ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI...

13
ETIKA PERNIAGAAN DI DMART: SATU KAJIAN DI GUGUSAN CHINI Moksam Bin Yaakub Ahamad Dahlan Salleh ABSTRAK Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara bahkan ianya telah mendasari dari peringkat akar umbinya di kalangan individu masyarakat.Aspek etika dalam perniagaan sewajarnya tidak di abaikan oleh setiap peniaga selaras dengan tuntutan shari c ah. Pengabaian etika boleh diertikan sebagai pengabaian tuntuan shari c ah dan memberi kesan kepada perkembangan dan pertumbuhan perniagaan bahkan memberi kesan kepada pembentukan nilai dan norma dalam masyarakat. Isu kegagalan perniagaan dalam menyediakan perkhidmatan yang baik selaras dengan tuntutan shara c menyebabkan ekonomi umat Islam gagal bersaing dengan perniagaan bukan Islam di peringkat global. Penilaian dan muhasabah terhadap perjalanan etika menjadikan perniagaanakan lebih berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa. Kajian ini adalah bertujuan menilai sejauh mana etika perniagaan menjadi amalan di dalam pengoperasian D'Mart.Penulis menggunakan pendekatan kajian lapangan dan perpustakaan iaitu berbentuk kuantitatif dan kualitatif.Bagi mendapatkan data kuantitatif pengkaji menggunakan instrument borang soal selidik manakala data kualitatif melalui kajian perpustakaan dan temubual.Data kuantitatif diproses melalui sistem SPSS. PENGENALAN Islam amat menggalakkan umatnya menceburi dalam aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya dalam perniagaan. Bahkan Islam telah menjadikan jual-beli sebagai satu bentuk mu c amalah yang telah ditashri c atkan bagi memperolehi sesuatu dan mendapatkan keuntungan atas dasar bantu membantu dan rasa reda meredai. Firman Allah s.w.t: Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. 2 Dengan penggunaan lafaz yang sarih dalam ayat di atas menunjukkan dengan jelas bahawa jualbeli adalah suatu bentuk usaha yang mendapat keredaan Allah, manakala mendapatkan sesuatu dengan cara zalim seperti riba adalah dilarang disisi Islam. Dalam hal ini peniaga perlulah menjalankan urusniaganya dengan adab-adab yang dianjurkan oleh Islam. Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam satu riwayat dari Qatadah: Sabda nabi s.a.w: 1 al-Quran, al-Baqarah, 2:275 2 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, hlm.110.

Transcript of ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI...

Page 1: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

ETIKA PERNIAGAAN DI D’MART: SATU KAJIAN

DI GUGUSAN CHINI

Moksam Bin Yaakub

Ahamad Dahlan Salleh

ABSTRAK

Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi sesebuah

negara bahkan ianya telah mendasari dari peringkat akar umbinya di kalangan

individu masyarakat.Aspek etika dalam perniagaan sewajarnya tidak di abaikan oleh

setiap peniaga selaras dengan tuntutan sharicah. Pengabaian etika boleh diertikan

sebagai pengabaian tuntuan sharicah dan memberi kesan kepada perkembangan dan

pertumbuhan perniagaan bahkan memberi kesan kepada pembentukan nilai dan

norma dalam masyarakat. Isu kegagalan perniagaan dalam menyediakan

perkhidmatan yang baik selaras dengan tuntutan sharacmenyebabkan ekonomi umat

Islam gagal bersaing dengan perniagaan bukan Islam di peringkat global. Penilaian

dan muhasabah terhadap perjalanan etika menjadikan perniagaanakan lebih berdaya

saing dan relevan dengan perkembangan semasa. Kajian ini adalah bertujuan menilai

sejauh mana etika perniagaan menjadi amalan di dalam pengoperasian D'Mart.Penulis

menggunakan pendekatan kajian lapangan dan perpustakaan iaitu berbentuk

kuantitatif dan kualitatif.Bagi mendapatkan data kuantitatif pengkaji menggunakan

instrument borang soal selidik manakala data kualitatif melalui kajian perpustakaan

dan temubual.Data kuantitatif diproses melalui sistem SPSS.

PENGENALAN

Islam amat menggalakkan umatnya menceburi dalam aktiviti-aktiviti ekonomi

terutamanya dalam perniagaan. Bahkan Islam telah menjadikan jual-beli sebagai satu

bentuk mucamalah yang telah ditashri

catkan bagi memperolehi sesuatu dan

mendapatkan keuntungan atas dasar bantu membantu dan rasa reda meredai.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.2

Dengan penggunaan lafaz yang sarih dalam ayat di atas menunjukkan dengan jelas

bahawa jualbeli adalah suatu bentuk usaha yang mendapat keredaan Allah, manakala

mendapatkan sesuatu dengan cara zalim seperti riba adalah dilarang disisi Islam.

Dalam hal ini peniaga perlulah menjalankan urusniaganya dengan adab-adab yang

dianjurkan oleh Islam. Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam satu riwayat dari

Qatadah:

Sabda nabi s.a.w:

1al-Quran, al-Baqarah, 2:275

2Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, hlm.110.

Page 2: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

279

.أن ألتاجر األمني الصدوق مع السبعة يف ظل العرش يوم القيامة

Maksudnya: Sesungguhnya peniaga yang jujur lagi benar akan bersama tujuh

golongan yang berada di dalam perlindungan Allah di hari kiamat.

