supaya bersifat :

7.1 AMANAH

Amanah terhadap diri sendiri, seperti mana yang disebutkan

bahawa diri manusia dan segala anggotanya adalah menjadi

amanah Allah s.w.t. Akal, mata, telinga, kaki dan tangan menjadi

amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan

kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Begitu juga dalam

sektor pekerjaan di dalam sesebuah organisasi, setiap pekerja

Page 163: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

163

hendaklah mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas

yang diberikan untuk menjamin kesempurnaan pekerjaan.

(Ensiklopedia Islam.1998: 114) Firman Allah s.w.t:-

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu

menghianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah

kamu menghianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu,

sedangkan kamu mengetahui" (al-Anfal: 27)

Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan

kepada orang lain untuk melaksanakannya. Orang yang tidak

amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan dan juga

penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap pekerja kerana tugas

mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan sesebuah

organisasi. Dalam Agama Islam sangat mementingkan soal

amanah, dan menyerahkan amanah pada yang berhak. Firman

Allah s.w.t:-

Page 164: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

164

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu

menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” (al-

Nisa‟: 58)

Hendaklah bersikap amanah dalam melaporkan dan

merekodkan sesuatu seperti mana firman Allah s.w.t:-

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman apabila kamu

bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan,

hendaklah kamu menuliskannya, dan hendaklah seorang penulis

di antara kamu menuliskannya dengan benar” (al-Baqarah : 28 )

Dan hendaklah bersikap amanah dalam mengukur dan

menyukat, firman Allah s.w.t:-

Maksudnya: “Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan, dan

janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran

dan timbangannya.” (al-A‟raf :85)

Page 165: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

165

Oleh yang demikian sudah jelas membuktikan bahawa

sifat tidak amanah merupakan satu sifat yang dikeji dan dibenci

Allah, agama dan masyarakat. Ciri-ciri orang yang bersifat

amanah, antaranya ialah :

i. Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-

baiknya

ii. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan-peraturan

yang telah di tetapkan

iii. Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah

iv. Menyiapkan kerja dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Sebaliknya orang yang tidak amanah melakukan perkara-perkara

berikut :

i. Melakukan penipuan dan penyelewengan

ii. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

iii. Cuai dalam menjalankan tugas

iv. Menggunakan waktu bekerja untuk membuat kerja

persendirian. (INTAN. 1994: 58-59)

Page 166: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

166

7.2 BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab bermaksud melaksanakan tugas, kerja, yang telah

diamanahkan. Sebagai contoh dalam perkhidmatan awam daripada

peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah

mempunyai sikap bertangungjawab. Kejayaan mereka memikul

tanggungjawab akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan

awam. Sebaliknya mereka yang gagal melaksanakan

tanggungjawab dengan sempurna boleh dikenakan tindakan

tatatertib seperti termaktub dalam peraturan-peraturan Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Antara ciri-ciri yang dapat menggambarkan sikap

bertanggungjawab ini ialah:-

i. Bersungguh- sungguh melaksanakan kerja

ii. Melaksanakan kerja dengan sempurna

iii. Rasa bersalah jikalau tugas yang dipikul tidak dapat di

sempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang

telah ditetapkan

iv. Menjaga maruah agama, bangsa dan negara

Page 167: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

167

Sebaliknya ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu

kurang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya ialah:-

i. Tidak melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-

sungguh sehingga orang lain terpaksa membantu untuk

menyempurnakannya.

ii. Hasil kerjanya di ragui dan tidak menepati tahap piawai

yang di kehendaki

iii. Tidak menyudahkan kerjanya dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan

iv. Tidak berusaha untuk membaiki mutu kerjanya.

