Etika Kerja Islami

89
HUBUNGAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN ORGANISASI : KAJIAN DIKALANGAN KAKITANGAN LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI Tesis yang dikemukakan kepada Kolej Perniagaan, UUM adalah merupakan sebagai sebahagian daripada syarat pengijazahan Program Sarjana Sains (Pengurusan) Oleh Rusniyati Binti Mahiyaddin 2009

Transcript of Etika Kerja Islami

Page 1: Etika Kerja Islami

HUBUNGAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN ORGANISASI : KAJIAN

DIKALANGAN KAKITANGAN LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI

Tesis yang dikemukakan kepada Kolej Perniagaan, UUM adalah merupakan sebagai

sebahagian daripada syarat pengijazahan Program Sarjana Sains (Pengurusan)

Oleh

Rusniyati Binti Mahiyaddin

2009

Page 2: Etika Kerja Islami

KOLEJ PERNIAGAAN (College of Business)

Universiti Utara Malaysia

PERAKUAN KERJA KERTAS PROJEK (Certification of Project Paper)

Saya, mengaku bertandatangan, memperakukan bahawa (I, the undersigned, certified that)

(NAMA)

Calon untuk Ijazah Sarjana (Candidate for the degree of) MASTER OF SCIENCE (MANAGEMENT) telah mengemukakan kertas projek yang bertajuk (has presented his/her project paper of the following title)

(TAJUK)

Seperti yang tercatat di muka surat tajuk dan kulit kertas project (as it appears on the title page and front cover of the project paper)

Bahawa kertas projek tersebut boleh diterima dari segi bentuk serta kandungan dan meliputi bidang ilmu dengan memuaskan. (that the project paper acceptable in the form and content and that a satisfactory knowledge of the field is covered by the project paper).

Nama Penyelia : DR. AZIZI ABU BAKAR (Name of Supervisor) Tandatangan : ________________________________________ (Signature) Tarikh : 30 OGOS 2009 (Date)

Page 3: Etika Kerja Islami

ii

KEBENARAN MERUJUK TESIS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan pengurniaan Ijazah

Sarjana Sains (Pengurusan) Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya dengan ini bersetuju

membenarkan pihak perpustakaan Universiti Utara Malaysia mempamerkannya sebagai bahan

rujukan umum. Saya juga bersetuju bahawa sebarang bentuk salinan sama ada secara

keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini untuk tujuan akademik perlulah mendapat

kebenaran daripada Penyelia Tesis atau Dekan Akademik Kolej Perniagaan terlebih dahulu.

Sebarang bentuk salinan dan cetakan bagi tujuan komersial adalah dilarang sama sekali tanpa

kebenaran bertulis daripada penyelidik. Penyataan rujukan kepada penyelidik dan Universiti

Utara Malaysia perlulah dinyatakan jika rujukan ke atas tesis ini dilakukan.

Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan tesis ini sama ada secara sebahagian atau

sepenuhnya hendaklah dipohon melalui:

Dekan Akademik

Kolej Perniagaan

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah Darul Aman

Page 4: Etika Kerja Islami

iii

ABSTRAK

Etika kerja Islam adalah etika yang diamalkan oleh pekerja-pekerja berlandaskan ajaran Islam.

Manakala komitmen organisasi ditakrifkan sebagai sifat hubungan antara individu dengan

organisasi kerja, di mana individu mempunyai keyakinan diri terhadap nilai dan tujuan

organisasi kerja, kerelaan untuk menggunakan usahanya secara bersungguh-sungguh demi

kepentingan organisasi serta keinginan yang kuat untuk menjadi sebahagian daripada organisasi

kerja. Ini kerana keperluan terhadap kakitangan yang komited terhadap organisasi diperlukan

bagi menjayakan misi dan visi organisasi. Walaupun sudah terdapat etika kerja Islam di

organisasi ini masih juga terdapat dikalangan kakitangan yang melaksanakan tugas tidak

sepertimana yang diamanahkan. Objektif kajian ialah untuk mengkaji sama ada wujud hubungan

dan pengaruh antara dimensi-dimensi etika kerja Islam terhadap komitmen organisasi. Dalam

kajian ini, sebanyak 100 responden diperolehi daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji

melalui soalselidik yang diedarkan. Analisa kajian dibuat dengan menggunakan taburan

kekerapan, statistik deskriptif dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan

antara etika kerja Islam dan komitmen organisasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara etika kerja Islam dan komitmen organisasi. Kebanyakan

responden menyatakan bahawa mereka mengakui bahawa komitmen mereka terhadap organisasi

dipengaruhi oleh etika kerja Islam yang diamalkan dalam organisasi ini.

Page 5: Etika Kerja Islami

iv

ABSTRACT

Islamic work ethic is an Islamic ethic that has been practiced among the staff base on Islamic

teaching. Organizational commitment can be defined as the behaviorist of relationship between

individual and work organization where the individual must be completed with high self

confident towards value and work organizational purpose, willing to fully utilized own effort for

the benefit of organization and his self desire to be part of the organization. This is due to the

need of having a committed staff towards organization for the purpose of achieving mission and

vision of the organization. Even though the Islamic work ethic is frequently emphasized in this

organization, how ever there are staffs that are not fulfilling their duties as in the recommended

way. The objective of the study is to determine whether there is an existing relationship and

influence among dimensions of Islamic work ethic towards organizational commitment. In this

study 100 respondents were selected from Lembaga Urusan Tabung Haji staff through

distributed questionnaire. The data were analyses using the frequency, descriptive statistic and

Pearson correlation for the purpose investigating the relationship between Islamic Work ethic

and organizational commitment. The result from this study showed that there is significant

relationship between Islamic work ethic and organizational commitment. Majority of the

respondents admitted that their commitments towards the organization were influence by the

Islamic work ethic, which has been practiced by the organization.

Page 6: Etika Kerja Islami

v

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat saya menjalankan

penyelidikan dengan lancar dan berjaya menyiapkan tesis ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Dr. Azizi Abu Bakar selaku penyelia saya yang telah menyumbangkan masa dan tenaga

dalam membimbing, menasihati dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan

tesis ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Tabung Haji kerana

membenarkan saya menjalankan kajian di organisasi mereka serta semua responden yang telah

melibatkan diri mereka dalam mengembalikan soal selidik yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang turut membantu secara

langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tesis ini. Kedua ibu bapa Hj. Mahiyaddin Bin

Hj. Yaacob dan Hjh. Mariam Binti Hj. Ahmad, anak saudara Nur Yusnidar Yahaya dan rakan-

rakan iaitu Sharliana Che Ani, Sofia Elias, Khairul Hamimah Jodi, Mudzalifa Hamid, Siti Nor

Amira dan Suhaila Yat.

Rusniyati Binti Mahiyaddin

Page 7: Etika Kerja Islami

vi

HUBUNGAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN ORGANISASI: KAJIAN

DIKALANGAN KAKITANGAN LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI

JADUAL KANDUNGAN

Muka Surat

KEBENARAN MERUJUK TESIS ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI GAMBARAJAH xi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 8

Page 8: Etika Kerja Islami

vii

BAB 2 ULASAN KARYA

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Nilai dan Etika Kerja 10

2.3 Etika Kerja Islam 14

2.4 Komitmen Organisasi 16

2.5 Hubungan Antara Etika Kerja dan Komitmen Organisasi 18

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan 21

3.2 Teori Kerangka Kerja 21

3.3 Hipotesis Kajian 21

3.4 Populasi Kajian 22

3.5 Sampel Kajian 22

3.6 Saiz Sampel Kajian 22

3.7 Teknik Persampelan Kajian 23

3.8 Pengumpulan Data 23

3.8.1 Data Primer 24

3.8.1.1 Soal selidik 24

3.8.2 Realibiliti Instrumen 26

3.8.3 Data Sekunder 26

3.8.3.1 Buku Teks 27

3.8.3.2 Jurnal/Artikel/Laporan Tahunan 27

3.8.3.3 Internet 27

3.9 Prosedur-prosedur Penganalisaan Data 27

Page 9: Etika Kerja Islami

viii

BAB 4 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 29

4.2 Demografi Responden 30

4.2.1 Umur Responden 30

4.2.3 Jantina Responden 31

4.3.3 Tahap Pendidikan Responden 32

4.3 Hubungan Antara Etika Kerja Islam dan Komitmen Organisasi 33

4.4 Ujian Deskriptif 34

4.5 Ujian Kekerapan 37

BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 54

5.2 Rumusan Kajian 54

5.3 Cadangan 56

5.3.1 Pertingkatkan Kefahaman Berkaitan Etika Kerja Islam 56

5.3.2 Kepimpinan Melalui Teladan 57

5.3.3 Memperkayakan Kerja 57

5.3.4 Selaraskan Matlamat Pekerja Dengan Matlmat Organisasi 57

5.4 Saranan Kajian 58

5.5 Kesimpulan 58

BIBLIOGRAFI 60

LAMPIRAN

Page 10: Etika Kerja Islami

ix

SENARAI JADUAL

Nombor Tajuk Jadual Muka Surat

Jadual

4.3.1 Keputusan Ujian Pekali Kolerasi Pearson : Hubungan Etika

Kerja Islam dengan Komitmen Organisasi 33

4.4.1 Keputusan Ujian Deskriptif: Min Berdasarkan

Item Etika Kerja Islam 34

4.4.2 Keputusan Ujian Deskriptif: Min Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 36

4.5.1 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 37

4.5.2 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 38

4.5.3 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 39

4.5.4 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 40

4.5.5 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 41

4.5.6 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 42

4.5.7 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 43

4.5.8 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 43

Page 11: Etika Kerja Islami

x

4.5.9 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 44

4.5.10 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Etika Kerja Islam 45

4.5.11 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 46

4.5.12 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 46

4.5.13 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 47

4.5.14 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 48

4.5.15 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 49

4.5.16 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 49

4.5.17 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 50

4.5.18 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 51

4.5.19 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 52

4.5.20 Keputusan Ujian Kekerapan: Kekerapan Berdasarkan Item

Komitmen Organisasi 53

Page 12: Etika Kerja Islami

xi

GAMBARAJAH

4.2.1 Umur Respoden 30

4.2.2 Jantina Responden 31

4.2.3 Tahap Pendidikan Responden 32

Page 13: Etika Kerja Islami

1

BAB PERTAMA

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Etika kerja bagi semua peringkat kehidupan adalah di mana objektif jangka panjang di dunia ini

perlu dikaitkan dengan objektif jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah

SWT dan memohon keredaanNya. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambilkira semasa

bekerja dan masa mestilah digunakan sebaik-baiknya. Malah pengamalan nilai-nilai luhur dalam

etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, jujur, menahan diri dan takwa diperlukan oleh

semua penganut Islam dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

Justeru itu pengenalan kod etika Islam mempunyai peranan yang signifikan terhadap organisasi.

Rata-rata kod etika di tempat kerja adalah berlandaskan teori etika yang telah dibangunkan oleh

para pemikir dan ahli teori Barat semenjak tahun 400 S.M. lagi. Antara teori etika yang

dimaksudkan ialah teori utilitarianisme, egoisme, hedonisme, universalisme, relativisme, hak-

hak moral, keadilan dan sebagainya. Setiap teori mempunyai asas, pendekatan, kekuatan dan

kelemahannya yang tersendiri. Sebagai contoh, teori utilitarianisme yang dipelopori oleh

Bentham (1748-1832) dan Mill (1860-1873) menekankan jumlah utiliti iaitu kegunaan, faedah,

kebaikan dan kebahagiaan yang dihasilkan oleh sesuatu perlakuan individu. Semakin banyak

utiliti yang dihasilkan, semakin tinggilah etika individu berkenaan dan begitu juga sebaliknya.

Teori utilitarianisme dipercayai memberi pengaruh besar kepada pembangunan organisasi.

Namun dalam masa yang sama, ia boleh menimbulkan konflik kerana konsep utiliti adalah

Page 14: Etika Kerja Islami

2

subjektif dan sukar diukur secara tepat. Teori egoisme yang diterajui oleh Nietzsche (1844-1900)

pula meletakkan kepentingan diri atau kumpulan sebagai prinsip berkelakuan dan sesuatu

perbuatan itu adalah beretika jika ia dapat mempengaruhi kepentingan individu atau kumpulan

tertentu. Teori egoisme diyakini dapat meningkatkan tahap motivasi diri, sekalipun ia tidak

mengambil kira kebajikan sejagat.

Meskipun teori berkenaan telah diterima pakai secara meluas untuk sekian lama, namun salah

laku moral yang masih berleluasa dalam organisasi memperlihatkan wujudnya kelemahan pada

teori yang mendasari kod etika itu sendiri. Paling ketara, teori-teori berkenaan dibentuk

berasaskan pemikiran, pertimbangan akal, pengamatan pancaindera dan pengalaman peribadi

para pelopornya yang ternyata amat terhad sifatnya. Asas sedemikian membawa kepada

keterbatasan perlaksanaannya dengan hanya mengambilkira aspek fizikal dan material semata-

mata. Menyedari hakikat tersebut, maka suatu kod etika yang berlandaskan asas sandaran yang

kukuh dan holistik amat diperlukan. Dalam hal ini, Islam telah menyediakan etika kelakuan

berpandukan wahyu Ilahi. Kesyumulan ajaran Islam membolehkan kod etika Islam yang holistik

diwujudkan untuk kegunaan organisasi dan masyarakat keseluruhannya (Nor’Azzah Kamri,

2007).

