Etika penggunaan internet

6
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Disediakan oleh: Nur Sabrina bt. Nor Azman

Transcript of Etika penggunaan internet

Page 1: Etika penggunaan internet

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Disediakan oleh: Nur Sabrina bt. Nor Azman

Page 2: Etika penggunaan internet

Pengenalan

Penggunaan internet yang semakin meningkat, digabungkan dengan

teknologi yang terkini serta pengurangan masa dan kos komunikasi telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan

kepada para pelanggan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan

membawa kepada kesan negatif.

Page 3: Etika penggunaan internet

1. Browse atau carilah maklumat menerusi www yang berkaitan dengan tugas anda sebagai seorang pelajar.

2. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini.

3. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat.

Cara Melayari Internet Dangan Betul

Page 4: Etika penggunaan internet

4. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan menjatuhkan maruah anda.

5. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti-kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara.

6. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang berfaedah untuk rujukan kemudian hari.

7. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan untuk tujuan rujukan.

Page 5: Etika penggunaan internet

Kesalahan Penggunaan Internet

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

Page 6: Etika penggunaan internet

KESIMPULAN

Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagi mewujudkan masyarakat pengguna internet yang bertanggungjawab dan penyayang. Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini dan jadilah pengguna yang bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti diri secara keseluruhannya