Urusniaga yang wujud akan dapat menjalinkan dan mengeratkan ikatan ukhuwah

sesama insan. Ini diperjelaskan oleh Allah s.w.t bahawa perniagaan yang mempunyai

elemen reda-meredai mendapat kasih sayang Allah sebagaimana firmannya:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi

dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka

sama suka di antara kamu. Janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri,

sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.5

PERNYATAAN MASALAH

Sektor peruncitan merupakan salah satu sektor perniagaan yang telah memberikan

impak yang cukup besar dalam perkembangan ekonomi negara. Menurut Unit

Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menjelang 2020 sektor peruncitan

Malaysia akan menjadi pemacu utama penggunaan domestik dan mensasarkan

Pendapatan Negara Kasar (PNK) dengan sumbangan sebanyak RM48.6 bilion.6

Perkembangan ini tampak nyata dengan pertumbuhan mini market hinggalah hyper

market dari syarikat-syarikat besar terutamanya yang didominasi oleh warga asing di

negara kita umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

D’Mart merupakan salah satu kemudahan peruncitan yang disediakan oleh FELDA di

setiap tanah rancangan. Kewujudannya merupakan satu langkah untuk membantu

membekalkan barang-barang keperluan yang berkualiti kepada peneroka FELDA di

tanah rancangan.7Dalam kontek hubungan pada dasarnya peneroka merupakan

sebahagian dari keluarga D'Mart kerana keuntungan D'Mart merupakan sebahagian

dari keuntungan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan peneroka merupakan

sebahagian pelaburnya, namun peneroka tidak mengetahui perkembangan semasa

D'Mart bahkan seakan tidak punya hak untuk membuat teguran.

3al-Tabari, Abu Ja

cfar Muhammad Jarir,Jld.4. hlm.34 (9145).

4al-Qur’an, al-Nisa 4:29.

5Tafsir Pimpinan al-Rahman, hlm. 190.

6www.sinarharian.com.my/ETP: Sektor peruncitan jadi pemacu utama penggunaan domestik

[4 April 2012]

7www.FELDA.net.my

Page 3: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

280

Sejarah penubuhan kedai-kedai runcit ini telah dapat memperkembangkan visinya

kepada penubuhan FELDA Trading yang sekarang ini merupakan syarikat yang telah

dipertanggunjawabkan untuk memberi bimbingan dan konsultasi dalam program

tranfomasi peruncitan.Sewajarnya dari aspek prioritinya D'Mart perlu

ditranformasikan sebelum kedai-kedai lain. Melihat impak yang cukup besar dari

penubuhan kedai runcit dan peranan yang dimainkan oleh FELDA Trading selaku

pihak yang bertanggungjawab terhadap D'Mart sewajarnya terdapat suatu perubahan

dalam pengurusan D'Mart. Namun suatu yang menyedihkan keadaan fizikal dan

perkhidmatannya tidak melambangkan usianya yang cukup matang setelah 44 tahun

penubuhannya. Ianya masih berada di takuk yang lama. Gaya operasinya tetap sama,

tidak menampakkan perbezaannya yang ketara sedangkan keperluan dan cabaran

yang dilalui oleh peneroka semakin meningkat ditambah dengan kenaikan harga

barang. Dari sudut yang lain tiada perbezaan antara D’Mart dan kedai runcit dari

aspek penampilan. Melihat sumbangan D'Mart, ianya tidak dapat dirasai oleh

peneroka secara jelas.Bahkan perkhidmatan yang diberikan menjadi persoalan setelah

melalui masa yang cukup panjang dan tidak ada perkembangan dalam mutu

perkhidmatan yang diberikan.

Adalah suatu yang merugikan seandainya perkembangan dalam dunia peruncitan

yang berlaku ini tidak direbut oleh masyarakat Islam sendiri yang merupakan

penduduk teramai di negara ini dan hanya menjadi pengguna.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan menilai sejauh mana etika perniagaan D'Mart di FELDA

gugusan Chini menjadi amalan. Dapatan ini akan membolehkan beberapa cadangan di

kemukakan agar perjalanannya selaras dengan kehendak dan tuntutan Islam.

METHODOLOGI PENYELIDIKAN

Secara umumnya kajian ini akan menumpukan kepadaetika perniagaan dan

perlaksanaannya serta mengutarakan cadangan untuk penambaikan.Lokasi kajian ini

adalah tertumpu kepada:

1. FELDA Gugusan Chini melibatkan FELDA Chini 1. 2, 3,4 dan 5 serta

FELDA Chini Timur 1 dan 3 sahaja dan tidak melibatkan FELDA Chini

Timur 2 kerana tidak mendapat keizinan dari pihak pengurus.

2. D'Mart FELDA Chini 1, 2, 3, 4 dan 5 serta D'Mart Chini Timur 2.

Kajian ini menumpukan responden dikalangan peneroka FELDA dan generasi kedua

yang tinggal di Gugusan Chini dan kakitangan D'Mart yang terdapat digugusan Chini,

responden berkenaan ialah seperti berikut:

1. Responden dari kalangan peneroka yang melibatkan seramai 350 orang dari

3349 orang peneroka di Gugusan Chini.8.

2. Responden ketiga merupakan kakitangan D'Mart ianya melibatkan sejumlah

12 orang.