Page 15: Etika Kerja Islami

3

Komitmen organisasi sepatutnya dilihat sebagai penghubung antara individu dalam

mengenalpasti penglibatan dalam sesebuah organisasi tertentu (Mowday et.al, 1982).

Kebanyakan konsep berkaitan komitmen organisasi diambil daripada Porter et.al (1974) dan

Steers (1977) seperti :

i. Kepercayaan dan penerimaan terhadap matlamat dan nilai organisasi.

ii. Kerelaan untuk menguna pakai usaha bagi pihak organisasi.

iii. Kemahuan yang kuat untuk mengekalkan keahlian dalam organisasi (Mowday et.al,

1982)

1.2 Latar Belakang Kajian

Tabung Haji ditubuhkan seawal tahun 1969 dan merupakan antara institusi Islam terawal di

Malaysia. Penubuhan Tabung Haji adalah didasari dua matlamat utama. Pertama ialah memberi

perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan penunaian fardu haji dan

keduanya untuk memberi pulangan yang maksima kepada para pendeposit atas wang simpanan

mereka di Tabung Haji. Kedua-dua matlamat ini menjadikan Tabung Haji sebagai satu-satunya

institusi Islam di Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pengurusan haji dan tabungan

ummah sekaligus.

Page 16: Etika Kerja Islami

4

Selaku sebuah institusi Islam yang mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat Islam,

adalah menjadi tanggungjawab Tabung Haji untuk memastikan aktiviti pengurusannya

dilaksanakan secara Islam, profesional dan cemerlang berlandaskan hukum syarak dan juga nilai-

nilai Islam (Nor Azzah Kamri, 2008).

Pengenalan kod etika Islam atau lebih dikenali sebagai Nilai dan Etika Kerja Tabung Haji

(NEKTH) telah dibentuk pada tahun 1999. Pembentukan NEKTH didasari empat objektif iaitu :

i. Membentuk budaya kerja yang cemerlang dan profesional dalam kalangan kakitangan

Tabung Haji.

ii. Mempertingkatkan produktiviti dan kualiti kerja para kakitangan Tabung Haji.

iii. Mewujudkan garis panduan kepada perlakuan kakitangan agar mencerminkan Tabung

Haji sebagai sebuah organisasi Islam.

iv. Melahirkan kakitangan yang berdaya tahan dan berkeyakinan diri melalui nilai yang

dikongsi bersama.

NEKTH mengandungi 11 nilai iaitu :

1. Mengabdikan diri kepada Allah SWT

2. Ikhlas

3. Amanah

4. Dedikasi dan sabar

5. Tekun dan cekap

Page 17: Etika Kerja Islami

5

6. Adil dan bijaksana

7. Bekerja sebagai satu pasukan

8. Menghargai masa

9. Hubungan harmoni sesama anggota

10. Berbangga dengan Tabung Haji

11. Bermatlamatkan kebahagiaan ummah

Kesemua objektif dan nilai yang didukung oleh NEKTH ini memperlihatkan peranan besar yang

dimainkannya dalam memandu kakitangan Tabung Haji melaksanakan tugas dengan penuh

iltizam dan melahirkan kakitangan yang berakhlak dari segi perlakuan, sikap dan juga kualiti

kerja.

Rasional penyelidik memilih tajuk ini adalah untuk menyelidik sama ada terdapat hubungan

antara etika kerja Islam yang diamalkan ini dengan komitmen organisasi serta mengelakkan

berlakunya penyelewengan di masa hadapan.

1.2 Pernyataan Masalah

Persaingan dalam sektor awam mahupun swasta dalam dunia global hari ini amat mencabar.

Justeru adalah menjadi keperluan kepada sesebuah organisasi untuk memiliki pekerja yang

komited dalam memenuhi aspirasi misi dan visi organisasi. Dalam usaha organisasi

mengenalpasti golongan pekerja yang akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap

Page 18: Etika Kerja Islami

6

organisasi, kepekaan pihak pentadbir dan majikan terhadap pegangan nilai etika kerja seseorang

individu adalah sangat penting.

Malah, Malaysia sendiri berada di kedudukan ke 47 daripada 180 negara berdasarkan Indeks

Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparencey International pada tahun 2008

berbanding pada tahun 2007, Malaysia hanya berada pada kedudukan ke 43. Manakala, kes

pecah amanah di negeri Selangor sahaja menunjukkan peningkatan pada tahun 2008 iaitu 670

kes berbanding dengan 468 kes pada tahun 2007. Keadaan ini menunjukkan bahawa berlakunya

situasi di mana budaya kerja yang berlaku tidak diasaskan kepada nilai-nilai agama dan moral

yang pastinya akan melahirkan individu yang rosak peribadi dan pupus etika.

Organisasi-organisasi yang berkaitan dengan Islam di Malaysia juga tidak terlepas dengan

keadaan ini. Amat mengejutkan masyarakat apabila kenyataan media berkaitan dua bekas

pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah

Seksyen setelah didapati bersalah melakukan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang

institusi itu disiarkan. Keadaan ini memperlihatkan bahawa NEKTH tidak diamalkan

sepenuhnya oleh kakitangan TH. Untuk mengukuhkan lagi kenyataan permasalahan ini, situasi

yang berlaku adalah apabila lembaga pengarah telah meluluskan dana pelaburan dalam

mesyuaratnya tanpa mengetahui fakta penting mengenainya. Tindakan kedua-dua kakitangan TH

ini menghadiri taklimat di Asasi Trading sejurus sebelum mesyuarat ahli lembaga pengarah

menunjukkan mereka tahu sebahagian pelaburan adalah untuk pasaran mata wang asing (forex).

Kedua-dua kakitangan TH ini tahu fakta material tetapi sengaja menyembunyikannya dalam

mesyuarat kerana ada perbezaan pendapat tentang status forex, sama ada halal atau tidak.

Page 19: Etika Kerja Islami

7

Implikasi daripada tindakan ini telah melanggar nilai ikhlas dan amanah yang terkandung dalam

NEKTH. Ia juga mempengaruhi komitmen mereka terhadap TH.

Malah jika dilihat kepada laporan memorandum bantahan yang dikeluarkan oleh Lajnah Hal

Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pusat kepada TH berkaitan memorandum bantahan

kepada TH kerana menaikkan bayaran haji dan desakkan supaya TH kembali kepada falsafah

asal penubuhannya menunjukkan perkara yang berlaku adalah tidak seperti yang diharapkan oleh

masyarakat Malaysia terutamanya kepada para penyimpan. Kenyataan berkaitan boleh dirujuk di

http://detik.daily.tripod.com/okta/1okt_3.htm. Malah pelbagai komen negatif juga dapat dilihat

melalui http://yourwebapps.com/WebApps/db-view.cgi?database=97302 berkaitan tingkahlaku

kakitangan yang kurang sopan dengan pelanggan, pengurusan yang tidak cekap dan sebagainya.

Justeru kajian ini dilakukan supaya tindakan seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Menurut Ab. Rahman N.M, Muhamad N. & Othman A.S (2007), tidak banyak kajian dijalankan

berkaitan etika kerja Islam dan komitmen organisasi di Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian

lepas menunjukkan hubungan antara etika kerja Islam dan komitmen organisasi dalam konteks

Malaysia adalah sangat menarik. Ini kerana, jumlah populasi penduduk Islam di Malaysia adalah

hampir 60%. Justeru, wujud cadangan supaya penilaian lanjut menggunakan sampel yang

berlainan digunakan agar keputusan kajian dapat diterima secara umum. Oleh yang demikian

kajian ini dilakukan bagi menyahut seruan yang dilakukan oleh penyelidik di atas bagi

memperbanyakkan lagi kajian berkaitan etika kerja Islam dan komitmen organisasi

menggunakan sampel organisasi di Malaysia.

Page 20: Etika Kerja Islami

8

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk :

a) Mengkaji hubungan antara dimensi-dimensi etika kerja Islam terhadap komitmen organisasi.

b) Mengkaji pengaruh antara dimensi etika kerja Islam terhadap komitmen organisasi.

1.4 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah diharapkan dapat membantu warga TH dan pihak pengurusan

dalam usaha memperkukuhkan tahap pegangan nilai etika kerja Islam mereka yang secara tidak

langsung mempengaruhi komitmen terhadap organisasi. Selain itu kajian ini adalah penting

untuk membentuk persefahaman antara pengurusan atasan organisasi dan pekerja bawahan serta

memperkukuhkan lagi kerjasama dalam organisasi tersebut.

1.5 Batasan Kajian

Semasa menjalankan kerja lapangan, penyelidik berhadapan dengan beberapa masalah dan

halangan yang akan mengurangkan kebolehpercayaan dan ketepatan dalam penyelidikan ini.

Masalah yang telah dihadapi adalah kurangnya penglibatan responden menyebabkan kesukaran

mendapatkan kerjasama daripada mereka. Ini kerana sesetengah daripada mereka terlalu angkuh

dan perahsia. Sebagai contoh sebahagian besar daripada responden sibuk menyelesaikan tugas

seharian mereka dan tidak sudi untuk menjawab soalselidik yang diedarkan. Mereka juga

beranggapan bahawa soalan yang dikemukakan adalah sensitif.

Page 21: Etika Kerja Islami

9

Responden menyalahtafsir soalselidik dan menjawabnya secara salah. Ini adalah salah satu

daripada masalah kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap soalan yang

telah diajukan kepada mereka. Tafsiran yang salah ini berlaku akibat daripada perbezaan situasi

dan masa.

Page 22: Etika Kerja Islami

10

BAB KEDUA

ULASAN KARYA

2.1 Pendahuluan

Ulasan karya ialah ulasan daripada penyelidikan yang lepas dan memberi definisi yang jelas

berkaitan kajian. Menurut Uma Sekaran (2003), ulasan karya merupakan satu dokumentasi yang

menyeluruh daripada sumber kedua dalam tajuk yang berkaitan dengan kajian. Bahagian ini akan

menerang dan menyokong kerangka teori (theoretical framework) yang telah dipilih oleh

penyelidik. Sumber-sumber ulasan karya ini diperolehi daripada buku, kamus, jurnal, artikel dan

sebagainya.

2.2 Nilai dan Etika Kerja

Etika berasal daripada perkataan Greek, ethos diertikan sebagai sikap dan adat yang menentukan

tingkahlaku iaitu penemuan baik-buruk perbuatan manusia. Etika berkait rapat dengan moral,

akhlak dan nilai sungguhpun secara terperinci terdapat perbezaan ketara antara satu dengan lain.

Menurut Grassian (1981) pula, etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral,

iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan

sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik.

Page 23: Etika Kerja Islami

11

Berdasarkan pengertian ringkas yang diberikan oleh Cherrington (1980), etika kerja merujuk

kepada sikap positif terhadap kerja. Individu yang bekerja dengan rasa gembira mempunyai etika

yang lebih baik daripada mereka yang tidak seronok dengan kerjanya. Hitt (1990), berpendapat

prinsip etika kerja adalah mempunyai maksud yang sama dengan nilai kerja.

Etika bermaksud perwatakan, tingkahlaku dan sekumpulan prinsip moral yang mempengaruhi

kelakuan. Menurut Donnelly, James H., JR et. al (1988), etika juga didefinisikan sebagai suatu

set nilai, norma serta asas moral yang menentu dan membezakan sesuatu tindakan manusia itu

sama ada betul atau salah, baik atau buruk.

Menurut Abu Saad (2003), kajian yang melibatkan nilai etika kerja adalah penting terhadap

beberapa perkara berikut :

a) Menyediakan maklumat asas untuk merancang kerjaya dan kaunseling dalam bidang

kerjaya.

b) Mencungkil tahap motivasi individu terhadap sesuatu kerja.

c) Membentuk sistem motivasi efektif.

d) Mempengaruhi ke arah pencapaian individu di dalam kerja dan kepuasan kerja.

e) Menggalakkan individu melibatkan diri sepenuhnya di dalam kerja.

Page 24: Etika Kerja Islami

12

Menurut Abdul Rauf (1987), etika kerja yang perlu dipraktiskan bagi mewujudkan sistem

pengurusan Islam yang kukuh adalah seperti berikut:

1. Etika kerja untuk semua peringkat

a) Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif

jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah SWT dan memohon

keredaanNya.

b) Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja.

c) Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan.

d) Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, kejujuran,

menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan.

e) Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan atau

kesilapan tidak dilakukan dengan berulang kali.

2. Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan dalam pentadbiran.

a) Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran.

b) Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam memberi sesuatu

tugas dan layanan kepada pekerja.

c) Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat.

d) Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan langkah-

langkah yang cukup untuk mengesan dan mengelakkan pelanggaran peraturan.

e) Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya.

Page 25: Etika Kerja Islami

13

Rafik Issa (1998), pula mentakrifkan etika sebagai satu set prinsip moral yang

membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Beliau menyambung dengan menambah

bahawa etika merupakan satu perkara yang normatif kerana menjelaskan apa yang perlu

dilakukan atau perlu menahan diri daripada melakukannya.