(INTAN.1994:60)

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pekerja untuk

menjalankan dan memikul amanah yang telah diberi. Dalam

konteks ini juga seseorang perlulah bertanggungjawab dalam

menjaga harta dan kemudahan yang disediakan oleh pihak

pengurusan pentadbiran. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan

oleh Bukhari, Muslim dan Al-Tarmizi yang bermaksud: Di

riwayatkan daripada Abdullah bin Omar yang berkata aku dengar

dari Rasulullah s.a.w berkata: “semua kamu bertanggungjawab

akan orang-orang di bawah jagaannya. Imam bertanggungjawag

Page 168: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

168

kepada rakyatnya. Seorang lelaki bertanggungjawab kepada ahli

keluarganya. Isteri bertanggungjawab terhadap rumah tangga

suaminya. Pekerja bertanggungjawab kepada orang-orang di

bawah jagaan kamu.”

Berdasarkan kepada hadith diatas, jelas menunjukkan

bahawa Islam sangat menitikberatkan tentang tanggungjawab.

Oleh yang demikian setiap manusia harus bertanggungjawab di

atas setiap tugas yang diprtanggungjawabkan. Ini membuktikan

bahawa Islam begitu mengambil berat soal tanggungjawab dan

kepimpinan. Pengabaian tugas-tugas tersebut bererti mengkhianati

amanah tanggungjawab dan kepimpinan yang telah diberikan.

(Kor Agama Angkatan Tentera, 1995: 38-39)

7.3 IKHLAS

Ikhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang

itu ikhlas dalam kerjanya ia akan melaksanakan tugas tersebut

dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan

secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu sentiasa akan

merungut, menyalahkan orang lain, menunujuk-nunjuk dan gagal

melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. Seseorang

Page 169: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

169

yang bekerja kuat semata-mata untuk menerima kenaikan gaji

melintang akan merosot prestasinya apabila ia telah berjaya

memperolehinya. Manakala orang yang mempunyai sifat ikhlas,

sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu kerjanya secara

berterusan. Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas ialah:-

i. Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksansakan tugas

ii. Tidak memilih-milih kerja dan melakukan apa saja tugas

yang telah di berikan

iii. Melaksanakan sesuatu tugas tersebut dalam tempoh yang

ditetapkan, tanpa mengira waktu samada di pejabat atau

selepas waktu pejabat.

Sebaliknya ciri-ciri pekerja yang tidak ikhlas dalam menjalankan

tugasnya ialah;-

i. Bekerja dengan tekun hanya di hadapan ketua dengan

tujuan menunjuk-nunjuk.

ii. Memilih kerja iaitu hanya melakukan kerja-kerja yang

disukai oleh ketua, kerja-kerja yang akan membuatnya

terkenal, untuk mendapat pujian atau kenaikan pangkat

Page 170: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

170

iii. Membuat kerja berdasarkan kepada tempat, masa, dan

orang yang memberi arahan

iv. Memberikan syarat tertentu jikalau kerja-kerja tersebut

diluar dari kerja-kerja rutinnya. (INTAN.1994: 61-62)

Orang yang tidak ikhlas dalam menjalankan kerjanya

selalu bermuka-muka dan gemar mengampu-ampu. Sesungguhnya

orang yang bersifat sedemikian adalah berakhlak rendah.

Keikhlasan seseorang sebenarnya melambangkan

keperibadian dirinya itu tinggi, sanggup melakukan sebarang tugas

biarpun dia tidak pernah dan tidak mengetahui bagaimana

caranya. Namun begitu berusaha untuk mencapai sesuatu kerja

dengan sempurna adalah salah satu lambang keikhlasan tanpa

sebarang rungutan mahupun sogokan. Malah berusaha untuk

menghasilkan produktiviti yang terbaik semata- mata kerana Allah

dan bukan atas dasar pujian. (Kor Agama Angkatan tentera

,1995:11) Firman Allah s.w.t:

Page 171: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

171

Maksudnya: “Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya

daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah dengan

ikhlas” (al-Nisa‟: 125)

7.4 BERDEDIKASI

Berdedikasi bermaksud pembaikian seseorang bagi melaksanakan

tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki

oleh semua pekerja dalam pekerjaan. Seseorang yang mempunyai

sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa mengharapkan

sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji-pujian. Setiap

tugas akan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan berkualiti.

Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa

berusaha memperbaiki kelemahan dirinya dan bersedia menerima

nasihat, teguran, dan tunjuk ajar. Sebaliknya pekerja-pekerja yang

tidak mempunyai sifat-sifat berdedikasi dalam menjalankan

tugasnya adalah seperti berikut:-

i. Selalu mengelakkan diri daripada membuat kerja

ii. Sentiasa meminta simpati dan pertolongan orang lain

dalam melaksanakan tugasnya

Page 172: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

172

iii. Tidak dapat menyempurnakan tugas mengikut tempoh

yang telah ditetapkan. (INTAN. 1994: 63)

Berusaha dalam memperbaiki diri dan menyerah

sebulatnya kepada Allah tanpa mempunyai niat yang buruk serta

bukanlah untuk mendapat perhatian orang lain terutamanya ketua,

maka dengan ini Allah akan menilai mengikut niat yang baik akan

dibalas setimpalnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah

s.w.t:

Maksudnya: “Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu

bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (al-

Maidah :23)

7.5 BERDISIPLIN

Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan

dan undang-undang. Pekerja yang disiplin adalah mereka yang

mematuhi peraturan ,arahan dan undang-undang. Mereka juga

sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa

Page 173: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

173

menjaga imej dan maruah diri. Masyarakat yang mengamalkan

budaya berdisiplin adalah masyarakat yang bertamadun tinggi dan

dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Di antara ciri-ciri

pekerja yang berdisiplin ialah :-

i. Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan

ii. Berpegang teguh kepada ajaran agama

Sebagai contohnya, Dalam perkhidmatan awam mengapa

perakam waktu (punch card) dibuat? Ini adalah salah satu tujuan

mendisiplinkan pekerja mengikut waktu yang telah di tetapkan

tanpa sebarang curi tulang, secara automatiknya pekerja tidak

berpeluang untuk hadir lewat tanpa sebarang sebab yang

munasabah, jika tidak mereka akan di kenakan tindakan tatatertib.

Secara tidak langsung ianya menanam sikap berdisiplin dalam diri

seseorang. (INTAN. 1994: 64-65)

7.6 BEKERJASAMA

Bekerjasama bermaksud saling tolong menolong antara satu sama

lain, terutamanya bekerjasama dalam memberikan kebaikan

kepada organisasi. Setiap pekerja mestilah mempunyai semangat

Page 174: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

174

kerja berpasukan. Nilai kerjasama ini dapat melahirkan suasana

harmoni aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Suasana demikian akan meningkatkan produktiviti dan kualiti

kerja. Menerusi sifat bekerjasama juga kerja yang berat akan dapat

dijalankan dengan mudah dan pantas.

Tradisi dalam masyarakat tempatan serta agama Islam,

sangat menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan penuh

muhibbah, kasih sayang dan menjalin kemesraan di antara pekerja

dengan pekerja dan di antara pekerja dengan majikan. Banyak ayat

dalam al-Quran menghuraikan kisah- kisah yang menunjukkan

unsur bekerjasama dan tolong-menolong yang perlu di amalkan.

(INTAN. 1994: 66-67) Firman Allah s.w.t:-

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam

(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-

menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah

kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaan-

Nya”(al-Maidah :2)

Page 175: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

175

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan

perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi

sebahagian yang lain”(al-Taubah :71)

Di antara ciri-ciri bekerjasama yang perlu ada pada setiap pekerja

ialah :

i. menjalankan tugas yang diamanahkan secara kolektif

ii. menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara

berkumpulan adalah lebih bernas dan mantap dan jitu

kearah mencapai kejayaan sesuatu organisasi

iii. selalu merujuk atau mendapatkan pandangan rakan sejawat

tentang perkara yang rumit. (INTAN. 1994: 66-67)

7.7 BERSIH

Bersih bermaksud kebersihan dari segi fizikal (misalnya diri,

pakaian, kawasan persekitaran) dan juga kebersihan moral (hati,

Page 176: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

176

fikiran yang baik, jiwa yang murni dan tidak sombong).

Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan seseorang

daripada perasaan dengki, khianat, tamak haloba, dan sifat-sifat

yang tercela. Di antara ciri-ciri bersih ialah :-

i. Suka mengamalkan sikap bantu-mambantu dan tolong

menolong antara satu sama lain.

ii. Sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian yang kemas dan

bersih ke pejabat

iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan sopan

iv. Menjauhkan diri daripada perbuatan keji seperti rasuah dan

pecah amanah.

Manakala ciri-ciri orang yang tidak bersih ialah:-

i. Suka menuturkan perkataan yang kotor dan lucah.

ii. Datang ke pejabat dalam keadaan diri yang tidak terurus

seperti tidak bercukur, berambut panjang dan tidak

bersikat, pakaian tidak bergosok dan kasut yang tidak

digilap.

iii. Melakukan penipuan dan rasuah.

Page 177: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

177

Disini ditekankan sifat bersih itu dari segi perbuatan

dalaman dan luaran, memelihara diri dari segala perlakuan buruk

dan menjaga adab- adab pergaulan. Jika batiniah seseorang itu

bersih maka akan lahirlah zahiriah yang sempurna dari pandangan

mata manusia. (INTAN. 1994: 68-69)

7.8 TEKUN

Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu

tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya

mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan

mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi,

sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan

sentiasa meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti.

Ketekunan akan wujud kepada pekerja yang memberi penumpuan

terhadap tugasnya dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Oleh

kerana itu setiap pekerja yang tekun dalam menjalankan tugas,

sentiasa berusaha supaya matlamat dan objektif yang telah

dirancang akan dapat dicapai dengan jayanya. Mereka akan

sentiasa suka kepada kerja tanpa rasa jemu dan kecewa, tanpa lalai

dan leka. Mereka juga akan sentiasa berusaha mengatasi sebarang

masalah dengan bersungguh-sungguh sama ada secara

Page 178: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

178

berseorangan dan berkumpulan. (INTAN. 1994: 70-71) Firman

Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan bahawasanya seorang manusia tiada

memperoleh sesuatu, selain apa yang telah diusahakannya” (al-

Najm: 39)

Mengikut hadith Nabi Muhammad s.a.w yang

diriwayatkan oleh al-Baihaqi bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat

sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan

mempertingkatkannya)”

Di antara ciri-ciri ketekunan ialah:-

i. Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan

diri supaya hasil kerjanya benar-benarsempurna.

ii. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan

perkhidmatan untuk kemajuan negara.

Page 179: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

179

iii. Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke

tahap yang cemerlang. (INTAN. 1994: 71)

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak tekun dalam menjalankan

tugas antaranya:-

i. Bekerja sambil lewa dan tidak mementingkan kualaiti

kerja.

ii. Tidak sanggup bekerja lebih masa atau di luar waktu

pejabat.

iii. Tidak berusaha meningkatkan mutu kerja dengan

menghadiri latihan. (INTAN. 1994: 72)

7.9 SEDERHANA

Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap

keterlaluan sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu

peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan seperti percakapan,

pakaian, tindakan dan tingkahlaku. Agama Islam sangat

menggalakkan sifat sederhana seperti dalam ayat al-Quran, firman

Allah s.w.t:-

Page 180: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

180

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari

manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka

bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-

orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

Antara sifat-sifat sederhana yang perlu diamalkan ialah:-

i. Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat orang

lain.

ii. Mudah memaafkan kesilapan orang lain.

iii. Bijaksana dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak beersifat sederhana

antaranya ialah:-

i. Suka menonjol-nonjolkan diri dan suka menggunakan

perkataan bombastik apabila bercakap.

ii. Suka menunjuk-nunjuk kepandaiannya.

iii. Berlebihan dalam berbelanja dan membazirkan harta

awam. (INTAN. 1994: 73)