3. Responden keempat seorang pengurus.

8www.raosoft.com/samplesize.html [ 20 Dis 2012]

Page 4: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

281

Dalam usaha mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan dua pendekatan iaitu

kajian kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini penyelidik mengumpulkan data

menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan

instrumen soal selidik.dan temubual. Penulis mendapatkan dan mengumpulkan data-

data kualititatif dari rujukan yang diperolehi di perpustakaan Seri Lanang UKM,

Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Negeri Pahang, Pusat Sumber Sekolah

Kebangsaan Galing Kuantan dan buku-buku milik pengkaji sendiri. Pengkaji

mendapatkan maklumat dan pandangan culama dan sarjana melalui rujukan daripada

buku-buku dalam pelbagai bidang dan sumber seperti tafsir, tesis, jurnal atau artikel,

kertas kerja, laman sesawang dan blog yang dihasilkan oleh para ilmuan untuk

mendapatkan gambaran berhubung etika perniagaan menurut perspektif Islam. Semua

data tersebut dijadikan sandaran untuk membentuk soalselidik dan soalan temubual.

Penulis telah mengunjungi pihak pengurusan FELDA Trading di Kuala Lumpur dan

keenam-enam D’Mart di Gugusan Chini serta pengurus-pengurus FELDA di lapan

buah FELDA. Selepas mengenal pasti lokasi setiap D'Mart dan pejabat lapan buah

FELDA, penulis membuat permohonan secara bertulis kepada pihak FELDA Trading

Sdn Bhd. bagi menjalankan kajian di D'Mart. Permohonan kedua ialah kepada Ibu

Pejabat FELDA Kuala Lumpur bagi mendapatkan keizinan untuk melaksanakan

soalselidik kepada peneroka dan temubual dengan salah seorang pengurus FELDA.

Walau bagaimanapun penulis hanya dapat menjalankan kajian lapangan ini terhadap

peneroka di tujuh-tujuh buah FELDA sahaja tidak termasuk FELDA Chini Timur 2

kerana penulis tidak mendapat kebenaran dari pihak pengurus FELDA berkenaan.

Manakala surat kebenaran dari pihak pengurusan FELDA Trading membolehkan

penulis membuat sesi temubal dengan pengurusan FELDA Trading dan Pengurus

D'Mart serta menjalankan sesi soal selidik terhadap pengurus dan kakitangan D'Mart

di keenan-enam D'Mart.

Pengkaji menggunakan borang soal selidik yang disediakan bagi memudahkan

responden di kalangan peneroka FELDA atau generasi kedua di tujuh buah FELDA

secara rawak mudah dan kakitangan D’Mart di keenam-enam D'Mart yang ada di

Gugusan Chini untuk menjawab persoalan yang berkaitan. Dapatan dari responden-

responden diproses melalui SPSS.

Penulis telah menggunakan kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat terhadap;

pihakpertama ialah pengurusan FELDA Trading yang merupakan syarikat yang

bertanggungjawab dalam pengurusan D’Mart., pihak kedua ialah dua orang pengurus

D’Mart di Gugusan FELDA Chini.Pihak ketiga ialah seorang pengurus FELDA.

Terdapat kekangan masa dalam sesi temubual ini memandangkan kebanyakan pihak

yang ditemubual mempunyai tugasan justeru sesi temubual hanya dapat dijalankan

secara ringkas. Bagi melancarkan proses temubual, penulis telah memaklumkan

terlebih dahulu soalan dan skop persoalan yang bakal diajukan kepada pihak.

KAJIAN LEPAS

Berdasarkan kepada penelitian penulis, terdapat kajian berhubung etika

perniagaan.Kebanyakan penulisan yang ada menggunakan kalimah keusahawanan.

Olahan dan bentuk penampilan penulisan sebelum ini mempunyai perbezaan antara

satu sama yang lain. Manakala kajian terhadap D’Mart berhubung etika perniagaan

Page 5: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

282

masih tidak ada lagi begitu juga dengan penilaian terhadap kepuasan pelanggan

terhadap D’Mart belum ada kajian berhubungnya.

Ab. Mumin Ab Ghani dan Suhaili Sarif (2005) dalam “Penerapan Budaya

Keusahawanan dalam masyarakat Islam Universiti Malaya.” menyatakan perniagaan

dalam Islam melebihi objektif dunia yang hanya berlegar di sekitar keuntungan

duniawi sahaja, bahkan ianya mempunyai nilai dan objektif yang meliputi kehidupan

dunia dan akhirat. Perniagaan bukan sahaja menjadi sumber mencari rezeki malah

satu cabang cibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah.Konsep

cubudiyahini

sememangnya menjadi teras segala perlakuan dan aktiviti harian umat Islam. Justeru