Menurut Rafik Issa (1998), ringkasan parameter asas bagi sistem etika Islam boleh

diringkaskan seperti di bawah:

a) Perbuatan dan keputusan dinilai sebagai etika bergantung pada niat individu.

Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui niat kita secara menyeluruh.

b) Niat yang baik diikuti dengan perbuatan yang baik dikira sebagai amal ibadah. Niat

yang halal tidak boleh menjadikan yang haram sebagai halal.

c) Islam memberikan seseorang itu kebebasan untuk mempercayai dan berbuat sesuatu

yang ia kehendaki; tetapi ini tidak boleh melampaui batas-batas tanggungjawab dan

keadilan.

d) Percaya kepada Allah SWT memberikan individu kebebasan sepenuhnya daripada

segala benda atau manusia kecuali Allah SWT

e) Keputusan yang menguntungkan majoriti atau minoriti tidak semestinya merupakan

etika. Etika bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan nombor atau jumlah.

f) Islam menggunakan sistem pendekatan yang terbuka terhadap etika bukan sistem

tertutup atau self-oriented. Egoisme tidak ada tempat di dalam Islam.

g) Etika keputusan adalah berdasarkan pada pembacaan Al-Quran dan alam sejagat

secara serentak.

Page 26: Etika Kerja Islami

14

h) Tidak seperti sistem-sistem etika yang dianjurkan oleh kebanyakan agama lain, Islam

menggalakkan manusia untuk melaksanakan tazkiyah melalui penyertaan yang aktif

dalam kehidupan ini. Dengan menepati etika dalam mengharungi ujian dunia, seorang

Muslim dapat membuktikan ketaatannya kepada Allah SWT.

Hubungan antara nilai kerja dan kepuasan kerja sering menjadi tajuk popular dalam kalangan

penyelidik dalam bidang sains sosial (Brief & Nord, 1990, Knoop, 1994: 1995, Sidani, 2000).

Mankoff (1974) mendapati, nilai kerja memainkan peranan penting dalam motivasi dan

pencapaian diri.

Berdasarkan definisi etika yang telah dibincangkan, maka kod etika ditakrifkan sebagai etika

yang dibentuk secara formal, ditulis dengan jelas dan dinyatakan dalam bentuk yang sistematik.

Ia merupakan prinsip kelakuan dan piawaian moral yang difikirkan betul dari segi sosial,

keagamaan dan sivil bagi sesebuah kumpulan, profesion mahupun individu. Dalam konteks

organisasi, kod etika merujuk kepada suatu dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama

sesebuah organisasi dan peraturan-peraturan etika untuk dipatuhi oleh semua ahli dalam

organisasi (Nor’ Azzah Kamri, 2008)

2.3 Etika Kerja Islam

Shukri dan Razali (2001), mentakrifkan etika kerja Islam sebagai satu set nilai atau satu sistem

kepercayaan yang dititipkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah mengenai kerja. Perhubungan

secara multi-dimensional adalah dituntut dalam etika kerja Islam yang meliputi aspek sosial,

ekonomi dan politik. Ali (1992) mendapati, etika kerja Islam mengutamakan nilai-nilai murni

Page 27: Etika Kerja Islami

15

seperti memelihara kehormatan manusia, mementingkan ketaatan dan ketekunan kerja. Etika

kerja Islam mengorientasikan kerja, di mana masalah yang dihadapi akan dirintangi secara

muafakat dan musyawarah. Etika kerja Islam melihat individu yang bekerja keras adalah adalah

satu sifat murni dan pastinya mencapai kejayaan yang dihajatkan. Menurut beliau lagi, mereka

yang tidak bekerja keras akan menghadapi kegagalan dalam kehidupan. Nilai kerja Islam adalah

didorong oleh niat berbanding kerja yang dihasilkan.

Gaskill Thomas (1995), mendefinisikan etika Islam sebagai amalan etika yang berhubung kait

dengan Islam. Secara lebih tepat, etika Islam merujuk kepada akhlak. Dari segi bahasa, akhlak

didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, perangai, watak dan tabiat dalam diri manusia.

Menurut Nor’Azzah Kamri (2008), kod etika Islam didefinisikan sebagai etika Islam yang

dibentuk secara rasmi dan bertulis dan disusun secara sistematik dalam bentuk kod oleh

organisasi atau pertubuhan tertentu bagi memudahkan pengamalan etika Islam dalam kalangan

ahli-ahlinya. Pembentukan kod etika Islam ini mestilah menepati elemen-elemen asas akhlak

Islam agar matlamatnya yang sebenar dapat dicapai.

Secara keseluruhannya, kod etika dilihat memainkan peranan bagi mewujudkan amalan kerja

beretika dalam organisasi. Amalan kerja beretika di sini meliputi dari segi sikap pekerja,

komitmen terhadap tugas, perhubungan sesama warga organisasi dan juga hubungan dengan

pihak di luar organisasi. Kod etika berperanan sebagai garis panduan terhadap tingkah laku

warga organisasi dan mekanisme kepada perubahan sikap dan tingkah laku warga organisasi

kearah yang lebih positif. Penghayatan sepenuhnya terhadap etika akan melahirkan pekerja yang

mempunyai disiplin diri yang tinggi. Pekerja yang berdisiplin akan memastikan setiap kerja

dilaksanakan dengan baik meskipun tiada pengawasan terhadapnya.

Page 28: Etika Kerja Islami

16

Kod etika juga berperanan sebagai piawaian kepada perlaksanaan tugas, penyempurnaan

tanggungjawab dan pembuatan keputusan dalam organisasi. Ia bertindak sebagai kriteria untuk

memastikan prosedur yang digunakan adalah betul, hasil kerja adalah menepati spesifikasi yang

dikehendaki dan keputusan yang dicapai adalah tepat, konsisten dan berdaya maju. Dengan

adanya piawaian sedemikian, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain bentuk salah

laku moral akan dapat dihindari.

2.4 Komitmen Organisasi

Komitmen organisasi merupakan sifat hubungan antara individu dengan organisasi kerja, di

mana individu mempunyai keyakinan diri terhadap nilai dan tujuan organisasi kerja, adanya

kerelaan untuk menggunakan usahanya secara bersungguh-sungguh demi kepentingan organisasi

kerja serta keinginan yang kuat untuk tetap menjadi sebahagian daripada organisasi kerja. Dalam

hal ini, individu mengindentifikasikan dirinya pada sesuatu organisasi tertentu tempat individu

itu bekerja dan berharap untuk menjadi anggota organisasi kerja dan turut merealisasikan tujuan

organisasi kerja tersebut. Komitmen menggambarkan keadaan semulajadi dan kuantiti hubungan

antara kakitangan dengan organisasi (Mowdays, Steers & Porte, 1979: Oliver, 1990). Pendekatan

ini mengandaikan kakitangan yang berkomitmen tinggi mempunyai kepercayaan yang kukuh

terhadap organisasi dan menerima matlamat serta nilai organisasi, kesediaan untuk berusaha bagi

pihak organisasi.

Menurut kajian Ab. Rahman N.M, Muhamad N. & Othman A.S (2007), perhubungan antara

etika kerja dan komitmen terhadap organisasi telah mendapat perhatian beberapa kumpulan

penyelidik antaranya Jones (1997), Elizur et.al (1991), dan Yousef (2001).

Page 29: Etika Kerja Islami

17

Menurut Mayer & Allen (1991), komitmen boleh diertikan sebagai penerimaan yang kuat oleh

individu terhadap tujuan dan nilai organisasi, serta keupayaan individu untuk berkarya dan

memiliki hasrat yang kuat untuk tetap bertahan dalam sesebuah organisasi tersebut. Mereka

membahagikan komitmen organisasi kepada tiga bahagian utama iaitu :

i. Komitmen efektif (Affective commitment)

Berkaitan dengan keinginan dan keterikatan secara emosional dengan organisasi di mana

identifikasi serta penglibatan berdasarkan nilai-nilai yang sama.

ii. Komitmen secara berterusan (Continuance Commitment)

Komitmen didasari oleh kesedaran akan kerugian sekiranya pekerja berhenti daripada

organisasi kerana tidak terdapat alternatif lain kepada pekerja berkenaan.

iii. Komitmen Normatif (Normative Commitment)

Perasaan wajib untuk tetap berada dalam organisasi kerana memang harus begitu,

tindakan tersebut merupakan hal yang benar dan harus dilakukan.

Menurut Martin dan Nicholls (1987), terdapat tiga kaedah bagi membangunkan prinsip

komitmen organisasi iaitu pertama rasa memiliki (a sense of belonging), kedua suka dengan

pekerjaannya, dan ketiga kepemilikan terhadap organisasi (ownership). Prinsip ini dapat

dibangunkan dengan menimbulkan rasa yakin bahawa sesuatu yang dilakukan itu berharga,

berasa selesa dalam organisasi, dan mendapat sokongan penuh organisasi dari segi misi dan visi.

Bagi mewujudkan rasa suka terhadap pekerjaan maka organisasi perlu memberi sepenuhnya

peluang dan kepercayaan kepada pekerja bagi melaksanakan tugas dengan maksima. Manakala

Page 30: Etika Kerja Islami

18

rasa kepemilikan adalah dengan melibatkan anggota organisasi dalam proses membuat

keputusan.

2.5 Hubungan Antara Etika Kerja dan Komitmen Organisasi

Berdasarkan beberapa kajian didapati bahawa terdapatnya hubungan antara komitmen dengan

etika kerja. Kerapkali rujukan dibuat terhadap kajian yang telah dilakukan oleh Kidron (1978).

Secara khususnya dalam kajian ini beliau telah menerokai antara Etika Kerja Protestan (EKP)

dan komitmen organisasi. Dengan menggunakan tiga sampel yang berbeza, hasil kajian

membuktikan bahawa terdapat hubungan antara pembolehubah. Kajian juga mengungkapkan

bahawa etika kerja adalah lebih berkait rapat dengan komitmen moral berbanding penglibatan

secara kalkulatif. Penemuan ini juga turut memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan dalam mengkaji hubungan antara komitmen organisasi sebagai satu konsep yang

multidimensi dengan etika kerja.

Untuk memperkukuhkan lagi bukti bahawa terdapat hubungan antara etika dan komitmen

organisasi beberapa kajian telah dilakukan oleh Oliver (1990), Saks et.al (1996), Putti et.al

(1989), Morrow dan McElroy (1987), Randall dan Cote (1991) dan juga Chusmer dan Koberg

(1988). Secara umumnya, terdapat perbezaan yang ketara dari aspek penggunaan sampel yang

berbeza dalam kajian mereka, namun begitu kajian-kajian ini menunjukkan keputusan yang

sama. Sebagai contoh dalam kajian oleh Salks et. al (1996), beliau menggunakan 145 pekerja

sementara sebagai sampel kajian di taman tema Kanada, sementara Putti et.al (1989),

menjalankan kajian terhadap pekerja di Singapura sebagai sampel kajian mereka.

Page 31: Etika Kerja Islami

19

Baru-baru ini, Yousef (2000), telah membuat penyelidikan tentang kekuatan hubungan antara

Etika Kerja Islam (EKI) dengan komitmen kerja melibatkan seramai 474 pekerja daripada 30

organisasi di negara-negara Timur Tengah. Konsep etika kerja Islam terbentuk daripada ajaran

Islam. Menurut Rice (1999), Islam mengandungi sistem etikanya yang tersendiri dalam

membentuk panduan untuk menguruskan perniagaan dan juga pekerjaan. Panduan ini secara

hubungkait mempunyai kemuliaan dari segi konsep kesatuan, keadilan dan kepercayaan. Hasil

daripada kajian Yousef ini menunjukkan hubungan yang positif antara etika kerja Islam dengan

dimensi komitmen.

Kajian Nik Mu’tasim et.al (2007,) juga membuktikan bahawa hubungan antara etika kerja Islam

dan komitmen organisasi. Kajian ini dilakukan dalam konteks negara Malaysia melibatkan

seramai 227 pekerja sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pekerja di beberapa cawangan

bank tempatan di kawasan Lembah Kelang. Kajian ini menggunakan instrumen yang

dikemukakan oleh Meyer dan Allen’s (1991), iaitu instrumen ini mengandungi 24 perkara dan

telah direka bagi mendapatkan data keseluruhan berkaitan dengan komitmen organisasi yang

terdiri daripada komitmen afektif (Affective Commitment), komitmen secara berterusan

(Continuance Commitment) dan komitmen normatif (Normative Commitment). Terdapat lapan

item yang mengambarkan dimensi komitmen organisasi menggunakan lima skala Likert,

daripada 1 : sangat tidak bersetuju sehingga 5 : sangat bersetuju. Berdasarkan kebolehpercayaan

Cronbach’s Alpha bagi skala komitmen organisasi ini adalah 0.90, 0.89, 0.85 dan 0.85 setiap

satu.

Page 32: Etika Kerja Islami

20

Rumusannya, berdasarkan daripada kajian-kajian lepas ini didapati bahawa tidak ditonjolkan

sama ada etika kerja Islam diamalkan di organisasi yang dijadikan sebagai sampel kajian.