Page 181: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

181

Mengikut kajian barat yang telah dilakukan oleh Shultz

(1964), beliau mendapati bahawa pekerja yang berprestasi

sederhana mampu memberi sumbangan yang signifikan sekiranya

beliau diletakkan dalam situasi yang tepat. Antara contoh situasi

yang tepat yang dimaksudkan ialah kumpulan kerja yang serasi,

sistem komunikasi yang terbuka dan pengurus yang sedia

membantu. Dalam hal ini keupayaan mereka untuk melakukan

tugas yang diserahkan hendaklah dinilai dengan berhati-hati

kerana mereka tidak sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap tugas yang dilakukan. Kebiasaannya mereka hanya

melakukan sebahagian kecil daripada keseluruhan kerja yang

dilakukan, manakala lain-lain bahagian dipertanggungjawabkan

kepada pihak lain. (Salaman dan Esland. 1980) Oleh itu, prestasi

kerja mereka dipengaruhi oleh prestasi kerja pihak lain seperti

lain-lain anggota kumpulan sekerja, penyelia, teknologi dan

persekitaran, di mana mereka melakukan pekerjaan. Sehubungan

dengan ini dalam menilai mereka, semua factor ini perlulah

diambil kira dengan sewajarnya kerana ia turut mempengaruhi

prestasi kerja pekerja-pekerja berkenaan. Lebih-lebih lagi sifat

sesuatu pekerjaan itu sendiri yang lebih berbentuk satu penentuan

awal yang menutup ruang budi bicara pekerja. Peraturan ini juga

mampu memupuk sifat- sifat berikut:-

Page 182: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

182

7.10 BERBUDI BAHASA

Berbudi mulia bermaksud tingkahlaku yang baik dan percakapan

yang bersopan santun. Antara sifat-sifat berbudi mulia ialah

peramah, memberi layanan yang baik, menuturkan kata yang

sopan, berkelakuan yang menyenangkan dan suka menolong orang

lain. Sesuatu masyarakat itu akan dipandang tinggi jika

kebanyakan anggotanya berbudi mulia. Berbudi mulia sangat

dituntut di dalam Islam dan ini dapat diperhatikan dalam ayat al-

Quran, firman Allah s.w.t:-

Maksudnya: “Dan apabilakamu diberikan penghormatan dengan

suatu ucapan (hormat seperti memberi salam) maka balaslah

penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah

dia dengan cara yang sama. Sesungguhnya Allah sentiasa

menghitung tiap-tiap sesuatu.” (al-Nisa‟: 86)

Berbudi mulia selalunya terpancar daripada sikap yang

mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Page 183: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

183

i. Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas.

ii. Menberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan

santun.

iii. Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan

iv. Bersedia membantu orang lain dengan tangan yang

terbuka.

v. Bertimbang rasa dan bertolak ansur.

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak berbudi mulia

antaranya melakukan tingkahlaku yang berikut:-

i. Bertindak dengan cara yang kasar

ii. Sentiasa menunjukkan muka yang masam dan bertutur

dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

iii. Tidak memikirkan kesusahan orang lain. (INTAN. 1994:

74-76)

8. KESIMPULAN

Mana-mana organisasi pun di dalam dunia ini memerlukan

peraturan dan undang-undang bagi memantau dan menyelia

Page 184: Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam

184

pergerakan kakitangan serta membantu melancarkan proses

pentadbiran dalam organisasi. Kepentingannya didalam sesebuah

organisasi adalah bertujuan untuk melahirkan nilai-nilai murni

didalam setiap individu malah peraturan yang berlandaskan syariat

amat penting kerana ianya bukan sahaja untuk kepentingan semua

malah secara automatiknya ia mendapat keredhaan Ilahi. Jika

dilihat perbezaan diantara yang mengamalkan peraturan dan

undang-undang dengan yang tidak mengamalkannya, boleh

mengakibatkan pelbagai permasalahan yang wujud serta timbul

pelbagai gejala yang tidak sihat sebagai contoh, rasuah, tidak

amanah, makan gaji buta dan sebagainya. Di sinilah pentingnya

peraturan dan undang- undang bagi mengawal selia perjalanan

organisasi dan kakitangan didalamnya.