itu cibadat tidaklah terhad dengan

cibadat khusus sahaja malah meliputi segala aktiviti

harian yang dikira sebagai cibadah umum.Selain itu keusahawanan juga merupakan

penghubung antara peniaga dan masyarakat.Peranan peniaga untuk memenuhi

keperluan pengguna merupakan suatu yang amat dipuji oleh Islam.9

Muhammad Adriani Yulizar, UKM (2007), Kesan Amalan Korupsi terhadap Inflasi

dan penyelesaiannya terhadap perspektif ekonomi Islam: menyatakan antara faktor

penyumbang terhadap berlakunya korupsi adalah pendapatan yang tidak mencukupi.10

Rosidayu Hj Sabran (2006) telah menekankan kewujudan audit komunikasi dalam

kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Komunikasi ke-3 bertajuk

“Kepentingan Audit Komunikasi”menjelaskan bahawa pengauditan ini bergantung

kepada tahap keseriusan beban masalah. Penstrukturan semula, penggabungan,

perubahan pengurusan dan kemerosotan perniagaan adalah antara keadaan yang

mendorong keperluan menjalankan audit komunikasi.Beliau juga menegaskan bahawa

hubungan dua hala yang baik antara pekerja dan majikan dapat meningkatkan

motivasi kedua-dua pihak dalam melaksanakan agenda.11

Muhaimin Abdul Khair (2007) dalam Etika Perniagaan Islam Dan Cina: Kajian

Perbandingan Amalan Etika Perniagaan Muslim Banjar Dan Etnik Cina Di

Banjarmasin, menyatakan bahawa akhlak perniagaan ialah; ikhlas, berlaku jujur (sidq)

, amanah (tanggungjawab), berbuat adil, rajin bekerja keras, bekerjasama (tacawun),

murah hati dan sederhana.12

Menurut Aida Rahaya binti Awang (2010) dalam tesi sarjannyayang bertajuk "Daya

tahan teknousahawan dan pesepsi perkembangan perniagaan, teknousahawan yang

berumur 31-40 tahun lebih baik berbanding usahawan yang berumur 55 hingga 60

tahun.

Raja Maimon Raja Yusof Timbalan Pengarah Akademik Maktab Kerjasama Malaysia

dalam “Meningkatkan Tahap Profesionalisma Dan Penguasaan Ilmu Dalam

Pengurusan Koperasi" menjelaskan ciri-ciri Profesionalisma: keinginan untuk selalu

menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal, meningkatkan dan memelihara

imej profesion. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan

9Ab. Mumin Ab Ghani, Suhaili Sarif 2005.Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam

Masyarakat Islam Universiti Malaya.hlm 4..www.eprint.um.edu.my/Penerapan Budaya. [ 10 Jan 2013] 10

Muhaimin Abdul Khair, 2007, Universiti Kebangsaan, Hlm.Hlm.13

11

ddms.usim.edu.my/.../KEPENTINGAN AUDIT KOMUNIKASI.pdf.. hlm. 1.[20 Jan. 2013].

12

Muhaimin Abdul Khair, 2007, Universiti Kebangsaan, Hlm. 41-65

Page 6: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

283

professional yang dapat meningkatkan dan membaiki kualiti pengetahuan dan

keterampilannya serta mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion.13

Wan Sabri Wan Hussin (2005), dalam kertas kerjanya Mengurus Perniagaan Satu

Perspektif Pembangunan Usahawan Yang Berjaya, menyatakan bahawa gaya, nilai

dan sentuhan pengurus menentukan masa hadapan dalam sesebuah

perniagaan.14

Menurutnya lagi masalah utama yang membantutkan keusahawanan

melayu bumiputera daripada berjaya adalah masalah dalaman yang instrinsik, nilai

diri yang lemah dan tidak selari dengan ajaran Islam yang suci ini.15

Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman dan Muhammad Adib Samsudin

(2010) dalam bukunya “Etika Perniagaan Dalam Islam” menyatakan bagaimana

mengaut laba menggandakan pahala dari perniagaan.16

PENDEKATAN ISLAM DALAM PERLAKSANAAN ETIKA

Buerah Tunggak dan Hussin Salamon (2011) menampilkan ciri-ciri atau elemen

umum yang sangat dituntut dalam melaksanakan bentuk kehidupan berdasarkan

kepada syaricat Islam adalah:

17

1. Nilai-nilai Rabbaniyyah

2. Akhlakiyyah

3. Insaniyyah

4. Wasatiyyah.

CIRI-CIRI ETIKA ISLAM

Berikut adalah ciri-ciri etika Islam yang telah diperbahaskan oleh para cendikawan

1. Beransur-ansur dalam melaksanakan tanggungjawab18

2. Kesederhanaan yang seimbang.19

3. Pengawalan Perundangan Islam.20

4. Kebaikan Mutlak21

13

www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=b745d0e0..

14

Wan Sabri Wan Hussin,2005, Mengurus Perniagaan Satu PerspektifPembangunanUsahawan

Yang Berjaya; eprints.um.edu.my/2221/1/ Perniagaan Melalui Etika.pdf (Seminar Keusahawanan

Islam Peringkat Kebangsaan 2005 Jabatan Syariah dan Pengurusan), hlm.6 [20 Jan 2013]

15

Wan Sabri WanHussin,2005, hlm. 7, eprints. um. edu. my /2221/1/

Perniagaan_Melalui_Etika. pdf [ 20 Jan 2013]

16

Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman &Muhammad Adib Samsudin, 2010, Etika

Perniagaan Dalam Islam: Mengaut laba menggandakan pahala dari perniagaan. Bangi: UKM.

17

Buerah Tunggak & Hussin Salamon, 2011, hlm 75-76 (1-4 ciri); Shuhairi Abdullah & Ku

Halim Ku Arifin, 2010 hlm. 71-80.

18

Ibid, hlm 50.

19

Jabir Qamimah, 1996, hlm 75.

20

Ibid. hlm. 113.