Justeru, adalah lebih tepat sekiranya sampel kajian dipilih daripada organisasi yang

melaksanakan etika kerja Islam. Ini kerana hubungan yang lebih jelas akan dapat diperolehi

daripada kajian yang bakal dilaksanakan.

Page 33: Etika Kerja Islami

21

BAB KETIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bahagian ini penyelidik membincang dan menghuraikan secara terperinci tentang metod

yang telah digunakan dalam kajian ini. Topik-topik yang dibincangkan dalam bab ini ialah teori

kerangka kerja, hipotesis kajian, populasi kajian, sampel kajian, saiz sampel kajian, teknik

persampelan kajian, pengumpulan data, dan prosedur-prosedur penganalisaan data.

3.2 Teori Kerangka Kerja

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

Rajah 1: Kerangka Teoritikal Kajian Hubungan Etika Kerja Islam Dengan Komitmen

Organisasi : Kajian Dikalangan Kakitangan Lembaga Urusan Tabung Haji

3.3 Hipotesis Kajian

Menurut Sabitha Marican (2009), hipotesis ialah satu andaian atau satu ramalan yang hendak

diuji oleh penyelidik. Ia adalah satu kenyataan yang boleh diuji secara saintifik atau empirikal.

Kajian ini mengandaikan;

H0: Etika kerja Islam tidak mempunyai hubungan dengan komitmen organisasi

H1: Etika kerja Islam mempunyai hubungan dengan komitmen organisasi

Etika Kerja Islam Komitmen Organisasi

Page 34: Etika Kerja Islami

22

3.4 Populasi Kajian

Populasi adalah sekumpulan individu, keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti, peristiwa atau

apa sahaja yang dikaji oleh penyelidik. Untuk kajian ini, penyelidik telah mensasarkan seluruh

warga kerja di Tabung Haji sebagai populasi.

3.5 Sampel Kajian

Sampel adalah sebahagian daripada populasi, atau subset pada populasi. Dalam erti kata lain,

sampel juga bermaksud sekumpulan unsur kecil yang telah dicabut daripada sesuatu rangka

persampelan. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan sebahagian daripada warga kerja

Tabung Haji sebagai sampel dalam kajian ini.

3.6 Saiz Sampel Kajian

Menurut Malhotra (2007), saiz sampel adalah jumlah elemen yang perlu dimasukkan dalam

kajian. Ia adalah rumit untuk menentukan saiz sampel kerana ia melibatkan pertimbangan antara

kuantitatif dan kualitatif. Untuk kajian ini, penyelidik telah menggunakan 100 orang warga kerja

Tabung Haji sebagai sampel. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat, adalah perlu untuk

penyelidik menggunakan saiz sampel yang lebih besar. Pemilihan TH dilakukan kerana TH

adalah organisasi yang mengamalkan etika kerja Islam.

Page 35: Etika Kerja Islami

23

3.7 Teknik Persampelan Kajian

Persampelan adalah berguna untuk menentukan dan mempersembahkan keseluruhan populasi.

Menurut Zikmund dan Babin (2007), terdapat dua teknik persampelan iaitu persampelan rawak

dan persampelan bukan rawak. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan persampelan

bukan rawak iaitu teknik persampelan bertujuan.

Menurut Sabitha Marican (2009), lazimnya individu yang dipilih itu akan meningkatkan nilai

maklumat yang dikehendaki oleh penyelidik terhadap situasi atau individu atau tingkah laku

yang dikaji oleh penyelidik. Dalam hal ini, individu yang dipilih oleh penyelidik untuk di temu

bual atau diperhatikan mempunyai maklumat, perspektif, kontak, atau apa sahaja tujuan yang

hendak dikaji oleh penyelidik.

Teknik ini dipilih kerana objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang

perhubungan antara etika kerja Islam dan komitmen organisasi di TH. Kumpulan sasaran bagi

kajian ini adalah melibatkan warga kerja TH dan adalah sesuai bagi penyelidik menggunakan

teknik ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan secara langsung.

3.8 Pengumpulan Data

Tujuan utama bagi pengumpulan data ini adalah untuk menghimpun dan memperoleh data secara

tepat. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan data daripada data primer dan data

sekunder.

Page 36: Etika Kerja Islami

24

3.8.1 Data Primer

Menurut Uma Sekaran (2005), data primer adalah data yang diperoleh dan kemudian ia

digunakan untuk mencari jalan keluar bagi sesuatu permasalahan. Walau bagaimanapun, terdapat

beberapa kesan yang kurang baik daripada menggunakan data dari sumber pertama ini iaitu ia

memerlukan masa yang banyak untuk mengumpul data dan kesan keduanya ialah untuk

memperolehi data-data tersebut, kos yang terlibat adalah tinggi dan mahal. Dalam menjalankan

kajian ini, penyelidik telah menggunakan teknik soal selidik bagi mengumpul data primer.

3.8.1.1 Soal Selidik

Soal selidik adalah satu teknik yang berstruktur untuk mendapatkan data yang mengandungi

beberapa siri soalan, bertulis atau lisan yang dijawab oleh responden (Malhotra, 2007). Terdapat

beberapa kebaikan daripada penggunaan soal selidik iaitu pertama boleh memperolehi

maklumbalas yang pelbagai, kedua mudah untuk ditadbirkan dan ketiga memberi peluang

kepada responden untuk membuat penilaian atau pilihan sendiri ke atas jawapan yang akan

diberikan.

Struktur soal selidik yang digunakan dalam kajian adalah soalan berbentuk likert. Struktur ini

digunakan untuk menyatakan rasa setuju atau tidak setuju bagi sesuatu pernyataan di dalam soal

selidik ini. Dalam soal selidik yang digunakan untuk kajian ini, penyelidik telah menetapkan 5

skala iaitu dari sangat tidak bersetuju kepada sangat bersetuju.

Page 37: Etika Kerja Islami

25

Contoh:

1. Sangat Tidak Bersetuju/ Strongly Disagree 2. Tidak Bersetuju/ Disagree 3. Tidak Pasti/ Neutral

4. Bersetuju/ Agree

5. Sangat Bersetuju/ Strongly Agree

1. Kehidupan tidak bermakna tanpa bekerja/ Life has no meaning without work

1 2 3 4 5

Bahagian A

Dalam bahagian ini, penyelidik menyoal tentang demografi atau latar belakang responden. Item

yang terdapat dalam soal selidik ini adalah umur, jantina, status perkahwinan dan taraf

pendidikan tertinggi responden.

Bahagian B

Soal selidik ini mengandungi 10 item berkaitan etika kerja Islam. Ia telah diadaptasi daripada

Abbas dan Ali (2007), yang telah menggunakan 17 item tetapi penyelidik telah memilih untuk

menggunakan 10 item sahaja yang difikirkan relevan untuk kajian.

Bahagian C

Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakn 10 item berkaitan komitmen organisasi. Ia telah

diadaptasi daripada Mayer dan Allen (1991), yang telah menggunakan 22 item tetapi penyelidik

telah memilih untuk menggunakan 10 item sahaja yang difikirkan relevan untuk kajian.

Page 38: Etika Kerja Islami

26

3.8.2 Reliabiliti Instrumen

Reliabiliti instrumen merujuk kepada kekukuhan dan ketekalan daripada alat ukuran tersebut.

Menurut Kerlinger (1973), reliabiliti instrumen merujuk kepada kestabilan, ketekalan dan

ketepatan yang telah dipengaruhi daripada sesuatu kajian. Ertinya, ketika seseorang diukur pada

keadaan yang sama menggunakan satu alat ukuran yang mempunyai reliabiliti, maka akan

memperoleh hasil yang sama atau hampir serupa dengan proses pengukuran sebelumnya. Nilai

kebolehpercayaan alat ukuran yang ditetapkan oleh para pakar adalah berbeza mengikut

pendapat masing-masing.

Mengikut Zikmund dan Babin (2007), kebolehpercayaan antara 0.80 dan 0.95 adalah dianggap

sebagai kebolehpercayaan yang sangat baik. Skala yang mempunyai kebolehpercayaan antara

0.70 dan 0.80 adalah dianggap sebagai kebolehpercayaan yang baik. Manakala skala yang

mempunyai nilai kebolehpercayaan di antara 0.60 dan 0.70 adalah dianggap sebagai

kebolehpercayaan yang serderhana. Apabila nilai kebolehpercayan kurang daripada 0.60, skala

itu mempunyai kebolehpercayaan yang sangat rendah.

3.8.3 Data Sekunder

Data sekunder adalah maklumat yang diperolehi hasil daripada pengkaji sebelum ini yang telah

membuat tajuk yang berkaitan dengan sesuatu topik tertentu. Sumber-sumber bagi data sumber

kedua adalah seperti internet, jurnal, buku teks, laporan tahunan dan artikel.

Page 39: Etika Kerja Islami

27

3.8.3.1 Buku Teks

Beberapa buah buku teks telah digunakan oleh penyelidik sebagai sumber rujukan untuk

menyiapkan kajian ini. Buku-buku ini digunakan sebagai sumber rujukan tambahan tentang

maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.

3.8.3.2 Jurnal/Artikel/Laporan Tahunan

Penyelidik telah menggunakan pelbagai jurnal, artikel dan laporan tahunan sebagai sumber

rujukan bagi melengkapkan ulasan karya. Maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber

tersebut digunakan bagi mengenalpasti penentu atau pemboleh ubah yang dianggap relevan dan

boleh digunakan di dalam kajian.

3.8.3.3 Internet

Penyelidik telah menggunakan internet sebagai salah satu cara bagi memperolehi maklumat-

maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Sebagai contoh, internet digunakan untuk

mengumpul jurnal atau artikel elektronik bagi membolehkan penyelidik menyiapkan kajian

dengan sempurna.

3.9 Prosedur-Prosedur Penganalisaan Data

Proses penganalisaan data bermula selepas data telah diperolehi. Data-data yang telah diperolehi

perlulah ditukarkan kepada sesuatu maklumat yang lebih bermakna dan boleh menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh penyelidik. Walau bagaimanapun, kesemua data ini perlulah

Page 40: Etika Kerja Islami

28

dianalisa secara statistik. Penyelidik menggunakan Statistical Packages for Social Science

(SPSS) Versi 12 untuk menganalisa data untuk kajian ini.

Melalui penggunaan SPSS ini, penyelidik dapat melihat kekerapan dan peratusan responden

yang terlibat dalam kajian ini. Taburan kekerapan, deskriptif dan korelasi merupakan teknik-

tenik dalam SPSS yang telah digunakan untuk menganalisa data-data yang diperolehi. Bagi

menguji hipotesis yang telah dibina, penyelidik telah menggunakan teknik korelasi untuk melihat

hubungan antara etika kerja Islam dengan komitmen organisasi.

Page 41: Etika Kerja Islami

29

BAB KEEMPAT

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan keputusan dan analisa yang telah dilakukan

daripada data kajian yang diperolehi dengan menggunakan program Statistical Package For

Social Sciences (SPSS) Versi 12. Keputusan kajian dihuraikan secara diskriptif dan inferensi.

Keputusan kajian dibincangkan mengikut susunan hipotesis dan dalam bab ini juga

kesignifikanan keputusan dibincangkan. Hipotesis diuji dengan menggunakan penghuraian

statistik iaitu korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara etika Islam dan komitmen

orgnisasi. Aras kesignifikanan yang ditetapkan ialah 0.05 atau 0.01 dan keputusan akan dilihat

berpandukan aras ini.

Page 42: Etika Kerja Islami

30

4.2 Demografi Responden

Gambarajah 4.2.1: Umur Respoden

40 tahun ke bawah

41-50 tahun

51 tahun ke atas

Umur

Sumber : Soal Selidik No.1

Berdasarkan carta pai di atas, majoriti responden adalah berumur 40 tahun ke bawah iaitu

seramai 64 orang, manakala 41-50 tahun adalah 33 orang dan 51 tahun ke atas adalah seramai 3

orang.

Page 43: Etika Kerja Islami

31

Gambarajah 4.2.2 : Jantina Responden

Lelaki

Perempuan

Jantina

Sumber : Soal Selidik No. 2

Keseluruhan responden lelaki adalah seramai 53 orang dan perempuan 47 orang.

Page 44: Etika Kerja Islami

32

Gambarajah 4.2.3 : Tahap Pendidikan Responden

SPM STPM/Diploma Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan

0

20

40

60

80

Pe

rc

en

tPendidikan

Sumber : Soal Selidik No. 4

Berdasarkan carta di atas menunjukkan bahawa terdapat seramai 76 orang adalah berkelulusan

SPM, 13 orang pemegang STPM dan juga Diploma dan 11 orang pemegang Ijazah Sarjana

Muda.

Page 45: Etika Kerja Islami

33

4.3 Hubungan Antara Etika Kerja Islam dan Komitmen Organisasi

Jadual 4.3.1

Keputusan Ujian Pekali Kolerasi Pearson:

Hubungan Etika kerja Islam dengan Komitmen Organisasi

Kategori Komitmen Organisasi

Etika Kerja Islam .462**

N 100

*Signifikan Korelasi Pada Aras 0.05 (2-tailed)

** Signifikan Korelasi Pada Aras 0.01 (2-tailed)

Jadual 4 menunjukkan dapatan kajian secara keseluruhan di mana terdapat hubungan yang

signifikan antara item etika kerja Islam dan komitmen organisasi iaitu (r = .462**; k<0.01).

Berdasarkan penemuan daripada kajian ini terbukti bahawa hipotesis yang telah dibentuk adalah

signifikan. H1: Etika kerja Islam mempunyai hubungan dengan komitmen organisasi. Ia adalah

selaras sebagaimana keputusan yang telah dijalankan oleh beberapa penyelidik yang lepas seperti

Kidron (1978), Oliver (1990), Saks et.al (1996), Putti et.al (1989), Morrow dan McElroy (1987),

Randall dan Cote (1991), Chusmer dan Koberg (1988), Yousef (2000) dan juga Nik Mu’tasim

et.al (2007).

Page 46: Etika Kerja Islami

34

4.4 Ujian Deskriptif

Jadual 4.4.1

Keputusan Ujian Deskriptif:

Min Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Item Etika Kerja Islam N Min

1-Keadilan

2- Tidak bermakna

3-Bekerja keras

4-Berdikari

5-Manfaat

6-Tarikh akhir

7-Kreatif

8-Hubungan

9-Baik

10-Niat

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

4.3800

4.3000

4.4100

4.3900

4.5500

4.6000

4.1800

4.4800

4.1400

3.9400

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 1-10

Jadual 4.4.1 menunjukkan min yang tertinggi adalah tarikh akhir di mana kebanyakan responden

bersetuju bahawa orang yang berjaya adalah seseorang yang dapat menyiapkan kerja sebelum

tarikh akhir iaitu sebanyak 4.6000. Kedua tertinggi adalah 4.5500 iaitu min bagi pernyataan

bahawa kerja yang baik memberi manfaat kepada diri seseorang dan orang di sekelilingnya. Min

terendah adalah kepada pernyataan nilai sesebuah pekerjaan itu adalah hasil daripada niat yang

terkandung bukannya keputusannya iaitu 3.9400.

Page 47: Etika Kerja Islami

35

Justeru, nilai-nilai Islam seperti bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya kerja dapat

dilakukan sebelum tarikh akhir adalah perlu. Oleh kerana matlamat TH adalah untuk

kebahagiaan ummah, maka min kedua tertinggi ini menunjukkan keputusan bahawa kebanyakan

responden bersetuju kerja yang baik perlu dilakukan bagi kepentingan diri dan juga orang lain.

Keputusan ini sejajar sebagaimana kenyataan Rafik Issa (1998), berkaitan parameter asas bagi

sistem etika Islam iaitu egoisme tidak ada tempat dalam Islam. Namun keputusan min terendah

adalah kenyataan berkaitan niat, dimana ia menunjukkan perbezaan dengan etika Islam bahawa

niat adalah sesuatu yang penting. Allah SWT mengetahui apa yang diniatkan oleh setiap

hambanya. Malah niat akan mempengaruhi cara dan tindakan individu. Niat yang baik diikuti

dengan perbuatan yang baik merupakan amal ibadah. Tetapi niat yang halal tetap tidak boleh

menjadikan sesuatu yang haram sebagai halal.

Page 48: Etika Kerja Islami

36

Jadual 4.4.2

Keputusan Ujian Deskriptif:

Min Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Item Komitmen Organisasi N Min

1-Sebahagian

2- Makna

3-Berbincang

4-Masalah saya

5-Hubungan emosi

6-Setia

7-Kurang etika

8-Seronok

9-Etika

10-Peluang lain

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

4.5400

4.5800

3.8200

3.8600

3.8300

4.5400

3.6500

4.4600

4.0900

4.0400

Sumber: Soal Selidik Bahagian C No. 1-10

Berdasarkan Jadual 4.4.2 didapati min yang tertinggi adalah organisasi ini memberikan sesuatu

makna bagi diri responden iaitu 4.5800. Min kedua tertinggi adalah 4.5400 dengan pernyataan

saya merasakan bahawa saya adalah sebahagian daripada organisasi ini dan pernyataan bahawa

saya percaya bahawa seseorang perlulah sentiasa setia kepada organisasi mereka.

Sekiranya kakitangan di sesebuah organisasi berpuas hati dengan organisasi di mana mereka

bekerja, maka mereka mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi. Sejajar dengan

kajian yang telah dilakukan oleh Putti et.al (1989), yang mengkaji hubungan antara etika kerja

dan komitmen organisasi di dalam kontek Asia. Keputusan kajiannya mendapati terdapat faktor

Page 49: Etika Kerja Islami

37

dalaman (intrinsic) dan luaran (extrinsic) yang mempengaruhi secara langsung terhadap

komitmen organisasi. Mereka akan berasa organisasi memberi makna dan juga merasakan diri

mereka sebagai sebahagian daripada organisasi serta akan terus setia di organisasi di mana

mereka bekerja. Faktor dalaman dan luaran ini jugalah yang mempengaruhi responden dalam

memberikan maklumbalas berkaitan dengan kenyataan yang diberikan.

4.5 Ujian Kekerapan

Jadual 4.5.1

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 2

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 6

Bersetuju 42

Sangat Bersetuju 50

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No.1

Kenyataan bahawa keadilan dan sifat bermurah hati di tempat kerja adalah syarat yang perlu

untuk kebajikan masyarakat menunjukkan bahawa kebanyakan reponden bersetuju iaitu, 42

orang dan sangat bersetuju adalah 50 orang menjadikan jumlahnya adalah 92. Walaupun begitu

masih ada 2 orang responden yang sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Keputusan ini

adalah bersesuaian dengan matlamat penubuhan TH sendiri yang bertujuan membantu

masyarakat di Malaysia bagi mengerjakan ibadah haji mereka. Ia juga mempunyai kaitan dengan

nilai etika kerja TH yang keenam iaitu adil dan bijaksana. Keadilan bermakna setiap orang mesti

Page 50: Etika Kerja Islami

38

diperlakukan dengan apa yang sepatutnya iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya juga tanpa

diskriminasi.

Jadual 4.5.2

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 2

Tidak Pasti 7

Bersetuju 50

Sangat Bersetuju 41

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 2

Kenyataan kehidupan tidak bermakna tanpa bekerja pula menunjukkan keputusan bahawa

seramai 91 orang bersetuju dengan kenyataan ini dan dua orang yang tidak bersetuju. Keputusan

ini sejajar dengan kenyataan Prof. Seyyed Hossein Nasr (1989), yang menyatakan bahawa dalam

Islam tidak ada kerja yang dianggap sekular atau tidak mempunyai makna keagamaan. Islam

menganggap kerja sebagai amal soleh dalam hubungannya dengan keperluan manusia dan

tuntutan keseimbangan individu dan sosial seseorang. Malah ajaran Islam juga memerintahkan

umatnya supaya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah

dan kehormatan manusia. Islam juga menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau

dibenarkan menurut syarak bagi menjamin kebaikan bersama dan mengelak dari meminta-minta

dan sebaliknya hendaklah berdikari.

Page 51: Etika Kerja Islami

39

Jadual 4.5.3

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 6

Bersetuju 47

Sangat Bersetuju 47

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 3

Seramai 47 responden bersetuju dan 47 lagi sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa

seseorang haruslah bekerja keras secara konsisten untuk memenuhi tanggungjawab. Nilai kerja

seperti keadilan dan murah hati, bekerja keras, berdikari, kreatif mempunyai kesan terhadap

komitmen kakitangan kepada organisasi. Ia membuktikan bahawa teori yang dikemukakan oleh

Mankoff (1974), yang mendapati nilai kerja memainkan peranan penting dalam motivasi dan

pencapaian diri adalah benar. Etika kerja Islam mengorientasikan kerja, di mana masalah yang

dihadapi akan dirintangi secara muafakat dan musyawarah. Etika kerja Islam melihat individu

yang bekerja keras adalah adalah satu sifat murni dan pastinya mencapai kejayaan yang

dihajatkan.

Menurut Ali (1992), etika kerja Islam melihat individu yang bekerja keras adalah adalah satu

sifat murni dan pastinya mencapai kejayaan yang dihajatkan. Menurut beliau lagi, mereka yang

tidak bekerja keras akan menghadapi kegagalan dalam kehidupan. Keputusan daripada kajian ini

Page 52: Etika Kerja Islami

40

juga membuktikan perkara yang sama bahawa semua responden bersetuju bekerja keras adalah

satu sifat yang murni sebagaimana kajian yang dilakukan oleh Ali.

Jadual 4.5.4

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 2

Tidak Pasti 2

Bersetuju 51

Sangat Bersetuju 45

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 4

Seramai 96 responden bersetuju dengan kenyataan dengan bekerja seseorang itu berpeluang

lebih berdikari. Manakala 2 orang tidak bersetuju dengan kenyataan ini serta 2 lagi responden

menjawab tidak pasti. Apabila seseorang itu bekerja, dia akan memperolehi gaji ataupun upah

atas kerja yang telah dilakukan. Justeru, dengan bekerja seseorang itu akan lebih berdikari

dimana dia akan dapat menentukan keputusan yang hendak dilakukan bagi dirinya sebagai

contoh dalam perbelanjaan. Malah dengan bekerja juga seseorang kakitangan didedahkan dengan

pelbagai cabaran ataupun tugasan yang perlu diselesaikan. Secara tidak langsung mereka diajar

bagaimana berusaha berdikari dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Page 53: Etika Kerja Islami

41

Jadual 4.5.5

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 3

Bersetuju 39

Sangat Bersetuju 58

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 5

Seramai 39 responden bersetuju dan 58 lagi sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa kerja

yang baik memberi manfaat kepada diri seseorang dan orang di sekelilingnya. Islam adalah

agama untuk manusia sejagat. Islam juga bukanlah agama yang menekankan kepentingan diri

semata-mata tanpa mempedulikan nasib orang lain. Justeru, pekerja-pekerja Islam perlulah

bekerja dengan matlamat untuk memenuhi kebahagiaan bukan sahaja kepada dirinya sendiri

tetapi juga kepada semua orang di sekelilingnya.

Setiap pekerja perlu menanamkan dalam diri bahawa mereka sebenarnya sedang memberi dan

menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Pekerja perlu sedar bahawa kerja-kerja yang

dilakukan itu dengan tujuan memberikan kesejahteraan kepada orang lain adalah merupakan satu

tuntutan agama yang besar nilai dan ganjarannya di sisi Allah SWT. Ini kerana maju atau

mundurnya sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kakitangan yang bekerja di organisasi

berkenaan. Ini membuktikan bahawa kakitangan di TH menyedari bahawa mereka perlu

Page 54: Etika Kerja Islami

42

melaksanakan kerja mereka dengan baik bagi faedah umum terutamanya jemaah haji Malaysia

yang menggunakan perkhidmatan mereka bagi menunaikan haji.

Jadual 4.5.6

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 2

Bersetuju 36

Sangat Bersetuju 62

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 6

Orang yang berjaya adalah seseorang yang dapat menyiapkan kerja sebelum tarikh akhirnya.

Seramai 97 responden bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya terdapat dua responden sahaja

yang tidak pasti. Keputusan ini jelas menunjukkan responden menerima dengan baik amalan

etika kerja di TH yang menetapkan bahawa perlunya mereka menghargai masa.

Allah SWT juga telah bersumpah dengan masa di dalam Al-Quran sebagaimana yang terdapat

dalam surah Al-Asr ayat 1-3. Ayat ini menjelaskan tentang kepentingan masa supaya pengikut

ajaran Islam sedar akan kerugian jika mengabaikan masa. Justeru itu, ajaran ini mempengaruhi

responden dalam memberikan maklumbalas.

Page 55: Etika Kerja Islami

43

Jadual 4.5.7

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 2

Tidak Pasti 9

Bersetuju 58

Sangat Bersetuju 31

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 7

Kerja yang kreatif adalah sumber kepada kebahagiaan dan kesempurnaan menunjukkan bahawa

89 responden bersetuju dengan kenyataan ini. Menurut Ali (2001), kerja yang kreatif dan

kerjasama bukanlah satu-satunya sumber kearah kebahagiaan tetapi diambilkira sebagai perkara

yang menyumbangkan ke arah kebahagiaan dan kesempurnaan. Justeru, keputusan kajian ini

menunjukkan bahawa responden mengambilkira kerja yang kreatif sebagai kebahagiaan.

Jadual 4.5.8

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 7

Bersetuju 38

Sangat Bersetuju 55

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 8

Page 56: Etika Kerja Islami

44

Seramai 7 responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti terhadap kenyataan bahawa

hubungan sesama manusia dalam organisasi perlu diberi penekanan dan galakan. Manakala 93

lagi bersetuju dengan kenyataan ini. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa amalan etika

Islam ini berjaya mempengaruhi kaedah bekerja di organisasi. Sesuai dengan etika yang

diamalkan iaitu terdapatnya nilai bekerja sebagai satu pasukan dan hubungan harmoni sesama

anggota di dalam NEKTH. Walaupun terdapat responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini

namun keadaan seumpama ini boleh diperbaiki dengan mengadakan aktiviti secara berkumpulan

di organisasi bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik.

Jadual 4.5.9

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 6

Tidak Pasti 13

Bersetuju 42

Sangat Bersetuju 39

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 9

Seramai 6 orang responden tidak bersetuju dan 13 lagi tidak pasti dengan kenyataan bahawa

seseorang perlu melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan baik berbanding kebolehannya.