Page 7: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

284

5. Kebaikan sejagat.22

6. Mudah23

7. Mantap24

8. Pengawasan yang menyeluruh25

ETIKA PERNIAGAAN MENURUT ISLAM

Berikut etika menurut perspektif Islam berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’

yang telah dinyatakan oleh cendikawan Islam; beriman,bertaqwa, bertawakal, berdoa,

benar dan jujur, amanah, berani, menepati janji, ehsan, istiqamah, berilmu, adil, rajin

dan bekerja keras, bekerjasama, murah hati, sederhana, toleransi, bersyukur,

menghormati pelanggan, sabar, menjauhi pembaziran, menutamakan kebersihan,

bersopan santun, menghargai dan menepati masa, menjaga kehormatan, menghormati

pekerja, menjaga prioriti, menjauhi sifat mazmumah, meninfaqkan harta ke jalan yang

benar, membina persuadaraan, menunaikan zakat, tidak menjalankan urusniaga yang

diharamkan, tidak melanggar hak orang lain, memiliki jiwa kepimpinan,

beroerntasikan masa depan, melunaskan hutang, mengelakkan bersumpah sewaktu

menjalankan urusniaga dan malu.

DAPATAN KAJIAN

Pertama Dari Soal selidik Dengan Kakitangan D'Mart ( SULIT)

Dari hasil kajian terhadap 12 repondan di kakitangan D'Mart 10 daripadanya adalah

lelaki dan 2 orang perempuan manakala sepuluh daripadanya telah pun

berumahtangga. Lapan orang dari mereka berusia antara 25 hingga 39 tahun, 2 oarang

daripadanya berusia 40 hingga 49 tahun yang merupakan usia yang paling

produktiviti dalam dunia perniagaan.Manakala 2 orang dari mereka telah mencapai

umur antara 50-59 tahun.Majoriti mereka merupakan kakitangan tetap di D'Mart iaitu

11 orang. 10 orang dapada mereka adalah genarasi peneroka dan hanya tiga orang

sahaja yang memperolehi diploma manakala 8 orang mempunyai pelajaran peringkat

sekolah menengah dan seorang di peringkat sekolah rendah. Dapatan ini jelas

meunjukkan tahap pengetahuan mereka adalah tidak menyeluruh dan perlu kepada

pendedahan di dalam siri kursus perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai asas

perniagaan.Ini adalah penting agar penjanaan idea yang lebih kreatif dan inovatif

berlaku dan dihayati bersama. Berdasarkan dapatan kajian, mereka memperolehi

pengalaman hanya dalam tempoh berkhidmat dengan D'Mart iaitu 7 orang yang

mempunyai pengalaman lebih 5 tahun selebihnya antara 3 hingga 5 tahun. Seramai 4

orang atau 33.3% tidak pernah berkursus, 4 orang (33.3 % ) pernah mengikuti kursus

sebanyak sekali dan hanya 4 orang yang pernah mengikuti kursus lebih dua

21

Mustafa Daud, 1995, hlm 81-82, Hamzah Yacqub, 1978, hlm. 13; Mohd. Nizho B Abd.

Rahaman & Mohd. Shukri Hanapi, 2011, hlm.7.

22

Ibid. hlm.83; Mohd. Nizho B Abd. Rahaman & Mohd. Shukri Hanapi, 2011, hlm.7; Hamzah

Yacqub, 1978, hlm. 13.

23

Ibid. hlm. 83; Muhammad Zakiyyudin Muhammad Qasim, 1993, hlm. 148; M.z.Azmie,

1999, hlm. 131;

24

Mustafa Daud, 1995, hlm 84. Mohd. Nizho B Abdul Rahman & Mohd. Shukri b. Hanapi,

2011, hlm 8.

25

Ibid. hlm 85; M.Z.Azmie, 1999, hlm. 131-132.

Page 8: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

285

kali.Penulis berpendapat bahawa pernyataan ini menunjukkan penglibatan kakitangan

dalam kursus tidak menyeluruh sebagaimana kenyataan pengurus dalam temubual

yang dijalankan. Berdasarkan dari gaji sebelum pengisytiharan kerajaan terhadap gaji

minimum seramai 3 orang (25 %) mendapat gaji antara RM 1501.00 sehingga RM

2000.00 manakala 4 orang memperoleh gaji antara RM 901.00 sehingga RM 1250.00

dan selebihnya iaitu seramai 5 orang mendapat gaji bawah RM 900.00 walau

bagaimanapun hanya seorang sahaja yang tidak mendapat kemudahan penginapan.

Antara persoalan yang bertepatan dengan etika perniagaan yang menjadi kekuatan

yang dimiliki oleh kakitangan D'Mart berdasarkan soalselidik terhadap kakitangan

D'Mart ialah seperti berikut:

i. Majoriti mereka mempunyai kesedaran kakitangan terhadap tuntutan

mencari nafkah sebagai tuntutan fardu cain iaitu seramai 11 orang (91%).