Manakala 81 lagi responden menyatakan mereka bersetuju bahawa sesuatu kerja yang telah

diamanahkan sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sama ada seseorang itu

mempunyai kebolehan ataupun tidak, pekerjaan yang dipertanggungjawabkan perlu dilakukan

Page 57: Etika Kerja Islami

45

dengan baik. Jika kakitangan itu mempunyai kebolehan yang bersesuaian dengan kerja yang

dilakukan itu adalah satu kelebihan kepada kakitangan berkenaan.

Jadual 4.5.10

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Etika Kerja Islam

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 14

Tidak Pasti 13

Bersetuju 38

Sangat Bersetuju 35

Sumber : Soal Selidik Bahagian B. No. 10

Nilai sesebuah pekerjaan itu adalah hasil daripada niat yang terkandung bukannya keputusannya.

Seramai 14 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan 13 lagi responden

menjawab tidak pasti manakala 73 responden menjawab bersetuju. Walaupun menurut kajian

yang telah dijalankan oleh Ali (1992), nilai kerja Islam adalah didorong oleh niat berbanding

kerja yang dihasilkan namun keputusan yang diperolehi melalui kajian ini adalah pelbagai.

Menurut Rafik Issa (1998), menyatakan bahawa perbuatan dan keputusan dinilai sebagai etika

bergantung kepada niat individu. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui niat hambanya

secara menyeluruh. Kemungkinan terdapat responden yang lebih mengutamakan keputusan

sesuatu pekerjaan tanpa mengira niat yang ada pada diri masing-masing.

Page 58: Etika Kerja Islami

46

Jadual 4.5.11

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 2

Bersetuju 42

Sangat Bersetuju 56

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 1

Bagi kenyataan saya merasakan bahawa saya adalah sebahagian daripada organisasi ini

menunjukkan bahawa seramai 98 orang responden bersetuju dengan kenyataan ini manakala 2

lagi tidak pasti. Keputusan ini sejajar dengan amalan etika kerja Islam yang diamalkan di TH

yang meletakkan nilai berbangga dengan TH sebagai salah satu nilai.

Jadual 4.5.12

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 0

Bersetuju 42

Sangat Bersetuju 58

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 2

Kenyataan bahawa organisasi ini memberikan sesuatu makna bagi saya menunjukkan 100

peratus responden bersetuju dengan kenyataan ini. Sekiranya organisasi berjaya memberikan

Page 59: Etika Kerja Islami

47

kepuasan kepada anggotanya, maka pekerja akan merasakan organisasi itu memberikan makna

kepada mereka. Justeru kesemua responden dalam kajian ini menyatakan bahawa organisasi ini

memberikan makna kepada mereka. Keputusan ini mungkin dipengaruhi oleh pelbagai

kemudahan yang telah disediakan oleh TH kepada kakitangan sama ada dari aspek kebajikan dan

juga latihan yang disediakan.

Jadual 4.5.13

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 3

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 27

Bersetuju 52

Sangat Bersetuju 18

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 3

Saya suka berbincang tentang organisasi saya dengan orang luar menunjukkan keputusan 3

responden menjawab sangat tidak bersetuju, 27 tidak pasti dan 52 bersetuju dan 18 sangat

bersetuju. Kajian menunjukkan keputusan yang pelbagai diterima bagi kenyataan ini. Kefahaman

responden terhadap kenyataan berbeza kerana ia boleh dinilai dari pelbagai aspek iaitu samaada

berbincang tentang perkara yang baik tentang organisasi ataupun sebaliknya. Ini menyebabkan

konotasi yang berbeza diberikan terhadap pernyataan oleh responden.

Page 60: Etika Kerja Islami

48

Jadual 4.5.14

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 8

Tidak Pasti 21

Bersetuju 48

Sangat Bersetuju 23

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 4

Saya dapat merasakan bahawa masalah dalam organisasi ini sebagai masalah saya sendiri.

Sementara 8 responden tidak bersetuju. Manakala 21 lagi tidak pasti dan 71 orang menyatakan

mereka bersetuju. Menurut Jerald Greenberg & Robert Baron (1997), pekerja yang mempunyai

komitmen yang rendah terhadap organisasi akan dikaitkan dengan perlakuan tidak mahu

berkongsi dan berkorban. Oleh yang demikian hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa

kebanyakan responden sanggup berkongsi dan bekorban bagi mencapai matlamat organisasi

mereka. Malah responden sendiri merasakan bahawa masalah di dalam organisasi adalah

masalah mereka sendiri. Ini kerana jika terdapat perkara yang berlaku terhadap organisasi maka

secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap kakitangan yang bekerja di organisasi

berkenaan.

Page 61: Etika Kerja Islami

49

Jadual 4.5.15

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 3

Tidak Bersetuju 6

Tidak Pasti 15

Bersetuju 57

Sangat Bersetuju 19

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 5

Kenyataan saya merasakan saya mempunyai hubungan emosi dengan organisasi ini mendapat

pelbagai pendapat. Seramai 3 responden menjawab sangat tidak bersetuju, 6 tidak bersetuju, 15

tidak pasti manalaka 57 bersetuju dan 19 sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Nilai

berkaitan emosi adalah nilai dalaman bagi individu. Jika kakitangan merasakan diri mereka

penting kepada organisasi maka mereka akan merasakan bahawa terdapatnya hubungan antara

emosi dan komitmen mereka terhadap organisasi.

Jadual 4.5.16

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 2

Bersetuju 42

Sangat Bersetuju 56

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 6

Page 62: Etika Kerja Islami

50

Saya percaya bahawa seseorang perlulah setia kepada organisasi mereka menunjukkan keputusan

98 orang bersetuju dan 2 lagi tidak pasti. Setia kepada organisasi membuktikan bahawa

responden mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi di mana mereka bekerja. Oleh

itu, mereka akan memberikan yang terbaik kepada apa jua tugasan yang diberikan kepada

mereka.

Jadual 4.5.17

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 3

Tidak Bersetuju 6

Tidak Pasti 33

Bersetuju 39

Sangat Bersetuju 19

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 7

Pada saya, berpindah dari satu organisasi ke satu organisasi yang lain dilihat sebagai kurang

beretika. Seramai 3 responden berpendapat mereka sangat tidak bersetuju, 6 lagi tidak bersetuju

manakala 33 tidak pasti dan seramai 59 bersetuju dengan kenyataan tersebut. Bertukar kerja di

Malaysia adalah perkara yang biasa dilakukan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, pelbagai

jawapan diterima bagi kenyataan ini. Jika tawaran bekerja di organisasi lain adalah lebih

menarik, maka tentunya keputusan menukar kerja akan dilakukan. Ini kerana dengan bertukar

kerja ini bertujuan mendapat faedah yang lebih baik serta pengalaman yang lebih banyak.

Page 63: Etika Kerja Islami

51

Jadual 4.5.18

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 0

Tidak Pasti 3

Bersetuju 48

Sangat Bersetuju 49

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 8

Saya rasa sungguh seronok dan berbesar hati untuk meneruskan karier saya di organisasi ini.

Seramai 48 responden menjawab bersetuju dan 49 lagi sangat bersetuju. Manakala 3 sahaja

menjawab tidak pasti dengan kenyataan ini. Sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh

Martin dan Nicholls (1987), terdapat tiga kaedah bagi membangunkan prinsip komitmen

organisasi iaitu pertama rasa memiliki (a sense of belonging), kedua suka dengan pekerjaannya,

dan ketiga kepemilikan terhadap organisasi (ownership). Berdasarkan kajian yang telah

dijalankan ini kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka suka bekerja dengan TH.

Jawapan daripada responden ini mungkin juga dipengaruhi oleh pengiktirafan yang diterima oleh

TH sendiri di peringkat dalam negara dan antarabangsa antaranya Anugerah Kualiti Perdana

Menteri, Anugerah di sidang kemuncak Sukuk di London sebagai Institusi Cemerlang Dalam

Sektor Kewangan Islam dan sebagainya.

Page 64: Etika Kerja Islami

52

Jadual 4.5.19

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 5

Tidak Pasti 16

Bersetuju 44

Sangat Bersetuju 35

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 9

Adalah menjadi risiko bagi saya untuk meninggalkan organisasi ini sekarang. Seramai 5

responden tidak bersetuju, manakala 16 tidak pasti dan 44 bersetuju serta 35 sangat bersetuju

dengan kenyataan tersebut. Maklumbalas ini diterima berkemungkinan dipengaruhi suasana

ekonomi semasa yang sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Keputusan ini juga sejajar

dengan unjuran yang telah dibuat oleh Bank Dunia berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) sebenar Malaysia yang mengalami kesusutan sebanyak 4.4 peratus pada tahun 2009.

Oleh itu responden merasakan bahawa apabila mereka telah berada di organisasi yang difikirkan

kukuh dari segi ekonomi, maka keperluan untuk meninggalkan organisasi adalah tidak lagi perlu.

Page 65: Etika Kerja Islami

53

Jadual 4.5.20

Keputusan Ujian Kekerapan:

Kekerapan Berdasarkan Item Komitmen Organisasi

Sangat Tidak Bersetuju 0

Tidak Bersetuju 8

Tidak Pasti 20

Bersetuju 32

Sangat Bersetuju 40

Sumber : Soal Selidik Bahagian C. No. 10

Saya berasa takut dengan apa yang bakal terjadi kepada saya sebelum memperolehi peluang lain.

8 responden menjawab tidak bersetuju dan 20 lagi tidak pasti. Manakala 32 bersetuju dan 40 lagi

sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kenyataan ini juga dipengaruhi oleh situasi semasa.

Responden akan memikirkan bahawa mereka perlu bekerja bagi melaksanakan tanggungjawab

mereka terhadap orang-orang yang bergantung kepada mereka terutamanya bagi mereka yang

telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan lain.

Page 66: Etika Kerja Islami

54

BAB KELIMA

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab terakhir ini akan mengemukakan satu kesimpulan yang komprehensif dari perbahasan dan

perbincangan berhubung dengan keputusan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik. Bab ini

merangkumi aspek rumusan kajian, dan saranan kajian yang membina untuk memperbaiki kajian

seperti ini pada masa akan datang dan diakhiri dengan kesimpulan kajian.

5.2 Rumusan Kajian

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan terhadap 100 responden yang merupakan kakitangan

TH menunjukkan hubungan yang signifikan antara etika kerja Islam dengan komitmen

organisasi. Keputusan ini adalah sejajar dengan objektif kajian bagi mengkaji hubungan antara

dimensi-dimensi etika kerja Islam terhadap organisasi dan juga pengaruh antara etika kerja Islam

dan komitmen organisasi. Sifat-sifat serta nilai-nilai positif dalam Islam yang diamalkan oleh

keseluruhan anggota organisasi mempengaruhi komitmen mereka terhadap organisasi dimana

mereka bekerja bersesuaian dengan keputusan kajian yang telah dilakukan oleh Kidron (1978),

Oliver (1990), Saks et.al (1996), Putti et.al (1989), Morrow dan McElroy (1987), Randall dan

Cote (1991), Chusmer dan Koberg (1988), Yousef (2000) dan juga Nik Mu’tasim et.al (2007).

Berdasarkan pengertian ringkas yang diberikan oleh Cherrington (1980), etika kerja merujuk

kepada sikap positif terhadap kerja. Individu yang bekerja dengan rasa gembira mempunyai etika

Page 67: Etika Kerja Islami

55

yang lebih baik daripada mereka yang tidak seronok dengan kerjanya. Hasil daripada kajian

menunjukkan bahawa keseronokan bekerja di organisasi membuktikan bahawa individu yang

bekerja akan merasakan organisasi tempatnya bekerja sebagai sebahagian daripada dirinya dan

berjaya memberikan makna kepada dirinya serta mempunyai hubungan emosi secara langsung

dengan organisasi di tempat kakitangan itu bekerja. Oleh itu, pekerja akan bekerja dengan lebih

baik bagi organisasi yang mereka rasakan memberikan makna kepada diri mereka.

Pekerja yang memahami etika kerja Islam akan bekerja bersungguh-sungguh kerana menyedari

bahawa bekerja itu adalah salah satu tuntutan daripada agama. Setiap perlakuan di tempat kerja

sentiasa diawasi dari segi tindakan kerana mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama.

Islam juga menganggap kerja sebagai amalan soleh dalam hubungannya antara keperluan hidup

manusia dan tuntutan keseimbangan dalam kehidupan individu dan sosial seseorang. Walau

bagaimanapun tugasan bekerja dan mencari nafkah tidak boleh dijadikan sebagai satu aktiviti

yang berlebih-lebihan kerana Al-Quran melarang sikap tamak dan haloba serta melakukan

sesuatu yang melanggari etika Islam. Al-Quran dan hadis sentiasa mengingatkan individu

muslim tentang tanggungjawab terhadap kerja dalam semua bidang termasuk kemasyarakatan,

ekonomi, kesenian dan estetika. Tatasusila kerja Islam tidak dapat dipisahkan daripada matlamat

hidup dalam Islam iaitu untuk menjadi manusia bermoral di dunia ini menurut garis panduan

undang-undang Illahi.

Secara umumnya, etika kerja Islam menyatakan bahawa hidup tanpa bekerja adalah tidak

bermakna dan penglibatan dalam aktiviti ekonomi adalah sebagai kewajipan. Oleh kerana semua

responden adalah beragama Islam, maka secara tidak langsung ajaran Islam mempengaruhi cara

Page 68: Etika Kerja Islami

56

mereka berfikir dan bertindak terhadap organisasi. Nilai-nilai positif dalam keputusan kajian ini

seperti bekerja keras, komited dan dedikasi dalam bekerja, kerja secara kreatif, bekerjasama di

tempat kerja adalah perlu diteruskan. Hasil daripada kajian ini tentunya memberikan faedah

kepada kedua-dua pihak sama ada terhadap kakitangan tetapi juga terhadap organisasi.

Kebanyakan responden menunjukkan bahawa mereka mempunyai komitmen yang tinggi

terhadap organisasi. Namun bagi mereka yang merasakan sebaliknya perlu didedahkan dengan

pelbagai aktiviti yang boleh mengubah pandangan mereka terhadap organisasi.

5.3 Cadangan

Berikut adalah cadangan penyelidik bagi mempertingkatkan lagi komitmen dan etika kerja bagi

kakitangan TH.

5.3.1 Pertingkatkan Kefahaman Berkaitan Etika Kerja Islam

Pihak pengurusan TH perlulah sentiasa mengadakan aktiviti yang lebih banyak dalam

mempertingkatkan kefahaman kakitangan terhadap etika kerja Islam. Kursus-kursus secara

langsung seperti bengkel dan seminar berkaitan etika kerja Islam perlu diadakan bagi memberi

pemahaman kepada semua kakitangan bukan sahaja di peringkat bawahan malah juga perlu

dilakukan di peringkat atasan. Kefahaman ini perlulah dilakukan secara berterusan supaya

kakitangn TH sedar akan kewajipan mereka untuk bekerja berlandaskan etika kerja Islam. Tidak

dinafikan bahawa telah ada buku panduan berkaitan Nilai dan Etika Kerja Tabung Haji

(NEKTH), namun kefahaman berkaitan etika ini perlu dilakukan kepada keseluruhan kakitangan

TH.

Page 69: Etika Kerja Islami

57

5.3.2 Kepimpinan Melalui Teladan

Pihak pengurusan atasan TH perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan bawahan.

Ini kerana masih terdapat pandangan daripada kakitangan bawahan bahawa pihak atasan telah

menyalahgunakan kuasa dalam menentukan keputusan berkaitan kewangan organisasi.

Walaupun ia tidak melibatkan kesemua pucuk pimpinan atasan, namun pandangan negatif ini

perlulah di atasi segera supaya TH berjaya melaksanakan tugasnya sebagai organisasi yang

bertanggungjawab menguruskan urusan haji bagi semua jemaah haji Malaysia dan juga berjaya

memberi pulangan yang maksima kepada pendeposit atas wang simpanan mereka di TH.

5.3.3 Memperkayakan Kerja

Pihak pengurusan boleh memperkayakan kerja kakitangan mereka supaya kakitangan mereka

berpeluang untuk melakukan kerja yang lebih baik dan pelbagai di samping memberikan

pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Malah pekerja perlu diberikan

kuasa dalam menentukan bagaimana tugasan itu perlu dilakukan oleh mereka.

5.3.4 Selaraskan Matlamat Pekerja Dengan Matlamat Organisasi.

Semua kakitangan perlu menyelaraskan matlamat diri dengan matlamat organisasi. Ini penting

bagi memastikan komitmen organisasi terus wujud di TH. Ia juga adalah perlu supaya

kakitangan tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Cadangan ini adalah penting

dilakukan kerana pekerja akan terus mengekalkan komitmen mereka terhadap organisasi apabila

pekerja dan organisasi mempunyai matlamat yang sama dan segala faedah boleh juga

dikongsikan secara bersama.

Page 70: Etika Kerja Islami

58

5.4 Saranan Kajian

Kajian ini merupakan usaha penyelidik dalam menerokai dan mendalami teori etika kerja Islam

dan komitmen organisasi. Justeru, hasil kajian ini diharapkan dapat memperbanyak dan

memperkayakan lagi kajian berkaitan etika kerja Islam dan komitmen organisasi dalam konteks

tempatan. Harapan penyelidik supaya kajian ini memberikan sumbangan kepada masyarakat dan

juga bidang akademik. Secara tidak langsung fahaman berkaitan etika kerja Islam dan komitmen

terhadap organisasi dapat digarap dalam kehidupan seharian. Adalah juga diharapkan kepada

pengkaji akan datang supaya terus memperluaskan lagi bidang ini di mana kajian berikutnya

perlu dilakukan kepada responden yang berbeza dengan jumlah yang lebih ramai. Cadangan bagi

kajian akan datang juga adalah supaya melihat kesan etika kerja Islam dengan tekanan kerja,

keinginan berhenti atau menukar kerja.

5.5 Kesimpulan

Etika membawa maksud contoh kelakuan atau garis panduan yang patut diikuti dalam usaha

mengharmonikan hubungan kemanusian dan meminimakan salahguna dan bekerja untuk

kebajikan masyarakat. Setiap individu perlu menghayati budaya dan etika kerja Islam. Ini kerana

matlamat Islam cukup jelas iaitu bagi melahirkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya serta

menjamin kualiti kerja dan perkhidmatan terbaik. Daripada apa yang telah dibincangkan dan

dikemukakan dalam kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa terdapat hubungan antara etika

kerja Islam dan komitmen organisasi. Oleh yang demikian, kajian ini telah membuktikan bahawa

terdapat pengaruh antara dimensi etika kerja Islam dan komitmen organisasi di TH. Secara tidak

Page 71: Etika Kerja Islami

59

langsung TH berjaya mewujudkan suasana kerja yang baik kepada kakitangannya dengan

kefahaman terhadap etika kerja Islam. Walaupun banyak tanggapan negatif diberikan kepada TH

diharapkan semua kakitangan berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa perubahan akan

dilakukan dari semasa ke semasa ke arah yang lebih baik.

Page 72: Etika Kerja Islami

60

BIBLIOGRAFI

Abbas J. Ali (2001). Scaling an Islamic Work Ethic, The Journal of Social Psychology, 128 (5),

pp 575-583.

__________(2007). Islamic Work Ethic in Kuwait, Cross Cultural Management: An

International Journal, Vol.14.No.2. pp 93-104.

Abbas Ali, Thomas Falcone & Ahmed A. Azim (1995). Work Ethic in The US and Canada,

Journal of Management Development, Vol.14.No.6. pp 26-34.

Augustine Ahiauzu & Soye Asawo (2008). Unwavering Hope and Worker’s Commitment in the

Nigerian Manufacturing Industry: a Study in Work-place Spirituality, The Business

Renaissance Quarterly: Enhancing the Quality of Life at Work, pp 105-124.

Darwish A. Yousef (2001). Islamic Work Ethic- A Moderator between Organizational

Commitment and Job Satisfaction In A Cross-cultural Context, Personnel Review

Journal, Vol.30.No.2. pp 152-169.

Fusun Bulutlar & Ela Unler Oz (2009). The Effects of Ethical Climates on Bullying Behaviour in

the Workplace, Journal of Business Ethics, No. 86. pp 273-295.

Gary R. Weager (2004). Ethics and Employees: Making the Connection, Academy of

Management Executive, Vol. 18. No. 2. pp 121-125.

Gili Benari (2009). Teaching Ethics In Religious or Cultural Conflict Situations: A Personal

Perspective, Nursing Ethics, 16 (4). pp 429-435.

Page 73: Etika Kerja Islami

61

Gul Selin Erben & Ayse Begum Guneser (2008). The Relationship Between Paternalistic

Leadership and Organizational Commitment: Investigating the Role of Climate

Regarding Ethics, Journal of Business Ethics, 82. pp 955-968.

Ian Ashman & Diana Winstanley (2006). The Ethics of Organizational Commitment, Business

Ethic: A European Review, Vol.15. No. 2

Jennifet M. George & Gareth R. Jones (2008). Understanding and Managing Organizational

Behavior, New Jersey: Pearson Education International.

Jerald Greenberg & Robert A. Baron (1997). Behavior in Organizations, United States of

Amerika: Prentice Hall International.

Mahmut Arsln (2000). A Cross-cultural Comparison of British and Turkish Manager in Term of Protestant Work Ethic Characteristics, Business Ethics: A European Review. pp 13-19.

Maholtra N.K. (2007). Marketing Research: An Applied Orientation. New Jersey: Pearson Education.

Maureen L. Ambrose, Anke Arnoud & Marshall Schminke (2007). Individual Moral Development and Ethical Climate: The Influence of Person-Organization Fit on Job Attitudes, Journal of Business Ethics 77. pp 323-333.

Mayer, J.P & Allen, N.J. (1991). A Three Component Conceptualization Of Organizational

Commitment, Human Resource Management Review, Vo. 1(1)

Michael Rose (2005). Do Rising Level of Quality Alter Work Ethic, Work Orientation and

Organizational Commitment for the Worse? Evidence from UK, 1985-2001,

Journal of Education and Work, Vol.18, No.2, June. pp 131-164.

Page 74: Etika Kerja Islami

62

Ming Tien Tsai & Chun Chen Huang (2008). The Relationship Among Ethical Climate Types,

Facet of Job Satisfaction, and the Three Components of Organizational

Commitment: A Study Of Nurses in Taiwan, Journal of Business Ethics, 80. pp

565-581.

Mowday, R., Porter,L. & Steers, R. (1982). Employee-Organization Linkages : The Psychology

of Commitment, Absenteeism and Turnover. New York: Academic Press.

Mowday, R., Porter,L. & Steers, R. (1979). The Measurement of Organizational Commitment,

Journal of Vocational Behavior, Vol. 14 pp 224-47.

Muhammad Abdul Rauf (1987). Management and Administration: An Islamic Perspective.

Kuala Lumpur: Islamic Affairs Division, Prime Minister Department.

Mustafa Haji Daud (1996). Etika Pengurusan, Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Nik Mu’tasim B. Rahman, Nordin Muhamad & Abdullah Sanusi Othman (2007). The

Relationship Between Islamic Work Ethics and Organizational Commitment: A

Case Analysis, Malaysian Management Review.

Nor’Azzah Kamri (2008). Kefahaman dan Sambutan Terhadap Kod Etika Islam: Pengalaman

Tabung Haji, Jurnal Syariah, Bil 16, Bil 1 ms 145-162.

Rafik Issa Beekun (1998). Etika Perniagaan Islam, Selangor: Institute of Islamic Thought.

Sabitha Marican (2009). Penyelidikan Sains Sosial, Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Page 75: Etika Kerja Islami

63

Selcuk Uygur (2009). Investigating the Influence of Religion Over the Work Ethic Values of

Turkish SME Owner-Manager, BBS Doctoral Symposium.

Stephen P. Robbins & Timothy A. Judge (2007). Organizational Behavior, New Jersey: Pearson

Prentice Hall.

Syed Mohd Ghazali Wafa, Muhammad Nasri & Mohd Hizam Hanafiah (2005). Pengantar

Perniagaan Islam, Selangor: Pearson Prentice Hall.

Tom Tyler, John Dienhart & Terry Thomas (2008). The Ethical Commitment to Compliance:

Building Value-Based Cultures, California Management Review, Vol.50. No.2. pp

31-51.

Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21, Kuala Lumpur: Utusan.

Wan Sabri Wan Hussin (2004). Etika dan Amalan Perniagaan, Kuala Lumpur: Utusan

Publications.

Web site

http://id.wikipedia.org/wiki/Komitmen_organisasi

http://www.e-psikologi.com/epsi/artikel_detail.asp?id=558

http://jurnal-sdm.blogspot.com/2009/04/membangun-komitmen-organisasi.html

http://www.kesad.mil.id/index.php?

http://detik.daily.tripod.com/okta/1okt_3.htm.

http://lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/languagestudies/layout/notes/CTU%20263/9.pdf

http://spesialis-torch.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=37

http://journal.uii.ac.id/index.php/JAAI/article/viewFile/797/715

http://www.transparency.org.my/documents/Persepsi%20Antarabangsa%20Terhadap%20Usaha%20Meningkatkan%20Program%20Pencegahan%20Rasuah.pdf

Page 76: Etika Kerja Islami

64

http://www.malaysiakini.com/news/90249

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=435

http://www.ey.com/Global/assets.nsf/International/AABS_Advisory_Corruption_Perceptions_Index_2008/$file/TI_CP_Index_2008.pdf

http://www.infoplease.com/world/statistics/2007-transparency-international-corruption-perceptions.html

http://yourwebapps.com/WebApps/db-view.cgi?database=97302

http://www.islam.gov.my/pipa/dev/artikel/TUNTUTAN%20BERLUMBA-LUMBA%20MELAKSANAKAN%20KEBAJIKAN-edited.pdf

http://alkasabi.multiply.com/journal/item/28

http://www.ciast.gov.my/bm/downloads/ptk/Nilai&Etika/penghayatan_nilai.doc

http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/Etika%20Kerja.pdf

http://article.wn.com/view/2009/08/24/10_years_jail_for_Tabung_Haji_general_managers_upheld/

http://article.wn.com/view/2009/07/03/Tabung_Haji_menang_anugerah_luar_negara/

http://azmanlin.blogspot.com/2009/06/bank-dunia-unjur-kdnk-malaysia-susut-44.html

Page 77: Etika Kerja Islami

COLLEGE OF BUSINESS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SOAL SELIDIK

HUBUNGAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN ORGANISASI: KAJIAN

DIKALANGAN KAKITANGAN LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI

Kepada Tuan/ Puan,

Penyelidik sedang menjalankan kajian sepertimana tajuk di atas. Kerjasama daripada tuan/ puan

adalah diharapkan untuk menyertai kajian ini dengan memberikan maklumbalas anda ke atas

penyataan dalam soal selidik yang terdapat di bawah. Oleh itu, penyelidik mengharapkan

kejujuran tuan/ puan dalam menjawab soal selidik ini. Segala maklumat adalah rahsia dan hanya

digunakan untuk kajian ini sahaja.