Jumlah peratusan yang sama dalam aspek pengetahuan berhubung

pengharaman unsur-unsur riba yang melibatkan pertambahan nilai barang

disebabkan hutang.

ii. Semangat kakitangan yang komited dan mempunyai kesungguhan dalam

aspek tenaga sewaktu melakukan tugasan melibatkan seramai 11

orangdengan (66.7%) darinya setuju dan 3 orang (25%) amat setuju.

iii. Kakitangan D'Mart mempunyai sikap berani menyatakan pandangan yang

melibatkan sejumlah 10 orang (83.3%). Keberanian untuk menyatakan

sesuatu merupakan kekuatan agar proses muhasabah dan penilaian akan

dapat secara telus dan mantap.

iv. Dapatan kajian ini juga menjelaskan bahawa terdapat di kalangan

kakitangan yang tidak menunaikantanggungjawab menunaikan solat iaitu

seramai 3 orang (25%) dan tidak mengusai asas fardhu cain. Hanya 5 orang

(11.6% ) yang berkeupayaan membimbing rakan sekerja dalam perkara

fardu cain.

v. Dalam aspek larangan mengambil barangan D'Mart walaupun mendapat

keizinan dari pihak pengurusan sendiri majoritnya bersetuju mengambil

barang iaitu seramai 9 orang yang setuju dan amat setuju. Terdapat 3 orang

hanya akan membayar sekiranya barang yang diambil adalah banyak.

Mengambil sesuatu milik orang lain walaupun jumlahnya kecil

bertentangan dengan tuntutan sharac.

vi. Berhubung tentang faktor penyumbang yang boleh memberi kesan negatif

terhadap minat untuk jangka masa panjang antaranya faktor gaji dan elaun

yang tidak berpatutan dan kesukaran mendapatkan pinjaman bank

sehingga menimbulkan rasa bosan dalam melaksanakan tugasan. Seramai

6 orang (50%) yang merasakan bayaran gaji dan elaun tidak berpatutan

melibatkan 3 orang (25 %) sangat tidak setuju dan 3 orang yang lain (25%)

tidak setuju.

vii. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua kakitangan bersetuju

dan amat bersetuju agar perlunya pendedahan terhadap pengurusan

perniagaan diwujudkan.Majoritinya juga mempunyai sikap untuk bertegas

Page 9: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

286

dan memekakkan telinga sewaktu berdepan dengan pelanggan yang

cerewet iaitu 9 orang (75%) setuju dan seorang (8.3%) sangat setuju.Sikap

memekakkan telinga bukanlah satu sifat terpuji dan sewajarnya peniaga

sentiasa sedia mendengar setiap bicara pelanggan.

viii. Dalam bekalan barang di D'Mart 11 orang (91%) mengakui berlakunya

kekurangan bekalan. Dalam aspek penyedian semua keperluan pelanggan,

9 orang ( 75%) setuju D'Mart tidak dapat menyediakan semua keperluan

tersebut.

Kedua Dari Soal Selidik Peneroka (SULIT)

Berdasarkan soal selidik ke atas peneroka FELDA seramai 350 orang terdapat

beberapa aspek yang memenuhi etika perniagaan seperti berikut:

i. Kakitangan sentiasa kelihatan suka dan mesra sewaktu menjalankan

urusniaga yang melibatkan seramai 296 orang ( 84.6%) setuju dan 20

orang (5.7%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut.

ii. Kakitangan D'Mart sentiasa bersedia membantu mencari barang keperluan

pelanggan dengan kenyataan setuju seramai 267 orang ( 76.3%) dan sangat

setuju seramai 31 orang (8.9%).

iii. Dalam aspek menulis hutang dalam penyata berasingan, terdapat seramai

255 orang (72.9%) bersetuju dan 20 orang lagi (5.7%) sangat bersetuju dan

majoriti peneroka seramai 235 orang amat berpuashati dengan pengurusan

hutang di pihak pengurusan FELDA dengan 215 orang (61.4%) bersetuju

dan 20 orang (5.7%) sangat setuju.

iv. Perniagaan yang dijalankan di D'Mart tidak melibatkan masa yang

diharamkan yang telah disepakati oleh kebanyakan ulamac iaitu selepas

azan kedua pada hari jumaat. Dapatan juga menunjukkan seramai 289

orang(majoriti) menyatakan urusniaga di waktu yang diharamkan tidak

berlaku dengan 272 (13.7%) setuju dan 17 orang (4.9%) sangat setuju.

v. Larangan jualan rokok kepada pelajar di patuhi dengan penyataan seramai

190 (54.3%) mengakuinya dengan 125(35.7%) darinya setuju dan 65

orang (18.6%) sangat setuju.

vi. Dalam tuntutan khiar cillah dapatan menunjukkan seramai 268 (76.6%)

menyatakan kewujudan khiar dengan 248 orang (70.9%) setuju dan 20

orang ( 5.7%) sangat setuju bahawa pihak D'Mart sedia menggantikan

barangan yang telah luput tarikh.

vii. Dapatan kajian berhubung meletakkan notis di permis menunjukkan

seramai 186 orang (53.2%) dengan 150 (42%) setuju dan 36 orang

(10.3%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut.Meletakkan notis perlu

memudahkan pelanggan agar tidak tertunggu-tunggu yang akhirnya

membawa pembaziran masa dan tenaga.