Penyelidik mengambil peluang ini bagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sanggup

terlibat di dalam penyelidikan ini. Sekian, terima kasih.

Dear Sir/ Madam,

The researcher is currently conducting a research regarding the topic above. Your cooperation

and participation is needed by giving your feedback based on the statements in the questionnaire

below. Therefore, the researcher really hopes that you can answer all the questions below

honestly. All the information given will be use for this research purpose only and will be kept as

confidential.

The researcher would like to take this opportunity to thank everyone who is willing to participate

in this research. Once again thank you.

Rusniyati Mahiyaddin

Master of Science (Management)

Universiti Utara Malaysia,

06010 Sintok, Kedah Darul Aman.

Page 78: Etika Kerja Islami

Bahagian A: Demografi

Section A: Demographic

Sila tandakan jawapan di kotak yang berkenaan di bawah.

Please tick your answer in the appropriate box below.

1. Umur/ Age

40 tahun dan ke bawah/ 40 years old and below

41-50 tahun/ 41-50 years old

51 tahun dan ke atas/ 51 years old and above

2. Jantina/ Gender

Lelaki/ Male Perempuan/ Female

3. Status Perkahwinan/ Marital Status

Bujang/ Single Bercerai/ Divorced

Berkahwin/ Married

4. Taraf Pendidikan Tertinggi/ Highest Level of Education

SPM Ijazah Sarjana/ Master

Doktor Falsafah/ PHD

STPM/ Diploma

Ijazah Sarjana Muda/ Bachelor Degree

Page 79: Etika Kerja Islami

Sila bulatkan pada skala yang mana anda rasakan jawapan yang paling sesuai untuk setiap

pernyataan.

Please circle on the appropriate scale which you think is the most suitable answer for each

statement.

1. Sangat Tidak Bersetuju/ Strongly Disagree

2. Tidak Bersetuju/ Disagree

3. Tidak Pasti/ Neutral

4. Bersetuju/ Agree

5. Sangat Bersetuju/ Strongly Agree

Bahagian B: Etika Kerja Islam

Section B: Islamic Work Ethic

1. Keadilan dan sifat bermurah hati di tempat kerja adalah syarat yang perlu untuk

kebajikan masyarakat.

Justice and generosity in the workplace are necessary conditions for society welfare

1 2 3 4 5

2. Kehidupan tidak bermakna tanpa bekerja.

Life has no meaning without work

1 2 3 4 5

3. Seseorang haruslah bekerja keras secara konsistent untuk memenuhi tanggungjawab.

One should constantly work hard to meet responsibilities.

1 2 3 4 5

4. Dengan bekerja seseorang itu berpeluang untuk lebih berdikari.

Work gives one the chance to be independent

1 2 3 4 5

5. Kerja yang baik memberi manfaat kepada diri seseorang dan orang disekelilingnya.

Good work benefits both one’s self and others

1 2 3 4 5

6. Orang yang berjaya adalah seseorang yang dapat menyiapkan kerja sebelum tarikh

akhirnya.

A successful person is the one who meets deadlines at work

1 2 3 4 5

Page 80: Etika Kerja Islami

7. Kerja yang kreatif adalah sumber kepada kebahagiaan dan kesempurnaan.

Creative work is a source of happiness and accomplishment

1 2 3 4 5

8. Hubungan sesama manusia di dalam organisasi perlu diberi penekanan dan galakan.

Human relations in organizations should be emphasized and encouraged

1 2 3 4 5

9. Seseorang perlu melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan baik berbanding kebolehannya.

One should carry work out the best of one’s ability

1 2 3 4 5

10. Nilai sesebuah pekerjaan itu adalah hasil daripada niat yang terkandung bukannya

keputusannya.

The value of work is derived from the accompanying intention rather than its results.

1 2 3 4 5

Bahagian C: Komitmen Organisasi

Section C: Organizational Commitment

1. Saya merasakan bahawa saya adalah sebahagian daripada organisasi ini.

I feel like part of the family in this organization.

1 2 3 4 5

2. Oraganisasi ini memberikan sesuatu makna bagi saya.

This organization has a great deal of personal meaning to me.

1 2 3 4 5

3. Saya suka berbincang tentang organisasi saya dengan orang luar.

I enjoy discussing my organization with people outside it.

1 2 3 4 5

4. Saya dapat merasakan bahawa masalah di dalam organisasi ini sebagai masalah saya

sendiri.

I really feel as if this organization’s problems are my own.

1 2 3 4 5

Page 81: Etika Kerja Islami

5. Saya merasakan yang saya mempunyai hubungan emosi dengan organisasi ini.

I feel emotionally attached to this organization.

1 2 3 4 5

6. Saya percaya bahawa seseorang perlulah sentiasa setia kepada organisasi mereka.

I believe that a person must always be loyal to his or her company

1 2 3 4 5

7. Pada saya, berpindah dari satu organisasi ke satu organisasi yang lain dilihat sebagai

kurang beretika.

Jumping from one organization to organization seems unethical to me.

1 2 3 4 5

8. Saya berasa sungguh seronok dan berbesar hati untuk meneruskan karier saya di

organisasi ini.

I would be very happy to spend the rest of my career with this organization

1 2 3 4 5

9. Adalah menjadi risiko bagi saya untuk meninggalkan organisasi ini sekarang.

It would be too costly for me to leave this organization now

1 2 3 4 5

10. Saya berasa takut dengan apa yang bakal terjadi kepada saya sebelum memperolehi

peluang lain.

I am afraid of what might happen if I quit my job without having another one line up

1 2 3 4 5

**TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA**

**THANK YOU FOR YOUR COOPERATION**

Page 82: Etika Kerja Islami

Frequencies Statistics umur

N Valid 100

Missing 0

umur

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid 40 tahun ke bawah 64 64.0 64.0 64.0

41-50 tahun 33 33.0 33.0 97.0

51 tahun ke atas 3 3.0 3.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Statistics jantina

N Valid 100

Missing 0

jantina

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid lelaki 53 53.0 53.0 53.0

perempuan 47 47.0 47.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Statistics statuskahwin

N Valid 100

Missing 0

statuskahwin

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid bujang 18 18.0 18.0 18.0

berkahwin 82 82.0 82.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Page 83: Etika Kerja Islami

Statistics pendidikan

N Valid 100

Missing 0

pendidikan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid spm 76 76.0 76.0 76.0

Stpm/ diploma 13 13.0 13.0 89.0

ijazah sarjana muda 11 11.0 11.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Correlations Descriptive Statistics

Mean Std. Deviation N

EI 43.6200 3.40166 100

CT 36.8300 4.41772 100

Correlations

EI CT

EI Pearson Correlation 1 .462(**)

Sig. (1-tailed) . .000

N 100 100

CT Pearson Correlation .462(**) 1

Sig. (1-tailed) .000 .

N 100 100

** Correlation is significant at the 0.01 level (1-tailed).

Page 84: Etika Kerja Islami

Descriptives Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation

keadilan 100 1.00 5.00 4.3800 .77564

tidakbermakna 100 2.00 5.00 4.3000 .68902

bekerjkeras 100 3.00 5.00 4.4100 .60461

berdikari 100 2.00 5.00 4.3900 .63397

manfaat 100 3.00 5.00 4.5500 .55732

tarikhakhir 100 3.00 5.00 4.6000 .53182

kreatif 100 2.00 5.00 4.1800 .67240

hubungan 100 3.00 5.00 4.4800 .62732

baik 100 2.00 5.00 4.1400 .86480

niat 100 2.00 5.00 3.9400 1.02317

sebahagian 100 3.00 5.00 4.5400 .53973

makna 100 4.00 5.00 4.5800 .49604

berbilang 100 1.00 5.00 3.8200 .83339

masalahsaya 100 2.00 5.00 3.8600 .86480

hubunganemosi 100 1.00 5.00 3.8300 .91071

setia 100 3.00 5.00 4.5400 .53973

kurangetika 100 1.00 5.00 3.6500 .95743

seronok 100 3.00 5.00 4.4600 .55814

risiko 100 2.00 5.00 4.0900 .84202

pelunglain 100 2.00 5.00 4.0400 .96316

Valid N (listwise) 100

Page 85: Etika Kerja Islami

Frequency Table keadilan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid sangat tidak besetuju 2 2.0 2.0 2.0

tidak pasti 6 6.0 6.0 8.0

bersetuju 42 42.0 42.0 50.0

sangat bersetuju 50 50.0 50.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

tidakbermakna

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 2 2.0 2.0 2.0

tidak pasti 7 7.0 7.0 9.0

bersetuju 50 50.0 50.0 59.0

sangat bersetuju 41 41.0 41.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

bekerjkeras

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 6 6.0 6.0 6.0

bersetuju 47 47.0 47.0 53.0

sangat bersetuju 47 47.0 47.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

berdikari

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 2 2.0 2.0 2.0

tidak pasti 2 2.0 2.0 4.0

bersetuju 51 51.0 51.0 55.0

sangat bersetuju 45 45.0 45.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Page 86: Etika Kerja Islami

manfaat

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 3 3.0 3.0 3.0

bersetuju 39 39.0 39.0 42.0

sangat bersetuju 58 58.0 58.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

tarikhakhir

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 2 2.0 2.0 2.0

bersetuju 36 36.0 36.0 38.0

sangat bersetuju 62 62.0 62.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

kreatif

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 2 2.0 2.0 2.0

tidak pasti 9 9.0 9.0 11.0

bersetuju 58 58.0 58.0 69.0

sangat bersetuju 31 31.0 31.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

hubungan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 7 7.0 7.0 7.0

bersetuju 38 38.0 38.0 45.0

sangat bersetuju 55 55.0 55.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

baik

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 6 6.0 6.0 6.0

tidak pasti 13 13.0 13.0 19.0

bersetuju 42 42.0 42.0 61.0

sangat bersetuju 39 39.0 39.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Page 87: Etika Kerja Islami

niat

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 14 14.0 14.0 14.0

tidak pasti 13 13.0 13.0 27.0

bersetuju 38 38.0 38.0 65.0

sangat bersetuju 35 35.0 35.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

sebahagian

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 2 2.0 2.0 2.0

bersetuju 42 42.0 42.0 44.0

sangat bersetuju 56 56.0 56.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

makna

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid bersetuju 42 42.0 42.0 42.0

sangat bersetuju 58 58.0 58.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

berbilang

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid sangat tidak besetuju 3 3.0 3.0 3.0

tidak pasti 27 27.0 27.0 30.0

bersetuju 52 52.0 52.0 82.0

sangat bersetuju 18 18.0 18.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

masalahsaya

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 8 8.0 8.0 8.0

tidak pasti 21 21.0 21.0 29.0

bersetuju 48 48.0 48.0 77.0

sangat bersetuju 23 23.0 23.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Page 88: Etika Kerja Islami

hubunganemosi

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid sangat tidak besetuju 3 3.0 3.0 3.0

tidak bersetuju 6 6.0 6.0 9.0

tidak pasti 15 15.0 15.0 24.0

bersetuju 57 57.0 57.0 81.0

sangat bersetuju 19 19.0 19.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

setia

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 2 2.0 2.0 2.0

bersetuju 42 42.0 42.0 44.0

sangat bersetuju 56 56.0 56.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

kurangetika

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid sangat tidak besetuju 3 3.0 3.0 3.0

tidak bersetuju 6 6.0 6.0 9.0

tidak pasti 33 33.0 33.0 42.0

bersetuju 39 39.0 39.0 81.0

sangat bersetuju 19 19.0 19.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

seronok

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak pasti 3 3.0 3.0 3.0

bersetuju 48 48.0 48.0 51.0

sangat bersetuju 49 49.0 49.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

risiko

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 5 5.0 5.0 5.0

tidak pasti 16 16.0 16.0 21.0

bersetuju 44 44.0 44.0 65.0

sangat bersetuju 35 35.0 35.0 100.0

Total 100 100.0 100.0

Page 89: Etika Kerja Islami

pelunglain

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid tidak bersetuju 8 8.0 8.0 8.0

tidak pasti 20 20.0 20.0 28.0

bersetuju 32 32.0 32.0 60.0

sangat bersetuju 40 40.0 40.0 100.0

Total 100 100.0 100.0