Page 10: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

287

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan

ditingkatkan seperti berikut:

i. Dalam aspek sapaan terhadap pelanggan kajian mendapati seramai 224

orang (64%) dengan 62 orang (17.7%) sangat tidak setuju dan 162 (46.3%)

tidak setuju kewujudannya di kalangan pekerja D'Mart.

ii. Hasil kajian mendapati majoriti peneroka iaitu seramai 305 orang (87%)

setuju dengan keperluan penambahan pekerja D'Mart.

iii. Hasil kajian menunjukkan seramai 304 (86.8%) iaitu majoriti peneroka

menafikan kewujudan tanda harga pada semua barang di D'Mart.

iv. Dapatan kajian menunjukkan hanya seramai 156orang peneroka (44.6%)

setuju menyatakan kualiti barangan D'Mart amat baik dan 103 (29%) tidak

setuju, manakala 91 orang (26%) dalam status tidak pasti.

v. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tiada kajian atau penilaian daripada

pihak D'Mart terhadap kepuasan pelanggan sebelum ini iaitu melibatkan

seramai 346 (98.9%).

vi. Dalam kajian ini juga mendapati majoriti peneroka iaitu seramai 262 orang

(74%) tidak diberi peluang untuk menyatakan pandangan berhubung

pengurusan D'Mart. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti peneroka

iaitu 311 orang (88.8%) setuju dan sangat setuju bahawa tiada peti

cadangan atau komentar yang disediakan oleh pihak D'Mart.

Dapatan Ketiga Dari Pengurus D'Mart (SULIT)

Dapatan dari sesi temubual dengan pengurus D'Mart menyatakanterdapat bebanan

kerja yang ditanggung oleh pihak pengurus D'Mart.Pengurus D'mart bukan sahaja

hanya terlibat dari aspek pengurusan yang berkaitan kira-kira kewangan,

perancangan, pengurusan fail dan pengawasan D'Mart bahkan melibatkan tugas-tugas

yang berkaitan dengan jualan secara lansung seperti menimbang, menghantar

barangan, menyusun barang-barang dan berkaitan pengurusan kecerian

D'Mart.Bebanan kerja pengurus memuncak terutamanya dihujung bulan yang perlu

dilaksanakan iaitu melibatkan pengisian maklumat dan data kepada pihak pengurusan

secara 'online'.Kesungguhan pengurus jelas apabila terpaksa berjaga malam setalah

penat dengan urusan jualbeli di siang hari.Keadaan menjadi sukar apabila capaian

internet di FELDA berkenan terlalu perlahan.Berhubung bimbingan dan latihan yang

diberikan kebanyakan melibatkan pihak pengurus.

Dapatan dari temubual juga menyatakan bahawa terdapat pengambilan kakitangan

sebagai pengurus sebelum ini dari kalangan pemegang siswazah namun

keseluruhannya tidak mampu menanggung bebanan tugas yang banyak dengan gaji

yang kurang kompetatif menyebabkan mereka tidak dapat bertahan lama.

Menurut pengurus berkenaan sepanjang perkhidmatan tiada penambahbaikan bagi

kemudahan perumahan yang disediakan dan segala baikpulih ditanggung oleh

pengurus berkenaan.Begitu juga tiada peruntukan khas dari pihak atasan untuk

menambah kecerian D'Mart.

Page 11: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

288

Wujud pembayaran elaun kursus dan elaun esentif berdasarkan jumlah jualan yang

menjangkau target jualan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan FELDA Trading

Bhd. Berhubung penglibatan kakitangan dalam kursus yang di adakan oleh pihak

pengurusan, kebanyakannya dihadiiri oleh pihak pengurusdan tidak melibatkan

pembantu harian.

Pengurus D'Mart mengakui segala penambahbaikan dari mutu perkhidmatan samada

dari segi kecerian, kempen dan program perlu dirancang oleh pihak pengurus D'mart

sendiri namun atas kesibukan dengan tugasan tiada kempen yang dirancang untuk

meningkatkan jualan.Menurutnya lagi bagi mengukuhkan ikatan dan hubungan dalam

pengurusan terdapat program seperti hari keluaraga dan sambutan hari raya diadakan

namun ianya tidak secara berterusan.

RUMUSAN (SULIT)

Hasil kajian ini mendapati terdapat kekurangandalam perlaksanaan etika perniagaan

dalam urusniaga D'Mart yang perlu dipertingkatkan agar ia selaras dengan sharac dan

tuntutan semasa. Berikut merupakan aspek-aspek yang yang perlu dipertingkatkan;

pertama: aspek pengetahuan bidang perniagaan, kedua: aspek pengetahuan agama

terutamanya fardu cain, ketiga: aspek komunikasi, keempat: keperluan usaha untuk

menambahkan kecerian permis agar lebih menarik.hasil kajian ini juga menunjukkan

keperluan mewujudkan kajian berhubung pengurusan D'Mart, kepuasan pelanggan

dan budaya syura di kalangan kakitangan. Pengkaji berpendapat perlunya diadakan

pertemuan antara pihak D'Mart dengan peneroka secara tahunan bagi memberi

peluang kepada peneroka untuk menyumbang idea dan memberi teguran kerana

mereka merupakan sebahagian dari keluarga D'Mart.

Berikut adalah cadangan kepada pengukuhan aspek pengetahuan bidang perniagaan:

1. Mengadakan seminar, kursus atau simposium secara menyeluruh

penglibatannya di kalangan kakitangan dan berperingkat dari

perlaksanaaan.

2. Mewujudkan perbincangan dan pertemuan dengan pengurusan D'Mart

yang berhampiran untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat

berhubung pemasaran.

3. Menyediakan bahan bacaan berkaitan perniagaan kepada kakitangan.

4. Memberi peluang kepada kakitangan untuk mengikuti kursus tertentu di

bawah kelolaan pihak luar dan diberikan elaun khas.

Dalam aspek penguasaan pengetahuan asas fardu ain.berikut adalah cadangan untuk

penambahbaikan:

1. Memberikan penekanan kepada aspek fardu cain di dalam program yang

dianjurkan

2. Menyuburkan roh jamaah di kalangan kakitangan agar proses penerapan dan

pengukuhan amalan fardu cain dapat berjalan dengan semangat

kebertanggunjawaban bersama. Antara rutin yang wajar dijalankan ialah solat

berjemaah dan budaya ziarah menziarahi

Page 12: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

289

Dalam kajian ini juga mendapati perlunya penambahbaikan dalam aspek komunikasi.

Berikut adalah cadangan untuk penambaikan dalam aspek tersebut:

1. Menyediakan modul komunikasi yang khas untuk kakitangan D'mart sebagai

panduan.

2. Mewujudkan kod etika dalam komunikasi.

3. Mengadakan kursus khas berhubung komunikasi.

4. Memberi pendedahan berhubung kaunseling dalam hubungan interpersenal

dan intrapersenal.

Dapatan kaijian ini juga menunjukkan bahawa perlunya mewujudkan kajian tentang

kepuasan pelanggan secara menyeluruh. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,

pengkaji berpendapat kajian atau maklumbalas dari peneroka boleh diadakan dengan

mengadakan hari terbuka dengan pelanggan, majlis perbincangan dan mesyuarat

adalah pendekatan yang bersesuaian. Ini adalah kerana kebanyakan peneroka kurang

berminat untuk memberi komen secara bertulis. Berikut adalah perkara yang perlu

dinilai atau dikaji berdasarkan dapatan kajian:

1. Barang-barang yang menjadi keperluan peneroka.

2. Komen pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

3. Komen pelanggan terhadap mutu barangan.

4. Menyediakan peti cadangan sebagai salah cara untuk mendapatkan

maklumbalas pelanggan tentang keperluan dan komen.

5. Mewujudkan laman Facebook D'Mart untuk mendapatkan pandangan dan

maklumbalas dari pelanggan melalui maya.

Secara keseluruhan terdapat persoalan dari etika perniagaan yang tidak diamalkan di

D'Mart yang secara tidak langsung memberikan kesan negatif dalam proses untuk

meningkatkan mutu perkhidmatan D'Mart dan dalam pembentukan masyarakat yang

cakna dengan keperluan dan perkembanagn semasa. Semoga hasil kajian ini akan

dapat memberi harapan baru terhadap penambaikan D'Mart. Segala dapatan dalam

kajian ini adalah sulit milik UKM dan FELDA. Dapatan ini tidakboleh didedahkan

untuk penerbitan.

RUJUKAN

al-Quran

Ab. Mumin Ab Ghani, Suhaili Sarif 2005. Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam

Masyarakat Islam Universiti Malaya. www. eprint.um.edu.my/Penerapan

Budaya.[ 10 Jan 2013]

Al-Tabari, Abu Jacfar Muhammad Jarir jld 4 (9145)

ddms.usim.edu.my/.../KEPENTINGAN AUDIT KOMUNIKASI.pdf.. hlm. 1.[20 Jan.

2013].

Page 13: ETIKA PERNIAGAAN DI D MART: SATU KAJIAN DI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/23-Moksam-Bin... · Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi

290

Jabir Qamimah. 1996. Nilai-nilai Islam Satu Pengenalan, terj. Kuala Terengganu:

Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

M.Z.Azmie. 1999. Pengurusan Dari Perspektif Solat, Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman & Muhammad Adib Samsudin.

2010. Etika Perniagaan Dalam Islam: Mengaut Laba, Menggandakan Pahala.

Terbitan Soul Exelent Traning, Bandar Baru Bangi: PST Enterprise Sdn.Bhd.

Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman & Muhammad Adib Samsudin.

2010. Etika Perniagaan Dalam Islam: Mengaut Laba, Menggandakan Pahala.

Terbitan Soul Exelent Traning, Bandar Baru Bangi: PST Enterprise Sdn.Bhd.

Muhaimin Abdul Khair. 2007. Etika perniagaan Islam dan cina: Kajian

Perbandingan Etika Perniagaan Muslim Banjar Dan Etnik Cina Di

Banjarmasin. Bangi: UKM ( Tesis Sarjana)

Muhammad Zakiyyudin Muhammad Qasim.1993. edisi ke-3.al-Islam wa al-Fitrah.

Kaherah Dar al- Safwah.

Mustafa Daud. 1995. Budi Bahasa Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Tafsir Pimpinan al-Rahman. 2010. Cetakan ke-14. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Wan Sabri Wan Hussin.2005.Mengurus Perniagaan Melalui Etika-Satu Persepektif

Pembangunan Usahawan Yang Berjaya. Kertas kerja Seminar Keusahawanan

Islam Peringkat Kebangsaan (6 Sep. 2005) Akademik Pengajian Islam UM,

Kuala Lumpur.eprints.um.edu.my/2221/1/Perniagaan_Melalui_Etika.pdf

www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=b745d0e0..

www.raosoft.com/samplesize.html [ 20 Dis 2012].